KIT SIANG GESA TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA PASAL BANJIR..
Kit Siang dalam kenyataannya semalam menggesa ditubuhkan segera RCI pasal banjir.
ini banjir paling terok dalam sejarah negara, kata LKS...bukan tu je.. LKS cakap pakatan sanggup mengenepikan pandangan politik demi nak tahu punca sebenar banjir sebegini teruk..
LKS spesifik lagi pasal ni.. lokasi teruk kuala krai dan gua musang. Mengapa Gua Musang begitu teruk.......akhirnya jumpa point tersirat.
PUNCA BANJIR YANG TERUK DAN LOKASI.
Persoalannya sejauh mana keikhlasan LKS dalam soal ini. Ini kerana penulis amat berhati-hati dengan permainan apek tua ini. Mengapa LKS beriya-ia mengajak Kerajaan tubuh RCI. Adakah udang disebalik batu? Atau sememangnya telahan dapat di terjemahkan yang LKS tidak senang dengan Pengerusi DAP Perak yang sedang mengganas kini. Terselamatkah Nga dan Ngeh dengan permainan LKS ini? Atau LKS ada musuh lain dan cuba untuk bunuh musuh politiknya dalaman pakatan ??
Dengan tertubuhnya RCI dan siasatan di jalankan maka terselamatlah LKS dan Dinastinya. Maka sudah tentu dari pihak penuduh iaitu RCI dan bukannya LKS.
LKS nak divert isu PAS Kelantan daripada fikir bentang hudud kepada
RCI. Ini peluang LKS melekakan PAS Kelantan daripada bentang hudud
kepada menjawap siasatan RCI.
PAS kena lagi.
Tidak mustahilkan cadangan penubuhan RCI LKS ini sebenarnya
mengajak rakyat untuk mengetahui kenapa pembalakan di Gua Musang dan Kuala Krai begitu teruk hingga menggondol segalanya dan mengakibatkan
banjir teruk ?
LKS nak dedah siapa dapat projek balak ke ?
Orang DAP dapat balak ke ?
Nak tikam kawan ke ?
Bijak apek tua ni punya ide.. bunuh 2 kumpulan sekaligus dan cuci tangan.. yang kena adalah RCI dan PAS dan bukan dia ????
Ngeh-Nga punca banjir teruk Kelantan
Berikut seorang komentar dari Kelantan:
Masa saya kecik2 dulu. Waktu banjir kita gembira bermain air. Kita mandi manda dpd pg hnga ke petang. Selagi mata tidak berwarna merah kita tidak naik ke rumah.
Tetapi hari ini air banjir warna teh susu yg mengalir direct dpd Ulu Kelantan dpd Sg Lebir, Sg Galas, Sg Kemubu n Sg Kelantan AKIBAT KERAKUSAN KEPIMPINAN PAS YG MEMAKAN BALAK DI HULU KELANTAN.
Habis bukit hutan belukar dikekah ditarah n dimamah Pas kerana mahukan RMRMRM!
Sekarang jgn salahkan sesiapa . BUKAN BALA. Tetapi insaflah . Inilah akibat kerakusan n ketamakan manusia. Tk.
Berikut dari FB
Satu kajian kesan alam sekitar terhadap banjir boleh dilakukan oleh mana-mana pakar geologi, perhutanan dan pakar yang berkaitan ke atas musibah banjir yang terjadi di Kelantan sekarang.
Sekiranya hasil kajian mendapati bahawa musibah banjir tersebut bukannya "berpunca" dari Tuhan, sebaliknya dari kegagalan kerajaan negeri menguruskan aktiviti pembalakan, perlombongan, pengurusan sumber air / sungai / empangan, maka adalah menjadi hak rakyat untuk mengemukakan saman gantirugi atas kehilangan harta benda dan nyawa mereka.
Tumpuan UTAMA harus diberikan kepada kawasan pembalakan seluas 10,000 ekar yang dipercayai diberikan kepada syarikat kontraktor/pemaju yang ada kaitan dengan Nga Kor Ming (DAP) dan Ngeh Koo Ham (DAP). Kedua-dua tokoh DAP Perak tersebut dipercayai tidak sealiran dengan kepimpinan Dinasti Lim Kit Siang di peringkat DAP Pusat.
Rakyat Kelantan juga perlu diberikan kefahaman sebaiknya tentang hak mereka dalam perkara ini. Mereka perlu diberi kefahaman bahawa ia adalah suatu tindakan yang menepati undang-undang jika semua bukti dan hasil kajian menunjukkan wujudnya salah tadbir dan salah urus penerokaan tanah, empangan, sungai dan perparitan.
Ingatlah wahai rakyat Kelantan bahawa DAP meratah hasil mahsul negeri sehingga anda menderita. Bukan salah Tuhan, tetapi tangan-tangan manusia kapitalis @ komunis yang rakus.
Facebook Zamzuri
Punca Banjir adalah Ketamakkan Pemimpin PAS yang Bersekongkol dengan Ngeh Koo Ham
SALAH SATU PENYEBAB BANJIR YANG BESAR SERTA BERARUS DERAS KERANA LIMPAHAN AIR DARI BUKIT BUKAU TINGGI MENDADAK MENCURAH KEKAWASAN PENEMPATAN KAMPUNG2 & BANDAR2, DI KELANTAN IALAH, KERANA KERAKUSAN PEMBALAKAN YANG TIDAK TERKAWAL SECARA SISTEMATIK OLEH KERAJAAN NEGERI PIMPINAN NIK AZIZ SELAMA 23 TAHUN YANG LEPAS !
sebagai contoh ...
Hutan Simpan Sungai Relai
(kini gondol, Licin dikerjakan oleh Nga dan Ngeh)
Sebahagian besar daripada kira-kira 4,000 hektar (10,526 ekar) kawasan Hutan Simpan Sungai Relai dekat sini, gondol dipercayai ditebang syarikat perladangan dikuasai Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.
Kawasan balak berkenaan yang ditebang sejak Mac 2012 lalu, dikatakan akan ditanam dengan sawit, tetapi sehingga kini belum diusahakan.
Kegiatan balak aktif pada tahun lepas dan terhenti sejak april 2013. Nilai hasil kayu balak mencecah RM30 juta sudah habis ditebang bersih sehingga menimbulkan pencemaran, hakisan kepada tanah & aliran air hujan terus kawasan rendah yang mengakibatkan banjir ...
HARI INI, RAKYAT KELANTAN SEHARUSNYA LEBIH RASIONAL & BIJAK MEMIKIRKAN KENAPA, BAGAIMANA, BILA & SIAPA YANG BERTANGGUNG JAWAB TERHADAP BENCANA BESAR INI, SELAIN DARI AMALAN2 BIASA MENUNDING JARI KE ARAH SEMUA PIHAK KECUALI PAS - KERAJAAN NEGERI YANG MEMERINTAH !
WHITE HOUSE MILIK NGA KOR MING HASIL DARI BALAK KELANTAN |
Keadaan di Kampung Manek Urai Lama selepas banjir |
ASBAB2, ISU2 & KES2 TERPENCIL SENGAJA DI ADA2KAN, DI VIRALKAN DI MEDIA MAYA, TIUPAN NISTA DI SETIAP SURAU & MASJID OLEH POLITIKUS2 PAS, YANG CUBA MENUTUP BUKIT BUKAU YANG GONDOL DENGAN LILITAN SERBAN & JUBAH SERTA JANGGUT KAMBING !
MEREKA TIDAK TAKUT AZAB ALLAH, DIKETIKA RAKYAT KELANTAN BAGAIKAN TELUR DIHUJUNG TANDUK, TETAP MENERUSKAN PEMBOHONGAN DEMI PEMBOHONGAN ... TETAP MENCARI APA SAJA ISU YANG BOLEH DIFITNAH, DEMI MEMESONGKAN PEMIKIRAN RAKYAT KELANTAN ... "KENAPA BANJIR BESAR SEBEGINI BERLAKU"
KENAPA DAP MENGGUNAKAN HUDUD, SEBAGAI ALASAN TIDAK AKAN BANTU KELANTAN ? ... ATAU
TAUKEH2 (BALAK) DAP TAKUT KE KELANTAN, KERANA MEREKALAH, PUNCA BANJIR, MEREKA LAH YG PUNYA ANGKARA SEHINGGA HABIS SEGALA HUTAN DI KELANTAN DIGONDOLKAN !
DIKALA PETUGAS2 AGENSI2 KERAJAAN, atm, pdrm, NGO ... BERSUSAH PAYAH MENGHULURKAN BANTUAN, SEMUA POLITIKUS2 PAS SIBUK BERMESYUARAT POLITIK DI "PUTIK" KUNUNNYA UJUDKAN HUDUD, HARI INI JUGA, BOLEH HENTIKAN BANJIR SERTA MERTA !
SESUDAH DUA HARI, TAK JUGA LAKSANAKAN HUDUD, YANG DIKATAKAN MESTI DI BINCANGKAN KETIKA KELANTAN BANJIR BESAR !
TAK BOLEH TANGGUH, KUNUNYA ...
TEPAT KATA NABI S.A.W. DI AKHIR ZAMAN AKAN LAHIRLAH PEMUKA2 AGAMA YANG TAMAK HALOBA, BERSELINDUNG DISEBALIK SERBAN JUBAH JANGGUT BAGAI ... SEOLAH2 MEREKA MAKSUM, SEMPURNA, MEREKA AHLI2 SYURGA (KUNUN NYA) ... TAPI HAKIKATNYA HARI INI, MEREKA TAK MEMPERDULIKAN APA PUN, WALAU NYAWA RAKYAT SEKALI PUN SBG GALANG GANTI, DEMI MENGEJAR KEDUDUKAN KEMEWAHAN DUNIAWI !
AMUKANMELAYU - Aku tiada kepentingan apa-apa pun di Kelantan.....tapi nak beri tahu, cukup-cukuplah menjadikan UGAMA sebagai POLITIK dan tanyalah apa NIAT SEBENARNYA kamu berpolitik?.......Allah tahu apa yang kamu sembunyikan di sudut hati kamu.....