Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyelar tindakan  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina  Othman kerana didakwa mendahului kuasanya berhubung halangan soalan berkaitan RM2.6 bilion tidak boleh 
dibangkitkan di Dewan Rakyat kerana dianggap subjudis.

Menurut Pandikar, tindakan yang dilakukan Azalina itu dilihat cuba melangkaui atau ‘pre-empt’ kuasanya sebagai seorang speaker.

“Di sini, menteri telah pre-empt isu ini. Anda memikul kuasa speaker yang mana ia salah. Jadi, jangan ada  mana-mana menteri yang mengulanginya. Itu adalah kuasa speaker.

sprm najib ditangkap
SPRM tiada komen kenyataan Azalina

“Kalau tidak, menteri-menteri ini orang anggap telunjuk 
speaker,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.

Minggu lalu, Azalina berkata, soalan berhubung ‘derma 
politik’ RM2.6 bilion yang berada di akaun bank peribadi 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lagi boleh 
dibangkitkan di Parlimen.


Beliau berkata ini kerana perbincangan itu adalah subjudis berikutan semakan kehakiman yang difailkan oleh Badan Peguam Malaysia terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Badan Peguam mengheret Apandi ke mahkamah kerana keputusannya untuk tidak meneruskan dakwaan terhadap Najib dan ‘membersihkan’ perdana menteri daripada sebarang salah laku berhubung sumbangan 
RM2.6 bilion dan dana RM42 juta milik SRC International. – Mkini / Foto The Star