KUALA LUMPUR - Gabungan NGO Malaysia menggesa polis menyiasat dakwaan Bersih 4.0 menerima dana melebihi RM30 juta yang akan diagihkan kepada 100,000 peserta perhimpunan haram di ibu negara hujung bulan ini.
Pengerusinya, Datuk Jamal Yunos berkata, pihaknya ada menerima pengakuan sekumpulan individu yang telah menerima wang pendahuluan sebanyak RM100 bagi menyertai perhimpunan itu tiga hari lalu.

"Mereka dijanjikan sebanyak RM300 jika menyertai perhimpunan selama dua hari itu termasuk makan minum empat kali sehari serta pengangkutan percuma.
"Sebab itu saya minta pihak polis agar menyiasat perkara ini kerana dibimbangi perhimpunan yang dirancang Bersih adalah bertujuan menghancurkan keamanan negara melalui demonstrasi," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan menuduh penganjur Bersih 4, Maria Chin Abdullah membayar setiap peserta sehingga RM300 sebagai satu penghinaan kepada rakyat Malaysia.

Mengulas perkara sama, Jamal berkata, mereka juga akan mengadakan kempen Bersih 4.0 Cintakan Keamanan bagi menolak perhimpunan haram Bersih 4.0.
Sebelum itu, beliau telah menyerahkan dokumen berkaitan agar siasatan lanjut boleh dilakukan polis.

"Biarlah polis yang menjalankan siasatan. Kita sudah serahkan segala maklumat.
"Polis kena siasat sebab perkara ini melibatkan keselamatan negara dan sekiranya gagal ditangani mungkin negara akan terjerumus ke dalam keruntuhan demokrasi melalui demonstrasi," katanya.

2.4 Juta Dana Bersih 4.0 Dari Mana?



Tersalah cakap yang BERSIH mendapat bantuan daripada proksi Zionis, Maria Chin Abdullah cuba mengawal lebih banyak kekantoian dengan keengganan untuk mendedahkan dari mana BERSIH 4.0 memperolehi wang RM2.4 juta untuk penganjuran demonstrasi mereka.

Kata Maria Chin Abdullah, semuanya hanya akan dijelaskan di mahkamah. Malahan gantirugi yang dituntut oleh DBKL kepada BERSIH 4.0 kerana kerosakan harta awam dan sampah sarap yang dilakukan oleh para penyokong BERSIH 4.0 juga, hanya akan dijawab di mahkamah.

Pendek kata, mahkamah cuba dijadikan alasan oleh Maria Chin Abdullah untuk dia melarikan diri.

Sembang tentang ketelusan, kejujuran, kebersihan dan sebagainya, tetapi tentang diri sendiri, tak pula dipraktikkan.

Ketika disoalsiasat oleh polis di Bukit Aman, Maria Chin Abdullah berkata, mereka mempunyai hak untuk tidak menjawab sebarang soalan dan mempunyai hak untuk tidak mendedahkan daripada mana mereka memperolehi RM2.4 juta untuk tujuan demonstrasi tersebut.

Sebelum ini didedahkan bahawa BERSIH 4.0 mendapat penajaan daripada NED walaupun Ambiga menafikan BERSIH mendapat penajaan daripada NED sebaliknya daripada dua entiti yang dimiliki oleh NED iaitu OSI dan NSI.

NED terkenal dengan penajaan yang bertujuan untuk menghuru-harakan sesebuah negara seperti yang berlaku di negara-negara Timur Tengah demi kelangsungan dan kewujudan Negara Haram Zionis Israel. Berselindung di sebalik nama demokrasi, NED tidak lebih daripada sekadar alat untuk memastikan penguasaan Zionis dalam segala hal ehwal dalaman sesebuah negara.

Maria Chin Abdullah setelah ditekan oleh wartawan akhirnya memberitahu secara klise bahawa RM2.4 juta itu telah digunakan untuk membayar peralatan yang digunakan selama dua hari demonstrasi. Selain itu, bakinya juga akan digunakan untuk membantah usaha yang dilakukan oleh SPR terutama apabila mereka kalah di Sarawak, pendaftaran dan juga untuk tujuan kempen bagi PRU-14.

Menariknya, apabila ditanya apakah sebahagian daripada RM2.4 juta itu akan digunakan untuk membayar ganti rugi kepada DBKL kesan daripada kerosakan yang dilakukan oleh para peserta demonstrasi BERSIH 4.0, Maria Chin Abdullah berkata, mereka akan mengkajinya terlebih dahulu kerana berkemungkinan besar terdapat penganjr-penganjur lain yang mengadakan acara berbeza di Bandaraya Kuala Lumpur.

Senang betul menyerahkan tanggungjawab dan kesalahan yang dilakukan kepada orang lain. Langsung tidak mahu bertanggungjawab walaupun sibuk mempersoalkan tanggungjawab pihak lain terutama sekali kerajaan.

Tapi apa yang hendak dihairankan kalau BERSIH itu adalah DAP sebab perangai menyalahkan dan menuding jari kepada orang lain apabila mereka sendiri melakukan kesalahan, sudah menjadi lumrah dan amalan DAP dari tarikh 13 Mei 1969 lagi!!!