NGKO Memang kecoh la Fizi..... |
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Rafizi
Mohd Rafizi perlu menghadapi perbicaran di Mahkamah Sesyen, bagi tuduhan melanggar Akta Bafia, kerana mendedahkan maklumat sulit perbankan berkaitan isu NFC.
Menurut peruntukan Akta BAFIA (Seksyen 87(1)(a) Bafia 1989), jika sabit kesalahan, pesalah boleh dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM3 juta. |
PUTRAJAYA, 6 April:
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli berhubung tuduhan mendedahkan maklumat sulit perbankan berkaitan isu National Feedlot Corporation (NFC).
Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif yang mengetuai panel lima anggota memutuskan, Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar rayuan Mohd Rafizi, kerana kes itu berasal dari Mahkamah Sesyen.
Dengan keputusan itu, Mohd Rafizi perlu menghadapi perbicaran di Mahkamah Sesyen, bagi tuduhan melanggar Akta Perbankan dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia), kerana mendedahkan maklumat sulit perbankan berkaitan isu NFC.
Md Raus menetapkan esok sebagai tarikh sebutan kes itu di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Md Raus bersidang bersama hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Zainun Ali, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Seri Abu Samah Nordin.
Mohd Rafizi merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Mei 2013 yang menolak permohonannya untuk mengetepikan tuduhan tersebut, dengan alasan rayuan beliau tidak mempunyai merit.
Pada 10 September 2012, Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memfailkan permohonan untuk mengetepikan tuduhan tersebut.
Beliau mengemukakan rayuan itu kepada Mahkamah Rayuan, selepas permohonannya ditolak Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 November 2012.
Terdahulu, ketika membantah rayuan Mohd Rafizi, Timbalan Pendakwa Raya, Nahra Dollah berkata, kes itu tidak boleh dibicarakan Mahkamah Persekutuan, kerana ia berasal dari Mahkamah Sesyen.
“Perkara ini berasal dari Mahkamah Sesyen, maka, ia perlu berakhir di Mahkamah Rayuan dan tidak boleh melampauinya,” kata beliau.
Pada Ogos 2012, Mohd Rafizi, 38, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, atas tuduhan mendedahkan empat dokumen profil pelanggan Public Bank mengenai ringkasan imbangan NFC, National Meat and Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.
Beliau didakwa mendedahkan dokumen itu kepada perunding media, Yusuf Abdul Alim dan pemberita The Star, Erle Martin Carvalho di ibu pejabat PKR di Merchant Square, Petaling Jaya, pada 7 Mac 2012.
Mohd Rafizi hadir di mahkamah hari ini dengan diwakili peguam, Latheefa Koya.
ASEANSUMMIT26 - RAFIZI MEMANG TESERLAH MENUDUH KERAJAAN MEMBELI BMW 7 SERIES
salam takziah kepada semua macai² PR yang begitu mengkagumi bakat 'anugerah' Tuhan yang dimiliki oleh Rafizi Ramli Lembu.
Dahulunya pernah memegang jawatan selaku PAKAR STRATEGI untuk PKR sehingga kehebatannya menyebabkan banyak macai PR menjadi gila dek kerana perancangan gila babinya bagi PRK Kajang yang lepas.
Kedunguan Rafizi Lembu sehingga ke hari ini masih boleh dilihat di dalam media² sosial terutama sekali di dalam portal media pro pembangkang.
Boleh dikatakan jua, daripada berpuluh² dakwaan dan tohmahan dibuat olehnya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) mungkin hanya 1 atau 2 je yang barangkali sipi² betul. Sipi² ya, bukannya 100% tepat. Hari ini si Rafizi Lembu sekali lagi membuat dakwaan yang Maha Hebatnya apabila dia kononnya menerima kiriman gambar daripada macai² nya yang mendakwa bahawa kerajaan BN telah membeli beberapa buah kenderaan yang berharga lebih RM 1/2 juta.
Lebih menyayat hati lagi, dakwaan Rafizi Lembu tersebut cuba dikukuhkan lagi dengan kiriman kali kedua oleh macainya yang lain turut membuat kenyataan bahawa dakwaan pertama tersebut adalah benar.
Dua kali Rafizi Lembu membuat dakwaan ini. Kalau dilihat pada komen² di status Facebook tersebut, kebanyakannya memaki hamun kerajaan dan Perdana Menteri dengan pelbagai lagi caci maki. Dalam bahasa mudahnya, berbakul² PM kena maki dan dihina tapi dalam masa yang sama berbakul² juga pahala masuk kepada PM.
Di sini ingin saya kongsikan bahawa keseluruhan kereta tersebut bukannya dibeli atau disewa beli oleh kerajaan BN seperti yang dakwa sesetengah pihak (macai PR).
Kenderaan ini ditaja oleh syarikat automotif Auto Bavaria Malaysia untuk kegunaan para perwakilan luar negara bagi Sidang Kemuncak ASEAN 26 yang diadakan pada 26 - 27 April 2015 di Kuala Lumpur & Langkawi.
Soalan lain mengapa guna kereta BMW? Mudah je jawapannya. Kita ambil contoh diri kita jelah. Sekiranya tetamu datang ke rumah dan tinggal sehari dua, adakah kita akan memberikan layanan terbaik kepada mereka?
Sudah tentu jawapannya YA, bukan. Begitu jugalah yang kerajaan Malaysia cuba berikan kepada tetamu² dari negara luar.
Kita kena berikan hospitality yang terbaik serta sempurna dalam masa yang sama menggambarkan keberadaban kita melayani tetamu, secara tidak langsung memberi pandangan positif kepada negara kita. Menteri dan rombongannya akan merasa selesa. Pulang ke negara asal mereka, kemungkinan mereka akan suggest @ mencadangkan kepada saudara mara atau kenalan atau sesiapa saja untuk berkunjung ke Malaysia sebagai destinasi pilihan bercuti dan pelbagai lagi.
SUMBER : REZQEEN HILL