Awat jadi lagu ni? |
Meletup lagi...
Dato' Seri.....Kopi panas ni kena dengan Karipap emmm best giler |
TV3 dan syarikat induknya, Media Prima adalah milik penuh UMNO yang dirintis dan ditubuhkan pada zaman Daim Zainuddin.
Seringkali, apabila mereka tidak berminat, atau mereka menyokong atau mereka mendiamkan diri, bermakna sebarang kejadian ada kena-mengena dengan Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan Anwar Ibrahim. Kegagalan pengurusan dan pentadbiran Media Prima di bawah Johan Jaafar, watak yang seringkali dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, langsung tidak disentuh, bahkan juga tidak diperkatakan.
Semalam, segala teori berhubung kait antara TV3, pengurusan Media Prima dengan Anwar Ibrahim seperti telah dibenarkan menerusi siaran Buletin Utama syarikat televisyen UMNO itu. Serangan yang cuba dibuat ke atas Daim Zainuddin pula dilihat didalangi oleh pihak tertentu yang sebenarnya bertujuan melaga-lagakan antara bekas pemimpin itu dengan Najib Abdul Razak.
Manakala di Facebook pula, 'perbalahan dalaman' menjadi terbuka apabila dua kumpulan besar terbentuk dengan satu kumpulan menyokong Najib menyerang kumpulan yang dikatakan pro-Daim-Mahathir.
Namun walau apa pun teori yang diberikan atau sebarang perkembangan 'perbalahan dalaman' antara dua kumpulan terbabit, JAUH LEBIH MENARIK LAGI pendedahan yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan, watak yang menyebabkan Anwar Ibrahim lari lintang pukang ke kediaman Duta Turki untuk mendapatkan suaka tetapi gagal, kemudian memulakan kempen Reformasi 2.0 yang juga gagal selain haru-biru negara selepas kegagalan drama 16 September 2008 selain menyaksikan perbicaraan jenayah paling panjang dalam sejarah Malaysia menerusi siri tangguh dan tempoh.
Ini yang ditulis oleh Saiful Bukhari Azlan:
Untuk
makluman, isteri saya kini sudah tidak berkerja dengan TV3-Media Prima
(last day kerja 15Dec). Ambil MSS( Mutual Separation Scheme) yang
ditawarkan tempohari.
Ada beberapa faktor, antaranya terasa seperti bermajikan pihak lawan, terasa jijik apabila diarah buat liputan PC Shamsul Iskandar-PKR, untuk tikam Tokoh yg beliau sendiri hormati.
Beliau mengambil keputusan drastik, berisiko, walau tidak ada jaminan pekerjaan lain. Hidup biar berprinsip. Rezeki ditangan Allah. - Saiful Bukhari Azlan.
Ada beberapa faktor, antaranya terasa seperti bermajikan pihak lawan, terasa jijik apabila diarah buat liputan PC Shamsul Iskandar-PKR, untuk tikam Tokoh yg beliau sendiri hormati.
Beliau mengambil keputusan drastik, berisiko, walau tidak ada jaminan pekerjaan lain. Hidup biar berprinsip. Rezeki ditangan Allah. - Saiful Bukhari Azlan.
Selamat tahun baru 2015 buat SPRM — Shamsul Iskandar
KITA
melangkah ke tahun baru 2015 dengan penuh keinsafan, mengambil kira
beberapa insiden bencana yang menimpa khususnya masyarakat di Pantai
Timur amnya dan Kelantan khususnya. Pasti ia bukan sekadar satu bencana
alam, tetapi lebih kepada malapetaka buat kalangan mereka yang terjejas
teruk, sehingga kehilangan tempat tinggal dan sehelai sepinggang.
Sempena
Tahun Baru 2015, tatkala ramai di kalangan kita menanamkan azam baru
untuk merencana kehidupan, adalah wajar dan molek kiranya kita
menghimbau apa yang telah diisi dan dilaksana sepanjang tahun 2014 untuk
kita insafi dan perbaiki menjelang tahun 2015.
Dalam
konteks ini saya terpanggil untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015
buat Suruhanjaya Pencegaham Rasuah Malaysia (SPRM), dengan harapan agar
mereka tidak terlepas pandang akan beberapa laporan yang telah
dikemukakan oleh KEADILAN dan Pakatan Rakyat amnya atau saya khususnya,
yang mana sepanjang pengamatan yang telah dibuat masih kekal di takuk
lama tanpa sebarang tindakan.
Pertama sekali
ialah siri-siri laporan melibatkan mantan Menteri Kewangan iaitu Tun
Daim Zainuddin. Tidak kurang daripada tiga laporan telah dibuat pada
awal tahun 2014 dan gesaan agar tindakan lanjut SPRM diambil juga telah
dibuat berkali-kali. Atas justifikasi yang kukuh melalui perincian
maklumat di dalam laporan yang telah dikemukakan, seakan-akan
dibakulsampahkan oleh SPRM. Sejujurnya tindakan SPRM ini nyata sekali
mendukacitakan dalam keadaan Tun Daim langsung tidam diambil sebarang
tindakan hatta dipanggil untuk memberi keterangan lanjut. Maka timbul
persoalan apakah pendakwaan selektif yang dituding ke atas agensi
penguatkuasaan undang-undang termasuklah SPRM ini, merupakan satu
kenyataan hakiki yang sebenar-benar berlaku dan bukan satu tudingan
liar.
Kedua ialah laporan saya dan Pimpinan
Pakatan Rakyat Negeri Melaka mengenai perbelanjaan perkahwinan anak
mantan Ketua Menteri Melaka iaitu Tan Sri Mohd Ali Rustam yang
dicanang-canang sebagai rekod kehadiran mencecah 130,000 tetamu.
Pelbagai keraguan termasuklah notis mesyuarat persiapan majlis tersebut
yang melibatkan ketua-ketua agensi kerajaan Negeri Melaka dan juga
pengakuan oleh Tan Sri Mohd Ali sendiri yang majlis itu sekadar menelan
belanja RM600 ribu. Kedua-dua fakta ini jelas tidak munasabah dan telah
dikemukakan ke SPRM untuk tindakan lanjut, namun nyata sekali harapan
tinggal harapan.
Dua kes ini, yang pastinya
hanyalah dua di kalangan puluhan malah ratusan kes rasuah yang
diketengahkan oleh Pakatan Rakyat, merupakan satu bukti jelas betapa
SPRM melaksanakan pendakwaan selektif. Alasan ketiadaan dan
ketidakcukupan bukti hanya alasan yang dikitar semula untuk mengabsahkan
tindakan mereka menyelimuti salahlaku pimpinan Umno-BN dengan kuasa
yang mereka ada.
Maka menginsafi jejak langkah
di tahun baru 2015, sewajarnya SPRM bertindak serius untuk mengembalikan
keyakinan rakyat ke atas akauntabiliti mereka selaku agensi yang
berwajib dalam hal-hal pembanterasan rasuah.
Di
saat indeks persepsi rasuah menunjukkan Malaysia berada di kedudukan
rendah malah lebih corot jika dibanding dengan negara-negara dunia
ketiga, ini seharusnya menjadi tamparan buat SPRM di sebalik laungan
mereka yang berkobar-kobar mahu membasmi rasuah, tetapi hanya berani
memukat ikan bilis tanpa berani menangkap jerung yang bermaharajalela.
Komitmen
saya dan Pakatan Rakyat adalah jelas: segala bentuk usaha
penambahbaikan dan pemerkasaan SPRM dalam menangani isu rasuah akan
senantiasa disokong tanpa gagal. Cuma seeloknya SPRM bermuhasabah agar
mereka tidak dilihat condong kepada pihak tertentu demi menjaga periuk
nasi sendiri.
Rasuah kekal musuh negara, maka
SPRM harus menjadikan rasuah juga selaku musuh mereka yang dibidik
dengan senjata yang ada. Moganya senjata yang ada tidak memakan tuannya
sendiri, kerana dikhuatiri bukan sekadar rasuah menjadi musuh negara,
sebaliknya SPRM juga kelak menanggung akibatnya dek persepsi rakyat yang
kian hilang kepercayaan.
Selamat Tahun Baru
2015 buat SPRM. Berkhidmatlah dengan Bebas, laksanakan tugas dengan
Telus, serta junjunglah amalan Profesional demi negara yang tercinta.
Shamsul Iskandar Bin Mohd Akin
Ahli Parlimen Bukit Katil
Naib Presiden KEADILAN
2 Januari 2015
APAHAL TV3 SERANG DAIM GUNA ANWAR?
Kalau
korang perasan sejak kebelakangan ini TV3 dok attack Tun Daim dengan
begitu dasyat sekali. Bermula dai statement Shamsul kencing dalam seluar
of PKR hingga le ke mamat rambut perang mana tah timbalan ketua
cawangan PKR dok attack Daim dan defend PM!
Kemuncak
paling dasyat sekali apabila TV3 mempergunakan si Anwar al jubs untuk
hentam Tun Daim semalam. Thats it aku takleh terima beb. TV3
mempergunakan manusia lahanat yang layan TV3 macam sampah sebelum ini.
Dimana
maruah TV3 ni? Apa berita TV3 boleh jadi macam ni sekali? Aku sedih
sebab ramai yang dah mula meluat dengan mainan politik murahan TV3 ni
beb. Apa benda meraka nak buktikan sebnarnya ni?
Ada
arahan dari HANTU RAYA (HR) ke? Aku tak rasa ini arahan PM, confirm
bukan tapi rasanya ada orang keliling yang dengan sengaja nak menangguk
di air yang keruh dan mempergunakan TV3 sebagai perkakas (ayat favorite
Anwar pada TV3) mereka?
Aku
bukan nak menuduh tapi korang tak rasa pelik ke? Stesyen yang
membelasah dan membongkarkan macam-macam salahlaku Anwar al jubs
tiba-tiba nak jadikan dia hero pulak? Apa game bodoh yang HR nak main
ni?
AMUKANMELAYU - Apa yang sedang di aturkan ini? Penyatuan atau KEHANCURAN?