Anina Saaduddin . – Gambar The Malaysian Insider, 12 Ogos, 2015. |
Anina Saaduddin mempertahankan tindakan dengan berkata, "Perkataan digunakannya dalam video 'Najib kencing’ sudah cukup bersopan dan diluahkan mengikut saluran yang betul iaitu dalam mesyuarat perwakilan Wanita Umno Bahagian"
[MAHU JADI APA? TAAT ATAU MENDERHAKA] Apakah 1MDB juga MAHU BIDAS teguran Raja-Raja Melayu?
Ramai
yang sedang menunggu adakah pihak pengurusan 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) akan membidas pendapat raja-raja Melayu yang mengulas
mengenai syarikat pelaburan negara dibebani hutang itu.
Ini kerana, 1MDB
sebelum ini kerap membidas teguran yang dibuat oleh pihak lain,
termasuk kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kini,
raja-raja Melayu pula menyatakan kerisauan yang sama bahawa kegagalan
kerajaan memberikan jawapan yang menyakinkan mengenai 1MDB.
“Apakah
1MDB akan mengeluarkan kenyataan untuk membidas pendapat raja-raja
Melayu dan Kementerian Kewangan pula akan terus membisu terhadap saranan
baik daripada raja-raja Melayu?,”kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sehubungan
dengan teguran Raja-Raja Melayu itu, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib
Razak digesa menghidupkan semula Pasukan Penyiasat Khas 1MDB yang
dibubarkan baru-baru ini.
Pasukan ini mesti dibenarkan menjalankan siasatan tanpa rasa takut, pilih kasih dan diganggu.
Sebelum
ini, sebuah Pasukan Siasatan Khas ditubuhkan dianggotai Jabatan Peguam
Negara, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat kes 1MDB dan wang berjumlah RM2.6
bilion yang masuk ke akaun peribadi Najib.
Bagaimanapun, selepas
beberapa penemuan memeranjatkan hasil siasatan itu, Peguam Negara yang
baharu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menggantikan Tan Sri Abdul Gani
Patail, mengumumkan pembubaran pasukan.
Semalam,
Raja-Raja Melayu mengeluarkan kenyataan yang mahukan kerajaan
menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil
tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.
Dalam
satu kenyataan, Raja-Raja Melayu menegaskan semua pihak
bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar
usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.
“Penemuan
siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya
rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak
akan melindungkan fakta dan kebenaran,” kata kenyataan itu.
Kenyataan
dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed
Ahmad berikutan mesyuarat Pra-Majlis Raja-raja yang diadakan di Istana
Negara, semalam.
Antara lain kenyataan itu menyebut:
“Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan.
“Akibatnya
rakyat percaya, sama ada dengan realiti mahupun secara persepsi, bahawa
ia turut menjadi antara sebab yang telah mempengaruhi kejatuhan nilai
mata wang Ringgit Malaysia secara mendadak, sehingga memberi impak
negatif ke atas pasaran kewangan dan iklim ekonomi negara dan sekali gus
telah menjejaskan pandangan dunia terhadap Malaysia.”
Hari
ini Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail
mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-239 di Istana Negara.
-ISMAWEB
Datuk A Kadir Jasin: 'Titah Raja Melayu siasat 1MDB, adakah Najib akan derhaka?’
Majlis Raja-raja menitahkan supaya siasatan berhubung 1MDB diselesaikan secepat mungkin dan tindakan diambil ke atas mereka yang bertanggung jawab.
Mengulas perkara itu, Tokok Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin menerusi tulisannya di blog mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mematuhi titah itu ataupun menderhaka.
Adakah Mereka Berani Derhaka Titah Raja?
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ “
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
RAJA-RAJA Melayu telah bertitah.
Pertama, mereka menitahkan agar kerajaan menyelesaikan secepat mungkin penyiasatan yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kedua, mereka mahu tindakan sepatutnya dan tegas diambil ke atas orang-orang yang dibabitkan.
Menjunjung kasih Tuanku.
Kita mahu lihat sama ada kerajaan, bermula dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, akan mentaati perintah Raja-Raja Melayu itu atau menderhakainya. Mohd Najib Orang Besar Pahang
Seyogia diingatkan, Mohd Najib bukan setakat Pahlawan Bugis, beliau juga adalah salah seorang Orang Besar Berempat Pahang. Pastinya beliau arif mengenai kedaulatan Raja-Raja.
Kita juga mahu lihat sama ada Peguam Negara (Tan Sri) Mohamed Apandi Bin Haji Ali, Ketua Polis Negara (Tan Sri) Khalid Abu Bakar, Ketua Pesuruhjaya, Suruhnjaya Pencegah Rasuah Malaysia (MACC) Abu Kassim Mohamed,Gabenor Bank Negara (Tan Sri) Zeti Akhtar Aziz dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) taat kepada Raja-Raja Melayu atau setia dan takut kepada Mohd Najib. Peranan Peguam Negara (Mohamed Apandi) amat penting
Bukan amalan harian bagi Majlis Raja-Raja mengeluarkan titah mengenai pentadbiran negara. Tetapi apabila ia mengeluarkan titah mengenai penyiasatan 1MDB, pastilah ia sangat mendesak dan diperlukan.
Dalam erti kata lain, Raja-Raja Melayu berasa tidak boleh berdiam diri lagi.
Pertimbangkan fakta-fakta berikut yang terkandung dalam titah mereka yang diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, (Datuk Seri) Syed Danial Syed Ahmad semalam:
1. Raja-Raja Melayu menekankan peri pentingnya semua pihak yang terbabit memberikan kerjasama "sahih dan ikhlas" demi memastikan penyiasatan itu mencapai matlamat.
2. Hasil penyiasatan mesti dilaporkan secara terperinci dan telus supaya orang ramai yakin terhadap keikhlasan kerajaan tidak menyembunyikan fakta dan kebenaran.
3. Kegagalan memberi penjelasan dan jawapan yang meyakinkan dikhuatiri menyebabkan berlakunya krisis keyakinan.
Natijahnya, kecuali Mohd Najib dan para penyokong ekstrem beliau sudah hilang akal, "mereng" dan derhaka kepada Raja, mereka akan melakukan seperti yang dititahkan.
PERINGATAN: Mohon kerjasama dan persefahaman. Semua ulasan yang mengandungi unsur-unsur lèse-majesté tidak akan disiarkan. Wallahuaklam.
A Kadir Jasin
Sultan Perak Tegur Najib Terlalu Bergantung Pada Hutang...
Ketika Negara mengalami masalah ekonomi dengan kejatuhan ringgit dan masalah hutang 1MDB, Sultan Perak memberi ucapan secara tidak langsung merujuk pentadbiran kerajaan yang banyak berhutang sehingga menimbulkan masalah ekonomi kepada negara dan rakyat.
Terlalu bergantung kepada hutang merupakan satu daripada antara banyak cabaran yang dihadapi amalan sekarang yang menjadi halangan serius untuk mencapai kemapanan, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
Baginda bertitah perlu untuk mengenal pasti terlebih dahulu dan memahami cabaran seumpama itu dalam merangka strategi untuk mentransformasikan modal sistem kewangan sekarang kepada yang memudahkan pertumbuhan ekonomi di samping memastikan kemapanan.
Sultan Nazrin Shah bertitah demikian dalam ucapan baginda yang bertajuk 'Mencari Kemapanan: Peranan Kewangan Islam dalam Perubahan Transformasi" pada Persidangan Meja Bulat SC-OCIS Ke-6 mengenai Kewangan Islam di Ditchley Park, Oxfordshire.
Teks ucapan baginda dikeluarkan kepada Bernama.
Memetik Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD), Sultan Nazrin Shah bertitah "Paras hutang tinggi boleh mewujudkan kelemahan, yang meluaskan dan menyebarkan kejutan harga aset dan makroekonomi."
Ia juga "menghalang keupayaan isi rumah dan perusahaan kepada penggunaan dan pelaburan yang lancar dan kepada kerajaan untuk mengurangkan kejutan yang teruk," titah baginda.
Baginda bertitah kesan hutang memburukkan lagi impak negatif ke atas pasaran kewangan dan ekonomi semasa tempoh kegawatan.
"Terlalu bergantung kepada hutang mungkin akan menyebabkan gangguan teruk kepada pasaran serta kepada kestabilan sosio-ekonomi dan justeru itu perlu ditangani sekiranya kita mahu mencapai kemapanan yang lebih baik dalam sistem kewangan.
"Kebimbangan berkenaan dengan hutang menyokong pandangan Islam bahawa hutang amat tidak digalakkan dan model atau kontrak berasaskan ekuiti adalah pilihan kerana ia selaras dengan Maqasid al Syariah atau objektif Syariah," titah baginda.
Sultan Nazrin Shah, yang juga Penaung Diraja bagi Insiatif Kewangan Islam Malaysia bertitah, kebencian Islam terhadap hutang adalah berasaskan, antara lainnya, kepada kemungkinan akses kepada hutang mendorong seseorang itu berbelanja melebihi kemampuannya.
"Dan apabila seseorang berbelanja mengikut tahap kekayaan atau pendapatannya, kemungkinan beliau berdepan masalah kewangan adalah tipis dan justeru itu beliau mampu mengekalkan gaya hidupnya.
"Sebagai tambahan, hujahan ini boleh diguna pakai kepada sistem kewangan yang lebih besar. Tambahan pula, elemen perkongsian risiko sesuatu kontrak berasaskan ekuiti menggalakkan hubungan lebih saksama antara pihak-pihak yang berkontrak yang secara kolektifnya menjadi perkiraan yang lebih mapan," titah baginda.
Ucapan Sultan Perak ini penuh maksud atau sindiran terhadap kerajaan pimpinan Najib yang suka berhutang.
Kita tidak mahu Raja Melayu dihentam, kata Nazri
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kenyataannya terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hanyalah untuk mempertahankan institusi raja berperlembagaan supaya terus dipandang mulia.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, kenyataannya bermaksud jika institusi raja mencampuri urusan politik negara, institusi yang mulia itu akan dihentam oleh masyarakat selain boleh menimbulkan salah faham.
"Kita tidak mahu Raja-Raja Melayu dihentam oleh mana-mana pihak, sebab itu saya kata Raja jangan campur dalam urusan politik sebab nanti orang akan 'whack'
(hentam), itu maksud saya," katanya di lobi Parlimen hari ini.
Sebelum ini, Tunku Ismail telah memuat naik komen pada status di laman Facebook Johor Southern Tigers berhubung dialog 'Nothing2Hide' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), yang tidak dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas faktor keselamatan.
Mohamed Nazri yang juga ahli Parlimen Padang Rengas berkata, beliau masih menghormati sistem raja berperlembagaan yang telah sebati di dalam hatinya sejak
sekian lama dan masih mempunyai pegangan agama yang kuat. - Bernama
Sultan Johor nasihat Nazri Aziz jangan angkuh
Baginda mengingatkan Nazri supaya sentiasa berpegang
kepada pepatah Melayu 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan
binasa',
PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar memberi amaran kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz supaya jangan angkuh.
Beliau bertitah demikian susulan Nazri yang dilaporkan mahu menyerang anakanda baginda,, Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tuanku Ismail ibni Sultan Ibrahim. Baginda mempersoalkan adakah pemimpin yang bersikap seperti itu patut dihormati?
“Ingatlah pepatah Melayu sering menyebut kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa,” titah baginda titah baginda sempena Majlis Perasmian Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor pada Jumaat.
Sultan Ibrahim juga sekali lagi mengingatkan ahli politik supaya tidak mencampuri urusan Istana Johor dan membuat sebarang kenyataan yang mengaitkan dengan Istana Johor.
Baginda turut menegaskan tidak akan sesekali mencampuri urusan mana-mana parti politik.
“Oleh itu suka saya nasihatkan di sini kepada mana-mana ahli-ahli politik, antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminnurashid Jumat supaya tidak membuat kenyataan yang mengaitkan pihak Istana Johor.
“Walaupun banyak pemimpin politik yang datang berjumpa saya, saya hanya mendengar cerita mereka dan tidak akan memihak kepada mana-mana parti atau individu,” titah baginda.
Baginda juga menasihatkan kerajaan bersikap telus dan berterus terang kepada rakyat kerana di dalam dunia moden ini, tidak ada apa-apa yang boleh disembunyikan.
“Apa yang saya pentingkan adalah kesejahteraan hidup rakyat saya dan kemakmuran negeri Johor mesti dijaga melalui perpaduan dan pengukuhan muafakat bangsa Johor,” titah baginda.
Jangan Perbodohkan Rakyat ~ Sultan Johor..!
DAULAT TUANKU..!
PETIKAN TITAH UCAPAN DYMM SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR SEMPENA HARI ULANGTAHUN REJIMEN GERAK KHAS YANG KE-50
1. Istilah Bangsa Johor bukanlah perkara
yang baru. Almarhum nenda saya, Sultan Ibrahim, telah melihat jauh
kehadapan yang perpaduan masyarakat di negeri Johor ini perlu dibentuk
di bawah satu Bangsa Johor.
Malah sejak dahulu lagi, lagu bagi Negeri Johor telah dinamakan sebagai
“Lagu Bangsa Johor”. Oleh itu, kepada orang luar yang tidak tahu sejarah
Johor, Saya nasihatkan supaya jangan masuk campur dalam urusan orang
Johor.
Saya berharap rakyat bangsa Johor yang berbilang agama dan keturunan
akan hidup harmoni dan bersatu padu demi untuk kemakmuran dan keamanan
Negeri Johor Darul Ta'zim.
2. Saya amat peka dengan rintihan dan keluhan suara hati rakyat saya.
Suasana politik dan ekonomi negara yang berada dalam keadaan yang tidak
stabil pada masa ini merupakan isu utama yang perlu ditangani oleh
kerajaan dengan segera.
Sememangnya kedudukan saya sebagai Raja tidak boleh mencampuri urusan
politik, tetapi sebagai Raja saya bertanggungjawab untuk memastikan
suasana kehidupan rakyat di negeri saya berada dalam keadaan yang baik,
maju dan makmur.
Oleh itu saya mengesa kepada pihak kerajaan yang memerintah supaya
segera menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi sekarang ini,
antaranya mengenai kejatuhan nilai ringgit yang amat teruk.
3. Suka juga saya ingatkan kepada pemimpin pemimpin kerajaan yang telah
dipilih oleh rakyat supaya memikul tanggungjawab dengan penuh amanah
untuk kepentingan umum dan janganlah mengutamakan kepentingan peribadi.
Rakyat pada hari ini adalah generasi yang berilmu dan bijak menilai
maklumat yang diterima, janganlah cuba memperbodohkan rakyat dengan
memberikan berita dan maklumat yang hanya sedap untuk didengar bagi
menutup keadaan sebenar. Selesaikanlah masalah masalah yang timbul
dengan segera.
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor
MERSING: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menasihatkan kerajaan supaya tidak memperbodohkan rakyat dengan membuat kenyataan yang hanya sedap didengar bagi menutup keadaan sebenar.
Baginda menggesa kerajaan untuk menyelesaikan segera masalah negara terutamanya kejatuhan nilai ringgit yang semakin teruk.
TMJ ingatkan pemimpin jangan pentingkan peribadi
JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan kepada semua pemimpin agar tidak menyembah nasihat kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar demi kepentingan peribadi.
Tunku Ismail berkata, keutamaan beliau adalah kedaulatan dan kesejahteraan negeri serta rakyat Johor dan beliau hanya menyokong pemimpin yang berkhidmat kepada rakyat dengan penuh integriti, ketelusan dan kehormatan.
"Jangan lupa saya adalah waris takhta kerajaan Johor, dan saya adalah suara terakhir yang akan sampai kepada telinga dan perhatian Sultan Johor. Taat setia saya adalah kepada ayahnda saya, Sultan Johor.
"Saya tidak memihak mana-mana parti politik tetapi hanya menyokong pemimpin yang berkhidmat penuh integriti, ketelusan dan kehormatan.
"Baru-baru ini kelihatan ramai yang mendampingi Sultan Johor. Jangan sesekali ada yang cuba menyembah nasihat demi kepentingan peribadi," katanya dalam satu kenyataan yang dimuatnaik menerusi Facebook rasmi Johor Shouthern Tigers.
Tunku Ismail berkata, beliau sentiasa teguh di belakang Sultan Johor serta rakyat Johor dan sentiasa ikhlas menyembah nasihat kepada Sultan Ibrahim tanpa mempunyai sebarang kepentingan peribadi.
"Apabila saya menyembah nasihat kepada Tuanku ianya adalah ikhlas kerana saya tidak mempunyai kepentingan peribadi. Walau apa yang terjadi air yang dicincang tidak akan putus, tiada apa yang boleh menghancurkan kasih sayang saya kepada ayahnda.
"Saya bukan hendak menunding jari kepada mana-mana pihak atau mengeruhkan keadaan, saya hanya menegaskan pendirian saya yang sentiasa teguh di belakang Sultan Johor dan rakyat Johor. Semoga Johor sentiasa jadi Johor," katanya.
Sultan Pahang sokong saya, kata Najib
Katanya, sokongan Tuanku di samping sokongan penyokong kuatnya di Pahang, menguatkan iltizam beliau untuk terus memimpin negara walaupun berdepan tindakan "meracun akarnya" di Pahang. Dalam usahanya meyakinkan rakyat yang beliau masih perlu kekal sebagai perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini memberitahu orang ramai beliau mendapat kepercayaan dari Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah untuk terus memimpin negara.
Raja Melayu tidak berpihak kepada parti politik, kata Sultan Pahang
Dalam perutusan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang dikeluarkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia kepada media rasmi.
Baginda bertitah Raja-raja Melayu tidak berpihak kepada anutan dan fahaman politik kepartian dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan negara.
Raja-raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri adalah bersifat berkecuali dalam kedua-dua urusan itu.
Raja-raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri hanya ingin memelihara kepentingan rakyat secara adil dan terhormat dan tidak berasaskan kepada musim-musim pilihan raya...
.. Jadi maknanya Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri tu dah bohonglah bila mencanangkan kepada seluruh rakyat Pahang dan Malaysia amnya bahawa baginda Sultan Pahang menyokong beliau pada 23 Mei lalu..
Lapor The Malaysian Insider mengenai ucapan Najib..
Dalam usahanya meyakinkan rakyat yang beliau masih perlu kekal sebagai perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini memberitahu orang ramai beliau mendapat kepercayaan dari Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah untuk terus memimpin negara.
Katanya, sokongan Tuanku di samping sokongan penyokong kuatnya di Pahang, menguatkan iltizam beliau untuk terus memimpin negara walaupun berdepan tindakan "meracun akarnya" di Pahang.
"Kita jaga kawasan kita. Kita hendak Pahang ini terus jadi kubu. Ada orang hendak mengancam kita. Ada orang hendak meracun akar kita, pastikan pokok kita terus tegap teguh.
"Alhamdulillah semua sokong kita," katanya sewaktu bercakap kepada penyokongnya sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
Tuanku Sultan Ahmad Shah pun dah buat kenyataan awal lagi. Tuanku cakap apa? Titah Tuanku, Pahang sokong sepenuhnya, daripada Raja sampai rakyat biasa.
"Terima kasih, saya rasa amat terharu. Percayalah dengan mandat ini saya akan buat yang terbaik untuk Pahang dan negara kita yang tercinta.
"Terima kasih atas sokongan yang cukup mengkagumkan ini," beliau berucap di pangkalan udara Tentera Udara Di Raja Malaysia, Kuantan.
Hmmm.. nasib kita lah.. kena kencing sepanjang masa dengan Presiden UMNO ni
AMUKANMelayu - Akhirnya Raja-Raja Melayu bersuara dan dengan TITAH,
Pertama - Baginda Raja-Raja Melayu menitahkan agar kerajaan menyelesaikan secepat mungkin penyiasatan yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kedua - Baginda Raja-Raja Melayu mahu tindakan sepatutnya dan tegas diambil ke atas orang-orang yang dibabitkan.
Sultan Pahang sokong saya, kata Najib
Katanya, sokongan Tuanku di samping sokongan penyokong kuatnya di Pahang, menguatkan iltizam beliau untuk terus memimpin negara walaupun berdepan tindakan "meracun akarnya" di Pahang.