Bersemadilah dengan aman..Al Fatehah!!
MH 370 hilang sampai ke hari ini. Belum jumpa dan gagal dikesan.
Semalam sebuah lagi kapalterbang menerima nasib buruk. MH 17. Terhempas akibat ditembak.
Makin hari makin banyak musibah yang menimpa negara.
Negara diasak dari dalam dan luar.
Pendemo dalam negara terus berleluasa menghentam kerajaan. Kapal terbang ditembak juga salah kerajaan dakwa mereka.
Sejak mereka berguling di Dataran Merdeka, hancurkan kenderaan polis apa tindakan yang kerajaan telah ambil?
Anak Melayu hentak kereta otai Cina dengan steering lock bingkas bangun penguatkuasa untuk menahan anak Melayu itu.
Bot Sulu masuk ceroboh, ada Menteri kata itu bot nelayan..Arghh..!! Acuh tak acuh jawapan.
Harga ayam naik, ada Menteri kata, jangan makan ayam tapi makan ikan..Arghhh..standardnya Menteri.
Pemimpin pembangkang dan gerombolan penyokong mereka menghina institusi
Di Raja, kita sekadar menghentam dengan kata-kata..Mana tindakan?
Dalang pencerobohan Sulu yang katanya hendak didedahkan, mana senarai namanya?
Senator yang dilantik kata ada 6 kotak rahsia yang buka pekung pimpinan
pembangkang? Mana kotaknya..tiada tindakan atau soalan daripada PM
Najib..malah dilantik menjadi Senator..Arghhh...
Kiritik kerajaan dalam parlimen kemudian paling tadah sokong kerajaan..Arghhh..dilantik menjadi Duta..
Beri wang pada pengemis akan didenda..Arghh..amal yang mengambil risiko..
Hari ini Sulu menyerang..baru kita tahu pasukan keselamatan tak boleh
tembak. Aik..kapal terbang kita yang tak bersalah pun orang boleh
tembak..Sulu yang terang terang salah kita tak boleh tembak?
Bergegar sekali lagi negara dengan insiden MH 17. Ada yang berkata..Sulu
yang datang dengan bot kecil kita tergoncang dengan ancaman. Bagaimana
agaknya kita mahu berdepan dengan dalang yang menembak jatuh
kapalterbang kita? Mereka ada roket peluru berpandu canggih..tidak macam
Sulu!!
Kaki liwat yang TELAH dijatuhkan hukuman masih bebas berjalan ke sana ke
sini menyusun strategi ampuh membelasah kerajaan...!!!!
BLA BLA BLA BLA BLA BLA.....
Macam macam perkara hendak dicerita..kita semakin diasak tapi kita masih belum mahu sedar!!
Aduhai Pak Najib..sesetengah perkara boleh diplomasi dan rundingan..sesetengah perkara bertindak lah cara jantan..
Risiko ada di mana-mana..Datang tanpa dijemput..Alang-alang berjuang
biarlah kalau kalah kita akan rasa puas hati dan terhormat!!!
Aku keliru dan sayu melihat negara yang semakin disiat siat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab..!!
Aku sayu melihat anak-anak, ibu bapa, adik beradik, sahabat handai
menitis airmata dikaca televisyen meratapi pemergian insan tersayang.
Cukup sayu dan hiba!!!