,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 22 August 2016

1 MDB - Tidak Bersalah Sehingga Dibuktikan Bersalah.


Barack Obama - Membangkitkan kepentingan ketelusan, akauntabiliti dan membanteras rasuah dengan Datuk Seri Najib Razak

Washington Post thinks Najib a friend Obama should lose


Updated


Citing the various scandals surrounding Prime Minister Najib Abdul Razak, American daily The Washington Post believes that all these should sway the Obama administration. 

“It’s past time for the administration to distance itself from a ruler who appears headed for well-deserved disgrace.” 

The editorial, published yesterday, pointed out that although Malaysia’s attorney-general had cleared Najib of any wrongdoing in the RM2.6 billion 'donation' issue, revelations about alleged misappropriation of funds by his brainchild 1MDB continue to pour forth apart from the investigations by other countries. 

“Malaysia’s scandal appears likely to implicate financiers in the United Arab Emirates, Saudi Arabia, Singapore and the United States as well as some big Western banks. 

“Perhaps most important, the chances that Najib will himself face legal and political consequences are steadily growing,” read the editorial.
Najib, it added, had combated allegations by way of repression. Citing former deputy prime minister Muhyiddin Yassin who was sacked and former attorney-general Abdul Gani Patail whose services was terminated, The Washington Post also pointed out how at least 15 people were charged under the Sedition Act which Najib had earlier promised to repeal. 

“Increasingly, it looks like a losing effort. Even if Malaysia’s investigators are blocked, those in other countries appear likely to move forward and expose how money was diverted.” 

Commenting on the Public Accounts Committee’s (PAC) report on 1MDB yesterday, Najib said it had proved how former premier Dr Mahathir Mohamad made a false allegation that RM42 billion was missing from 1MDB.
Mahathir, however, retorted that instead of RM42 billion, the PAC had said that 1MDB had a debt of RM50 billion

Attorney-general Mohamed Apandi Ali may have cleared Najib of any wrongdoing but his critics continue to raise various questions against him. Najib has consistently denied any wrongdoing on his part. 




Memetik pelbagai dakwaan skandal dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak, The Washington Post percaya pentadbiran Barack Obama harus menjarakkan diri dengan perdana menteri Malaysia. 

Pada April 2014, Obama menjadi Presiden AS pertama melawat Malaysia dalam tempoh hampir 50 tahun. Ikuti sidang akhbarnya selepas lawatan itu.
 
Dalam sidang redaksinya semalam, The Washington Post berpendirian, walaupun peguam negara membersihkan nama Najib dalam isu dana RM2.6 bilion, dakwaan salah urus dana 1MDB terus mencurah-curah dan siasatan turut berjalan di pelbagai negara lain.


“Skandal Malaysia kemungkinan besar akan memberi kesan terhadap pembiaya-pembiaya di Emeriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Singapura, Amerika Syarikat dan begitu juga beberapa bank-bank besar di Barat. 

“Barangkali lebih penting, peluang Najib berdepan tindakan undang-undang dan akibat politik sedang meningkat naik,” menurut akhbar itu. Najib, dakwa The Washington Post lagi, menangkis dakwaan-dakwaan terhadapnya dengan cara menekan. 

Akhbar itu membangkitkan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri dan penamatan kontrak bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail. 

Turut dibangkitkan pendakwaan terhadap sekurang-kurangnya 15 individu bawah Akta Hasutan 1948, yang pernah dijanjikan untuk dimansuh sebelum ini.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama enggan mengulas lanjut mengenai siasatan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama berkata beliau ada membangkitkan mengenai kepentingan ketelusan, akauntabiliti dan membanteras rasuah dengan Datuk Seri Najib Razak, walaupun perdana menteri terlibat dengan kontroversi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan derma AS$700 juta.

Bagaimanapun, Obama enggan mengulas lanjut mengenai siasatan terhadap Najib, sambil menegaskan tidak berniat untuk mencampuri siasatan yang sedang berjalan itu biarpun sudah pulang ke AS.

“Saya tidak mahu mengulas mengenai siasatan berlaku walaupun pulang ke Amerika Syarikat, saya tidak akan mengulas apa-apa mengenai siasatan atau prosiding undang-undang yang sedang berlaku di negara asing ketika saya menjadi tetamu.

“Tetapi saya ada membangkitkan kepada perdana menteri, sama seperti saya berjumpa dengan ramai pemimpin di sini di Asia Tenggara, Afrika, Amerika Latin, dan mana-mana saya pergi, mengenai kepentingan ketelusan dan kebertanggungjawaban, kepentingan membanteras rasuah, di mana kesemuanya adalah halangan perkembangan, semua perkara itu, menyumbang kepada kemiskinan dan membantutkan pertumbuhan, “katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semasa lawatannya ke Malaysia suatu ketika dulu.

Obama berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai hasil perbincangan beliau dengan Najib mengenai “skandal dana pelaburan” itu, memandangkan beliau sudah berjanji semasa majlis dialog 2 hari lepas beliau akan membangkitkan isu ketelusan dengan perdana menteri.

Obama berkata, mana-mana negara yang berjaya menyelesaikan masalah rasuah akan segera memperbaiki kedudukan mereka, walaupun kekurangan sumber atau tidak mempunyai perairan.

Beliau juga memberi amaran mana-mana negara yang gagal menangani rasuah akan “gagal” tidak kira jika mereka memiliki sumber yang banyak.
“Saya juga menekankan kepada Najib mengenai kepentingan masyarakat sivil dan kebebasan media di negara-negara yang berkembang maju,” kata Obama.
Beliau berkata, walaupun AS tidak menjangkan semua negara akan mengikut dasarnya, namun terdapat “beberapa prinsip asas” yang penting bagi mereka untuk ditegakkan “sebagai kawan dan rakan kongsi kami sudah membincangkan perkara itu”.

April 2014, Obama menjadi Presiden AS pertama melawat Malaysia dalam tempoh hampir 50 tahun.

Tetapi sejak lawatan itu, dakwaan salah urus kewangan yang melibatkan 1MDB, membawa kepada desakan supaya Najib meletakkan jawatan, dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pemimpin utama yang menyuarakan perkara itu.

Najib juga menafikan dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) yang melaporkan RM2.6 bilion dikaitkan dengan 1MDB, mengatakan wang itu adalah derma daripada seorang penderma Timur Tengah untuk membantu partinya memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Perdana menteri menafikan dakwaan itu pada mulanya, sambil menegaskan beliau tidak pernah mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi tetapi kemudian berkata, wang itu adalah untuk usaha Malaysia dalam memerangi Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis). – The Malaysian Insider

Malaysia perlu menyiasat siapa yang dimaksudkan 'Malaysian Official One' oleh Jabatan Kehakiman AS.
DAP hari ini mempersoalkan sama ada saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang bertujuan menyita aset berkait 1MDB akan turut dianggap sebagai usaha Presiden Barack Obama menjatuhkan kerajaan Malaysia.
“Sudah tentu, Datuk Seri Najib Razak tidak akan menuduh rakan golfnya, Presiden Obama, terlibat dalam konpirasi antarabangsa yang berniat jahat menjatuhkan kerajaan Malaysia?” kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, merujuk tuduhan yang sebelum ini pernah dilemparkan pemimpin Umno ke atas mereka yang melaporkan salah laku syarikat milik negara itu.
Semalam, The Wall Street Journal melaporkan pendakwa raya persekutuan di AS bersiap sedia menyita aset yang didakwa dicuri daripada 1MDB bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion), rentetan daripada penyiasatan pihak berkuasa negara itu.
Laporan itu kemudian disahkan benar, dan semalam Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman yang antara lain turut menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz dan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low, yang namanya sering dikaitkan dengan skandal 1MDB.
Kertas pendakwaan itu antara lain menyebut dana 1MDB disalurkan secara tidak sah kepada syarikat PetroSaudi, syarikat usaha sama 1MDB, dan kemudian kepada seorang pegawai tinggi Malaysia yang hanya dinamakan “Malaysian Official One” (Pegawai Malaysia Satu).
Pua berkata pihak berkuasa tempatan seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diarahkan menyiasat mereka yang dinamakan Jabatan Kehakiman itu.
“Paling penting, mereka perlu mencari dan mendedahkan, siapa ‘Malaysian Official One’ yang dituduh mencuri berbilion ringgit yang dipinjam 1MDB itu?” katanya.
Pua berkata Malaysia kini menjadi bahan ketawa dunia dengan pengumuman AS itu, di sebalik penafian kerajaan selama ini terhadap sebarang salah laku membabitkan 1MDB. - FMT

Apakah Obama juga cuba jatuhkan Najib


Malaysia perlu menyiasat siapa yang dimaksudkan 'Malaysian Official One' oleh Jabatan Kehakiman AS.


pua obama

Tony Pua

Hari ini July 21, 2016 DAP mempersoalkan sama ada saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang bertujuan menyita aset berkait 1MDB akan turut dianggap sebagai usaha Presiden Barack Obama menjatuhkan kerajaan Malaysia.

“Sudah tentu, Datuk Seri Najib Razak tidak akan menuduh rakan golfnya, Presiden Obama, terlibat dalam konpirasi antarabangsa yang berniat jahat menjatuhkan kerajaan Malaysia?” kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, merujuk tuduhan yang sebelum ini pernah dilemparkan pemimpin Umno ke atas mereka yang melaporkan salah laku syarikat milik negara itu.

Semalam, The Wall Street Journal melaporkan pendakwa raya persekutuan di AS bersiap sedia menyita aset yang didakwa dicuri daripada 1MDB bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion), rentetan daripada penyiasatan pihak berkuasa negara itu.
Laporan itu kemudian disahkan benar, dan semalam Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman yang antara lain turut menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz dan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low, yang namanya sering dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Kertas pendakwaan itu antara lain menyebut dana 1MDB disalurkan secara tidak sah kepada syarikat PetroSaudi, syarikat usaha sama 1MDB, dan kemudian kepada seorang pegawai tinggi Malaysia yang hanya dinamakan “Malaysian Official One” (Pegawai Malaysia Satu).

Pua berkata pihak berkuasa tempatan seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diarahkan menyiasat mereka yang dinamakan Jabatan Kehakiman itu.

“Paling penting, mereka perlu mencari dan mendedahkan, siapa ‘Malaysian Official One’ yang dituduh mencuri berbilion ringgit yang dipinjam 1MDB itu?” katanya.

Pua berkata Malaysia kini menjadi bahan ketawa dunia dengan pengumuman AS itu, di sebalik penafian kerajaan selama ini terhadap sebarang salah laku membabitkan 1MDB.-

Gedung Putih Minta Malaysia Transparan Terkait Skandal 1MDB

Novi Christiastuti - detikNews


Gedung Putih Minta Malaysia Transparan Terkait Skandal 1MDB
Ilustrasi (REUTERS/Olivia Harris/Files)


AS menyakini, aset-aset yang diajukan untuk disita itu didapatkan dengan uang curian dari 1MDB. Ajudan kongres AS menyebut, gugatan hukum itu sangat mungkin berpengaruh pada hubungan AS-Malaysia yang sebenarnya semakin dekat di bawah pemerintahan Presiden Barack Obama. Dalam dua tahun terakhir, Obama mengunjungi Malaysia sedikitnya sebanyak dua kali.

"Telah menjadi kekhawatiran banyak orang, sejak lama. Korupsi di Malaysia menjadi persoalan besar," sebut pejabat AS yang enggan disebut namanya itu, seperti dilansir Reuters, Jumat (22/7/2016).

Otoritas AS ikut menyelidiki skandal 1MDB yang bermasalah, karena pergerakan aset yang dicurigai terkait dugaan korupsi dan pencucian uang sampai ke wilayahnya. Selain AS, beberapa negara lain seperti Swiss dan Singapura juga menyelidiki 1MDB.

Hingga kini, belum ada dakwaan pidana yang dijeratkan terkait skandal korupsi 1MDB, yang didirikan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak tahun 2009, atau sesaat setelah dia menjabat. PM Najib juga menjabat sebagai ketua dewan penasihat 1MDB.

"Untuk kepentingan bisnis yang mempertimbangkan melakukan bisnis di Malaysia, mereka akan mencari pertanda keberadaan iklim bisnis yang baik," tutur juru bicara Gedung Putih, Josh Earnest, kepada wartawan.

"(Pemerintah Malaysia) Seharusnya sadar untuk memperjelas bahwa mereka berkomitmen pada transparansi dan pemerintahan yang baik, dan berbagai macam aturan yang akan mendorong orang-orang yang ingin berinvestasi dalam perekonomian Malaysia yang bertumbuh pesat, semakin percaya diri bahwa mereka bisa melakukannya dengan adil," imbuhnya.

Penyelidikan 1MDB yang dilakukan AS didasarkan pada Kleptocracy Asset Recovery Initiative pada Departemen Kehakiman AS, yang berwenang melakukan pencarian dan penyitaan aset-aset yang dihasilkan oleh korupsi di luar negeri.

Dalam pernyataannya, PM Najib menjawab diplomatis dengan menyatakan pemerintah Malaysia menanggapi serius langkah hukum AS itu dan akan bekerja sama penuh dalam penyelidikan internasional. Sedangkan pihak 1MDB menegaskan pihaknya tidak bisa menjadi target gugatan hukum, tidak memiliki aset di AS dan tidak mendapat keuntungan dari berbagai transaksi ilegal.


Dicelah kewibawaan najib yang nampak begitu yakin dengan sokongan UMNO dari akar umbi kepadanya... Najib sempat berpesan.....

Kesetiaan, Dedikasi Penting Dalam Umno


Najib Tun Razak.

Berucap SUNGAI PETANI semalam Ahad, 21 Ogos 2016 Ahli Umno perlu setia kepada parti, berdedikasi dan meneruskan perjuangan parti sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata adalah penting bagi ahli Umno untuk mengingati perjuangan parti.

Najib berkata demikian kepada ribuan perwakilan daripada parti komponen Umno dan Barisan Nasional (BN) semasa perasmian mesyuarat perwakilan Umno Sungai Petani di sini Ahad.
"Jika kita ingin berjaya, kita perlu memastikan bahawa kita dari Umno berdedikasi kepada perjuangan kita.

"Kita boleh cari orang pandai yang ada kelulusan tinggi, tetapi kalau tak ada nilai kesetiaan apa guna kelulusan berjela-jela.
"Tanpa kesetiaan, matlamat peribadi kita bercampur dan apabila cita-cita peribadi tak kesampaian, kesetiaan tak lagi menjadi pegangan," katanya.


Johari Abdul Ghani.
Seperti yang di laporkan oleh
RAHMAH GHAZALI editor@mstar.com.my Datuk Seri Johari Abdul Ghani berikrar untuk tidak mempertahankan mana-mana pemimpin Umno yang didapati bersalah atas perbuatan salah laku. Johari yang juga Menteri Kewangan Kedua dan Ahli Parlimen Titiwangsa berkata demikian ketika menjelaskan kontroversi melanda syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan, 1MDB pada majlis perasmian mesyuarat Umno Bahagian Cheras di sini Ahad. 

"Prinsip saya adalah untuk tidak mempertahankan mana-mana pemimpin yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan yang melibatkan dana berbilion ringgit.
"Ia tidak bernilai kepada kedudukan saya jika saya bersubahat mempertahankan mana-mana pemimpin itu dan kita tidak akan memaafkan individu tersebut," katanya.

Namun, beliau menegaskan seseorang tidak boleh terlalu beremosi dalam menuntut tindakan terhadap parti tanpa sebarang bukti kukuh.

"Kita perlu tunggu (untuk siasatan dilengkapkan) kerana kesalahan itu turut dilakukan di luar negara.

"Transaksi perniagaan ini (1MDB) amat kompleks kerana ia melibatkan bidang kuasa yang berbeza, negara lain dan undang-undang lain," katanya.
Namun Johari berkata beliau berpegang kepada prinsip seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan benar-benar bersalah.

"Kita tidak sepatutnya menuduh sesiapa sahaja tanpa bukti kukuh dan kita tidak harus menggunakan politik untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin," katanya.

Johari turut mengambil kesempatan mengkritik pentadbiran 1MDB dengan berkata masalah yang dihadapi syarikat itu sebahagian besarnya disebabkan modal perniagaan dan tadbir urus yang lemah secara keseluruhannya.

"Masalah dengan 1MDB adalah ia tidak diuruskan dengan baik. Mangkuk hayun.
"Tapi biarlah saya jujur di sini. Pihak pengurusan yang lemah, walaupun dibayar lumayan, tidak akan mengakui kesilapan apabila ia berlaku dan kita yang menjawab untuk mereka," katanya. Beliau juga berkata  "Kesetiaan Kepada Umno Tidak Pernah Goyah" - Johari

KEKAL DALAM UMNO


Meskipun penyokong kuat Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kesetiaannya kepada Umno tidak pernah goyah.

Mendedahkan beliau merupakan 'produk' bekas perdana menteri yang memerintah selama 22 tahun itu, Johari berkata kejayaannya adalah disebabkan kepimpinan Dr Mahathir.

"Siapa yang tidak suka Tun Mahathir? Saya salah seorang daripada produknya.
"Namun kerana kepimpinan beliau, ia membolehkan saya melanjutkan pelajaran ke luar negara sehingga saya menjadi seorang akauntan bertauliah, jadi saya dapat berbakti kepada rakyat," kata Johari selepas merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Cheras di sini Ahad.

Johari berkata ia juga kes sama bagi Ketua Umno Bahagain Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang dikenali sebagai penyokong ahli politik veteran.
"Beliau juga penyokong kuat Tun Mahathir tetapi apabila Dr Mahathir menubuhkan parti baharu, beliau (Syed Ali) tidak berganjak.

"Kami pernah bekerjasama apabila (bekas timbalan perdana menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan pengerusi badan perhubungan tetapi apabila beliau meninggalkan parti, Syed Ali tetap kekal dalam Umno.

"Bagi saya, itulah pemimpin Umno tulen yang patut mendapat sokongan daripada semua ahli," katanya yang mendapat sorakan para perwakilan.
Dalam ucapan perasmiannya, Syed Ali berkata beliau tidak akan meninggalkan Umno dalam apa jua keadaan sekali pun.

"Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga Umno dan tidak akan meninggalkan Umno tidak kira apa pun.

"Saya akan mempertahankan parti dan memastikan apa yang kita lakukan demi kepentingan orang Melayu dan bangsa kita," katanya.

Dr Mahathir mengumumkan keluar Umno buat kali kedua pada Februari lalu kerana hilang keyakinan dengan cara Datuk Seri Najib Tun Razak menyelesaikan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).- Oleh: RAHMAH GHAZALI editor@mstar.com.my

Jangan Melampaui Batas, Kata Najib Kepada Dr M

Najib Tun Razak.
sementara itu di TUMPAT Sabtu, 20 Ogos 2016 Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya jangan melampaui batas kerana ia bertentangan dengan konsep Islam.
 
Najib yang juga Perdana Menteri berkata tindakan Dr Mahathir dilihat seperti cuba mahu meruntuhkan Umno.
Islam sendiri, katanya, menggalakkan penganutnya untuk menegur pemimpin  dengan cara yang baik selain mengamalkan pendekatan musyawarah (mesyuarat) dan syura (perbincangan).

"Kita mesti mempertahankan parti, kukuhkan perjuangan. Sudah jadi pemimpin besar 22 tahun pun masih tak faham-faham ... nak jatuhkan parti.
"Don't cross the line (jangan melampaui batas). Parti adalah warisan kita. Guna kaedah yang betul ikut konsep parti dan Islam," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Tumpat di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Batang, di sini Sabtu.

Najib juga berkata beliau okay sekiranya ada di kalangan pemimpin Umno tidak setia kepada presiden tetapi jangan bertindak meruntuhkan parti itu.
Beliau turut meminta ahli Umno setia dengan pemimpin dan parti selagi pemimpin berada di landasan betul.

Sementara itu, Najib berkata beliau akan menyerahkan kerajaan dan parti dalam keadaan yang kuat kepada pemimpin seterusnya bagi meneruskan legasi perjuangan pemimpin terdahulu.

Namun bagi merealisasikan hasrat itu, beliau menegaskan anggota parti perlu bersikap setia dan tidak menyerang parti walaupun berbeza pendapat dengan kepimpinan semasa parti.

Najib berkata sebab itu beliau menghargai bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan pesanan kepada dirinya supaya membawa lebih banyak kejayaan kepada Malaysia berbanding apa yang beliau (Abdullah) sendiri telah lakukan.

"Perjuangan kita melewati pemimpin ... bila bersara nanti saya nak serah kerajaan dan parti (yang kuat). Saya (akan) pesan (kepada pemimpin seterusnya) tolong bawa parti dan kerajaan (menjadi) lebih hebat daripada zaman saya," katanya.

Pada masa sama, Najib berkata pemimpin Umno terutama di Kelantan perlu bersikap merendah diri dan perlu menyesuaikan diri dengan keadaan setempat jika mahu menang pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.
Katanya pemimpin setempat juga perlu mengikis sikap ego jika tidak dipilih mewakili kawasan mereka dan perlu meletakkan maruah parti lebih tinggi berbanding kepentingan diri sendiri.

"Pemimpin kena turun padang, buat dengan perwatakan yang disenangi orang kampung. Jangan turun dengan kereta mewah. Janji tidak ditepati, sombong, ini pantang (bagi rakyat)... sesuaikan diri sebagai pemimpin dengan keadaan setempat.

"Bila letak maruah diri lebih tinggi daripada maruah parti (pasti) akan berlaku perpecahan. (Ketika itu) Jangan harap nak menang. Depan kata okay (tapi di) belakang kutuk pemimpin," katanya.


AMUKANMelayu - Kelirukan dan mengelirukan Ahli UMNO, antara nak jatuhkan Najib dengan nak RUNTUHKAN UMNO......BERSATU ditubuhkan atas alasan Najib ENGGAN meletak jawatan. UMNO di korbankan kerana KEANGKOHAN Pemimpin-pemimpinnya yang sudah tiada JALAN KEMBALI.