,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 17 May 2016

BAYANGAN MALAYSIA AKAN BANKRUPT SEMAKIN JELAS

 
hutang negara
Hutang Negara Malaysia 63.8 Peratus RM847.9 bilion Daripada GDP. Amaran Tengku Razaleigh Kepada Kerajaan Malaysia

Hutang Negara Malaysia 63.8 Peratus RM847.9 bilion Daripada GDP. Amaran Tengku RazaleighKepada Kerajaan Malaysia

Sesuatu perlu diperbetulkan dengan segera. Jikalau semak semula hutang isi rumah di Malaysia bukanlah tinggi biasa, sangat tinggi iaitu pada kadar 87.4 peratus pada tahun 2015 yang mana telah diangkat sebagai sebuah negara yang mempunyai hutang isi rumah yang paling tinggi di Asia.
Negara maju seperti Korea Selatan, Singapura, Jepun pun “kalah dengan Malaysia”. Indonesia yang mempunyai jumlah penduduk lebih 200 juta pun kalah dengan negara membangun seperti Malaysia yang mempunyai jumlah penduduk seramai 29.8 juta orang sahaja.
Jikalau sebelum Berita Semasa pernah mengeluarkan laporan Berita pada tahun 2014 seperti di bawah ini mengenai keadaan dan situasi hutang isi rumah di Malaysia, jumlahnya terus meningkat pada ketika ini.

Hutang Negara Malaysia Terkini Terus Naik!

BACA BERITA INI : Hutang Isi Rumah di Malaysia 86.8 Peratus Kepada KDNK Negara RM854.3 Billion. Tertinggi di Asia. Korea Selatan Pun Kalah!

Semakan Berita Semasa menunjukkan data dan statitik yang dikeluarkan sendiri oleh The Economist melalui Economist Intelligence Unit yang berpangkalan di North Michigan Avenue, Chicago, Amerika Syarikat menunjukkan hutang negara Malaysia terus menunjukkan trend kenaikan sehingga meninggalkan terus negara jiran kita seperti Thailand dan juga Indonesia daripada kadar jumlah hutang kerajaan Malaysia iaitu di paras RM847,978,546,769.32 bersamaan RM847.9 bilion.

Dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah bangkit di Dewan Rakyat baru-baru ini menyuarakan kembimbangan dan amaran kepada kerajaan Malaysia apabila melihatkan situasi hutang negara Malaysia yang berada paras yang menyebabkan krisis ekonomi dan politik pada masa yang akan datang.

Hutang negara Malaysia, hutang rakyat juga. Semakin tinggi hutang negara Malaysia, maknanya semakin terbebanlah rakyat Malaysia di masa akan datang untung menangggungnya.

Kementerian Kewangan Ambil Langkah Kurangkan Hutang 1MDB – PM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kementerian Kewangan akan mengambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Perdana menteri yang juga menteri kewangan berkata, isu 1MDB akan terjawab sedikit masa lagi, selepas Ketua Audit Negara membentangkan laporan audit kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Saya berharap semua pihak akan tunggu laporan tersebut,” katanya pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini, Selasa. Pada 4 Mac, Najib mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan akaun 1MDB.
 
Menteri Kewangan Malaysia
“Kita percaya bahawa langkah ini boleh kita lakukan untuk mengurangkan jumlah hutang 1MDB. Inilah usaha yang dilakukan kerajaan. Saya yakin Kementerian Kewangan dapat melaksanakan langkah tersebut walaupun berdepan dengan begitu banyak kritikan.
“Kita boleh buktikan langkah ini boleh mencapai matlamatnya. Dari semasa ke semasa, kita akan mengambil langkah yang perlu diambil,” katanya.

Ahad lepas, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata laporan mengenai 1MDB akan memperincikan butiran kewangan syarikat pelaburan tersebut.
Beliau berkata, rakyat harus mendapatkan maklumat daripada sumber sahih (seperti Ketua Audit Negara) dan bukannya diperolehi dari portal berita pihaik ketiga atau mana-mana blog dalam talian yang mempunyai agenda tersembunyi.

Sementara itu, dalam laporan berita terbaru, 1MDB berkata, lembaga pengarah dan barisan pengurusannya memberi kerjasama penuh kepada pihak Ketua Audit Negara, Polis Diraja Malaysia dan PAC bagi membuat penilaian terhadap syarikat berkenaan. -mstar

Kerajaan Ambil Alih SRC, Tiada Bayaran Tunai Kepada 1MDB


KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak membuat sebarang pembayaran dalam bentuk wang tunai kepada 1Malaysia Development Berhad bagi pengambilalihan anak syarikatnya, SRC International Sdn Bhd pada 14 Februari 2012.

Menerusi jawapan bertulis kepada Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baru), Kementerian Kewangan berkata bayaran itu dibuat melalui ‘dividen in specie’ oleh 1MDB.

“Mekanisme pindah milik dilaksanakan melalui ‘dividen in specie’ oleh 1MDB yang membayar dividen kepada Kementerian Kewangan dalam bentuk pegangan 100 peratus saham ekuiti SRC berjumlah RM1 juta.
“Oleh yang demikian, kementerian tidak membuat pembayaran tunai untuk pengambilalihan tersebut,” kata kementerian itu menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu.

Selain itu Kementerian Kewangan berkata, bekas anak syarikat 1MDB itu tidak menanggung sebarang hutang tambahan mengikut penyata kewangan yang diaudit bagi tahun berakhir 31 Mac 2014.

“SRC akan mengemukakan liabiliti atau hutang terkini setelah penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Mac 2015 diaudit,” kata kementerian itu.
-mstar

Kerajaan Ambil Alih RM27 Bilion Hutang 1MDB – Rafizi
 
By: Pentadbiron:
Menurut Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, hutang-hutang ini juga menyebabkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak terpaksa membayar faedah tahunan (dipanggil bayaran kupon) sepanjang tempoh hutang itu belum dilangsaikan. Beliau seterusnya menyenaraikan jumlah hutang 1MDB yang telah dan berkemungkinan diambil alih oleh kerajaan:
HUTANG YANG TELAH DIAMBIL ALIH KERAJAAN

i. Hutang SRC sebanyak RM4 bilion dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) melalui pemindahmilikan SRC dari 1MDB kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).
ii. Hutang Bandar Malaysia sebanyak RM2.4 bilion dari Tabung Haji melalui pemindahmilikan Bandar Malaysia dari 1MDB kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc)

HUTANG YANG BERKEMUNGKINAN TERPAKSA DIAMBILALIH

i. Hutang dalam bentuk bon berjumlah USD1.75 bilion (bersamaan RM7 bilion) yang dijamin IPIC tetapi telah melanggar syarat pinjaman apabila 1MDB gagal membayar faedah bulan lalu.

ii. Hutang dalam bentuk bon berjumlah USD1.75 bilion (bersamaan RM7 bilion) yang juga dijamin IPIC dan faedah perlu dibayar hari ini. Jika tidak dibayar oleh 1MDB, sekali lagi ia melanggar syarat pinjaman.

iii. Hutang dalam bentuk terbitan sukuk/bon patuh syariah berjumlah USD1.83 bilion (bersamaan RM7.4 bilion) yang boleh dituntut serta merta akibat pelanggaran syarat pinjaman hutang-hutang (i) dan (ii) akibat dari “cross defaults”.

Dari jumlah keseluruhan hutang bernilai RM27.8 bilion itu, Rafizi menganggarkan kadar faedah 5% dan tempoh matang purata 15 tahun berjumlah RM20.85 bilion.

Sehubungan itu, jumlah keseluruhan hutang bercampur faedah adalah bernilai RM48.65 bilion. Beliau turut menganggarkan bahawa kerajaan terpaksa memperuntukkan sejumlah RM3.3 bilion bagi membayar hutang 1MDB selama 15 tahun.

Kerajaan ambil alih RM27 bilion hutang 1MDB - Rafizi
MP Pandan
“Maknanya, rakyat Malaysia mesti menyedari bahawa setakat ini, jumlah peruntukan tahunan yang terpaksa dipotong atau tidak dibelanjakan bagi tujuan rakyat akibat hutang 1MDB (yang kita ketahui setakat ini) adalah dianggarkan RM3.3 bilion,” ujarnya.

Rafizi seterusnya memberikan contoh peruntukan kerajaan bagi pendidikan tinggi dan kesihatan/perubatan yang terpaksa dikorbankan untuk membayar hutang 1MDB.

Menurutnya, sebuah universiti awam yang baik dan mampu menawarkan pendidikan pada kos yang berkali ganda lebih murah dari IPTS kepada sekitar 5,000 pelajar pada satu-satu masa dianggarkan memerlukan pelaburan awam sebanyak RM750 juta.

Tambah beliau, sebuah hospital besar di peringkat daerah yang boleh memberi perkhidmatan kesihatan/perubatan yang baik kepada sekitar 100,000 orang penduduk dianggarkan berjumlah RM500 juta (mengambil kira kos hospital sedia ada).

Peruntukkan RM3.3 bilion setiap tahun untuk membayar hutang 1MDB katanya, adalah bersamaan dengan pembinaan dan operasi dua universiti awam (IPTA) dan tiga hospital awam setiap tahun bagi tempoh 15 tahun.

“Bagi tempoh matang purata selama 15 tahun, ini bermakna rakyat Malaysia akan kerugian 30 universiti awam (IPTA) dan 45 hospital awam akibat menanggung hutang 1MDB setakat ini,” ujar beliau.
 

Menteri Akui Hutang 1MDB Sangat Tinggi.. 

Friday, April 17, 2015

Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengakui dana pelaburan strategik negara milik Kementerian Kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membebankan kerana kegagalannya menjana tunai berbanding hutang besar syarikat tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata 1MDB membuat pinjaman bank dan pasaran modal dalam membeli aset tetapi gagal menjana aliran tunai yang menyebabkan ia tidak mampan.

"Selama ini mereka berkembang dengan membuat pinjaman daripada bank atau pasaran modal, mereka membeli banyak aset termasuk IPP (syarikat jana kuasa bebas) sehingga meningkat hutang RM4.2 bilion setakat Mac 2014.

"Jadi anda boleh bayangkan bebanan hutang yang tinggi, ia sebenarnya sangat tinggi dan ini sukar," katanya pada forum anjuran Akademi Kapten Hussein di Petaling Jaya, Selangor malam tadi.

Jumlah hutang terkumpul 1MDB sebelum ini dilaporkan RM42 bilion.

Menjawab soalan orang ramai, Wahid berkata selagi aset yang dibeli itu tidak dapat menghasilkan aliran tunai, maka selagi itu 1MDB tidak akan mampan.

"Melainkan aset itu dapat menjana aliran tunai, ia tidak akan mampan," katanya.

Wahid berkata, bebanan hutang itu disedari memberi impak kepada 1MDB dan 3 langkah strategik sudah diambil bagi mengatasi masalah dihadapi.

"Mereka sudah ambil langkah strategik mengkaji semula model perniagaan dan struktur modal, 3 keputusan sudah dibuat," katanya.

Beliau berkata, 3 langkah itu termasuk menghentikan semua bentuk pinjaman baru, fokus kepada 2 projek utama mereka iaitu Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia serta memastikan rancangan tawaran awam (IPO), syarikat IPP miliknya, Edra Energy dapat dilaksanakan secepat mungkin.

"Jadi ini kajian strategik yang sudah dikenal pasti," katanya. 1MDB, dimiliki sepenuhnya Kementerian Kewangan, mencatatkan kerugian selepas cukai RM665.4 juta daripada hasil RM4.26 bilion bagi tahun kewangan berakhir Mac 2014.

Kerugian mungkin lebih parah kalau bukan kerana keuntungan menerusi penilaian aset hartanah berjumlah RM896.8 juta.

Laporan tahunan 2014 syarikat itu meletakkan pinjaman jangka panjang dana negara itu naik sehingga RM33.5 bilion, iaitu kenaikan RM7.2 billion atau 27% daripada RM26.3 bilion pada 2013. Hutang jangka pendek 1MDB berjumlah RM8.3 bilion.

Pada hujung Mac tahun lalu, baki tunai dan baki bank 1MDB berjumlah RM3.8 bilion, turun 42% daripada RM6.7 bilion pada tahun kewangan 2013.

Penurunan ini berpunca daripada bayaran faedah yang tinggi serta pinjaman yang masih ada. Bagi tahun berakhir Mac 2014, 1MDB membelanjakan RM2.4 bilion untuk kos kewangan.

Pemimpin politik, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut siasatan dibuat ke atas kewangan 1MDB dan juga menggesa kerajaan menjelaskan urus niaga yang mereka dakwa menyebabkan dana awam disalurkan keluar.

Susulan tekanan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan ketua audit negara menjalankan audit bebas ke atas akaun 1MDB.

Pelbagai dakwaan dan kritikan menyelubungi 1MDB, malah pemimpin Umno baru-baru ini juga melancarkan serangan ke atas ahli perniagaan Low Taek Jho yang dikenali sebagai Jho Low kerana dikatakan di antara pemain penting di belakang syarikat tersebut lapor The Malaysian Insider

1MDB : Petanda Malaysia Akan Menjadi Greece Kedua?


Prof. Mohd Nazari Ismail, PhD.
Ketua, Biro Penyelidikan IKRAM.

Dari laporan akhbar dalam dan luar negara, adalah sukar untuk merumuskan bahawa kontroversi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sudah pun selesai apabila Public Accounts Committee (PAC) membentangkan laporannya kepada Dewan Rakyat pada 7 April lepas. PAC menyatakan bahawa masalah yang dihadapi oleh syarikat tersebut adalah semata-mata akibat kegagalan ahli lembaga syarikat berkenaan serta pengurusannya menjalankan tugas mereka dengan baik. PAC juga menamakan bekas pengarah urusannya En. Syahrol Azral Ibrahim Halmi sebagai individu yang paling boleh dipersalahkan. Bagi sesetengah pihak, laporan itu membuktikan bahawa tuduhan yang dilemparkan selama ini kepada Perdana Menteri Malaysia adalah tidak berasas.

Bagi sesetengah pihak yang lain pula, laporan itu tidak semestinya memberi implikasi bahawa Perdana Menteri tidak boleh dipersalahkan kerana bukan sahaja beliau adalah pengerusi lembaga penasihat syarikat tersebut, bahkan 1MDB adalah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang di bawah tanggungjawab langsung beliau selaku Menteri Kewangan. Di samping itu juga PAC telah tidak dibenarkan mengkaji transaksi perbankan 1MDB di luar negara serta tidak dibenarkan menyoal beberapa individu penting termasuk Jho Low , seorang individu yang sangat berkait rapat dengan beberapa transaksi 1MDB yang dikatakan oleh PAC sebagai bertentangan dengan peraturan tatakelola yang baik. Akhir sekali, laporan pengauditan oleh Jabatan Audit Negara berkenaan 1MDB juga telah diklasifikasi sebagai dokumen rahsia mengikut Akta Rahsia Rasmi dan oleh itu tidak dibentangkan bersama laporan PAC kepada umum.

Namun demikian apa yang jelas ialah 1MDB telah dibenarkan oleh kerajaan untuk berhutang dengan banyak sehingga mencecah jumlah RM50 billion pada bulan Januari 2016. 1MDB juga perlu membayar bunga sebanyak RM3.3billion bagi hutang yang ditanggung antara tempoh 1 April 2014 sehingga 31 Mac 2015. Oleh kerana pendapatan 1MDB tidak mencukupi, maka 1MDB juga telah terpaksa menambahkan hutangnya demi untuk membayar hutang yang telah matang serta untuk membayar bunga atas hutang yang masih ditanggung.

Oleh itu amatlah jelas bahawa 1MDB bukan sahaja adalah syarikat yang sangat bermasalah dari segi kewangan, bahkan kerajaan telah mengenepikan prinsip `patuh shariah’ dalam pengurusan kewangan syarikat miliknya. Ini menimbulkan tanda tanya sejauh manakah keseriusan kerajaan apabila menyatakan kepada umum rancangannya untuk memastikan hukum Shariah dipatuhi dalam urusannya.

Seperkara lagi yang jelas ialah kerajaan telah meletakkan risiko kewangan syarikat ini di atas bahu rakyat Malaysia, termasuk dari golongan miskin dan lemah. Ini kerana jika 1MDB mengalami masalah membayar hutangnya, maka kerajaan terpaksa menanggung RM20.31 billion dari hutang tersebut. Ini belum lagi mengambil kira bayaran bunga yang juga terpaksa ditanggung oleh kerajaan. Perlu disedari oleh semua bahawa jumlah RM20.31 billion itu adalah sangat besar kerana ia adalah melebihi keseluruhan peruntukan kerajaan untuk kementerian pendidikan tinggi untuk tahun 2016 dan tiga kali lebih besar dari belanjawan kerajaan negeri Selangor untuk tahun ini.

Apakah pengajaran utama dari episod 1MDB ini?

Untuk memahami sepenuhnya implikasi dari kes 1MDB, kita patut menyingkap balik krisis yang berlaku di Greece pada tahun 2009. Pada tahun itu, kerajaan Greece mengumumkan bahawa maklumat kewangannya sebenarnya telah dimanipulasi selama beberapa tahun dan hutangnya adalah lebih besar dari apa yang dilaporkan selama ini. Akibat dari tindakan pemimpinnya yang korup, menipu dan tidak amanah ini, Greece telah disekat dari terus meminjam dari pasaran kewangan. Oleh kerana selama ini, ia perlu meminjam untuk membayar hutangnya, maka akibatnya Greece tidak lagi mampu membayar hutangnya dan oleh itu telah berada dalam situasi hampir muflis. Jika ia jatuh muflis, maka sektor perbankan antarabangsa, terutama dari German dan Perancis yang banyak memberi hutang kepada Greece akan menghadapi masalah untuk memperolehi kembali hutang tersebut. Akibatnya tentu sektor kewangan kedua negara tersebut dan seluruh Eropah mungkin akan terjejas teruk.

Untuk mengelakkan perkara itu dari berlaku, maka tiga pertubuhan penting dalam sektor kewangan Eropah iaitu Tabung Monetari Antarabangsa atau International Monetary Fund (IMF), Bank Pusat Eropah (ECB) dan Suruhanjaya Eropah atau European Commission (EC) telah memberi bantuan hutang kepada Greece untuk mengatasi masalah kewangannya yang berjumlah lebih dari 240 billion euros (lebih kurang RM1 trillion).

Sudah tentu terdapat berbagai syarat dikenakan kepada Greece bersama hutang itu. Di antaranya ialah langkah jimat cermat yang ketat. Akibatnya belanjawan dikecilkan, subsidi dipotong dan cukai dinaikkan. Langkah-langkah ini telah membuatkan kehidupan rakyat Greece sengsara sehingga ke hari ini. Tambahan pula pendapatan yang dihasilkan oleh langkah-langkah tersebut juga tidak dapat dinikmati oleh rakyat Greece kerana hampir kesemuanya digunakan untuk membayar hutang negara. Semenjak tahun 2009, kadar pengangguran di Greece kekal tinggi kerana ekonominya masih tidak dapat dipulihkan. Kesengsaraan rakyatnya dapat dilihat dari peningkatan masalah sosial. Sebagai contoh, kadar bunuh diri meningkat 35% dari tahun 2011 - 2012. Masalah lain seperti kemurungan dan pelacuran juga telah meningkat secara mendadak.

Kemungkinan besar senario yang teruk di Greece tidak akan berlaku di negara kita dalam masa terdekat. Ini kerana hutang kerajaan Malaysia dari sumber luar negara adalah jauh lebih rendah berbanding Greece. Namun demikian, apa yang membimbangkan kini adalah tren untuk berhutang dari sumber luar negara yang semakin menular. Sebagai contoh, hampir separuh dari jumlah keseluruhan hutang 1MDB adalah dari sumber luar negara. Jika amalan suka berhutang dari sumber luar negara ini terus meningkat, terutamanya oleh kerajaan atau syarikat milik kerajaan, maka tidak mustahil suatu hari nanti masalah yang berlaku di Greece juga akan dihadapi oleh negara kita.

Sebagai rumusan, di antara perkara terpenting yang mesti diwujudkan dalam negara kita untuk memastikan kebajikan rakyat terjamin dalam jangka panjang adalah melantik pemimpin yang amanah, tidak korup dan tidak menipu rakyat. Di samping itu, kerajaan dan entiti miliknya mesti disekat dari amalan berhutang, terutamanya dari sumber luar. Jika kedua-dua perkara tersebut tidak berjaya dilaksanakan di negara kita, maka nasib masa depan generasi akan datang di Malaysia akan menjadi sangat malap dan membimbangkan.
SURAT TERBUKATUN M KEPADA WAKIL RAKYAT UMNO
oleh Tun Dr Mahathir Bin Mohamad

Wahai Wakil Rakyat UMNO,

Apakah Yang Berhormat-Yang Berhormat tidak tahu dan tidak sedar akan skandal-skandal yang melibatkan Perdana Menteri yang memburukkan imej UMNO dan imej negara?

Jika tidak sedar saya perturunkan disini sedikit sahaja dari salahlaku Najib supaya Yang Berhormat dapat faham akan betapa seriusnya kerosakan yang dilakukan oleh Najib.

a) Najib menubuh “Dana Kekayaan Negara” dengan meminjam RM 42 billion, – sekali gus meningkatkan hutang negara kerana hutang ini dijamin oleh Kerajaan. Tak mungkin syarikat hutang 42,000 kali ganda modal tanpa jaminan.


b)Pelaburan yang dibuat semuanya rugi sehingga tidak dapat bayar faedah pun.

c) Wang yang dipinjam ini sudah hilang sehingga tidak boleh dikesan dengan sah dimana wang ini berada.

d)Tiba-tiba wang sebanyak RM 2.6 billion berada dalam akaun persendirian Najib di Ambank.

e)Agensi-agensi Kerajaan Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Hong Kong, Luxembourg, United Kingdom, Seychelles dan Emiriah Arab Bersatu sedang menyiasat salahlaku dan rasuah yang melibatkan 1MDB.

f)Switzerland mendakwa berlaku korupsi sebanyak USD 7 billion dalam pengurusan 1MDB.

g)Singapura menangkap seorang pegawai bank yang terlibat dengan salahlaku 1MDB.

h)Malaysia dipandang hina dan Menteri Kewangannya didakwa sebagai Menteri Kewangan yang terburuk di Asia.

i)Laporan oleh PAC mencatit akan penipuan besar berlaku dalam 1MDB. Ini diakui oleh CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

j)Mesyuarat agong UMNO tidak dibenar bincang 1MDB dan RM 2.6 billion yang ada dalam akaun bank Najib.

k)Jika ahli atau pemimpin UMNO menyoal berkenaan 1MDB, mereka dipecat. Ahli UMNO hanya dibenar sokong apa sahaja yang Najib lakukan. Tidak seperti dahulu tiada siapa boleh menegur atau mencabar Najib sebagai Presiden. UMNO tidak ada suara lagi.

Dan banyaklah lagi kesalahan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh Dato Sri Najib.

Yang Berhormat-Yang Berhormat,

UMNO ialah parti keramat yang mengalahkan Malayan Union British, yang memerdekakan Malaya dan Malaysia, yang berjaya membangunkan negara sehingga hampir menjadi Negara maju.

Tetapi hari ini nama UMNO sudah menjadi begitu buruk, sudah digelak ketawa, dihina dan ditolak oleh sebilangan yang besar orang Melayu dan bukan Melayu didalam negara.

Semua ini disebabkan oleh Najib dengan kepercayaannya bahawa “Cash is King” iaitu rasuah adalah cara memerintah.

Wahai Yang Berhormat, wakil-wakil rakyat UMNO. Tidakkah kamu sayang parti keramat ini yang telah begitu berbakti dan berjasa kepada bangsa, negara dan agama? Dan kepada kamu dan keluarga kamu.

Tidaklah kamu tergerak hati untuk membelakangkan kepentingan diri demi bangsa dan negara?

Segala yang merosakkan UMNO dilakukan oleh Dato Sri Najib.
Selagi ia menjadi Perdana Menteri pemulihan negara tercinta ini tidak akan dapat dilakukan.


Hanya dengan penyingkiran Najib sahaja baharulah Perlembagaan dan Undang-Undang Negara dikuatkuasakan semula dan Malaysia kembali sebagai negara berdaulat yang dihormati dunia.

Yang Berhormat-Yang Berhormat,

Rakyat memilih Yang Berhormat kerana mereka percaya Yang Berhormat akan menyuarakan dan mempertahankan hak mereka. Sekarang berjuta-juta rakyat menolak Najib. Percayalah UMNO dan BN akan kalah dalam PRU 14.
 
Rakyat dan anak cucu akan kutuk YB kerana menghancurkan UMNO dan membawa malapetaka kepada negara. Tak mungkin apa-apa pemulihan dibuat dari dalam UMNO. UMNO sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh dahulu. Yang ada hanyalah parti Najib. Dan ahli serta pemimpin UMNO yang menyokong parti Najib ini mengkhianati UMNO, bangsa, negara dan agama.

Oleh itu sertailah mereka yang menolak Najib sebagai Perdana Menteri supaya UMNO dapat dipulih dan dihormati semula dan maruah bangsa dan negara tertebus.

Tulisan ini pertama kali dinaikkan diblognya – chedet.cc



 AMUKANMelayu - 1MDB adalah syarikat kerajaan yang tak pernah untung, ianya rugi sejak dari awal penubuhannya lagi.... dan HUTANG yang di tanggungnya kini di bayar(BUNGA) menggunakan duit dari penjualan HARTA 1MDB yang asalnya HARTA KERAJAAN yang di beli 1MDB dengan HARGA RENDAH dan dijual dengan harga mahal. Tapi rakyat tidak dapt merasainya kerana Kerajaan TERPAKSA membayar FAEDAH hutang 1MDB. Pokok masih tidak terbayar........inilah yang merisaukan rakyat yang mengerti..... tanpa memihak kepada kepentingan politik.