AHLI PARLIMET DAH JADI MACAI
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan pernah ditahan di luar bangunan Parlimen.
Difahamkan, penahanan Rafizi untuk membantu siasatan berhubung dakwaan beliau terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan pernah ditahan di luar bangunan Parlimen.
Difahamkan, penahanan Rafizi untuk membantu siasatan berhubung dakwaan beliau terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Beliau akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
Terdahulu, Ahli Parlimen Sungai Petani dari PKR, Datuk Johari Abdul membangkitkan satu usul yang mendakwa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah menghina parlimen ekoran penangkapan Rafizi itu 'bercanggah' dengan satu usul berhubung laluan parlimen yang diluluskan sebelum ini.
1MDB: Bekas pegawai bank BSI mula dibicara di Singapura
Ia perbicaraan pertama berkaitan siasatan terhadap dana 1MDB yang kini menjangkaui 6 bidang kuasa, termasuk Switzerland dan Amerika Syarikat.
SINGAPURA: Pihak pendakwa memanggil 9 saksi dengan pegawai perancang kekayaan bank BSI, Yeo Jiawei, orang pertama dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan atas peranannya dalam pengubahan wang berkaitan dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), semalam.
Berita Harian Singapura melaporkan Timbalan Pendakwa Raya Tan Kiat Pheng dalam kenyataan pembukaannya berkata kes itu “paling canggih dan kes pengubahan wang terbesar dikendalikan Jabatan Ehwal Komersial” yang melibatkan pergerakan banyak wang di antara negara dalam beberapa tahun.
Jiawei dibicarakan kerana memutarbalikkan proses keadilan dengan mempengaruhi saksi utama, menggesa mereka berbohong dan memusnahkan bukti.
Tertuduh dibicarakan atas 4 dakwaan kerana memutarbalikkan proses keadilan. Manakala 7 lagi tuduhan melabur wang haram, menipu dan pemalsuan sedang menunggu dikenakan terhadapnya.
Tertuduh ditangkap pada Mac lalu kerana disyaki melakukan pelaburan wang haram dengan pendakwa berkata dia memainkan peranan penting dalam melaburkan “jumlah besar” dan dalam proses itu, meraih wang S$26 juta.
Ia perbicaraan pertama berkaitan siasatan terhadap dana 1MDB yang kini menjangkaui 6 bidang kuasa, termasuk Switzerland dan Amerika Syarikat.
Beritamediacorp melaporkan selepas tertuduh berusia 33 tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin pada Mac, dia dipercayai menghubungi 3 saksi utama dan meminta mereka berbohong kepada polis untuk melindunginya dan firmanya, Bridgerock Investment.
Pada satu pertemuan pada 27 Mac di Swiss Club di Singapura, Jiawei dikatakan meminta Kevin Michael Swampillai – ketika itu pengarah khidmat pengurusan harta BSI untuk berbohong kepada polis wang disalurkan Samuel Goh Sze-Wei kepada Bridgerock Investment dan GTB Investment merupakan pelaburan sah.
Pendakwa raya berkata wang itu sebenarnya dicuri dari bank BSI dan seorang pengurus dana yang tidak dinamakan dan disalurkan ke dalam Bridgerock Investment dan GTB Investment – syarikat dimiliki Jiawei dan Swampillai.
Dalam pertemuan sama, tertuduh dipercayai meminta Goh berbohong kepada polis wang yang disalurkan itu sebenarnya adalah pelaburannya.
Selain penglibatannya dalam kes itu sebagai kakitangan BSI, tertuduh juga terbabit dalam urus niaga haram secara sendiri dan dipercayai menggunakan Amicorp Group untuk memudahkan urusan itu.
Pada Mac lalu, Jiawei dipercayai meminta Jose Renato Carvalho Pinto, seorang kakitangan Amicorp Group, membuang komputer ribanya kerana mengandungi bukti urusan dengan Amicorp Group.
Dia juga meminta Pinto jangan ke Singapura, kerana khuatir beliau akan disoal Jabatan Ehwal Komersil (CAD).
Jika didapati bersalah sengaja memutarbalikkan proses keadilan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 7 tahun dan didenda.
Perbicaraan dijadual berlangsung selama 9 hari, hingga 7 November.
Pada Mei lalu, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengarahkan bank Swiss itu menutup pejabat di Singapura kerana “pelanggaran serius syarat anti pelaburan wang haram, kelalaian pengurusan yang serius terhadap operasi bank, dan salah laku serius kakitangan bank itu”.
MAS juga merujuk 6 ahli pengurusan kanan dan kakitangan bank di Singapura itu kepada pendakwa raya.
Setakat ini, 3 termasuk Jiawei sudah didakwa.
oleh Shahbudin Husin
Petang semalam bekas Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah diarahkan ke Bukit Aman untuk disiasat berhubung ucapan perbahasannya di Parlimen yang didakwa melanggar sumpah rahsia ketika menjadi anggota kabinet dahulu.
Selepas beliau, sudah tentu giliran Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal pula diambil keterangan atas kesalahan yang sama. Ketiga-tiga mereka akan disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA kerana mendedahkan perkara-perkara berkaitan 1MDB yang didakwa pernah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet.
Muhyiddin dan Shafie, sebelumnya turut dipecat daripada kabinet dan UMNO kerana lantang mengkritik dan mempertikaikan perjalanan serta hutang syarikat pelaburan kerajaan yang ditubuhkan oleh Najib Razak itu.
Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang pula dipenjarakan dibawah Sosma selepas membuat laporan ke beberapa negara, juga mengenai 1MDB setelah laporan-laporan yang mereka buat di negara sendiri tidak menghasilkan apa-apa tindakan.
Sebelum itu, beberapa perkara turut berlaku seperti pemecatan Gani Patail sebagai Peguam Negara, pertukaran dan kacau-ganggu terhadap pegawai-pegawai SPRM dan Bank Negara serta beberapa insiden lain yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Semuanya hanya kerana 1MDB dan mahu menyucikan syarikat pelaburan tersebut.
Dilihat daripada apa yang berlaku kepada tiga bekas menteri yang disiasat di bawah OSA, tidak dinafikan bahawa 1MDB akan terus merupakan sebuah “entiti yang hebat dan tidak boleh ditegur”.
Sesiapa saja yang menegur dan mengkritiknya, bersedialah menghadapi bahayanya, manakala yang sanggup mempertahan dan membelanya, melimpahlah pula ganjaran dan anugerah yang akan diterima.
1MDB bukan saja terlihat tidak lut daripada segala undang-undang yang ada, malah ia lebih kebal berbanding imuniti Ahli-Ahli Parlimen ketika berucap di Dewan Rakyat.
Sebelum ini, kita biasa mendengar apabila Ahli Parlimen menyentuh sesuatu yang sensitif ketika berucap di Parlimen, mereka selalunya akan dicabar supaya mengulanginya di luar Dewan Rakyat agar tindakan undang-undang dapat diambil.
Tetapi kali ini, tanpa sesiapa mencabar ketiga-tiga bekas menteri itu mengulanginya di luar Parlimen, sebaliknya hanya berdasarkan apa yang dibangkitkan oleh Speaker Dewan Rakyat dan kemudian disusuli dengan laporan polis oleh dua NGO pendedak, mereka terus disiasat dan diambil keterangan.
Ia secara langsung dan tidak langsung menunjukkan 1MDB lebih gagah dan perkasa berbanding imuniti Ahli-Ahli Parlimen.
Dalam hal ini, seorang peguam berpengalaman dan bekas menteri, Zaid Ibrahim menyatakan, menyentuh sesuatu perkara secara umum tidaklah boleh ditafsirkan sebagai mendedahkan rahsia kerajaan atau melanggar sumpah kerahsiaan, kecuali mendedahkan butiran minit mesyuarat kabinet secara khusus.
Jika diteliti ucapan perbahasan Muhyiddin, Shafie mahupun Husni, di mana dalam ucapan mereka terdapat hal-hal berkaitan minit mesyuarat kabinet yang didedahkan?
Jika seseorang bekas menteri yang bercakap secara umum mahu ditafsirkan sebagai melanggar sumpah rahsia, di zaman Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri iaitu selepas pemilihan 1987 di mana ramai antaranya memilih untuk berbalah dan menyerangnya, termasuk menyentuh berkaitan berbagai syarikat kerajaan, mereka ketika itu tentunya lebih dianggap melanggar sumpah kerahsiaan.
Namun, pernah kita mendengar sesuatu tindakan diambil oleh Tun Mahathir kepada bekas-bekas menteri yang menentangnya?
Di sebalik ramai yang telah dan sedang diambil tindakan kerana menyentuh perkara berkaitan 1MDB, Jho Low yang sekarang entah di dunia mana sedang berhiburnya, tetap merupakan orang yang paling bertuah sekali di era Najib ini.
Beliau pasti akan tersenyum dan ketawa menyaksikan satu demi satu insiden yang berlaku ini, meskipun segala-galanya berpunca daripada caturan yang dilakukannya
Dari kiri: Najib, Azmin. |
1MDB: Najib akan fail bantahan awal
Perkara itu dimaklumkan Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan kepada pemberita selepas pengurusan kes tersebut dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hanipah Farikullah hari ini.
Suzana mewakili perdana menteri, Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang serta kerajaan Malaysia sebagai responden pertama, kedua dan ketiga.
Suzana berkata bantahan awal itu akan difailkan dalam masa terdekat. Katanya, mahkamah menetapkan 18 Nov ini untuk pengurusan kes berkenaan.
Dalam permohonan yang difailkan pada 15 Ogos lepas, Mohamed Azmi menuntut suatu deklarasi bahawa tindakan responden pertama mengklasifikasikan laporan mengenai 1MDB sebagai rahsia rasmi adalah suatu tindakan dalam konflik kepentingan.
Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR itu juga menuntut suatu deklarasi bahawa klasifikasi laporan 1MDB sebagai rahsia rasmi oleh responden kedua adalah menyalahi undang-undang dan ultra vires Perlembagaan Persekutuan, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan/atau Akta Audit 1957.
Selain itu, beliau juga menuntut suatu perintah 'mandamus' bagi memaksa semua responden, pekerja-pekerja, pegawai-pegawai, ejen-ejen atau dengan apa jua cara dengan serta-merta untuk mengklasifikasikan semula Laporan 1MDB menurut Seksyen 2C OSA 1972 dan menyiarkannya kepada orang ramai.
Mohamed Azmin mengemukakan tuntutan berkenaan dengan alasan bahawa keputusan untuk mengklasifikasikan laporan 1MDB sebagai rahsia rasmi adalah tidak berpelembagaan kerana melanggar Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan.
Dakwanya keengganan responden untuk mengklasifikasikan semula laporan berkenaan adalah tidak munasabah. - Bernama
Apandi sahkan terima permintaan MLA dari AG Switzerland
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali |
Ini adalah permintaan kedua untuk mendapatkan bantuan daripada rakan sejawatannya dari Malaysia di bawah Bantuan Perundangan Bersama, selepas pejabat peguam negara di sini mendakwa ia tidak menerima permohonan pertama.
Bercakap kepada pemberita selepas dilantik sebagai adjunct professor oleh Universiti Utara Malaysia di Kuala Lumpur, Apandi berkata beliau akan membalas permintaan itu dengan sewajarnya.
"Kami telah menerima dan ia sedang dalam proses untuk kita balas," katanya.
Dilaporkan pada 6 Oktober bahawa pejabat peguam negara Switzerland telah menghantar permintaan MLA kedua untuk Malaysia.
Apandi juga diminta mengulas mengenai posting blog terkini bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh beliau menyembunyikan laporan dan bertindak sebagai hakim untuk tidak mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun peguam negara berkata beliau tidak mempunyai komen.
"Saya tidak tahu, saya tidak boleh mengulas mengenai apa yang dia katakan kerana saya tidak dengar," katanya.
Apabila diberitahu ia adalah satu posting blog, Apandi berkata beliau tidak membacanya.
"Jadi perkara yang terbaik adalah no commentlah," katanya
NGO minta polis siasat Muhyiddin dedah maklumat rahsia
KUALA LUMPUR: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Presiden Jaringan Melayu Malaysia Datuk Azwanddin Hamzah berkata tindakan segera perlu diambil kerana Muhyiddin dipercayai telah mendedahkan rahsia kerajaan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu didakwa berbuat demikian ketika mengadakan ceramah di Pantai Kamasek, Kijal, Terengganu pada 1 Okt lepas dan semasa persidangan Dewan Rakyat di Parlimen pada Rabu lepas.
Beliau mendakwa Muhyiddin telah melanggar OSA yang berkaitan dokumen kerajaan diklasifikasikan sebagai rahsia dan tidak boleh didedahkan pihak menteri atau pegawai, kakitangan kerajaan mahupun bekas kakitangan kerajaan.
"Perbuatan beliau dipandang serius dan perlu ditangani segera kerana berbaur hasutan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, hari ini. -- BERNAMA
Presiden Jaringan Melayu Malaysia Datuk Azwanddin Hamzah berkata tindakan segera perlu diambil kerana Muhyiddin dipercayai telah mendedahkan rahsia kerajaan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu didakwa berbuat demikian ketika mengadakan ceramah di Pantai Kamasek, Kijal, Terengganu pada 1 Okt lepas dan semasa persidangan Dewan Rakyat di Parlimen pada Rabu lepas.
Beliau mendakwa Muhyiddin telah melanggar OSA yang berkaitan dokumen kerajaan diklasifikasikan sebagai rahsia dan tidak boleh didedahkan pihak menteri atau pegawai, kakitangan kerajaan mahupun bekas kakitangan kerajaan.
Muhyiddin Didakwa Dedah Rahsia Kerajaan Laporan polis ke atas Muhyiddin atas dakwaan dedah rahsia kerajaan: Azwanddin dalam laporannya menyebut Muhyiddin berbuat demikian dalam dua kejadian - minggu ini di Parlimen, dan awal bulan ini dalam sebuah ceramah.
Satu laporan polis dibuat terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas dakwaan mendedahkan "rahsia kerajaan" yang berkaitan dengan 1MDB. Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah dalam laporannya menyebut Muhyiddin berbuat demikian dalam dua kejadian - minggu ini di Parlimen, dan awal bulan ini dalam sebuah ceramah. "Beliau melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana semua dokumen yang telah diklasifikasikan mesti kekal rahsia," kata Azwanddin dalam laporannya.
Satu salinan laporan diperolehi oleh Malaysiakini. Parlimen Malaysia Terkini Oktober 2016:MANTAP:Muhyiddin Yassin-Bahas Budget 2017 Dan Keparahan Najib Razak 1MDB Azwanddin berkata, tindakan Muhyiddin itu perlu dipandang serius kerana ia ibarat "menghasut rakyat".
Dalam klip video yang dimuat naik oleh KiniTV, Azwanddin bagaimanapun mengakui bahawa tindakan mungkin tidak dapat diambil terhadap Muhyiddin kerana beliau mengeluarkan kenyataan berkenaan di Parlimen. Laporan polis hari ini dibuat selepas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, Muhyiddin dan juga bekas rakan anggota kabinetnya,
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mungkin melanggar sumpah kerahsiaan ketika membahaskan Bajet 2017 di Parlimen. Parlimen Malaysia Terkini Oct 2016:Ahmad Husni Hanadzlah BN-Bekas Menteri Kewangan Persoalkan 1MDB Dan Najib Razak "MP BN tak Berani Mencelah bila Shafie Afdal "Hentam" Najib dalam Dewan Rakyat"
Add capti |
Satu salinan laporan diperolehi oleh Malaysiakini. Parlimen Malaysia Terkini Oktober 2016:MANTAP:Muhyiddin Yassin-Bahas Budget 2017 Dan Keparahan Najib Razak 1MDB Azwanddin berkata, tindakan Muhyiddin itu perlu dipandang serius kerana ia ibarat "menghasut rakyat".
Dalam klip video yang dimuat naik oleh KiniTV, Azwanddin bagaimanapun mengakui bahawa tindakan mungkin tidak dapat diambil terhadap Muhyiddin kerana beliau mengeluarkan kenyataan berkenaan di Parlimen. Laporan polis hari ini dibuat selepas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, Muhyiddin dan juga bekas rakan anggota kabinetnya,
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mungkin melanggar sumpah kerahsiaan ketika membahaskan Bajet 2017 di Parlimen. Parlimen Malaysia Terkini Oct 2016:Ahmad Husni Hanadzlah BN-Bekas Menteri Kewangan Persoalkan 1MDB Dan Najib Razak "MP BN tak Berani Mencelah bila Shafie Afdal "Hentam" Najib dalam Dewan Rakyat"
Speaker akan siasat dakwaan polis langgar peraturan parlimen
pada 06-04-2016 02:04
Oleh Shuhaniza Said
KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata akan menyiasat sama ada berlakunya perlanggaran peraturan parlimen oleh pihak polis berhubung penangkapan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, semalam.
Ujar Pandikar, beliau akan mendapat maklumat dengan jelas berhubung perkara berkenaan sebelum menentukan sebarang keputusan.
"Soalnya ialah saya kena ambil maklumat dari pihak berwajib sama ada kedudukan di mana kejadian itu berlaku. Maknanya, di luar pagar sana, di mana kejadian itu berlaku.
"Saya mohon ahli parlimen bersabar dalam saya menyiasat perkara ini yang sebenar. Jangan politikkan isu ini," katanya ketika sidang dewan kecoh berhubung usul penangkapan Ahli Parlimen Pandan itu.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan ditahan lewat petang semalam di luar bangunan Parlimen.
Difahamkan, penahanan Rafizi untuk membantu siasatan berhubung dakwaan beliau terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Beliau akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
Terdahulu, Ahli Parlimen Sungai Petani dari PKR, Datuk Johari Abdul membangkitkan satu usul yang mendakwa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah menghina parlimen ekoran penangkapan Rafizi itu 'bercanggah' dengan satu usul berhubung laluan parlimen yang diluluskan sebelum ini.
Johari merujuk kepada usul yang dibentang oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang diluluskan pada Mac lalu berhubung arahan kepada KPN untuk memastikan laluan menuju ke dewan persidangan tidak dihalang atau berlaku kekacauan.
Pandikar terima gelaran ‘penjaga gol’ sebagai pujian
Dr Mahathir bengang speaker Dewan Rakyat menghalang usul dan perbahasan menentang kerajaan
KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menerima gelaran “penjaga gol” daripada pemimpin pembangkang Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pujian.
“Saya terima gelaran itu sebagai satu pujian kerana Dr Mahathir dahulunya ketua saya,” kata Pandikar dalam nada yang positif di satu sidang media di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau kemudiannya mengajukan soalan, “sekarang ini, beliau berdiri di pihak yang mana?”
“Dr Mahathir mahu tumbangkang kerajaan, bukan saya.”
Pandikar mengingatkan tanggungjawab tugasnya untuk melindungi integriti Parlimen.
“Saya tak terkesan dengan kenyataan beliau,” katanya, dan menambah di negara lain rakan sejawatnya tidak perlu menjelaskan setiap keputusan yang dibuat.
“Di Malaysia, saya perlu beri alasan bila saya buat keputusan. Kalau saya tak beri penjelasan, tengoklah apa yang terjadi.”
Semalam, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menggelar Pandikar “penjaga gol” Barisan Nasional..
Katanya Pandikar “banyak bercakap”, dan bengang speaker Dewan Rakyat menghalang usul dan perbahasan menentang kerajaan.
Sementara itu, Pandikar mengeluh usaha reformasi institusi Parlimen tidak dihargai.
“Saya hilang semangat. Usaha saya tidak dihargai. Saya diserang setiap hari.”
Apabila ditanya pemberita sama ada beliau akan mendesak pelaksanaan sesi soal jawab perdana menteri, Pandikar berkata akan cuba pada sesi Parlimen akan datang.
Wednesday, October 26, 2016
Bekas Pegawai Menteri Kewangan Pula Dedah Rahsia 1MDB
Bekas senator UMNO yang berkhidmat di Kementerian Kewangan bawah Datuk Seri Najib Razak pula tampil mendedahkan berhubung rahsia membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang penuh dengan hutang itu.
Ia susulan pendedahan bekas menteri kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berhubung penipuan dijalankan oleh 1MDB semalam.
Bekas pegawai atasan komunikasi kementerian kewangan (MOF), Ezam Mohd Noor mendedahkan pihak Kementerian Kewangan enggan memberikan akses ke atas sebarang dokumen dan maklumat membabitkan syarikat tersebut.
“Tapi mereka (pegawai atasan MOF) tidak boleh buat apa-apa memandangkan pegawai tersebut mahu selamatkan kedudukan mereka,” katanya dalam satu kenyataan mengulas berhubung pendedahan Husni semalam.
Ezam juga mendakwa Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang digunakan daripada laporan membabitkan 1MDB didedahkan kepada umum sudah membuktikan terdapat sesuatu yang disembunyikan supaya ia tidak terdedah demi menjaga kepentingan seseorang.
Husni yang tidak lagi berada dalam Kabinet akhirnya membuat pendedahan terbuka semalam di Parlimen membabitkan syarikat yang diterajui oleh bekas bosnya itu, Najib.
Lebih mengejutkan, Husni mempersoalkan banyak urus niaga meragukan melibatkan syarikat tersebut walaupun suatu ketika dahulu ditugaskan dalam plan rasionalisasi syarikat kontroversi itu
Takut Isu 1 MDB Diketahui Rakyat, Seluruh Kelab Dikerah Buat laporan Polis
By Sungai Rapat
Ketua Penerangan Kelab Sahabat N87, Shahbudin Embun hari ini membuat laporan polis terhadap Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Shafie Afdal dan Datuk Seri Husni Hanazlah kerana mendedahkan butir-butir kecurian duit rakyat melalui 1 MDB di Parlimen.
Kelab Sahabat Najib ini merupakan benteng kedua pertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas beberapa kelab yang tumbuh bagai cendawan selepas kecurian wang rakyat melalui 1 MDB diketahui rakyat.
Ini juga menunjukkan betapa takutnya Najib terhadap penyelewengan yang telah dilakukannya sepanjang beliau berkuasa terhadap kehilangan berbilion wang rakyat.
Najib juga gagal menjawab 8 soalan maut mengenai 1 MDB yang disuarakan oleh Husni dalam parlimen.
Hanya parlimen tempat yang paling sesuai untuk berbahas tentang kehilangan wang rakyat, Jika diparlimen pun tidak boleh dibahaskan apa lagi yang rakyat ada tempat untuk berbahas.
Semua akhbar dan TV arus perdana sudah dikawal rapi oleh kerajaan dan telah mengharamkan perbahasan mengenai 1 MDB dan 2.6 bilion. Jika penyelewengan wang rakyat juga dikira Akta Rahsia Rasmi (OSA)memang ternyata rakyat sentiasa diperbodohkan oleh pemimpin umno
Bekas pegawai Bank BSI Singapura, Yeo Jiawei, dibaya S$500,000 (RM1.5 juta) setahun oleh ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho, kata seorang saksi di Singapura semalam.
Memberi keterangan di mahkamah bekas ketua Yeo, Kevin Swampillai, berkata dia pernah bertanya kepada lelaki terbabit mengenai bayaran diterimanya daripada Low - atau lebih dikenali dengan nama Jho Low.
Kata Swampillai soalan itu ditanyakannya selepas Yeo meninggalkan bank berkenaan pada Jun 2014 untuk bekerja dengan Jho Low.
Memetik kata-kata Yeo, Swampillai berkata jumlah bayaran berkenaan adalah lebih tinggi daripada apa yang diperolehinya di Bank BSI Singapura.
Laporan The Edge menyatakan Yeo kini dibicarakan atas empat tuduhan mengganggu saksi - termasuk Swampillai yang bekerja dengan Bank BSI Singapura sebelum dia menganggur kerana bank berkenaan digantung.
Secara keseluruhan Yeo berdepan 11 tuduhan, termasuk penggubahan wang haram dan penipuan. Bagaimanapun tuduhan lain akan dibicarakan secara berasingan pada April tahun depan.
Yeo adalah warganegara Singapura manakala Swampillai rakyat is a Malaysia.
Peguam Yeo, Philip Fong, dilaporkan cuba menggambarkan Swampillai sebagai ahli bank yang lebih berpengalaman saksi berusia 52 tahun itu menegaskan Yeo adalah pihak yang serta-merta mengiktiraf potensi "kerjasama" mereka.
Antaranya termasuk mengenai pengurusan akaun milik Brazen Sky bernilai AS$2.3 bilion daripada dana berkaitan 1MDB.
Swampillai dilaporkan tidak bersetuju dengan hujah Fong yang cenderung mencadangkan Yeo bersikap pasif dalam urusan berkenaan.
Sebaliknya Swampillai memberitahu Yeo "adalah peserta aktif dalam perbincangan itu" dan "melompat" pada cadangan berkenaan.
Malah Swampillai dilaporkan berkata dia menyifatkan Yeo sebagai individu yang mahir dalam membina kepercayaan.
"Kami bersetuju lebih awal, struktur keseluruhan proses itu akan melibatkan beberapa syarikat, syarikat perantara, aliran dana, dan Yeo melaksanakannya.
Saya tidak bersetuju dengan tanggapan keseluruhan bahawa Yeo adalah robot yang mengambil arahan daripada saya pada setiap masa," katanya.
Swampillai juga dilaporkan memberi keterangan bagaimana dia dan Yeo bertemu selepas mereka menjadi perhatian Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura (CAD) yang menyiasat skandal 1MDB.
AMUKANMelayu - Dunia hairan bila melihat kita "BOLEH BERTENANG" dengan skandal PM dan 1MDB.
Kelab Sahabat Najib ini merupakan benteng kedua pertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas beberapa kelab yang tumbuh bagai cendawan selepas kecurian wang rakyat melalui 1 MDB diketahui rakyat.
Ini juga menunjukkan betapa takutnya Najib terhadap penyelewengan yang telah dilakukannya sepanjang beliau berkuasa terhadap kehilangan berbilion wang rakyat.
Najib juga gagal menjawab 8 soalan maut mengenai 1 MDB yang disuarakan oleh Husni dalam parlimen.
Hanya parlimen tempat yang paling sesuai untuk berbahas tentang kehilangan wang rakyat, Jika diparlimen pun tidak boleh dibahaskan apa lagi yang rakyat ada tempat untuk berbahas.
Semua akhbar dan TV arus perdana sudah dikawal rapi oleh kerajaan dan telah mengharamkan perbahasan mengenai 1 MDB dan 2.6 bilion. Jika penyelewengan wang rakyat juga dikira Akta Rahsia Rasmi (OSA)memang ternyata rakyat sentiasa diperbodohkan oleh pemimpin umno