,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 18 October 2016

SINGAPURA NEGERI MELAYU YANG DI YAHUDIKAN



SINGAPURA NEGARA CHINA DI LUAR TANAH BESAR MENGGUNAKAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN ISLAMELAYU DAN MENAWAN MALAYSIA SERTA NUSANTARA. 



CINA SINGAPURA "YAHUDI" DI ASIA TENGGARA.

LEE KUAN YEW " TUAN TELAH BERJAYA MENGEKANG ISLAM DI PADANG PASIR, AJARKAN KAMI BAGAIMANA HENDAK MENGEKANG ISLAM DI RIMBA(HUTAN)". Ini adalah kata-kata LKY semasa lawatan President Israel ke Singapura.


7 Persamaan Antara Palestin Dan Malaysia

1. Henry Gurney
Sir Henry Gurney telah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya sejak 1948, sebelum ditembak mati oleh komunis di Fraser’s Hill pada 6 Oktober 1951. Sebelum dinaikkan pangkat ke jawatan Pesuruhjaya Tinggi (jawatan tertinggi dalam pentadbiran British di Malaya), pada tahun 1946-48 beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha (jawatan kedua tertinggi) di sebuah lagi jajahan British yang memiliki majoriti kecil Islam: Palestin.1
Sir Henry Gurney telah mentadbir Palestin (1946-48) sebelum diarah berkhidmat di Malaya (1948-1951). Bagaimanakah keadaan kedua-dua bekas wilayah jajahan British bermajoriti Islam tersebut pada masa kini?
Sir Henry Gurney telah mentadbir Palestin (1946-48) sebelum diarah berkhidmat di Malaya (1948-1951). Bagaimanakah keadaan kedua-dua bekas wilayah jajahan British bermajoriti Islam tersebut pada masa kini?
2. Majoriti Kecil Islam
Jabatan Perangkaan Malaysia meletakkan peratusan penduduk Islam di Malaysia pada 61.3%, sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara yang memiliki majoriti kecil Muslim.2
Berbeza dengan bekas jajahan British lain seperti Mesir, Pakistan dan Bangladesh yang memiliki populasi Islam melebihi 90%, Palestin juga memiliki majoriti kecil Muslim seperti Malaysia. Pada 1922, populasi Islam di Palestin ialah sebanyak 78% dan selebihnya penganut Yahudi, Kristian dan lain-lain.3 Pada 1946, peratusan populasi Islam semakin mengecut kepada 58% akibat pertambahan imigran Yahudi dari Eropah.4

3. Islam Di Dalam Perlembagaan
Negara seperti Syria dan Turki memiliki populasi Muslim melebihi 90% tetapi tidak menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Ini berbeza dengan Palestin yang mewartakan Islam sebagai agama rasmi di dalam perlembagaannya yang diperkenalkan pada tahun 2003.5
Perlembagaan Persekutuan Malaysia juga menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan, namun ia telah dikuatkuasakan sejak 46 tahun yang lalu oleh populasi utama penganut Islam di Malaysia, iaitu kaum Melayu. Untuk mempertahankan kepentingan mereka, kaum Melayu turut memperjuang hak-hak dan keistimewaan mereka sehingga ia dimaktubkan secara rasmi ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini berbeza dengan apa yang terjadi kepada bangsa Arab di Palestin.
tunku
Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman, ketika menandatangani Perjanjian Merdeka di Lancaster House pada 8 Februari 1956. Kaum Melayu memperjuangkan agar hak-hak istimewa mereka dimaktubkan dalam perlembagaan. Bagaimana dengan kaum Arab di Palestin?
Article IV All necessary measures shall be taken to encourage and stimulate immigration of Jews into Palestine on a large scale, and as quickly as possible to settle Jewish immigrants upon the land through closer settlement and intensive cultivation of the soil. In taking such measures the Arab peasant and tenant farmers shall be protected in their rights, and shall be assisted in forwarding their economic development.
– See more at: http://unispal.un.org/UNISPAL.NSF/0/5BFF833964EDB9BF85256CED00673D1F#sthash.iCZWLTNA.dpufKerana Bani H

4. Bekas Jajahan British
Tanah Melayu secara rasminya telah dianggap sebagai sebahagian daripada Empayar British apabila Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani di London pada tahun 1824. Palestin pula telah jatuh ke tangan British apabila tentera Khilafah Uthmaniyyah dan Jerman yang mempertahankan Baitul Maqdis telah ditewaskan pada Disember 1917.
allenby
Tentera British yang dipimpin Jeneral Edmund Allenby memasuki Baitul Maqdis pada 11 Disember 1917.

5. Dibanjiri Imigran
Di Malaysia, kedatangan etnik luar seperti Tamil dan Hakka pada lewat kurun ke-19 telah digalakkan oleh pihak British yang mengambil mereka bekerja di industri perlombongan dan perladangan. Di Palestin, kedatangan imigran Yahudi juga bermula pada lewat kurun ke-19, tetapi kerana digalakkan oleh gerakan Zionisme. Bangsa Yahudi yang mengalami penindasan di negara-negara Eropah telah berhijrah ke Palestin kerana menurut ajaran yang terkandung dalam kitab Ezra-Nehemiah, yang menceritakan peristiwa Shivat Tzion (Kembali ke Zion).
Pada 3 Januari 1919, Raja Faisal yang merupakan Raja Syria ketika itu telah menandatangani perjanjian dengan Presiden Organisasi Zionis Dunia, Chaim Weizmann. Antara kandungan perjanjian tersebut ialah untuk menggalakkan imigrasi Yahudi ke Palestin dalam skala besar.
faisal
Raja Faisal menandatangani perjanjian dengan Presiden Organisasi Zionis Dunia, Chaim Weizmann pada 3 Januari 1919, yang menggalakkan imigrasi Yahudi ke Palestin pada skala besar.
PATI
Imigran Cina digalakkan oleh British untuk berhijrah ke Tanah Melayu pada lewat kurun ke-19.

6. Wilayah Bermajoriti Imigran Yang Dipisahkan
Di Palestin, oleh kerana masalah-masalah yang timbul akibat kemasukan imigran dalam skala besar, PBB telah mencadangkan Pelan Pemecahan Palestin (United Nations Partition Plan for Palestine) yang telah mengakibatkan Palestin terpecah kepada dua negara, masing-masing untuk bangsa Arab dan Yahudi. Di Malaysia, Singapura yang memiliki majoriti imigran Cina telah diusir melalui undi Parlimen pada tahun 1965.
tengku
Tunku menyarankan agar Lee Kuan Yew bertenang setelah Lee membangkitkan sentimen perkauman, antaranya apabila mengatakan Melayu bukan kaum pribumi. Singapura akhirnya telah disingkir dari Malaysia selepas undian di Parlimen.

7. Jiran Pro-Zionis
Israel, jiran Palestin yang lahir daripada Pelan Pemecahan PBB untuk Palestin sememangnya dihuni oleh imigran Yahudi yang berhijrah kerana gerakan Zionis.
Namun kira-kira 5,000km dari Israel, Singapura, jiran Malaysia yang tidak memiliki majoriti Yahudi, juga memiliki kerajaan yang pro-Zionis. Singapura tidak mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara dan tidak pernah mengecam serangan Israel ke atas Palestin. Selain itu, Singapura juga membangunkan senjata untuk Israel, antaranya ialah senjata anti perisai MATADOR6 dan sistem peluru berpandu Iron Dome.7 Tentera Singapura telah dibangunkan dengan kerjasama IDF (Israel Defense Forces) dan Mossad (badan perisikan Israel).8
rehavam
Bekas Menteri Pelancongan Israel, Rehavam Ze’evi, telah dilantik oleh Yitzhak Rabin untuk mengetuai pasukan yang membentuk angkatan tentera Singapura pada tahun 1965.
yehuda
Brigadier Jeneral Yehuda Golan dihantar ke Singapura untuk menubuhkan angkatan tentera.
matador
Senjata anti perisai MATADOR telah digunakan oleh Israel di Gaza pada 2009. Senjata ini dibangunkan oleh Israel dengan kerjasama Singapura.
shot-20140327-10161-169yjyl-0
Akhbar Israel, Haaretz, melaporkan bahawa sistem peluru berpandu Iron Dome telah dibiayai oleh Singapura.
ngenghen
Menteri Pertahanan Singapura, Dr. Ng Eng Hen diberi taklimat tentang sistem Iron Dome, yang digunakan oleh Israel.
yale
Jim Sleeper, pensyarah sains politik di Universiti Yale, menyalahkan Singapura sebagai penyebab tercetusnya perang antara Israel dengan Arab.

1. The United Nations Information System on the Question of Palestine (UNISPAL),http://unispal.un.org/UNISPAL.NSF/0/F053730BEC5BB44385256EA0006C1B0E
2. Department of Statistics, Malaysia, Population Distribution and Basic Demographic Characteristics 2010 (Department of Statistics, Malaysia) p.9.
3. The United Nations Information System on the Question of Palestine (UNISPAL),http://unispal.un.org/UNISPAL.NSF/0/E3ED8720F8707C9385256D19004F057C
4. The United Nations Information System on the Question of Palestine (UNISPAL),http://unispal.un.org/UNISPAL.NSF/0/07175DE9FA2DE563852568D3006E10F3
5. “2003 Amended Basic Law,” The Palestinian Basic Law, 18 Mac, 2003, http://www.palestinianbasiclaw.org/basic-law/2003-amended-basic-law
6. “Factsheet – MATADOR: Unguided Short Range Anti-Armour Weapon (SRAAW),” MINDEF Singapore, 15 Jun, 2005,http://www.mindef.gov.sg/imindef/press_room/official_releases/nr/2004/sep/04sep04_nr/04sep04_fs.print.noimg.html
7. “Was Iron Dome defense system actually built for Singapore?,” Haaretz, 25 Mac, 2010, http://www.haaretz.com/print-edition/features/was-iron-dome-defense-system-actually-built-for-singapore-1.266629
8. “A deep, dark, secret love affair,” Haaretz, 16 Julai, 2004, http://www.haaretz.com/a-deep-dark-secret-love-affair-1.128671

AMUKANMelayu - Tiada siapa lagi yang akan menolong kita......kecuali ALLAH. Bersiap sedialah.....