Kisah Nabi Musa Dan Keadilan Allah
“Barangsiapa mengerjakan amal perbuatan kebaikan sebesar dzarrah pun, niscaya ia akan mendapatkan balasannya. Dan, barangsiapa mengerjakan kejahatan sekecil apa pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.” (QS. Al Zalzalah 7-8).
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Suatu hari, Nabi Musa as. begitu ingin mengetahui bentuk keadilan Tuhan yang diberikan kepada para hamba-Nya tatkala mereka masih ada di dunia. Ia pun pergi ke Gunung Sinai untuk bermunajat, dan tentu saja mencari jawab atas rasa penasarannya yang mendalam terkait bentuk keadilan Tuhan.
Sesampainya di tempat tujuan, ia pun segera memohon pada Tuhannya,
“Robb, perlihatkanlah padaku keadilan dan kejujuran-Mu.”
Tuhan berkata,
“Engkau adalah seorang yang terburu-buru, dan tidak mampu bersabar.”
“Kami dapat bersabar dengan pertolongan-Mu,” jawab Musa membujuk.
Tak lama kemudian, Allah pun menyuruh Musa untuk pergi ke sebuah Telaga dan bersembunyi di belakangnya, “Di sana, kau akan lihat kekuasaan dan ilmu-Ku tentang keghaiban.”
Episod 1
Tiba-tiba datang seorang penunggang kuda yang masih muda belia nampak begitu kelelahan dan kehausan. Karena itu, tatkala tiba di telaga yang bening airnya dengan pepohon yang rendang di sekelilingnya, penunggang kuda itu menghentikan kudanya lalu ia turun dan berehat di bawah pepohonan yang rendang itu.
Ia berbaring, lalu meletakkan sebuah bungkusan di sampingnya. Matahari sangat terik, namun di situ amat teduh, sehingga ia tertidur setelah memuaskan dahaganya dengan menghirup air bening dari telaga tersebut. Ketika ia terjaga, matahari mulai agak condong. Padahal ia sedang mengejar waktu kerana ibunya sakit. Nampaknya ia anak orang yang kaya-raya, terlihat dari pakaiannya yang mewah dan kudanya yang mahal.
Pemuda itu terkejut sekali menyadari hari telah menjelang petang. Maka dengan tergesa-gesa ia melompat ke belakang kudanya dan memacu pergi. Bungkusannya tertinggal di tepi telaga itu. Bapaknya sudah meninggal dibunuh orang beberapa tahun dulu.
Episod 11
Tidak berapa lama setelah ia meninggalkan tempat tersebut, seorang penggembala kambing melewati tempat itu pula. Ia melihat ada sebuah bungkusan terletak di bawah pohon di tepi telaga. Diambilnya bungkusan itu, lalu dibawanya pulang ke pondok buruknya. Alangkah gembiranya hati si anak gembala tatkala ternyata bungkusan itu berisi emas dan permata. Sebagai anak yatim piatu yang miskin, penemuan itu dirasakan merupakan hadiah yang tak terhingga baginya.
Episod 111
Waktu tempat tadi sudah sepi, seorang nenek tua yang bongkok berjalan melalui telaga tersebut. Lantaran keletihan, ia pun duduk beristirahat di bawah pohon yang rimbun tempat penunggang kuda tadi beristirehat. Belum lagi ia sempat melepaskan lelah, anak muda penunggang kuda yang tertidur di situ tadi datang kembali hendak mengambil bungkusannya yang tertinggal.
Alangkah terkejutnya pemuda tersebut melihat bahawa di bawah pohon tempatnya beristirahat tadi kini terdapat seorang nenek tua yang bongkok. Lebih terperanjat lagi bila dilihatnya bungkusanya sudah lenyap dari situ.
Maka pemuda itu dengan suara garangnya bertanya kepada si nenek bongkok tersebut,
“Mana bungkusan yang tadi di sini?”
“Saya tidak tahu, “jawab nenek dengan gementar.
“Jangan bohong!” bentak si pemuda.
“Sungguh, waktu saya tiba di sini, tidak ada apa-apa kecuali kotoran kambing.”
“Kurang ajar! Kamu sudah tua, bukan? Mau mempermainkan aku? Pasti engkau yang mengambil bungkusanku dan menyembunyikannya. Kembalikan! Bungkusan itu. Kembalikan!”
“Sumpah, Tuan, saya tidak tahu,” sahut nenek tua itu yang makin ketakutan.
“Kurang ajar! Bohong!, serahkan kembali” hardik si pemuda itu tambah berang.
Lantaran memang nenek itu tidak tahu apa-apa, maka ia tetap berkeras bahawa ia tidak melihat bungkusan tersebut dantidak mengambilnya atau menyembunyikannya.
Pemuda itu makin berang dan tidak dapat mengawal kemarahannya lagi. Dicabutnya pedang pendek dari pinggangnya lalu dibunuhnya nenek itu tanpa belas kasihan. Lantas, sesudah dicarinya kesana kemari tidak ditemukannya juga, ia pun melompat ke atas kudanya dan memacunya menuju kampung halamannya. Hatinya panas, marah dan kecewa.
Dengan cerita ini seorang murid Nabi Musa as. bertanyakan pada Nabi Musa:
“Wahai Nabiyullah. Bukankah cerita tersebut justru menunjukkan ketidakadilan Tuhan?”
“Maksudmu?” tanya Nabi Musa as.
“Nenek itu tidak berdosa, tetapi harus menanggung musibah yang tidak patut diterimanya. Sedangkan si anak gembala yang mencuri harta itu bebas tanpa menerima hukuman dan tidak mendapatkan balasan setimpal.”
“Tuhan tidak adil?”, ucapnya.
Nabi Musa terbelalak. “Masya Allah. Dengarkan baik-baik latar belakangnya. Tanpa setahu yang mengalami peristiwa tersebut, sebenarnya rentetan kejadian itu adalah bukti keadilan Tuhan dalam membalas perbuatan hamba-Nya..”
Episod 1V
Kemudian Nabi Musa as pun menceritakan:
1 - “Ketahuilah, dahulu ada Seorang Petani Hartawan dirompak semua perhiasan dan harta benda miliknya oleh dua orang perompak yang kejam. Dalam membagi harta rompakan itu terjadi penipuan. Salah seorang perompak itu sangat tamak, sehingga harta rompakan itu dikuasainya sendiri.
2 - Maka Perompak Kedua pun jadi marah dan dendam, sehingga pada suatu hari Perompak Pertama yang serakah itu dibunuhnya.
3 - Tahukah kamu siapa perompak yang kedua, yang membunuh kawannya? Perompak Kedua itu adalah Nenek Bongkok yang dibantai oleh penunggang kuda itu.
4 - Siapa pula perompak pertama yang dibunuh nenek bongkok itu? Perompak Pertama itu adalah Ayah Pemuda yang membunuh si nenek itu. Di sini berarti nyawa di bayar nyawa.
5 - Adapun Anak Yatim Piatu yang mengambil bungkusan tadi adalah Anak Kepada Petani Hartawan yang di rompak oleh kedua perompak tersebut.
Harta kekayaan telah kembali kepada yang berhak, dan kejahatan kedua perompak tersebut telah memperoleh balasan yang setimpal, meskipun peristiwanya tidak berlangsung tepat pada saatnya, namun itu sesuai dengan kejahatan mereka”
Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya
Itulah juga keadaannya dengan politik negara dan penyambung perjuangan seterusnya. Bagaimana kita mendidik generasi muda untuk menyambung perjuangan kita nanti. Bagaimana contoh teladan yang kita tunjukkan kepada mereka begitulah juga sikap yang akan ditonjolkan mereka nanti.
Bagaimanakah generasi yang akan dihasilkan oleh sesebuah negara banyak bergantung kepada cara kita pendidikan yang diamalkan di dalam parti. Jika kita mementingkan kemenangan parti tanpa pengisian, maka kita hanya akan dapt kemenangan, jika kita mengajar pemimpin pelapis ini dengan perjuangan Ugama. bangsa. Negara, maka pemimpin pelapis ini akan menjadi pejuang yang hebat dan......
Jika kita hanya mendidik mereka dengan kerja BERUPAH, maka semua kerja parti nanti dan taat setia mereka kepada parti hanya kepada berapa banyak yang mereka akan terima upah dan jika ada parti lain yang memberi upah yang lebih tinggi.....mereka akan meninggalkan perjuangan dan parti lamanya di tinggalkan di pelabohan yang di singgah tadi.
Walaupun sistem pendidikan politik bukanlah satu-satunya acuan yang membentuk generasi pemimpin muda tetapi ia adalah di antara acuan yang terpenting dalam pembangunan modal insan. Sebelum adanya konsep globalisasi dan kemudahan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) pendidikan adalah satu-satunya acuan yang membentuk generasi muda.
Bagaimana kita mendidik pemimpin pelapis ini, begitulah hasil yang akan kita perolehi nanti. Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sewaktu zaman awal kemerdekaan dulu, satu-satu sumber untuk saya menimba ilmu politik adalah dengan mengikut aktiviti-aktiviti parti. Pemimpin yang lebih tua adalah guru dan tempat kita memperolehi sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan kemahiran berpolitik dan ianya akan menjadi bekalan bagi menghadapi pilihanraya dan bukannya berpolitik 24 jam seperti sekarang ini.
Apa yang kami timba dari mengikut dan bergaul dengan mereka yang lebih berusia dan guru politik ini, itulah ilmu dan pengetahuan yang diterima dengan bulat-bulat. Tidak pernah di persoalkan kesahihannya. Sememangnya tidak ada sumber lain yang boleh kita jadikan bandingan apatah lagi ramai di antara pengundi diwaktu itu buta huruf dan yang berpelajaran amatlah sedikit.
Sejak melancarkan kempen menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melakar semula pertempuran politik, menyediakan laskar dari kedua-dua pihak yang bertentangan.
Sekarang ini, beliau melancarkan serangan terbarunya menggunakan organ parti DAP, Roketkini. Dalam wawancara eksklusif organ media atas talian itu, Mahathir ditanya mengenai peranan beliau selaku mentor kepada Najib.
Ternyata sebagai ‘guru’ yang kecewa, Mahathir berkata : “Banyak orang belajar daripada saya, bukan semua ikut. Yang ni (penuntut) yang gagal. Yang ni (Najib), niat dia lain.”
Mahathir turut menempelak Umno dan mengadu mengenai budaya rasuah yang membelenggu negara. Bekas presiden Umno yang keluar parti sebagai protes terhadap Najib, mendakwa pemimpin cawangan menghalang mereka yang berkaliber untuk menyertai Umno.
“Ketua cawangan UMNO, dia tak bagi orang yang ada kaliber masuk. Bila dia mati, siapa yang ganti dia? Orang lagi bodoh daripada dia. UMNO (sekarang) telah mengecut menjadi parti yang dipimpin orang bodoh, tak ada prinsip,” katanya.
Mengenai isu rasuah pula, Mahathir mendakwa kakitangan kerajaan belajar daripada ahli politik.
“…Pegawai kerajaan sekarang pun ambil duit sebab dia tengok pemimpin boleh ambil berbilion, tak kan dia tak boleh ambil sejuta, dua?” tambahnya.
Dalam wawancara itu, Mahathir turut menggariskan perbezaan antara beliau dengan Najib.
“Najib hutang. Saya tak hutang. Saya peruntukkan duit kerajaan, bukan untuk saya. Bila sudah ada peruntukan, penjawat awam lah punya kerja. Saya tak terlibat mengubah duit itu ke sana sini,” katanya, melepaskan berdas-das tembakan suara terhadap Perdana Menteri.
“Najib adalah principal dalam 1MDB. Nak buat apa pun mesti dapat tandatangan dia. Dialah CEO dalam 1MDB, walaupun dia panggil diri dia penasihat.”
Dalam pada itu, Tun M yang juga bekas ahli parlimen Kubang Pasu yang kini berusia 91 tahun itu juga berikrar akan terus berkempen untuk "PERJUANGAN TERAKHIR" menggantikan President UMNO yang juga PM Malaysia dengan muka baru.
Hanta-hangat tahi ayam |
Kita sering berselisih pandangan, tapi bukan "Melanggar". Berselisih pandangan adalah perkara biasa dan dalam konsep Islam, jika pandanganya di tolak ianya amat bersyukur, tapi jika pandangannya di terima, ia akan BERISTIFAR.
Bersyukur disini bererti kita bebas dari pandangan yang di tolak itu sementara BERISTIFAR pula, kerana takut pandangan yang di terima itu memudhoratkan orang lain bila digunapakai nanti.
MELANGGAR pula membawa maksud ianya bertentangan dengan undang-undang Negara, tapi mungkin baik bagi parti dan tidak melanggar Undang-undang Kecil Parti. Bukan mudah untuk menjadi satu organisasi yang keahliannya berjumlah melebihi 3 juta orang. Sebagai President kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang. Tambahan lagi bagaimana untuk menjadi seorang Perdana Menteri dan bagaimana untuk menjaga 26 juta Rakyat?
Sejak PM Pertama hinggalah kepada PM terkini. Tidak semua yang mereka buat betul belaka. Dan ianya semestinyalah apa yang Parti Pemerintah buat tidak akan "MENJADI BETUL" pada pembangkang. Ianya menjadi lebih parah jika Ahli sendiri yang menentang Presidentnya kerana berselisih pendapat. Inilah sebenarnya apa yang sedang terjadi kini.
Kapal dulu |
Sebab, setiap awak-awak ada tugasnya dan semunya penting bagi setiap pelayaran sesebuah bahtera. Penjaga sauh, layar, dek, mata angin, peninjau dan khadam juragan juga ada tugasnya dan mereka ini dilarang sama sekali meninggalkan tugas masing-masing dan akan berada di tempat yang telah dikhususkan dan menunaikan tanggung jawabnya kepada bahtera tersebut.
Bantahan segelintir penyokong UMNO terhadap pemecatan bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan penggantungan keahlian Naib Presiden parti, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal hanya bersifat sementara. Mereka ini diumpamakan adalah awak-awak atau anak kapal yang berselisih pendapat, dan sudah semestinyalah Nakhoda mengarahkan semua sengketa diselesaikan di pelabuhan. Jika masih ada yang membantah, Nakhoda akan tinggalkan mereka di pelabuhan yang berikutnya. Bahtera mesti di teruskan pelayarannya menuju ke pelabuhan yang menjadi distinasinya.
Kapal UMNO sekarang |
Semua ini hanya perkara bersifat sementara. Lama-lama nanti, semuanya akan sejuk dan kembali normal. Mahu tidak mahu, semuanya akan kembali kelandasan Parti. Baik mereka yang penyokong Najib atau pun yang menyokong Tun M. Telah banyak sejarah yang terjadi, mereka yang merajuk akan kembali kepangkuan Parti. Contoh yang jelas adalah Tun M sendiri dan Ku Li. Sesudah sejuk nanti ianya mereka akan sedar dan kembali kepada perjuangan parti. Yang penting adalah Kerajaan dan Parti dapat dipertahankan.
Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah adalah merupakan dua daripada beberapa individu yang pernah digantung keahliannya dalam UMNO, namun, perjuangan parti tetap diteruskan. Ku Li kekal bersama UMNO hingga kini dan Anwar membawa diri ke Bamboo River.
Pada 24 Jun lalu, Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada UMNO sementara Mohd. Shafie digantung keahlian daripada parti. Keputusan pemecatan dan penggantungan itu dibuat secara sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Keputusan itu dibuat ekoran tindakan Muhyiddin dan Mukhriz melanggar disiplin parti.
Bagi sesetengah Ahli UMNO menganggap tidak mahu terus menyimpan golongan ‘gunting dalam lipatan’ yang hanya menjejaskan perjalanan parti. Sebenarnya banyak lagi "Gunting Yang Tersimpan" di dalam laci yang sering berlegar di sekeliling President Parti yang hidupnya hanya "Mengadu domba" yang perlu di bersihkan dari UMNO.
Mengenai Mohd. Shafie yang digantung keahliannya dan mendapat bantahan daripada penyokongnya, MT perlu turun padang menjelas dan menasihatkan para penyokong Shafie supaya terus bertenang. Jika tindakan ini tidak dibuat. Jangan hairan jika Sabah mampu membuatkan Kuala Lumpur berputeh mata.
Disini bukan Ahli yang kecewa harus berubah tapi sebaliknya MT yang terlebih dahulu berubah dan jangan "Mempamerkan Kemewahan" yang berlebihan yang menjadikan Rakyat menjadi sakit mata. Dan MT masih mempunyai masa untuk berubah, memperbaiki diri dan kembali kepada perjuangan asal UMNO.
“Penulis percaya, kalau Kepimpinan UMNO benar-benar mahu memperbaiki diri, mereka akan diterima semula dalam BARISAN PERJUANGAN RAKYAT.
PARTI BARU
Kenapa tinggalkan UMNO? |
Parti Baharu Tak Kemana…
PARTI politik baharu yang muncul dari serpihan parti induk, haluannya umpama bahtera yang tidak tiba ke pelabuhan.
Belayar di laut lepas sehingga kehabisan minyak di tengah lautan dengan anak-anak kapal menunggu ‘penyambung nyawa’.
Dalam sejarah politik tanah air, kemunculan Parti Melayu Semangat 46 (S46) pada 1988 adalah peristiwa terbesar yang hampir memusnahkan parti induknya, UMNO.
Pergelutan antara Team A dan Team B dalam UMNO melahirkan S46 yang menjadi duri dalam daging kepada Dr. Mahathir dan rakan-rakan beliau.
Parti serpihan tersebut menghasilkan golongan kanan yang cepat memperjuangkan kepentingan Melayu. Bagi kira-kira sembilan tahun (1987-1996), S46 telah menonjolkan hak-hak Melayu, kedaulatan Sultan-sultan dan sudah tentu Islam yang menjadi satu usaha sesuai dengan hasrat Pas.
Malah, pakatan S46-Pas di Kelantan, yang lebih dikenali sebagai Angkatan Perpaduan Ummah, telah berjaya melahirkan kerajaan campuran. Tokoh-tokoh lain berkedudukan tinggi termasuk Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Hussein Onn dan kakaknya, Nel Onn.
Selain itu melibatkan bekas Ketua Pemuda UMNO yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris, Brig Jeneral (B) Jaafar Onn, Ahmad Shabery Cheek, Suhaimi Kamaruddin (bekas Ketua Pemuda UMNO) dan beberapa bekas pemimpin UMNO yang lain.
Walaupun Razaleigh masuk semula ke dalam UMNO pada 1996 selepas S46 dibubarkan, Dr. Mahathir tidak menjemput beliau menyertai Kabinet.
Sebaliknya, Dr. Mahathir memberikan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang terlibat dalam politik Team B UMNO selama beberapa tahun sebagai peluang baharu dan akhirnya menjadi Perdana Menteri kelima.
Kemunculan S46 menarik hampir separuh anggota Kabinet Dr. Mahathir dan menggugat pentadbiran negara.
Suatu ketika, tiga parti serpihan, Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) dari Pas serta Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) dan Parti Negara, ilham Yang Dipertua UMNO pertama, Datuk Onn Jaafar lenyap begitu sahaja.
Jika ada tercuit di hati Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dipecat daripada UMNO baru-baru ini untuk menubuhkan parti baharu, elok difikirkan panjang.
PAN ditubuhkan dalam setahun ini hasil suntikan politik licik DAP pun belum mampu memiliki sebarang kerusi di Sarawak dan dua pilihan raya kecil baru-baru. Presidennya, Mohamad Sabu terkontang-kanting masih mencari kedudukan.
TUN M SEDANG MEMETIK DARI APA YANG DIA TANAM
Kita sedang menyaksikan satu lagi sejarah dilakar dalam politik Malaysia apabila Pada 24 Jun lalu, Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada UMNO sementara Mohd. Shafie digantung keahlian daripada parti. Keputusan pemecatan dan penggantungan itu dibuat secara sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Keputusan itu dibuat ekoran tindakan Muhyiddin dan Mukhriz melanggar disiplin parti. Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, oleh Datuk Seri Najib Razak langsung tidak meninggalkan bekas dan menampakkan kekesalan di hatinya.
Penyingkiran
itu menyaksikan Muhyiddin kini ‘menyertai’ senarai tiga bekas Timbalan
Perdana Menteri yang ‘digugurkan’ dan dipecat sebelum ini, ketika zaman
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketiga-tiga
mereka adalah Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan Ketua Umum PKR, Datuk
Seri Anwar Ibrahim, yang kini sedang menjalani hukuman penjara, ekoran
disabit bersalah atas tuduhan meliwat.
Sekali pandang, Najib dan Dr Mahathir mungkin dilihat ada persamaan dari sudut ‘bertindak ke atas timbalannya’. Namun ironinya, faktor pemecatan pada zaman kedua-dua mereka seperti tidak mempunyai perbezaan ketara.
Zaman Dr Mahathir
Misalnya,
Musa Hitam. Beliau meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana
Menteri pada tahun 1987, disebabkan percanggahan pendapat dengan Dr
Mahathir selaku Perdana Menteri.
Ia berlaku beberapa bulan selepas peristiwa Memali, November 1985 yang mencatatkan sejarah hitam dalam sejarah negara. Tempat
beliau kemudian diisi Tun Ghafar Baba yang dilantik Dr Mahathir selepas
menang jawatan Timbalan Presiden Umno terhadap Musa, pada pemilihan
tahun 1987.
Pada 1993
Tun Ghafar pula berundur daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri,
apabila kedudukannya sebagai Timbalan Presiden Umno dicabar oleh Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
Pada zaman Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, negara berdepan krisis kewangan pada 1997. Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika itu dilihat telah gagal mengangani krisis tersebut. Pada masa
sama, beliau turut terpalit dengan tuduhan kesalahan jenayah liwat yang
menyebabkan Dr Mahathir kemudian bertindak memecat beliau daripada
jawatan Kabinet.
Jangan Di Tanya Apa salah Muhyiddin.......
Berbeza
dengan Najib. Pemecatan Muhyiddin dibuat dalam keadaan rakyat melihat
bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak melakukan apa-apa kesalahan,
malah bangkit untuk menyatakan kebenaran. Malah,
sebaliknya Najib yang sebenarnya sedang dipersoal rakyat ekoran beberapa
pendedahan dakwaan salah laku berkait kes 1Malaysia Development Berhad
(1MDB). Itu semasa di pecat dari Timbalan Presiden. Tapi kini Tan Seri My telah berada di pentas DAP.
Sementara PM pula di lihat amat menjijikkan dengan skandal 1MDB, sehingga banyak suara mendesak Perdana Menteri itu meletak jawatan. Banyak posting-posting penulis mengenai Najib dan Tun M. Seperti yang selalu penulis tekankan. BUKAN SEMUA YANG TUN M BUAT BETUL BELAKA dan TIDAK SEMESTINYA APA YANG NAJIB BUAT SALAH BELAKA. Tapi yang penting bagaimana nak asingkan "Antah dari Beras", supaya kedua-duanya boleh digunakan.
Muhyiddin pula pada mata rakyat, berimej bersih dan kelantangannya mengkritik Najib adalah sebagai usaha menyelamatkan negara. Namun,
Najib seperti dalam kenyataannya ketika mengumumkan senarai kabinet
baharu hari itu antara lain berkata, beliau tidak boleh menerima anggota
Kabinet yang meluahkan perbezaan pandangan di forum terbuka.
Dengan kata lain, beliau tidak perlukan mereka yang MENENTANG Presiden Parti dan "menyerangnya" dari pentas PEMBANGKANG.
MELAYU BENCI PEMAKAN DEDAK SAMA DENGAN TUN DUDUK ATAS PENTAS BERSAMA DENGAN DAP
MELAYU BENCI PEMAKAN DEDAK SAMA DENGAN TUN DUDUK ATAS PENTAS BERSAMA DENGAN DAP
1. Saya diberitahu bahawa ramai ahli dan pemimpin bawahan UMNO marah kerana saya berada bersama Kit Siang dalam usaha menjatuhkan Dato Seri Najib.
2. Ya, ini memang pelik dan aneh. Kami adalah musuh ketat. Tetapi kami berdua mempunyai pendirian yang sama berkenaan penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri.
3. Sepatutnya penyingkiran ini dibuat oleh UMNO. Dalam pertandingan antara saya dengan Tengku Razaleigh ahli dan pemimpin UMNO secara terang boleh memihak kepada Tengku Razaleigh. Saya tidak menakutkan mereka, tidak membuang mereka dari jawatan atau parti. Yang Menteri terus jadi Menteri, demikian juga Ketua Bahagian dan perwakilan.
4. Tetapi hari ini kebanyakan ahli dan pemimpin UMNO sudah jadi bisu, pekak dan buta. Mereka tahu kesalahan Najib tetapi mereka sokong juga Najib. Walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh Najib mereka tetap sokong.
5. Mungkin kerana dedak yang disuap oleh Najib. Shahrir mengaku dia terima 1 juta dan Ahmad Maslan 2 juta (laporan di sini). Takkan yang lain tidak dapat habuan.
6. Kerana kepentingan diri dan tamak UMNO tidak akan menjatuhkan Najib. Kerana kepentingan diri, bangsa, negara dan agama juga sanggup dijual. Tidak ada ahli UMNO selain daripada beberapa Ketua Cawangan yang berani menentang Najib. Kalau nak harap UMNO jatuhkan Najib, tidak mungkin.
7. Ini bukan UMNO lagi. Janganlah berlagak sebagai ahli UMNO yang kononnya tidak sanggup melihat saya bersama Kit Siang. Yang tidak sayang UMNO ialah kamu sekalian, kamu yang membisu, kamu yang pekak dan buta kerana semua anggota ini sudah ditutup dengan dedak dan lain-lain.
8. Jangan soal saya. Soal diri sendiri. Apakah kamu berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair apabila kamu melindungi perbuatan Najib menghilangkan duit rakyat dan sekarang menjual tanah yang dibeli dari Kerajaan berharga RM60/- satu kaki persegi dan dijual kepada Tabung Haji dengan harga RM3,500/- satu kaki persegi, mengenakan cukai G.S.T. keatas rakyat dan menghapuskan subsidi untuk bayar hutang 1MDB sebanyak 42 billion Ringgit, memiliki 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi yang disembunyi daripada rakyat, kononnya untuk PRU 13 tetapi, kononnya belanja lebih dari 1 billion Ringgit untuk PRU 13 tetapi kemudian hantar balik kepada penderma 2.03 billion. Tak masuk akal 2.6 tolak 2.03 tinggal berapa? Dari mana datang 1 billion lebih yang kononnya dibelanja untuk PRU 13. Perbelanjaan yang begini banyak menyalahi undang-undang.
9. Najib memalukan negara kerana Malaysia sekarang dikenali sebagai 1 dari 10 negara yang mengamal rasuah terbesar. Najib sendiri dicemuh diseluruh dunia. Inilah pemimpin yang awak sokong dan pertahan. Ini adalah pengkhianatan terhadap UMNO, terhadap orang Melayu, terhadap negara.
10. Rakyat lebih benci melihat ahli UMNO yang menyokong Najib daripada ahli UMNO berada diatas pentas bersama Kit Siang untuk menjatuhkan Najib.
11. Kami tak makan dedak sesiapa.
Apa Yang Sebenarnya Mahathir Mahu?
Prof James Chin adalah inaugural Director di Asia Institute, University of Tasmania. Beliau adalah seorang pakar dalam isu-isu urus tadbir di Asia Tenggara, terutama Malaysia, Indonesia dan Singapura. Beliau juga bertugas di negara-negara kepulauan di Pasifik Selatan. Pandangan beliau kerap diminta oleh agensi-agensi berita utama di seluruh dunia, termasuk The New York Times, The Financial Times, BBC World TV, CNBC dan Bloomberg.
Ini adalah pandangan beliau mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam bukunya, The Lasting Shadow of Mahathir, ini yang di tulis oleh James Chin dalam bab dua (BACA BAB PENUH DI SINI):
1 - Mahathir ingin mewujudkan dinasti politik keluarga, dinasti Mahathir.
2 - Mahathir mahu Jambatan Bengkok idea beliau dibina hanya untuk memenangi siapa hebat atau pertandingan kiasu dengan Singapura. Dan dia marah dengan kedua-dua Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak kerana tidak dibina.
3 - Mahathir mahu memadamkan prestasi yang lemah UMNO dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2008 adalah disebabkan oleh serangan Mahathir terhadap Abdullah Badawi.
4 - Najib perlu digulingkan kerana dia enggan membina Jambatan bengkok.
5 - Mahathir berdendam dan tidak puas hati dengan Najib kerana Mukhriz kalah dalam pertandingan untuk salah satu daripada tiga jawatan Naib presiden Umno pada 2013, adalah penting untuk beliau menang untuk mencapai matlamat menjadi Timbalan Presiden dan seterusnya Presiden Umno, satu-satunya cara Mukhriz boleh menjadi Perdana Menteri . Mahathir menyalahkan Najib kerana tidak menyokong Mukhriz, dan menyebabkan kekalahan Mukhriz.
6 - Mahathir marah dengan Najib kerana Perdana Menteri mengutamakan 1Malaysia (yang akan memberikan kesaksamaan kaum Cina dan India dengan orang Melayu).
7 - Mahathir,cuba memadamkan Mokhzani, adalah salah salah seorang lelaki terkaya di Malaysia kerana DEB, yang merupakan punca untuk amalan rasuah dan salah guna kuasa. Amalan ini menjadi lebih teruk pada akhir 1980-an dalam tempoh Mahathir sebagai Perdana Menteri.
8 - Mahathir mahu Malaysia ditadbir mengikut cara beliau.
9 - Mahathir mahu Mukhriz menjadi Perdana Menteri.
10 - Untuk memudahkan Mukhriz menjadi PM adalah dengan menyingkirkan Najib.
AMUKANMelayu - Antara pemakan dedak dengan BERSEKONGKOL dengan DAP, jawapannya adalah sama......menang jadi arang dan kalah menjadi debu.....
KUALA
LUMPUR 29 Jun – Bantahan segelintir penyokong UMNO terhadap pemecatan
bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan penggantungan
keahlian Naib Presiden parti, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal hanya
bersifat sementara.
Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd.
Ali Rustam berkata, perkara seperti ini sudah biasa berlaku dalam parti
dan dianggap normal.
Katanya yang juga bekas Ketua Menteri Melaka, tiada apa yang perlu dibimbangkan setakat ini kerana pemecatan dan penggantungan ahli-ahli UMNO bukan satu perkara baharu, malah sudah terdapat dalam perlembagaan parti.
“Ini hanya perkara bersifat sementara. Lama-lama nanti, mereka (penyokong) akan sedar dan kembali kepada perjuangan parti. Yang penting adalah kerajaan dan parti dapat dipertahankan.
“Bekas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah adalah merupakan dua daripada beberapa individu yang pernah digantung keahliannya dalam UMNO, namun, perjuangan parti tetap diteruskan,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di ibu pejabat Pembangunan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) di sini hari ini.
Pada 24 Jun lalu, Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada UMNO sementara Mohd. Shafie digantung keahlian daripada parti.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu dibuat secara sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO
Beliau yang juga Presiden UMNO menjelaskan, keputusan itu dibuat ekoran tindakan Muhyiddin dan Mukhriz melanggar disiplin parti.
Tambah Mohd. Ali yang juga Pengerusi PUNB, ahli-ahli UMNO juga tidak perlu mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi (MT).
Hal ini katanya, MT tidak mahu terus menyimpan golongan ‘gunting dalam lipatan’ yang hanya menjejaskan perjalanan parti.
Mengulas mengenai Mohd. Shafie yang digantung keahliannya dan mendapat bantahan daripada penyokongnya, Mohd. Ali berkata, Mohd. Shafie perlu turun padang dan menasihatkan para penyokongnya supaya terus bertenang.
Katanya, Mohd. Shafie masih mempunyai masa untuk berubah, memperbaiki diri dan kembali kepada perjuangan asal parti.
“Saya percaya, kalau Mohd. Shafie benar-benar mahu memperbaiki diri, dia akan diterima semula dalam parti,” ujarnya.
- See more at:
http://www.utusan.com.my/berita/politik/bantahan-penyokong-muhyiddin-8232-shafie-hanya-sementara-8211-ali-rustam-1.348509#sthash.1oFKsTJA.dpufKatanya yang juga bekas Ketua Menteri Melaka, tiada apa yang perlu dibimbangkan setakat ini kerana pemecatan dan penggantungan ahli-ahli UMNO bukan satu perkara baharu, malah sudah terdapat dalam perlembagaan parti.
“Ini hanya perkara bersifat sementara. Lama-lama nanti, mereka (penyokong) akan sedar dan kembali kepada perjuangan parti. Yang penting adalah kerajaan dan parti dapat dipertahankan.
“Bekas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah adalah merupakan dua daripada beberapa individu yang pernah digantung keahliannya dalam UMNO, namun, perjuangan parti tetap diteruskan,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di ibu pejabat Pembangunan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) di sini hari ini.
Pada 24 Jun lalu, Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada UMNO sementara Mohd. Shafie digantung keahlian daripada parti.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu dibuat secara sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO
Beliau yang juga Presiden UMNO menjelaskan, keputusan itu dibuat ekoran tindakan Muhyiddin dan Mukhriz melanggar disiplin parti.
Tambah Mohd. Ali yang juga Pengerusi PUNB, ahli-ahli UMNO juga tidak perlu mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi (MT).
Hal ini katanya, MT tidak mahu terus menyimpan golongan ‘gunting dalam lipatan’ yang hanya menjejaskan perjalanan parti.
Mengulas mengenai Mohd. Shafie yang digantung keahliannya dan mendapat bantahan daripada penyokongnya, Mohd. Ali berkata, Mohd. Shafie perlu turun padang dan menasihatkan para penyokongnya supaya terus bertenang.
Katanya, Mohd. Shafie masih mempunyai masa untuk berubah, memperbaiki diri dan kembali kepada perjuangan asal parti.
“Saya percaya, kalau Mohd. Shafie benar-benar mahu memperbaiki diri, dia akan diterima semula dalam parti,” ujarnya.