,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday, 5 January 2015

MB KELANTAN PUSING 360 DARJAH - MUNGKIN INI YANG DI BIMBANGI TUN M JIKA HUDUD DI LAKSANAKAN


Balak ni di kenalpasti adalah kepunyaan "Orang Bunian"

MB KELANTAN - LESEN BALAK TELAH DIBEKUKAN SEJAK 2006


Dari Abdullah bin Amr bin Ash, r.a katanya Nabi Muhammad SAW bersabda:

 “Ada empat perkara, sesiapa  terdapat pada dirinya lengkap keempatnya, itulah dia orang munafik sesungguhnya. Dan Sesiapa  terdapat padanya satu perkara saja, maka ia termasuk munafik juga, hingga di tinggalkannya sifat yang satu itu: 1. Apabila dipercaya, dia khianat. 2. Apabila berkata, dia dusta. 3. Apabila berjanji, dia mungkir. 4. Apabila ia bermusuhan, dia sangat jahat.” (HR. Bukhari Muslim)

Kelantan blames illegal land clearing for uncontrolled logging

Kelantan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob says enforcement will be stepped up to stamp out illegal land clearing. – The Malaysian Insider file pic, December 31, 2014.Kelantan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob says enforcement will be stepped up to stamp out illegal land clearing. – The Malaysian Insider file pic, December 31, 2014.The Kelantan government has blamed illegal land clearing and logging as among the causes for the devastating floods in the state this year.
Kelantan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob said that the state government had always capped logging at 5,960ha a year which is the standard set by the National Land Council.
“Our forestry management practices have also received MC&I SFM certification by indepedent world bodies while any new logging areas have to have environmental impact assessments (EIA),” Ahmad said in a statement here.

“Uncontrolled logging may be due to illegal land clearing by irresponsible quarters.” Ahmad also pledged that the state government would step up enforcement to stamp out these activities.
As more than 100,000 people have been displaced in the Northeastern state by the worse floods in recent memory, fingers have been pointed at the rampant logging and land clearing in Kelantan’s hinterland Gua Musang.
After his visit to Gua Musang yesterday, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak also alluded to rampant land clearing as a factor which could have worsened the floods this year.
"Rampant opening of land, especially for logging, has an effect on the environment because there is no natural retention to stop the water from flowing directly to the river swiftly," Najib had said in a Bernama report yesterday.
The national news agency also reported that the flow of major rivers had been blocked by logs jammed under bridges, causing the river to overflow its banks and the water to flood surrounding areas.
The Kelantan government has in the past been blamed for turning a blind eye to rampant logging and land clearing which has led to severe deforestation in Gua Musang, where Kelantan’s major rivers begin.
In his statement today, Ahmad refused to draw a direct cause between deforestation and the floods, saying that the disaster was caused by other factors.
“It must be known that the floods could have happened due to the higher than usual rainfall which was recorded by the Meteorological Department. This also occurred in other states in Malaysia.”
Ahmad also said Kelantan needed the federal government’s help in rebuilding parts of the state which had been hard hit by the floods, such as Kuala Krai. – December 31, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/kelantan-blames-illegal-land-clearing-for-uncontrolled-logging#sthash.r9QHqPai.dpuf
 


Kepada Para penyokong PAS  jangan terlalu terdesak untuk mencari jalan bagi 'menyelamatkan' air muka Kerajaan Negeri Kelantan atau sebenarnya lebih tepat lagi Husam Musa. Anda sepatutnya mendesak dari mana datangnya balak-balak yang bergelempangan sampai masuk kedalam rumah dan meruntuhkan jabatan? Anda perlu  mengasak mereka dengan pendedahan FAKTA tentang pembalakan, penggondolan dan penerokaan tanah di Hulu Kelantan yang menjadi HUTAN PENAMPAN hujan yang kini semua itu telah di tebang dan inilah salah satu punca banjir besar yang telah mengorbankan 21 orang dan memberi kesan kepada lebih 200,000 orang yang lain.

Beberapa keping gambar telah digunakan untuk menafikan gambar-gambar yang dirakamkan dari udara membabitkan kawasan-kawasan pembalakan gila di Hulu Kelantan. Ada pula yang dengan sengaja membuat penafian dan cuba menyatakan bahawa kawasan pembalakan yang dirakamkan itu adalah di kawasan di negeri-negeri lain. Anda sepatutnya MEMBUKA GOOGLE MAP ini di hadapan mereka yang menafikan punca banjir ini adalah dari penebangan balak yang tidak bersistem. Kita adalah rakyat yang bijak....jangan biarkan pemimpin memperbodohkan kita.......

Menteri Besar Kelantan pula dalam satu kenyataan semalam, menafikan pembalakan dan penerokaan tanah sebagai salah satu punca banjir besar. Sebaliknya dengan menggunakan alasan yang diberikan oleh Lim Guan Eng, Ahmad Yaakob menyalahkan hujan lebat di Gua Musang.

Katanya lagi, lesen-lesen pembalakan telah dibekukan dari tahun 2006 lagi. Bagaimanapun, berdasarkan kepada pemerhatian yang dibuat terutama seandainya kita melalui jalan Gua Musang-Kota Bharu, kita akan dapat melihat dengan jelas bagaimana bukit-bukit digondolkan dan lori-lori balak berbaris panjang dengan muatan kayu-kayu balak termasuklah yang sebesar paha kanak-kanak. Fenomena tersebut berlaku setiap hari dan sepanjang masa kecuali sewaktu banjir.

SURAT PEKELILING INI MENUNJUKKAN LESEN DAN KAWASAN PEMBALAKAN BARU HINGGA TAHUN 2017

Pembekuan lesen hanyalah satu alasan yang cetek kerana pendedahan seterusnya menunjukkan Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang telah menjual sebahagian tanah mereka yang berkeluasan lebih 10,000 ekar kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh dua orang pemimpin DAP Perak, turut membuka tender kepada pembalakan bagi tahun 2014 sehingga 2017 untuk tanah berkeluasan 4024.7 ekar.

Siapa pemilik Yayasan Islam Kelantan?

Yayasan Islam Kelantan telah menjual tanah dan memberikan konsesi balak kepada para pembalak yang 'berdaftar'. Juga terlibat dengan LADANG RAKYAT yang turut melibatkan kaum kroni dan tidak memberikan faedah langsung kepada penduduk serta peneroka asal.

Dalam kes banjir besar di Kelantan, peranan Yayasan Islam Kelantan langsung hilang dan tidak kelihatan. Mana timbul pula pertanyaan, ke manakah hasil yang diperolehi oleh Yayasan Islam Kelantan memandangkan tahap syiar Islam di Kelantan berada di tangga tercorot kalau dilihat kepada indeks keruntuhan moral dan sosial di negeri tersebut selain wujudnya terlalu ramai peminta sedekah dan pelangut di kedai kopi yang mengharapkan isteri masing-masing bekerja mencari rezeki menanggung keluarga.

Bagaimana Menteri Besar Kelantan boleh dengan selamba memberitahu Kerajaan Negeri telah membekukan lesen tetapi pada masa yang sama, agensi Kerajaan Negeri pula bertindak sebaliknya.

Surat berkenaan mungkin bertarikh lama, tetapi ia sudah cukup untuk menyangkal pengumuman Menteri Besar Kelantan bahawa lesen-lesen pembalakan telah dibekukan semenjak tahun 2006, apatah lagi pembalakan dan penggondolan bukit-bukau di Hulu Kelantan khususnya dilakukan secara sewenang-wenangnya sehingga ke hari ini.



Komen MSO telah menelanjangkan PAS dan PENIPUAN