,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 22 November 2016

PAS - DARA PINGITAN YANG MENJADI DAMBAAN UMNO DAN PAKATAN


Amat di takuti DAP

إِنَّمَا الۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ فَأَصۡلِحُوا بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ (10)
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسۡخَرۡ قَومٌ مِّن قَوۡمٍ عَسَي أَن يَكُونُوا خَيۡرًا مِّنۡهُمۡ وَلَا نِسَاء مِّن نِّسَاء عَسَي أَن يَكُنَّ خَيۡرًا مِّنۡهُنَّ وَلَا تَلۡمِزُوا أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُوا بِالۡأَلۡقَابِ بِئۡسَ الاِسۡمُ الۡفُسُوقُ بَعۡدَ الۡإِيمَانِ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوۡلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (11)
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

THURSDAY, OCTOBER 22, 2009

Nik Aziz cadang adakan Muktamar Khas bincang isu kepimpinan

Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. - NIK AZIZ
 Mengapa Tok Guru Nik Aziz menangis?
Oleh TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT

Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak di zaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri.

Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata.

Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.

i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.

Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:

“Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)

Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.

ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:

“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)

iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:

“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)

Apa isunya?
Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan.

Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”

“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”

“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”


Pandangan Saya
Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :

Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah.

Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain.

Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu.

Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?


Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana.

Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .

Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009

sumber : detikdaily

Masa Telah Tiba Untuk PAS Dan UMNO Bersatu – Nik Abduh

nik
KUALA LUMPUR – “Ini adalah masa terbaik untuk PAS dan UMNO bersatu membabitkan isu yang sama,” ujar Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Menurut Nik Abduh, jika DAP dan MCA bersatu demi menentang Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) maka tidak mustahil PAS dan UMNO bersatu menyokong RUU ini.
“Sekiranya DAP dan MCA boleh bersatu (menentang RUU 355), apa salah PAS dan UMNO bersatu juga dalam isu yang sama,” kata Nik Abduh menerusi catatan terbaharu di laman sosial Facebooknya.
Beliau menyifatkan perkara itu adalah berita baik yang ditunggu-tunggu setelah dahulunya UMNO menentang, tetapi kini turut bersama menyokong pindaan RUU 355.
Nik Abduh berkata, PAS dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam telah sepakat untuk menyeru seluruh ahli parlimen Muslim agar menyokong RUU 355 ini.
“Ia adalah hari besar untuk Islam di Malaysia. Jika ada ahli parlimen bukan Islam turut menyokong, maka ia adalah bonus besar buat penyatuan dan kesejahteraan negara yang wajar dirayakan juga.
“Seperti saya tekankan di atas, sebagaimana UMNO memerlukan masa untuk memahami, MCA dan DAP lagi-lagilah memerlukan masa,” katanya lagi.
Kenyataan itu dibuat berikutan tindakan MCA dan DAP yang dilihat bersatu hati menentang RUU 355 yang dijelaskan oleh Nik Mohamad Abduh bertujuan memperkasakan kedudukan mahkamah syariah dalam sistem perundangan negara.
“Secara mudah, kedua-dua parti dominasi non Muslim itu mempunyai dua matlamat yang sama iaitu memastikan berkembangnya arus sekular yang menolak peranan ugama dalam politik negara dan keduanya, saling berebut undi non Muslim.
“Dengan membesarkan isu pelaksanaan hukum hudud melalui RUU355 ini, mereka cuba menggambarkan masa depan Malaysia yang gelap jika ianya diluluskan,” ujarnya.
Malah, Ahli Parlimen Pasir Mas itu membidas DAP dan MCA pastinya akan bersatu sekiranya melibatkan soal hak dan tuntutan golongan LGBT.
“Saya tidak fikir pula jika hak dan tuntutan golongan LGBT diterima dalam negara, kedua-dua parti ini akan bersatu hati menentangnya.
“Dalam erti, memperkasakan perundangan Islam dalam negara adalah lebih bahaya dan menggelapkan masa depan negara berbanding kehadiran LGBT yang sedang berkembang menghancurkan dunia barat kini.
“Apa pun, saya memilih untuk melihatnya sebagai kejahilan yang perlu dilunakkan dengan proses pemahaman yang menagih sedikit masa yang lebih,” katanya.
Nik Mohamad Abduh berkata, pemerkasaan sistem Islam yang menyeluruh dalam negara asalnya adalah perjuangan PAS yang tidak dikongsi oleh mana-mana parti politik sebelum ini.
“Dalam sistem perundangan Islam yang diimplementasikan melalui mahkamah syariah, titik-titik kelemahan adalah amat ketara. PAS sentiasa menyeru kepada islah yang menyeluruh. RUU355 adalah sebahagian daripadanya.
“Tujuan adalah jelas. Ia agar mahkamah syariah menjadi sebahagian daripada institusi dalam negara yang mendidik umat Islam agar hidup berguna sebagai hamba Allah dan menjadi warga negara yang baik.
“Hukuman agama nilainya adalah pada keberkesanan dan kejayaan mendidik dan mencegah kejahatan,” katanya. Beliau berkata, PAS sentiasa mencadangkan dialog dan perbincangan yang sejahtera dan terbuka.

Gembira PAS Tak Kerjasama Dengan UMNO

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan daripada PKR, Datuk Saifuddin Abdullah
KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan menyambut baik pendirian PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) seperti diumumkan Ketua Pengarah Pilihan Rayanya, Datuk Mustafa Ali.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan yang juga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Abdullah berkata, Pakatan Harapan turut menyambut baik bahawa PAS sedia untuk berbincang dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
“Mustafa Ali di program PAS yang dihadiri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi, dalam ucapannya. Iamenyatakan bahawa PAS tidak akan bersama UMNO. Beliau berkata PAS sedia berbincang dengan Bersatu dan PKR.

“Saya anggap ini satu perkembangan positif ke arah pembentukan gabungan pembangkang yang lebih kuat bagi mewujudkan “satu lawan satu” antara gabungan pembangkang melawan Barisan Nasional (BN) dalam PRU14,” katanya dalam satu kenyataan ini.

Saifuddin berkata, oleh kerana pembangkang telah sedia ada Pakatan Harapan, maka kenyataan oleh PAS itu bermakna parti-parti pembangkang semakin rapat ke arah “satu lawan satu” dengan Barisan Nasional.

PKR sebelum ini berusaha memujuk PAS kembali bekerjasama selepas menyingkirkan parti itu daripada gabungan parti pembangkang pada tahun lalu.
Permintaan itu dibuat berikutan PKR berasa bimbang akan kehilangan undi ahli dan penyokong PAS yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu.

Ia ekoran penganjuran demonstrasi jalanan 4.0 pada tahun lalu menyaksikan kurang kaum Melayu menyertai perhimpunan haram tersebut selepas PAS diketepikan Pakatan Harapan.

Langkah PKR itu bagaimanapun ditentang oleh DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) yang berpendapat Pakatan Harapan akan tetap berjaya merampas pemerintahan negara tanpa PAS. – Mynewshub.cc
PRU14 : HIDUP ATAU MATI UMNO – KHALED




 mohamed_khaled_nordin_06113_620_412_100
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah perjuangan ‘hidup atau mati’ bagi UMNO berikutan serangan demi serangan yang dihadapi parti itu pada masa ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, parti tidak boleh memandang ringan serangan itu kerana ia tidak hanya datang dari musuh tradisi UMNO, malah daripada bekas-bekas rakan seperjuangan UMNO sendiri.
“PRU akan datang merupakan PRU paling sengit dan akan menjadi penentu hidup matinya UMNO dan kita perlu pertahankan parti ini lebih-lebih lagi pada saat ini, di mana kita berhadapan dengan cabaran yang berterusan.
“UMNO pada hari ini menjadi bahan kritikan dan senda, yang menyerang kita bukan hanya musuh tradisi politik tetapi yang menyerang kita juga ialah mereka yang pernah bersama-sama dengan kita, menjadi sebahagian daripada kita, memimpin kita dan tahu cara kita bergerak, beroperasi dan berfikir,” katanya pada perasmian Persidangan Tahunan Veteran UMNO Bahagian-Bahagian Johor 2016, di JOHOR BAHRU pada Sabtu.
Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor berkata, jika UMNO gagal membuat perancangan dan tidak bersiap sedia menghadapi PRU dari sekarang, maka ia mesti bersedia menghadapi segala kemungkinan, termasuk kehilangan kuasa.
“Kita patut rasa bimbang kerana yang menyerang kita ini bukan calang-calang orang, oleh itu kita perlu merancang, kerana kalau kita tidak merancang, kita akan gagal,” katanya. - Sumber Bernama

Ahmad Razif ziarah Abdul Hadi

KUALA TERENGGANU 19 Nov. - Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman hari ini meluangkan masa menziarahi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di salah sebuah hospital di sini.



AHMAD RAZIF ABDUL RAHMAN
AHMAD RAZIF ABDUL RAHMAN
Ahmad Razif berkata, tahap kesihatan Ahli Parlimen Marang itu berada dalam keadaan baik dan ceria sekali gus beliau turut mendoakan semoga Abdul Hadi cepat sembuh.
 
“Terima kasih juga saya ucapkan kepada pasukan perubatan hospital yang menjaga serta memantau kesihatan beliau.


“Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau akan terus dikurniakan kesihatan yang baik supaya dapat meneruskan tugasnya sebagai Ahli Parlimen Marang serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang. InshaAllah,” katanya menerusi laman Facebook (FB) sambil memuat naik gambar beliau bersama Presiden Pas itu.


Semalam, Abdul Hadi dilaporkan menerima pemeriksaan kesihatan di salah sebuah hospital di Terengganu setelah mengadu kepenatan sejak siang.

Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan meminta kerjasama daripada semua pihak agar dapat memberikan ruang rehat secukupnya disamping mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat handai kerana tidak menziarahi pemimpin itu pada waktu ini.

Katanya, Pas amat menghargai keperihatihan semua pihak yang mendoakan kesihatan berpanjangan Abdul Hadi.

Difahamkan, Abdul Hadi dijangka dapat keluar dari hospital dalam sehari dua lagi. - UTUSAN ONLINE

UMNO, Pas tidak mustahil bekerjasama Annuar
21 November 2016 12:36 AM
ANNUAR MUSA
Anuar Musa
KUALA LUMPUR 20 Nov. – UMNO dan Pas tidak mustahil akan bekerjasama pada masa depan apabila menemui titik-titik persamaan dalam perjuangan.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, politik itu adalah satu kebarangkalian, maka selagi parti-parti itu menjunjung cita-cita dan lahir daripada asas sama maka akan wujud banyak titik persamaan.

“Kalau DAP boleh menerima Tun Dr. Mahathir Mohamad, apa sebab untuk menolak kemungkinan UMNO menerima Pas dan saling bekerjasama.

“Cuma adakalanya pemim­pin mengambil masa dan tem­­pat berbeza untuk menda­pat­kan populariti semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Keempat: Diskusi Politik Konvensyen Pemerkasaan Ummah 2.0 yang dipengerusikan Ahli Maj­lis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Annuar berkata, beliau ba­gai­manapun menyerahkan per­ka­ra itu kepada kepemimpinan tertinggi UMNO terutama Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pada itu, beliau berkata, parti-parti Melayu yang menyokong pakatan pembangkang dipimpin DAP sebenarnya berada di bawah telunjuk DAP.

“PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan terbaharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebenarnya tidak mempunyai ma­ruah perjuangan kerana dipe­ngaruhi DAP,” katanya.

UMNO, Pas tidak mustahil bekerjasama Annuar


 0  0 Google +0
ANNUAR MUSA ANNUAR MUSA
KUALA LUMPUR 20 Nov. – UMNO dan Pas tidak mustahil akan bekerjasama pada masa depan apabila menemui titik-titik persamaan dalam perjuangan.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, politik itu adalah satu kebarangkalian, maka selagi parti-parti itu menjunjung cita-cita dan lahir daripada asas sama maka akan wujud banyak titik persamaan.
“Kalau DAP boleh menerima Tun Dr. Mahathir Mohamad, apa sebab untuk menolak kemungkinan UMNO menerima Pas dan saling bekerjasama.
“Cuma adakalanya pemim­pin mengambil masa dan tem­­pat berbeza untuk menda­pat­kan populariti semasa,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Sesi Keempat: Diskusi Politik Konvensyen Pemerkasaan Ummah 2.0 yang dipengerusikan Ahli Maj­lis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Annuar berkata, beliau ba­gai­manapun menyerahkan per­ka­ra itu kepada kepemimpinan tertinggi UMNO terutama Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam pada itu, beliau berkata, parti-parti Melayu yang menyokong pakatan pembangkang dipimpin DAP sebenarnya berada di bawah telunjuk DAP.
“PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan terbaharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebenarnya tidak mempunyai ma­ruah perjuangan kerana dipe­ngaruhi DAP,” katanya.
- See more at: https://www.utusan.com.my/berita/politik/umno-pas-tidak-mustahil-bekerjasama-annuar-1.410139#sthash.vMjsc0e7.dpuf


Hudud: Bapa pesan berbaik dengan UMNO, kata Nik Abduh.


Nik-Abduh-Nik-Aziz
Add caption
BANGI, 6 April – “Bukanlah amanat. Pesan.”


Itu yang dijelaskan oleh anak bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, Nik Mohamad Abduh, kepada Ismaweb.net ketika diminta mengulas laporan mengatakan beliau juga menerima amanat bapanya supaya mewujudkan hubungan baik dengan UMNO bagi memudahkan pelaksanaan hudud di Kelantan.


Beliau membuat pengesahan sebagaimana dilaporkan Utusan Online, menerusi khidmat pesanan ringkas yang dihantar kepada wartawan Ismaweb.net, hari ini.

Sebelum ini, isu mengenai amanat Allahyarham Nik Aziz itu berbangkit apabila akhbar Berita Harian dalam keluaran Jumaat lalu melaporkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata beliau menerima amanat Allahyarham Nik Aziz supaya PAS berbaik dengan UMNO.


Beliau dilaporkan mendedahkan amanat itu pada Majlis Penerangan Hudud di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan di Pengkalan Chepa yang dihadiri kira-kira 3,000 orang.


Bagaimanapun, Mohd Amar kemudian menafikan laporan akhbar berkenaan dan menyifatkannya sebagai tidak tepat, berniat jahat dan berunsur fitnah.


Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dalam Utusan Online hari ini dilaporkan mengakui bahawa beliau turut menerima amanat (pesanan) daripada bapanya supaya mewujudkan hubungan baik dengan UMNO bagi memudahkan pelaksanaan hudud di Kelantan.


Katanya, tidak mustahil Allahyarham bapanya turut menyampaikan amanat (pesanan) yang sama kepada Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah supaya kerjasama dapat dijalinkan antara kedua-dua pihak bagi pelaksanaan hukum hudud.


“Saya setuju dengan pesanan yang diberikan kepada Mohd Amar sebab pesanan itu juga diberikan kepada saya. Ayah pun sebut begitu tetapi jangan salah faham ini bukan kerjasama PAS dengan UMNO dalam semua isu.


“Saya akui ayah cakap sendiri di depan saya bahawa untuk melaksanakan hudud dan apa-apa agenda Islam kita boleh bersama dengan UMNO demi membawa agenda Islam lebih baik,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung PAS kawasan Putrajaya sebagaimana dilaporkan Utusan Online.


Beliau berkata, sebelum Mursyidul Am Pas itu meninggal dunia, Allahyarham Nik Abdul Aziz berpesan kepadanya supaya kerjasama dapat dilakukan antara PAS dengan UMNO dalam usaha memartabatkan agenda Islam.


Nik Mohamad Abduh juga, sebagaimana dilaporkan Utusan Online, memberitahu bahawa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, bertemu Allahyarham bapanya sebelum ini dan kedua-duanya berjanji untuk menyokong hudud.


“Kedua-dua mereka ada menyebut janji UMNO untuk menyokong, jadi ayah minta Mohd Amar dan beritahu saya supaya uruskan hudud ini bersama UMNO dengan baik. Jangan buat sesuatu hingga UMNO memberi alasan tidak menyokong.


“Dalam isu ini apabila UMNO membuat jaminan secara rasmi untuk menyokong, kita berharap UMNO terus beristiqamah. UMNO sudah banyak kali langgar dan kali ini kita minta parti itu beristiqamah sampai waktu mengundi di Dewan Rakyat nanti,” katanya.


Atas sebab itu katanya, Allahyarham Nik Aziz menyokong segala langkah yang dibuat oleh kerajaan Kelantan termasuk pembentukan jawatankuasa teknikal bagi memastikan Ahli Parlimen kerajaan negeri dan Pusat terus beristiqamah dalam perjuangan melaksanakan hudud.

Pas Tidak Boleh Bersendirian Hadapi Pilihan raya

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Pas tidak boleh bergerak sendirian dalam pilihan raya akan datang kerana berisiko untuk kehilangan undi khususnya daripada orang Melayu jika berlaku pertem­bu­ngan tiga penjuru.

SHAMSUL ANUAR
Ahli Pas yang juga anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, oleh itu, Pas perlu menjalinkan kerjasama sama ada bersama UMNO atau pakatan harapan.

Katanya, apa pun boleh berlaku di dalam politik sama seperti yang terjadi ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini bersama pembangkang.

“Daripada segi realiti politik, Pas perlu kembali kepada Pakatan Harapan ataupun menjalinkan hubungan dengan UMNO. Tiada ruang untuk Pas bergerak sendiri, berisiko kepada Pas kerana merebut undi sama iaitu orang Melayu.

“Pas kena fikirkan bagaimana untuk memperkuatkan parti. Kerjasama akan dapat mengurangkan risiko kepada parti,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang berkata kerjasama UMNO dan Pas tidak mustahil dilakukan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, sudah tiba masanya untuk UMNO dan Pas duduk semeja menjalinkan kerjasama demi agama, bangsa dan negara.


AMUKANMelayu - Kesombongan, riak dan TAKBUR mengatasi segala-galanya. Muslihat TGHH nampaknya sudah mula mengena.......

as tidak boleh bersendirian hadapi pilihan raya

 0  0 Google +0
KUALA LUMPUR 21 Nov. – Pas tidak boleh bergerak sendirian dalam pilihan raya akan datang kerana berisiko untuk kehilangan undi khususnya daripada orang Melayu jika berlaku pertem­bu­ngan tiga penjuru.
SHAMSUL ANUAR
Ahli Pas yang juga anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, oleh itu, Pas perlu menjalinkan kerjasama sama ada bersama UMNO atau pakatan harapan.
Katanya, apa pun boleh berlaku di dalam politik sama seperti yang terjadi ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini bersama pembangkang.
“Daripada segi realiti politik, Pas perlu kembali kepada Pakatan Harapan ataupun menjalinkan hubungan dengan UMNO. Tiada ruang untuk Pas bergerak sendiri, berisiko kepada Pas kerana merebut undi sama iaitu orang Melayu.
“Pas kena fikirkan bagaimana untuk memperkuatkan parti. Kerjasama akan dapat mengurangkan risiko kepada parti,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang berkata kerjasama UMNO dan Pas tidak mustahil dilakukan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, sudah tiba masanya untuk UMNO dan Pas duduk semeja menjalinkan kerjasama demi agama, bangsa dan negara.
Tegasnya, adalah perlu untuk umat Islam di negara ini kembali bersatu agar tidak mudah pihak luar memperkotak-katikkan dan menindas Islam.
“Situasi semasa memerlukan kita untuk kembali bersatu, kerjasama ini bukan perkara baharu dan telah banyak diperkatakan sebelum ini.
“Semua pihak perlu berhati besar dan sentiasa positif dalam mencari titik persamaan dan jangan sama sekali mewujudkan sikap negatif dalam perkara ini,” katanya.
- See more at: https://www.utusan.com.my/berita/politik/pas-tidak-boleh-bersendirian-hadapi-pilihan-raya-1.410420#sthash.D9togMPf.dpuf