,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday, 3 August 2016

TUN M MENGGUNAKAN NAJIB MENGUKUHKAN KUASA MELAYU




   


Najib mengamalkan politik yang LICIK dan BIJAK. Hasil dari tunjuk ajar dari pemimpin-pemimpin yang terdahulu dalam UMNO dan Umur Politiknya sendiri yang mencecah hampir 46 tahun, ianya sangat matang dan semestinyalah ramai yang akan terperangkap dengan kelicikannya berpolitik.  Tidak hairanlah jika Najib berjaya mengawal suhu politik negara yang memuncak ketika ini.

Dengan satu ketul batu, Najib mampu menjatuhkan 2 ekor burung dalam satu masa. Tapi apa yang lebih dasyat adalah 3 ekor burung dapat dijinakkannya dalam satu masa.

1 - Cina yang sudah tidak setia dengan BN dan bercita-cita untuk mensingapurakan Malaysia kini sudah tidak tentu haluan dan mereka kini terpaksa mengemis jawatan dari BN setelah mereka rasa tertipu dengan janji-janji DAP

2 - PAS yang begitu TERLEBIH bertolak ansur dengan DAP, akhirnya menjadi makanan DAP dan kini telah meninggalkan TAHLULSIASI yang tidak menjadi. Sehingga artikal ini ditulis nampaknya PAS seperti baru menerima "Cincin Tanda" dari UMNO.

3 - Keberanian yang berganda pada Najib yang perlu di beri tabik spring adalah ia berani memecat Mukhriz dan Muhyiddin Yassin. Walau pun Shafie dengan rela diri keluar dari UMNO tapi Najib langsung tidak nampak kerisauannya.

Kata Najib, apa yang tidak disedari pengundi Cina adalah kerajaan tidak boleh diubah tanpa sokongan kaum bumiputera.

“Ini yang hendak kita terangkan, mereka telah dikelentong, ditipu dan diperkudakan oleh DAP. 

"Kita perlu terangkan kepada mereka yang DAP dan pembangkang telah melakukan penipuan besar,” katanya.

“Nampaknya akibat penipuan ini kaum Cina yakin undi mereka akan membuatkan kerajaan berubah kepada pembangkang. Penipuan ini serupa dengan janji pembangkang 16 September 2008.

Sokongan orang Melayu kepada UMNO semakin kukuh berbanding pilihan raya umum 2008 selepas jumlah kerusi UMNO berjaya ditingkatkan daripada sebanyak 77 kepada 88.

Kepada satu soalan, Najib berkata, sekiranya tahap sokongan pengundi Cina dalam pilihan raya umum kali ini sama seperti 2008, BN mampu mencapai kemenangan majoriti dua pertiga.

“"BN cuma perlukan 25 peratus sahaja sokongan kaum Cina, dan kita akan dapat dua pertiga majoriti,” katanya.

Mengapa Najib Semakin Berani Dan ‘Kuat’?


Oleh Wong Chin Huat 

Pengukuhan kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan berhenti dengan penubuhan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Penganiayaan pengkritik tidak akan berhenti sehingga muafakat tentang Malaysia pasca-Najib dan pasca-Umno muncul untuk membentuk satu gabungan majoriti.

Perbandingan MKN dan Mageran
 MKN sebenarnya boleh dibandingkan dengan Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang ditubuhkan oleh ayahanda Najib, Tun Abdul Razak, selepas rusuhan 13 Mei, 1969. 

Mageran Tun Razak dipengerusikan dirinya sebagai timbalan perdana menteri dan dianggotai menteri hal ehwal dalam negeri, presiden MCA, menteri kerja raya, pos dan telekom (MIC), menteri penerangan dan penyiaran, ketua turus angkatan tentera, ketua polis negara dan setiausaha kekal Kementerian Luar Negeri, dan operasinya dijalani oleh pemimpin tentera, polis dan birokrat.

MKN Najib mempunyai 7 ahli, selain perdana menteri sebagai pengerusi dan dianggotai menteri pertahanan, menteri hal ehwal dalam negeri, menteri komunikasi dan multimedia, ketua turus angkatan tentera, ketua polis negara, dan ketua setiausaha negara.

Sebuah institusi yang sementara, Mageran ditubuhkan dengan pengumuman darurat 3 hari selepas rusuhan 13 Mei yang menggantung pemerintah berparlimen.

Ia dibubarkan dengan tamatnya darurat 2 tahun kemudian. Mengikut perlemabgaan, kuasa darurat terletak pada Yang diPertuan Agong sungguhpun baginda mesti bertindak mengikut nasihat eksekutif.

Sebaliknya, MKN adalah sebuah badan kekal yang boleh mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai “kawasan keselamatan” selama 6 bulan. Kuasa darurat Agong dialihkan secara senyap kepada eksekutif dan, pada teorinya, Parlimen.

Sungguhpun mengikut undang-undang, pembaharuan perintah “kawasan keselamatan” setiap 6 bulan perlukan kebenaran Parlimen, dengan Parlimen yang sentiasa tunduk kepada eksekutif, ini sebenarnya bermaksud pembaharuan itu boleh dilakukan tanpa sekatan.

Pengarah operasi MKN dan pasukan keselamatan diberikan 15 kuasa khas termasuk kuasa mengenakan perintah berkurung; menangkap orang tanpa waran; mengawal pergerakan jalan; menggeledah premis bagi benda berbahaya; menyita kenderaan, vesel, pesawat udara atau pengangkut; dan mengambil milikan sementara tanah, bangunan atau harta alih.

Mereka juga dikecualikan tanggungjawab undang-undang untuk kesalahan yang dilakukan semasa bertugas. Nyata sekali, kuasa MKN direka bukan untuk melawan serangan pengganas tetapi untuk pemerintahan tentera.
 
Persoalannya, kalau Mageran ditubuhkan kerana rusuhan 13 Mei, apakah alasan untuk MKN, macam sebuah Mageran mini yang sentiasa “bersedia” (on stand-by) untuk membolehkan pemerintahan tentera?

Andaikan pembangkang memenangi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14), apakah peluangnya berlaku peralihan secara aman? Apakah akan berlaku kekacauan yang membolehkan pengistyharan “kawasan keselamatan” yang mengekalkan kuasa Najib dan Umno/BN?

Perbandingan Najib Dengan Mahathir

Apakah Malaysia sedang menggelongsor secara perlahan-lahan ke bawah cerun daripada negara ekaparti berpilihanraya (electoral one-party state) kepada kediktatoran perseorangan (personal dictatorship)?

Jika dibandingkan dengan Tun Dr Mahathir pasca-reformasi, Najib pasca-1MDB jauh nampak lebih terdesak (desperate) dalam memanjangkan riwayat politiknya.

Dr Mahathir menggunakan polis dan mahkamah mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menahan menahan aktivis politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk melemahkan pembangkang.

Dr Mahathir berjaya kekalkan kuasanya dalam PRU10 (1999). Maka, kita tidak boleh ketahui sama ada beliau akan membenarkan peralihan kuasa secara aman jika BN tewas dalam PRU10.

Apa yang nyata, Dr Mahathir tidak menaruh nasibnya dalam PRU11 (2004) sungguhpun beliau tidak senang kalau hidup tidak berkuasa. Beliau mengumumkan pengundurannya seawal Jun 2002, dalam masa kurang daripada 3 tahun selepas kemenangan PRU10. Dengan mengelakkan ketewasan Umno/BN, beliau memilih pengunduran dirinya sebagai konsesi untuk meredahi kemarahan pengundi.
 
Rakyat kehilangan 'kuasa ugutan'?
Mengapa Najib menjadi lebih ketagih kepada kuasa daripada Dr Mahathir sehingga sanggup mencipta MKN untuk melanjutkan kuasanya?

Ini bukan sahaja kerana Najib takut dirinya akan dihadapkan ke mahkamah selepas hilang kuasa, ia juga berlaku kerana rakyat sudah kehilangan “kuasa ugutan” terhadap Najib dan partinya.

Pada asasnya, kuasa ugutan rakyat ialah kuasa rakyat memecat pemerintah pada pilihanraya yang akan datang.

Apabila pilihanraya masih lagi jauh, maka “kuasa ugutan” biasanya mengambil 2 bentuk: kekalahan dalam “pilihanraya pertengahan penggal” (midterm election) dan protes.

Di Amerika Syarikat, seluruh dewan perwakilan (House of Representatives) dan sepertiga daripada kerusi senat menghadapi pilihanraya semula pada pertengahan penggal (tahun ke-3).

Akibatnya, presiden sering hilang kuasa kawalan kepada Kongres dan terpaksa mengubah dasarnya yang tidak popular. Presiden menghadapi tekanan bukan sahaja daripada parti pembangkang yang kawal Kongres tetapi juga ahli Kongres parti sendiri yang lebih takutkan kekalahan pada pilihanraya penggal baharu.

Dalam sistem demokrasi berparlimen seperti UK dan Australia, “pilihanraya pertengahan penggal” mengambil bentuk pilihanraya umum negeri, pilihanraya umum tempatan dan pilihanraya kecil.

Kekalahan parti pemerintah dalam pilihanraya ini, sungguhpun tidak mengubah imbangan kuasa dalam parlimen, boleh menyampaikan tekanan kepada parti pemerintah untuk mengubah dasar malah pemimpinnya.

Di Australia, 3 perdana menteri berturut-turut – Kevin Rudd, Julia Gillard dan Tony Abbott – dipecat ahli parlimen seperti mereka kerana takutkan kekalahan.

Di Malaysia, 16 buah pilihanraya kecil yang berlaku dalam masa 3 tahun selepas 2008, sama ada disebabkan kematian atau perletakan jawatan si wakil rakyat, menarik perhatian seluruh negara dan dilihat sebagai termometer suara rakyat. BN begitu tertekan sampai tidak bertanding di pilihanraya kecil di Penanti, kubu kuat PKR.

Protes yang berjaya juga boleh menarik perhatian orang ramai dan memberangsangkan pengundi atas pagar untuk turut menolak parti pemerintah. Ini seterusnya memaksa parti pemerintah mengubah polisi mereka sungguhpun perubahan ini mungkin juga terlalu lewat.

Contoh paling dikenali kita bagi protes yang berjaya mengubah landskap politik ialah 3 perhimpunan pada 2007, iaitu “Walk for Justice” yang membantah korupsi kehakiman (kes “Correct! Correct! Correct!”) pada 26 September, Bersih (1.0) yang membantah korupsi pilihanraya pada 10 November, dan Hindraf yang membantah diskriminasi kaum pada 25 November.

Kerana dekatnya 3 perhimpunan ini dengan PRU12 (2008), ketidakpuasan penggundi mencapai 49% dalam peti undi dan menafikan majoriti dua-pertiga di Parlimen untuk kali pertama selepas 1969.

Kerana takut kepada kuasa protes, Najib sendiri melancarkan Program Transformasi Politik (PTP) selepas perhimpunan raksasa Bersih 2.0 pada 2012.

Muafakat Malaysia Pasca Najib/Umno

Siapa mereka ini sebenarnya?
Mengapa Najib tidak takut lagi kepada Bersih 4 yang jumlah bilangan pesertanya mungkin sepuluh kali gandanya daripada Bersih 2?
Apabila Pakatan Rakyat cuba mendapat 40% daripada kerusi Parlimen sekalipun memenangi 51% undi, Najib dan Umno “diberanikan” – ketidakpopularan tidak menjamin kekalahan.

Sebagai contoh, BN mungkin masih dapat memerintah dengan 55% kerusi di Parlimen sekalipun peratusan undinya jatuh ke 43%.

Selagi ketidakpopularan Najib tidak menjamin kejatuhan Umno, tidak perlulah panglima perang Umno menjatuhkan Najib.

Malah, mereka tidak perlu takut kemarahan rakyat kerana GST, kenaikan tol, kenaikan kos pengangkutan awam dan penurunan subsidi.

Untuk pemerintah minoriti yang asas kuasanya semakin sempit, apa yang paling perlu bukanlah memenangi hati rakyat, sebaliknya kuasa paksaan untuk menekan hak rakyat membantah.

Daripada segi itu, MKN adalah langkah paling rasional sekali untuk Najib dan Umno. Kerana tidak takut lagi kehilangan majoriti mudah, Najib dan Umno akan lebih berani dalam memperkasakan kukubesinya dan oleh itu lebih “kuat”.
Apakah jalan keluar untuk rakyat Malaysia? Kita perlukan sebuah gabungan sosial anti-Najib yang menjamin kekalahan BN yang cukup besar dalam undi, misalnya ke bawah 40%.

Dan jika pilihanraya Sarawak yang akan datang menampakkan bilangan kerusi BN jatuh lagi meskipun Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem begitu popular dengan dasar baharunya, maka barulah Umno akan percaya gabungan anti-Najib sudah pun terbentuk.

Tetapi bagaimana pula gabungan sosial anti-Najib itu boleh dibentuk? Perjanjian satu-lawan-satu di kalangan parti pembangkang tidak mencukupi.
Kita mesti berani membincangkan dan mencapai muafakat tentang masa depan Malaysia bukan saja pasca-Najib, tetapi pasca-Umno.

Kita mesti sedia mendengar aspirasi dan ketakutan semua komuniti dan sektor, dan mencari kompromi yang merangkumi (inclusive) dan mampan (sustainable).

Itu satu-satunya cara gabungan pelangi (rainbow coalition) di peringkat masyarakat boleh dibina. Ia mesti berlaku kerana gabungan parti politik yang bersifat jangka pendek tidak cukup untuk menjatuhkan Najib yang makin berani dan “kuat”

Orang Cina Tolak MCA Bukan BN

Viagra Politik: MCA Dimalukan Kerana Sudah "Mati Pucuk"?

Najib malukan MCA, kata Guan Eng
 
DAP menyifatkan parti komponen BN, MCA telah dimalukan Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-60, semalam.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, penghinaan politik itu bukan daripada kekalahan pada pilihan raya umum lalu atau penolakan daripada rakyat tetapi dari kawan baik mereka sendiri.

“Jika MCA perlukan viagra politik daripada Kementerian Kesihatan seperti dinasihatkan Najib, ia hanya membuktikan kewujudan MCA bukan kerana prinsip mereka ataupun untuk berkhidmat kepada rakyat. Tetapi semata-mata berkhidmat untuk kepentingan Umno.

“Kegagalan MCA menegur Presiden BN dan Umno untuk komen yang sebegini menunjukkan betapa patuhnya MCA,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Guan Eng mempertikaikan tindakan MCA hanya membiarkan dirinya dimalukan di bangunan sendiri.

“Jika MCA tidak berani membantah apabila mereka dimalukan di bangunan mereka sendiri secara terbuka di hadapan perwakilan mereka, bagaimana rakyat boleh mengharapkan MCA melawan Umno untuk mempertahankan hak rakyat Malaysia?

“Rakyat menantikan jawapan bagaimana untuk bebas daripada penjara kemiskinan, rasuah dan hutang ekoran kegagalan pentadbiran BN,” katanya.

Tambahnya, “bolehkah viagra politik itu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat sehari-hari? Atau hanya bersandar pada dasar perintah Umno yang bermain dengan isu perkauman dan pelampau agama?

Semalam, Najib meminta MCA mengambil 'viagra politik' untuk mengembalikan semangat ahli parti yang semakin pudar.

Beliau berkata demikian setelah menyentuh soal prestasi MCA yang mengecewakan pada PRU13, baru-baru ini. -SH
 
 
MCA Berada Di Luar Kabinet Merugikan Orang Cina.

 
February 11, 2014 

Sudah dua kali PRU, orang Cina menolak Barisan Nasional (BN). Kali pertama pada tahun 2008, apabila orang Cina memilih DAP dan bukan MCA rakan BN. Apabila orang Cina menolak BN, secara automatik BN gagal dapat majoriti dua pertiga.

Begitu juga dalam PRU 2013. Orang Cina tetap memilih DAP. Sekali lagi BN gagal dapat majoriti dua pertiga. Pada tahun 2009, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri (PM) apabila BN gagal mendapat majoriti dua pertiga.

Sebaliknya Datuk Seri Najib Tun Razak tidak meletakkan jawatan walaupun BN gagal meraih majoriti dua pertiga. Alasannya prestasi Umno semakin baik. Yang teruk MCA, Gerakan, MIC dan PPP. Kenyataan Najib ini tidak boleh di sangkal, kerana ianya adalah betul dan tepat.

Bukan sahaja MCA kalah teruk sebaliknya MCA enggan menerima jawatan dalam kabinet kerana malu dengan prestasi mereka. Ini menyebabkan kerajaan BN didominasi oleh orang Bumiputera (termasuk Bumiputera Sabah dan Sarawak).

Bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad tidak gembira suasana ini kerana orang Cina tidak ada dalam kabinet. Selama ini orang Cina sering menjadi rakan kongsi politik. Katanya, MCA berada di luar kabinet merugikan orang Cina.

Inilah bezanya orang Cina di zaman Dr Mahathir dengan zaman Pak Lah. Ketika Dr Mahathir memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Umno pada tahun 1998, BN tetap menang majoriti dua pertiga kerana orang Cina tetap menyokong BN pimpinan Dr Mahathir.

Sebaliknya peluang perniagaan di zaman Pak Lah dilihat susah cari makan. Maka orang Cina meninggalkan BN pimpinan Pak Lah dan menyokong Pakatan Rakyat. Walaupun MCA berkempen jika mengundi Pakatan bermakna menyokong hudud PAS, orang Cina tetap menyokong Pakatan Rakyat.

Zaman Dr Mahathir orang Cina dapat peluang berniaga walaupun yang ada dapat permit orang Melayu, tetapi yang dapat sewa permit itu orang Cina. Yang dapat tender orang Melayu, yang dapat subkontrak itu orang Cina. Maka orang Cina tetap mewah di zaman Dr Mahathir.

Pak Lah berbangga dapat jimatkan wang rakyat tetapi orang Cina terseksa kerana tak dapat peluang subkontrak lagi bila orang Melayu tak dapat tender direct nego lagi di zaman Pak Lah. Betul kata Dr Mahathir, buat apa ada duit banyak, kalau duit itu tidak dibelanjakan.

Bila sesuatu projek dibuat, semua bisnes berkembang, bisnes restoran, bisnes dobi, bisnes kedai tayar, bisnes hardware, maka semua peniaga dapat limpahan dari projek ini. Kalau sekadar berbangga menyimpan duit yang banyak, rakyat yang rugi kerana duit tidak dapat bertukar tangan sesama mereka.

TPM Cina?
Sudah dua kali orang Cina menolak BN. Bagaimana PRU ke 14 (2018)? Adakah mereka masih bersama Pakatan Rakyat? Oleh itu BN perlu memikirkan sesuatu untuk menarik semula undi Cina.

Mereka tertarik dengan janji Pakatan Rakyat yang mahu menjadikan orang Cina sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM). Anwar Ibrahim berjanji melantik Lim Kit Siang sebagai TPM. Apa salahnya orang Cina jadi TPM? Bukankah jawatan itu tidak ada dalam perlembagaan Malaysia? Tidak semestinya TPM itu menjadi PM. Maka BN perlu menilai janji Pakatan Rakyat ini.

Kalau di Sabah ada tiga Timbalan Ketua Menteri, orang Bumiputera Islam, orang Cina dan orang Bumiputera Bukan Islam apa salahnya BN melantik lima TPM untuk membantu PM iaitu TPM Melayu, TPM Cina, TPM India, TPM Sabah dan TPM Sarawak.

Ada yang menyatakan jika Najib boleh buat perubahan ini, orang Cina mungkin kembali menyokong BN pada PRU akan datang. Kalau di zaman Tunku Abdul Rahman, MCA menguasai beberapa kementerian penting seperti Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, maka jawatan Menteri Kewangan II wajar diberi semula kepada MCA manakala MITI diberi semula kepada MCA.

Pandangan ini mungkin mendapat kritikan dari orang Umno, tetapi konon ini adalah formula terbaik untuk menarik semula sokongan orang Cina kepada MCA. Umno masih memegang jawatan Menteri Kewangan walaupun Menteri Kewangan II diberi kepada MCA. Umno masih memegang Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna walaupun MITI diberi kepada MCA.

Najib rasa tertipu bila PRU, Penang tetap milik DAP
Ada juga orang takut bila MCA pegang dua jawatan ini, orang Umno tidak mendapat layanan dari menteri MCA seperti mana berlaku apabila Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menjadi Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, wanita Umno tidak dapat peruntukan daripada menteri MCA itu.

Tidak perlu dibimbangkan kerana Menteri Kewangan pertama tetap dipegang oleh Umno. Justru itu BN perlu terbuka menerima cadangan ini untuk menarik semula sokongan orang Cina terhadap MCA. Tapi semua ini tidak penting bagi Najib. Kerana Najib sudah terlalu matang dengan Politik Cina. 

Semasa Najib membuat lawatan ke Penang, sebelum PRU ke 13, ribuan cina datang bersama Najib. Mereka nampak "mesra" tapi bila keputusan di terima....Pulau Pinang jatuh kepangkuan DAP dan sekali lagi Lim Guan Eng mengangkat sumpah dihadapan Gabenor menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. UMNO dan Gerakan melopong hingga kehari ini. Najib tidak pernah lupa semua itu.

Pengundi Cina ditipu – Najib

KUALA LUMPUR 7 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengundi Cina ditipu pakatan pembangkang kononnya mampu mengubah kerajaan hingga terdorong mengundi parti tersebut khususnya DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Walau bagaimanapun, menurut Perdana Menteri, usaha tersebut gagal dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga kini tidak tumbang serta masih kekal selepas selesai pilihan raya umum tersebut.

Beliau berkata, meskipun sebahagian besar masyarakat Cina menyokong pembangkang namun BN juga berjaya mendapat sokongan padu golongan bumiputera, orang Melayu, India dan masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak.

“Walaupun sokongan mereka kepada DAP atau pembangkang di sesetengah tempat mencapai 90 peratus atau 85 peratus, namun dengan sokongan daripada orang Melayu, Iban, Kadazan mahupun orang India kerajaan masih kekal sebagai kerajaan BN,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Ahli-Ahli Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Najib mengulas corak sokongan pengundi Cina yang cenderung menyokong DAP yang dilihat banyak pihak berlaku kerana terpedaya dengan hasutan parti bersifat cauvinis tersebut.

Najib berkata, apa yang tidak disedari pengundi Cina adalah kerajaan tidak boleh diubah tanpa sokongan kaum bumiputera.

“Ini yang hendak kita terangkan, mereka telah dikelentong, ditipu dan dikudakan pembangkang. Kita perlu terangkan kepada mereka yang DAP dan pembangkang telah melakukan penipuan besar,” katanya.

Dalam masa sama, Najib turut mengajak media memainkan peranan memberi penjelasan sebenar.

“Nampaknya akibat penipuan ini kaum Cina yakin undi mereka akan membuatkan kerajaan berubah kepada pembangkang. Penipuan ini serupa dengan janji pembangkang 16 September 2008.

“Sebenarnya apa yang pembangkang cerita semuanya tidak betul dan banyak juga ditokok tambah misalnya, kita membawa 40,000 pekerja Bangladesh untuk mengundi dalam pilihan raya ini,” katanya.

Dalam pada itu, Najib mengakui sokongan orang Melayu kepada BN semakin kukuh berbanding pilihan raya umum 2008 selepas jumlah kerusi UMNO berjaya ditingkatkan daripada sebanyak 77 kepada 88.

Kepada satu soalan, Najib berkata, sekiranya tahap sokongan pengundi Cina dalam pilihan raya umum kali ini sama seperti 2008, BN mampu mencapai kemenangan majoriti dua pertiga.

“Katakanlah cuma 25 peratus sahaja kaum Cina menyokong BN, kita mampu dapat dua pertiga majoriti,” katanya.

MCA: BN perlu adil dan tidak dilihat sebagai 'menghukum Cina'


MCA: BN perlu adil dan tidak dilihat sebagai 'menghukum Cina'
Bekas Presidentr MCA
KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menyediakan polisi yang inklusif dan tidak akan ditafsirkan sebagai menghukum masyarakat Cina.

“Barisan Nasional bukan sekadar harus kelihatan adil tetapi pada masa yang sama perlu bekerja dan menyediakan polisi yang inklusif dan tidak akan ditafsirkan sebagai menghukum masyarakat Cina,” katanya.

Katanya, disebabkan keputusan MCA sebelum ini dan penolakan pengundi Cina, masyarakat Cina kini hanya mempunyai wakil yang sangat minimum di dalam kerajaan.

“Walaupun EGM MCA telah memutuskan untuk menerima kembali kedudukan jawatan dalam kerajaan di peringkat negeri, ia masih tidak mencerminkan komposisi kaum masyarakat kita secara keseluruhannya. Ini adalah kerana penolakan para pengundi Cina,” katanya.

Beliau berkata ini merupakan satu cabaran yang sangat besar kepada kepimpinan baru MCA serta BN juga.

“Ini sebenarnya juga satu cabaran yang sangat besar kepada Najib, selaku pengerusi BN dan juga presiden Umno iaitu berhadapan dengan tekanan yang amat berat agar terus memberikan ganjaran (reward) kepada para pengundi yang telah mengundi dan menyokong Barisan Nasional,” katanya.

Chua juga berkata keputusan PRU yang lepas telah menyaksikan bagaimana telah terbentuknya lahirnya “dua sistem politik perkauman di negara ini”

“... iaitu orang Melayu dan Bumiputera berkuasa di kedua-dua peringkat persekutuan dan juga negeri sementara kuasa politik kaum Cina secara puratanya diwakili oleh pihak pembangkang.”

Sementara itu, Chua berkata formula langkah-langkah tindakan afirmatif perlu dikaji semula.
"Di manakah ia telah mencapai keberhasilan dan di manakah ia telah gagal dan mengapakah ia masih gagal meningkatkan status sosial ekonomi masyarakat Bumiputra...Persoalannya – apakah DEB itu sendiri harus menjadi polisi yang berasaskan keperluan tanpa mengambilkira soal etnik."

“Seandainya langkah-langkah afirmatif ini berasaskan keperluan,  kaum Bumiputra, yang kita semua sedia maklum merupakan kaum majoriti di negara kita,  akan tetap juga menerima faedah daripadanya.”

Deklarasi Rakyat.....

Trik Tun M Untuk Kukuhkan Kuasa Melayu Tanpa Dapat Di Baca Oleh Mereka Yang Tidak Matang Dalam Politik......

Tangisan Pemimpin
‘Deklarasi Rakyat’ seperti yang digerakkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, bertujuan untuk mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebenarnya adalah untuk memberi kesan yang bertentangan.

Memetik beberapa kenyataan pemerhati politik menyatakan bahawa ‘deklarasi’ tersebut boleh mencetus impak sokongan tambahan kepada Najib berbanding tujuan asalnya.
 
Penulis mendapati bahawa klausa kedua dalam ‘Deklarasi Rakyat’ yang menyeru semua pihak yang bekerjasama dengan Najib untuk disingkirkan, sedangkan seruan itu sebenarnya meyeru kepada  penyatuan parti dan menyokong Presiden UMNO.
“Sementara klausa pertama deklarasi itu menyatakan ‘rakyat Malaysia yang menandatangani (deklarasi) bersetuju untuk menyokong peletakan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia melalui cara yang dibenarkan perundangan’ suatu yang tidak mengejutkan, klausa kedua yang menyeru ‘penyingkiran mereka yang bekerjasama dengan Najib’, tidak senada dengan UMNO.

“Sebaliknya, parti akan melihat kenyataan itu sebagai serangan ke atas UMNO dan penulis percaya ini akan menjadi titik perubahan dalam parti sekali gus meyakinkan pemimpin akar umbi untuk menyokong UMNO,”.
 
Tangisan Pemimpin
Ahli-ahli UMNO melihat deklarasi Mahathir itu sebagai serangan ke atas parti itu sendiri dan bukannya ditujukan khusus kepada Najib. Ini menyebabkan hampir semua Ahli UMNO seperti tersentap dari lena yang panjang. Dan dalam tenaga separuh sedar itu kini mereka bersatu mempertahankan UMNO kerana sudah tiada lagi Parti Melayu yang bersedia untuk memperjuangkan agenda Melayu untuk Melayu.
“Pengumuman dan acara menandatangani Deklarasi Rakyat pada 4 Mac tidak membentangkan risiko jika Najib berkuasa. Sebaliknya, deklarasi itu telah mengukuhkan UMNO seterusnya merapatkan barisan untuk terus menyokong Najib,” 
 
Najib akan terus berkuasa jika mendapat sokongan pemimpin-pemimpin akar umbi. Pengumuman keluar UMNO oleh Mahathir dilihat mempunyai impak yang sangat besar kepada UMNO. Ini kerana Najib akan lebih BEBAS untuk membuat sebarang keputusan tanpa dibayangi oleh Pengaruh Tun M di dalam UMNO.

Selain itu, penyingkiran Mahathir dari Petronas, kegagalan menyelamatkan anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir daripada bertahan dengan jawatan Menteri Besar Kedah, serta jalinan kerjasama dengan DAP, menunjukkan pengorbanan politik yang amat besar yang dilakukan oleh keluarga Tun M.



AMUKANMelayu - Pejuang sering tidak menghiraukan apa HABUAN yang ia dapat, tapi Pejuang sering SENDIRIAN dihujung usianya.......