,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday 6 December 2014

ASSOBIYAH - HOI MELAYU.....AKU JUGA MELAYU....


Peringatan Menarik Buat Melayu

Friday, December 5, 20145comments

Disini ingin saya kongsikan dua Tazkirah / Peringatan menarik dari Watsup -

Salahfaham Konsep Asobiyyah Punca Melayu Berpecah

Memang bagi Aktivis dan Islamis, asobiyyah ni pantang bagi mereka kerana bagi mereka Haram dan Jahiliyyah. Tetapi Ibn Khaldun adalah sarjana pertama mengungkapkan kepentingan dan keperluan asobiyyah sebagai asas pembinaan peradaban Islam yang beliau sebut sebagai Asobiyyah Qurasyh khususnya Asobiyya Banu 'Abd Manaf. 

Konsep Asobiyyah ini dalam Bahasa Eropah disebut sebagai Espirit de Corps. Disebabkan orang Melayu kita dah hilang Espirit de Corps inilah akibat dimomokkan dengan ciri2 Haram dan Jahiliyyah oleh Aktivis/Islamis kita tak hendak memperjuangkan hak-hak Melayu yang didalamnya banyak meliputi hak-hak Islam sekaligus.

Orang2 Cina di Malaysia tak kira MCA ke DAP ke PKR boleh bersatu dan bersama dalam banyak hal demi kepentingan bahasa, budaya, pendidikan, politik dan ekonomi mereka atas dasar Asobiyyah Kecinaan. Disebabkan orang2 Melayu sudah membuang Asobiyyah Kemelayuan mereka maka tidak mungkin untuk mereka bersatu dan bersama dalam banyak hal.

( DT - Seperkara yang saya perhatikan, orang Pas tidak kisah pula kalau kaum lain memperjuangkan budaya dan hak kaum mereka, malahan disokong dan diraikan pula. Tapi kalau orang Melayu ..... Asobiyyah ! )


Melayu Tidak Harus Rendahkan Nilai Bangsa Sendiri

Ajaib, dengan keadaan sifat-sifat Melayu yang sering digambarkan buruk belaka malah oleh orang Melayu sendiri, manusia-manusia Melayu dapat membina sebuah negara yang stabil, aman dan makmur jauh lebih baik dari banyak negara yang mencapai kemerdekaan lebih kurang pada waktu yang sama di banyak tempat di Asia, Timur-Tengah, Afrika dan Amerika Selatan ! 


Seburuk-buruk sifat Melayu seperti yang dimomokkan itu, kita jauh lebih baik dari orang Arab dan Afrika malah India dan Pakistan yang lebih mudah menumpahkan darah sesama mereka !

Fenomena melakukan generalisasi memburuk-burukkan sifat orang Melayu yang dipelopori para penjajah telah disanggah oleh Arwah Prof Syed Hussein Alatas dalam buku beliau Mitos Peribumi Malas. 

Ahli-ahli sosiologi seperti Robert K. Merton mengasaskan konsep Self-Fulfilling Prophecy bilamana seseorang akan cenderung menjadikan dirinya sepertimana gambaran terhadap dirinya diabsahkah dlm kehidupan. Atau ahli sosiologi terkenal Algeria Malik Bennabi menyebut idea Colonializability iaitu bagaimana minda orang terjajah akan lebih selesa hidup dalam keadaan dijajah.


Dr. Amran CENTHRA

Org Islam di Malaysia kena baca

Dipetik dari Gerakan 153:

Mengikut pandangan seorang Profesor, perjuangan orang Cina yg chauvinis & tidak menerima kedudukan org Melayu,tetapi bertapak di Tanah Melayu selepas Merdeka ada 4 Fasa.

Fasa1 - Kerakyatan: Pengiktirafan ke atas mereka dan keturunan selepas mereka untuk diberi kerakyatan secara automatic. Ini sudah tercapai.

Fasa 2 - Perlindungan keselamatan: orang Cina banyak berbelanja melindungi keselamatan mereka menerusi kongsi gelap dan memiliki senjata api. Selepas Peristiwa 13 Mei 69, timbul kesedaan oleh orang Cina bahawa keselamatan mereka, perniagaan mereka dan harta mereka kena dilindungi oleh polis. Maka bermulalah pembelian perlindungan oleh orang Cina daripada polis sehinggakan tak habis-habis polis dituduh jadi anjing dan pelindung Cina. Misi ini dah tercapai.

Fasa 3 - Penguasaan Ekonomi: yang ini mereka dah berjaya dan warisi daripada dasar pemerintah Residen British lagi. Untuk terus kuat, depa kena control ekonomi Malaysia. Yang ini juga sudah tetcapai. Semua tahu dan nampak dalilnya.

Fasa 4 - Kuasa Politik dan memerintah: Ini adalah fasa mutakhir mereka iaitu menguasai politik ibarat Yahudi menguasai Amerika, India menguasai Fiji. Mereka mahu seperti Singapora dimana Bangsa Cina menguasai segala-galanya secara total. Agenda mereka menolak parti Cina yang tunduk kepada ketuanan Melayu sudah terserlah. MCA dan Gerakan sudah hampir terkubur. MIC pecah tongkang. Melayu pecah belah, porak peranda. Lihat peranan Melayu Liberal dalam melebarkan perpecahan melayu sehinggakan tak boleh atau tak mampu lagi bersatu kembali. Bila DAP mengambil-alih tampok politik negara, bahana besar bakal berlaku dan Melayu tidak lagi akan mampu mentadbir negara ini.


Saturday, December 6, 2014

ASAL SOKONG ANWAR SAHAJA, MESTI KEPALA BESAR ZIONIS DAN MUBALIGH ZIONISME ANTARABANGSA!!!

Bukan main kembang para penyokong bahkan Anwar Ibrahim sendiri mewuar-uarkan tentang sokongan Naib Presiden Amerika Syarikat kepada Anwar selain menghentam Akta Hasutan. Kecaman Biden menerusi Twitter segera dipublisitikan oleh Anwar Ibrahim dan para penyokongnya untuk menghentam Akta Hasutan dan Kerajaan Malaysia.

Tidak menghairankan langsung apabila Biden menyokong Anwar Ibrahim kerana Anwar Ibrahim berada dalam lingkungannya.

Jom kita tengok biografi ringkas Robert Hunter Biden (dilahirkan 4 Februari 1970) yang merupakan anak kedua Joe Biden yang berjaya dibuka oleh LIM SIAN SEE.

Robert Biden adalah anggota Badan Penasihat Presiden dari Catholic Charities of the Archdioces of Washington dan juga merupakan salah seorang lembaga pengarah Yayasan Idonije Israel.

Dia telah dilantik untuk tugas-tugas khas dalam Pasukan Simpanan Tentera Laut Amerika Syarikat dan ditugaskan dalam cawangan perhubungan awam pada 2013. Kurang setahun kemudian dia telah diuji positif kokaine dan telah disingkirkan dari pasukan simpanan tentera laut pada Februari 2014.

Dua bulan kemudian, pada 18 April 2014, Burisma Holding, pengeluar gas bukan kerajaan di Ukraine mengumumkan perlantikan Biden sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah.

Bapanya, Joe Biden telah pergi ke Kiev pada 22 April 2014 dan menggesa Kerajaan Ukraine untuk mengurangkan kebergantungan kepada Russia dalam pembekalan gas asli. Dan dia turut membincangkan bagaimana Amerika Syarikat boleh membantu membekalkan kepakaran teknikal untuk mengembangkan pengeluaran domestik dalam gas asli.

Sesetengah pihak menuduh Amerika Syarikat yang mengubah keadaan di Ukraine bagi membolehkan syarikat-syarikat minyak Barat untuk menguasai pengeluaran minyak di seluruh Ukraine.

Dalam kempen Obama pada 2008, satu pendedahan telah dibuat dan dalam pendedahan tersebut menyebut, 'Barrack Obama dan Joe Biden akan meningkatkan dana kepada National Endowment for Democracy (NED)'. Dalam sambutan ulangtahun ke-20 NED pada tahun 2003, Senator Joe Biden yang merupakan penganjur bersama telah mengusulkan sokongan dan mengukuhkan lagi misi NED. Resolusi tersebut telah diluluskan secara sebulat suara.

Robert Biden berada dalam Lembaga Penasihat Pengerusi untuk National Democratic Institute (NDI). NDI merupakan salah satu daripada projek National Endowment for Democracy (NED).

Justeru tidak hairan langsung mengapa Joe Biden mengeluarkan Tweet yang menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim dan menentang Akta Hasutan kerana Anwar Ibrahim dan PKR serta Pakatan Rakyat adalah projek NED dan berada di bawah jagaan NDI.

Cuba tengok siapakah lagi 'rakan-rakan baik' dalam NED (DI SINI)

Perhatikan juga wajah-wajah biasa yang terdapat dalam gambar yang dirakamkan pada tahun 2007 menerusi newletter NED yang disiarkan di laman sesawang mereka. (DI SINI)

Teliti juga apa itu NED (DI SINI)