,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday, 13 July 2014

NOSTALGIA Ramadan - Meriam Buluh


Bismillahirrahmanirrahim

CHEPOR KAMPUNGKU, indah sungguh nama itu. Keseluruhan keluarga sebelah Ibuku semuanya disini. Ramadhan bagaikab bulan PESTA. Hari ni malam ke enam belas. Selalunya jam 8 malam....bulan sudah penuh mengambang...Eiiii macam novel pulak Aki nak mulakan Kenangan Ramadhan ni.

Di sebabkan jerubu sepanjang tahun, bulan seakan merajuk seperti aku juga. Sudah hampir 40 tahun aku meninggalkan kampung dan sejak itu jugalah aku tidak lagi beraya di kampung Chepor. Namun saudara-mara dan sahabat handai tetap di hati.

Duk cadang dengan anak menantu di tahun-tahun yang mendatang ni nak juga balik Beraya di kampung. Nak menumpang Beraya dengan Kakak, Mek, Abang dan Acu. Nak menginbau ke tahun 70an  Aku di belasan tahun......bulan ramadhan banyak sungguh aktivitinya. Tambahan pulak di pertengahan bulan puasa ni. Bila malam jer, sedang orang asyik bertarawih...aku dengan kawan-kawan main polis sentri, main porok dan tidak ketinggalan main MERIAM BULUH.

DETUMAN Meriam buluh betung Aku malam ni biar sampai ke Lenggong..
hingat waktu dulu, habis bulu kening kene api waktu niup lubang cucuh meriam buluh......
Beberapa malam sudah aku balik dari HKL melawat Mattin. Dalam perjalanan pulang dalam pukul 11 malam camtu aku terdengar bunyi yang sangat aku familiar. Meriam Buluh!! Memandangkan aku membesar bermain meriam, aku tahu beza bunyi meriam buluh, meriam besi mahupun bunyi mercun. Perlahan-lahan aku berhentikan kereta mencari-cari bunyi tersebut.


Tapi tak ku jumpa. Terbayang dalam benak fikiran aku. Dengan parang sebilah dan selalunya aku dengan Zi Wak Musa, Merzuki, Adek Awang, Hamidi, Meredi, Seli dan lain-lain akan menyusuri Sungai Chepor hingga ke Kasai......buluh di kasai banyak yang beso-beso. Dekat empangan air adalah distinasi kami. Sebatang sorang...melerek Aku memikul buluk aur yang dah di keran sepanjang dua depa.


Di rumah.....Abang Muhaiddin dah siap dengan penebuk kayu untuk menebuk lubang kira-kiran setapak tangan dari buku sebelah bawah......selesai proses ini.....buluh di sandarkan di celah cabang limau bali Tok Aki Ali. Selepas itu batang asak Mak yang menjadi mangsa untuk menebuk atau menghentak buku buluh sehingga lima ruas.....sehinggalah nampak cahaya yang masuk melalui lubang yang di tebuk tadi.


Dah siap......
Gambar meriam buluh, sumber dari google
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOV5rgN39QdNOVBrup7zDr394MYecarns1hs47MgwcCK5GWBPaxUmtbCBWJcrFlpAZa4RSM1ZyiuNlS0zdn8ciFLBzn69p1rnemPcZpIiijxbrM91x0nIELacQxi0kjoTI5ZijpoXPUTI/s1600/P9200266.JPG
Karbait(Kabat)
Masa sekolah rendah dulu, aku selalu simpan duit belanja sebelum puasa. Tujuannya nak beli karbait. Karbait itulah yang buat main meriam nanti.Kadang-kadang aku curi nyo(kelapa) atau telur ayam Pak Cik Awang dan jual di kedai Pakngah Usop dan beli karbaitl

Ngko pernah nampak karbait. Orang dulu-dulu biasanya guna karbait untuk hidupkan pelita. Lebih jimat dari guna pelita minyak tanah. Selain tu ia juga digunakan utk cepatkan proses pemeraman buah seperti pisang, ciku, jambu, pelam dll. Karbait ni kalau dibiar kena udara lama-lama dia jadi debu. Kalau kena air, dia mendidih dan panas kalau dipegang. Pastu jadi hampas warna putih.

Tapi kalau karbait dimasukkan dalam meriam 2-3 ketul. Taruk air sikit. Pastu dengar dari corong depan tu bunyi tak mendidih lagi. Agak-agak berhenti bunyi je, terus cucuh kat lubang kat bawah tu.

KENANGAN - Memang best di waktu ini......
KEBABOOMM!! Berdesing telinga. Tapi timing kena betul. Kalau terlalu cepat atau lambat cucuh, bunyinya dah tak power. Kalau mahir boleh dpt timing yg optimum untuk bunyi paling kuat. Dulu atap rumah aku guna zink. Kalau meriam tu meletup, zink tu bergegar dan berlaga dengan kayu alang-alang macam tepi rumah kena bom je. Menjeritlah mak kat atas rumah

Masa tu berlawan-lawan sapa bunyi meriam yang paling power. Biasa satu rumah ada 2-3 meriam sekaligus termasuk meriam besi. Sapa bunyi boleh dengar satu kampung atau sampai kampung sebelah memang champion. Fuh, memang nostalgik untuk dikenang.


AMUKANMELAYU--------aku nak pulang.....