,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday, 7 December 2014

MB TRENGGANU BUAT KERJA MUDAH - Li Yang Berak Tahi Besi Di Bukit Besi

Li Yang dan CAA Tidak Terlibat Di Bukit Besi Kata MB Razif ...... BETUL KE?

Sunday, December 7, 2014

TAHNIAH kepada MB Razif kerana segera membuat siasatan dan penafian bagi menjelaskan isu dakwaan taukeh dari China, Li Yang dari CAA Resources yang beliau memberi suapan rasuah kepada ahli politik dan pihak istana bagi mendapatkan gelaran Datuk bagi tujuan mendapat kelulusan melombong bijih besi di Bukit Besi, Terengganu.



CAA Resources TIDAK TERLIBAT dalam aktiviti perlombongan di Bukit Besi.

Sewajarnya Li Yang dicari dan dituntut berikan penjelasan atas tohmahannya yang telah memburukkan nama negara khususnya Terengganu di peringkat dunia melalui artikel yang diterbitkan oleh New York Times. ( KLiK )

Saya rasa setakat nak berhubung dengan Li Yang tidak menjadi masalah ...... kerana ternyata Li Yang punya kepentingan yang besar di negara kita.

Kalau CAA Resources tidak punya penglibatan di Bukit Besi, bagaimana pula dengan RED SUN RESOURCES di mana CAA punya 60% kepentingan ?

Bukan CAA yang jadi isu tapi taukehnya Li Yang. Dan ternyata Li Yang punya kepentingan di Bukit Besi melalui Red Sun yang menggunakan anak syarikatnya Capture Advance ! Mungkin bukan secara direct tapi tetap juga ada kepentingan besar secara indirect.


KLiK

Bagi mengesahkan apa yang ditulis oleh TheMalaymailonline itu, anda boleh cek di Penyata Kewangan CAA Resources bagi tahun 2013 - KLiK.

Disebut keuntungan CAA banyak bergantung kepada operasi perlombongan besi di Malaysia !

Thanks to the Group’s high-margin and low cost strategy, it recorded a strong growth in gross profit of 86.2% for 2013, reporting approximately USD41.1 million as compared to approximately USD22.1 million in 2012. This performance was achieved despite the impact of an exceptionally heavy and early rainy season in Malaysia at the end of 2013 which led to the temporary closure of the Group’s tailing ponds, impacting 2013 gross profit margin slightly at 37.2% (2012: 40.6%)

.
Li Yang berkata dalam repot itu CAA secara aktif sedang  ( the Group was also proactively seeking potential projects last year to further increase its reserves and resources, and has entered into MOUs and commenced negotiations in respect of three projects at Terengganu and Kelantan ) mencari peluang menambahkan lagi sumber bekalan besi dan SUDAH menandatangani MOU dan dalam proses rundingan di 3 projek di Terengganu dan Kelantan !

Jadi saya harap MB Razif dapat berikan pengesahan apakah Li Yang terlibat dalam aktiviti perlombongan di Terengganu. ( Bukan CAA Resources tapi taukehnya Li Yang )

Aset utama CAA adalah di Lombong Ibam, Pahang. ( The Group’s principal asset is Project Ibam, a mine with 151 million tonnes combined measured and inferred iron ore reserves locating at the State of Pahang, one of the most resources rich states in Malaysia. As at the end of 31 December 2013, the Ibam Mine has 2 crushing lines and 9 beneficiation lines in operation ) di mana menyumbangkan 36.6% pendapatan CAA.

Sebab itu saya katakan tidak susah untuk hubungi Li Yang !


Selain disebut MOU dengan Red Sun Resources ( On 3 October 2013, the Group entered into a Memorandum of Understanding (“MOU”) for a proposed acquisition or subscription of a 60% equity interests in Red Sun Resources, in relation to a joint venture arrangement for the exploration, prospecting and mining of iron ore on parcels of land located at Bukit Besi, Terengganu. The land has 281 million tonnes of iron ore. ),  CAA group juga aktif mencari peluang dengan JKKR Felda Kemahang 3 dan Bukit Besi Mining Sdn Bhd, juga sedang berbincang untuk ambil alih SRI Jedok Mining Sdn Bhd yang memiliki aset perlombongan di Kelantan.

Memandangkan Li Yang melalui CAA Resources begitu banyak meraih untung dari bumi kita, saya harap kes dakwaan rasuah beliau melalui NYTimes tidak ditamatkan begitu saja hanya kerana didapati CAA tidak terlibat secara langsung di Bukit Besi kerana Li Yang dan CAA Resources TERLIBAT melalui proksi.

Terlalu BIADAB Li Yang dengan dakwaannya.... tidak sewajarnya dilepaskan begitu saja.
.

AMUKANMELAYU - "Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain," - Wasiat Tuanku yang di lupakan Pemerintah.