,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 12 October 2015

SERANGAN SENJA - 6 JAHANAM MENGGANTIKAN SERANGAN SUBUH


6 JAHANAM yang jadi BURUAN
Di sebuah kampung bernama Pekan Saroja terdapat enam orang lelaki yang membentuk kumpulan Enam Jahanam. Mereka melakukan pelbagai kejahatan seperti merompak, memperkosa dan membunuh penduduk kampung untuk mendapatkan kekayaan dan memuaskan nafsu jahat mereka. Setelah berjaya mengumpul harta yang begitu banyak, mereka bersetuju untuk menghentikan kegiatan jahat mereka dan membawa haluan masing-masing dengan menggunakan kekayaan tersebut. 

Oleh kerana sifat tamak mereka, kumpulan Enam Jahanam mengambil keputusan untuk melakukan rompakan terakhir mereka di kampung Pekan Menara. Di situ tinggal saudagar Tantari bersama isterinya Masmera. Tantari membuka kedai menjual pakaian dan kain-kain. Pada malam rompakan tersebut, Tantari telah keluar atas urusan perniagaan yang penting. 

Secara kebetulan, Tantari dan isterinya telah berjanji lebih awal dengan seorang tukang gambar untuk mengambil gambar mereka berdua. Oleh kerana Tantari tiada, Masmera bergambar seorang diri. Ketika tukang gambar memetik kameranya, kumpulan Enam Jahanam masuk ke kedai Tantari dan berjaya dirakam oleh kamera tersebut. 

Tukang gambar tersebut telah dibunuh dengan kejam sementara Masmera diperkosa dan turut dibunuh. Apabila Tantari pulang, tukang gambar sempat menunjuk ke arah Masmera dan kameranya sebelum dia meninggal dunia. Setelah gambar tersebut dicuci dan dicetak, kelihatan wajah Enam Jahanam yang bertanggungjawab terhadap kematian isterinya. Tantari yang pernah menuntut ilmu pendekar berazam untuk menghapuskan Enam Jahanam berpandukan gambar tersebut. Dalam perjalanannya dia mendapat pertolongan daripada Damburi yang muncul secara mencurigakan.

Pelik kan? sekali tengok lawak pun ada..bro2 kat ofis aku ada cakap tahun 1960an-70an P ramlee dikritik hebat gara2 cerita 6 jahanam ni. Salah satunya adalah disebabkan cara di letak TEKPI di pinggangnya itu.Tapi sedarkah kita bahawa sebenarnya memang TEKPI milik Melayu, bukan seperti yang digembar gembur oleh mat salleh dan barbarian barat yang lain seperti NINJA TURTLE dll. Ini adalah milik kita. Bagi aku, aku fikir lojik ja.

Yang kedua yg bagi aku ada sejarah di sebalik cerita ini adalah penggunaaan PEMURAS(pistol) yang digunakan oleh LAKSAMANA DAMBURI..sekali tengok lawakkan? ya la,,sapa xkenai P RAMLEE..unsur lawak dia banyak sedangkan futuristiknya ada...LOJIKKA?


Seorang LAKSAMANA yang kena jaga lautan pakai keris? Bagi aku xlojik..so pistol itu adalah kebenarannya kerana ada bukti menunjukkan kita(MELAYU) adalah Bangsa yang BERTAMADDUN menjumpai dahulu@pencipta pistol atau pemuras ini........


So?? P RAMLEE menipu ka? Bagi aku bukan..cuma dia nak sampaikan sejarah yang benar.


Cuma masa dia nak sampaikan saja atau situasi xmengizinkan beliau berbuat begitu. ya la..sapa yang boleh fikir futuristik macam dia di zaman dia?hanya dia saja. Bagi aku itulah GIFTED..ANUGERAH TUHAN kepada insan sepertinya..perasan x..cuma dia sorang ja penggiat seni dalam world ni yg boleh fikir macam 2? STEVEN SPEILBERG??boleh nyanyi ka? gubah lagu ka? xleh kot............

So itu saja kot.. ;-)

Salah silap harap maaf na..sekadar pandangan di dalam NEGARAKU yang tercinta ini
.......

OLAK LEMPIT - Selasa 29 Zulhijjah  1436, sinopsis di atas adalah cerita 6 JAHANAM karya Al-Marhum P. Ramlee. Itu versi P. Ramlee. Apa yang nak penulis ketengahkan di bawah ini pula adalah kisah 6 orang AHLI UMNO dan MCA ini? Adakah mereka ini 6 JAHANAM atau MENJAHANAMKAN atau KENA JAHANAM. Yang jelas Allah itu adil dan apa yang kita telah buat pada orang lain, ianya akan berbalik pada kita. Tapi apakah kesalahan 6 Orang Ahli UMNO dan MCA ini? Adakah mereka 6 JAHANAM?......atau 6 orang ini adalah 6 HERO yang akan mengubah SKRIP asal film 6 JAHANAM atau akan mengubah LANDSCAP POLITIK Malaysia?.

Ironinya, adakah kita akan mendapat PENGGANTI yang lebih baik atau sebaliknya atau Ekonomi NEGARA akan HANCUR dan kita kembali ketahun 70an selepas kita menikmati KESENANGAN hidup selama 45 Tahun? Sama-sama kita nantikanlah atau kita juga akan turut berlakon dalam SKRIP yang telah di garap tanpa penngetahuan kita.........layannnnnn......

SIDANG AKHBAR TUN MAHATHIR TENTANG DS NAJIB RAZAK & SOSMA

Kita sudah sedia maklum bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat sidang akhbar sebentar tadi. Kali ini Tun Mahathir mendakwa bahawa penahanan Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang adalah 'satu penyalahgunaan kuasa' di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA dan mahukan mereka dibebaskan serta-merta.



Kita yakin bahawa Dr Mahathir tahu bahawa Khairuddin dan Matthias Chang tidak mungkin akan dibebaskan serta-merta seperti yang diminta. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun dan ISA adalah di era beliau. Maka beliau amat arif dengan proses undang-undang.

Dan yang sepatutnya dilakukan 'serta-merta' ialah berhenti bertelagah sesama sendiri!

Mahathir Mohamad juga mendakwa bahawa penahanan Khairuddin dan Mathias adalah 'tindakan terdesak untuk mendiamkan pengkritik'. Ironinya, Mahathir juga pernah dituduh 'menggunakan undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk mendiamkan pengkritiknya'!  

What a coincidence …… Mahathir Mohamad yang dituduh menggunakan ISA untuk mendiamkan pengritik beliau dan sekarang menuduh Najib Razak menggunakan SOSMA untuk mendiamkan pengritik Najib pula.

Mahathir Mohamad tidak membebaskan pesalah ISA dan sekarang beliau mahu Najib Razak membebaskan mereka yang ditahan di bawah SOSMA? 

Tun Dr Mahathir juga berkata bahawa kerajaan menggunakan perkataan ‘sabotaj’ dari sudut pandangan mereka sendiri. Ironinya juga, perkataan 'pandangan sendiri' ini sama juga dengan pandangan Mahathir Mohamad apabila mentafsirkan penahanan Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang mengikut pandangan beliau sendiri.

Pokoknya, sesiapa pun boleh membuat andaian sendiri tentang penahanan ini, bergantung sama ada kita bersetuju atau tidak kepada isu penahanan tersebut.

Kerana itu, penulis menyarankan supaya kedua-dua pihak yang berbeza 'andaian sendiri' ini percaya sepenuhnya kepada profesionalisme sistem kehakiman negara untuk menyelesaikan isu ini. 

Yang terbaru, media melaporkan bahawa Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang hari ini dituduh di mahkamah atas cubaan mensabotaj perkhidmatan kewangan dan perbankan negara ini.

Mereka didakwa bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama. 
Pendakwaan itu susulan laporan polis mereka di Perancis, England, Switzerland, Hong Kong dan Singapura. Jika bersalah, mereka berdepan penjara 15 tahun.
Mungkin perkara yang lebih baik dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, TS Muhyiddin Yassin, DS Shafie Apdal, Tengku Razaleigh Hamzah, TS Sanusi Junid dan TS Ong Tee Keat ialah menyediakan barisan peguam yang cekap untuk mewakili Khairuddin dan Matthias Chang, itu pun jika mereka masih percaya kepada kedaulatan undang-undang.  

Biarlah undang-undang dan sistem kehakiman negara membuat keputusan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan tidak perlulah disensasikan isu ini dalam media terutamanya media-media pro-pembangkang yang mahir memutar belitkan cerita. 

Tetapi satu perkara yang pasti ialah pakatan pembangkang bertepuk tangan dan makan pop corn melihat apa yang berlaku! Dan memudahkan kerja mereka.

Malah pertelingkahan di dalam UMNO ini sungguh menyedihkan kita terutamanya cybertroopers UMNO yang selama ini berperang menentang musuh parti yang sebenarnya iaitu pakatan pembangkang bukannya sesama sendiri!

Enough is enough !

Muhyiddin Yassin's photo.

Muhyiddin Yassin's photo.


KENYATAAN MEDIA BERSAMA

Penahanan peguam Matthias Chang dan sebelum ini anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012, adalah satu penyalahgunaan kuasa serta tindakan terdesak untuk mendiamkan pengkritik. Penggunaan SOSMA untuk menahan kedua-dua individu ini juga adalah bertentangan dengan semangat dan tujuan Akta ini diluluskan oleh Parlimen.

Amatlah malang bagi rakyat Malaysia apabila tindakan tersebut diambil oleh pihak berkuasa, mesej yang sampai kepada rakyat ialah apabila seseorang melaporkan berlaku kesalahan, orang yang membuat laporan akan ditangkap.
Pada akal yang sihat, tindakan ini juga memperlihatkan apabila ada pihak yang didakwa melakukan kesalahan dan apabila laporan dibuat terhadapnya, apa jua peruntukan undang-undang yang ada akan digunakan untuk menutup kesalahan pihak yang didakwa.

Tidakkah amat memalukan apabila seseorang yang dituduh melakukan kesalahan tidak berusaha membuktikan kebenaran ataupun “his innocence” tetapi sebaliknya orang yang melaporkan kesalahan ditahan.
Oleh kerana tidak ada undang-undang yang dapat digunakan untuk menahan dan menangkap orang yang membuat laporan, maka digunakan satu undang-undang yang digubal untuk tujuan memelihara keselamatan negara dan ketenteraman awam serta memperuntukkan satu hukuman yang berat untuk membuat tahanan dan tangkapan.

SOSMA yang diperbuat menurut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan adalah khusus untuk menghalang sebarang tindakan atau ancaman oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia:

1)untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;

(2)untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;

(3) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;
atau

(4)untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang.

Matthias Chang adalah peguam yang mengiringi Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan mengenai dakwaan salahlaku 1MDB kepada pihak-pihak berkuasa di dalam dan di luar Malaysia. Tindakan ini tidak bercanggah dengan undang-undang mana-mana negara dan tidak boleh dianggap sebagai suatu ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan awam yang dilindungi oleh SOSMA.

Malahan laporan-laporan yang dibuat oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah mengikut lunas-lunas demokrasi serta hak yang dijamin oleh mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Justeru, kami menegaskan bahawa penahanan Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan di bawah SOSMA adalah satu bentuk penyalahgunaan proses undang-undang oleh pihak berkuasa yang jelas bercanggah dengan tujuan undang-undang ini diluluskan oleh Parlimen.

Ia menyekat hak dan kebebasan individu untuk mengambil suatu tindakan yang sah dalam sebuah negara yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Apatah lagi, YAB Perdana Menteri sendiri ketika membentangkan Rang Undang-Undang SOSMA 2012 di Dewan Rakyat pada 16 April 2012 memberikan jaminan bahawa setiap individu “bebas menyuarakan pendapat, mengkritik, menyokong, berbeza pandangan, bersiasah mahupun menganggotai apa-apa pertubuhan”. Malahan, beliau berjanji “tidak ada sesiapa akan dihukum hanya kerana menjalankan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara”.

Berdasarkan janji ini, maka kedua-kedua warganegara ini mestilah dibebaskan serta-merta dan pihak berkuasa memberikan jaminan bahawa tiada sesiapa lagi akan ditahan di bawah SOSMA hanya kerana menyatakan pandangan, pendapat dan kritikan serta mengambil apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.


YABhg Tun Dr Mahathir Mohamd
YABhg Tun Ling Liong Sik
YB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj Mohd Yassin
YB Datuk Seri Shafie Apdal
YBM Tengku Razaleigh Hamzah
YBhg Tan Sri Ong Tee Keat
YBhg Tan Sri Sanusi Junid
12 Oktober 2015

6 ORANG "OTAI" MASIH BERBISA INI BERI SIGNAL MEREKA SUDAH READY LAWAN NAJIB

by Generasi Pejuang Bangsa  -

Sudah terang lagi bersuluh dan kini mereka sudah mula muncul khalayak ramai  dan bersatu  bersama  Tun  Mahathir  untuk  menjatuhkan PM DS Mohd Najib Tun Razak  menggunakan isu 1MDB .

Semuanya yang hadir sidang media ini seramai 6 orang   boleh dikategorikan veteran pencen kerajaan iaitu Muhyiddin Yassin , Tengku Razaleigh , Shafie Afdal , Sanusi Junid dan Ong Tee Keat .  Kalau zaman P Ramlee ia mengimbas kembali watak 6 Jahanam .

Mereka terdiri daripada Tun Dr Mahathir Mohamed (90), TS Muhyiddin Yassin (68), Tengku Razaleigh Hamzah (78), TS Sanusi Junid (72), DS Shafie Afdal (57) dan DS Ong Tee Kiat (58) menjadikan jumlah keseluruhan umur 'Gabungan Kecewa' adalah 423 tahun!


Mereka mengecam  penahanan 2 orang kuat Mahathir yang digunakan untuk memburukkan kerajaan Malaysia di luar negara iaitu Khairuddin dan Mathias Chang.Dua individu berkenaan kini ditahan dan didakwa melalui  Akta SOSMA di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan cuba sabotaj sistem perbankan /kewangan negara .

Selain itu , dakwa mereka penahanan  Matthias dan Khairuddin adalah satu penyalahgunaan proses undang-undang oleh pihak berkuasa .  

Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal yang sebelum ini berikrar untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri ketika Mesyuarat MT UMNO lalu  , kini nampaknya beralih arah apabila bersetuju dengan serangan terbaru Mahathir kepada Presiden Umno .

Malah beliau mendesak ahli UMNO perlu berani melawan dan bersuara walaupun berdepan tindakan  parti  . KLIK DI SINI

Tindak tanduk   6 orang  ini jelas menunjukkan mereka  kini bersatu menentang dan  ingin menjatuhkan Presiden UMNO dan PM Malaysia walaupun ada yang masih lagi berkias dan berselindung ayat playsafe .

Cukup mudah kita fahami sidang media ini diadakan . Ia bukan untuk membela sangat Mat Selfie dan lawyernya  tapi untuk tunjuk kekuatan Pakatan terbaru diketuai Tun Mahathir untuk menentang Najib kepada rakyat.

Ini kerana sebelum ini orang tak tahu penglibatan Ku Li ( kecuali circle kuat UMNO )  , kini dia muncul bersama musuh ketatnya semula demi  menjatuhkan Najib dan menaikkan geng mereka .


Jika Tun Mahathir menuduh Najib zalim ekoran  pendakwaan Khairuddin dan Mathias di bawah SOSMA , apakah kita lupa 22 tahun beliau memerintah Akta ISA digunakan sewenang -wenangnya menahan tanpa bicara .

Untuk secebis rekod bersih Tun Mahathir dan tidak zalim : -


1.Memenjarakan beratus individu tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk ramai Ahli Politik.

2. Terlibat menyingkirkan dua Timbalan Perdana Menteri.

3. Memecat seorang Timbalan Perdana Menteri.

4. Memberhentikan empat Menteri.

5. Menghentikan operasi akhbar The Star,Watan dan Sin Chiew Jit Poh.

6. Memecat Ketua Hakim Negara dan mengubah cara perlantikan Hakim.



Sekurang -kurangnya 2 orang ini didakwa mengikut undang-undang yang digubal di Mahkamah bukannya ditahan tanpa bicara menggunakan ISA.

Pemansuhan ISA satu kesilapan, jangan ulangi dengan Akta Hasutan' - Bekas Hakim



'Pemansuhan ISA satu kesilapan, jangan ulangi dengan Akta Hasutan' - Bekas Hakim
Bekas hakim mahkamah rayuan Mohd Noor Abdullah tidak setuju dengan pemansuhan Akta Hasutan. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Seorang bekas hakim Mahkamah Rayuan berkata pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dahulu adalah satu kesilapan dan berharap pihak kerajaan tidak mengulanginya dengan memansuhkan Akta Hasutan 1948.

“Saya memandang ke belakang dengan mengatakan pemansuhan ISA itu adalah kesilapan besar,” kata Datuk Mohd Noor Abdullah dalam forum anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa bertajuk ‘Bicara Kemerdekaan: ISA masih relevan atau tidak’.

Kata beliau, silapnya adalah apabila kuasa Menteri untuk membuat arahan penahanan tidak boleh dikaji (review) oleh pihak mahkamah.

“Itu silapnya. Siapa nak mempersoalkan keputusan menteri ini? Orang menghentam ISA ini oleh kerana kuasa menteri itu mutlak dan tidak boleh dikaji oleh mahkamah.

“Penyelesaiannya bukan membubar ISA. Penyelesaiannya adalah beri kuasa kepada mahkamah untuk mengkaji sama ada ujian subjektif yang menteri mengatakan seseorang ini mengancam keselamatan benar atau tidak,” kata beliau di K Club, Taman Melawati, Hulu Klang pada Sabtu.

Mohd Noor turut menyentuh tentang perlunya ada Akta Hasutan kerana Malaysia unik dengan pelbagai kaum, bangsa, dan agama.

Tambah beliau, perbezaannya mengatasi kesamaan dan masyarakat sering bercakap tentang perbezaan dan jarang sekali bercakap tentang persamaan seperti tentang isu hak-hak.

“Yang melaga-lagakan antara kaum, mengapi-apikan masyarakat, kenalah diambil tindakan tegas. Akta Hasutan dikekalkan dan supaya ditambah lagi supaya mantap lagi. Perbuatan menghasut ini kita masukkan sebagai registrable offence (kesalahan berdaftar) di bahawa Prevention of Crime Act (Akta Pencegahan Jenayah).

Mohd Noor turut berkata ada yang mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan dan kemudian meminta maaf dan menarik balik kenyataan itu.

“Jangan berlembut dan ikut demokrasi barat mengenai hak asasi dan hak untuk bercakap. Salah tetap salah, hukum tetap laksanakan,” katanya.


Forum ISA
Ahli Panel Forum Bicara Kemerdekaan 'ISA Masih Relevan Atau Tidak', (dari kiri) moderator forum Kapten (B) Dr Shamsuddin Moner, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.  -fotoBERNAMA

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang turut berucap berkata orang sering mempertikaikan ISA dari sudut tahanan pencegahan sahaja. Namun ISA juga diperlukan untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara.

“Ia juga untuk mencegah jenayah dirancang seperti gangsterisme, penyeludupan orang, kegiatan Ah Long dan sebagainya,” kata beliau.

“Trend sekarang, apabila ISA dan Ordinan Darurat (EO) dimansuhkan, semua pesalah yang kita tahan seperti kumpulan gangster perlu dibebaskan. Apabila ia dimansuhkan, hak kebebasan dan hak orang awam tergugat.

“Saya merasakan setiap undang-undang ada kebaikan cuma jangan salah guna kuasa tersebut.

Tambah beliau, undang-undang di Malaysia diwujudkan kerana mempunyai pelbagai cabaran dan ancaman.

“Ancaman yang masih wujud di negara ini adalah ancaman racial conflict (konflik antara kaum). Kita adalah satu negara yang unik kerana kita berbilang kaum. Jadi perlu kita menjaga keharmonian kita ini dan untuk menjaga keharmonian ini perlu ada undang-undang untuk menyekat mana-mana orang dari membuat satu tindakan yang boleh mengakibatkan keamanan dan keselamatan tergugat," kata Musa.

Beliau juga tidak setuju dengan cadangan pihak kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan.

“Akta Hasutan diwujud untuk menghalang mana-mana orang menghasut supaya mereka tidak menimbulkan keadaan pergaduhan kaum. Akta-akta ini perlu dikekalkan dan ketika melihat ketiadaan akta ini boleh menimbulkan keadaan yang merosakkan keselamatan.

“Kita jaga keselamatan, tidak jaga politik.”


 Perkasa
Kempen kumpul tandatangan menyokong kekalkan Akta Hasutan 1948. -Astro AWANI/Syafique Shuib

Dalam pada itu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali turut berkata pemansuhan ISA adalah satu tindakan politik dan bukan dibuat atas kepentigan keselamatan negara.
“Selepas Pilihan Raya 2008 dan juga apabila berhadapan dengan Pilihan Raya ke-13 (PRU-13) untuk mendapatkan kembali majoriti dua pertiga yang diharapkan, mereka (Barisan Nasional) mungkin berpendapat tuntutan pemansuhan ISA adalah tuntutan yang popular. Ia adalah satu keputusan popular untuk mendapat sokongan rakyat.

“ISA ini pun tak banyak orang tahu, orang cuma tahu ISA ini adalah tahanan dua tahun tanpa dibicara dan itu zalim. Tetapi ada yang mengambil berat dan tahu semangat ISA ini adalah prevention better than cure (mencegah lebih baik dari mengubati.)

Tambah beliau, undang-undang seperti ISA bukan sahaja untuk menjaga kepentingan kaum-kaum tertentu.

“Yang tidak setuju dengan ISA ini ialah asalnya yang dibawa oleh parti pembangkang dan juga kaum-kaum tertentu yang sekarang ini menyokong pembangkang. Saya nak beritahu ISA ini adalah untuk keselamatan rakyat Malaysia, bukan sahaja orang Melayu," katanya.

Ibrahim Ali turut menyokong usaha agar Akta Hasutan dikekalkan.

“Kita harus berjuang dan tidak boleh berharap dari kerajaan semata-mata. Ini adalah demi kepentingan keselamatan negara,” kata beliau pada forum yang sama.


AMUKANMelayu - Seluruh Pengamal Undang-undang dan RAKYAT mahukan KEAMANAN dan kebaikkan terhadap rakyat.......setiap perkara yang tidak mendatangkan FAEDAH dan KEADILAN kepada Ugama, RAKYAT dan NEGARA, itu adalah ZALIM.............