Peperangan kini bermula, kata "Pemberontak" UMNO
Muhyiddin tidak lagi mempunyai alasan untuk terus berdiam diri. Dia boleh buat apa sahaja sekarang ini.Pemberontak UMNO kini mengisytiharkan perang keatas parti itu dan juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak selepas menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO. Bekas Naib Ketua Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Majlis Tertinggi (MT) UMNO telah mengabaikan pandangan akar umbi sehingga tergamak menggantung Muhyiddin yang bersuara demi kepentingan rakyat dan negara.
“Saya setuju dengan penggantungan ini, dan dia (Muhyiddin) tidak lagi mempunyai alasan untuk terus berdiam diri. Dia boleh buat apa sahaja sekarang ini.
“Peperangan kini telah bermula. Jika ini yang mereka (UMNO) mahukan, ia perkara yang baik memandangkan kami kini bebas untuk berkata apa-apa sahaja.
“Muhyiddin dan kami tidak lagi terikat dengan undang-undang dan peraturan parti. Saya berpegang pada kata-kata saya, kami akan pergi ke seluruh negara untuk menyedarkan masyarakat mengenai rasuah dan kelakuan salah yang Najib lakukan,” katanya ketika dihubungi FMT.
Bekas ahli UMNO, Anina Saaduddin pula menyatakan Najib dan MT UMNO telah melakukan kesilapan besar dengan menggantung Muhyiddin. Hal ini kerana, mereka terpaksa berhadapan dengan 30 juta rakyat Malaysia.
“Rakyat dan akar umbi sayangkan Muhyiddin. Mereka tahu bahawa keputusan menggantung beliau bukan kerana beliau melakukan sebarang kesalahan, tetapi hanyalah Najib cuba menutupi kesalahan sendiri.
“Hanya kerana seorang individu yang panik, ramai tergugur. Muhyiddin tidak perlu bersedih kerana beliau tidak dihukum oleh orang yang ikhlas, tetapi seorang penjahat,” ujarnya kepada FMT.
Penyokong Ahli Parlimen Pagoh itu juga tidak perlu bersedih dengan penggantungan itu, sebaliknya ia harus menjadi pembakar semangat buat mereka.
“Ini bukan perjuangan Muhyiddin seorang atau perjuangan pemberontak, tetapi perjuangan rakyat,” katanya.
Mantan TPM |
Majlis Tertinggi (MT) Umno
hari ini sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Tan Sri
Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden parti berkuat kuasa serta
merta.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Naib Presiden Unmo Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjalankan tugas-tugas timbalan presiden itu.
"Mesyuarat MT telah membuat keputusan seperti berikut, di bawah fasal 10.15 Perlembagaan Umno, MT telah bersetuju sebulat suara untuk menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin berkuat kuasa serta merta.
"Tempoh penggantungan jawatan timbalan presiden adalah sehingga pemilihan Majlis Tertinggi akan datang. Jawatan-jawatan lain (dalam parti) yang disandang Tan Sri Muhyiddin dikekalkan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat berkenaan di Ibu Pejabat Umno, di sini.
Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Tengku Adnan berkata usul mengenai penggantungan jawatan Muhyiddin itu dikemukakan kepada MT secara konsensus. Beliau berkata memandangkan tiada pemangku jawatan timbalan presiden dalam perlembagaan parti, MT memutuskan supaya Ahmad Zahid menjalankan tugas-tugas timbalan presiden.
Menurutnya Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri dan Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri telah memohon meninggalkan mesyuarat MT itu kerana tidak mahu terlibat dalam perbincangan usul pergantungan itu.
"MT bersetuju permintaan kedua-dua pemimpin itu dan melantik Datuk Seri Hishammuddin untuk mempengerusikan sementara mesyuarat bagi membincangkan usul itu," katanya.
Tengku Adnan berkata Muhyiddin telah diberitahu mengenai mesyuarat itu, namun beliau memaklumkan tidak dapat hadir menghadirinya menerusi faksimili.
"Begitu juga dengan Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang memaklumkan beliau tidak dapat hadir. Ketidakhadiran Tan Sri Muhyiddin tidaklah boleh dianggap sebagai tidak diberi hak dan peluang untuk membela diri," katanya.
Menurutnya perbincangan usul itu berlangsung lebih dua jam dan semua anggota MT diberi ruang dan peluang untuk menyatakan pendapat mereka.
Beliau berkata MT mengambil maklum bahawa Umno mendukung prinsip kebebasan bersuara dan tidak pernah mengekang mana-mana pemimpin Umno untuk menyuarakan pendapat tetapi perlu melalui saluran yang betul.
"Tugas utama timbalan presiden seperti termaktub dalam fasal 9.8.2.1 Perlembagaan Umno adalah untuk membantu presiden tetapi dalam kes Tan Sri Muhyiddin, beliau dilihat tidak menjalankan kewajipan seperti yang diperuntukan dalam perlembagaan Umno.
"MT memandang serius mana-mana jawatan utama dalam Umno yang dilihat tidak mendukung aspirasi dan dasar parti," katanya.
Tengku Adnan berkata semua keputusan yang dibuat MT adalah berdasarkan peruntukan perlembagaan Umno yang mengambil kira suasana politik semasa.
"Perilaku Tan Sri Muhyiddin tidak mencerminkan beliau selaku Timbalan Presiden Umno yang sepatutnya membantu Presiden Umno mengukuhkan parti dan beliau telah undermine (melemahkan) parti," katanya.
Selain memegang jawatan Timbalan Presiden, Muhyiddin juga merupakan Ketua Umno Bahagian Pagoh. Tengku Adnan juga enggan mengulas mengenai kedudukan Shafie sebagai Naib Presiden parti. - Bernama
Rasa Penulis, tahun 2015 adalah tahun di mana ramai Ahli UMNO di pecat. Jika di tengok dari senerio UMNO dan PAS, nampaknya TGHH lebih bijak MENGNAKHODAI Kapalnya. Dengan bekerjasama ngan DAP, dengan mudah TGHH dapat melihat KECURANGAN yang berlaku dari sebahagian dari Pemimpin-pemimpin Kanannya......dan dengan STRATEGI 1 batu membunuh dua ekor burung.....TGHH membawa PAS keluar dari KEPUNGAN DAP dan yang tinggal bersama DAP adalah PEMBELUT pada perjuangan PAS selama ini. Kini PAS bersih dari anasir GUNTING dalam lipatan.
Tapi berlainan dengan UMNO. Najib dan Ku Nanan cuba "BERSIHKAN" UMNO dari gejala yang sama, tapi sayang.......UMNO sudah kehilangan arah perjuangan. Sudah beberapa kali penulis ingatkan pada Ahli UMNO. Balik kepada PERJUANGAN asal(Alif, Ba dan Tha).
Tp malang.....sepet sudah mendapat segalanya dari pemimpin yang lemah dan dengan jelas sekarang, HASIL MAHSUL Negara di kaut, di miliki dan di monopoli oleh kaum pendatang sedangkan pribumi menangis sendiri. Lihat dalm Perlembagaan dan bagaimana Kepimpinan Melayu melanggar dan MENCANGGAH Perlembagaan hanya kerana MENGEMIS UNDI CINA.
Dan bila ada yang menentang PERKARA ini....maka inilah di lebelkan sebagai PEMBERONTAK. Maka habis di pecat dan di gantung.....jelas perbezaan UMNO dan PAS. UMNO kini menjadi BENTENG terakhir MEMPERTAHANKAN Najib dan bukan lagi mempertahankan perjuangan Alif Ba dan Tha. UMNO sudah tidak berguna lagi kepada perjuangan Orang Melayu selagi Najib menjadi pemimpinnya. Lihat apa yang berlaku di Baling ini.
Ketua UMNO Cawangan Baling di Pecat Kerana Perjuangkan Nasib Penoreh Getah

Minta Harga Getah Naik Terus Di Pecat !!
Sedih saya petang ni apabila seorang Pejuang Penoreh Getah di Baling iaitu Pak su Zamri Yaakob telah dibuang kerja oleh Dato Ahli Parlimen Baling Azeez Rahim (Pengerusi TH) .. pak su Zamri dipecat kerana bersama dengan penoreh getah menuntut harga getah di naikan oleh Kerajaan .. Tahniah buat DS Azeez Rahim dan buat Pak Su Zamri anda adalah pejuang tulen mempertahankan penoreh getah di kedah..
Dalam Al-Quran dah dinyatakan mengenai ciri2 pemimpin akhir zaman..
AMUKANMelayu - UMNO SAMA UMNO BERGADUH CINA YANG KENYANG