,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday 15 October 2015

PERJUANGAN POLITIK MELAYU MACAM GAMPANG


LOMPAT SI KATAK LOMPAT,
LOMPAT ATAS ALANG,
APA YANG MELAYU DAPAT,
KALU POLITIK MACAM GAMPANG.

OLAK LEMPIT: Khamis 2 Muharram 1437H, Sejak tahun 2008 penulis perhatikan perjuangan politik Melayu agak kucar-kacir, Kubu pertahanan bagaikan roboh. Strategi menjadi kelam kabut seperti tidak dapat di susun lagi. Sama sahaja UMNO dan PAS. PKR tak usah di ambil kira, ini kerana PKR hanyalah Parti yag akan MENANGGUK di air keruh dan mengambil kesempatan di atas KELEMAHAN UMNO dan PAS. 

Tapi apa yang hendak penulis jelaskan disini adalah PERJUANGAN POLITIK MELAYU hari ini seperti GAMPANG dan lebih teruk dari POLITIK KATAK. Dalam kemelut BN@UMNO kehilangan pengaruh ...... bermacam-macam perkara ANEH lagi dibuat oleh KEPIMPINAN Parti Tertua Melayu itu. Dalam kemelut 1MDB yang tak selesai......boleh di NAIKNYA TOL......ada akai ka?

Inilah yang membuatkan Tan Sri My dan Shaffie Afdal tanpa berselindung lagi melahirkan apa yang PERLU di buat oleh Ahli UMNO untuk SEVIVAL PARTI.    

"Setiap pejuang UMNO perlu bertanggungjawab untuk bangkit menentang penyelewengan dan perompakan harta negara oleh pihak-pihak tertentu, supaya parti itu disegani dan dihormati oleh rakyat seluruhnya dan diberkati perjuangannya", kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 

Timbalan Presiden UMNO itu turut menjelaskan pendiriannya yang sama sekali tidak berubah tentang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Beliau merujuk beberapa kenyataan yang dibuat oleh segelintir pihak yang mendakwa bahawa beliau telah bercanggah dengan pendiriannya sendiri yang menyokong SOSMA semasa di dalam kabinet dan ketika Rang Undang-Undang (RUU) SOSMA dibentangkan di Parlimen.

“Pendirian saya tidak pernah berubah. Saya menyokong SOSMA untuk menangani kesalahan-kesalahan keselamatan yang menggugat keamanan dan ketenteraman awam.

“Yang saya tidak bersetuju ialah penyalahgunaan SOSMA yang bercanggah dengan tujuan asal akta ini digubal sepertimana yang berlaku dalam kes penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang,” kata Muhyiddin dalam kenyatan itu.

Menurut beliau, tindakan mereka membuat laporan mengenai dakwaan salah laku syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada pihak-pihak berkuasa di dalam dan luar negara tidaklah boleh dikatakan sebagai satu tindakan sabotaj di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan, iaitu satu kesalahan keselamatan yang membolehkan penggunaan SOSMA.

Menyifatkan tindakan itu sekadar melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara yang prihatin, Muhyiddin menegaskan bahawa pendiriannya adalah selari dengan jaminan kerajaan sewaktu akta itu digubal.

Akta itu pada awalnya menjamin ‘tidak akan disalah gunakan untuk tujan-tujuan lain, terutamanya yang bermotifkan politik termasuk mendiamkan pengkritik dan menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara dan memberikan pandangan’.

“Adakah 1MDB terlalu kebal sehinggakan pihak yang mengkritik dan membuat laporan terhadapnya didakwa di mahkamah? Seorang yang berfikiran waras pastinya akan bertanya siapakah yang sebenarnya mensabotaj sistem perbankan dan perkhidmatan kewangan negara?

“Orang yang membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya menyiasat dakwaan salah laku 1MDB atau orang yang mengakibatkan berbillion ringgit wang rakyat dalam 1MDB lesap? Apakah pemimpin UMNO harus berdiam diri dalam hal ini dan bersekongkol dengan para petualang?” soal beliau.

Khairuddin dan Chang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di lima lokasi - pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Peranchis di Paris, Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom, pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern, Balai Polis WaiChan, Hong Kong, dan ibu pejabat polis Cantoment, Singapura - antara 28 Jun hingga 26 Ogos tahun ini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun, jika sabit kesalahan.

sumber


Lagi...



Saya telah membaca beberapa kenyataan yang dibuat oleh segelintir pihak yang mendakwa bahawa saya telah membantah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 12 Oktober lalu.

Dan ini kononnya bercanggah dengan pendirian saya menyokong SOSMA semasa di dalam kabinet dan ketika rang undang-undang Sosma dibentangkan di parlimen.

Pendirian saya tidak pernah berubah.

Saya menyokong Sosma untuk menangani kesalahan-kesalahan keselamatan yang menggugat keamanan dan ketenteraman awam.

Yang saya tidak bersetuju ialah penyalahgunaan Sosma yang bercanggah dengan tujuan asal akta ini digubal sepertimana yang berlaku dalam kes penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang.

Tindakan mereka membuat laporan mengenai dakwaan salah laku 1MDB kepada pihak-pihak berkuasa dalam dan luar negara tidaklah boleh dikatakan sebagai satu tindakan sabotaj bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan, iaitu satu kesalahan keselamatan yang membolehkan penggunaan Sosma.

Bukankah mereka sekadar melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara yang prihatin?

Pendirian saya ini adalah selari dengan jaminan kerajaan ketika akta ini digubal bahawa ia tidak akan disalahgunakan untuk tujuan-tujuan lain, terutamanya yang bermotifkan politik.

Moga perjuangan diberkati

Ini termasuk mendiamkan pengkritik dan menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara dan memberikan pandangan. Jaminan ini adalah selaras dengan langkah transformasi politik yang diambil oleh kerajaan.

Adakah 1MDB terlalu kebal sehinggakan pihak yang mengkritik dan membuat laporan terhadapnya didakwa di mahkamah?

Seorang yang berfikiran waras pastinya akan bertanya siapakah yang sebenarnya mensabotaj sistem perbankan dan perkhidmatan kewangan negara?

Orang yang membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya menyiasat dakwaan salah laku 1MDB atau orang yang mengakibatkan berbillion ringgit wang rakyat dalam 1MDB lesap?

Apakah pemimpin Umno harus berdiam diri dalam hal ini dan bersekongkol dengan para petualang? Janganlah dibiarkan jiwa perjuangan yang mengalir dalam darah setiap pejuang Umno dibeli dengan harga yang murah.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pejuang Umno untuk bangkit menentang penyelewengan dan perompakan harta negara oleh pihak-pihak tertentu. Barulah Umno akan disegani dan dihormati oleh rakyat seluruhnya dan diberkati perjuangannya oleh Allah SWT.
TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
Dalam kegawatan 1MDB dan Kem Tan Sri My bersama Tun M untuk menegakkan semula UMNO yang hampir menyembah bumi itu,  DATUK SAIFUDDIN pula KELUAR PARTI dan sertai SERTAI PKR
Kononnya Pejabat UMNO gempar dan kelam kabut pagi ini kerana kehilangan tokoh pelapis terhebat serta berkaliber DATUK SAIFUDDIN yang dikatakan bakal menjadi calon PM paling berkarisma dalam sejarah Malaysia suatu hari nanti yang telah mengumumkan keluar parti menyertai PKR... semua pemimpin politik malaysia tergamam dan tergezut dengan langkah "new politics" Saifuddin...

Seluruh ahli UMNO terkejut tergamam malah ada yang menangis mendengar berita ini... malah parti komponen BN terutama parti seven eleven (7-11) MCA berkata BN kehilangan tokoh yang karismatik serta memiliki "politik cara baru"... sungguh hebat, gempak dan besar sekali IMPAK Datuk Saifuddin keluar parti...

Malah di Temerloh kesemua kedai yang menjual ikan patin ditutup tanda berkabung meratapi pemergian Saifuddin menyertai PKR... dijangka minggu depan baru bekalan patin temerloh akan pulih seperti sedia kala.




Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, menyertai PKR, hari ini.


 
PUNYALAH UMNO SAYANG DATUK SAIFUDDIN NI SAMPAI DIKATAKAN TIDAK BERSALAH APABILA HADIR DAN MENYERTAI PENUBUHAN PAKATAN HARAPAN... SATU GABUNGAN YANG MAHU MENUMBANGKAN DAN MENJAHANAMKAN BN-UMNO... Tak percaya tanya Megat Najmudin... tak bersalah sebab hanya hadir...



Mungkin lepas ni KU NAN, Megat Najmudin dan Dato' Raof boleh keluar kenyataan kut mengatakan Saifuddin sebenarnya HERO dan HEBAT bila berjaya menyusup masuk ke dalam PKR bagi mencari maklumat... lepas ni tengok lah... Saifuddin akan lakukan sabotaj dan buat kerja dari dalam... wan azizah, azmin, anwar, izzah, tian chua semua akan kena terajang dan akhirnya Saifuddin akan jadi Presiden PKR.. Hebat PUDIN!!!
 


Zaid Ibrahim


Malaysiakini | 13 Jun 2009

Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya menyertai PKR hari ini. Ketika mengumumkan perkara itu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaid akan dilantik menganggotai Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) parti itu. 

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Bangi hari ini, Anwar berkata, Zaid juga akan dilantik sebagai anggota biro politik PKR. Anwar juga menyifatkan penyertaan Zaid itu sebagai satu penghormatan kepada PKR.

Zaid, tambahnya merupakan seorang yang serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Anwar yang juga ketua pembangkang, turut menganggap penyertaan Zaid itu sebagai satu langkah positif kepada PKR dalam usaha untuk mengukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Zaid Ibrahim Merajuk, Keluar Dari PKR


Berita tergempar pagi tadi, di mana Zaid Ibrahim, calon Timbalan Presiden PKR telah pun menarik dari daripada bertanding jawatan itu dan juga meletakkan semua jawatannya di dalam Parti Keadilan Rakyat.

Di bawah, adalah petikan Zaid Ibrahim mengenai perletakan jawatannya:
“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap,”
Datuk Mohd Zaid Ibrahim (lahir 10 April 1951) ialah seorang peguam dan ahli politik berbangsa Malaysia, yang pernah menjadi Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri untuk hal-ehwal perundangan dan pembaharuan kehakiman. Beliau pernah menjadi Senator dalam Dewan Negara. Beliau juga pengasas Zaid Ibrahim & Co., firma guaman swasta terbesar di Malaysia.

Beliau pernah menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 2000, sehingga digantung keahlian pada 2 Disember 2008. Dalam UMNO, beliau menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu mulai tahun 2004 hingga 2008. Selepas keluar dari UMNO, beliau menganggotai Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2009 dan bertanding untuk jawatan Naib Presiden pada tahun berikutnya, tetapi keluar dari parti itu pada November 2010 gara-gara kemelut yang dialami dalam pilihan raya parti PKR. Pada Disember 2010, Zaid menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (dahulunya dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia) dan dilantik sebagai presiden parti

Ibrahim Ali

Datuk Paduka Ibrahim Ali adalah seorang ahli politik Melayu Malaysia, berasal dari jajahan Pasir Mas, Kelantan. Beliau terkenal sebagai pengasas dan presiden pertubuhan hak Melayu Perkasa.

Datuk Ibrahim Ali dilahirkan pada 25 Jan 1951 di Kampung Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan. Beliau anak kelima dan anak tertua dari 13 anak. Bapanya ketua kampung di situ. Ada ramai keturunan Siam di sekitar kampungnya. Menurut sejarah, Pattani, Songkhla, dan Narathiwat dimiliki oleh kerajaan Kelantan sebelum diberikan kepada Thailand selepas perang. 
Bapanya pernah ditahan di bawah Akta 1958 kerana menjadi penyokong PAS. Bapanya pernah menjadi penganjur pertunjukan wayang kulit dan pertandingan tomoi Siam. Beliau menyertai parti UMNO dan pernah memenangi parlimen Pasir Mas, Kelantan atas tiket Barisan Nasional - UMNO
Beliau pernah menjadi Exco Pemuda UMNO sekitar tahun 1987. Kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sewaktu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Apabila Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 dan bergabung dengan PAS, beliau turut menyertai Tengku Razaleigh Hamzah. Angkatan Perpaduan Ummah hasil gabungan PAS dan Semangat 46 berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional di Kelantan pada tahun 1990.

Apabila Tengku Razaleigh menyertai semula UMNO dan membubarkan Semangat 46, beliau turut menyertai UMNO. Tetapi dipecat dari UMNO dan dilucutkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas pada 22 November 2003 dan keahliannya dalam UMNO digantung seumur hidup.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, Datuk Ibrahim Ali telah bertanding dalam kawasan Pasir Mas sebagai calon bebas. Tetapi beliau tewas. Dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, beliau sekali lagi bertanding tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional, Hanafi Mamat dan hilang wang pertaruhan. Beliau hanya mendapat 415 undi sahaja.

Dalam pilihan raya umum Malaysia 2008, beliau bertanding atas tiket PAS di kawasan Pasir Mas oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Walaupun begitu, beliau tetap menganggap dirinya tidak terikat pada mana-mana parti walaupun bertanding di atas tiket PAS.

 Ramai penyokong PAS dan sebahagian ahli UMNO mengundi beliau sehingga mendapat majoriti 8991 undi. Kemenangan besar itu menyebabkan Ibrahim Ali mendakwa dirinya calon bebas. Ucapan dan tindakannya dalam Perkasa menunjukkan beliau bukan ahli PAS, tidak menyokong PAS malah menentang PAS. Program Perkasa yang beliau anjurkan menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penceramah jemputan. 
Perjuangan beliau lebih kepada 'pelampau Melayu' berbanding 'pejuang Islam'. Lantaran itu penyokong dan pimpinan PAS mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Pasir Mas. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut tidak tahan dengan gelagat Ibrahim Ali yang telah berpaling tadah. Beliau mendesak Ibrahim Ali melepaskan jawatan dan memberi laluan pilihan raya kecil di kawasan itu. 

YB. Saifuddin Nasution, mana satu nak guna pakai ni!


Oleh: Batu-api2
Saifuddin Nasution Ismail telah dilantik menjadi Setiausaha PKR mengantikan Dato’ Saleh. Kenyataan rasmi oleh DS Anwar Ibrahim menyebut jelas tentang perkara ini. 

“Saya mengucapkan tahniah kepada Sdr Saifudin Nasution yang baru malam tadi dipilih sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat bagi menggantikan Dato’ Saleh yang telahpun meletakkan jawatan” – kata Anwar Ibrahim beberapa tahun dahulu.
Akhbar telah lama memainkan isu sama ada Saifuddin ini ahli PAS atau PKR? Beberapa teori tentang keahlian PAS Saifuddin telah menjadi perbincangan. Bila ditanya Saifuddin menjawab dengan tegas 

“Nombor ahli saya dalam PKR ialah 039… saya antara orang terawal menganggotai dan mengasaskan PKR”

Saya masih ingat lagi pada ketika Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilanda kejutan dengan tindakan Ketua Bahagian Permatang Pauh, Anuar Shaari keluar parti…Mac 2007 ada juga yang bertanya apa ceritanya pula tentang Saifuddin Nasution, seorang lagi bekas tokoh ternama parti itu yang kini ‘menyepi’ di Kelantan.

Pada masa itu ada juga desas desus mengatakan bekas Naib Presiden Parti Keadilan (dulu Nasional) ini juga sudah meninggalkan PKR dan masuk PAS.
Namun begitu ketika dihubungi Saifuddin, calon Parti Keadilan (pada masa itu) yang pernah menewaskan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil di Lunas, Kedah memberi jawapan yang agak membingungkan.
Katanya dari segi teknikal beliau masih lagi ahli PKR. 

“Tetapi saya sudah lama tidak bayar yuran keahlian parti dan tidak peduli pun samaada saya ahli PKR atau tidak,”
  Pada masa itu Saifuddin sedang berkhidmat sebagai Pengurus Yayasan Tok Kenali, sebuah badan dibawah naungan parti PAS di Kota Bharu.
Saya tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan Saifuddin menjadi ahli PAS Kawasan Pokok Sena, Kedah pada Januari 2007 dan tidak pernah mengumumkan keluar parti tersebut.
Saifuddin sendiri pun menafikan tentang tarikh ini. Saya lebih suka mengatakan Saifuddin menjadi ahli PAS lebih awal lagi, walaupun ada yang berpendapat dia semasa di UPM tidak PAS mana pun sekadar bersama dengan PAS. Saifuudin keluar daripada PAS bersama Nakhie Ahmad dan masuk UMNO.
Saya juga lebih suka mengatakan Saifuddin Nasution selepas tewas dalam pilihanraya 2004 di Kedah, dia berundur dari PKR dan mendaftar diri sebagai ahli PAS di cawangan Pokok Sena. Saifuddin berhijrah ke Kelantan, kerana isterinya adalah anak tempatan Machang.
Ketika itu Saifuddin memohon kerja dengan Husam Musa (exco ekonomi PAS Kelantan) dan Husam telah memberi kerja sebagai Pengarah Urusan Yayasan Tok Kenali yang berfungsi untuk mengatur ceramah memperkukuhkan PAS Kelantan.
Pada Kongres Khas PKR 2007, Anwar Ibrahim secara mutlak telah melantik Saifuddin Nasution sebagai Pengarah Strategik PKR walhal ketika itu Saifudin sudah menjadi ahli PAS dan bertugas sebagai Pengarah Urusan Yayasan Tok Kenali.
Saifuddin Nusation Ismail, No. KP 6984735 (lama) adalah ahli PAS bernombor 0226743 iaitu mendaftar terus tanpa Cawangan denggunakan KP baru 631207715005 adalah ahli PAS Pokok Sena, Cawangan Kampong Sakan pada 8 Jan 2007 no ahli 6984735. Ini bermakna Saifuddin Nasution menjadi ahli 2 kali.

Ada ramai ahli PAS yang bertanding atas tiket keadilan yang tidak tahu statusnya. Contoh paling cepat dan mudah ialah Zukiffli Noordin. Dulu bertanding atas tiket PAS kemudian jadi MP PKR.

Kerjaya politik

Beliau pernah menjadi Exco Pemuda UMNO, Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia dan Setiausaha Pemuda Barisan Nasional kemudian dipecat oleh mantan PM Malaysia Dr Mahathir sebelum Anwar Ibrahim dipecat pada 2 September 1998. Beliau antara sebahagian pemuda UMNO yang mengadakan demonstrasi dari Masjid Negara ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur

Ketika itu media arus perdana menuduh beliau memecahkan pintu PWTC. Beliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Syed Hamid Albar (bekas Menteri Luar Malaysia). Beliau pernah bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Lunas, Kedah pada 29 November 2000 dan menang.
Semasa masih berada dalam UMNO beliau juga mengambil bahagian dalam satu protes pada tahun 1996 untuk menentang "Second Asia Pacific Conference on East Timor" di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Beliau mengetuai sekumpulan penunjuk perasaan seramai 400 orang dan berdemonstrasi di hotel tersebut secara biadab kerana Saifudin mendakwa mendapat arahan dan dicabar oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob. Dalam dialek Perak, Megat Junid mencabar 

"Kalau tidak, saya anggap Pemuda Umno tiada telur".

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 Saifuddin Nasution telah bertanding di Parlimen Machang di Kelantan dan mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk Sazmi Miah dengan memenangi majoriti yang baik. Seentara dalam PAS lagilah HEBAT......tika semua orang sedang BERKUMPUL nak NYAHKAN Najib dan memperbaiki serta memperkukuhkan UMNO......GENG LIBERAL PAS ni tubuh pula PARTI BARU.......menyampah penulis dengan PARTI MELAYU ni......sedang DAP mencuri Orang-orang MELAYU dari PAS, PKR dan UMNO menjadi Ahli DAP. 

Pemimpin-pemimpin Melayu BEREBUT nak jadi PEMIMPIN dan bila GAGAL, tubuh PARTI BARU.......bila Parti baru di TUBUHKAN.....ahlinya adalah Orang Melayu yang di curi dari Parti-parti Melayu yang sedia ada. Bijak sungguh Orang Melayu Berpolitik.........macam GAMPANG......

Lebih Ramai Ahli PAS Akan Sertai GHB - Mat Sabu



SEBERANG JAYA: Lebih ramai lagi ahli PAS didakwa akan keluar parti itu dan menyertai Gerakan Harapan Baharu (GHB). Pengerusinya Mohamad Sabu, mendakwa ada ahli PAS yang akan meninggalkan PAS secara berperingkat untuk menyertai GHB yang bakal dilancarkan penghujung bulan ini.

"Keluar daripada PAS ramai lagi sedang menunggu giliran. Kita tidak buat pengarahan berjadual tapi mereka memilih untuk keluar berperingkat-peringkat.

"Itu terserah kepada mereka. Kita tidak ada susun jadual dan hari ini ada ahli PAS di Gelang Patah yang keluar parti ... InsyaAllah ini akan berterusan ikut negeri," katanya dalam sidang media selepas pelancaran jelajah GHB peringkat Pulau Pinang di Seberang Jaya, pada Ahad.

Mohamad Sabu menegaskan, GHB tidak pernah menghasut mana-mana ahli PAS untuk meninggalkan parti tersebut.

"Namun, jika ada ahli PAS yang keluar parti dan menyertai GHB, keputusan tersebut dibuat di atas kehendak mereka sendiri bagi melakukan perubahan," ujarnya.

Beliau mengulas tindakan beberapa ahli dan wakil rakyat PAS di beberapa negeri yang mengumumkan keluar parti itu untuk menyertai GHB. Parti Islam baharu akan dinamakan Parti Gerakan Amanah (Amanah) dijangka akan dilancarkan pada 31 Ogos ini.

'Amanah' dijangka bekerjasama dengan DAP dan PKR membentuk pakatan pembangkang baharu selepas Pakatan Rakyat dibubarkan apabila hubungan PAS dan DAP secara rasmi berakhir pada Jun lalu.

PAS dijangka akan bergerak sendiri namun parti itu akan cuba mengekalkan hubungannya dengan PKR bagi kepentingan dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

 
 
 AMUKANMelayu - Kalu nak berjuang dalam UGAMA duduk dalam SAF mereka yang mendahului Ugama dan menangkan Ugama.....kalu nak BERPOLITIK......mainlah POLITIK betoi-betoi biar menguntungkan  Melayu.... niat perlu jelas.....