,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday 20 February 2015

BETULKAH NAJIB MERUDUM KERANA QC?


Ratusan Sebab Najib Tidak Perlu Berundur..

Mahathir mungkin nyanyok tetapi bagaimana kalau tidak..

Kenapa perlu sokong Najib.

Hanya yang buta atau pekak sahaja mungkin yang tidak boleh melihat kenapa Najib perlu kekal.
Kepada mereka yang selalu sangat gesa Najib berundur, tolong buka mata luas-luas.

Setia kepada pemimpin
Najib ada wawasan
Najib pandai ekonomi
Najib adil dan samarata
Najib dipuji serata dunia
Najib ada diplomasi tinggi
Kasihan kepada Najib
Najib difitnah
Najib prihatin
Najib sayangkan bangsa
Najib dahulukan rakyat dari keluarga
Najib telus
Najib jujur
Najib amanah
Najib mendengar rakyat
Bersatu padu sesama melayu
Najib hebat
Najib tak gila kuasa
Najib tak gila pangkat
Najib bersih
Beri peluang kepada Najib
Najib bangsawan berjiwa rakyat
Najib meneruskan legasi Tun Razak
Najib bertungkus lumus bekerja untuk rakyat
Toleransi Najib Tinggi
Najib Melayu Liberal
Najib didengki kerana lebih berjaya 



Banyak lagi...

Iklas
Kluangdiamond.

UCAPAN BERAPI MANTAN KETUA HAKIM NEGARA YANG MESTI DIBACA SEMUA!

SHAH ALAM: Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menyifatkan kerajaan telah melakukan kesilapan besar kerana terlalu menjaga hati bangsa lain.

Beliau menjelaskan, tindakan kerajaan Barisan Nasional menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang bertujuan mengambil hati bangsa lain terbukti sia-sia kerana tidak diendah.

Malah tambahnya, bangsa lain sedar kelemahan orang Melayu apabila berpecah-belah akan dengan mudah diperalatkan.

“Lagi banyak kita bagi, dia (bangsa lain) akan anggap kita memberi kerana kita lemah. Bahkan, lagi lemah kita, maka lagi banyak yang mereka akan ambil. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak akan mengucapkan terima kasih,” katanya yang menjadi panel Seminar Akta Hasutan Keselamatan Dalam Negeri di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.

“Kerajaan silap, apabila ada tuntutan, kerajaan hendak ambil hati mereka, dengan cara memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan harapan mereka akan datang balik,” ujarnya yang juga merupakan panel Seminar Akta Hasutan Keselamatan Negara di UITM Shah Alam.

Katanya, beliau sendiri pernah bersuara kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib TunRazak bahawa bangsa lain tidak pernah menyokong, dan tidak akan menyokong kerajaan.

“Lagi banyak kita bagi, dia (bangsa lain) akan anggap kita memberi kerana kita lemah. Bahkan, lagi lemah kita, maka lagi banyak yang mereka akan ambil. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak akan mengucapkan terima kasih,” ujarnya.

Namun sebaliknya, pemimpin Melayu lupa siapa yang menyokong mereka sehingga, ”Disebabkan tidak mengambil hati orang Melayu, maka orang Melayu tidak akan datang lagi dan akan pergi.”

Katanya, bangsa lain akan menuntut apa sahaja yang boleh dari orang Melayu sebab tambah Tun Abdul Hamid, “Kita orang Melayu ni, kita rasa berdosa kalau kita ada lebih sikit dari orang lain. Walhal, yang lebih pun orang kita. Namun, kita bagi orang lain, tetapi orang itu tidak ucap terima kasih.”

Bercakap kepada kira-kira 200 orang peserta seminar, beliau turut melontarkan pertanyaan, negara
manakah adanya bangsa yang sanggup berkongsi kuasa dengan orang lain.

“Tunjukkan pada saya, satu bangsa di dalam dunia ini yang sanggup berkongsi kuasa dengan orang lain. Pernahkan mereka (bangsa lain) fikir perasaan kita, bila mereka minta hak kita,” katanya.


AMUKANMELAYU - Jujurlah sayang, ku tak mengerti.....ku terima walau SAKIT HATI...