,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 16 October 2016

KAKAK IPARKU MINAH REMPIT


Image result for Minah rempit


KAKAK IPARKU MINAH REMPIT

Ini cerita tipu dan tidak ada kene-mengene dengan yang hidup atau pun yang sudah mati..........

Aku bukan budak yang baik. Aku sering bersama kawan-kawan akan menghabiskan masa lepas sekolah melepak di pusat membeli belah atau pun main internet di siber caffee. Bila petang jika tak sekolah aku selalu main di jalan belakang kampung aku. Jalan ni besar tapi ia di belakang kampung dan ia memisahkan antara laut dan sawah padi.

Aku sering disini bersama kawan-kawan aku......merempit dengan kapcai orang tuaku. Aku sering terserempak dengan satu kakak ni. Muka memang muka pecah rumah. Tapi dia punya skill mengalahkan jantan. Jika sampai magrib aku tidak pulang....Abang aku akan mencari aku disini. Abangku jenis pendiam....tau sajalah orang pendiam ni.....kalu tak makan penampar dah tentu di kejarnya aku dengan apa yang dia dapat dicapai dengan tangan.

Akak minah rempit tu selalu ketawakan aku dan dia juga kenal Abang aku. Aku cukup menyampah tengok muka dia. Rasanya dia duk test Abang aku ni......

Abang aku sangat baik dan pendiam. Perangai aku dengan Abang aku jauh bezanya, macam langit dengan bumi....sudah tentu orang mengatakan Mak dan Abah akan sayang pada Abang....tapi emak dan abah lebih sayangkan aku....kami cuma tiga beradek....kakak sulungku perempuan, Abang dan aku. 

Orang tua aku jenis orang segak dan jenis orang tahan kulit, walaupun berpanas....tapi kulit mereka tetap puteh dan kemerahan. Orang kampung kata putih melepak. Abang aku jangan cakaplah handsome dia tu......semua awek-awek kampung tergila-gilakan dia. Kulit aku sedikit gelap......

Abang aku bersekolah di Sekolah Agama Tinggi dan dia sangat pandai....aku juga bersekolah sama dengan dia. Abang kata kalu abah sihat dia nak menyambung pengajian di mesir. Nak ambil perubatan katanya. Aku malas nak ambil pusing......

Satu hari.....aku lepak di jalan belakang.....ada pondok tempat orang rehat ditepi sawah yang mengdap ke laut. Dangau ini kira dihujung Tanjung begitu. Aku lepak dengan kawan-kawan.....kami hisap rokok sambil pekena air ketum.....aku tengok dijalan, kakak muka pecah rumah itu ada bertenggek diatas motonya.....selepas itu dia belah. Tidak sampai beberapa minit aku rasa satu penampar hinggap di pipiku dan telinga aku berdesing bagaikan mercun meletup dicupingnya.......

Rupa-rupanya Abang aku dah berdiri tercegat dihadapanku. Aku menangis dan minta ampun pada Abang dan minta Abang jangan beri tahu abah......Abah sakit jantung dan kencing manis.....aku tak takut ayah marah, tapi aku takut ayah kecewa dan terkejut. Abang aku menarik tanganku dan membonceng motonya.....moto aku....lantaklah....kata Abangku nanti dia akan uruskan moto itu. Sampai di kedai hujung kampung, Abang belikan tiger bum....pipi aku dah merah dan nampak kesan lima jari tangan Abang aku.

Abang sapukan tiger bum pada pipi aku. Aku rasakan sejuknya tangan Abang. Sempat lagi dia belikan fanta merah untuk aku. "Sudah....jangan menangis lagi" katanya.

Semasa dikedai tadi talifon Abang berbunyi dan aku dengar banyak kali Abang aku kata terima kasih....dan di penghujung ayat ada aku dengar abang aku kata "Mujoq hang habaq, ni aku bawak dia balik dengan moto aku.....dia jalan pun dah tak betul.....cakap pun laloq....mabuk daun ketum tu kot" kata Abang aku.

Aku duk fikir.....ni tentu kakak muka pecah rumah tu yang talifon dan beri tahu Abang aku......walau pun aku tengah pening mabuk ketum, tapi aku masih boleh fikir. Darah aku menyirap dan telinga aku bedesing menahan kemarahan. Besuk di sekolah, aku bertanya pada kawan-kawan Kakak muka pecah rumah tu sekolah kat mana.

Kawan-kawan beritahu dia sekolah kat Sekolah Menengah Kebangsaan dan dia tu runer sekolah dia.....kakak tu aktif sukan.......patutlah perangai dia macam jantan dan merempit lagi.....memang hati kering.

Kawan-kawan aku cakap dia sederhana saja persekolahannya tapi dia pantang dicabar. Semasa SPM Abang ambil 18 subjek ke berapa tah....Aku dengar kakak muka pecah rumah jugak ambil sama dengan Abang Aku. Semasa nak pereksa SPM dia selalu kerumah aku dan berjam-jam duduk dengan Abang Aku. Siap mak buatkan kopi lagi untuk mereka. Aku memang bengkak dengan kakak ni.

Kini sudah lebih sepuluh tahun berlalu. Selepas aku kena penampar dengan Abang....aku dah tak merempit lagi. Lepas PMR aku masuk MRSM Kulim......Alhamdulillah, habis Universiti aku bekerja tidak jauh dari kampung dan masih solo. Tapi aku tetap bengang....bagaimanalah Abang aku boleh sangkut dengan Kakak muka pecah rumah tu. Abang dapat melanjutkan pelajaran di mesir dan dia juga pergi mesir.....mereka berkahwin disana. 

Dah tiga tahun mereka kawin dan dah dua tahun mereka balik ketanah air dan tinggal dengan Ayah di kampung.....Setiap hujung minggu aku pulang kekampung.....tapi aku jarang makan dirumah. Aku sering makan dan lebih banyak masa di rumah kakak sulungku yang tidak jauh dari rumah Ibu dan Ayah. 

Satu hari kakak pecah rumah cakap. 
"Duduklah rumah, ayah dan Mak ada bersungut, kenapa adek tak mahu duduk dirumah".....katanya pada aku. 

Aku hanya menganggukkan kepala. Cuti minggu ni aku hanya habiskan masa dirumah. Ayah berjalan bertongkat dan Mak hanya habiskan masa diatas katil. Disebabkan aku tidak kerumah kakak sulung aku maka aku berbual dengan Ayah dan Ibu dihujung katil Ibu. 

Kakak Iparku berkata....."Adek berbuallah dengan Mak dan Ayah.....kakak nak kedapor dan lepas ini nak cuci kaki abah dan mandikan Mak"

Aku hanya berdiam diri.....selepas itu kakak iparku hilang kedapor dan beberapa ketika kemudian dia datang dengan dulang kueh dan Abang bawa dulang air......Ayah dan Mak tersenyum.....aku juga tersenyum melihat kakak muka pecah rumah tu tak sangka jadi kakak iparku. Kakak tegakkan Mak dan Ayah duduk di kerusi di meja kecil yang sememangnya dubuat tempat letak makanan dan ubat abah dan Mak. 

Hatiku tiba-tiba menjadi hiba dan sayu.....aku lihat disebalik jubah itu ada tangan yang suci dan bersih....menjemput kueh dan disuapkan kemulut ibu.....dan tangan Mak pula mengusap-ngusap manja kepala kakak iparku. Sedangkan aku adalah anaknya, bagaimana aku boleh membiarkan ibuku dijagai oleh orang lain......sedangkan jelas....syurga itu di telapak kaki Ibu......

Selesai ibu makan.....kakak bukakan baju ibu dan dia mengangkat ibuku dengan abang dan dibawa kebilik air.....kakak iparku mandikan ibu.....aku lihat tangannya yang kasar dan besa ditunjukkan jari tengah padaku suatu waktu dulu, kini tangan itu juga begitu lembut mengusap badan ibu dengan sabun.....di jirusnya ibu air yang dingin dari baldi yang memangnya tersedia di bilik air itu. Aku terbayang bagaimana di waktu kecil dulu, Mak selalu mandikan aku di bawah pokok rambutan dihalama rumah....dulu bilik air diluar.....


Image result for kakak mandikan mak
A

Kakak menoleh padaku dan dia tersenyum....."Adek" katanya....."ambilkan kain tuala itu,"......aku tergaman....dapat kurasakan betapa beruntungnya keluargaku, perempuan muka pecah rumah itu kini adalah sebahagian dari keluarga kami yang bagaikan terbau haruman syurga untuknya.

"Beginilah adek.....kakak berenti kerja kerana tiada orang boleh jaga Mak dan Abah, lagi pulak mungkin Allah tangguhkan seketika kakak dari mendapat zuriat kerana mungkin Allah takdirkan kakak berjodoh dengan abang untuk menjaga Mak dan Abah" katanya.......

"Dah beberapa kali Hospital tempat lama kakak bekerja tu memanggil kakak bakerja semula......tapi kakak menolaknya.....kerana dirumah juga kakak bekerja seperti dihospital, hari-hari kakak memeriksa Mak dan Abah dan menentukan tekanan darah, kandungan gula dalam badan, menentukan ubat yang Abang akan beli dari Farmasi......cuma dirumah tiada jururawat...kerana kakak Doktor dan kakak juga jururawat.....kan dah jimat kos....gajinya tak menentu....ikut berapa abang bagi untuk belanja dapor" celoteh kakak.....

Dan aku lihat, mak mencubit pipi kakak dan kami ketawa bersama. Di sebabkan dah jadi doktor dan taknak bekerja pula.....banyak duduk dirumah....kakak iparku ini dah hilang langsung muka pecah rumahnya.....mungkin juga jiwanya bersih sehingga terpancar diwajahnya.....

Kakak iparku kini sanat ayu, puteh, lemah lembut dan sopan santun. Aku menjamah kueh yang dihidangkan.....dan aku menghirup kopi yang di sediakan.....masyaAllah.....sedapnya.....persis bagaikan dari tangan ibu rasanya......

Selesai mandikan Mak.....kakak membuka balutan kaki ayah.....nampak daging-daging baru dah mula tumbuh.....bau jangan cakaplah.....tapi kakak iparku selamba saja mencuci luka kaki abah......dan aku lihat air mata ayah berderai.

 "Ipul.....inilah anak Abah dan ibu dunia akhirat" sambail Abah menoleh kepada menantunya dan kakak iparku berkata.....

"apalah abah ni.....Ipul tu anak abah" katanya

......aku rasakan bagaikan ditusuk sembilu......dan dalam fikiranku, aku terbayang kekasih hatiku yang bekerja di Putrajaya.....dengan kuku panjangnya, rambut merah dan pakaian yang sentiasa berjenama tu, mampukah ia menjaga Abah dan Mak seperti kakak Iparku menjaganya.......

"Adek, jangan difikirkan begitu.....walaupun Maya berkerjaya, sangat cantik dan bergaya....kakak yakin, dia juga mampu buat seperti apa yang kakak lakukan ini...mungkin dia lebih baik dari kakak".....aku tersentap....

"kakak, bagaimana kakak tahu apa yang sedang saya fikirkan?".....
"Kakakkan Doktor dan ada juga ambil psikologi......hehehehehe.....dulu pun adek tak suka kakak dan adek cakap muka kakak macam muka pecah rumah...kannnnn......"

"Adoyai kakak ni.......ini mesti abang yang cakap...." aku malu sendirian

"Adek......orang perempuan ni bagaikan kanvas.....pensel dan warna ada ditangan adek.....adek yang akan menentukan apa lukisan yang akan adek ilhamkan diatas kenvas,.......diri kakak adalah lukisan dari hasil ilham Abang yang telah dizahirkan......kakak sangat-sangat bersyukur mendapat suami seperti Abang......."katanya....

Kini aku sering balik kekampung....bukan lagi setiap minggu....kalau ada masa seminggu dua atau tiga kali aku balik.....suatu hari aku rasa tak sedap badan, aku keklinik dan Doktor beri MC dua hari......aku terus balik kampung.....sampai dirumah....rumah agak sunyi.....aku matikan injin kereta dan memberi salam....tiada siapa yang menjawab.....aku naik kerumah....abah sedang tidur dan aku terdengar ada orang dibilik air.....masyaAllah.....aku lihat kakakku sedang terduduk dan tersandar dibilik air sedang memangku mak......dan aku lihat ada air mata yang mengalir dipipi kakak iparku.....

"Kenapa kakak" sapaku.....

"kakak pening semasa mandikan Mak tadi......tapi Allah menolong kakak....kakak jatuh terduduk dan sempat kakak pangkukan mak....."katanya.

Dalam keadaan begitupun dia masih lagi sempat lapkan badan mak dengan tuala puteh yang tersangkut dibahunya.....kakak tukarkan kain mak dan dia masih nak mengangkat mak dari bilik air.....

"Kakak....tak mengapa, biar Ipul yang angkat" kataku.....

"Tak apa adek....adek tak biasa....nanti mak jatuh".......

Ya Allah......siapa dihadapan ku ini....manusia atau Malaikat....kata hatiku. Aku dan kakak mengangkat mak dan di letakkan diatas katil......pampers, bedak, sikat rambut....dan pakaikan baju baru.....semuanya kakakku buat.....

Dalam hati ku berkata.....Abangku adalah manusia yang sangat hebat. Dari seorang minah rempit yang muka macam orang pecah rumah kini menjadi Isteri Abangku dan kakak ipar yang sangat aku sayangi......

Allah.....Engkau kurniakanlah isteri yang sebaik kakak iparku ini......aku sangat-sangat beruntung mendapat kakak ipar sebaik ini............syukur sesangat.....



Nukilan Tok Aki Aji.........
16/10/2016.
klia2