,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 24 February 2015

MAT SABU DAN PASMA MERANCANG UNTUK MENGULINGKAN TGHH


PASMA Secara Terbuka Isytihar Sokong Mat Sabu Tumbangkan Hadi

AIDCNews – 23/2/15 – Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) secara terbuka mengisytiharkan NGO mereka berdiri teguh di belakang Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (Mat Sabu) untuk menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS dalam pemilihan parti itu yang dijangka akan diadakan pada Jun ini.
“PAS bukan sekadar memerlukan presiden baru, tetapi presiden yang berupaya membawa perubahan,” kenyataan PASMA dipetik sebagaimana disiarkan dalam facebook PASMA Terengganu, semalam.
Menurut NGO itu, keputusan mencalonkan Mat Sabu telah dipersetujui dan dibuat oleh PASMA pusat.
“PASMA bertujuan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat bukan untuk berperang, jika inilah parasit-parasit mahukan PASMA JATUH, PASMA akan berdiri teguh bersama Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu, Pengerusi PASMA, Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi, Dato’ Paduka Husam Musa, Dr Syed Azman, ADUN Batu Buruk dan semua kepimpinan PASMA bagi memberi kekuatan baru kepada PASMA,”kenyataan PASMA Terengganu dipetik.
Ia merujuk kepada laporan The Malaysian Insider dua hari lalu yang bertajuk “Dewan Ulama lancar ‘perang’ terhadap PasMa.”
The Malaysian Insider melaporkan ucapan pemangku Ketua Dewan Ulama PAS pusat, Datuk Ahmad Yakob, pada majlis Multaqa Ulama SeMalaysia di Stadium MPSJ, Serdang Jaya pada Sabtu lalu seumpama melancarkan perang terhadap NGO tersebut.
“Ini jelas satu usaha merosakkan PAS dan menghancurkan dari dalam serta memecahbelahkan PAS.
“Ini dapat disaksikan apabila banyaknya kenyataan ahli PASMA jelas menyerang dan melanggar dasar PAS, bahkan lebih teruk lagi mereka mengeluarkan kata-kata menghina presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang),” kenyataan Ahmad dipetik.
Ahmad juga dilaporkan berkata sebarang pelanggaran terhadap arahan Majlis Syura Ulama dan keputusan presiden merupakan satu kesalahan mandatori dalam undang-undang PAS.
“Ia menjadi satu kesalahan walau apa alasan dan sebab yang diberikan serta siapa pun yang terlibat melakukannya, tanpa mengira jawatan yang disandangnya, kata Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan.
Sementara itu, blog albangikuching menghuraikan kekuatan dan kelemahan Mat Sabu.
Menurut blog itu, Mat Sabu telah disokong oleh kumpulan Anwarinas untuk menewaskan Ustaz Nasaruddin Mat Isa (2011) dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (2013) untuk jawatan Timbalan Presiden PAS.
Kumpulan Anwarinas yang dimaksudkan di sini adalah satu kumpulan dalam PAS yang lebih pro Anwar Ibrahim berbanding dengan Presiden PAS sendiri, Abdul Hadi Awang.
Mereka yang termasuk dalam kumpulan Anwarinas terdiri daripada beberapa fraksi antaranya, bekasan ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dan JIM (Jemaah Islah Malaysia) yang dahulunya dikenali sebagai kumpulan Erdogan.
Kini semua kumpulan Anwarinas itu bernaung di bawah NGO yang bernama PASMA, dedah blog itu.
“Bekas-bekas IRC-JIM, penyokong Anwar masuk PAS selepas zaman reformasi dengan tujuan untuk mengambilalih PAS dari pimpinan Ulamak. Kalau manusia boleh tegak kerana ada tulang belakang, maka PAS boleh berdiri tegak kerana pimpinan Ulama.
“Apabila tulang belakang PAS dicabut, maka PAS akan lumpuh. PAS tidak sama seperti UMNO dan PKR. Pimpinan parti sekular dipimpin oleh orang sekularis. Ulama diletak ditepi tong sampah. Hanya ahli PAS sahaja yang menjadi perwakilan di Muktamar PAS boleh mengambil tindakan ke atas mereka yang mahu meminggirkan tulang belakang gerakan Islam PAS,” dedah albangikuching.
Tentang Mat Sabu, albangikuching berkata Timbalan Presiden PAS itu bukan mewakili fraksi ABIM atau JIM, tetapi beliau selalu dikaitkan dengan fraksi syiah walaupun beliau sendiri menafikannya.
“Mat Sabu adalah orang kecewa dalam PAS apabila beliau tewas dalam PRU 2013. Beliau juga bergaduh dengan Almarhum Tan Sri Azizan Abd Razak ketika Almarhum menjadi MB Kedah.
“Beliau dalam kumpulan pro-syiah, meskipun beliau bukan Syiah, telah bekerjasama dengan Ir Pahrolrazi yang juga kecewa kerana tidak dicalonkan jawatan MB Kedah,” dedah blog itu lagi.
Mat Sabu, walaupun dahulunya anti Anwar Ibrahim, sekarang sudah pro-Anwar Ibrahim dan termasuk dalam salah satu lagi fraksi yang menyokong PASMA.
Menurut albangikuching, kini PASMA bekerjasama dengan PKR dan DAP untuk mencorakkan hala tuju PAS.



AMUKANMELAYU - Kuasa, Pangkat dan Kekayaan telah menghancurkan PAS dan Islam di Tanah Melayu..............