,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 17 December 2014

35+25 PERASAN BAGUS, KENAPA TAK BENTANGKAN HUDUD?


  60 MELAYU SANGAT BAGUS GAGAL BENTANGKAN HUDUD

GANG 25 

33 pemikir Islam tolak kenyataan 25 tokoh Melayu terkemuka

MEMORANDUM DI DALAM Seramai 33 orang pemikir Islam terdiri daripada ahli akademik dan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) menyatakan pendirian menolak kenyataan dikeluarkan oleh 25 tokoh Melayu terhadap undang-undang dan pentadbiran Islam di Malaysia.

Presiden Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kritikan yang dilontarkan 25 tokoh Melayu tersebut tidak banyak membantu dalam menganjurkan perbincangan dan perdebatan mengenai isu-isu terbabit kerana terlalu umum untuk diulas.


“Misalnya mereka mendakwa undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip perundangan Islam dan mencabuli hak-hak kebebasan yang penting.

“Perkara ini serius kerana ia mencerminkan sejauh mana kecekapan kerajaan negeri, penasihat perundangan negeri dan Peguam Negara. Bagaimana mereka boleh meluluskan undang-undang yang bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam?,” katanya pada sidang media, Isnin.

Perkara berkenaan disuarakan sebagai mengulas tindakan 25 tokoh Melayu terkemuka tanah air yang meminta jalan penyelesaian dicari bagi menangani pelbagai pertikaian berterusan mengenai kedudukan dan pelaksanaan perundangan Islam di negara ini.

BERIKUT KAMI SIARKAN SEPENUHNYA MEMORANDUM TERSEBUT

MEMORANDUM PENDIRIAN PEMIKIR ISLAM TERHADAP PANDANGAN 25 TOKOH MELAYU MENGENAI UNDANG-UNDANG SYARIAH

15 Disember 2014

Kami bersetuju dengan pandangan yang disuarakan oleh 25 tokoh Melayu terkemuka tanah air bahawa jalan penyelesaian perlu dicari bagi menangani “pelbagai pertikaian yang berterusan mengenai kedudukan dan pelaksanaan perundangan Islam di negara ini.” [The Star, 8 December 2014: Need for a consultative process]

Pertikaian itu berpunca daripada ketegangan yang lahir daripada marginalisasi undang-undang dan pentadbiran Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai perkara Negeri yang mempunyai bidang kuasa yang sangat terbatas. Ia bercanggah dengan hasrat orang Islam, yang merupakan majoriti penduduk, untuk hidup di bawah undang-undang Syariah.

Dalam tinjauan Pew Research Center di seluruh dunia pada 2013, ia mendapati “peratusan besar Muslim di banyak negara mahu undang-undang Islam (syariah) dimaktubkan sebagai undang-undang rasmi di negara mereka tetapi cuma dilaksanakan ke atas penduduk Islam sahaja. 86% penduduk Muslim di Malaysia dan 72% di Indonesia yang ditemubual dalam tinjauan tersebut mahu undang-undang syariah dilaksanakan di negara mereka.

25 tokoh Melayu terkemuka di negara ini memperakui hasil penemuan Pew berkenaan apabila mereka menulis: “Sebagai orang Islam, kami mahu melaksanakan hukum Islam lebih daripada undang-undang sivil, demi memenuhi standard tertinggi kehakiman kerana ia mencerminkan keadilan Tuhan”.

Orang Islam percaya mereka dituntut untuk menjalani kehidupan mengikut ajaran yang ditetapkan oleh syariah; mengamalkan perkara yang baik dan menjauhkan perkara mungkar demi menegakkan keadilan. Lebih seribu tahun sebelum kedatangan kolonialisme Barat, undang-undang Syariah memainkan peranan penting dalam kehidupan orang Islam dan dalam pentadbiran negeri.

Kolonisasi masyarakat Islam oleh kuasa Barat membawa kepada peminggiran sistem perundangan Islam. Bidang kuasanya terbatas kepada isu-isu perundangan berhubung kekeluargaan dan hal-hal perkahwinan. Ia tidak mempunyai sebarang peranan dalam undang-undang awam, perdagangan, perniagaan, hubungan industri dan aktiviti lain yang penting kepada kehidupan manusia. Oleh itu, sukar bagi perundangan Islam untuk berkembang dalam usaha memenuhi cabaran kemodenan.

Berhubung kesan kolonialisme ke atas perkembangan undang-undang Syariah Islam di negeri-negeri Melayu, pakar pendidik British R.J. Wilkinson menulis: “Tidak diragui Undang-undang Islam akan menjadi undang-undang di Malaya jika undang-undang British tidak campur tangan untuk menghalangnya”

Tidak ada negara yang boleh mengabaikan hasrat sebahagian besar rakyatnya tanpa kesan buruk terhadap kestabilan dan keamanan. Kita perlu mencari jalan untuk memenuhi tuntutan orang Islam terhadap pelaksanaan undang-undang Syariah dalam kerangka kerja perlembagaan yang demokrasi tanpa mencabuli hak-hak golongan rakyat minoriti.

Sehubungan itu, Kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa tertinggi untuk menyemak semula Perlembagaan Persekutuan kita dan menyarankan pindaan untuk memasukkan segala keperluan penduduk Islam serta menegakkan hak-hak golongan minoriti di negara ini. Perlembagaan bukanlah sesuatu yang tidak boleh di ubah. Ia merupakan dokumen kehidupan dan perlu berkembang selaras dengan perubahan yang diinginkan oleh rakyat.

Jawatankuasa berkenaan perlu terdiri daripada pakar-pakar Islam dan bukan Islam mengenai undang-undang Perlembagaan, undang-undang Syariah Islam dan bidang-bidang lain yang berkaitan dengannya. Selain menyemak semula Perlembagaan Persekutuan, ia perlu mengetengahkan segala kelemahan yang ketara dalam sistem perundangan Syariah semasa dan mengemukakan saranan untuk menanganinya.

Kritikan yang ditujukan kepada undang-undang dan pentadbiran Islam oleh 25 tokoh Melayu terkemuka itu tidak banyak membantu dalam menganjurkan perbincangan dan perdebatan mengenai isu-isu terbabit kerana ia terlalu umum untuk diulas. Misalnya mereka mendakwa undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia “adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip perundangan Islam dan mencabuli hak-hak kebebasan yang penting..” Mereka tidak memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan tersebut. 

Dakwaan itu adalah serius kerana ia mencerminkan sejauh mana kecekapan kerajaan negeri, penasihat perundangan negeri dan Peguam Negara. Bagaimanakah mereka boleh meluluskan undang-undang yang bercanggah dengan prinsip-prinsip perundangan Islam?

Kami terharu dengan inisiatif yang ditunjukkan oleh pesara penjawat awam, hakim, diplomat dan kumpulan pejuang hak asasi wanita yang secara terbuka membuat dakwaan mengenai ketidakadilan dan kelemahan dalam undang-undang dan pentadbiran Islam di negara ini. Kami berharap mereka akan menunjukkan keprihatinan yang sama terhadap isu-isu lain yang sama pentingnya seperti jurang yang semakin melebar di antara golongan kaya dan miskin, kemusnahan alam sekitar, kemerosotan nilai-nilai moral dan etika, rasuah, 

penyalahgunaan kuasa dan isu-isu pentadbiran. Negara juga akan mendapat manfaat jika mereka sudi berkongsi pengetahuan, pengalaman, kepakaran dan masa mereka dengan pertubuhan masyarakat sivil demi menggalakkan keadilan, perlindungan alam sekitar dan penyatuan rakyat.

Mohd Azmi Abdul Hamid,
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysian ( MAPIM )

Sohibus Samahah Tan Sri Dr Hj Harussani bin Hj Zakaria,
Mufti Negeri Perak D.R

Sohibus Samahah Datuk Dr Wan Salim Mohd Nor,
Mufti Negeri Pulau Penang

Dato' Wan Mohamad Dato' Syeikh Aziz,
Mantan Ketua Pengarah Director, JAKIM

Datuk Syeikh Mohd Nor Mansur Al Hafiz,
Mantan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak

Datuk Dr. Hj Awang bin Sariyan,
Ketua Pengarah, DBP

Prof. Dato' Dr. Ir. Wan Ramli bin Wan Daud,
Profesor Kejuruteraan Kimia, UKM

Prof. Dr. Tengku Mohd bin Tengku Sembok,
Pofesor Sains Komputer, Mantan Timbalan Naib Canselor Universiti Pertahanan Malaysia

Prof Ismail Mohd,
Profesor Matematik, UniMaP

Prof. Emer. Dr. Shaharir bin Mohammad Zain,
Profesor of Matematik, Mantan Timbalan Nain Canselor UKM

Dato Hj Sulaiman Abdullah,

Mantan Profesor Undang-undang UM

Datin Dr Mehrun Siraj,
Mantan Professor Undang-undang, Mantan Ahli Suruhanjaya SUHAKAM.

Prof Dr. Wan Mokhtar Wan Yusof,
Profesor Mikrobilogi UKM

Prof Dr. Khairuddin Omar,
Professor Sains Komputer UKM

Prof. Dr. Mohamed Aslam bin Mohamed Haneef,
Profesor Ekonomi UIAM

Prof. Dr. Mohd Sahaid Khalil,
Fakulti Kejuruteraan dan Senibina, UKM

Prof. Dr. Husna Azhari,
Fakulti Kejuruteraan dan Senibina, UKM

Prof. Dr . Mohd Nazari Ismail,
Dekan Fakulti Perniagaan dan Akaun, UKM

Prof Dr. Khairudin Omar,
Sains Komputer UKM

Prof Dr. Mohamed Aslam b. Mohamed Haneef,
Economis, UIAM

Prof. Madya Dr. Ahmad Shahbari @ Sobri b. Salamon,
Pengerusi Penasihat Syariah, Bank Islam

Prof. Madya Dr. Aidil Abd Hamid,
Microbiokemistri UKM

Prof. Madya Dr. Zaini Hamzah,
Saintis Nuklear, UiTM

Prof Madya Dr. Mat Rofa Ismail,
Professor in Etnomatematik, UPM.

Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir,
Pakar Matematik, Felo INSPEM,

Dr. Mohd Roslan Mohd Nor,
Setiausha Agong Persatuan Ulama Malaysia, Timbalan Pengarah (Research & Development), Akademi Pengajian Islam University Malaya,

Dr Halim Muhammady,
Naib Presiden WADAH, Pengarah Perunding Penyelidikan Bairuni, Mantan Ketua Jabatan Pengajian Quran, Fakulti Pengajian Islam UKM,

Hj Ahmad Awang,
Mantan Pengarah Pusat Islam, JPM

Hj Abdul Ghani Samsudin,
Pengerusi SHURA, Mantan Ketua Jabatan Sains Sosial, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Dinsman (Shamsuddin Osman),
Presiden PAKSI

Datin Aminah Zakaria,
Pengerusi SALIMAH, Mantan Pengetua Kolej Islam Klang,

Ir Hj Asari Daud,
Mantan Timbalan Pengarah JPS

Ir. Kassim Muhammad,
Mantan Pengarah JPS Negeri Perlis

Sumber :
Agendadaily.com
 
 
 
AMUKANMELAYU - Duk asyik berselisih pendapat.....sampi bila pun HUDUD tak dapat di laksanakan........