,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 16 February 2015

ANWAR BEBAS MAHKAMAH ADIL.....................



Tuesday, October 28, 2014

Kronologi Kes Tuduhan Liwat II

Kronologi kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula pada 28 Jun, 2008 apabila bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, membuat laporan polis yang mendakwa Anwar telah meliwatnya di sebuah kondominium di Damansara.

Laporan itu dibuat dua hari selepas dakwaan insiden liwat itu. Dari situ bermulalah kes liwat kedua yang mendapat perhatian media seluruh dunia.

Perjalanan politik Anwar Ibrahim tidak pernah lekang dengan cabaran dan dugaan. Nasibnya akan sekali lagi ditentukan oleh mahkamah yang akan bersidang pada 28 dan 29 Oktober ini.

28 Jun, 2008 : Bekas pembantu Anwar, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, membuat laporan polis mendakwa Anwar telah meliwatnya di sebuah kondominium di Damansara. Laporan itu dibuat dua hari selepas dakwaan insiden liwat itu.

30 Jun, 2008 : Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Mohd Saiful, yang membuat laporan polis ke atasnya bagi tuduhan liwat, dengan mendakwa laporan itu palsu dan berniat jahat.

7 Ogos, 2008 : Anwar, 60, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Hakim S.M. Komathy Suppiah membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi RM20,000 tanpa penjamin.

Nov 7, 2008 : Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah memutuskan supaya kes liwat Anwar dibicarakan di Mahkamah Sesyen selepas mendapati sijil untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi, yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, tidak sah.

Dalam menolak permohonan pendakwaan (supaya kes itu dipindahkan ke mahkamah Tinggi), Komathy berkata sijil itu bercanggah dengan jangkaan perundangan Anwar bahawa Abdul Gani tidak akan terlibat dalam kes itu.

5 Mac, 2009 : Mahkamah Tinggi memutuskan kes liwat itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan bukannya di Mahkamah Sesyen.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu ekoran permohonan pihak pendakwaan supaya dikaji semula keputusan Mahkamah Sesyen mengekalkan perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen.

Beliau berkata Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah telah terkhilaf dalam memutuskan bahawa sijil pemindahan kes itu, yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, tidak sah.

6 Mac, 2009 : Anwar memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi supaya kes liwatnya didengar di Mahkamah Tinggi.

10 Mac, 2009 : Mahkamah Tinggi menetapkan 1-24 Julai sebagai tarikh perbicaraan kes liwat itu.

17 Jun, 2009 : Anwar telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan pertuduhan liwat beliau di Mahkamah Tinggi.

6 Nov, 2009 : Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen penting dan sampel DNA yang didakwanya amat penting untuk pembelaannya dalam perbicaraan bagi pertuduhan liwat yang dihadapinya.

Antara dokumen penting itu ialah kenyataan yang direkodkan daripada saksi iaitu Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid, kenyataan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur, nota ahli kimia dan laporan perubatan.

1 Dis, 2009 : Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa ia tidak boleh membatalkan pertuduhan meliwat terhadap Anwar hanya berdasarkan laporan perubatan yang menyatakan ketiadaan penetrasi.

Semasa menolak permohonan Anwar untuk mengetepikan pertuduhan liwatnya, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata laporan perubatan tidak boleh dijadikan asas untuk mahkamah menggunakan kuasa untuk membatalkan pertuduhan itu.

3 Feb, 2010 : Perbicaraan kes liwat Anwar dimulakan dengan Mohd Saiful memberi keterangan sebagai saksi pertama. Perbicaraan itu, di hadapan Hakim Mohamad Zabidin, bermula selepas 18 bulan Anwar dituduh pada Ogos 2008.

Dalam keterangannya, Mohd Saiful memberitahu bahawa Anwar, yang didakwa meliwatnya, telah mengajaknya untuk melakukan hubungan seks di luar tabii.

Mohd Saiful berkata insident itu berlaku pada 26 Jun, 2008 selepas beliau dan Anwar selesai berbincang mengenai jadual kerja di sebuah unit kondominium Desa Damansara di sini.

5 Feb, 2010 : Mohd Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak membuang air besar selama dua hari selepas diliwat oleh Anwar. Beliau juga memberi keterangan bahawa seluar yang dipakainya pada hari insiden itu berlaku adalah hadiah daripada Anwar.

9 Feb, 2010 : Perbicaraan kes liwat itu ditangguhkan sekali lagi bagi membolehkan pihak pembelaan memfailkan maklum balas kepada afidavit jawapan terhadap permohonan Anwar supaya hakim menarik diri.

Ia ditangguhkan selepas pembelaan memohon supaya Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes itu dengan alasan beliau bertindak bereat sebelah.

18 Feb, 2010 : Anwar gagal dalam cubaannya untuk meminta Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwatnya.

Hakim Mohamad Zabidin, semasa menolak permohonan itu, memutuskan bahawa tidak ada sebab beliau perlu menarik diri daripada menghakimi kes itu, dan jika beliau berbuat demikian, ia seperti melarikan diri daripada tanggungjawabnya.

25 Feb, 2010 : Anwar gagal dalam cubaannya untuk mendapatkan dokumen-dokumen penting termasuk contoh spesimen DNA Mohd Saiful sebelum bermulanya perbicaraan kes liwatnya, selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya.

3 Mac, 2010 : Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Anwar, Karpal Singh, Mohd Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak membasuh duburnya selepas insiden liwat yang didakwa berlaku pada 26 Jun, 2008 kerana beliau mahu "simpan bukti".

Mohd Saiful, saksi utama terhadap kes liwat ketua pembangkang itu, juga memberitahu bahawa beliau tidak mandi selepas insiden itu sebaliknya hanya menyiram tubuhnya.

Beliau mandi pada pagi sebelum insiden itu berlaku, katanya.

16 Ogos, 2010 : Anwar gagal dalam cubaan keduanya untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadap dirinya selepas permohonannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

Dalam usahanya menggugurkan pertuduhan itu, Anwar mendakwa integriti dan kesaksamaan keseluruhan pasukan pendakwaan adalah dicurigai berikutan dakwaan wujudnya hubungan antara Mohd Saiful dengan seorang daripada anggota pendakwaan.

20 Sept, 2010 : Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar untuk membatalkan pertuduhan liwatnya kerana ia tidak ada bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan perkara berkenaan.

6 Dis, 2010 : Anwar sekali lagi gagal dalam cubaan keduanya meminta Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada menghakimi perbicaraan kes liwatnya selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya.

Anwar memohon penarikan diri hakim itu berikutan keenganannya mengenakan tindakan terhadap Utusan Malaysia kerana menghina mahkamah kerana mengeluarkan laporan yang didakwa pihak pembelaan sebagai prejudis kepada kes itu.

14 Dis, 2010 : Bapa Mohd Saiful, Azlan Mohd Lazim, merayu kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya membantu mempercepatkan kes membabitkan anak lelakinya itu.

14 Jan, 2011 : Mahkamah Rayuan menolak rayuan Ketua Pembangkang itu untuk mengetepikan keengganan Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar perbicaraan itu.

16 Mei, 2011 : Mahkamah Tinggi memerintahkan Anwar membela diri atas tuduhan meliwat Mohd Saiful tiga tahun lepas, setelah pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadap Anwar.

Dalam penghakimannya, Hakim Mohamad Zabidin berkata saksi utama, Mohd Saiful, adalah seorang saksi yang benar, boleh dipercayai dan diyakini.

6 Jun, 2011 : Anwar gagal dalam percubaan ketiganya supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwatnya. Beliau mengemukakan permohonan itu atas alasan terdapat prapenghakiman dan sikap berat sebelah oleh hakim itu apabila memutuskan bahawa Mohd Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai pada penggulungan kes pendakwa.

22 Ogos, 2011 : Anwar, yang memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh apabila membacakan kenyataannya yang setebal 32 muka surat, menafikan beliau telah mengadakan hubungan seks dengan Mohd Saiful.

Anwar mempunyai tiga pilihan - memberi keterangan dari kandang saksi yang yang bermakna beliau boleh disoal balas oleh pihak pendakwaan; memberi keterangan dari kandang tertuduh yang bermakna beliau tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan tetapi dalam membuat keputusan, mahkamah mengambil kira fakta bahawa pihak pendakwaan belum menyoal balas tertuduh; atau memilih untuk berdiam diri.

Pada perbicaraan kes liwatnya yang pertama pada 1998, Anwar memberi keterangan dari kandang saksi.

6 Okt, 2011: Mahkamah Tinggi memutuskan tidak perlu bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memberi keterangan sebagai saksi pembela dalam perbicaraan kes liwat Anwar.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Najib dan Rosmah untuk mengetepikan sapina yang mengarahkan mereka menjadi saksi untuk pihak pembela pada perbicaraan kes liwat itu.

Hakim Mohamad Zabidin berkata selepas meneliti afidavit, hujah daripada pihak-pihak berkaitan, mahkamah bersetuju dengan peguam yang mewakili Najib dan Rosmah bahawa Anwar gagal menunjukkan kerelevanan dan kepentingan apabila mengemukakan sapina kepada perdana menteri dan isteri.

9 Jan, 2012: Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful. Penghakiman 80 muka surat oleh Hakim Mohamad Zabidin menunjukkan adanya kemasukan zakar tetapi ia tidak disokong oleh bukti-bukti lain.

Beliau berkata mahkamah tidak boleh 100 peratus yakin mengenai integriti sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd Saiful kerana sampel itu mungkin telah dikompromi sebelum tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis.

9 Julai 2012: Pihak pendakwaan mengemukakan petisyen rayuan mengandungi sembilan alasan, yang antara lain, supaya Anwar disabitkan atas tuduhan liwat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

12 Sept, 2012 : Anwar menarik balik samannya terhadap Mohd Saiful kerana membuat laporan polis terhadapnya kerana meliwat, dan mendakwa laporan itu bersifat palsu dan berniat jahat.

22 Feb, 2013 : Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari dari 22 Julai, 2013 untuk mendengar rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Anwar.

18 Sept, 2013 : Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk melucutkan kelayakan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwa raya bagi mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuannya terhadap keputusan membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat.

2 Okt 2013 : Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 11 Dis untuk mendengar rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Anwar.

21 Nov, 2013 : Anwar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee Abdullah daripada bertindak sebagai pendakwa raya untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes rayuannya.

Anwar mengemukakan permohonan dengan alasan bahawa Muhammad Shafee tidak boleh bertindak sebagai pendakwa raya dalam kes rayuan itu kerana beliau (Muhammad Shafee) adalah saksi penting pada perbicaraan kes liwat.

11 Dis, 2013 : Anwar gagal dalam permohonannya bagi kali kedua untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee.

20 Dis, 2013 : Anwar gagal dalam permohonannya bagi kali kedua untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee mengetuai pihak pendakwa raya. Ketika menolak permohonan Anwar, Mahkamah Rayuan memutuskan permohonan itu tidak mempunyai merit.

Kali ini, Anwar menggunakan maklumat daripada akuan berkanun bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim sebagai alasan untuk mengemukakan permohonan.

6 dan 7 Mac, 2014 : Mahkamah Rayuan mendengar hujah daripada Muhammad Shafee dan peguam Karpal Singh.

7 Mac, 2014 : Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas mahkamah mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful, enam tahun lepas.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, yang mengetuai panel tiga hakim mendengar rayuan pendakwa dalam kes itu, bagaimanapun membenarkan permohonan Anwar bagi penangguhan pelaksanaan hukuman, sementara menunggu keputusan rayuan dengan mengenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Ketika mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskan Anwar, Hakim Balia berkata mahkamah dengan sebulat suara memutuskan bahawa hakim perbicaraan telah tersilap dalam penghakimannya bahawa integriti sampel DNA yang digunakan dalam kes itu telah dikompromi.

Karpal Singh, ketika ditemui pemberita kemudian, berkata berikutan keputusan itu, Anwar tidak dapat mengemukakan borang penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Kajang pada 10 Mac.

24 April, 2014 : Ketua Pembangkang mengemukakan petisyen rayuan terhadap hukuman penjara lima tahun atas kesalahan liwat di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan dengan mengemukakan 35 alasan mengapa sabit kesalahan dan hukuman ke atasnya harus diketepikan.

14 Ogos, 2014 : Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 dan 29 Okt untuk mendengar rayuan akhir Anwar. Datuk Sulaiman Abdullah, seorang peguam kanan, akan mengetuai pasukan pembela berikutan kematian peguam Karpal Singh yang terkorban dalam nahas jalan raya pada 17 April.

14 Okt, 2014 : Mahkamah Persekutuan memutuskan Muhammad Shafee ialah seorang yang sesuai dan layak untuk mengetuai pasukan pendakwa dalam kes rayuan Anwar pada 28 Okt.

Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mencapai keputusan itu dengan sebulat suara, berkata saluran yang sesuai untuk Anwar mencabar pelantikan Muhammad Shafee ialah melalui semakan kehakiman dan bukan melalui notis usul.

28 dan 29 Okt 2014 : Mahkamah Persekutan dijadual mendengar hujah daripada pihak pembela dan pendakwa. Sama ada mahkamah akan membuat keputusan atau menangguhkan keputusan ke tarikh lain, ia hanya akan diketahui pada tarikh berkenaan

~ AstroAwani

Masih lagi menjadi tanda tanya dan teka-teki dikalangan permerhati politik & orang ramai, apakah pengakhiran disebalikkeputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim yang akan dibacakan oleh hakim Mahkamah Tinggi pada hari ini. Bersalah atau tidak bersalah? 

Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim (9 Januari 2012) : Info Ringkas

  • Datuk Seri Anwar Ibrahim (defenden)
  • Mohd Saiful Bukhari (plaintif)
  • Tuduhan : Anwar Ibrahim, 64, mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos, 2008, meliwat Mohd Saiful, 26, di unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
  • Hakim Mahkamah Tinggi : Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah(akan membacakan keputusan kes liwat Anwar Ibrahim pada pagi ini selepas meneliti dan mempertimbangkan hujah kedua-dua belah pihak di akhir pembelaan sama ada akan membebaskan Anwar atau mensabitkan Ketua Pembangkang itu bersalah
  • Jika Sabit Kesalahan : Hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan
  • Rayuan boleh dilakukan : Membuat rayuan di Mahkamah Rayuan
  • Nota : Ini pertuduhan liwat kedua yang dihadapi Anwar. Pada tahun 2000, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa meliwat pemandu Azizan Abu Bakar
  • Barisan Pembelaan : Diketuai Karpal Singh
  • Barisan Pendakwaan : Diketuai Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden
Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan kes liwat Anwar Ibrahim memutuskan Anwar Ibrahim tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan.
Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim : Reaksi Anwar & Saiful

P/S : Apakah pendapat & reaksi anda dengan keputusan kes liwat Anwar Ibrahim sebentar tadi? Yang mana didapati Anwar Ibrahim tidak bersalah & dibebaskan.

UPDATE (Rayuan Keputusan Kes Anwar Ibrahim) : 

Akhirnya jam 4.15 petang (20 Januari 2012), Peguam Negara telah memfailkan rayuan Saiful Bukhari Azlan ke atas keputusan kes Anwar Ibrahim yang diumumkan baru-baru ini (kes liwat 2). 
Peguam Negara menfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat pada jam 4.15 petang.
P/S : Nampaknya kes Anwar Ibrahim (Kes liwat 2) tidak terhenti setakat ini sahaja kerana sekarang Saiful Bukhari sedang berjuang habis-habisan memperjuangkan “haknya”


SYUKUR... Anwar Ibrahim Dapat Kafarah Memperlekehkan TG Hadi Awang dan Jemaah Islam PAS

Saturday, 8 March 2014


Walaupun secara rasmi PAS menyatakan kesedihan dan simpati kepada Anwar Ibrahim dan ahli keluarganya berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang telah menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun setelah keputusan Mahkamah Tinggi pada Disember 2012 diterbalikkan bersabit kes liwat, namun ramai orang PAS yang mengucap syukur, bertakbir dan bersujud syukur kepada Allah Taala kerana telah menunjukkan kebenaran yang selama ini terselindung di sebalik cakap pandai Anwar Ibrahim.

Tahaluf Siyasi dengan Anwar Ibrahim merupakan satu kesilapan besar bagi PAS. Walaupun PAS pada dasarnya hanya bersimpati dengan Anwar Ibrahim yang kehilangan segala jawatan dan kedudukan, namun keterujaan kerana sokongan yang diperolehi, menyebabkan PAS melangkah jauh dan akhirnya menjerat diri sendiri.

Tidak perlulah disenaraikan apa yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan PKR terhadap PAS dari tahun 2008 sehingga kini tetapi cukuplah kalau kita katakan, inilah padahnya kalau jemaah Islam dan perjuangan Islam diperkotak-katikkan demi kepentingan individu.

Masih ramai yang cuba menafikan, Anwar Ibrahim telah mempergunakan PAS untuk kepentingan dirinya. PAS sekiranya berstatus seperti ISMA, JATI atau HAMIM, tidak mungkin akan dipandang oleh Anwar Ibrahim. Anwar dan PKR rapat dan berbaik-baik dengan PAS sebab PAS besar, teguh dan ahli-ahlinya komited dengan perjuangan Islam.

Disebabkan itulah, Anwar apabila berada di kalangan PAS, akan lebih Islam berbanding orang Islam tetapi apabila berada di kalangan bukan Islam, dia menjadikan PAS sebagai bahan sesahannya.

Ramai penyokong Anwar yang sekarang ini sedang mengecam dan mencerca hakim-hakim Mahkamah Rayuan yang telah mensabitkan kesalahan liwat kepada Anwar Ibrahim. Kata mereka, hakim-hakim tersebut bodoh.

Yang tidak mereka katakan ialah, mengapa para peguam Anwar Ibrahim langsung tidak dapat menerangkan bagaimana air mani Anwar Ibrahim boleh berada dalam jubur budak Saiful itu. Yang mereka langsung tidak mahu terangkan ialah mengapa Karpal Singh dan barisan peguambela yang diupah oleh Anwar Ibrahim lebih sibuk bermain-main dengan teknikal berbanding fakta sebenar kes.

Lebih malang lagi, ada pula yang cuba mengaitkan keputusan Mahkamah Rayuan dengan UMNO dan Najib Abdul Razak.

Sebenci mana pun kita kepada UMNO, seharusnya kita berfikir secara rasional. Itulah sebabnya, PAS dari awal lagi tidak banyak membuat pertikaian. PAS mengikuti perkembangan ini secara dekat dan dari awal 1999 lagi. Kita memang bersimpati dengan Anwar Ibrahim dan keluarganya, tetapi fakta kes selain bukti, pengakuan, maklumat hakim dan qarinah mahupun qosamah, kita kena akui dan terima.

Jangan kerana keputusan tidak berpihak kepada kita, maka kita kata mahkamah tidak adil. Apabila keputusan mahkamah berpihak kepada kita, maka kita baru nak kata itu keputusan adil. Itu namanya tak adil kepada diri tu.

Dari tahun 1999 sehingga 2014, sudah beratus-ratus kali solat hajat dan munajat kita pohonkan kepada Allah Taala agar ditunjukkan kebenaran. Sudah berkali-kali juga Allah Taala menunjukkan kebenaran, dan setiap kali itulah, apabila tidak kena dengan hati kita, kita menolak Allah Taala dan bergantung kepada manusia.

Kita tak betul dalam hal ini.

Sebagai umat Islam, kita kena percaya bahawa setiap kejadian itu Allah Taala yang gerakkan. Hukuman yang dijatuhkan kepada Anwar Ibrahim adalah hukuman Allah Taala berasbabkan manusia.

Jangan pula ada yang nak merusuh dan mengheret orang PAS sekali memberi alasan, rusuhan yang mereka bakal lakukan nanti adalah RUSUHAN ALLAH TAALA. Jangan pula ada yang cuma menyamakan diri sendiri dengan Allah Taala.

Besar dosanya dan besar syiriknya tuh!

Jangan kerana seorang Anwar Ibrahim yang gagal menahan nafsunya, maka kita jatuh syirik dan mempermain-mainkan qada Allah Taala. Dan jangan pula kita jadi manusia Jabariyah atau Qadariyah yang telah sesat akhlak dan akidah mereka hanya kerana Anwar Ibrahim.

Adakah Anwar akan bebas atau dipenjara 5 tahun?October 27, 2014

KUALA LUMPUR, – Adakah mahkamah tertinggi di negara ini akan mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, menambah atau mengurangkan hukuman penjara, atau meminda sabitan kesalahannya?
Persoalan ini sentiasa berlegar dalam pemikiran masyarakat umum sambil mereka menunggu pendengaran rayuan terakhir Anwar di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Okt ini terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun ini selepas mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27.
Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Sekiranya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu gagal dalam rayuan ini, kelayakannya sebagai anggota parlimen boleh dilucutkan berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa kelayakan seseorang anggota parlimen boleh dibatalkan sekiranya beliau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau denda lebih daripada RM2,000.
Ini kes liwat kedua terhadap Anwar. Dalam kes pertama, beliau didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa di sini pada 1994 dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos, 2000.
Mahkamah Tinggi memerintahkan Anwar menjalani hukuman itu selepas beliau selesai menjalani hukuman penjara enam tahun atas kesalahan rasuah. Mahkamah Tinggi mensabitkan Anwar terhadap empat pertuduhan rasuah pada 4 April, 1999.
Bagaimanapun, selepas berada di penjara hampir enam tahun kerana kesalahan rasuah, Anwar dibebaskan pada 2 Sept, 2004, apabila Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudiannya menjadi ketua hakim negara, meminda sabitan kesalahan itu dan mengetepikan hukuman penjara terhadap dakwaan meliwat Azizan, dalam keputusan majoriti 2-1.
Perbicaraan liwat kedua Anwar di Mahkamah Tinggi menarik perhatian di seluruh negara memandangkan kes itu ditangguhkan hampir 70 kali.
Sebahagian besar daripada penangguhan itu dibenarkan atas permohonan pasukan pembelaan Anwar atas pelbagai sebab, antaranya, supaya hakim perbicaraan menarik diri daripada mendengar kes itu.
Begitu juga apabila rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan beliau dibawa ke Mahkamah Rayuan. Rayuan itu ditangguhkan lebih daripada lima kali disebabkan beberapa permohonan yang difailkan Anwar.
Mahkamah Rayuan, dalam penghakiman bertulis bertarikh 11 April, menyatakan”perlu diambil maklum bahawa sebahagian besar daripada permohonan penangguhan dibuat berikutan responden (Anwar) memfailkan satu demi satu permohonan”.
Anwar mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah satu konspirasi politik. Bagaimanapun, peguam kanan Datuk N. Sivananthan memberitahu Bernama apabila seseorang itu didakwa, ini berdasarkan hakikat bahawa pendakwaan berpendapat ada bukti yang cukup untuk mendakwanya.
“Jadi, saya percaya pihak pendakwaan bertindak tanpa dipengaruhi tekanan politik. Jika perkara sebaliknya yang berlaku, ia sesuatu yang mendukacitakan bagi sistem kehakiman jenayah kita,” kata Sivananthan, yang juga peguam Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Beliau berpendapat apabila pihak pendakwaan mendakwa seseorang, ia dibuat berdasarkan keyakinan bahawa dakwaan itu boleh membawa kepada sabitan. Beliau sesungguhnya berharap rayuan itu diputuskan semata-mata berdasarkan undang-undang dan bukannya atas sebab lain.
Ramkarpal Singh, seorang daripada peguam Anwar, mengesahkan pendengaran kes itu akan diteruskan pada 28 dan 29 Okt.
Ditanya sama ada Mahkamah Persekutuan akan terus membuat keputusan selepas mendengar rayuan itu seperti yang dilakukan Mahkamah Rayuan dalam perkara berkaitan rayuan pendakwaan atau sama ada panel hakim yang bersidang akan membuat penghakiman pada tarikh lain, Ramkarpal Singh berkata beliau tidak pasti tentang perkara itu.
Mahkamah Rayuan, diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, memberi terus keputusan lisan selepas mendengar rayuan itu selama dua hari.
Ditanya sama ada pasukan pembelaan akan memfailkan semakan keputusan Mahkamah Persekutuan sekiranya Anwar gagal dalam rayuan itu, Ramkarpal Singh menjawab “semakan bergantung kepada keputusan mahkamah”.
Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 membenarkan pihak yang kalah untuk memohon semakan keputusan Mahkamah Persekutuan.
Sungguhpun Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa untuk menyemak keputusannya sendiri bagi mencegah ketidakadilan dan penyalahgunaan proses mahkamah, umumnya perkara ini hanya akan dilaksanakan dalam keadaan amat luar biasa.
Dalam rayuannya, Anwar akan diwakili sepasukan peguam terkemuka diketuai Datuk Sulaiman Abdullah yang mengambil alih sebagai peguam utama berikutan kematian Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya pada 17 April.
Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu.
Pada 14 Okt, Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menolak permohonan Anwar untuk mencabar pelantikan Muhammad Shafee dan memutuskan bahawa Muhammad Shafee adalah orang yang sesuai dan layak mengetuai pasukan pendakwaan, sekali gus menamatkan usaha ketiga Anwar untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee daripada mengetuai pasukan pendakwaan.
Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail secara ‘fiat’ (kebenaran) mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.
Pada 9 Jan, 2012, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.
Hakim Balia Yusof, dalam keputusan lisannya ketika mensabitkan Anwar atas kesalahan meliwat Mohd Saiful, berkata panel hakim sebulat suara memutuskan hakim perbicaraan terkhilaf dalam penghakimannya bahawa sampel DNA dalam kes itu telah dicemari.
Hakim Balia Yusof dan dua hakim lagi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh, dalam penghakiman bertulis 85 muka surat bertarikh 11 April, memutuskan bahawa keputusan mahkamah mensabitkan Anwar terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful adalah kukuh memandangkan terdapat keterangan mencukupi yang boleh disahkan dan dibuktikan.
Mahkamah berkata malah jika diandaikan tiada fakta untuk menyokong keterangan Mohd Saiful berkaitan penetrasi dubur, namun sabitan terhadap Anwar adalah kukuh.
Panel itu turut memutuskan kenyataan Anwar dari kandang tertuduh ketika membela diri dalam dakwaan liwat merupakan penafian semata-mata yang tidak menimbulkan sebarang keraguan dan untuk Anwar berjaya dalam pembelaan dirinya, menjadi kewajipan padanya untuk mengemukakan keterangan bagi menyangkal dakwaan itu.
Bagaimanapun, Anwar tidak langsung menafikan bahawa beliau berada di tempat kejadian pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam pertuduhan, kata panel itu.
“Beliau tidak pernah mempertikaikan bahawa keretanya dilihat masuk dan keluar dari kondominium pada masa yang dinyatakan. Beliau juga tidak mempertikaikan bahawa beliau dilihat memasuki lif untuk ke tingkat lima kondominium dan kemudiannya beredar dari situ,” kata ketiga-tiga hakim berkenaan.
— BERNAMA

Anwar kekal 
dipenjara 5 tahun

Mahkamah Persekutuan capai keputusan sebulat suara

Anwar Ibrahim (dalam bulatan) dibawa ke Penjara Sungai Buloh selepas keputusan terhadap kes liwatnya

Anwar Ibrahim (dalam bulatan) dibawa ke Penjara Sungai Buloh selepas keputusan terhadap kes liwatnya, semalam. – BERNAMA
PUTRAJAYA 10 Feb. - mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, hampir tujuh tahun lalu.
Keputusan muktamad itu dicapai secara sebulat suara oleh panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.
Dengan keputusan itu, Anwar, 67, yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh hilang kelayakan sebagai wakil rakyat seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
(Wakil rakyat boleh tersingkir daripada kerusinya jika didenda melebihi RM2,000 atau dipenjara untuk tempoh lebih dari setahun).
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu diperintah menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh bermula hari ini.
Yang turut bersidang, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
Hakim Arifin ketika membacakan ringkasan penghakiman setebal 54 muka surat antara lain menyatakan, mahkamah berpuas hati bahawa Mohd. Saiful Bukhari, 30, merupakan saksi yang berkata benar dan boleh dipercayai.
Ujar beliau, Mahkamah Rayuan bersetuju dengan penemuan fakta Mahkamah Tinggi bahawa bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang itu merupakan saksi yang terbuka dan jujur sepenuhnya.
“Mohd. Saiful Bukhari bukan rakan sejenayah ataupun pihak yang merelakan dirinya diliwat, bahkan merupakan mangsa dalam kejadian tersebut,’’ ujar beliau ketika membacakan ringkasan penghakiman selama kira-kira dua jam 15 minit.
Pada 7 Mac tahun lalu, Mah­kamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun setelah mendapati Anwar bersalah meliwat mangsa di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Pemimpin pembangkang itu bagaimanapun tidak dikenakan hukuman sebatan atas faktor usia.
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan tersebut.
Panel bersidang turut bersetuju dengan dapatan dua mahkamah terdahulu bahawa wujud bukti keterangan yang mencukupi bagi menyokong keterangan mangsa selaku saksi pendakwa pertama bahawa Anwar telah meliwatnya.
Hakim Arifin selanjutnya berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui tahap keraguan yang munasabah.
Mahkamah turut menyatakan, Dr. C. Jeyaindran telah memeriksa Anwar tiga minggu selepas kejadian liwat dan ketika itu perayu mengaku mengadakan hubungan seks dengan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail seminggu selepas kejadian.
Doktor berkenaan menyatakan, Anwar tidak mengadu kepadanya bahawa dia mengalami sakit belakang ketika beliau menjalankan pemeriksaan perubatan terhadapnya.
Sehubungan itu, mahkamah berpuas hati bahawa keterangan pembelaan yang menyatakan Anwar tidak mampu melakukan aktiviti liwat, adalah tidak berasas.
Hakim Arifin juga menyentuh mengenai bukti keterangan saintifik yang dikemukakan oleh pendakwaan bahawa air mani Anwar dijumpai pada bahagian bawah dan atas dubur Mohd. Saiful Bukhari.
“Satu-satunya penjelasan logik terhadap penemuan air mani ini adalah Mohd. Saiful Bukhari semestinya telah diliwat oleh Anwar,’’ ujar Ketua Hakim Negara.
Pada akhir ringkasan penghakiman itu, Hakim Arifin menyatakan, keterangan bersumpah Ketua Pembangkang itu kurang memberi kesan kepada pembelaan.

SHAFEE ABDULLAH MAHU AMBIGA SREEVANASAN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH ATAS TUDUHAN MENGHINA BADAN KEHAKIMAN!!!


Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili kerajaan dalam pendakwaan rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mahu bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan didakwa menghina mahkamah kerana mengkritik badan kehakiman.

Bercakap kepada akhbar Mingguan Malaysia, peguam Umno itu berkata, Ambiga salah apabila mengatakan Barisan Nasional (BN) salah langkah dalam memenjarakan Anwar.

Kenyataan itu menghina mahkamah kerana ia seolah-olah menyatakan kehakiman dan mahkamah sebahagian daripada BN, yang merupakan gabungan parti pemerintah kerajaan persekutuan, katanya.

"Sepatutnya Ambiga didakwa menghina mahkamah kerana dia menyabitkan mahkamah seolah-olah sebahagian BN. Saya cadangkan Peguam Negara ambil tindakan.

"Kalau perkara-perkara begini dikeluarkan, takkan kita tidak boleh jawab? Kalau kita tidak jawab, rakyat masih percaya," beliau dipetik berkata oleh akhbar milik Umno itu.

Ambiga pada 13 Februari mengkritik Shafee kerana terus menyerang Anwar walaupun selepas kes itu selesai dengan keputusan dibuat Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari.

Mahkamah tertinggi itu mengekalkan sabitan kesalahan terhadap Anwar dan hukuman 5 tahun penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Ambiga pada Jumaat berkata Shafee melakukan sesuatu yang tidak pernah dibuat apabila beliau menyerang seorang tertuduh selepas mahkamah menyampaikan penghakiman.

Sejak penghakiman dibuat, Shafee dilihat mengeluarkan kenyataan dan mengadakan temu bual dengan media berhubung kes itu.

Dalam satu temu bual dengan New Straits Times pada Jumaat, peguam Umno itu berkata, sekiranya Anwar memberi keterangan dari kandang saksi, beliau akan pengsan apabila dikemukakan soalan yang bertubi-tubi kerana beliau tidak akan mampu menjelaskan banyak persoalan.

Bercakap kepada Berita Harian pula, Shafee berkata sebagai seorang yang dianiaya, pengadu kes liwat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, berhak mendapat keadilan memandangkan mahkamah sejak dari mula konsisten mengatakan beliau seorang saksi yang berwibawa dan boleh dipercayai.

Di dalam Mingguan Malaysia hari ini, Shafee berkata beliau berani melafazkan sumpah di masjid atau di tanah suci Mekah berhubung kes itu kerana beliau yakin Anwar sememangnya bersalah meliwat Saiful.

Pengerusi biro undang-undang DAP Gobind Singh Deo berkata Peguam Negara harus menghalang Shafee meneruskan komentar dan kritikan terhadap kes itu kerana ia dianggap melampaui apa yang dikehendaki daripadanya sebagai Pendakwa Raya, baik dari segi undang-undang, mahu pun etika.


AMUKANMELAYU - Berilah rakyat meneruskan hidup dengan sempurna dan melakukan ibadat, jangan di ganggu rakyat yang masih dengan FALSAFAH PERJUANGAN untuk ALIF-BA-TA.........