Ramai Orang Ingat Najib Seorang Penyangak
Adakah malangnya rakyat malaysia mendapat PM seperti ini? Allah hendak menunjukkan kepada kita bahawa PM sememangnya telah mencuri harta rakyat. Kita dapati berjuta-juta wang dari SRC International telah dimasukkan ke dalam akaun peribadinya dan kemudian membelanjakannya sesuka hati. Benarkah begitu?
Bukannya dia memberi sedekah kepada fakir miskin atau memberi biasiswa percuma kepada pelajar pintar?, Tetapi kata sesetengah "RADIO BURUK" dia bersama isteri telah membeli barangan mewah di merata dunia. Tidak cukup dengan itu, dia juga memberikan sebahagian wang tersebut kepada anaknya.......benarkah semua ini?
Beberapa badan penyiasatan telah membongkar resit-resit pembelian dan pembelanjaan yang dibuat oleh Najib dan isterinya. Bahkan mereka jugamenyertakan penyata akaun bank milik Najib sebagai bukti bahawa Perdana Menteri kita ini telah mengambil duit rakyat. Jika dia berkata seseorang yang mencuri harta rakyat adalah seorang penyangak, maka dialah penyangak tersebut!
Antara resit-resit barangan dan pembelian yang telah dibongkar oleh ABC News:
1) USD1,039,369.91 (RM3,320,670.65) untuk pembelian barang kemas intan permata di dalam bulan September 2014 melalui kredit kad AmBank.
2) RM360,000 dibelanjakan di gedung pakaian JAKEL
3) RM395,782.40 dibelanjakan untuk menginap di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
4) RM178,000 dibayar kepada Two One Holidays Malaysia, sebuah ejen pelancongan.
5) RM167,959.50 dibayar kepada Signature Exotic Cars, sebuah syarikat kereta mewah (mungkin kerana pembelian kereta berkuasa tinggi)
Wall Street Journal juga membongkar dokumen-dokumen pembelian yang telah dibelanjakan oleh Najib. Antaranya:
1) USD130,625 (lebih kurang RM418,000) telah dibelanjakan di kedai Chanel semasa Najib Razak bermain golf bersama Presiden Barack Obama dalam bulan Disember 2014 (ketika itu banjir besar melanda Semenanjung Malaysia). Bayaran dibuat melalui kredit kad AmBank.
2) USD70,000 (lebih kurang RM224,000) diberi kepada anaknya Ashman (seorang DJ amatur).
3) USD14 juta (lebih kurang RM44.8 juta) telah diberi kepada syarikat gedung pakaian JAKEL dari tahun 2011 hingga 2014
4) €750,000 (lebih kurang RM3,750,000) telah dibayar kepada De Grisogono, sebuah kedai barangan kemas intan permata di Itali di dalam bulan Ogos 2014.
Dengan terbongkarnya perangai Najib yang sebenar, maka lebih elok jika para penasihatnya berkerja keras untuk menegakkan benang yang basah melindungi Najib. Najib mestilah dipertahankan dari serangan anasir-anasir yang cuba mendesak si penyangak ini untuk meletakkan jawatan.
Adalah lebih baik jika pegawai-pegawai media Najib dan para menterinya yang dangkal lagi bodoh cuba untuk menjustifikasikan kenapa dan bagaimana Najib tergamak untuk mengambil duit dari 1MDB dan SRC International dan berbelanja untuk kepentingan peribadi.
Adakah dia fikir duit 1MDB dan SRC International itu duit dirinya sendiri?
Oleh kerana tidak ada alasan lain yang boleh dibuat, mereka diam membisu sejak beberapa minggu yang lalu.
Tidak payahlah pengampu dan pembodek Najib membuat kenyataan media mempertikaikan Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Afdal atau Dato’ Seri Mukhriz Mahathir. Bukan mereka yang mencuri duit 1MDB dan SRC International.
Inilah masa yang sesuai untuk mereka yang buta tuli ini berkata sesuatu. Takkan mereka juga sanggup membiarkan muka dipalit najis? Adakah mereka tidak malu bekerja dengan seorang pencuri? Siakap senohong gelama ikan jenahak, bercakap bohong lama-lama jadi penyangak. Siapa yang hendak percaya pada penyangak? Adakah penyangak masih boleh menjadi Perdana Menteri?
Kata-kata Pujangga Dr Maza ini amat menyentuh hati.....
Infografik yang terdapat di dalam sosial media. Sila klik atau ‘zoom in’ untuk membaca.
Senarai Gaji Perdana Menteri Malaysia dan Gaji Menteri Malaysia :
- Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
- Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan
- Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
- Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
- Setiausaha Parlimen – RM 7,187.40 sebulan
- Ahli Dewan Negara – RM 6,508.59
- Ahli Dewan Rakyat – RM 4,112.79
- Elaun-elaun Menteri? Elektrik, minyak, majlis-majlis keramaian, bil telefon, bil air, bil elektrik, bercuti, driver, kereta dan lain-lain lagi. Semuanya ditanggung
Formula untuk pengiraan elaun mantan Ahli Parlimen:
- Pencen: 1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji
Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM 2,056.40. Lagi lama berkhidmat sebagai MP, lagi banyak pencen dia akan dapat.- Ini tidak termasuk elaun perjalanan, penginapan dan peribadi yang boleh dipinta sekiranya Ahli Parlimen menghadiri penggal sessi persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
- Gratuiti: 1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)
Berita Semasa sambung pula gaji Menteri Besar, Exco di negeri-negeri lain. Jikalau gaji Perdana Menteri, Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen adalah tertakluk di bawah peruntukan kerajaan persekutuan, tetapi untuk Menteri Besar, gaji Exco negeri-negeri adalah di bawah peruntukan kerajaan negeri.
Setiap negeri ada enakmen mereka dan gaji ni semua adalah di bawah Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan). Di bawah ini adalah contoh gaji Menteri Besar dan exco di sebuah negeri.
ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) – RM4,112.79
- Menteri Besar – RM14,175.15
- Anggota Exco kerajaan negeri – RM6,109.29
GAJI DAN ELAUN LIM GUAN ENG LEBIH RM 50, 000 SEBULAN
March 19, 2016
by MT Webmaster
MyKMU
Lim Guan Eng dalam satu kenyataannya mendakwa gajinya yang diterima sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang berjumlah RM14,175.15 sebulan merupakan yang paling rendah di Malaysia.
Tapi untuk Guan Eng menekankan kononnya gaji KM Pulau Pinang yang diterimanya paling rendah di negara ini bagi menonjolkan betapa marhaen dan prihatinnya dirinya dan DAP, amatlah tak menepati realiti. Kononnya itu sajalah sumber pendapatan Guan Eng.
Betul gaji hakiki Guan Eng sebagai KM Pulau Pinang ‘hanya’ berjumlah RM14,175.15 sebulan. Tapi, itu sajakah yang masuk poket Guan Eng saban bulan sejak 2008 hingga sekarang?
Guan Eng tak umumkan pun bahawa dengan kenaikan gaji ADUN Pulau Pinang, dia sendiri selaku ADUN Air Putih berpeluang menikmati tambahan wang ringit dari RM6,000 kepada RM11,250.
RM14,175.15 gaji KM ditambah gaji baru ADUN RM11,250.00 dah jadi RM25,425.15 pendapatan Guan Eng untuk sebulan. Masih sedikitkah tu? Ada lagi sumber lainnya.
Suka penulis berkongsi info yang dibentangkan dalam Sidang DUN Pulau Pinang pada November 2011 yang menyatakan gaji dan elaun Guan Eng keseluruhannya berjumlah RM46,521.27 setiap bulan.
Jumlah tersebut merangkumi gaji & elaun sebagai KM, ADUN, Ahli Parlimen dan macam-macam lagi jawatan yang dipegangnya.
Angka RM46,521.27 itu dari tahun 2011. Dalam tempoh itu hingga 2015 tentulah banyak jawatan lain di peringkat agensi dan jabatan kerajaan negeri yang Guan Eng terima elaun dan gajinya yang tidak didedahkan kepada umum.
Apa pun kita ambil sahaja dulu angka RM46,521.27 itu kerana itu satu-satunya kenyataan rasmi yang kita ketahui sahih dan benar.
Awal tahun ini ada kenaikan gaji Ahli Parlimen dari RM11,000 kepada RM16,000. Guan Eng sebagai Ahli Parlimen Bagan dapat tambahan RM5,000 tersebut. Juga sebagai ADUN Air Putih Guan Eng akan dapat lagi kenaikan gaji tambahan RM5,250 sebulan.
Dan sekarang dengan kenaikan gaji & elaun ADUN serta kenaikan elaun Ahli Parlimen, campur lain-lain elaun, yang sebelum ini keseluruhannya berjumlah RM46,521.27 kini jumlah besar yang masuk ke poket Guan Eng setiap bulan sudah bertambah menjadi RM56,000 lebih setiap sebulan.
Najib Razak 1MDB scandal: Malaysian Prime Minister's accounts triggered internal money-laundering alarm
Updated
So much money was pouring so rapidly into the Malaysian Prime Minister's personal bank accounts that it rang internal money-laundering alarms inside AmBank, a major Malaysian institution part-owned by Australia's ANZ.
Hundreds of millions of dollars were being wired into Najib Razak's accounts from the Saudi Arabian Government, a mysterious Saudi prince and two shadowy British Virgin Island companies, while the head of a Malaysian state-owned company topped up the Prime Minister's credit card accounts with millions of Malaysian ringgit in cash.
Mr Najib's Platinum Mastercard and Platinum Visa had been overdrawn thanks to a 3,320,670.65 ringgit ($US1,039,369.91) purchase of jewellery in September 2014 — a spending spree described inside AmBank as a "huge volume".
Mr Najib's wife Rosmah Mansor has previously been reported to have purchased a series of luxury items, from diamond jewellery to designer handbags, which appear beyond her husband's $A130,000 official annual salary.
Between opening his account at AmBank on January 13, 2011 and April 10, 2013, Mr Najib received a total of more than $US1 billion — or, more precisely, $US1,050,795,451.58 — including a series of individual deposits that ranged between $US9 million and $US70 million.
Inside the bank, the Malaysian Prime Minister's account was held under the codename "Mr X".
The startling new banking records have been obtained as part of a Four Corners program that aired last night, and which resulted in the arrest of two members of its team, Linton Besser and cameraman Louie Eroglu.
'Highly sensitive' report flags PM's unexplained wealth
The records also show that as well as spending some of the money on hotel accommodation and luxury cars, Mr Najib used the money to fund political affiliates in the run-up to Malaysia's last 2013 elections.
Four Corners has established that Dr Zeti Aziz, the governor of Bank Negara Malaysia, Malaysia's central bank, was repeatedly warned about the Prime Minister's unexplained wealth by senior officials at AmBank.
At one such meeting in September 2012, the ABC has been told Dr Aziz handed back the bank's report, which had been marked "highly sensitive", not wishing for Bank Negara to have a copy on its premises.
When the ABC asked Dr Aziz what action she took when she received these warnings, she said there were limitations on the scope of investigations that Bank Negara could itself conduct, but that it always reported information it received to relevant authorities.
In January, the Malaysian Attorney-General shuttered a corruption probe of the Prime Minister, declaring Mr Najib had no case to answer.
Despite this, Dr Aziz said there remained ongoing investigations.
Asked who was behind the money flowing into Mr Najib's accounts, Dr Aziz said: "I cannot comment on this, it is an ongoing investigation."
'Absolute discretion' over use of 'Gift'
The remittances between 2011 and 2014 seen by Four Corners include payments by the Ministry of Finance in Saudi Arabia of $US49,999,988 on August 19, 2011, and $US29,999,988 on November 29, 2011.
There are also deposits recorded by AmBank as having come from a man named Prince Faisal bin Turkey bin Bandar Alsaud, of Riyadh.
These began on February 24, 2011, and continued into 2012 with $US49,999,965 deposited into Mr Najib's account on April 25, 2012, and another $US24,999,965 deposited on May 23, 2012.
These deposits were sometimes accompanied by letters to Mr Najib from a man described in the letter as "HRH Prince Saud Abdulaziz Al-Saud" which pledged gifts to the Malaysian Prime Minister which ranged from $US100 million on February 1, 2011, to $US800 million on March 1, 2013.
On November 2, 2011, for example, the letter pledged a grant of $US375 million, saying:
Multi-million-dollar 'donation' returned
There was another major source of funds to Mr Najib that has troubled investigators — a British Virgin Islands-incorporated entity called Blackstone Asia Real Estate Partners Ltd, which channelled its deposits via Standard Chartered Bank in Singapore.
The ultimate owner of the company has not been established, but it has been reported the company is associated with Low Taek Jho, known as Jho Low, a playboy financier at the centre of a highly controversial 2009 deal involving Malaysia's sovereign wealth fund, 1MDB.
Blackstone Asia Real Estate Partners paid Mr Najib $US69,999,988 on January 3, 2012, $US24,999,998 on March 13, 2012 and another $US24,999,988 on May 23, 2012.
Attempts to contact Mr Low were unsuccessful, but he has denied wrongdoing over the 1MDB deal.
It had previously been revealed by online news site Sarawak Report and the Wall Street Journal that a mystery BVI company called Tanore Finance deposited a total of $US680 million into Mr Najib's accounts in March 2013.
Two months ago Malaysian Attorney-General Mohamed Apandi Ali said $US620 million of this money was a "donation" that had subsequently been returned.
Now the new banking records show Mr Najib also received 4.3 million ringgit in cash top-ups that set off money-laundering alarms inside AmBank.
These were deposited by Nik Faisal Bin Ariff Kamil, the former investment director of 1MDB and chief executive of state-owned company SRC International. The files show he was a signatory to the Prime Minister's account.
In January 2014 he wrote an apologetic letter to an AmBank manager to explain why he had to so hurriedly deposit large volumes of cash into the account, explaining that "there will be occasions when I won't be able to provide necessary transfer authorisations to the account".
Large sums spent on holidays, cars
SRC International has been in the spotlight since it emerged it made a 27 million ringgit payment that also ended up in the personal accounts of Mr Najib.
That payment formed the basis for a criminal charge that was going to be laid against Mr Najib midway through last year, but which was aborted after the Attorney-General was suddenly removed from office.
The bank records also detail how Mr Najib used his new-found wealth. Much of it went to political affiliates in the lead up to Malaysia's last election in May 2013, including party officials, the Liberal Democratic Party and the Sarawak United People's Party, as well as various advertising and media firms.
A company called Solar Shine Sdn Bhd received the largest distribution — 24 million ringgit or $US3.5 million today.
The company has been associated with an entity called 1Malaysia NGO which has run grassroots political campaigns on behalf of Barisan Nasional, the Prime Minister's party.
A sum of 7.5 million ringgit or $US1.9 million went to the Rahah Foundation, which hit the headlines in Malaysia when it donated cows alongside Mr Najib to the Selangor police to be sacrificed for Eid al-Adha, a Muslim ritual feast celebrated each year.
But there are other payments too that may not have had a political purpose.
These include 360,000 ringgit spent with fashion house Jakel Trading, 395,782.40 ringgit at the Shangri-la Hotel Kuala Lumpur, 178,000 ringgit spent with a company called Two One Holidays Malaysia and another 167,959.50 ringgit with Signature Exotic Cars, a dealer that specialises in Audi, Mercedes Benz and Porsche.
The files show Mr Najib directed cheques also to prominent businesspeople, academics and lawyers.
The Malaysian Prime Minister did not respond to written questions from Four Corners.
Mahathir dan Najib Bergasak, Rakyat Mati Tersepit
Hari Raya.....dalam takbir yang bergema dan di mana sahaja warga Malaysia berkumpul kalau mereka tidak bercerita tentang harga barang naik mereka akan bercerita tentang Presiden UMNO dan Tun M.
Labon punya labon, sembang punya sembang pasti akan keluar pertanyaan:
Bila Najib akan diundurkan?
Penulis rasa pasti ramai pembaca yang tertanya-tanya soalan yang sama. Pasti ramai juga yang tercari-cari akan jawapan pada soalan ini. Sebelum penulis menjawab – bila? – adalah molek untuk kita memahami apa sebenarnya pertarungan antara bekas Perdana Menteri Tun M dengan PM sekarang Najib Razak. Ini lebih afdal.
Untuk memahami dengan jelas babak politik ini mari kita lihat kembali garis masa bermulanya perang politik ini. Warga Malaysia pasti tidak akan lupa tentang kenduri kahwin anak Rosmah beberapa bulan dahulu.
Harga bunga hiasan kenduri kahwin ini sahaja dikatakan mencecah RM3 juta. Rakyat satu Malaysia menerima hakikat bahawa kenduri ini lebih besar dari besar. Kenduri ini lebih agong dari Agong. Kenduri ini dicap sebagai “Kenduri Kurun Ini”.
Belumpun sempat kenduri di pihak jantan berlangsung, Tun M telah memecah kesunyian. Harga bunga hiasan kenduri kahwin ini sahaja dikatakan mencecah RM3 juta. Najib Razak dan Rosmah Mansor terkejut bewak. Kenduri kahwin ini menjadi sasaran serangan Tun M.
Apabila Tun M mula menyerang, satu Malaysia jadi heboh. Serangan Mahathir ini lebih heboh dari Kapal Madras karam. Warga Malaysia – dari Mak Cik Felda hingga ke CEO Maybank semuanya tahu bahawa satu krisis besar sedang melanda UMNO. Najib presiden parti hendak ditendang keluar oleh Najib.
Macam-macam pandangan kita dengar. Macam macam tulisan kita baca. Ada komentar dan analisis dari profesor pelbagai jenis – ada yang kangkong dan ada yang asli. Dalam masa yang sama kerana wujudnya internet kita juga berpelung membaca komen politik dari Mat Tikus dan Lebai Kerang dari Sintok dan Manjung dan tak kurang juga mereka seperti penulis sendiri yang banyak buat copypage sahaja asal maksudnya di fahami dan tercapai.
Sudut kelas, ekonomi
Ada analisis mengatakan Mahathir menyerang Najib untuk menyediakan tempat buat anaknya. Ada yang berkata bahawa Mahathir ini memiliki ego menggunung. Ada yang berkata Mahathir dimalukan kerana jambatan bengkok dari Johor Baru ke Singapura gagal didirikan.
Semua pandangan ini tidak salah tapi tidak semuanya tepat dan betul.
Penulis sering menerangkan bahawa banyak tulisan dan komentar politik gagal memberi kefahaman tentang apa yang sebenarnya sedang berlaku. Analisis ini gagal kerana ada fakta yang hilang. Fakta hilang ini ialah fakta ekonomi dan kelas.
Untuk apa sahaja analisa politik jika tidak dimasukkan ekonomi dan kelas maka analisis itu gagal, tidak syumul dan tidak menyeluruh. Ertinya analisis itu hanya berlegar dengan peribadi sosok, berlegar dengan niat dan cita-cita sosok. Dalam kes Mahathir, Najib akan dlihat pertembungan dua personaliti – dua sosok yang memimpin negara dengan dua cara yang berbeza.
Hakikatnya – politik ialah ekonomi. Perebutan kuasa politik ialah perebutan ekonomi. Manusia ialah binatang ekonomi. Dari ekonomi akan muncul kelas. Ada kelas tani, kelas buruh dan kelas borjuis.
Justeru, adalah wajib menganalisis politik dengan menggunakan ekonomi dan kelas, menganalisis masyarakat mengunakan pendekatan Marxis. Apa itu pendekatan Marxis?
Sila jangan salah faham. Menggunakan pendekatan Marxis ini bukan bermakna kita jadi ahli Parti Komunis Malaya, atau dengan tiba-tiba kita minum arak dan terus berzina. Marxisme ini kita gunakan sebagai alat. Kalau kita bertukang kita ada peralatan. Kita ada tukul besi, ada paku, ada pahat, ada gergaji dan ada ketam papan. Semua ini alat untuk bertukang. Justeru Marxisme ini juga adalah alat untuk kita bertukang.
Pertembungan dua kelas
Bertukang di sini maknanya kita menggunakan kaedah Marxis untuk menganalisis dan memahami masyarakat. Apa sahaja tulisan atau pandangan yang menganalisis politik dan masyarakat Malaysia hari ini akan separuh masak dan tempang jika tidak memasukkan ekonomi dan kelas.
Pembaca sedar Presiden Bush menyerang Iraq bukan kerana demokrasi tetapi kerana telaga minyak. Memiliki pendapat bahawa Bush menyerang Iraq kerana minyak adalah pendekatan Marxis. Minyak ialah ekonomi. Menggunakan pendekatan ekonomi adalah menggunakan kaedah Marxis.
Pertembungan Mahathir dengan Najib ini adalah pertembungan dua kelas. Mahathir dan Najib ini mewakili kelas mereka. Mahathir dan Najib tergulung dalam kelas borjuis. Kelas dan borjuis adalah istilah Marxis.
Apa itu borjuis? Borjuis ialah ahli kelas sosial yang membuat harta dan kekayaan dengan menggunakan tenaga dan kerja orang lain. Kelas borjuis bukan kaum tani dan bukan kelas buruh. Mereka menjadi kaya raya atas tenaga kaum buruh dan kaum tani. Borjuis juga terbahagi kepada borjuis nasional dan borjuis komprador.
Apa dan siapa dia borjuis komprador? Komprador adalah sosok yang membuat harta kekayaan dengan bersandarkan modal dari luar negara. Tauke kedai 7/11 atau tauke Mek Dogal atau tukang impot Honda adalah contoh terbaik kelas komprador. Dalam sistem ekonomi kapitalis kaum komprador menjadi orang perantaraan syarikat luar dengan anak tempatan.
Najib Razak mewakili borjuis komprador. Manakala Mahathir mewakili borjuis nasional. Hakikatnya – yang sedang bertempur hari ini ialah dua kelas borjuis. Dua kelas borjuis yang bertempur untuk memilik, mengawal dan menjarah ekonomi Malaysia.
Borjuis nasional dan komprador memiliki watak dan ciri-ciri tersendiri. Sekali pandangan mungkin Najib dan Mahathir tidak ada perbezaan. Mereka berpayung dalam satu parti. Tetapi ini pandangan mata kasar. Dari pandangan kelas mereka berdua ini amat berbeza.
Mahathir Anti Imperialis, Najib sebaliknya
Mahathir yang mewakili borjuis nasional memiliki watak lebih progresif. Golongan ini memiliki sikap nasionalis, mereka mementingkan perkembangan modal tempatan. Mereka mahu harta kekayaan negara dimiliki oleh anak tempatan. Justeru borjuis nasional merasa sangsi terhadap kaum pemodal luar atau syarikat multinasional.
Justeru kita melihat Mahathir yang nasionalis mendirikan Proton. Mahathir menganjurkan kempen 'buy British last'. Akhir-akhir ini Mahathir menentang projek imperialis Amerika yang akan mendominasi politik dan ekonomi Malaysia melalui Perjanjian TPPA.
Najib Razak pula mewakili kelas komprador, kelas yang bertenggek di atas sokongan dan bantuan pemodal luar negara. Watak kelas ini dapat dilihat dengan jelas apabila Najib Razak tunduk menyembah Presiden Obama untuk menjual Malaysia kepada pemodal luar negara melalui TPPA.
Kaum komprador tidak memiliki sikap nasionalis. Mereka sedar bahawa tanpa bantuan luar mereka akan runtuh.
Justeru kita lihat pada minggu ini Najib pergi ke Jepun untuk mengadu nasib kepada kaum pemodal Jepun. Dilaporkan Najib akan bertemu dengan 34 orang kapten industri Jepun. Kenapa bertemu dengan pemodal Jepun? Kenapa tidak bertemu dengan pemodal tempatan. Malah Najib dituduh tidak begitu kuat imannya dalam mempertahankan pemodal Bumiputera. Jelas semua ini adalah watak komprador.
Jika kurang yakin maka sila ingati kembali – apabila Najib masuk ke Putrajaya kita menyaksikan bagaimana hampir setiap bulan soldadu dan tentera Amerika keluar masuk ke bumi Malaysia. Malah jangan terperanjat jika Amerika akan mendirikan pengkalan tentera di Pengerang. Ini politik komprador – tunduk pada kuasa asing.
Paling akhir kita melihat bagaimana Najib mengadu nasib kepada sultan dan meminta Sultan Pahang datang membantu. Tidak cukup dengan Sultan Pahang – pada minggu ini juga Najib mengadu nasib kepada Maharaja Jepun. Inilah watak asli borjuis komprador.
Watak kelas ini agak berbeza dengan watak borjuis nasional yang lebih progresif. Dalam perniagaan mereka proanak watan. Dalam kes Malaysia, Mahathir dilihat propemodal bumiputera. Borjuis nasional dilihat antiimperialis dan antifeudal. Watak ini dapat kita lihat dalam sosok Mahathir Mohamad.
Minggu lalu klip ucapan Muhyidin Yasin telah menjadi viral. Klip mesyurat tertutup ini memperlihatkan dua garis politik yang kini wujud dalam United Malays National Organisation. Satu garis politik Najib dan satu lagi garis politik Muhyiddin. Satu borjuis komprador dan satu borjuis nasional.
Demi kepentingan ekonomi dan kelas
Projek 1MDB adalah projek Najib Razak. Projek ini sedang dilihat oleh orang ramai sebagai projek lukah di mana 1MDB boleh berhutang. Duit hutang ini diagihkan kepada kroni Najib dan Rosmah. Justeru muncul nama Jho Low dan Reza Aziz yang memungut untung dari lukah 1MDB ini. Dua sosok ini bukan ahli perniagaan dalam negara. Malah mereka ini tidak pun duduk di Malaysia.
Di belakang Mahathir ini kita lihat borjuis nasional yang telah dibentuk oleh Mahathir – Daim Zainudin, Ananda atau Syed Mokhtar. Dalam forum antarabangsa Mahathir akan memastikan kepentingan ekonomi borjuis nasional ini tidak diganggu gugat. Kerana ini para pemodal ini terus teguh menyokong Mahathir. Kepentingan ekonomi dan kelas mereka terjamin selamat.
Pada tahap ini borjuis nasional ini masih memerhatikan apakah Najib akan terus memporak-perandakan ekonomi Malaysia dengan hutang 1MDB. Hutang RM42 bilion ini akan mengoncang dan meledak-musnah ekonomi Malaysia. Borjuis nasional amat sedar akan hal ini.
Maka kita kembali kepada persoalan yang ditanya-tanya: Bila Najib akan diundurkan? Jawabnya: Najib akan diundur apabila United Malays National Organisation merasa parti mereka akan lingkup. Kempen Mahathir memainkan peranan tetapi yang akan menentukan ialah ekonomi Malaysia.
Bila akan berlaku? Ianya sedang berlaku sekarang. Fulus telah habis, projek makin pupus. Najib terpaksa menyembah Maharaja Jepun minta Yen kalau tidak tak sempat nak Rayalah kita......
AMUKANMelayu - Tika PDRM menarik Pegawai Pengiring Tun M dan sebuk dengan menambah kekuatan bagi memberi perlindungan keatas ancaman POLITIK kepada Najib....maka IS akan mengintai peluang untuk memusnahkan Negara ini kerana ianya adalah Idaman semua Kuasa untukk memiliki Negara Bertuah ini.