,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday, 22 October 2015

SELOKA PERAHU PENAMBANG

Balik Asal Cerita Kita.


Dengo sini nak cerita kesah diri sendiri
Semuanya kesah duka tak sapa ambik peduli
Nama lamo Man dah di tuko pada Aki
Ini kesah duka sejak kecik lagi

20hb. Lima....Tahun 61
9 bulan dalam perut Mak kini lahir kedunia
Dangau kecik sebatang buluh tepi Lubuk Batu
Diatas gelego buluh kali pertama nampak dunia.

Terpacak di tebing sungai sebuah dango buluh
Mak sakit sungguh dingin dinihari
Aki punya jerit dekat waktu subuh
Sampai habis terdengo 7 negeri.

Umur dua tahun baru kelik kampung
Masa duk jalan jatuh ajak Mak kelik Kase
Ayah Aki kuat sungguh buat bendang satu tanjung
Tanggung anak-anak bio senang hari kemudie.


Teringat dihati mulut menyebut
 Balik asal cerita kita
Salam di beri salam di sambut,
Tanda kita penyambut kata.

Kalu sudah rasa terlebih,
Jagalah mulut jangan celupo,
Nak kenal Aki rasanya boleh
Anak jati dari kampung Chepor

Hati rindu mulut tersebut,
Kenangan dulu  susah di lupa,
Nak kenal kena bermulut,
Ada duk tanya Aki anak siapa....


 


Paknya Mahmud, Maknya Anjang,
Lahir di Kasai di atas gelegar buluh,
Susahnya Aki jangan di kenang,
Di awal pagi bersambung balik subuh.

Masa bebudak nakallah sesangat,
Main di Paya berenang di lubuk,
Berlari berhungga tak tahu nak penat,
Kalu ke Chepor seberang naik bot.


Masuk sekolah rendah umur 7 tahun
Gi sekolah sendiri bawak bekal nasi sikit
Bila balik sekolah pakat jerit pakat raung
Perut raso lapa bila jalan rasa perit. 

Sekolah Rendah di Chepor sahaja
Sekolah menengah naik ke Lenggong,
Naik perahu kena berjaga,
Takutnya hanyut ke Lubuk Gong.


Di hulu Bukit Sapi di hilir Beng
Tempat orang suka mengail
Di sana tebing di sini tebing
Yang di tengah tentulah sungai.





Jasa dan budi sangat lah tinggi,
Tambang di beri tidak sepadan,
Nakhoda perahu dah lama pergi,
Hanya kenangan di kuci disimpan.


Perahu berlubang perlu ditampung
Masuk air menjadi payah
Bukan saja tinggal sekampung.
Dia saudara dialah ayah




Panjang perahu 15 kaki,
Ada galah di sebelah kiri,
Pak Itam Laiden tak sampai lagi,
Tiga buah perahu silih berganti.


Sejambak kunyit bawang di mayang
Singgah di Labit rumah Pak Uda
Tak mampu lagi untuk di kenang
Menambahkan sebak di dalam dada 

Tak dak duit nak bayo tambang
Tolak perahu lekat di pasir
Itu tanda dah habis hutang
Walau pun kaki seluar dibasahi air


Geram aku kat Pakcu Mamat
Cina Ah Tat tahan ciding
Babi menjerit naik semamat
Di kepala perahu duk nampak taring.





Di sini Labit di sana Chepor
Dua kampung satu jiwa
Satu kenangan pun tak mampu di lupa
Inikan pula badan dan nyawa 


Jika perahu bergalah tiada,
Air deras tanda bah besar,
Ini semua cerita kita,
Telah hilang di makan masa.... 


Long Belida di tengah sungai
Semua yang hanyut habis di gulung
Air surut boleh merandai 
Kalu dah lemas mintalah tolong





Pengkalan penambang tempat berenang
Lubuk Batu tempat berlanggai
Jika di ingat jika di kenang
Air mata jatuh berderai


Belum puas jerit bersorak
Sungguh indah pesta temasya
Luas sungguh Sungai Perak
Tempat kami berenang berhungga


Sedih sungguh bila di kenang
Lubuk mandi tempat menyelam
Air mata jatuh berlinang
Hancur luluh hati di dalam





Ini penambang sebelah Chepor,
Masih bersisa tanda di bena,
Jika di bayang tentu bersyukur,
Kerana kita ada di sana... 


Sudah jauh berjalan pergi
Pulang juga ke lubuk mandi
Sudah ku semat di dalam hati
Penambang Chepor sukar di cari


Dari jauh nampak berbalam
Kampung Labit rindu dihati
Kalu balik tidur semalam
Bagaikan menumpang di kampung sendiri






Mari kita berseloka sama
Perahu penambang di kampung Chepor
Naik perahu kenangan lama
Selalu di kenang tak pernah dilupo 


Nak ke Chepor takdak lah susah
Turun ke Labit ambik perahu,
Semalam berkenal hari ni menikah
Patutlah baik rupanya bisu.


Sunagi Perak sangatlah panjang
Tempat membiak si ikan luma
Naik sebak bila di kenang
Bagai nak terbang pulang kesana.




Tambang ikut suka di beri,
Enjin botol sangkut di belakang,
Dari Labit berjalan kaki
Gi ke Lenggong nak tengok wayang.


 Pantai Labit sangatlah panjang
Dari Temelung sampai kehilir
Naik perahu jagalah pantang
Takut di tarek Si Hantu air 


Batu Berhala di hulu sana
Lubuk Gong di Pulau Jambe
Perahu penambang sangat berguna
Takdak perahu kena merande




Tiada titi seberang sungai
Perahu penambang sangat berguna
Takdak perahu kena merandai
 Pakai helmet nak gi mana?


Dalam perahu bertindih riba
Tiada di kesah diri sendiri
Semua kita suatu hala
Nak ke Lenggong ke pasar hari



Pokok putat di tebing sungai
Tempat Pakcu menjemur langge
Dalam perahu jangan memandai
Takutnya hanyut ke Pulau Jambe



 


Dalam perahu jangan berjalan
Takut perahu nanti tenggelam
Sungguh jauh nampak pandangan
 Di sana Labit nampak berbalam


Musim hujan dah mula datang
Pakat duk menangguk si ikan puteh
Dari jauh kami bertandang
Datang ke Chepor menagih kaseh


Kalu tak biasa menaiki perahu
Mukanya pucat tidak berdarah
Jangan di gundah jangan di malu
Orang di penambang semuanya ramah





Kalu selalu duduk  di penambang
Pergi pagi baleknya petang
Apa nak ragu apa nak bimbang
Tiada yang suruh tiada yang larang

Cukup sampai disini saja
Seloka kita di penambang Paya
Jika ada umur dan masa
Aki berpantun sambil seloka


Aki
TERATAK ANJUNGAN CHEPOR
Khamis 9 Muharram 1437