,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday, 10 January 2015

KES PHUA - MALAYSIAKINI TEPUK BAHU ZAHID


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgcxpO8u951HPvodz1av0joLhAPTzrg3FitBjgXF9lIDHiD2IX3uelyr4SRvID39lpde7FsFtNnuuYIHoOlU-Jr6n32hDxxb6sGHRMkreA72dM-VruNCNsQjdPnXOOeA42nu5md2sbdS1Qh/s1600/IMG-20140302-WA0002.jpg

 

PERKASA Sangsi Dan Tertanya-Tanya Apa Tujuan Zahid Hamidi Tulis Surat Kepada FBI....................


Merujuk kepada isu surat dari Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Zahid Hamidi kepada FBI yang membabit Paul Phua, seorang individu yang sedang ditahan tanpa ikat jamin di Amerika Syarikat kerana disyaki terbabit dalam kegiatan kegiatan kongsi gelap antarabangsa serta jenayah perjudian.

PERKASA menerima pertanyaan yang bertubi-tubi dari orang ramai yang bimbang dengan kemungkinan bahawa surat tersebut mungkin mempunyai unsur rasuah dan salahgunakuasa.

PERKASA difahamkan dari butir-butir dalam surat tersebut yang telah tersebar meluas di media sosial serta pandangan daripada orang ramai, surat tersebut bolehlah dikategorikan sebagai suatu sokongan kepada Paul Phua dari Menteri Dalam Negeri bahawa Paul Phua adalah seorang yang baik kerana kerap menolong kerajaan Malaysia walaupun beberapa kali dia ditahan kerana terbabit di dalam sindiket perjudian antarabangsa. Tambahan pula, Paul Phua juga terpalit dengan aktiviti kongsi gelap di luar negara.

Satu frasa didalam surat tersebut menyebut "as such we are eager for him to return to Malaysia" bolehlah difahami seperti Dato' Seri Zahid Hamidi mahu menggunakan pendekatan diplomatik supaya Paul Phua ini dibebaskan serta dihantar pulang ke Malaysia.

Persoalannya, adakah Dato' Seri Zahid Hamidi berbuat sedemikian adalah kerana beliau mendapat "BENDA" sepertimana yang diungkapnya dulu kepada Naib Presiden PERKASA, Tan Sri Rashid ?

Kita sedia maklum jenayah melibatkan perjudian ini habuannya besar. Jika di Malaysia sahaja, keuntungan bulanan bagi pengusaha mesin judi haram ini mencecah jutaan ringgit sehari.

Maka, jika ini benar, PERKASA berpendirian ia adalah suatu tindakan yang berbentuk pengkhianatan kepada keselamatan negara serta merosakkan keintegritian dan imej baik negara yang selama ini dijaga baik oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak.

Persoalan yang timbul hasil daripada apa yang difahamkan, adakah Dato' Seri Zahid Hamidi sudah hilang keintegritiannya sehingga sanggup menulis surat berbentuk sokongan untuk melepaskan seorang penjenayah yang didakwa di luar negara hanya untuk mendapatkan "BENDA" ?

Bagi PERKASA, jika hal ini benar maka ia adalah suatu yang lebih jijik dari jenayah seksual atau liwat yang dilakukan oleh seseorang ahli politik. Perkara ini lebih besar kerana ia melibatkan unsur salahguna kuasa serta mempunyai unsur rasuah dan yang paling jijik sekali, kedua-dua unsur ini digunakan untuk melepaskan seorang penjenayah yang berpotensi menjadi ancaman kepada negara yang disyaki terlibat di dalam kegiatan kongsi gelap serta perjudian antarabangsa.

Dan ini semestinya akan mengkompromi keselamatan negara.

Jika inilah sifat seorang Menteri Dalam Negeri yang berkompromi dalam hal-hal yang melibatkan keselamatan negara, maka tak hairanlah semenjak dua menjak ini terlalu banyak anasir-anasir jahat yang boleh mengganggu gugat keselamatan berleluasa.

Kini, persepsi sudah terbina dan pelbagai persoalan telah timbul dan perlukan penjelasan daripada menteri untuk merungkainya.

PERKASA ingin mendapatkan penjelasan dari Dato Seri Dr Zahid Hamidi, adakah Ketua Polis Negara dimaklumkan terlebih dahulu sebelum surat ini dihantar kepada FBI ?

Dan perkara ini adalah besar dan melibatkan hubungan antarabangsa dengan negara Kuasa Dunia serta penjenayah yang terpalit dengan kongsi gelap antarabangsa dan perjudian haram. Adakah perkara sebesar ini di dalam pengetahuan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak sebelum ia didedahkan oleh media ?

Adakah Dato Seri Dr Zahid Hamidi merujuk serta mendapatkan nasihat daripada Peguam Negara terlebih dahulu sebelum menulis surat ini kepada FBI ?

Ini adalah persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh Dato Seri Dr Zahid Hamidi untuk merungkai persepsi negatif yang terbina dikalangan masyarakat.

Atau, jika tidak, rakyat akan menghukumnya dengan pelbagai persepsi negatif ini.


Azrul Akmal Saharudin
Ahli Dewan Tertinggi PERKASA
merangkap Setiausaha Biro Pemantauan & Integriti PERKASA

 

K'jaan Bantah Surat Zahid Dalam Kes Phua

Add caption
Surat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) telah ditarik balik daripada satu perbicaraan di Mahkamah Daerah Nevada selepas Putrajaya membantah ia digunakan untuk pembelaan kes Paul Phua Wen Seng.

Phua menghadapi tuduhan di AS berhubung maklumat pertaruhan dan perniagaan perjudian haram.

Dalam surat 18 Disember 2014 itu, Zahid menulis kepada Timbalan Pengarah FBI Mark F Giuliano menyatakan Paul Phua Wen Seng bukan anggota kongsi gelap 14k Triad.

Menteri itu (kanan) juga mendakwa Phua telah membantu Malaysia dalam perkara-perkara "keselamatan negara" dan berharap Phua dapat pulang ke Malaysia.

Pendakwa raya AS yang percaya Phua menjadi ahli kongsi gelap 14K, mengenakan tuduhan perjudian haram terhadapnya dan anak lelakinya, Phua Wait Kit.

Surat itu telah dikemukakan kepada Mahkamah Daerah Nevada oleh pasukan peguam Phua sebagai sebahagian daripada pembelaannya dalam perbicaraan yang sedang berlangsung di Las Vegas.

Dalam satu surat yang berasingan kepada majistret hakim Peggy A Leen, pasukan peguam Phua berkata mereka menarik balik surat Zahid itu selepas Putrajaya berkata kandungannya bukan untuk tatapan awam.

"Awal hari ini, kami menyerahkan (dalam ECF No. 386) sepucuk surat yang dihantar oleh Menteri Dalam Negeri Malaysia kepada Biro Penyiasatan Persekutuan.

"Kerajaan kemudiannya menghubungi kami, membantah penggunaan surat itu kerana rekod itu telah ditutup," menurut surat itu yang dilihat Malaysiakini.

Berikutan bantahan kerajaan itu, katanya, mereka menarik balik surat tersebut.

Surat itu, bertarikh 29 Disember 2014, telah ditandatangani oleh peguam David Z Chesnoff yang mewakili Phua dan juga peguam Thomas C Goldstein dan Richard Schonfeld yang mewakili anak Phua.

Ia tidak menyatakan sama ada bantahan itu datang dari kementerian Zahid atau kementerian lain dalam kerajaan ~ Malaysiakini

PENJELASAN - SURAT ZAHID BUKAN MINTA PAUL PHUA DIBEBASKAN

Paul Phua Arrested in FBI Bust of Caesars
1. Ketika masa pemimpin Pakatan Rakyat terbukti sekadar "berpeluk tubuh" sambil "tolong tengok" dalam Misi Bantuan Bencana Banjir, dilihat Malaysiakini telah berhempas pulas menjadikan isu surat Menteri Dalam Negeri (Zahid Hamidi) kepada Timbalan Pengarah FBI (Mark F. Giuliano) kononnya untuk menjamin dan membela seorang Raja Judi (Paul Phua) yang dalam perbicaraan kes di US sebagai langkah alternatif menutup tembelang "perjuangan kebajikan rakyat" mereka yang dusta selama ini.

2. Sebagai seorang pengamal undang-undang yang neutral, saya terpanggil untuk menjelaskan isu ini secara teknikal bukan secara persepsi murahan apatah lagi mengunsur adu domba.

3. Satu dunia mengetahui bahawa (Paul Phua) sedang dalam perbicaraan di mahkamah US berdepan dengan tuduhan perjudian tidak sah di Las Vegas semasa Piala Dunia 2014 lalu. Pada hemat saya, bukanlah menjadi satu KESALAHAN bagi seorang Menteri Dalam Negeri untuk menjelaskan status "individu yang dituduh" khususnya berkaitan jenayah terhadap FBI yang merupakan badan berautoriti dalam pengendalian kes ini.

4. Semua pembaca perlu jelas bahawa Zahid Hamidi sekadar memaklumkan status ( Paul Phua) tidak terlibat dengan "kongsi gelap 14K Triad" di Malaysia malah Tan Sri IGP juga telah menjelaskan dalam sidang media semalam bahawa kongsi gelap tersebut memang tidak pernah wujud di negara kita.

5. Pada pandangan saya yang neutral, Zahid Hamidi hanya menjelaskan status (Paul Phua) di Malaysia kerana di bawah bidangkuasa dan portfolio beliau sebagai Menteri Dalam Negeri. Jelas bahawa tindakan Zahid Hamidi BUKAN ingin mempengaruhi keputusan dan mencampuri urusan apatah lagi untuk menjamin serta memBEBASkan (Paul Phua) di mahkamah US secara langsung dan tidak langsung.

6. Semua kita perlu jelas bahawa kes (Paul Phua) di US bukan di Malaysia. Jika kes tertuduh (Paul Phua) berkaitan judi ini di Malaysia dan sedang dibicarakan ; lantas Zahid Hamidi mengeluarkan surat sedemikian maka ia satu KESALAHAN !

7. Surat Zahid Hamidi sekadar menjelaskan status (Paul Phua) di Malaysia bukannya menafikan tuduhan ke atas tertuduh di US. Adalah tidak adil jika Zahid Hamidi mengeluarkan satu surat menyatakan bahawa (Paul Phua) memang terlibat dengan kongsi gelap tersebut sedangkan realiti sebaliknya.

8. Sebagai Menteri Dalam Negeri, saya melihat Zahid Hamidi rasional dan tidak "bias" dalam menjelaskan status tertuduh di Malaysia. Walaupun saya melihat Zahid Hamidi sebagai seorang pemimpin ultra Melayu boleh mengambil kesempatan untuk menginaya tauke judi Cina tapi beliau tidak mengambil pendekatan politik sempit tersebut. Beliau tahu bidangkuasanya, batasannya dan sempadan wilayah keselamatan dalam negeri di bawah tanggungjawabnya.

9. Sebagai peguam, saya sangat faham situasi Tan Sri Shafie Abdullah yang bekerjasama dengan syarikat guaman Chesnoff & Schonfeld bertanggungjawab untuk melakukan gerak kerja pembelaan. Permintaan peguam tentang surat tersebut hanya sebagai usaha untuk membantu membersihkan imej anak guamnya. Dalam ilmu undang-undang seseorang tidak bersalah sekiranya tidak dibuktikan bersalah. Bertindak sebagai peguam bela seharusnya berusaha untuk menyelamatkan (Paul Chua) walaupun dari sudut teknikal penghakiman surat tersebut tidak pun membantu kes ( Paul Phua) yang terjadi di US.

10. Keseluruhannya, saya sangat bersetuju dengan tindakan profesional Zahid Hamidi sebagai Menteri Dalam Negeri (Malaysia) dalam kes ini. Saya percaya usaha pembanterasan judi selama ini di beberapa negeri telah berjaya diperangi berkemungkinan besar telah mendapat maklumat sulit dan rahsia daripada rangkaian tertuduh (Paul Phua) yang merupakan Raja Judi Antarabangsa. Saya yakin itulah yang dimaksudkan dengan terma "membantu isu keselamatan negara" dalam surat terbabit.

11. Kepada masyarakat saya berharap kita perlu menilai secara ilmiah bukannya secara membuta tuli seperti ulasan Malaysiakini yang jelas mempunyai personal attack terhadap Zahid Hamidi.



AMUKANMELAYU - Tanya sama pokok apa sebab goyang.......nanti jawab pokok angin yang goyang.................