,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 26 July 2016

WHO I AM Malaysian Offcial 1?




Pengerusi Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menganggap laporan kononnya pemimpin kanan Umno dan menteri kabinet akan berpaling tadah berikutan saman sivil oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika ke atas aset berkaitan 1MDB sebagai karut dan tidak masuk akal.

“Ini berita karut, provokasi dan propaganda pihak tertentu untuk mengabui mata rakyat khususnya ahli-ahli Umno di peringkat akar umbi,” tulisnya dalam blog hari ini.

Beliau juga menyifatkan dakwaan ada kalangan pemimpin Umno ‘telah berbincang’ dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai amat meragukan dan menafikan bahawa skandal 1MDB telah melemahkan Umno.

Syed Ali menggesa ahli-ahli parti tidak terpedaya dengan laporan South China Morning Post mengenai perkara itu dan menaruh keyakinan bersama pemimpin mereka.

Akhbar Hong Kong hari ini memetik bekas editor politik New Straits Times Firdaus Abdullah sebagai meramalkan bahawa beberapa pemimpin tertinggi Umno akan beralih kepada pembangkang.

“Di kalangan mereka ialah ahli-ahli Umno kanan, anggota-anggota kabinet dan para pemimpin parti komponen BN,” Firdaus dilaporkan berkata.

Beliau berkata, Umno dalam keadaan gundah-gulana selepas DOJ memfailkan tindakan undang-undang untuk merampas berbilion-bilion set yang didakwa disalahgunakan daripada dana pelaburan negara 1MDB. – Malaysiakini

1mdb malaysian official 1

Komen Ana Ghoib: OH WOW bila South China Morning Post lapor penuh puji Presiden negaranya berjaya membeli harta tanah 1MDB melalui Najib di Malaysia kamu percaya gembira pula?

Ke mana pergi Jho Low, Riza?

oleh Ong Boon Teck

Dari akhbar Cina: KENYATAAN Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat kelmarin untuk memfailkan permohonan mendapatkan kembali lebih AS$1 bilion dalam bentuk aset yang berkait dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapat perhatian seluruh dunia.

Melalui kenyataan Peguam Negaranya Loretta E Lynch yang panjang lebar itu, jelas menunjukkan dua watak yang penting dalam isu berkaitan 1MDB ini perlu ditumpukan oleh banyak pihak.

Mereka adalah ahli perniagaan Jho Low dan anak tiri perdana menteri, Riza Aziz.
Penolong Pengarang Sin Chew Jit Poh, Tay Tian Yan yang menulis dalam kolumnya berpendapat, sehingga hari ini, Jho Low dan Riza bukan sahaja tidak dikenakan tindakan undang-undang, malah ke mana kedua mereka pergi pun sukar dikesan.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pernah cuba memanggil mereka untuk memberikan kenyataan berhubung dengan isu yang sedang disiasat, namun gagal.

Pihak pengurusan 1MDB sendiri pun tidak mempunyai inisiatif untuk memanggil mereka membantu menyelesaikan masalah kewangan syarikat pelaburan strategik negara itu.

“Sekiranya kedua-dua mereka tidak dipanggil untuk tampil memberikan kenyataan secara mendalam mengenai peranan mereka dalam 1MDB, sudah tentu isu 1MDB tetap tidak mampu diselesaikan sampai bila-bila,” kata Tian Yan dalam tulisannya.

Beliau menyoal apakah peranan yang dimainkan mereka berdua sehingga mempunyai pengaruh yang begitu besar dalam skandal 1MDB ini.
Kata beliau lagi, kerajaan kini tiada pilihan lagi selain perlu bekerjasama dengan negara-negara lain bagi memastikan semua aset milik 1MDB dikembalikan semula kepada Malaysia. – Sinar Harian | Foto The Wall Street Journal



Tentunya pelbagai perasaan menyelubungi kita berhubung tindakan Jabatan Kehakiman AS mahu menyita 17 hartanah dan aset yang dikaitkan dengan dana 1MDB yang dipercayai telah diselewengkan.

Barangkali ada yang marah, geram, panas hati, tertekan, malu dan berbagai-bagainya, berterusan sejak malam semalam sehinggalah kini.

Untuk menenangkan jiwa dan mendamaikan perasaan, apa kata kita tenangkan hati dan jiwa seketika dengan menatap sebahagian daripada hartanah dan aset yang bakal dirampas itu.

Setidak-tidaknya, dalam kita marah, geram, panas hati, tertekan dan malu, harta sitaan ini juga adalah lambang “kejayaan” dan “kehebatan” segolongan anak bangsa kita di Amerika sana.

Park Lane Hotel di New York bernilai AS$380 juta dan Time Warner Penthouse di New York berharga AS$30.5 juta.

Park Laurel Condo di New York bernilai AS$33.5 juta dan Warker Tower Penthouse di New York berharga AS$50.9 juta.


Viceroy L’Ermitage Hotel di Beverly Hills berharga AS$44.8 juta dan sebuah mansion juga di Beverly Hills berharga AS$31 juta.


Montalban House di Los Angelas berharga AS$38.9 juta dan sebuah town house di London berharga AS$41.8 juta.


Pelaburan Red Granite Pictures yang menerbitkan filem The Wolf Of Wall Street bernilai AS$100 juta dan sebuah jet Bombardier 700 berharga AS$35.3 juta.


Lukisan Van Gogh berharga AS$5.4 juta dan Monet berhara AS$35 juta.
Lukisan Monet berharga AS$57.5 juta.

Hebatkan Malaysia di era Najib Razak – Sumber Shahbudin Husin Blog

Keluarga kaya yang berantakan selalunya tidak terlepas dengan sengketa keluarga, begitu juga dengan Keluarga PM yang kita sayangi ini.
Jurucakap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dilaporkan mengesahkan persengketaan keluarga yang menyaksikan anak perempuan tirinya, Azrene Soraya Abdul Aziz secara terbuka membidas abangnya Riza Aziz.

Jurucakap yang tidak dinamakan itu memberitahu akhbar The Weekend Australia, semalam bahawa beliau telah membaca posting Azrene Soraya di Facebook dan akaun Twitter.

“Beliau mempunyai hak untuk mengatakan apa yang dia mahu kata tetapi saya boleh mengatakan dengan pasti bahawa hubungan ibu dan anak perempuan itu renggang selama bertahun-tahun.
“Kami tidak mahu mengulas buat masa ini,” beliau dipetik sebagai berkata, sambil menambah bahawa ia adalah persengketaan peribadi keluarga.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan Azrene menulis di akaun Facebook beliau bahawa abangnya, Riza, yang dinamakan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat menerima balasannya kerana menjual dirinya syaitan. Ini berikutan saman yang mahu menyita dan merampas aset AS$1.3 bilion yang didakwa disalahgunakan daripada dana pelaburan negara 1MDB.

Dokumen 136 muka surat, antara lain, menyenaraikan Riza sebagai tokoh utama dalam saman pelucutan hak sivil itu. Riza sebelum ini menafikan bahawa syarikat produksi miliknya, Red Granite, telah menerima dana daripada 1MDB. Walau bagaimanapun, dokumen mahkamah terkini menyatakan bahawa Red Granite menerima AS$64 juta dana yang dikesan berasal daripada 1MDB.

Sebagai respon, Red Granite berkata ia tidak mempunyai sebab untuk mempercayai wang yang digunakan untuk membiayai pembikinan filem ‘The Wolf of Wall Street’ diperolehi sevara tidak sah dan bahawa dakwaan terbaru itu tidak akan menjejaskan operasinya.

Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku dan tidak dinamakan dalam saman DOJ itu walaupun ia membuat rujukan sebanyak 36 kali untuk “Malaysian Official 1”. – Malaysiakini  

DOJ: Riza dakwa dana AS$94j adalah hadiah

by Al Baqi
 


Anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, mendakwa dana 1MDB bernilai AS$94 juta (RM381 juta) dalam akaun – yang dia memiliki akses untuknya – adalah hadiah daripada syarikat Aabar BVI, kata Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

“(Riza) Aziz mendakwa – termasuk dalam laporan cukainya pada 2012 – wang itu adalah ‘hadiah’ daripada Aabar BVI,” kata laporan itu semalam.
Menurut DOJ, Aabar BVI – sebuah syarikat didaftarkan di Kepulauan British Virgin dengan nama sama – menerima AS$1.367 bilion wang yang diselewengkan daripada bon 1MDB untuk perjanjian pembelian kuasa pada 2012.

Daripada jumlah itu AS$238 juta dimasukkan ke akaun syarikat perfileman Riza, Red Granite, di Singapura.

DOJ mendakwa Riza menggunakan AS$94 juta wang itu untuk membeli tiga harta tanah – dengan setiap satu di New York City, Beverly Hills dan London.
Dalam saman dikemukakan pihak berkuasa AS itu, DOJ memperincikan bagaikana firma perakaunan berpangkalan di AS, Nigro Karlin Segal Feldstein & Bolno (NKSFB) cuba mendapatkan penjelasan mengenai “hadiah” berkenaan.
“Dana itu datang daripada seorang pelabur dalam Red Granite Capital, saya tidak dapat mengesahkannya tanpa bukti bahawa ia bukan pendapatan kepada Riza. Firma berada dalam risiko, angka-angkanya terlalu tinggi,” kata seorang rakan kongsi NKSF melalui e-mel.

Pindahan tanpa sebab
Seorang pengarah urusan di firma itu yang bertindak bagi pihak Riza menjelaskan Aabar BVI adalah “sebuah syarikat pegangan persendirian seorang rakan keluarga” individu terlibat.

Dia juga menyertakan sekeping surat daripada Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny iaitu pengarah Aabar BVI serta ketua pegawai eksekutif syarikat itu ketika transaksi berkenaan berlangsung.

Kandungan surat itu ialah: “Surat ini bertujuan mengesahkan bahawa pemindahan AS$94,500,000 yang terdiri daripada pindahan kawat pada 18 Jun 2012 untuk BSI Bank Bhd (nombor akaun [XXX] 250A) untuk manfaat Riza Aziz bertujuan sebagai hadiah.

“Pemindahan itu dibuat tanpa sebarang pertimbangan dan tiada perkhidmatan dijalankan atau hadiah diterima bagi aset. Ini adalah satu pemindahan tanpa sebab dibuat dengan ikhlas berdasarkan hubungan yang rapat peribadi kami.”
DOJ bagaimanapun menafikan hal itu dalam nota kakinya, dengan menjelaskan pada tarikh pemindahan itu berlangsung, Aabar BVI sebenarnya menyalurkan AS$133 juta kepada Red Granite.
Tambah DOJ dana sebanyak AS$94 juta itu adalah jumlah yang dipindahkan Riza “ke Amerika Syarikat dalam tempoh kira-kira lima bulan dan digunakan untuk membeli aset peribadi”.

Selain digunakan untuk membeli harta tanah DOJ mendakwa dana 1MDB bernilai AS$64 juta digunakan untuk membiayai filem terbitan Red Granite, The Wolf of Wall Street.

Bagaimanapun Red Granite menafikan tahu sebarang maklumat mengenainya.

Sejumlah AS$41 juta wang 1MDB juga dikatakan diguna untuk membiayai aktiviti perjudian Riza, hartawan Jho Low serta rakan mereka Eric Tan Kim Loong. – Malaysiakini



Pendedahan yang dibuat Timbalan Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan, Andrew McCabe dalam sidang media tempohari memberi tamparan hebat kepada kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini bermati-matian menafikan dana syarikat terbabit kononnya tidak diseleweng.

Berikutan itu, Jabatan Kehakiman Amerika telah mengumumkan akan bertindak dengan memfailkan permohonan menyita dan merampas aset berkenaan.
Menyifatkan pendedahan ini menjatuhkan imej dan memalukan negara, Ahli Parlimen Raub Datuk Mohd Ariff Sabri berkata 1MDB yang sepatutnya menjaga amanah yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan telah dijadikan alat semata-mata untuk memperkayakan diri sendiri.

Tambah memalukan lagi kata beliau, pemimpin-pemimpin UMNO dan mereka yang mengaku ‘pejuang Melayu dan Islam’ amat sibuk dengan isu kafir harbi, konsert dan seumpamanya tetapi membutakan mata dengan penyelewengan rasuah terbesar yang dilakukan pemimpin.

“Malaysia ialah sebuah negara Islam yang ada belasan mufti, ribuan Qadhi, jutaan ustaz yang sibuk mengkafir-harbikan orang lain tapi tutup kedua mata, bila orang Islam sendiri mencuri dan rasuah.
“Pemimpin kita rasuah dan kita lihat sebahagian orang Melayu jerit sana sini mereka Islam dan mahu mempertahan Islam sampai ketitisan darah terakhir.
“Tetapi mereka masih tidak mahu menolak pemimpin yang rasuah dan mencuri duit rakyat Malaysia. Perbuatan dan pendirian demikian amat memalukan. Jika kita tidak bangkit menolak pemimpin yang korap, maka itu hipokrit dan kufur!” katanya ketika dihubungi Roketkini.

Menurutnya adalah amat ironi, sebagai negara bukan Islam, Amerika bertegas dengan tidak membenarkan sistem kewangan dan perbankan mereka dijadikan alat kepada ketua-ketua negara mencuri wang rakyat di negara mereka.

“Saya melihat ini sebagai kutukan keaatas Malaysia. Malaysia ialah negara ‘si pencuri’. Malaysia adalah sebuah negara yang rasuah dan mengamalkan budaya rasuah dan mencuri. Amerika yang membenci rasuah dan pencuri yang menyauk duit rakyat mereka sendiri ialah negara ‘kafir’,” katanya.

Dalam perkara yang sama Ariff berkata persoalan yang timbul saat ini ialah bagaimana pentadbiran Najib mempertahankan dirinya sendiri.

“Adakah mereka akan guna taktik lama dengan menipu rakyat Malaysia khususnya orang Melayu bahawa ini semata-mata sebuah konspirasi jahat dengan Jabatan Kehakiman Amerika dikuasai Yahudi?
“Pada masa yang sama menuduh Yahudi memang bengang dengan Najib yang dianggap penjaga dan pembela aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, pelopor wasathiyah dan penganjur maqasid syar’iah?” soal Ariff.  – Malaysia Dateline.



Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada mulanya menyangka suaminya terlalu keras terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas beliau mengangkat sumpah sebagai pemimpin nombor satu negara pada tahun 2009.

Dalam autobiografinya ‘My Name is Hasmah’, Siti Hasmah menceritakan bagaimana tanda-tanda perselisihan di antara Mahathir dan Najib muncul seawal selepas beliau menjadi perdana menteri.

Satu pertemuan makan malam kemudian diatur di Seri Perdana untuk menyelesaikan perkara itu.

Tetapi apabila Najib muncul semula tidak lama lagi selepas pertemuan itu, Hasmah tahu ia bukanlah satu petanda yang baik. Najib, katanya, telah mengesahkan ini, memaklumkan kepadanya bahawa Mahathir mahu beredar segera.

Ditanya apa yang telah berlaku antara kedua mereka selepas pulang ke rumah, Mahathir berkata beliau telah memberitahu Najib bahawa dia teruk dalam menjalankan tugasnya sebagai perdana menteri.

“Saya agak terkejut. Najib baru sahaja mengambil alih jawatan dan saya juga prihatin dengan bagaimana dia dilihat menguruskan negara ini,” katanya sambil menambah beliau juga merasakan Mahathir terlalu keras terhadap Najib.
“Dia masih agak baru dalam menjalankan tugas tersebut,” kata Hasmah, sambil menegaskan bagaimana Mahathir sendiri berdepan dengan permulaan yang sukar sebagai timbalan perdana menteri.

Kesedihan dan kebingungan
Tetapi selepas malam itu, perkembangan lain telah berlaku dan Najib, katanya, tidak lagi baru untuk tugas itu. Katanya, Mahathir kritikal mengenai pengendalian Najib terhadap isu-isu negara dan kesan pada kedaulatan dan kemerdekaan kita, dan untuk tidak berkata apa-apa tentang kontroversi yang lebih terkini menyelubungi Najib sendiri.
 
Secara peribadi, katanya, beliau merasakan kesedihan dan kebingungan tentang apa yang berlaku kepada Najib yang pernah dikenalinya.
Namun begitu, beliau tetap berharap satu hari nanti negara akan kembali di landasan yang betul, tulis Siti Hasmah dalam bukunya itu lapor Malaysiakini.



 AMUKANMelayu - Semakin KUSUT Masai