,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday 25 March 2016

KJ MEWARNAI POLITIK MELAYU UMNO



KJ - Pemimpin yang serba lengkap ketika ini.

KHAIRY JAMALUDDIN


Name
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Date of Birth
10 January 1976

Wife
Nori Abdullah, (Married on 3rd October 2001)

Child Jamaluddin Abu Bakar

1. Jibriel Ali
2. Timor Abdullah
3. Khairy Ridzuan Ali (anak angkat)
4. Raif Averroes


Family
Dato’ Rahmah Abdul Hamid (mother)
Mona Jamaluddin (sister)
Hana Jamaluddin (sister)
Diamond Ibrahim Ogbeide (brother in-law)

Constituency Address
29, Kampung Gadong
71350 Kota
Negeri Sembilan



Tertiary Academic Qualifications
 

1994 – 1997
BA (Hons) Philosophy, Politics and Economics, St. Hughs College, University of Oxford

1997 – 1998
MA Legal and Political Theory,University College, London

2002 Fellow, Oxford Centre for Islamic Studies

Work Experience

1998 – 1999
Presenter, Dateline Malaysia; talkshow on current issues and politics

1999
Writer, The Economist London, United Kingdom

1999 – 2003
Special Officer to the Deputy Prime Minister of Malaysia

2003 – 2004
Deputy Principal Private Secretary to the Prime Minister of Malaysia

2004 – 2006
Director, Investment Banking, ECM Libra Bhd

2006 –
Entrepreneur

Political Posts


Ramai yang cemburi dengan gambaq ni......

 

2000
Leader, Gadong UMNO branch, Rembau

2001 - 2004
Executive Committee, UMNO Youth Malaysia

2001 - 2004
Deputy Chairman, UMNO Youth Education Bureau

2004 –
Leader, UMNO Youth Rembau

2004 –
Deputy Leader UMNO Youth Malaysia and Deputy Chairman of Barisan Nasional Youth



Electorial Involvement


2004
Barisan Nasional Youth movement Electoral Facilitator forDUN Kuala Berang by-election, Terengganu

2005
Barisan Nasional Youth movement Electoral Facilitator for DUN Pengkalan Pasir by-election, Kelantan

2007
Barisan NasionalYouth movement Electoral Facilitator for DUN Batu Talam by-election, Pahang

2007
Barisan NasionalYouth movement Electoral Facilitator for DUN Machap by-election, Melaka

2007
Barisan Nasional Youth movement Electoral Facilitator forDUN Ijok by-election, Selangor
 

Everything Else

2004 –
Chairman, Akademi Pemuda

2004 – 2006
Member, National Service Council

2006 – 2007
Executive Producer, MyTeam - reality TV show on football

2006 –
Young Global Leader, World Economic Forum

2006 –
President, UPB-MyTeam Football Club

2006 –
Chairman, World Halal Forum (WHF)

2007 –
Deputy President, Football Association Malaysia (FAM)


Khairy Jamaluddin merupakan ahli politik Malaysia yang menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Beliau juga merupakan menantu kepada Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi setelah berkahwin dengan Nori Abdullah

Khairy dilahirkan di Bandaraya Kuwait, Kuwait.

Beliau merupakan satu-satunya anak bagi seorang bekas diplomat Dato' Jamaluddin Abu Bakar dan Dato' Rahmah Abdul Hamid.

Khairy melanjutkan pelajarannya di United World College of South East Asia di Singapura, dan pengajian universitinya di Universiti Oxford, United Kingdom.

Ketika di Oxford, beliau menuntut di Kolej St. Hugh, dan kemudiannya graduan dalam bidang Falsafah, Politik, dan Ekonomi (PPE)

Pembabitan dalam bola sepak

Minat beliau dalam pembangunan bola sepak mendorong beliau bersama-sama Jason Lo dan Shebby Singh menubuhkan MyTeam di mana beliau menjadi pengerusinya.

Pada bulan Oktober 2007, beliau dipilih menjadi Naib Presiden FAM.


Khairy Jamaluddin Abu Bakar (lahir 10 Januari 1976 di Bandar Kuwait, Kuwait) merupakan ahli politik Malaysia yang menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan merupakan Ahli Parlimen Rembau. Di peringkat akar umbi, Beliau merupakan ketua UMNO Cawangan Gadong, Rembau, Negeri Sembilan. Sejak Mei 2013, beliau telah menjadi Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Khairy bin Jamaluddin juga adalah menantu kepada mantan Perdana Menteri Tun Abdullah bin Ahmad Badawi.

Biodata

Khairy dilahirkan di Bandar Kuwait, Kuwait pada 10 Januari 1976. Beliau merupakan anak lelaki tunggal bagi pasangan bekas diplomat Dato' Abu Bakar dan Dato' Rahmah Abdul Hamid. Bapanya Dato' Jamaluddin merupakan bekas pegawai tertinggi, Pesuruhjaya Tertinggi Malaysia di Kementerian Luar Negara, United Kingdom

Manakala ibunya Dato' Rahmah merupakan seorang sukarelawan. Datuknya Penghulu Abu Bakar merupakan ketua kampung Kota Rembau. Selain itu, Khairy juga mempunyai dua orang adik beradik perempuan iaitu Mona Jamaluddin dan Hana Jamaluddin. Khairy Jamaluddin dan pasangannya Nori Abdullah telah dikurniakan cahaya mata lelaki iaitu Jibreil Ali dan Timor Abdullah.

Pendidikan dan kerjaya

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJOkOY3QGFYXqENNwxQF8FFIbbild_Igfer1vFoo1yw2l3vS8HN4L_8_YpZix4n6FDtJpQ-JWi0Lv_sQp4Y9dzmn3HjCDDfqk0f-M8pnD3PPi9fQGmbWlsGhvvE5dmaX__qUSqtXknmA/s1600/KJ_model.jpg

Khairy melanjutkan pelajarannya di United World College of South East Asia di Singapura, dan pengajian universitinya di Universiti Oxford, United Kingdom. Ketika di Oxford, beliau menuntut di Kolej St. Hugh, dan kemudiannya graduan dalam bidang Falsafah, Politik, dan Ekonomi (PPE). 1997 – 1998 Ijazah Sarjana Teori Undang-Undang dan Politik, University College, London,dan merupakan felo di Pusat Pengajian Islam Oxford. 

Walaupun penglibatan ekonomi dalam pengajiannya adalah minimum, Khairy menulis dan memberi komen tentang status dan iklim ekonomi di Malaysia. Beliau telah dikritik kerana menulis isu yang tidak difahami oleh beliau. Pada tahun 1998 – 1999 beliau menjadi Pengacara TV, Rancangan Dateline Malaysia dan Wartawan Isu Antarabangsa, The Economist di London, United Kingodm. 

Beliau juga adalah Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri iaitu bekas mantan perdana menteri Tun Abdullah Badawi. Pada tahun 2004-2006 Khairy merupakan Pengarah Perbankan Pelaburan, ECM Libra Bhd dan juga ahli Perniagaan.

Pembabitan dalam bola sepak

Minat beliau dalam pembangunan bola sepak mendorong beliau bersama-samaJason Lo , Bojan Hodak danShebby Singh menubuhkan MyTeam di mana beliau menjadi pengerusinya. Beliau juga adalah Bendahari Kehormat Perak FA untuk musim 2006 -2008. Pada bulan Oktober 2007, beliau dipilih menjadi Naib Presiden FAM.



MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor 
 PUTRAJAYA: Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) diberi tempoh 14 hari bermula semalam untuk membalas Surat Tunjuk Sebab kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) berhubung insiden kekecohan ketika perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018/ Asia 2019 bertemu Arab Saudi, Selasa lalu. 

Insiden kekecohan berlaku pada perlawanan keempat Kumpulan A kelayakan Piala Dunia 2018/ Asia 2019 di Stadium Shah Alam apabila kumpulan penyokong dikenali Ultras Malaysa membakar mercun dan suar ke dalam padang serta mencetus pergaduhan sehingga memaksa perlawanan dihentikan ketika perlawanan memasuki minit ke-88. Ketika itu, Malaysia ketinggalan 2-1.
 

Arahan itu dikeluarkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam satu sidang media, di sini, hari ini. Beliau berkata kegagalan menjawab surat terbabit dalam tempoh ditentukan atau tidak memuaskan akan membawa kepada risiko penggantungan badan induk itu oleh PJS. "Saya sudah minta PJS (Datuk Zaiton Othman) menghantar surat kepada FAM berkenaan insiden perlawanan Malaysia menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam pada 8 September lalu dan surat ini sudah pun dihantar semalam" kata Khairy.
 

Askar Wataniah

Pada 22 Mei 2010, Khairy muncul sebagai sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan dan Pelatih Akademik Terbaik Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela) Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah pada majlis di Rasah, Negeri Sembilan. Beliau menjalani latihan ketenteraan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor selama sebulan.

Kerjaya politik

Beliau hanya muncul di bawah kepimpinan Perdana Menteri Ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pada masa itu beliau diberi kepercayaan untuk menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO di bawah Dato' Seri Hishamuddin Hussein.

Pilihan raya Malaysia 2008

Semasa bulan Mac 2009, iaitu di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Khairy bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Rembau , Negeri Sembilan. Khairy telah menang dengan mendapat undi sebanyak 26525 mengalahkan calon lawan ialah Badrul Hisham Shaharin dari PKR mendapat 20,779 undi. Peratus pengundi yang keluar ialah 77% . Undi rosak sebanyak 1086.

Bertanding Ketua Pemuda UMNO

Pada 17 September 2008, beliau mengumumkan akan bertanding jaln Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Di Chembong, Rembau, Negeri Sembilan, seramai 40 ketua pemuda UMNOseluruh Malaysia turut hadir menyatakan sokongan.Antara yang hadir ialah Datuk Abdul Rahman Dahlan; exco Pemuda Datuk Rezal Merican Naina Merican dan ketua Putera Umno, DatukAbdul Azeez Abdul Rahim.Turut bertanding ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo; exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir dan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainol Abidin.

PRU 13

Pilihanraya Umum Malaysia ke-13 yang telah berlangsung pada 5 Mei lalu menyaksikan keputusan kemenangan Khairy Jamaluddin di kerusi parlimen Rembau dengan majoriti 18,357 berbanding PRU12 sebanyak 5,746 sekali gus mengekalkan kerusi disandang beliau sejak sepenggal lalu. Terbaru Khairy Jamaluddin di lantik sebagai Menteri di Kementerian Belia dan Sukan dalam kebinet Malaysia 2013 yang diterajui oleh Perdana Menteri Mohd Najib bin Abdul Razak

Jawatan politik


  • 2001 - 2004 : Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
  • 2001 - 2004 : Timbalan Pengerusi, Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
  • 2004 - Kini : Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau
  • 2004 – 2008 : Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Malaysia
  • 2008 - Kini : Ketua Pengerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional.
  • Kini  : Menteri Belia dan Sukan

Kontroversi dan kritikan


Mencabar debat dengan Ketua Pembangkang Parlimen

Pada bulan September 2005, Khairy mencabar Ketua Pembangkang Parlimen, Lim Kit Siang untuk berdebat dengannya dalam Parlimen. Walau bagaimanapun, Lim memberitahunya agar tidak mengajak seorang Ahli Parlimen untuk berdebat dalam Parlimen kecuali menjawat jawatan Ahli Parlimen juga. 

Khairy kemudiannya membidas kenyataan Lim yang menyatakan dia meyuruh Lim berdebat dalam Parlimen dan bukannya berdebat bersamanya dalam Parlimen. Pada tahun 2006, Khairy menggambarkan Lim Kit Siang sebagai ahli Parlimen yang terkebelakang.

ECM Libra

Ketika akhir tahun 2005, beliau juga terlibat dalam penggabungan kontroversi ECM Libra Capital Bhd dengan Avenue Capital Resources Bhd yang merupakan aset kerajaan, menyebabkan kelahiran syarikat ECM Libra Avenue Bhd. Dalam Disember 2005, beliau membenarkan pinjaman oleh bebrapa pemegang saham ECM Libra Avenue Bhd. Untuk membeli satu peratus saham syarikat pada harga 71 sen bagi setiap saham. 

Satu jawatankuasa audit awam yang dipimpin oleh Shahrir Abdul Samad menyiasat tentang wujudnya perbuatan salah dalam penggabungan itu. Pada 10 Ogos, jawatankuasa itu menyatakan penggabungan itu adalah menurut prosedur. Pada 11 Ogos, Shahrir Abdul Samad berkata "Pada prinsipnya, ini adalah konflik dalaman dalam kerajaan." Pada 12 Ogos 2006, Khairy Jamaluddin menjual semua pengangannya dalam syarikat itu pada harga 65 sen sesaham.

Tuduhan amalan nepotisme

Pada tahun 2006, Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan Khairy dikritik hebat oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad, yang menyatakan segala tindak-tanduk Khairy dikawal oleh Abdullah secara langsung. Namun kedua-duanya menafikan tuduhan Mahathir.
Khairy menanggap dirinya sebagai “mangsa keadaan”, tetapi mendesak bahawa apa yang menyebabkan kemarahan Dr. Mahathir adalah disebabkan kelemahan Perdana Menteri dan kabinetnya. 
Khairy juga menyatakan beliau mahu menjadi Perdana Menteri sebelum berumur 40. Beliau sebelumnya menjadi pembantu kepada kerajaan Abdullah namun menafikannya dalam beberapa kenyataan."

SKANDAL - Tuduhan ada hubungan dengan Maya Karin


Naib Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin di Ijok.

Pada Ogos 2006, media arus perdana menuduh Khairy telah mengambil pelakon popular Malaysia, Maya Karin sebagai isteri kedua beliau. Namun, kedua-duanya menafikan kenyataan media ini.

Diskriminasi kaum

Dalam jangkamasa yang singkat, Khairy kemudiannya membuat kontroversi lagi dengan menyatakan Komuniti Cina di Malaysia akan mengambil untung ke atas kaum Melayu jika UMNO lemah. Ini mengakibatkan kemarahan bukan sahaja kepada komponen Barisan Nasional seperti MCA dan Gerakan, tetapi beberapa pemimpin tertinggi UMNO. Di Pulau Pinang, Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dikritik kerana kelemahan membangunkan semula kawasan Balik Pulau yang terlibat dalam bencana tsunami.

Perdana Menteri mempertahankan Khairy, mengatakan media telah salah tafsir beliau. Khairy enggan meminta maaf, dengan menyatakan pendapatnya adalah betul dan penting terhadap kepentingan Islam dan orang Melayu. 
Sementara itu, terdapat reaksi yang kuat terhadap pendapat beliau, kebanyakkan penganalisis politik seperti Raja Petra Kamarudin percaya Khairy cuba untuk mengalihkan pandangan media tentang skandal ECM-Libra. 

Dato' Seri Lim Keng Yaik, bekas presiden Gerakan menganggap Khairy seorang ahli politik yang tidak berkualiti yang cuba untuk menaiki tangga politik Malaysia. Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat dari PAS menganggap ini merupakan strategi UMNO untuk menimbulkan sentimen takut terhadap Melayu supaya Melayu sentiasa menyokong UMNO biarpun dalam pentadbiran kerajaan yang dianggap olehnya sebagai korup.

Memimpin tunjuk perasaan

Pada tahun 2006, semasa lawatan Setiausaha Negara AS Condoleezza Rice ke Kuala Lumpur, Khairy, bersama-sama ahli parti UMNO dan beberapa ahli parti PAS, mengadakan tunjuk perasaan di lokasi pertemuan di mana dia menghantar memorandum bantahan untuk mendesak pengunduran Israel dari Lubnan serta menggantung aktiviti ketenteraan di sana.

Sokongan terhadap lumba haram

Satu lagi kontroversi yang pernah dicetuskan oleh Khairy ialah cubaan gagal beliau serta Abdul Azeez Abdul Rahim untuk menukar gelaran Mat Rempit sebagai "Mat Cemerlang". Mat Rempit ialah gelaran kepada pelumba haram yang majoritinya terdiri daripada remaja Melayu serta menggunakan motosikal yang diubahsuai untuk memenangi dadah, bohsia dan wang di dalam perlumbaan haram. 

Cadangan Khairy agar Mat Rempit "menjadi 'mata' dan 'telinga' pihak polis" telah mencetuskan kemarahan di kalangan mangsa Mat Rempit yang kenderaan mereka pernah dirempuh oleh Mat Rempit serta di kalangan bekas Mat Rempit sendiri.

Tuduhan pemalsuan dalam piihan raya

Walaupun Khairy telah diumumkan secara rasmi sebagai Ahli Parlimen Rembau setelah memenangi Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, dikatakan bahawa dia memenangi kerusi tersebut melalui pemalsuan dalam pilihan raya. Adalah dilaporkan bahawa semasa proses pengiraan Khairy kalah 800 undi di belakang pencabarnya dari Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shaharin, sebelum proses pengiraan semula diminta, dan selepas proses pengiraan semula Khairy mendahului dengan 5,746 undi. Portal atas talian Malaysiakini kemudiannya menyatakan bahawa maklumat yang diterima mengenai proses pengiraan semula adalah tidak tepat dan permohonan maaf sudah dibuat kepada Khairy.

Blog

Khairy Jamaluddin pernah mengkritik kuat blogger yang menyebarkan fitnah, dan menggelar golongan yang mengamalkan hukum rimba ini sebagai beruk

Umno wants bloggers who resort to slander to be brought to book, said Umno Youth deputy chief Khairy Jamaluddin. He said these bloggers did not think about the sensitivities of others and the repercussions their writings can cause. "There are no laws in the cyberworld except for the law of the jungle. As such, action must be taken so that the "monkeys" behave," he told reporters.[19]
Menjelangnya Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12, dia turut menubuhkan blognya dan menyertai komuniti penulis blog. Walau bagaimanapun, blognya dikritik oleh penulis blog lain kerana tidak membenarkan pemberian komen oleh pembaca yang mana dianggap dia enggan menerima pandangan orang lain.

Isu beruk

Dalam Perhimpunan Pemuda UMNO 2007, Khairy Jamaluddin menggelar peserta Perhimpunan Bersih sebagai beruk. Ekoran perkara ini, ahli Parlimen Puchong Gobind Singh telah mencabar Khairy Jamaluddin untuk memohon maaf bagi kenyataan yang dibuatnya. Namun, Khairy Jamaluddin enggan menjawab apabila diminta komennya terhadap cabaran itu ketika ditemui di luar dewan Parlimen pada 5 Mei 2008.

Projek Khinzir Raksasa dan Projek Babi Negara

Pada 12 Mei 2008, Khairy Jamaluddin telah menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat dengan menyamakan PKR dengan Projek Khinzir Raksasa dan dengan memberi peluang kepada ahli-ahli Parlimen lain mencelah untuk memohon penjelasan. Apabila Parti BN disamakan dengan Projek Babi Negara, Khairy Jamaluddin pula meminta Pembangkang menarik balik padahal dia memulakan sandiwara tersebut. 

Tuduhan amalan rasuah bagi pertandingan jawatan Ketua Pemuda UMNO

Pada tahun 2009, Khairy bertanding sebagai calon bagi Ketua Pemuda UMNO yang baru setelah pendahulunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melepaskan jawatannya. Dia bersaing dengan calon-calon lain iaitu Mukhriz Mahathir dan Khir Toyo. Namun demikian, kontroversi tercetus apabila Khairy dibenarkan bertanding oleh Lembaga Disiplin UMNO walaupun dia didapati bersalah kerana terlibat dalam politik wang, sementara pesalah lain yang didapati bersalah atas kesalahan yang sama, seperti Mohd Ali Rustam yang sepatutnya bertanding bagi jawatan Naib Presiden UMNO, tidak dibenarkan bertanding bagi jawatan masing-masing. Namun demikian, Khairy menafikan tuduhan tersebut, sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan di laman blognya.

Desakan Pemuda MCA Perak

Pada 17 Oktober 2008, perwakilan pemuda MCA dari Perak, Ting Tai Fong menggesa agar Khairy Jamaluddin ditahan di bawah ISA kerana membangkitkan nisbah kuota biasiswa untuk bumiputera dan bukan bumiputera yang berunsur perkauman. Khairy hadir dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda MCA Ke-45 di Wisma MCA. Khairy meminta transkrip ucapan perwakilan Pemuda MCA. Namun, Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong dilaporkan enggan memberikan kerjasama kepada ahli parlimen Rembau, yang meminta beliau berbuat demikian, dengan alasan "saya bukan orang suruhan" Khairy.

Sebenarnya Khairy menggesa nisbah kuota biasiswa dinaikkan dari 55:45 kepada 67:33 (antara pelajar bumiputera dengan bukan bumiputera) agar mencerminkan lebih kurang komposisi penduduk . Nisbah asal ialah 90:10 ( 90 % Bumiputera dan 10 % Bukan Bumiputera).

KISAH SEDIH KHAIRY JAMALUDDIN....ADAKAH PENGAKHIRANNYA TURUT SEDIH? Monday, September 6, 2010 Siapa tak kenal Khairy Jamaluddin,lulusan Oxford,menantu bekas Perdana Menteri dan mesra dipanggil sebagai KJ.Beliau ini naik terlalu cepat.Penglibatan dan karier politik beliau ketika Tun Abdullah di ambang kuasa.Beliau bukanlah calang-calang orang.Pelajarannya tinggi,memiliki ijazah Falsafah,Politik dan Ekonomi di Universiti Oxford.Malah,beliaulah orang yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia ketika berumur 40 tahun.Agak hebat sekali cita-cita beliau biarpun dilihat tidak berpijak di bumi yang nyata.Kalau beliau berazam tinggi sekalipun,beliau harus memintas jalan Muhyiddin,Zahid Hamidi dan Hishamuddin untuk berada di tampuk teratas kepimpinan utama negara dalam tempoh yang singkat.KJ sebenarnya boleh dianggap layak dari segi teori ilmunya dalam politik,tapi dari segi praktikalnya,beliau sebenarnya kurang bernasib baik sama sekali. Kerana beliau naik terlalu mudah,usaha untuk menjatuhkannya juga terlalu mudah.Tetapi beliau ini orang yang pandai mengatur strategi juga.Pandai mendepani dan menyesuaikan diri dalam keadaan semasa demi survival dan keuntungan politik sendiri.Ketika beliau mula terkenal,ketika menjadi Timb.Ketua Pemuda,seteru utama beliau adalah mantan Perdana Menteri,Tun Mahathir Mohamad.Dan sampai sekarang pun mereka masih menjadi seteru.Entah mengapa,benci benar Tun pada susuk tubuh Khairy Jamaluddin.Seumpama KJ ini pernah meliwat anaknya Si Mukhriz!Pelbagai kata-kata dituju Tun buat KJ,malah dilabel sebagai PM Malaysia tatkala Tun Abdullah lesu tertidur.Tika itu jugalah kita mendengar cerita budak-budak Tingkat 14.Tun begitu mahu menjatuhkan dan melenyapkan KJ ini.Lihatlah,pengaruh Mahathir-Najib mampu menyebabkan KJ mendapat pencalonan kurang dari Mukhriz Mahathir.Malah,kalau jumlah pencalonan yang menentukan siapa layak menjadi Ketua Pemuda,KJ telah lama terpelanting keluar. Tapi,Allah ingin memanjangkan hayat politik insan bergelar KJ ini.Beliau ditakdirkan menang jawatan Ketua Pemuda UMNO.Menewaskan Mukhriz anak Mahathir dan Khir Toyo(yang tidak muda).Kemenangan KJ umpama mencurah petrol ke atas api kebencian Tun Mahathir pada KJ.Lalu negara menyaksikan politik balas dendam berlaku.KJ yang sedari dulu mengidam jawatan Menteri tak diberi peluang.Pakatan Najib-Mahathir tidak membenarkan KJ pergi jauh dalam politik.Malah,bagi menyakitkan lagi hati KJ,diberi pula jawatan Timbalan Menteri pada Mukhriz.Kalau dari segi hak,memang KJ lebih berhak dan layak.Tapi apakan daya.KJ terpaksalah mendoakan Tun M pergi menghadap Ilahi dahulu.Barulah boleh menghantar resume menteri pada Najib.Semenjak itu,KJ dilihat menyepi,menyisih dan memencilkan diri.Mungkin makan hati dengan Najib.Pergerakan Pemuda yang sebelum ini sering bersilat dan berkeris dilihat mengurangkan semangat Ketuanan Melayu. Bagi mereka yang tidak mengikuti perkembangan politik KJ ini,mereka tentunya beranggapan KJ ini telah berpatah arang berkerat rotan sama UMNO.Sudah beberapa kali namanya diabaikan dalam senarai menteri. Hati siapa tidak sedih.Rupa-rupanya,Khairy ini diam-diam ubi berisi.Beliau sebenarnya mengatur strategi dan menjenamakan dirinya semula.Kalau semasa zaman kemuncak Pak Lah,KJ ini dilihat berjiwa Melayu dan bersama golongan elitis,kini KJ cuba mengubahnya.Cakapnya pun makin matang dan berlapik.Tidak lagi mudah melabelkan orang seperti beruk-beruk di jalanan.Baguslah,KJ mula menggunakan ilmu Oxfordnya secara meluas.Beliau kin terkehadapan dalam soal kesamarataan hak,tidak lagi bersikap racist malah dilihat cuba memenangi hati pergerakan pemuda MCA dan MIC.Kini,seteru KJ makin bertambah.Orang itu adalah Presiden Perkasa,Ibrahim Ali.Pak Him yang lantang dengan ketuanan Melayu dilabel KJ sebagai jaguh kampung dan penghalang semangat 1 Malaysia.Dan KJ kini dilihat sebagai menjadi hero rakyat Malaysia yang anti-racist.Kaum lain sememangnya menganggap Perkasa sebagai bersifat racist.Dan apabila KJ berkontradiksi dengan Perkasa maka beliau tentulah diangkat sebagai pejuang keadilan kaum.Itulah yang cuba beliau lakukan. Kini,KJ menerima tentangan hebat,bukan dari Pakatan Rakyat,bukan dari Pas atau PKR tapi tentangan dari dalam UMNO itu sendiri.KJ ini harus ditamatkan riwayat politiknya.Persoalannya,kenapa?Kita lihat betapa Presiden dan Mursyidul Am Perkasa(Mahathir) terus-menerus menentang KJ ini.Dan lebih daripada itu,kini wujud satu gerakan dari kalangan bloggers proUMNO bagi memburuk-burukkan nama KJ ini.Malah,ada yang mendesak beliau meletakkan jawatan kerana tidak layak menjadi KP UMNO.Blog Papa Gomo contohnya melabelkan Khairy ini sebagai petualang bangsa,sebaris dengan pemimpin PR.Pelik bukan? Kini KJ jarang ditempelak PR sebaliknya menerima kutukan orang UMNO sendiri. Sebagai seorang yang bernama Khairy Jamaluddin,beliau tentunya kecewa.Beliau tidak diberi peluang menjadi menteri,sekurang-kurang Menteri Belia dan Sukan sekalipun.Idea yang diberi beliau dipandang sepi.Pemuda UMNO di bawahnya senyap dan kurang bergerak.Malah,populariti Pemuda UMNO sedikit merudum jika dibandingkan dengan Wira Perkasa pimpinan Armand PJU.Terbaru,media melaporkan bahawa KJ sedih kerana hasil kajian selama enam bulan oleh Makmal Pemuda BN dipandang sepi oleh Najib dan kabinet.Hina sangatkah Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda.Beliau ini semakin jauh daripada UMNO.Samada jarak itu sengaja dibuat olehnya atau beliau dijarakkan oleh musuh-musuh beliau dalam UMNO.Lalu,beliau pernah berkira-kira tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO selepas ini.Lebih daripada itu,baru-baru ini juga beliau berhasrat keluar parti sekiranya majoriti ahli UMNO menyokong Perkasa.Begitulah nampaknya jalan yang bakal diambil Khairy,demi meneruskan cita-cita politik beliau. Persoalannya,kenapa Khairy ingin benar dijatuhkan?Secara pemerhatian peribadi,KJ ini harus ditendang kerana cita-cita beliau yang terlampau tinggi.Beliau sebenarnya ditendang oleh mereka-meraka yang turut berhasrat mendaki puncak menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.Dan benarlah,KJ dan Anwar ini cita-citanya sama.Dan harga yang perlu dibayar untuk cita-cita mereka juga akan dilihat setimpal. Apapun Khairy,carilah jalan untung,bukan terus mendukung biawak hidup di dalam UMNO.....

Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ

KISAH SEDIH KHAIRY JAMALUDDIN....ADAKAH PENGAKHIRANNYA TURUT SEDIH? 

Siapa tak kenal Khairy Jamaluddin,lulusan Oxford,menantu bekas Perdana Menteri dan mesra dipanggil sebagai KJ.Beliau ini naik terlalu cepat. Penglibatan dan karier politik beliau ketika Tun Abdullah di ambang kuasa.

Beliau bukanlah calang-calang orang.Pelajarannya tinggi,memiliki ijazah Falsafah,Politik dan Ekonomi di Universiti Oxford.Malah,beliaulah orang yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia ketika berumur 40 tahun. Agak hebat sekali cita-cita beliau biarpun dilihat tidak berpijak di bumi yang nyata.

Dapatkah KJ MEMINTAS Muhyiddin,Zahid Hamidi dan Hishamuddin?
Beliau dah memintas Muhyiddin,Zahid Hamidi nampaknya menghadapi nasib seperti Najib. Keluarga menjadi DURI kepada kerier politik mereka dan kadar hayat semakin pendek. Sementara Hishamuddin walau pun berada di tampuk teratas kepimpinan utama negara tapi tidak meyakinkan.

KJ sebenarnya boleh dianggap layak dari segi teori ilmunya dalam politik,tapi dari segi praktikalnya,beliau sebenarnya kurang bernasib baik sama sekali. Kerana beliau naik terlalu mudah,usaha untuk menjatuhkannya juga terlalu mudah.Tetapi beliau ini orang yang pandai mengatur strategi . Pandai mendepani dan menyesuaikan diri dalam keadaan semasa demi survival dan keuntungan politiknya.

Lihatlah kes RASUAH terbaru di Kementeriannya yang penulis telah postkan di dalam FB:

SELUTE, Bro....dah lama rasanya tak pernah dengaq Menteri beri jawapan dan bertanggung jawab ke atas Kementeriannya tanpa MENUDINGKAN jari telunjuknya ke tempat lain. Tahniah Brooo....

DI PARLIMEN HARI INI..........

Clear cut. Jawab semua soalan. Even Oppo MPs congratulate him for being transparent.

YB KJ hadir sendiri di parlimen sebentar tadi untuk jawab isu penyelewengan dana awam oleh pegawai kanan KBS termasuk gesaan untuk beliau letak jawatan. YB KJ jawab soalan dari YB Puchong, Pokok Sena, Sepang, Bayan Baru, Shah Alam, Beruas dan beberapa lagi Ahli Parlimen. 

Dikala Lim Guan Eng sedang menukar gear mengenai Beli Rumah harga murah dan dikala SPRM berkampung di Komtar Penang, KJ memotong di selekoh tajam, Bila disoal tentang kedudukannya sebagai Menteri, YB KJ serahkan kepada YAB PM untuk menentukan.

YB KJ tegaskan beliau tidak akan lari dari tanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan. Sekarang ini hanya menunggu segala proses siasatan selesai. 

"Ada lagi soalan?" adalah PENYUDAH MAUT yang di berikan oleh KJ.



Ketika beliau mula terkenal,ketika menjadi Timb.Ketua Pemuda,seteru utama beliau adalah mantan Perdana Menteri,Tun Mahathir Mohamad. Entah mengapa, benci benar Tun pada susuk tubuh Khairy Jamaluddin.
Pelbagai kata-kata dituju Tun buat KJ,malah dilabel sebagai PM Malaysia tatkala Tun Abdullah lesu tertidur.Tika itu jugalah kita mendengar cerita budak-budak Tingkat 4.Tun begitu mahu menjatuhkan dan melenyapkan KJ ini. Lihatlah,pengaruh Mahathir-Najib mampu menyebabkan KJ mendapat pencalonan kurang dari Mukhriz Mahathir. Malah,kalau jumlah pencalonan yang menentukan siapa layak menjadi Ketua Pemuda, KJ telah lama terpelanting keluar. 

Tapi,Allah ingin memanjangkan hayat politik insan bergelar KJ ini. Beliau ditakdirkan menang jawatan Ketua Pemuda UMNO. Menewaskan Mukhriz dan Khir Toyo. Kemenangan KJ umpama mencurah petrol ke atas api kebencian Tun Mahathir pada KJ. Lalu negara menyaksikan politik balas dendam berlaku. KJ yang sedari dulu mengidam jawatan Menteri tak diberi peluang.

Pakatan Najib-Mahathir tidak membenarkan KJ pergi jauh dalam politik. Malah,bagi menyakitkan lagi hati KJ,diberi pula jawatan Timbalan Menteri pada Mukhriz. Kalau dari segi hak,memang KJ lebih berhak dan layak.Tapi apakan daya. KJ terus di sisihkan oleh Najib.

Semenjak itu,KJ dilihat menyepi,menyisih dan memencilkan diri. Mungkin makan hati dengan Najib. Pergerakan Pemuda yang sebelum ini sering bersilat dan berkeris dilihat mengurangkan semangat Ketuanan Melayu. Bagi mereka yang tidak mengikuti perkembangan politik KJ ini,mereka tentunya beranggapan KJ ini telah berpatah arang berkerat rotan sama UMNO. KJ merajuk habis.

Sudah beberapa kali namanya diabaikan dalam senarai menteri. Hati siapa tidak sedih. Dalam diam Khairy sebenarnya mengatur strategi dan menjenamakan semula dirinya. Kalau semasa zaman kemuncak Pak Lah,KJ ini dilihat berjiwa Melayu dan bersama golongan elitis,kini KJ cuba mengubahnya. Cakapnya pun makin matang dan berlapik. Dia membena jambatan dengan Tun M dan dia tidak lagi melabelkan orang seperti beruk-beruk di jalanan.


Baguslah,KJ mula menggunakan ilmu Oxfordnya secara meluas. Beliau kini terkehadapan dalam soal kesamarataan hak,tidak lagi bersikap racist malah dilihat cuba memenangi hati pergerakan pemuda MCA dan MIC. Kini,seteru KJ semakin berkurangan dan tidak bertambah seperti masa Tun M "MELOBI" Najib supaya Mukhris menjadi MB Kedah. 

Presiden Perkasa,Ibrahim Ali yang lantang dengan ketuanan Melayu dilabel KJ sebagai jaguh kampung dan penghalang semangat 1 Malaysia. Dan KJ kini dilihat sebagai menjadi hero rakyat Malaysia yang anti-racist. Kaum lain sememangnya menganggap Perkasa sebagai bersifat racist. Dan apabila KJ berkontradiksi dengan Perkasa maka beliau tentulah diangkat sebagai pejuang keadilan kaum. Itulah yang cuba beliau lakukan. 

Dimasa KJ sering bersuara, dia menerima tentangan hebat,bukan dari Pakatan Rakyat,bukan dari Pas atau PKR tapi tentangan dari dalam UMNO itu sendiri. KJ ini harus ditamatkan riwayat politiknya.Persoalannya,kenapa? Kita lihat betapa Presiden dan Mursyidul Am Perkasa(Mahathir) terus-menerus menentang KJ ini. Dan lebih daripada itu,kini wujud satu gerakan dari kalangan bloggers proUMNO bagi memburuk-burukkan nama KJ ini.

Malah,ada yang mendesak beliau meletakkan jawatan kerana tidak layak menjadi KP UMNO. Ada bloger yang melabelkan Khairy ini sebagai petualang bangsa,sebaris dengan pemimpin PR. Pelik bukan?

Kini KJ jarang ditempelak PR mahupun kutukan dari orang UMNO sendiri. Sebagai seorang yang berpendidikan tinggi Khairy Jamaluddin tahu apa yang yang harus di buat. Beliau telah diberi peluang menjadi Menteri Belia dan Sukan dan semasa Lawatan Obama ke Malaysia, Khairi mengiringinya. Nampak penuh keyakinan Pemimpin Masa Hadapan.

Siapa yang BERGAYA sebelah Obama?

Pemuda UMNO di bawahnya senyap dan kurang bergerak. Malah,populariti Pemuda UMNO sedikit merudum jika dibandingkan dengan Wira Perkasa pimpinan Armand PJU. Tapi kini tidak lagi. Beliau ini semakin jauh meninggalkan Pemimpin muda UMNO yang lain. Samada jarak itu sengaja dibuat olehnya atau beliau dijarakkan oleh musuh-musuh beliau dalam UMNO itu kurang di mengertikan, Tapi apa yang jelas Kepimpinannya mula di terima dan "Kurang Bercakap" tapi banyak kerja dan projek yang di jalankan oleh Peuda UMNO yang tidak di VIRALKAN. Menggunakan KAEDAH SUB-KPU, banyak kerjanya di jadikan Kerja Pemuda Kawasan.......sangat bijak.

Persoalannya, kenapa Khairy ingin benar dijatuhkan? Secara pemerhatian peribadi, KJ ini harus ditendang kerana cita-cita beliau yang terlampau tinggi.
Beliau sebenarnya ditendang oleh meraka yang turut berhasrat mendaki puncak menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO. Benarlah,KJ bercita-citanya tinggi dan harga yang perlu dibayar untuk cita-citanya juga dilihat setimpal. Apapun Khairy, nampaknya di laluan yang menguntungkan, strateginya menjarakkan diri dengan Pemimpin-pemimpin yang lain mula menampakkan hasil seperti kata Zainuddin Maidin.....

KHAIRY JAMALUDDIN AKAN JADI PM  – ZAINUDDIN MAIDIN

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar merupakan calon terbaik bagi menggantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, namun jalan untuk Ketua Pemuda Umno itu bukan mudah. Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, ini kerana Umno akan mencaras Khairy dan beliau hanya boleh menjadi Perdana 
Menteri pada lewat usianya.
 
“Kalau kita bandingkan semua pimpinan yang ada. Pemimpin yang terbaik layak mengganti Najib adalah Khairy.
Khairy Jamaluddin hanya akan jadi PM ketika sudah tua - Zainuddin Maidin
Khairy Jamaluddin hanya akan jadi PM ketika sudah tua – Zainuddin Maidin
 “… dia calon yang layak, berkarisma, dia juga boleh bertutur dengan baik sama ada dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris,” katanya dalam satu wawancara dengan sebuah portal. Zainuddin atau dikenali dengan panggilan Zam diminta mengulas mengenai siapakah individu paling layak menggantikan Najib. Zam menambah, selain faktor populariti Khairy Jamaluddin di kalangan anak muda, menantu Tun Abdullah Ahmad Badawi itu juga berkebolehan untuk meyakinkan dan mendapatkan semula sokongan rakyat terhadap BN.

“Dia semakin cerdik dan semakin mengimbangi politiknya. Dia juga tidak menampakkan bahawa dia menerima sepenuhnya pengisian dalam 1MDB dan dia juga banyak berusaha meyakinkan rakyat terhadap apa yang bakal dilakukan oleh kerajaan.

“Kalau kita bagi beliau peluang, sekarang juga dia boleh dapatkan sokongan rakyat terhadap kerajaan dari pelbagai kaum, bangsa, agama dan umur. Tetapi, tetapi tak boleh! Dia tidak akan mendapat tempat sepantas yang kita kehendaki. Dia hanya akan menjadi Perdana Menteri di hari tua,” katanya lagi.
Sumber : Sinar


 AMUKANMelayu - Khairy Jamaluddin hanya akan jadi PM ketika sudah tua, adalah sesuatu yang amat mendalam.......sedangkan banyak ramalan mengatakan Najib hany mampu bertahan sehingga 2018. Ini berti KJ perlu membuat persiapan dalam 2 tahun ini.