,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday, 5 July 2014

PEMIMPIN ISLAM YANG MEMIHAK KEPADA DAP MEMUDAHKAN KRISTIAN MEMURTADKAN ISLAMELAYU


TITAH TUANKU SULTAN SELANGOR

1. Aziz Bari

23 JUN: Belum 24 jam Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Gereja Katolik terhadap keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam mingguan The Herald, sudah ada yang cuba menghina keputusan tersebut.

Dr ABDUL disifatkan mengeluarkan kenyataan tanpa memahami konteks titah Sultan Selangor serta peruntukan undang-undang di bawah Enakmen
Aziz Bari
 
Lebih malang, antaranya datang daripada individu yang mendakwa pakar perlembagaan, Abdul Aziz Bari yang sebelum ini mempunyai banyak sisi dalam hal berkaitan perundangan termasuk dengan institusi Sultan.
Memetik laporan portal pro pembangkang, Malaysiakini, Abdul Aziz dikatakan bimbang keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kes penerbitan The Herald akan memberi petunjuk bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhak menyita naskhah Bible dalam bahasa Melayu dan bahasa Iban.

Katanya, keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkan rayuan itu sangat “mengecewakan” kerana ia memberi maksud bahawa keputusan Mahkamah Rayuan sebelum itu adalah muktamad.
“Pada masa ini, pihak berkuasa agama yang menentukan cara pengamalan agama lain selain agama Islam, walaupun tidak ada bukti jelas (bahawa agama lain) memudaratkan ketenteraman awam,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

2. Anwar Ibrahim

Two State Solution
Anwar seperti dilaporkan Wall Street Journal, 26 Jan telah berkata “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians

Maksudnya; “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin”.
Apabila isu ini menjadi kontroversi, Anwar sendiri mengeluarkan kenyataan di laman rasminya, anwaribrahimblog pada 28 Jan, menjelaskan maksud sebenar kenyataannya di WSJ adalah bersetuju dengan cadangan ‘two state solution’.

‘Two state solution’ merupakan gagasan idea yang dilobi oleh badan antarabangsa yang dianggotainya, iaitu International Crisis Group (ICG) yang mengesyorkan agar Israel dan Palestin sama-sama diiktiraf sebagai sebuah negara yang sah dan berdaulat, di samping mencadangkan agar dunia Islam khususnya negara-negara Arab membuka hubungan diplomatik dengan Israel.

“Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.
“Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai ‘Two-State Solution’.”kata Anwar.

3. AZMIN ALI

AZMIN SOKONG KALIMAH ALLAH DIGUNAKAN OLEH KRISTIAN



SEBELUM Karpal Singh mengeluarkan arahan supaya Hadi Awang masuk campur dalam keputusan yang disetujui oleh Majlis Syura agar selari dengan apa yang diperkatakan oleh Guan Eng iaitu kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian, Azmin pernah menyatakan persetujuan dengan keputusan itu.
Azmin dalam kenyataannya mempertahankan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian. Azmin umpama sudah lupa diri dan sudah jauh terpesong dari landasan yang pernah diterapkan oleh bapanya iaitu seorang guru agama.
PKR yang diwakili Azmin turut menyatakan sokongan terhadap kenyataan Guan Eng pada perutusan Krismas yang lepas dan sudah bersepakat dengan DAP. Kini, tinggal masa PAS sahaja untuk menyatakan keputusan Majlis Ulama' PAS yang diketuai oleh Harun Taib. Kita tunggu dan lihat sahaja adakah PAS bakal mengikut telunjuk Karpal.

4. Nik Aziz

Mei 15 2010 - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetap berpegang kepada kenyataannya bahawa pemimpin parti politik bukan Islam, termasuk DAP boleh menggunakan kalimah Allah demi kepentingan politik mereka.

kuala terengganu by election dap dinner 140109 nik azizMenteri Besar Kelantan itu berkata, walaupun kenyataannya itu bercanggah dengan kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din, yang tidak mahu DAP menggunakan kalimah Allah dalam kempen parti politiknya, namun beliau tetap berpendirian ia dibolehkan dalam Islam.
Justeru, ramai yang merasa ragu mengenai kaitan DAP dengan gejala murtad yang didalangi Kristian.

Hakikatnya, kaum Cina dan juga India yang memilih Kristian sebagai pegangan semakin meningkat di Malaysia. Apa jua alasannya, iaitu sama ada mereka memilih Kristian kerana benar-benar percaya dengan ajarannya, atau sekadar satu ‘escapism’ dari masalah kasta sepertimana prasangka ramai, ataupun sebagai satu simbol ‘status’ kerana masih terbelenggu dengan pemikiran mendewakan apa saja yang dibuat oleh orang-orang barat serta ingin turut menyambut Krismas, melalui upacara perkahwinan cara barat dan mempunyai nama barat yang dilihat sebagai glamour akibat terpengaruh oleh TV dan filem, adalah tidak penting untuk dipastikan.

Tidak seperti Islam yang tidak membezakan kaum dan meletakkan semua umat Islam sebagai sama dan bersaudara, Kristian pula menyaksikan gereja yang berbeza bagi kaum Cina dan India seperti juga kaum kulit hitam dan kulit putih di barat yang merasa janggal untuk ke gereja yang sama.

                                            
Bagaimanapun, kaum Cina jarang mengumumkan agama mereka tetapi ramai yang menyangka bahawa kaum Cina yang memakai nama barat kemungkinan besarnya beragama Kristian. Memandangkan pemimpin tertinggi DAP tidak memakai nama barat, maka keraguan masyarakat mengenai penglibatan mereka dalam kes murtad mudah difahami.

Mungkin kerana itulah maka para penulis blog berbangsa Cina gemar mendesak pemimpin atasan DAP agar mengumumkan agama mereka. Apa yang diisyaratkan oleh para blogger ini ialah, pemimpin atasan DAP berselindung di sebalik nama Cina walaupun mereka sebenarnya Kristian demi memastikan sokongan berterusan dari kaum Cina ‘ortodoks’ iaitu yang berpegang teguh kepada budaya, bahasa dan agama asal nenek moyang mereka. Dengan tidak memakai nama barat juga memudahkan mereka untuk mengaburi rakyat mengenai agenda Kristian yang diperjuangkan mereka.

Agenda Kristian DAP, seperti yang telah terdedah, berpusat di Subang Jaya. Kumpulan ‘pendakwah’ atau penipu ini beroperasi dengan cara menghulurkan bantuan sebelum mengumpan sasaran mereka untuk ke gereja. Antara yang telah menjadi mangsa dimurtadkan, mendedahkan bagaimana mereka ‘dipegang’ sehingga merasa terhutang budi dan wajib membayar budi para pendakwah itu dengan memeluk Kristian.



5. MUJAHID YUSU RAWA

                    

Puak Kristian ini beroperasi secara tersusun dengan dana disalurkan dari sebuah pusat pentadbiran yang lengkap. Dengan memanggil diri mereka ‘Evangelist’ atau pendakwah, menunjukkan yang mereka bermazhab Protestant iaitu mazhab yang paling banyak melalui reformasi dan mempunyai berbagai-bagai versi serta mengambil sikap berbeza dengan mazhab katholik yang mengiktiraf darjat tertinggi Pope, atau mazhab orthodox yang lebih dekat dengan Kristian asal iaitu agama Nasrani.

PAS Lembah Pantai menganjurkan satu majlis Wacana Anak Muda membicara “Polemik Kalimah Allah dan Rampasan Bible” semalam. Saya tidaklah berminat sangat untuk mendengar penghujahan mereka namun apabila petang tadi seorang sahabat mengirim sedutan rakaman ucapan Mujahid Rawa dalam majlis tersebut saya merasakan perlunya saya menulis ini.
Dalam sedutan ringkas tersebut, Mujahid mengatakan bahawa:
“… antara sebab yang mereka selalu gunanya ialah mengatakan kalau orang Kristian guna kalimah Allah maka ini adalah salah satu daripada usaha kritianisasi, usaha misionari, untuk memurtadkan orang Islam. Saya telah mendengarnya (merujuk ucapan sebelum itu oleh Eugene Yapp wakil dari NECF) bahawa itu tidak ada apa-apa “intention”. Dan saya jugak bukan Tuhan yang tahu apa di dalam hati saudara-saudara Kristian saya. … dan saya memerlukan semangat dan kekuatan untuk memahamkan bahawa isu kalimah Allah tidak ada kena mengena dengan gerakan misionari tetapi ianya adalah satu hak yang perlu diberi. Dan umat Islam jangan sekali-kali mudah menerima hujah bahawa hanya kerana orang bukan Islam Kristian di dalam Bible mereka menggunakan perkataan Allah maka orang Islam akan murtad. Itu bagi saya, cakap-cakap yang menghina agama saya (mendapat tepukan gemuruh) … persoalan saya sekarang ini ialah, soalnya, apakah benar semua itu suatu isu ataukah ianya satu helah lain. Yang kalau betullah ianya helah lain maka bagi saya inilah manusia-manusia yang menghancurkankan keharmonian dan kerukunan negara ini yang telah sejak dibina oleh datuk nenek moyang kita berkurun bahawa mereka mahu melihat negara ini hancur hanya kerana kepetingan politik.”
Inilah sebabnya saya memilih tajuk di atas. Selepas mendengarnya, saya merumuskan bahawa Mujahid berkata sedemikian kerana samada beliau bebal dalam politik atau sememangnya sudah menjadi boneka untuk seorang atau kelompok orang.
Dalam hubungan kita dengan orang-orang Kristian dan bagi memahami sikap serta perancangan mereka, kita MESTI rujuk kepada panduan yang telah diperingatkan oleh Allah Azzawajalla di dalam surah Al Baqarah ayat 120. Ayat yang terlalu sering kita baca dan dengar sangat penting kerana sikap dan kebencian orang-orang Kristian yang disebut sebagai Nasrani itu adalah suatu peringatan yang sah hingga akhir zaman. Ianya bukan hanya peringatan untuk zaman lampau. Tetapi peringatan untuk kita hari ini dan akan datang.
Kemudian, keduanya, kita rujuk pula perancangan-perancangan mereka (orang-orang Nasrani-Kristian) yang telah mereka sendiri dedahkan. Bukan tuduhan-tuduhan dan sangkaan-sangkaan yang direka-reka. Kita ambil dari sumber orang-orang Kristian sendiri. Sumber dalaman mereka sendiri. Bahan dan dokumen yang mereka kongsi di kalangan mereka sendiri bukannya penafian luaran yang mereka lunakkan dalam bisikan mereka ke telinga kita.
Dan ketiga, kita jangan letakkan matlamat politik melebihi keutamaan serta perbezaan politik sebagai penghalang untuk membuka pintu keikhlasan perjuangan. Jangan kita buruk sangka kerana kita bermusuh dalam mencapai cita-cita politik dan jangan pula kita bermanis muka dengan musuh yang nyata menyanggahi sikap umat Muhammad s.a.w. seperti mana disebut di dalam surah Al-Fath ayat 29.
Mendasari tiga unsur tersebut Mujahid sudah pasti tidak akan mengeluarkan kenyataan di atas jika dia tidak bebal dalam berpolitik.

66000 murtad-yusof rawa 
Maka, apakah Mujahid telah dibonekakan? Jika sedemikian maka saya merasa amat sedih apabila terkenang pesanan al-marhum Ustaz Yusof Rawa yang risau dengan bilangan 66,000 umat Melayu yang telah murtad. Pada tahun 1987, al-marhum mengemparkan negara dengan statistik pemurtadan ancaman musuh Islam yang nyata iaitu gerakan Kristian.

BODOHLAH seseorang itu apabila dengan mudah mempercayai kata-kata salutan madu paderi Kristian yang kononnya mereka ikhlas dalam penggunaan kalimah Allah dan bukan berniat untuk memurtadkan orang-orang Melayu. Tidak perlu mengaji hingga PhD untuk faham perancangan JAHAT paderi Kristian.

6. NURUL IZAH



SHAH ALAM - Tuesday, November 6, 2012- Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.

Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : ''Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam : Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya, semalam.

Forum 'Islamic State: Which version; Who's responsibility?' yang dihadiri Nurul Izzah adalah anjuran bersama NGO Kristian dan Islam iaitu,OHMSI (Oriental Hearts and Mind Study Institute) dan IRF (Islamic Renaissance Front) bertempat di Gereja Full Gospel Tabernacle,Wisma Eagles No 5 Jalan TP4 Taman Perindustrian UEP Subang Jaya.

IRF sebelum ini pernah disahkan oleh portal Mkini dotcom sebagai sebuah gerakan Islam Liberal di Malaysia yang juga merupakan salah satu NGO tulang belakang BERSIH.

Selain Nurul Izzah, panelis lain yang turut dijemput adalah peguam dan aktivis hak asasi manusia,Malik Imtiaz; Ahli Parlimen PAS Parit Buntar,Mujahid Yusof Rawa; Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian; Ketua Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura, Dr. Syed Farid Alatas; Penganjur BERSIH, Dr. Wong Chin Huat dan aktivis Kristian, Datuk Kenny Ng.

Forum itu dipengerusikan oleh bekas Presiden Majlis Peguam, Dr Cyrus Das. - Sumber


7. MARINA MAHATHIR

MARINA MAHATHIR BIKIN SIDANG MEDIA SOKONG KRISTIAN DAN CEMUH UMAT DAN AGAMA ISLAM!!!

Sunday, January 5, 2014

Cerita tentang Marina Mahathir cukup banyak bahkan tidak lagi menjadi kehairanan. Marina Mahathir sentiasa menongkah bapanya semenjak bapanya masih lagi bergelar Perdana Menteri Malaysia. Bagi mereka yang rapat, pastinya tahu bagaimana kesukaran yang dialami oleh Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah menangani anak sulung mereka itu.

Justeru tidak menghairankan apabila Marina Mahathir tampil membela kaum Kristian dan mendapat sanjungan daripada masyarakat tersebut yang sekarang ini berasa, mereka telah berjaya mengalahkan umat Islam Malaysia dalam banyak hal.

Bermula jam 9:00 pagi tadi, bertempat di Gereja Our Lady, Jalan Tengku Kelana, Kelang, Marina Mahathir telah mengadakan sidang media keamanan ekoran isu penggunaan KALIMAH ALLAH.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 350 telah hadir yang terdiri dariapda pemimpin Pakatan RAkyat dan penganut-penganut Kristian serta wartawan. Antara yang hadir termasuklah, Charles Santiago, Ahli Parlimen Kelang; Xavier Jeyakumar, ADUN Sri Andalas dan Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh.

Kesemua mereka ini merupakan CRUSADERS yang berada dalam sistem politik Malaysia dan sentiasa mencari jalan untuk menghapuskan umat Islam dan kepentingan Islam di seluruh Malaysia, khususnya di Selangor.

Dalam sidang media itu, Marina Mahathir berkata, setiap orang harus menghormati agama lain. Dia bagaimanapun, tidak pasti sama ada bantahan yang dianjurkan oleh NGO-NGO Islam itu mewakili kerajaan atau atas inisiatif kumpulan itu sendiri.

Menurutnya lagi, pemimpin negara tidak harus berdiam diri berikutan isu ini. Agama dan Tuhan bagi setiap manusia adalah satu. Justeru, setiap orang harus menghormati agama masing-masing kerana walaupun berbeza nama agamanya, setiap agamanya itu adalah untuk kebaikan.

Marina turut memuji golongan yang hadir di pekarangan Gereja Our Lady sebagai kumpulan solidariti yang hadir dan bersatu untuk menunjukkan perpaduan antara kaum. Sepatutnya juga, katanya lagi, para pemimpin harus hadir dan memberi sokongan kepada gereja-gereja di seluruh Malaysia.

Anak sulung bekas Perdana Menteri Malaysia keempat itu juga mendakwa, tiada pemimpin negara yang hadir semasa insiden gereja dibakar pada tahun 2010. Walau bagaimanapun, dia tidak pula menyatakan, siapakah di kalangan pemimpin pembangkang yang hadir semasa surau dan masjid dibaling kepala babi, dibakar, diceroboh seperti di Puchong dan dihina dengan kaedah pembakaran serta pembalingan cat.

Katanya lagi, serangan ke atas gereja dan penindasan ke atas kaum dan agama Kristian telah memberikan imej buruk kepada negara di mata dunia dan isu itu telah menjejaskan industri pelancongan. Justeru dia menyeru semua kaum terutama bukan Islam memberi sokongan sepenuhnya kepada gereja dan menambah, orang Islam yang tahu tentang kebebasan agama, tidak akan memprotes isu KALIMAH ALLAH.


Sebenarnya sidang media itu diadakan ekoran tindakan bantahan oleh beberapa NGO Islam yang diadakan di pekarangan Stadium Kota Raja, Kelang. Kehadiran Marina bersama beberapa orang pegawai UNCHR adalah sebagai lambang kedamaian dan keharmonan serta kebebasan pengamalan agama yang diamalkan di Malaysia. Dalam majlis tersebut, Marina turut menyampaikan bunga kepada setiap hadiri di pekarangan gereja sebagai simbol keamanan.

Kehadiran pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan liputan media di pekarangan gereja tersebut pada hari ini adalah untuk memberikan reaksi terhadap bantahan oleh NGO-NGO Islam. Mereka turut menerima maklumat menerusi hebatan dari Facebook dan TWITTER yang menyeru para penganut Kristian hadir untuk memberi sokongan.

Dalam sidang media itu, para pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir turut mengadakan sidang media berkaitan isu yang sama dan tidak menyentuh isu politik. Mereka kemudiannya meninggalkan pekarangan gereja selepas sidang media, manakala penganut Kristian masuk ke dalam gereja untuk melakukan ibadat.

Secara umumnya, kehadiran Marina mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan penganut Kristian selain kerana berasakan mereka telah menang dan dibela oleh golongan yang dilihat seperti beragama Islam seperti Marina Mahathir!!!

8. KHALID SAMAD

Pas mahu hapuskan kuasa MAIS

KUALA LUMPUR 17 Jun - PAS Selangor mencadangkan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dilucutkan ekoran badan dakwanya akan mencemarkan institusi kesultanan negeri kerana mempunyai hubungan langsung dengan Sultan Selangor.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, ianya juga bagi membolehkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak lagi menerima sebarang arahan dari MAIS pada masa akan datang.

"Institusi yang rapat dengan Sultan tidak boleh dilihat mempunyai kuasa eksekutif. Ia akan mencemarkan institusi itu sendiri," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Cadangan Khalid itu kemudiannya disokong oleh tiga lagi Ahli Parlimen PAS Selangor, Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Hanipa Maidin (Sepang) dan Che Rosli Che Mat (Hulu Langat).

Kesemua mereka mengeluarkan kenyataan tersebut bagi menyokong tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang mendesak MAIS memulangkan Bible berbahasa Melayu dan Iban dipulangkan kepada Persatuan Bible Malaysia (BSM) dengan segera.

Sementara itu Khalid Ibrahim ketika ditemui di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menegaskan akan bertemu dengan Sultan Selangor bagi mendapat perkenan mengarahkan MAIS memulangkan Bible yang dirampas Januari lalu.

Salah satu laporan dari laman AsiaOne Singapura bertarikh 27 Jun 2012 mendedahkan beberapa transaksi kewangan yang meragukan yang melibatkan gereja di Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Kebajikan negara tersebut:

1. ‘Derma’ berjumlah S$2.1 juta bagi “Projek Menyeberang” (Crossover) atau lebih tepat memurtadkan – dipindahkan dari Amerika Syarikat ke Gereja City Harvest di Subang Jaya, dalam jangka masa Diseember 2007 – May 2010.

2. ‘Derma’ ini kemudiannya dipindahkan ke ‘akaun pelbagai’ juga untuk ‘Projek Menyeberang’ ini. Dalam bulan April 2007 – Mac 2010 sejumlah lebih kurang S$600,00 dan USD3 juta masing-masing digunakan untuk perbelanjaan En. Kong Hee dan isterinya Ho Yeow Sun yang mana kebanyakan ahli gereja tidak tahu menahu mengenainya.

3. ‘Derma’ untuk dana pembinaan gereja berjumlah S$600,000 dipindahkan ke akaun pelbagai untuk projek yang sama.

                                                      

DAP telah terbukti merupakan antara anggota penting yang memberikan naungan kepada puak evangelists ini yang berpusat di Subang Jaya.

Pemimpin DAP, antaranya, Hannah Yeoh didedahkan telah menyumbang dana dari DUNnya kepada beberapa pertubuhan Kristian antaranya RM3,000 – Kingdom Christian Fellowship Bhd pada 13 Oct 2011, RM2,500 – Subang Jaya Assembly of God pada 12 May 2011, RM5,000 – Evangelical Free Church Gospel Centre pada 17 Jan 2012 dan RM5,000 – Pusat Subang Jaya Pastors Fellowship pada 2010.

Apabila kes murtad pertama kali menjadi heboh, Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa antara yang paling lantang menyuarakan kebimbangan dengan kegiatan gereja di Subang Jaya. Pemimpin-pemimpin DAP termasuk di peringkat atasan pantas turun membela dan memberi sokongan kepada gereja hampir dalam kadar segera.

Tidak lama kemudian, kita menyaksikan bagaimana Hasan Ali dipecat dari PAS dan ‘bintang’ Nasharuddin juga merudum.

Pendedahan lanjut dibuat oleh beberapa blog mengenai ikrar yang dibuat oleh DAP di dalam sebuah majlis yang menampilkan tokoh-tokoh Kristian di rantau ini, untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian. Ikrar tersebut dilihat konsisten dengan desakan Lim Guan Eng dalam perutusan Krismasnya untuk meneruskan perjuangan menggunakan kalimah Allah dalam kitab Kristian.

                                         
Jelas, bahawa agenda Kristianisasi dengan isu Injil berbahasa Malaysia serta penggunaan kalimah Allah di dalam risalah dan kitab agama Kristian, kes murtad, hubungan pemimpin DAP dengan gereja serta perutusan Krismas Guan Eng adalah isu yang berkait dan berangkai.

Ini bermakna, ia bukan satu paranoia umat Islam UMNO yang tidak berasas tetapi sahih sehinggakan para blogger bukan Islam dan bukan Kristian juga turut menghidunya. Yang tidak berasas dalam isu ini hanyalah tindakan umat Islam di dalam PAS menyokong, membela dan berdegil untuk terus bekerjasama dengan puak evangelists, bergandingan tangan menuju ke Putrajaya dan duduk bersebelahan di singgahsana.

Atas bantuan PAS inilah maka agenda Kristianisasi DAP nampaknya hampir berjaya.

DEMOKRASI TIDAK MENJAMIN ISLAMELAYU TERUS BERKUASA Di MALAYSIA



Sejak merdeka, islam sudah menjadi agama persekutuan. Lima puluh (50) tahun, Malaysia jadi tuan rumah musabaqah Al-Quran peringkat antarabangsa. Malaysia anggota negara-negara islam (OIC). Sekian lama tiada yang protes. Namun selepas sahaja PRU-12, di mana BN kehilangan 2/3 kerusi dewan rakyat, muncullah kaum lain mempersoal agama negara.
MENGAPA CINA DAN NDIA NAIK TOCANG? - Sebabnya orang islam sendiri. Parti PAS melutut mahu sokongan cina dan india; PKR melutut hendak sokongan cina dan india. Demikian juga UMNO melutut hendak sokongan cina dan india.

Selepas PRU-12, penduduk majoriti terpaksa melutut dan seperti peminta sedekah; sebabnya, kerana perpecahan.
Orang melayu/islam sungguh baik hati. Semasa kemerdekaan tidakpun mempersoalkan, orang lain menjadi rakyat. Orang melayu/islam akur dengan keputusan Tunku Abdul Rahman Al-Haj semasa negara mahu merdeka; orang lain yang didatangkan oleh British, diberikan kerakyatan; sama taraf dengan peribumi. Namun, kebaikan dan keikhlasan melayu/islam dan bumiputera itu kini dipersoalkan oleh mereka, yang lahir selepas kemerdekaan. Mereka ini, tidak mahu lagi melihat asal usul dan sejarah negara. Punca, keberanian mereka ini, atas sebab oleh kaum melayu/islam sendiri.
Lihat bagaimana berani dan lantang mereka, Menteri yang bertanggungjawab berkaitan agama islam dan orang melayu/islam sendiri; diperlekeh, malah mahu dihadapkan Majlis Salah laku dewan rakyat; nasib baik; ada Speaker yang mahir dalam undang-undang; selepas meneliti jawapan bertulis menteri itu- Dato Jamil Khir johari; speaker- Tan Sri Pandikar mendapati tiada prima facie terhadap menteri itu; malah Speaker memperkuat, bahawa negara ini adalah islamic state, bukannya secular state; kerana hanya undang-undang yang diamalkan berasaskan secular.
Persoalannya disini, bukan kerana negara ini islamic state atau secular state, akan tetapi, berlakunya perpecahan penduduk asal; sehingga memberi ruang kepada pendatang mempertikai kewibawaan dan status penduduk asal.
Penduduk asal bakal kehilangan kuasa, cepat atau lambat; kalau keadaan mementingkan diri tidak dikikis. orang asal bukan sahaja mabuk kuasa, akan tetapi sudah melupakan hukuwah ummah, sudah melupakan persahabatan, sudah melupakan sifat gotong royong; sudah melupakan apa itu aur dan tebing; sebaliknya penyakit seperti enau dalam belukar menjadi anutan dan pegangan.

Tahap Literasi Politik ORANG MELAYU Sangat Rendah



BANGI 9 April 2013- Semasa bahang Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hangat terasa di seluruh pelosok negara, berlaku kekeliruan dalam kalangan rakyat tentang nilai-nilai demokrasi dan makna pilihan raya itu sendiri. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Abdul Ghapa Harun berkata keadaan ini berlaku disebabkan kefahaman terhadap demokrasi dan tahap literasi politik rakyat yang masih rendah.

Selain itu, masih wujud pihak yang cuba membangkitkan suasana panas dengan mengundang provokasi yang boleh mencetuskan insiden pergaduhan dan kekecohan. Semuanya kerana keghairahan parti-parti politik memancing undi bagi merebut kuasa sehingga sanggup melupakan nilai-nilai murni dalam sistem demokrasi itu sendiri.


Tingkat leterasi politik Orang Melayu
   

Abdul Ghapa menjelaskan bahawa penubuhan kerajaan sendiri yang absah dan diyakini rakyat melalui proses pilihan raya yang bebas, bersih dan adil berkait rapat dengan sistem demokrasi. Justeru, adalah penting perjalanan pilihan raya berlangsung secara teratur dan telus. Setiap rakyat yang layak mengundi pula mestilah melaksanakan hak-hak mereka secara bijaksana. Tegas beliau, untuk Malaysia muncul sebagai sebuah negara demokrasi matang, tahap literasi politik rakyat harus ditingkatkan selain memastikan pilihan raya yang bersih daripada pergeseran.

Tambah beliau, kegagalan kebanyakan negara mempertahankan sistem demokrasi lazimnya berpunca daripada kurang pemahaman rakyat tentang demokrasi, tiadanya budaya politik yang sihat, perjalanan proses pemilihan yang diragui, dan sikap toleransi rakyat yang rendah. Kelemahan itu menyebabkan masih wujudnya unsur-unsur sentimen dan emosi yang tebal dalam mencorakkan sikap politik rakyat yang tidak serasi dengan nilai-nilai demokrasi.

"Unsur-unsur inilah yang menyebabkan banyak negara yang baharu merdeka masih belum mencapai tahap demokrasi matang berbanding negara-negara maju antaranya Amerika Syarikat dan Jepun.
"Perjalanan sistem demokrasi di negara kita pun masih belum mencapai tahap kematangan seperti itu. Proses politik kita sebenarnya masih lagi kuat dipengaruhi emosi dan sentimen. Jadi dalam usaha meningkatkan tahap literasi politik rakyat, penerapan nilai murni demokrasi mestilah dipertingkatkan," jelas beliau.


  Orang Melayu mudah dimanipulasi
 

Antara Orang Melayu yang tahap kesedaran politiknya amat rendah, dulu Ke Hulu Ke Hilir Bawa Bendera DAP...Nak Tunjuk Bahawa DAP ini Di terima Orang Melayu...di Sanjungnya Perjuangan DAP dan membawa Panki-panji  DAP seperti DAP akan memberi dan membuat yang terbaik untuknya, Ugamanya dan Tanah Airnya...sekarang rumah nya akan diroboh di sebabkan POLISI DAP it sendiri dan ia terpaksa berjuangan sekali lagi dengan Parti yang di perjuangkanya, disokong dan mejadi pilihannya.pilihannya dan dengan jelas pemimpinnya adalah dari KAIRUN.



Manapulasi keadaan tahap kesedaran politik yang rendah yang ada pada orang Melayu adalah Langkah yang tidak baik dan ini namanya menipu, ini perlu diberi perhatian kerana apabila pemahaman terhadap demokrasi dan pilihan raya rendah, sikap politik rakyat dengan mudah ditipu dan di bohongi oleh pelbagai pihak menerusi retorik dan provokasi yang tidak bertanggungjawab. Ini juga akan menyebabkan rakyat mudah bertindak balas terhadap sesuatu pihak atau isu berdasarkan emosi dan sentimen yang melulu.

"Bagi negara kita yang pelbagai kaum, adalah penting pelbagai pihak memiliki nilai, sikap dan kesedaran berpolitik yang terdidik dan bertanggungjawab.

"Rakyat yang masih mempunyai literasi politik rendah, sukar membuat penilaian dan melihat sesuatu isu yang dilontarkan, khususnya isu kaum dan agama, secara berhati-hati dan mereka lebih cenderung bertindak balas secara emosional dan mereka tidak lagi menilai sesuatu isu itu daripada sudut pertimbangan yang lebih rasional,"

Dalam sebuah demokrasi matang, asas pertimbangan utama dalam membuat keputusan untuk memilih sesebuah parti adalah berdasarkan kepada fakta-fakta melalui rekod dan prestasi perkhidmatan sesebuah parti dan calon bukannya kepada emosi politik yang dibangkitkan.

"Inilah yang dimaksudkan dengan literasi politik. Yang paling penting, memeriksa rekod prestasi parti dan calon yang dipertaruhkan kerana merekalah yang akan menjadi wakil suara dan kehendak rakyat," katanya.
   
Bersama Tingkatkan Kematangan Demokrasi
 

Literasi politik dalam kalangan masyarakat sentiasa berlingkung dalam kehidupan seharian yang diperoleh melalui sistem pendidikan yang diterima ketika di alam persekolahan, pendidikan lanjutan dan juga menerusi saluran media dan pergaulan seseorang. Abdul Ghapa menjelaskan, literasi politik dan nilai-nilai murni demokrasi tidak tumbuh secara sendiri. Ia berlaku menerusi sosialisasi dan pendidikan berterusan. Tangungjawab untuk meningkatkan tahap literasi politik dan nilai-nilai berkenaan perlu dipikul oleh semua pihak, katanya.

"Paling penting, pemimpin dan parti politik hendaklah memainkan peranan mendidik rakyat dan para penyokong mereka dengan menerapkan nilai-nilai politik yang serasi dengan demokrasi. Tanpa adanya kesedaran tentang hal ini proses untuk menuju sebuah demokrasi matang tidak akan berjalan lancar," kata beliau.

Setelah melalui 12 pilihan raya, semua parti politik seharusnya sudah mempunyai kesedaran tentang tugas dan peranan masing-masing dalam sistem demokrasi, proses pilihan raya dan nilai-nilai yang harus ada.
Tetapi selama ini parti politik di negara ini lebih menumpu kepada mendoktrinasi ideologi masing-masing dalam kalangan rakyat berbanding menerapkan nilai-nilai demokrasi, tambah beliau. Gandingan peranan pelbagai pihak, khususnya media serta kerajaan adalah penting ke arah meningkatkan literasi politik dan menyuburkan nilai-nilai murni semua pihak.

Tambah beliau, sekiranya ini berlaku pada tahap pemimpin dan parti politik, rakyat pasti akan mengikutnya. Ini adalah prasyarat utama bagi membentuk sistem demokrasi yang matang.

"Sudah tiba masanya dalam pilihan raya kali ini, setiap parti politik yang bertanding menawarkan agenda dan program-program yang realistik dan boleh membangkit kepercayaan rakyat serta tidak lagi menggunakan pendekatan memanipulasi sentimen dan emosi mereka hanya semata-mata untuk meraih sokongan," kata Abdul Ghapa mengakhiri perbualan.