‘3 Tan Sri’ Kena Ganggu Dengan Azwan Bro
Azwan berkata, apabila beliau membuat laporan polis pada 26 Julai yang lalu, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumpul sekumpulan media antarabangsa di Jakarta, Indonesia dengan niat untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Pada hari yang sama, saya terdengar Abdul Gani, Zeti dan Abu Kassim akan hadir pada sidang akhbar khas dengan mereka dijangka bercakap mengenai laporan yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.
“Sidang media itu akan direkodkan dan klipnya akan dibawa terus kepada Mahathir di Jakarta. Beliau bercadang untuk berkongsi dengan seluruh media antarabangsa yang datang untuk sesi temu bual itu, ” menurut Azwan lagi, memetik laporan akhbar New Straits Times.
Oleh itu, Azwan berkata, laporan polis oleh beliau telah menggagalkan rancangan itu yang bertujuan untuk menjatuhkan Najib
Azwan bro sudah banyak ketinggalan dalam mengejar populariti bersama Pemuda UMNO. Ramai yang tidak mengenalinya walaupun ia menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO. Pada suatu ketika ia terpalit dengan issu pembelian sebuah blok apartmen di pinggir bandar Melbourne di Caulfield yang dikenali dengan nama The Dudley International House.
Adakah Anda Tahu Isu Dudley Dan Kaitan Dengan Azwan Bro?
By Samurai Biru June 29, 2015 : 4:25 pm
Sebuah
blok apartmen di pinggir bandar Melbourne di Caulfield yang dikenali
dengan nama The Dudley International House telah dijual pada harga AUS $
22.5 milion kepada MARA Inc pada tahun 2013. Menariknya, pemaju di
Australia telah bersetuju untuk menjualnya hanya AUS $ 17.8 milion.
Tambahan AUS $ 4.70 million ini dikatakan telah dibayar untuk melicinkan
perjanjian dan penjualan tersebut.
The Dudley International House, yang
sangat dekat dengan kampus Monash University Caulfield, dicas pada AUS $
300 – AUS $ 450 seminggu untuk penginapan sekurang-kurangnya enam
bulan. Berdekatan dengannya, juga terdapat pusat membeli-belah
Chadstone, Stesen Kereta Api Caulfield, dan lain-lain kemudahan.
Erwan Azizi adalah Pengarah Eksekutif
Optimus Capital Sdn Bhd, Pengarah Pembangunan Newlake Sdn Bhd, Pengarah
Bukan Eksekutif Biosis Group Berhad (Bursa Saham Kuala Lumpur: BIOSIS,
kod 7193) dan Pengarah Urusan Tronoh Melayu Palm Oil Sdn Bhd. Beliau
belajar di Alice Smith School Kuala Lumpur, sebelum meneruskan pengajian
di United World College SEA dan Regents Business School.
Manakala abangnya, Erwin Azizi ialah
Ketua Pegawai Eksekutif Midwest Equity Sdn Bhd, serta Pengurus Pelaburan
di Malaysia Ventures Management Inc. (anak syarikat Ambank Group) dan
FreeMarket Global (UK) Ltd. Erwin juga merupakan Timbalan Pengarah bagi
Kelab Porsche Malaysia.
Hasil semakan terhadap Biosis Group
Berhad pula menemukan bahawa syarikat tersebut dipengerusikan oleh
Khairul Azwan Bin Harun atau lebih dikenali dengan nama Azwanbro yang
juga merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO.
Jika selama ini, setiap isu yang timbul
akan dibebankan diatas bahu PM Najib, apa pula salahnya kali ini Yb
Khairy Jamaluddin juga perlu didesak untuk menjelaskan kepada ahli-ahli
UMNO, apa sudah jadi dengan sayap Pemuda? Skandal pembelian The Dudley
International House ini seakan-akan mengulangi skandal ECM LIBRA dan
penjualan MV Agusta pada harga 1 euro yang heboh satu ketika dulu.
Salah ke sekiranya kita bertanya, apakah
pemimpin2 sayap Pemuda yang ada hari ini benar2 berjuang untuk agama,
bangsa dan negara juga parti atau sekadar menggunakan kedudukan mereka
untuk menambah kekayaan yang boleh dibelanjakan di kelab-kelab malam? Di
mana mereka selama ini bilamana Presiden UMNO diserang segenap penjuru?
Mereka tidak mempertahankan malah dilihat seakan-akan menjadi tulang
belakang dalam gerakan menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib.
Adalah amat mustahil jika kita renung
sebentar seorang Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia boleh merahsiakan
penglibatan beliau dalam urusan ini. Setakat artikel ini ditulis, tiada
sebarang ulasan dikeluarkan oleh Azwan mahupun Khairy sendiri bagi
mengulas tentang isu yang timbul.
Menyedihkan, perkara ini seolah-olah
diserahkan bulat-bulat kepada Pengerusi MARA Inc, Tan Sri Annuar Musa
untuk menjawab dan menguruskan hal berkenaan. Perkara ini seolah-olah
baling batu sembunyi tangan dengan isu salah laku Dudley terus menerus
dipermainkan dan seterusnya seolah-olah membiarkan bebanan baru
diletakkan diatas bahu Najib.
Sebagai orang yang berkuasa keatas sayap
parti, seharusnya beliau mendesak Azwan menghuraikan permasalahan ini
sebelum SPRM sendiri membongkarkan sebarang salah laku terhadap
pembelian ini. – PRU14.tv.
Untuk mengelakkan supaya orang jangan bercakap pasal The Dudley International House ini, jadi ia mendiamkan diri. Setelah lama membisu, tentulah pengaruh politiknya juga turut hilang dan diam. Itu sebabnya issu 3 Tan Seri ini di hebohkan. Begitu juga dengan Hisshamuddin. Untuk menggapai cita-cita menjadi PM tidak pernah pudar dari ingatannya. Jika ia menjadi PM. Keluarga ONN adalah keluarga yang terhebat.
Tambahan dengan keadaan PM sekarang yang begitu banyak scandal yang perlu dilindungi. Maka sudah pastilah SAUDARA terdekat atau kawan yang amat baik di perlukan untuk menggantikan PM selepas di bersara. Ini adalah kerana baik bagi melindungi dan menjaga KESELAMATANNYA dari apa sudut sekali pun.
Jika di perhatikan sudah semakin kerap Hisshamuddin keluar dimasa perdana sekarang ini sama ada di TV mauhu pun di radio.....juga termasuk didalam akhbar harian. Ia juga kini sudah tak henti-henti melindungi sepupunya. Jika di perhatikan, bukan UMNO yang di lindungi mereka tapi mereka sama sekata. Yang perlu dilindungi adalah NAJIB.
InsyaAllah 8 bulan lagi |
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Onn yang merupakan datuknya juga tidak menimbulkan huru-hara dan mengajak rakyat turun ke jalanan ketika memutuskan untuk keluar parti pada 1951.
"Saya masih simpan pesanan terakhir Onn kepada UMNO, maka saya berharap juga parti ini akan memandangnya dengan pandangan yang luas, pandangan yang dikatakan nasional atau kebangsaan dan jangan semata-mata hadapkan pandangan itu kepada pandangan sempit semata-mata iaitu hidup hanyalah di bawah tempurung sendiri dengan tidak menghiraukan tempurung-tempurung lain yang terletak di sebelah.
"Dia tidak suruh kita mengaruk (mengamuk), dia tidak suruh kita jatuhkan Perdana Menteri, dia tidak suruh runtuhkan kerajaan. Ini pemimpin yang mempunyai nilai keikhlasan dan kesabaran. Disebabkan dua nilai ini cucunya ini dapat bersama-sama anda. Saya juga melihat misinya telah menjadi kenyataan dalam pendekatan kita di Barisan Nasional (BN)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar; Ketua UMNO Bahagian Kota, Raja Kamaruzzaman Johari; Naib Ketua UMNO Bahagian, Mohd. Hamidi Abu Bakar dan Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan dalam pada itu meminta pemimpin akar umbi UMNO di Selangor mendekati anggota sendiri sebagai asas utama dalam usaha merampas kembali negeri itu.
"Dekati anggota parti yang belum berdaftar sebagai pengundi, anggota parti yang perlu dikesan, anggota parti yang berada di luar bahagian, anggota parti yang tidak mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
"Ini semua berkisar kepada parti kita sendiri dan itu semua hanya kita boleh selesaikan serta tidak boleh harap orang lain kerana ini melibatkan keluarga kita, sebab itu kita kena menjaga rumahtangga kita dahulu," katanya.
Beliau turut menasihati semua anggota UMNO Selangor supaya mengetepikan kepentingan peribadi, bersikap ego, tamak dan berpuak-puak dalam parti.
"Percayalah, kalau semua itu dibuat tiada sebab kemenangan yang tidak dijangka ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dijadikan sebagai detik permulaan dan gelombang kecil pun boleh menjadi gelombang tsunami untuk pastikan kemenangan (BN) di semua kerusi di Selangor," katanya. - BERNAMA
Selepas Hisshamuddin beriya-ia mempertahankan Najib, tibalah pula Najib bercakap mengenai Kesetiaan.
Kesetiaan kepada UMNO perlu diletakkan paling tinggi.................
Kesetiaan kepada UMNO perlu diletakkan paling tinggi |
Katanya di SUNGAI PETANI 21 Ogos 2016,.......Kesetiaan kepada UMNO merupakan nilai yang perlu diletakkan di tempat paling tinggi dalam kalangan anggota dan pemimpin parti, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, sehebat manapun anggota dan pemimpin UMNO, namun tanpa nilai kesetiaan, mereka akan hanya memikirkan mengenai kepentingan peribadi masing-masing dan bukannya memperjuangkan agenda parti.
"Kita boleh cari orang pandai, kelulusan tinggi, tetapi kalau tidak ada nilai kesetiaan, apa guna kelulusan yang berjela-jela.
"Kalau tidak ada nilai kesetiaan, apabila matlamat peribadi kita tidak tercapai, bila cita-cita peribadi tidak kesampaian, kesetiaan tidak lagi menjadi pegangan," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sungai Petani di Dataran Zero, di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Abdul Rahim Saad.
Najib berkata, UMNO selama ini berdiri kukuh bukan kerana seseorang individu, sebaliknya di atas semangat perjuangan anggotanya dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara.
"Parti ini bukan 'one man show', pendapat seorang sahaja kena terima, itu bukan demokrasi, kenalah dengar pendapat majoriti dalam parti, kalau parti dah buat keputusan tetapi tidak selari dengan kehendak kita, kita kena terima," katanya.
Menjadikan Ahmad Bashah sebagai contoh anggota parti yang setia, Najib berkata, figura itu sebelum ini sanggup memberi laluan kepada Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai menteri besar Kedah walaupun ketika itu beliau merupakan pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
"Beliau tidaklah merajuk walaupun kena turun jadi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, tidak ada masalah, dia buat kerja, tidak melawan tauke, tidak pergi merata tempat mengutuk presiden parti, jauh sekali menubuhkan parti baharu. Dia terima dengan hati tenang," katanya.
Dalam pada itu, perdana menteri berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) Kedah kekal kukuh dengan sokongan padu rakyat walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.
"Dengan perkembangan yang berlaku di negeri Kedah kebelakangan ini dan di peringkat nasional menampakkan bahawa Kedah tidak terjejas malah semangat UMNO Kedah semakin kuat dan semakin bersungguh-sungguh dalam menjamin bahawa bumi jelapang padi ini akan kekal dalam tangan UMNO dan BN," katanya.
Bagaimanapun, katanya, anggota UMNO perlu lebih berdedikasi dan tidak lalai dalam perjuangan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang khususnya dalam mendaftar pengundi baharu. - BERNAMA
Demikianlah episod mereka yang mempertahankan Najib dan Najib memepertahan UMNO. Bagaimana pula dengan pendapat Mufti Perlis mengenai issu pemerintahan Kerajaan di bawah najib sekarang ini?
Tak Haram Jatuhkan Pemimpin – Mufti Perlis
Asri sebaliknya berpendapat, Islam tidak mengharamkan perbuatan menjatuhkan sesebuah kerajaan menerusi pilihan raya atau undi tidak percaya di Parlimen yang tidak melibatkan pertumpahan darah.
Katanya, para ulama dahulu mengharamkan menumbangkan pemerintah atas alasan bimbangkan pertumpahan darah kerana membawa banyak kemudaratan kepada rakyat dan negara.
“Namun dalam dunia hari ini, sesebuah pemerintah mungkin boleh diubah atau ditukar atau ditumbang tanpa memerlukan pertumpahan darah seperti sistem demokrasi pilihan raya ataupun undi di Parlimen atau seumpamanya,” tulisnya di Facebook.
Asri menasihatkan pengkaji politik Islam tidak boleh menjadi terlalu literalist kerana politik bukan ibadah khususiah seperti solat dan puasa yang tidak boleh diubah atau ditambah.
Katanya, setiap pemerintah mungkin akan ada kesilapan atau dosa yang dilakukan dan jika setiap kali pemerintah bersalah atau melakukan dosa diperangi dengan senjata, maka hancurlah keamanan masyarakat dan negara.
Kerana itu, katanya, kita boleh menentang kemungkaran pemerintah tetapi tidak memeranginya dengan senjata kerana tujuan berpolitik dalam Islam adalah menegakkan keadilan, keamanan dan hak rakyat.
Dengan memberi beberapa contoh hadis dan riwayat, Asri menegaskan, sekalipun umat Islam dilarang memerangi pemerintah dengan senjata, tetapi tetap disuruh untuk menasihati mereka dan mencegah kemungkaran dengan perkataan atau perbuatan yang tidak menyebabkan pertumpahan darah seperti undi ataupun pungutan suara.
Beliau turut membidas pihak-pihak yang cuba menyamakan antara mengkritik dengan mencerca pemerintah, menyamakan antara membantah dengan memberontak dan menyamakan antara menukar pemimpin dengan memerangi kerajaan secara bersenjata.
Katanya, golongan itu mungkin keliru, mempunyai niat yang salah ataupun berlebihan menyokong pihak tertentu dengan memetik nas-nas daripada kitab silam yang mempunyai konteks dan latar politik berbeza.
“Hendaklah kita faham bahawa menukar pemimpin tidak semestinya bermaksud menukar kerajaan. Tidak bersetuju dengan pemimpin tertentu tidak semestinya bermaksud penderhakaan kepada kerajaan secara keseluruhannya.
“Kita hendaklah membezakan konteks dan latar politik apabila hendak memberi fatwa berkaitan politik,” katanya.
AMUKANMelayu - Rakyat akan terus di perkuda dan menjadi mangsa kepada Pemimpin yang tamak dan Kebendaan.