MH370: Sebenarnya Tidak Terhempas
KEBIJAKSANAAN Najib MH 17 dapat di selesaikan. Apakah Obama akan menyerahkan MH 370? |
Kita di malukan hingga kini....... |
Jika pesawat itu terhempas di laut, maka suatu alat yang disebut
Emergency Locator Transmitters (ELT) yang teraktif dan mengeluarkan
signal, seperti mana signal kotak hitam; namun ELT tidak pernah
dibincangkan sebelum ini.
Perkembangan terbaru mengenai kehilangan pesawat malang itu ada yang
menganggap bahawa pesawat itu sebenarnya tidak terhempas di Lautan
Hindi, sebaliknya telah mendarat di suatu lokasi rahsia dan pesawat itu
masih selamat.
Sangkaan bahawa pesawat itu masih selamat, sebenarnya telah dilaporkan
oleh sebuah surat khabar Russia sebaik sahaja kehilangan pesawat itu
yang memetik perisik negara itu, bahawa pesawat itu sebenarnya telah
mendarat di suatu lokasi di Pakistan. Walau bagaimanapun laporan itu
dinafikan oleh Kerajaan Malaysia.
ELT ialah suar (api isyarat) kecemasan yang digunakan dalam pesawat
untuk menyuruh pihak berkuasa penyelamat berada dalam keadaan
berjaga-jaga dan memberi petunjuk tentang lokasi dan jenis pesawat yang
mengalami masalah.
Anggapan bahawa MH370 tidak terhempas berikut faktor yang menyokong
anggapan itu. Dalam temubual eksklusif dengan Bernama, bekas Ketua
Juruterbang MAS, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata,
walapun pelik bahawa ELT MH370 tidak menghantar apa-apa isyarat,
seseorang harus faham bahawa ELT akan memancarkan isyarat bergantung
kepada hentaman.
``Sudut hentaman amat penting untuk membolehkan alat itu aktif secara
automatik. Sebab mengapa mereka mempunyai petunjuk hentaman tertentu
ialah supaya apabila pesawat membuat pendaratan dalam situasi sukar di
landasan, ELT tidak akan berfungsi.
``Jika ELT benar-benar sensitif, setiap kali pesawat hendak membuat
pendaratan dalam situasi sukar, ELT akan aktif secara automatik. Oleh
itu, ia memberi nilai prapenentuan untuk alat itu berfungsi,'' beliau
menjelaskan.
Beliau berkata dalam insiden pesawat Air France (AF), ELT tidak aktif
dan pesawat itu terhempas pada kelajuan perlahan, kira-kira 100
kilometer sejam, dan tidak memberi tindak balas yang mencukupi untuk
mengaktifkan ELT.
ELT direka khusus untuk aktif secara automatik akibat ledakan tertentu
seperti hentaman atau tersentuh dengan air, serupa seperti alat pengesan
kotak hitam.
``Walaupun pesawat (Air France 447) tersentuh air, tetapi ia kemudian
tenggelam, isyarat tidak dipancarkan. Sentuhan air akan menjejaskan
jarak, trajektori, daya kekuatan ELT. Oleh itu, jarak pemancaran ELT
mungkin terbatas akibat air,'' kata beliau dan menambah bahawa Sistem
Pelaporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS) yang memancarkan isyarat.
Menurut Nik Ahmad Huzlan, sebelum AF447 terhempas ke dalam Lautan
Atantik, pelbagai isyarat dipancarkan oleh ACARS kerana ia telah
mengesan satu demi satu kerosakan yang memudahkan lokasi pesawat di
dasar laut dikesan.
Nik Ahmad Nuzlan menjelaskan bahawa ELT tidak berkaitan dengan alat
transponder pesawat sambil berkata ia berfungsi sendiri dan jangka hayat
bateri boleh bertahan hanya 48 jam selepas aktif secara sendiri kerana
isyaratnya yang kuat dan keupayaannya dikesan dari jarak jauh, tidak
seperti isyarat ping.
ELT, apabila aktif secara sendiri, akan memancarkan isyarat kepada tiga
frekuensi yang boleh dikesan oleh mana-mana pesawat atau kapal yang
membuat pemantauan melalui satelit.
Yang pertama ialah frekuensi 243-MHz bagi kapal. Mana-mana kapal yang
melalui kawasan itu boleh mengesannya melalui radio. Yang kedua ialah
frekuensi 121.5-MHz, iaitu bagi pesawat, kata beliau.
``Dan satu lagi isyarat akan dipancarkan ke satelit melalui frekuensi
406-MHz. Jadi, ada tiga frekuensi dan tiada satu pun daripadanya yang
dapat dikesan,'' katanya.
Mengenai empat isyarat ping yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada 5
dan 8 April lepas, beliau berkata sebab mengapa tiada lagi isyarat ping
dikesan selepas itu ialah jangka hayat bateri kotak hitam hampir
berakhir pada masa itu.
``Oleh itu, keempat-empat isyarat ping yang dikesan ialah dari kotak
hitam. Tetapi mengapa amat sukar untuk menemui bangkai pesawat? Ini
kerana isyaratnya tidak tidak cukup kuat untuk melingkungi kawasan segi
tiga. Jika isyaratnya kuat dan boleh dikesan pada setiap penjuru kawasan
pencarian di laut, garisan persilangan boleh dikenal pasti dan usaha
mencari akan lebih mudah,'' katanya.
Ditanya kemungkinan MH370, yang berdasarkan analisis berakhir di selatan
Lautan Hindi, masih tidak terjejas, Nik Ahmad Huzlan berkata ada
kemungkinan kerana pesawat berat dan direka khusus untuk tidak terapung
di atas permukaan air.
``Air boleh memasuki ruang peralatan pendaratan, enjin dan harus ingat,
enjin pesawat amat berat. Oleh itu, air boleh masuk dan menenggelamkan
pesawat. Paling lama pesawat boleh terapung di atas permukaan air ialah
lima minit,'' tambah beliau.
Sementara itu, ketika ditanya tentang perlunya mengkaji dan membuat
penghuraian semula analisis oleh firma satelit United Kingdon, Inmarsat
dan Badan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB), katanya ia harus
dilakukan walaupun tiada isu mengenai analisis mengenai kesan doppler
berdasarkan isyarat ping.
``Saya berpegang kepada beberapa perkara. Yang pertama, lingkaran jarak
keupayaan pesawat berdasarkan bekalan minyak yang masih ada. Yang kedua,
ialah mengenal pasti lokasi terbit subuh kerana sesiapa yang mengemudi
MH370 pada masa itu akan mencari kawasan matahari terbit.APA KAH PESAWAT
TIDAK BERPATAH BALIK? DAN MENERUSKAN PENERBANGANNYA?
``Jadi di mana faktor subuh berkaitan dengan isyarat ping, berkaitan
dengan lingkaran jarak, iaitu di situlah MH370 berada. Mengapa mendarat
pada siang hari? Jadi, lautan boleh dilihat dan lebih mudah untuk
mendarat di atas permukaan laut,'' katanya.
AMUKANMELAYU - Masih berdoa semoga MH 370 kembali ke pangkuan KELUARGA.....