Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditemui media selepas Majlis Mesra Aidilfitri Kumpulan FELDA bersama Perdana Menteri di Menara Felda, hari ini. - BERNAMA |
1MDB: Jabatan Kehakiman AS mohon rampas aset, sahkan RM14.16 bilion diseleweng
LOS
ANGELES, Khamis – Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) memfailkan
saman memohon untuk merampas beberapa harta yang berkaitan dengan
syarikat pelaburan Malaysia bermasalah, 1Malaysia Development Berhad
(1MDB), semalam.
Saman yang difailkan di mahkamah di sini turut menyatakan lebih AS$3.5 bilion (RM14.16 bilion) dana 1MDB telah disalahgunakan.
Jabatan
itu memohon untuk menyita aset yang ‘terbabit dalam dan boleh dikesan
kepada suatu konspirasi antarabangsa bagi mengubah wang yang dilesapkan
daripada 1MDB’.
Saman itu
menyatakan salah laku yang dikatakan dilakukan dalam tempoh lebih empat
tahun dan membabitkan pelbagai individu, termasuk pegawai kerajaan
Malaysia dan rakan sekutu, yang berkonspirasi untuk menipu dengan
melencongkan berbilion dolar daripada 1MDB.
Bagaimanapun, Jabatan Kehakiman AS tidak menamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di dalam saman itu.
Sebaliknya, menamakan anak tiri Najib iaitu Riza Aziz sebagai ‘individu yang berkaitan’ di dalam kes itu.
Anak-anak Rosmah |
Mereka
turut menamakan ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho (Jho Low),
Tan Kim Loong (rakan sekutu Jho Low – pemilik beberapa akaun bank di
mana dana 1MDB yang diseleweng dipindahkan) dan pegawai kerajaan Abu
Dhabi, Khadem al-Qubaisi serta Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
Saman itu
menyatakan dana yang disalahguna daripada 1MDB dipindahkan kepada
pengasas bersama Petrosaudi – syarikat yang mengadakan usahasama dengan
1MDB – dan selepas itu kepada pegawai atasan kerajaan Malaysia yang
dinamakan sebagai ‘Malaysian Official One’.
Aset yang akan disita termasuk penthouses, mansion, lukisan dan jet peribadi.
“Penyelewengan itu berlaku dalam beberapa fasa sepanjang beberapa tahun,” kata Jabatan Kehakiman AS. – Agensi
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memohon untuk merampas sejumlah 17 aset termasuk hartanah mewah dan sebuah pesawat jet, demikian menurut saman sivil yang difailkan di Los Angeles semalam.
Saman sivil itu mempersoalkan bagaimana harta itu didakwa dibeli di Amerika Syarikat, Switzerland dan United Kingdom dari dana 1MDB.
Dana itu digunakan untuk membeli estet mewah di Amerika Syarikat, membayar perbelanjaan perjudian di kasino Las Vegas, memperoleh lebih AS$200 juta dalam hasil seni, melabur dalam projek utama pembangunan hartanah di New York, dan membiayai produksi filem-filem Hollywood.
Saman tersebut turut menamakan anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, ahli perniagaan Low Taek Jho dan dua bekas pegawai Abu Dhabi sebagai antara pemain utama dalam dakwaan “penyelewengan” dana tersebut.
Dokumen itu juga menamakan “Malaysian Official 1” sebagai seorang pegawai peringkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga memegang jawatan yang berkuasa dengan 1MDB.
Berikut merupakan antara harta yang mahu dirampas:
1-Hartanah L’emritage termasuk Hotel L’Ermitage di 9291 Burton Way, Beverly Hills, California 90210.
2-Aset perniagaan L’ermitage yang merangkumi semua harta dan aset tidak ketara, inventori dan peralatan yang diselenggara oleh LBH Real Estate;
3-Hillcrest Property 1: harta tanah yang terletak di Beverly Hills, California;
4-Kondominium Park Laurel yang terletak di New York yang dimiliki oleh Park Laurel Acquisition LLC.
5-Sebuah jet Bombardier Global 5000 jet dengan nombor siri pembuatan 9625 dan nombor pendaftaran N689WM, dengan dua enjin Rolls Royce;
6-Time Warner Penthouse terletak di New York yang dimiliki oleh 80 Columbus Circle (NYC) LLC; mansion Oriole yang terletak di Los Angeles, California;
7-Kondominium The Greene yang terletak di New York yang dimiliki oleh 118 Greene Street (NYC) LLC;
8-Aset EMI termasuk hak cipta dan hak harta intelek, dan juga hak untuk mengutip dan menerima apa-apa keuntungan yang dimiliki oleh JW Nil (BVI) Ltd;
9-Aset Symphony CP (Park Lane) LLC yang merupakan sebuah syarikat liabiliti terhad Delaware dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh Symphony CP Investments LLC and Symphony CP Investments Holdings LLC, yang berpangkalan di New York, yang memiliki apa yang dikenali sebagai Hotel Park Lane;
10-Walker Tower Penthouse yang terletak di New York, dan dimiliki oleh 212 West 18th Street LLC;
11-Mansion Laurel Beverly Hills, yang terletak di Beverly Hills, California, dan dimiliki oleh Laurel Beverly Hills Holdings;
12-Hillcrest Property 2: yang seperti Hillcrest Prroperty 1 terletak di Beverly Hills, California;
13-Lukisan Vincent Van Gogh Artwork bertajuk ‘La maison de Vincent yang Arlest’;
14-Sebuah lukisan Claude Monet bertajuk ‘Saint-Georges Majeur’;
15-Satu lagi lukisan Claude Monet bertajuk ‘Nympheas avec Reflets de Hautes Herbes’; dan
16-Qentas townhouse yang terletak di London, UK.
-Sinar Harian
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memohon untuk merampas sejumlah aset termasuk hartanah mewah dan sebuah pesawat jet, demikian menurut saman sivil yang menamakan pembikin filem blockbuster 'The Wolf of Wall Street'.
Dokumen mahkamah yang difailkan di Los Angeles itu menyatakan bagaimana harta itu didakwa dibeli di Amerika Syarikat, Switzerland dan United Kingdom dari dana yang dilencong dari 1MDB. Dokumen mahkamah itu mendakwa dana itu dilencongkan dari 1MDB "untuk faedah peribadi konspirator bersama (dan) sekutu mereka".
Mereka didakwa menggunakan dana itu untuk membeli estet mewah di Amerika Syarikat, membayar perbelanjaan perjudian di kasino Las Vegas, memperoleh lebih AS$200 juta dalam hasil seni, melabur dalam projek utama pembangunan hartanah di New York, dan membiayai producksi filem-filem Hollywood.
1MDB bertegas ia tiada kepentingan dalam aset itu dan tidak mendapat pulangan atas pelaburan berkenaan, demikian dinyatakan dalam saman tersebut.
Ia menamakan anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, ahli perniagaan Low Taek Jho dan dua bekas pegawai Abu Dhabi sebagai antara pemain utama dalam dakwaan "penyelewengan" dana tersebut.
Dokumen itu juga menamakan "MALAYSIAN OFFICIAL 1" sebagai seorang pegawai peringkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga memegang jawatan yang berkuasa dengan 1MDB.
"Dalam semua masa yang relevan dengan aduan itu, MALAYSIAN OFFICIAL 1 adalah 'pegawai awam' sebagai istilah yang digunakan dalam 18 U.S.C. § 1956 (c)(7) (B)(iv) dan 'penjawat awam' sebagai istilah yang digunakan dalam Seksyen 21 Kanun Keseksaan Malaysia," demikian menurut dokumen mahkamah itu.
Najib, yang juga menteri kewangan, adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB yang telah dibubarkan. 1MDB dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.
Dokumen itu menyatakan bahawa ini adalah satu tindakan pelucuthakan terhadap aset yang dipegang oleh Red Granite Pictures Inc, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Riza.
Ini merujuk kepada pelucuthakan aset yang terlibat dan boleh dikesan kepada "satu konspirasi antarabangsa untuk mencuci wang yang disalahgunakan dari 1MDB", kata dokumen itu.
Tujuh belas harta yang mahu dirampas itu yang dinyatakan dalam dokumen 136 muka surat itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengarahkan Jabatan Audit Negara menyemak sama ada dana 1MDB digunakan untuk membiayai filem itu. Laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB dikategorikan bawah Akta Rahsia Rasmi, walaupun ia telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Jurucakap Red Granite memberitahu WSJ tiada apa yang tidak kena dengan aktiviti perniagaan Red Granite Pictures, mereka hanya menghasilkan filem yang berjaya dan menghasilkan kutipan lebih $825 juta dari tayangan diseluruh dunia.
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) sedang meneliti pembelian dua harta tanah mewah anak tiri perdana menteri Riza Aziz, dalam siasatannya terhadap 1MDB.
Para penyiasat percaya sekurang-kurangnya AS$50 juta dari 1MDB dibelanjakan untuk harta tanah di New York dan Los Angeles, lapor The Wall Street Journal (WSJ).
“Pembiayaan terhadap pemerolehan itu bawah siasatan FBI, yang menjalankan siasatan luas terhadap dakwaan salah guna berbilion ringgit daripada 1MDB, menurut pihak yang mengetahui siasatan itu,” lapor WSJ.
Riza, seorang penerbit di Hollywood, membeli harta tanah di New York pada November 2012 dengan harga AS$33.5 juta.
Pada 2010, beliau membeli harta tanah AS$17.5 juta di Los Angeles.
Harian AS itu sebelum ini melaporkan dakwaan bahaya syarikat Riza Red Granite Pictures menerbitkan filem blockbuster The Wolf of Wall Street dengan wang daripada 1MDB.
Kertas siasatan yang dilihat WSJ menunjukkan dana-dana itu datang daripada Aabar Investments PJS – syarikat yang didaftarkan di British Virgin Island (BVI).
Kesemua kertas siasatan pihak berkuasa Malaysia diletakkan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
1MDB berkata ia ditipu untuk memindahkan AS$350 juta kepada Aabar BVI, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Corporation (IPIC). IPIC, yang mahukan bayaran kerana menjamin bon 1MDB, menafikan kaitannya denganAabar BVI. Ia kemudian membawa kepada keingkaran bayaran faedah 1MDB susulan pertikaian itu.
Malaysiakini sudah menghubungi Red Granite bagi mendapatkan reaksinya.
Jurucakap Red Granite memberitahu WSJ tiada apa yang tidak kena berkaitan sebarang aktiviti perniagaan Red Granite Pictures.
Katanya, mereka hanya menghasilkan filem yang berjaya dan menghasilkan lebih $825 juta dalam bentuk hasil box-office seluruh dunia.
Jurucakap itu juga berkata Red Granite “menjawab semua pertanyaan dan bekerjasama penuh”.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengarahkan Jabatan Audit Negara menyemak sama ada dana 1MDB digunakan untuk membiayai filem itu.
Laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB dikategorikan bawah Akta Rahsia Rasmi, walaupun ia telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). – Malaysiakini
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditemui media selepas Majlis Mesra Aidilfitri Kumpulan FELDA bersama Perdana Menteri di Menara Felda, hari ini. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 21 Julai 2016 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memandang serius terhadap saman sivil yang dikemukakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau berkata, ia selari dengan urus tadbir baik yang sentiasa diperjuangkan kerajaan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, perlu dijelaskan bahawa laporan itu adalah tindakan sivil dan bukan jenayah.
"Ia terhad kepada nama-nama yang disebut dalam laporan AS DOJ.
"Dari segi kerajaan kita akan beri kerjasama sepenuhnya kepada badan siasatan antarabangsa,"
"Perlu dijelaskan bahawa ini merupakan tindakan sivil dan bukan tindakan jenayah dan ia terhad kepada nama-nama yang telahpun disebutkan dalam laporan DOJ.
"Oleh itu daripada segi kerajaan, kita akan beri kerjasama yang sepenuhnya dengan semua pihak badan siasatan antarabangsa," katanya ketika ditemui media selepas Majlis Mesra Aidilfitri Kumpulan FELDA bersama Perdana Menteri, di Grand Ballroom Menara FELDA, hari ini.
Najib berkata, pendirian kerajaan selama ini adalah tidak mahu melihat sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang dan menambah, mereka yang terlibat akan melalui proses kehakiman di mahkamah Amerika Syarikat.
Keratan akhbar mengenai anak tiri Najib |
"Maknanya seseorang itu ada peluang bela diri sendiri atau mengikut proses kehakiman di mahkamah. Kita tidak sewajarnya buat apa-apa kesimpulan selagi proses belum selesai," katanya.
Mengulas mengenai anak tirinya, Riza Aziz yang dikaitkan dengan tindakan undang-undang itu, beliau berkata, "sama seperti orang lain, beliau mempunyai hak beliau dan biarlah proses itu berjalan".
Ketika ditanya sama ada saman sivil itu akan menjejaskan hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat, katanya ia adalah isu yang berbeza sama sekali, kerana ini berkaitan dengan individu dan bukannya kedudukan keseluruhan dasar kedua-dua negara. - BERNAMA
1MDB: Kenyataan media Setiausaha Akhbar PM
Mohd. Hazli Hassan | 21 Julai 2016
Berikut adalah kenyataan media Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Tengku Sariffudin Tengku Ahmad yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri sebentar tadi.
U.S. DEPARTMENT OF JUSTICE CIVIL LAWSUITS:
PRIME MINISTER’S PRESS SECRETARY STATEMENT
21 July 2016
Datuk Seri Tengku Sariffudin |
1MDB is still the subject of an investigation by the Royal Malaysia Police.
We note the United States Department of Justice’s civil lawsuits brought against various assets. As previously stated, the Malaysian Government will fully cooperate with any lawful investigation of Malaysian companies or citizens in accordance with international protocols.
As the Prime Minister has always maintained, if any wrongdoing is proven, the law will be enforced without exception.
DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN
PRESS SECRETARY TO THE PRIME MINISTER
AMUKANMelayu - Jangan duk kalut.....pelan-pelan jawab.....ini kes Anak Tiri dengan Bapak Tiri....
1MDB: Kenyataan media Setiausaha Akhbar PM
21 Julai 2016 9:23 AM
|
Berikut
adalah kenyataan media Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Tengku Sariffudin Tengku Ahmad yang
dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri sebentar tadi.
PRIME MINISTER’S PRESS SECRETARY STATEMENT
21 July 2016
Malaysian authorities have led the way in investigations into 1MDB. The company has been the subject of multiple investigations within Malaysia, including by the Malaysian Anti-Corruption Commission, Auditor General and bi-partisan Public Accounts Committee. After comprehensive review, the Attorney General found that that no crime was committed. 1MDB is still the subject of an investigation by the Royal Malaysia Police.
We note the United States Department of Justice’s civil lawsuits brought against various assets. As previously stated, the Malaysian Government will fully cooperate with any lawful investigation of Malaysian companies or citizens in accordance with international protocols.
As the Prime Minister has always maintained, if any wrongdoing is proven, the law will be enforced without exception.
DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN
PRESS SECRETARY TO THE PRIME MINISTER