,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 22 May 2016

MB SELANGOR SEHARUSNYA MILIK PAS


DR ABDUL AZIZ
DR ABDUL AZIZ BARI

KEMELUT pertukaran Menteri Besar (MB) di Selangor tak pernah selesai dan semakin rumit serta akan menimbulkan krisis besar politik dalam negeri ini. Selepas Sg. Besar kehilangan MPnya akibat kemalangan pesawat Helikopter di Serawak dimasa pilihan raya Negeri Serawak baru-baru ini. Kini Sg. Besar menjadi medan PERTELINGKAHAN PKR, PAS dan PAN. Sementara DAP menjadi dalangnya melaga-lagakan "Orang Melayu" yang semakin teruknya MORAL setelah POLITIK di jadikan wadah Perjuangan.


Namun begitu, desakan itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana masih banyak faktor perlu diambil kira sebelum mendesaknya meletak jawatan. Salah satu proses tersebut adalah menerusi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 yang memungkinkan beliau meletak jawatan atau mengheret pihak istana dalam kemelut ini.

Bagi mengupas isu tersebut, mari kita lihat wartawan Sinar Harian, Syairi Shaari mendapatkan penjelasan daripada pakar undang-undang dan perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari menyentuh undang-undang tubuh dalam pelantikan menteri baru dan krisis politik di Selangor pada 9 Julai 2014 dulu.





Boleh Dr jelaskan sejauh mana peranan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 dalam pelantikan MB?

DR ABDUL AZIZ : Semua Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah negara Komanwel adalah sama dari segi pelantikannya dan cuma nombor dalam undang-undang tubuh itu yang berbeza. Mungkin terdapat perbezaan sedikit apabila membaca syarat undang-undang tubuh ini seperti di negeri beraja terkandung syarat iaitu menteri besar itu mesti Melayu dan Islam. Namun begitu, dari segi syarat jantina tiada disebutkan.

Ini bermakna, jika ada cadangan untuk calonkan Adun Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim jadi MB,  perkara ini tiada masalah. Mungkin dari pihak istana tidak perkenan dengan calon tetapi dari sudut perlembagaan undang-undang tubuh, perkara ini dibenarkan. Ia tidak seperti raja di mana syaratnya adalah lelaki tetapi dalam jawatan politik, ia tiada masalah.

Apa yang akan menjadi sekatan kepada pelantikan ini?

DR ABDUL AZIZ : Dalam perkara ini, sekatan mungkin dari segi syarat bangsa dan agama tetapi paling penting calon adalah seorang Adun negeri. Kalau di tempat lain, syarat Melayu dan Islam ini tidak disebutkan berbanding di sembilan negeri yang mempunyai raja dan merupakan sejarah. Tetapi, sebelum zaman merdeka, lantikan ini adalah lantikan peribadi oleh sultan.

Bagaimanapun, bila berlakunya pihak istana meminta tiga nama calon maka kita sudah kembali kepada zaman lama. Ingin saya tegaskan bahawa pihak istana tidak boleh campur tangan dalam menentukan apa yang di suka atau tidak dan tidak boleh menentukan syarat. Walaupun kita akur pihak istana mungkin selesa dengan calon tersebut, itu tidak penting kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah hak dan urusan dewan.

Saya percaya bila ada campur tangan pihak istana, ia pastinya akan menimbulkan masalah. Sebagai contoh, jika kerajaan itu gagal berfungsi, adakah kita mahu heret istana dalam masalah tersebut. Prinsipnya, kerajaan bertanggungjawab itu akan dinilai bukanlah di atas dasar istana malah kita tidak mahu istana dipalit dengan masalah. Ini bukan soal menolak sultan tetapi kerajaan itu adalah milik rakyat.

Apakah kuasa sultan menerusi undang-undang tubuh?

DR ABDUL AZIZ :
Walaupun syarat yang ditetapkan iaitu Melayu dan Islam, istana boleh ketepikan syarat tersebut jika Melayu itu tidak berkelayakan seperti buta huruf, menimbulkan kesulitan atau tiada Melayu langsung.

Undang-undang tubuh memberi laluan kepada sultan untuk mengetepikan syarat itu tetapi calon yang difikirkan itu mestilah mendapat majoriti kepercayaan dewan dan itu paling asas.

Begitu juga dengan pembubaran dewan, sultan mempunyai budi bicara tertentu tetapi mestilah dengan alasan kukuh. Sekiranya dewan tidak mahu permintaan pertukaran dewan tetapi keadaan dewan kecoh, maka undi percaya boleh dilakukan.

Apakah kelebihan undang-undang tubuh?

DR ABDUL AZIZ :
Syarat undang-undang tubuh ini berbeza dengan negeri beraja atau tiada raja. Ia ditubuhkan kerana mahu mengamalkan demokrasi berparlimen dan pada masa sama mahu kekalkan sejarah.

Namun jelasnya, MB itu mestilah Melayu dan Islam dan begitu juga syarat  sama diletakkan kepada pelantikan setiausaha kerajaan dan ketua pentadbir kerajaan. Ini berbeza dengan jawatan perdana menteri dan ketua setiausaha negara.

Berbalik kepada isu MB, sekiranya MB Selangor meletak jawatan, adakah exco lain perlu bertindak sama?

DR ABDUL AZIZ :
Prinsipnya, apabila MB atau perdana menteri meletak jawatan, seluruh kabinet dan exco perlu meletak jawatan walaupun ada pihak yang tidak mahu. Secara automatiknya, semua ketua kerajaan tiada lagi kuasa dan undang-undang jelas apabila MB letak jawatan, digugurkan atau mati, kerajaan terus terbubar dan bukan lagi anggota kerajaan.

Melihat kedudukan kerusi Dun yang dimonopoli  Pas, apakah terdapat kesan sekiranya Pas menuntut jawatan MB?

DR ABDUL AZIZ :
Umumnya, dari segi politik akan ada kesannya kerana kebiasaannya majoriti adalah penentu. Tetapi perlu juga diingatkan dalam isu ini, walaupun Pas mendominasi kerusi, adakah PKR dan DAP akan menyokong Pas? Memang kita ada dengar desas-desus Pas mahu calonnya jadi MB  kerana syarat Melayu dan Islam tetapi masalahnya bolehkah Pas peroleh sokongan.

Jika dilihat kepada kerusi, Pas memperoleh 15 kerusi namun PKR dan DAP apabila digabungkan mempunyai 28 kerusi dan sama ada Pas boleh mendapatkan 28 sokongan dalam dewan. Dari segi politiknya, ini adalah satu angan-angan yang tidak berasas. Undang-undang mungkin memberi majoriti kepada Pas tetapi parti lain mungkin tidak menyokong. Dimaklumkan juga DAP tidak akan menyokong Pas dalam pelantikan ini dan dalam proses demokrasi, takkan Pas mahu gunakan pengaruh atas dasar feudal kerana kerajaan wujud adalah atas dasar kekuatan.

Bagaimana jika MB enggan undur?

DR ABDUL AZIZ :
Ini pernah berlaku kepada bekas MB Selangor, Datuk Harun Idris (1964-1975) apabila enggan melepaskan jawatan walaupun didesak  Umno setelah undi tidak percaya dilakukan dan begitu juga bekas MB Kelantan, Datuk Muhamed Nasir pada tahun (1973 -1978) yang digulingkan secara undi tidak percaya. Jadi mustahil perkara ini tidak akan berlaku di Selangor apabila MB tiada pengaruh.
Walaupun undang-undang tubuh atau perlembagaan tidak menyebut perkara ini, tetapi jawatan MB adalah jawatan politik.

Jika sudah ada undi tidak percaya dan ditolak oleh parti maka dia kena berundur. Walaupun dia masih Adun, dia duduki jawatan tersebut di atas majoriti dan perlu akur sekiranya sudah mendapat isyarat parti untuk lepaskan jawatan.


Tapi dalam situasi di Selangor sekarang, walaupun pernah berlaku kepada Datuk Harun, mungkin parti merasakan dengan membuat undi tidak percaya, ia bukanlah pilihan yang sesuai sekarang.

Apa yang boleh disimpulkan dengan krisis politik MB Selangor?

DR ABDUL AZIZ :
Saya boleh simpulkan bahawa MB Selangor kini sudah tidak ada kedudukan dalam parti. Bagi kebanyakan negara dalam Komanwel, kebiasaannya ketua kerajaan adalah pemimpin parti sebagaimana perdana menteri merupakan pemimpin parti.

Berbeza dengan isu di Selangor, senario menunjukkan kesulitan apabila seseorang itu bukan pemimpin parti atau individu itu cuba menunjukkan bebas. Berbeza seperti di Pulau Pinang di mana Lim Guan Eng merupakan Setiausaha Agung DAP dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan Presiden Pas.

Untuk memudahkan parti, ketua kerajaan adalah pemimpin parti. Di sinilah masalah apabila jawatan parti tidak seragam. Di Selangor, jawatan tertinggi PR dipegang orang lain dan jawatan MB pula disandang orang lain. Oleh itu, untuk memudahkan hubungan parti, ketua kerajaan hendaklah juga pemimpin parti.

Apa yang berlaku di Selangor, berlakulah persaingan  kerana kedua-dua pemimpin berbeza kerana masing-masing ada kuasa dan wilayahnya. Kalau MB itu laksanakan dasar parti, mungkin tidak menimbulkanmasalah tapi kalau dia nafikan politik itu dengan pembawaan sendiri, ini akan menimbulkan konflik.

Pakatan harapan 
tidak laku di Selangor?


 1  0 Google +0
AZMIN ALI
AGAK bernada ‘tinggi’ sedikit Lim Guan Eng apabila menyediakan ‘permaidani merah’ kepada Parti Amanah sebagai rakan sekutu yang baru disertai DAP-PKR, iaitu ‘pakatan harapan’ yang membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang.
Seolah-olah Pas tidak ada jasa langsung dalam memenangkan pakatan pembangkang dua tahun lalu.
Setelah Pulau Pinang, mata kini bertumpu di Selangor pula.
Apa agaknya pendirian Menteri Besarnya dari PKR, Mohamed Azmin Ali? Mahukah PKR menuruti jejak Pulau Pinang dengan menyingkirkan Pas di Selangor daripada pakatannya?
Setakat ini selepas lima hari Guan Eng mengumumkan pakatan harapan menggantikan `pakatan rakyat’ di negeri itu, Mohamed Azmin terus membatu.
Bolehkah pakatan harapan direalisasikan di negeri terkaya di Malaysia ini?
Sebelum penubuhan pakatan harapan, komposisi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ialah PKR 13 (sepatutnya 14 kerusi tetapi bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi calon bebas), DAP 15 dan Pas 15.
Selepas penubuhan Amanah, berapa ADUN Pas menyertai Amanah? Adakah dua orang yang digantung keahlian Pas itu telah menyertai Amanah? Berapa orang lagi yang telah disahkan menyertai Amanah?
Jika dikirakan angka, pada masa ini kerusi DUN kerajaan Selangor dibentuk oleh PKR sebanyak 13, DAP 15, Amanah 2, Pas 13.
Jika ditolak Pas, kerusi DUN kerajaan Selangor menjadi 30. Bakinya Pas 13, UMNO 12 dan bebas 1.
Sekiranya angka ini betul untuk setakat ini, bermakna pakatan harapan boleh diisytihar di Selangor dengan kedudukan kerusi kerajaan negeri 30 dan pembangkang dari Barisan Nasional, 26. Ada kelebihan 3 suara + 1 Yang Dipertua atau Speaker DUN.
Adakah Mohamed Azmin tidak berani buat keputusan sekali gus menampakkan dirinya amat lemah dan takut?
Dengan beberapa isu yang terpaksa didepaninya termasuklah kewujudan entiti baharu, Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang dipertikaikan ketelusannya, Mohamed Azmin seakan tertekan.
Ini sehinggakan beliau terpaksa pandang remeh soal pembentukan pakatan pembangkang yang efisien di negerinya.
Di sebalik isu DAP Pulau Pinang memandang enteng kewibawaan Pas, Pas perlu mengambil hal ini sebagai iktibar untuk menempuh cabaran lebih getir jika masih mahu bernaung dalam pakatan di Selangor.
Pas kena ingat satu perkara, iaitu ramai menganggap daripada 15 kerusi DUN yang dimenanginya di Selangor, hanya satu kerusi iaitu DUN Bangi memiliki solid pengundi Melayu.
Sejumlah 14 lagi hanyalah kerusi-kerusi campuran 50-50 antara pengundi bukan Melayu - sebahagian besarnya Cina - dan pengundi Melayu.
Inilah yang diacum-acumkan oleh Guan Eng dan individu yang mengepalai parti serpihan Pas rakan baharu DAP, Mohamad Sabu.
Soal Mohamed Azmin terus membisu dengan masih menerima Exco Pas dalam barisan pentadbirannya mungkin juga dikaitkan dengan pihak Istana yang diketahui agak akrab dengan Pas.
Kalau tidak, masakan ura-ura DAP-PKR mahu meletakkan presiden PKR di kerusi Menteri Besar pada suatu ketika tidak kesampaian setelah tidak dipersetujui Pas, yang akhirnya menaikkan Mohamed Azmin di kedudukannya sekarang.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pakatan-harapan-8232-tidak-laku-di-selangor-1.141274#sthash.O2ZYBHUd.dpuf

PILIH DAP ATAU PAS - Mahfuz Beri Kata Dua Kepada Azmin


June 18, 2015 - Jika enggan membubarkan DUN, Azmin perlu memilih rakan sama ada daripada Pas atau DAP bagi mentadbir negeri itu.
 

mahfuz-omar_azmin-ali_pakatan_600

KUALA LUMPUR :Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menjadi jalan terakhir bagi mengatasi kemelut politik di Selangor.

Kata dua itu diberikan bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar kepada Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Katanya, jika enggan membubarkan DUN, dia perlu memilih rakan sama ada daripada Pas atau DAP bagi mentadbir negeri itu.

“Mahu tidak mahu Menteri Besar Selangor harus membuat pendirian sama ada memilih salah satu daripada parti (Pas atau DAP) untuk menjadi rakan dalam pentadbiran Negeri Selangor.
“Kalau PKR memilih DAP, maka Pas harus berundur.. kalau PKR memilih Pas, maka DAP harus berundur. Yang berundur bukan bermakna dia tidak menyokong kerajaan, dia boleh jadi parti mesra kerajaan,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen pada Khamis.

Beliau berkata, kedua-dua parti seharusnya menerima keputusan sekiranya PKR memilih salah satu daripada parti itu.

Pakatan Harapan 
Akan TUMBANG di Selangor?

AGAK bernada ‘tinggi’ sedikit Lim Guan Eng apabila menyediakan ‘permaidani merah’ kepada Parti Amanah sebagai rakan sekutu yang baru disertai DAP-PKR, iaitu ‘pakatan harapan’ yang membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang.

Seolah-olah Pas tidak ada jasa langsung dalam memenangkan pakatan pembangkang dua tahun lalu.

Setelah Pulau Pinang, mata kini bertumpu di Selangor pula.

Apa agaknya pendirian Menteri Besarnya dari PKR, Mohamed Azmin Ali? Mahukah PKR menuruti jejak Pulau Pinang dengan menyingkirkan Pas di Selangor daripada pakatannya?

Setakat ini selepas Guan Eng mengumumkan "Pakatan Harapan" menggantikan 'Pakatan Rakyat’ di negeri itu, Mohamed Azmin terus membatu.

Bolehkah pakatan harapan direalisasikan di negeri terkaya di Malaysia ini?




DUN Selangor Mempunyai 56 Kerusi di mana Parti yang ada Kerusi adalah seperti PKR, PAS, DAP, UMNO, PAN dan Bebas.

Sebelum penubuhan Pakatan Harapan, komposisi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ialah:

PKR 13 (sepatutnya 14 kerusi tetapi bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi calon bebas), 
DAP 14 (Sepatutnya 15 kerusi tetapi 1 orang ADUN DAP telah di pecat)
Pas 13 (Sepatutnya 15 kerusi tetapi 2 orang ADUN PAS telah masuk PAN)


PAN 2
Bebas 2

Jika dikirakan angka, pada masa ini kerusi DUN kerajaan Selangor dibentuk oleh PAKATAN HARAPAN:

# - PKR     13, 
# - DAP     14, 
# - Amanah 2, 
TOTAL =    29 Kerusi


PEMBANGKANG
# - Pas     13
# - UMNO 12

# - BEBAS  2

TOTAL = 27 Kerusi

Di sebalik isu DAP Pulau Pinang memandang enteng kewibawaan Pas, Pas perlu mengambil hal ini sebagai iktibar untuk menempuh cabaran lebih getir jika masih mahu bernaung dalam pakatan di Selangor.

Pas kena ingat satu perkara, iaitu ramai menganggap daripada 13 kerusi DUN yang dimenanginya di Selangor, hanya satu kerusi iaitu DUN Bangi memiliki solid pengundi Melayu.

Sejumlah 12 lagi hanyalah kerusi-kerusi campuran 50-50 antara pengundi bukan Melayu - sebahagian besarnya Cina - dan pengundi Melayu.

Inilah yang diacum-acumkan oleh Guan Eng dan individu yang mengepalai parti serpihan Pas rakan baharu DAP, Mohamad Sabu.

Soal Mohamed Azmin terus membisu dengan masih menerima Exco Pas dalam barisan pentadbirannya mungkin juga dikaitkan dengan pihak Istana yang diketahui agak akrab dengan Pas.

Kalau tidak, masakan ura-ura DAP-PKR mahu meletakkan presiden PKR di kerusi Menteri Besar pada suatu ketika tidak kesampaian setelah tidak dipersetujui Pas, yang akhirnya menaikkan Mohamed Azmin di kedudukannya sekarang. Moralnya.....Azmin jangan lupa Budi "Orang".

Pejabat MB Selangor Nafi Kata Dua Pada PAS


May 19, 2016 - Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan laporan mendakwa MB Datuk Seri Azmin Ali beri kata dua kepada PAS, tidak bertanding di Sungai Besar atau letak jawatan exco.

azmin
Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali
PETALING JAYA: Pejabat Menteri Besar Selangor dan pemimpin PKR menolak laporan berita menyatakan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali mengeluarkan kata dua kepada PAS untuk tidak bertanding di PRK Sungai Besar.

Dalam laporan di Malay mail Online, sumber di Pejabat MB berkata Azmin juga konsisten dalam menyokong hubungan membina dengan PAS. Exco PKR Elizabeth Wong dan Naib Presiden PKR Tian Chua juga menolak laporan itu. Tian Chua berkata PKR masih dalam perbincangan dengan PAS berhubung siapa yang akan mengambil kerusi itu.


Terdahulu hari ini, The Star Online melaporkan Azmin memberitahu tiga exco PAS Selangor mereka perlu meletak jawatan pada Isnin ini jika PAS masih berdegil dengan keputusan mereka untuk bertanding di PRK Sungai Besar.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata pihaknya sudah menjelaskan kepada PAS bahawa partinya mahu kerusi itu kerana peluang mereka lebih cerah untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu dan Cina, tidak seperti PAS atau AMANAH yang hanya cenderung kepada Melayu.


Bagaimanapun, The Star Online berkata menurut sumber PAS Selangor, parti Islam itu berpegang kepada keputusannya untuk bertanding di Sungai Besar.
PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar dijadualkan dijalankan serentak pada 18 Jun, susulan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khairil Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, awal bulan ini.

Azmin PAS atau PAN
Pening......

Azmin Beri Kata Dua Kepada PAS : Serah Kerusi Sungai Besar Atau Keluar Dari Kerajaan Negeri

Selangor-Pakatan
PAS diberi kata dua oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali supaya menyerahkan kerusi Sungai Besar kepada PKR atau keluar daripada kerajaan Selangor pada Isnin ini.
Sebaliknya, Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz mempertahankan pendirian parti tersebut untuk bertanding di kedua-dua kerusi PAS Sungai Besar dan Kuala Kangsar dan menolak ugutan Azmin.
“PAS kekal bertanding di kedua-dua kawasan dalam PRK kali ini. Hormati kami jika kami menolak rundingan ‘mee segera’ yang sekadar untuk memaksa kami melepaskan hak berasaskan kerusi PRU13.
“Luka dalam kami masih belum sembuh. Penawarnya bukan ubat satu malam. Saya hormati luka dalam DS Anwar Ibrahim terhadap Tun Mahathir. Sesiapa pun boleh berkata, tutuplah cerita lama. Tetapi, adat berkawan, adat berunding, hormati tuan hak sebelum tunjuk belang,” kata beliau dalam satu komen di facebooknya tengah malam Rabu.
Ugutan Azmin dipandang sepi oleh Pemuda PAS.
“Kalau masing-masing nak tunjuk belang, biarlah kami kekal bulan,” kata Nik Abduh.
Exco Selangor dari PAS telah diminta untuk meletakkan jawatan pada Isnin depan jika parti mereka berkeras untuk bertanding di Sungai Besar.
The Star melaporkan kata dua itu datang dari Azmin yang mahu PKR bertanding di parlimen itu dan bukannya PAS atau Parti Amanah Nasional (PAN).
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, telah menyampaikan perkara ini kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Samad, dan exco PAS yang lain, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib, selepas mesyuarat exco kerajaan negeri pada Rabu.
Bagaimanapun, sumber PAS Selangor berkata kepimpinan tertinggi parti telah memutuskan untuk terus bertanding selepas mesyuarat lewat malam di rumah Datuk Seri Hadi Awang di Rusila, Terengganu.
Tiga anggota exco negeri dan beberapa pemimpin parti Selangor telah terbang ke Terengganu pada Rabu untuk mesyuarat tergempar.
“Presiden kami tetap dengan keputusan jawatankuasa pusat untuk bertanding dalam pilihan raya,” kata sumber PAS Selangor.
Hadi mengarahkan ketiga-tiga exco untuk tidak meletak jawatan. Beliau berkata parti itu bersedia untuk dipecat daripada kerajaan.
Dalam pertemuan dengan exco PAS, Azmin berkata PKR mempunyai peluang yang lebih baik jika berlawan dengan UMNO di Sungai Besar.
Beliau berkata, PKR boleh meraih undi Melayu dan Cina manakala jika PAS atau PAN akan memberi kemenangan mudah kepada UMNO.
Azmin memberi jaminan bahawa beliau akan berunding dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan untuk laluan kepada PAS di Kuala Kangsar.
Beliau juga berjanji bahawa PAS akan diberikan kerusi Parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum akan datang. PKR pernah bertanding dan kalah di Sabak Bernam pada tahun 2013.
Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khairil Wan Ahmad dalam nahas helikopter awal bulan ini.
- See more at: http://www.tv14.my/2016/05/19/azmin-beri-kata-dua-kepada-pas-serah-kerusi-sungai-besar-atau-keluar-dari-kerajaan-negeri/#sthash.1rK78bto.dpuf
PAS diberi kata dua oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali supaya menyerahkan kerusi Sungai Besar kepada PKR atau keluar daripada kerajaan Selangor pada Isnin ini. Sebaliknya, Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz mempertahankan pendirian parti tersebut untuk bertanding di kedua-dua kerusi PAS Sungai Besar dan Kuala Kangsar dan menolak ugutan Azmin.

“PAS kekal bertanding di kedua-dua kawasan dalam PRK kali ini. Hormati kami jika kami menolak rundingan ‘mee segera’ yang sekadar untuk memaksa kami melepaskan hak berasaskan kerusi PRU13.

“Luka dalam kami masih belum sembuh. Penawarnya bukan ubat satu malam. Saya hormati luka dalam DS Anwar Ibrahim terhadap Tun Mahathir. Sesiapa pun boleh berkata, tutuplah cerita lama. Tetapi, adat berkawan, adat berunding, hormati tuan hak sebelum tunjuk belang,” kata beliau dalam satu komen di facebooknya tengah malam Rabu.



Sah Azmin Beri Kata Dua Kepada Exco Pas

KUALA LUMPUR 21 Mei – Dewan Ulama Pas mengesahkan dakwaan tiga Exco Pas Selangor diberi kata dua agar meletakkan jawatan sekiranya parti itu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, adalah benar.
Mohd Khairuddin Aman Razali

Ketua Penerangannya, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, pihak­nya mempunyai maklumat jelas mengenai perkara itu dan menyifatkan penafian Mohamed Azmin kepada pihak media kononnya kata dua tersebut tidak berlaku adalah tidak benar sama sekali.

Menurutnya, tindak-tanduk Menteri Besar Selangor itu dipercayai ada kaitan dengan tekanan daripada pemimpin pakatan pembangkang dan Mohamed Azmin menjadikan Pas sebagai ‘modal’ untuk melepaskan diri.

"Azmin ‘terkantoi’ berbohong kepada wartawan, kononnya tidak pernah arahkan Exco Pas letak jawatan sedangkan memang ‘confirm’ (sah) dia arah Exco Pas meletakkan jawatan jika Pas terus bertanding di Sungai Besar," kata­nya sebagaimana dipetik Free Malaysia Today hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Khairuddin kesal dengan kenyataan Mohamed Azmin yang dilihat menyindir Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti, ketika menyangkal adanya rundi­ngan rasmi pengagihan kerusi antara Pas dan PKR.

"Walau bagaimanapun, Pas mengambil pendekatan memaafkan perbuatan Mohamed Azmin, malah memahami situa­si yang sedang dihadapi Menteri Besar Selangor itu. Kita maafkan Azmin atas kecelaruan fikiran dia akhir-akhir ini," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga merupakan salah seorang Exco Pas Selangor seolah-olah ‘mencabar’ Mohamed Azmin apabila berkata, fokus Pas sekarang adalah untuk menang PRK Parlimen Sungai Besar.

Sah Azmin beri kata dua kepada Exco Pas


 0  0 Google +0
KUALA LUMPUR 21 Mei – Dewan Ulama Pas mengesahkan dakwaan tiga Exco Pas Selangor diberi kata dua agar meletakkan jawatan sekiranya parti itu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, adalah benar.

Mohd Khairuddin Aman Razali
Ketua Penerangannya, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, pihak­nya mempunyai maklumat jelas mengenai perkara itu dan menyifatkan penafian Mohamed Azmin kepada pihak media kononnya kata dua tersebut tidak berlaku adalah tidak benar sama sekali.
Menurutnya, tindak-tanduk Menteri Besar Selangor itu dipercayai ada kaitan dengan tekanan daripada pemimpin pakatan pembangkang dan Mohamed Azmin menjadikan Pas sebagai ‘modal’ untuk melepaskan diri.
"Azmin ‘terkantoi’ berbohong kepada wartawan, kononnya tidak pernah arahkan Exco Pas letak jawatan sedangkan memang ‘confirm’ (sah) dia arah Exco Pas meletakkan jawatan jika Pas terus bertanding di Sungai Besar," kata­nya sebagaimana dipetik Free Malaysia Today hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Khairuddin kesal dengan kenyataan Mohamed Azmin yang dilihat menyindir Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti, ketika menyangkal adanya rundi­ngan rasmi pengagihan kerusi antara Pas dan PKR.
"Walau bagaimanapun, Pas mengambil pendekatan memaafkan perbuatan Mohamed Azmin, malah memahami situa­si yang sedang dihadapi Menteri Besar Selangor itu. Kita maafkan Azmin atas kecelaruan fikiran dia akhir-akhir ini," katanya.
Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga merupakan salah seorang Exco Pas Selangor seolah-olah ‘mencabar’ Mohamed Azmin apabila berkata, fokus Pas sekarang adalah untuk menang PRK Parlimen Sungai Besar.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/sah-azmin-beri-kata-dua-kepada-exco-pas-1.332999#sthash.QymRHfwp.dpuf

Ugutan Azmin Dipandang Sepi oleh Pemuda PAS.
 
“Kalau masing-masing nak tunjuk belang, biarlah kami kekal bulan,” kata Nik Abduh.

Exco Selangor dari PAS telah diminta untuk meletakkan jawatan pada Isnin depan jika parti mereka berkeras untuk bertanding di Sungai Besar. The Star melaporkan kata dua itu datang dari Azmin yang mahu PKR bertanding di parlimen itu dan bukannya PAS atau Parti Amanah Nasional (PAN).

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, telah menyampaikan perkara ini kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Samad, dan exco PAS yang lain, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib, selepas mesyuarat exco kerajaan negeri pada Rabu.

Bagaimanapun, sumber PAS Selangor berkata kepimpinan tertinggi parti telah memutuskan untuk terus bertanding selepas mesyuarat lewat malam di rumah Datuk Seri Hadi Awang di Rusila, Terengganu. Tiga anggota exco negeri dan beberapa pemimpin parti Selangor telah terbang ke Terengganu pada Rabu untuk mesyuarat tergempar.

“Presiden kami tetap dengan keputusan jawatankuasa pusat untuk bertanding dalam pilihan raya,” kata sumber PAS Selangor.

Hadi mengarahkan ketiga-tiga exco untuk tidak meletak jawatan. Beliau berkata parti itu bersedia untuk dipecat daripada kerajaan. Dalam pertemuan dengan exco PAS, Azmin berkata PKR mempunyai peluang yang lebih baik jika berlawan dengan UMNO di Sungai Besar. Beliau berkata, PKR boleh meraih undi Melayu dan Cina manakala jika PAS atau PAN akan memberi kemenangan mudah kepada UMNO.

Azmin memberi jaminan bahawa beliau akan berunding dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan untuk laluan kepada PAS di Kuala Kangsar. Beliau juga berjanji bahawa PAS akan diberikan kerusi Parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum akan datang. PKR pernah bertanding dan kalah di Sabak Bernam pada tahun 2013.

PAS Selangor Tetap Bertanding Di Sungai Besar

Beberapa pihak mengajak PAS kembali ke meja rundingan dan ada juga yang mengajak kembali ke Pakatan Harapan. PAS Selangor ingin menegaskan beberapa perkara:

1. PAS tidak akan kembali ke Pakatan Harapan kerana PAS tidak pernah berada di dalam Pakatan Harapan. PAS masih berada di dalam Pakatan Rakyat dan masih bertahaluf siyasi bersama PKR.

2. PAS Selangor melihat keikhlasan pada tindakan, bukan sekadar ucapan politik dan retorik. Maka, sekiranya pelawaan rundingan tersebut ikhlas, maka pihak-pihak tersebut perlu membuktikannya.

Pilihanraya Kecil Parlimen Sg Besar akan mendedahkan lawan dan kawan PAS. PRK ini akan meletakkan batu asas pertandingan di dalam PRU14. Sikap DAP terhadap melayu dan Islam akan terlihat dan kawan serta lawan di dalam PKR juga akan zahir.

Parlimen Sg Besar adalah kerusi PAS. Di sini, PAS telah berdepan dengan Barisan Nasional sejak berdekad lamanya. PAS Sg Besar dengan kekuatan 40 cawangannya disertai dengan kekuatan jentera dari seluruh negeri telah bersedia untuk menumbangkan Barisan Nasional.
Walau sesiapa pun meletakkan calon melawan PAS, PAS Selangor akan terus mara.

Infiruu!
Bakti untuk Semua


Mohd Prasad bin Hanif
Ketua Penerangan
PAS Selangor

PAS akan tanding di Kuala Kangsar, Sg Besar


Keputusan PRU KE 13

Ketika Pakatan Harapan baru saja menyatakan hasrat untuk berbincang sesama sendiri, PAS telah pun memutuskan akan bertanding dalam dua pilihan raya kecil (PRK) akan datang. Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali (gambar) mengumumkan parti Islam itu akan bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar di Temerloh semalam, lapor Harakahdaily.

Beliau malah menegaskan dalam pilihan raya umum lalu calon mereka hanya kalah tipis 399 undi di Sungai Besar manakala di Kuala Kangsar pula majoriti calon BN hanya kira-kira 1,000 undi.

“Ini bermakna keputusan PRK nanti tidak seperti PRN Sarawak," Mustafa dilapor sebagai berkata dalam majlis perasmian jentera pilihan raya PAS Pahang di Termeloh semalam.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pagi ini berkata HARAPAN akan membincangkan sama ada mana-mana parti sekutunya akan bertanding pada dua pilihan raya kecil itu.

Dalam pilihan raya Sarawak kelmarin, PAS telah pun bertembung dengan parti gabungan HARAPAN dan masih gagal mendapat sebarang kerusi.
Azmin, sebelum ini turut mempelawa PAS kembali dalam satu pasukan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) berikutan kekalahan teruk pembangkang semasa pilihan raya Sarawak.

PAS berpotensi berdepan serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar – kawasan campuran dengan majoriti Melayu.
Kedua-dua kerusi itu secara tradisinya ditandingi PAS - Malaysiakini

Keputusan Pas Bertanding PRK Sungai Besar Muktamad, Tidak Perlu Dipertikai


SHAH ALAM, 21 Mei ( Bernama) -- Keputusan PAS bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini adalah muktamad dan tidak perlu dipertikai oleh mana-mana pihak, kata Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad.

Beliau berkata ini kerana kerusi Parlimen Sungai Besar adalah kerusi tradisi PAS dan parti itu tetap akan meletakkan wakil walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa rundingan berkaitan calon masih berjalan.

"Sungai Besar adalah kerusi tradisi PAS dan keputusan PAS untuk bertanding di situ tidak sepatutnya dipertikaikan oleh sesiapa.

"Saya yakin jentera dan anggota PAS akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada PRK ini dan tidak akan melayani isu-isu yang bertujuan untuk mengganggu tumpuan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program gotong-royong perdana dan insentif penjimatan air Pangsapuri Projek Perumahan Rakyat Kampung Baru Hicom di sini, Sabtu.

Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesediaan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali untuk berjumpa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan isu calon PRK Sungai Besar.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon, yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Ketika diminta mengulas dakwaan bahawa Exco PAS di Selangor perlu meletakkan jawatan sekiranya parti itu berkeras mahu bertanding PRK itu, Iskandar berkata apa yang penting Mohamad Azmin yang juga Menteri Besar Selangor telah membuat keputusan bahawa Exco PAS akan kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie ketika ditemui pemberita menegaskan masih terlalu awal untuk mana-mana parti sama ada DAP, Parti Amanah Negara atau PAS untuk mengumumkan keputusan mahu meletakkan calon di PRK itu memandangkan ia masih di peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan.

"Semua orang boleh umumkan macam itu (letak calon bertanding di PRK Sungai Besar), tetapi, keputusan akhirnya akan ditentukan kemudian.

"Buat masa ini, kita masih mengadakan perbincangan, kita bincang dengan PAS," katanya.
- BERNAMA

PRK: DAP tidak akan sokong PAS, kata Guan Eng 

HATI MELAYU - Mana ada Parti Cina yang sokong Perjuangan Islam?







DAP akan hanya menyokong calon Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata oleh kerana PAS bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan, maka ia bukan sekutunya dan oleh itu ia tidak akan menyokong parti itu.

Bagaimanapun, menurut beliau, perbincangan akan diadakan dengan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor, yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu mengenai pilihan raya kecil itu.

"Kami akan sokong sekutu kami dan satu perbincangan akan diadakan tidak lama lagi dengan pemimpin parti masing-masing," katanya kepada pemberita pada persidangan dewan undangan negeri di sini hari ini.

Lim, bagaimanapun enggan mengulas tentang jemputan Azmin kepada PAS supaya kembali menyertai gabungan itu berikutan kekalahan teruk pembangkang kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak 7 Mei lepas. - Bernama

UMNO, PAS Lindungi Islam, Melayu 
Dr Mahmood Zuhdi menyampaikan penggulungan resolusi Multaqa pada Majlis Multaqa Perpaduan Ummah di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi, kelmarin. - Foto Saifullizan Tamadi/BH Bangi:

Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my

Dr Mahmood Zuhdi menyampaikan penggulungan resolusi Multaqa pada Majlis Multaqa Perpaduan Ummah di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi, kelmarin. UMNO dan PAS perlu bersatu jika ingin beroleh kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sekali gus dapat memastikan hak dan kedudukan masyarakat Melayu dan Islam terus dilindungi di negara ini. 

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, berkata kedua-dua pucuk pimpinan perlu memainkan peranan dan keluar daripada kotak pemikiran sempit yang menghalang pelbagai inisiatif perpaduan dilakukan. "Sebagai parti Melayu Islam, UMNO berada di dasar yang betul, namun pemimpinnya hendaklah sedar diri dan membersihkan diri dan kerajaan yang diterajui. 

"PAS pula perlu keluar daripada kotak pemikiran sempit dan sibuk dengan sindrom Hudud, sedangkan banyak isu pokok orang Melayu dan Islam yang perlu diberi perhatian, bukan mengambil berat hal yang sengaja diperbesarkan," katanya. 

Beliau berkata, impak yang besar dapat dilihat sekiranya UMNO dan PAS bersetuju untuk bergabung kerana ia membabitkan perlindungan hak dan kedudukan orang Melayu dan Islam yang makin tercabar dengan pelbagai kekangan terutama dalam aspek ekonomi dan pendidikan. 

"Suka atau tidak, dalam keadaan sekarang kita perlu mempertahankan Kerajaan Persekutuan diterajui UMNO daripada tumbang. "Pada pandangan saya, antara UMNO dan PAS, tidak ada perbezaan ideologi atau prinsip, yang ada hanya alasan yang sengaja diperbesar untuk menunjukkan perbezaan. Korban kepentingan diri "Persoalan penting yang perlu dijawab adakah pemimpin UMNO dan PAS sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk mengelakkan malapetaka lebih besar kepada kesatuan ummah," katanya. 

Sementara itu, Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub, berkata punca terbesar kepada perpecahan bangsa Melayu adalah disebabkan kepincangan politik, justeru jalan terbaik bagi menanganinya adalah dengan menyatukan semua parti Melayu dan Islam di bawah satu payung.

 "Tidak mustahil untuk UMNO dan PAS bersatu semula kerana ia pernah berlaku pada zaman UMNO diterajui Tun Razak dan PAS pula dinaungi Tan Sri Mohd Asri Muda. "Walaupun agak sukar untuk menyatukan dua parti ini, tetapi sekiranya ada kesungguhan politik terutama daripada pucuk pimpinan UMNO dan PAS bermula dari presidennya sendiri untuk meyakinkan ahlinya ia mungkin berhasil. "Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi, jadi sekiranya UMNO saja yang menunjukkan minat untuk bergabung, tetapi PAS tidak mahu menyambutnya, juga tidak memberikan sebarang makna," katanya pada acara Multaqa Perpaduan Ummah di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), semalam. 

Acara yang disertai 200 ilmuwan, ulama dan individu politik UMNO dan PAS anjuran Majlis Dakwah Negara (MDN) itu bertujuan mencari penyelesaian terbaik dalam masalah perpecahan ummah di negara ini. Yang turut hadir, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), Dr Yusri Mohamad; Pengerusi Persidangan Multaqa Pembentangan Ummah, Tan Sri Dr Zulkarnain Awang dan Pengerusi MDN, Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid.




AMUKANMelayu - PAS sudah seharusnya kembali BERSENDIRIAN jika ingin menegakkan ISLAM di Malaysia ini. Sesungguhnya Islam itu BERDAGANG dan ianya akan KEMBALI BERDAGANG. Jika faham tentang PERJUANGAN, kenapa perlu BERSEKONGKOL dengan Orang yang MENOLAK Islam?