,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday, 8 April 2015

HELLO SIRUL.....TIDAK WAJAR MINTA TOLONG MAHATHIR UNTUK LULUSKAN POTA


Ooooooo....hampa PAKAT no.......

Tulisan terbaru Tun Dr M diterbitkan semula dibawah sebagai langkah berjaga-jaga daripada golongan bangang yang sering mengodam blog yang tidak sependapat atau tidak bangang seperti mereka. 

TIDAK WAJAR MINTA TOLONG DR MAHATHIR

1. Saya tidak tawar untuk menolong sesiapa untuk mengatasi apa-apa masalah.

2. Dalam blog saya, saya tidak menuduh Dato Seri Najib melakukan apa-apa jenayah. Itu boleh ditentukan jika polis dapat membuat siasatan. Yang saya pohon ialah jawapan kepada soalan-soalan yang disuarakan oleh ramai rakyat.

3. Saya akui dimasa saya juga ada kehilangan wang negara. Tetapi rakyat dan dunia tahu bagaimana wang ini hilang. Kerugian yang dialami oleh Perwaja diketahui. Demikian juga dengan salah urus Bank Bumiputra oleh pengurusannya. Maminco rugi kerana London Metal Exchange memutuskan bahawa bijih timah yang dijual mengikut perjanjian jual beli yang sah tidak perlu ditunaikan dengan membekal logam berkenaan kepada pembeli. Ini diputuskan untuk menyelamat penjual yang tidak ada timah. Malaysia sebagai pembeli mengalami kerugian.

4. Saya ingin penerangan berkenaan bagaimana Konsortium Perkapalan dan Forex merugikan Kerajaan dan bagaimana saya terlibat dalam perkara ini.

5. Yang nyata ialah negara tahu dimana pergi wang yang dilabur semasa saya. Dalam perniagaan adakala untung, adakala rugi. Yang tidak boleh diterima ialah duit itu hilang tanpa diketahui kemana.

6. Hari ini nilai Ringgit jatuh sebanyak 70 sen. Tiap satu Ringgit jatuhnya matawang kita, negara, Kerajaan dan rakyat kerugian berbillion. Kejatuhan sebanyak 70 sen pun merugikan berbillion Ringgit juga.

7. Tetapi apabila Ringgit diselamatkan dari penyangak matawang, berbillion Ringgit duit Kerajaan diselamatkan. Dan ramai peniaga yang muflis dan hampir muflis terselamat pada tahun 1998. Lupakan sahajalah peristiwa ini kerana ia berlaku dizaman saya.

8. Tetapi dalam kes 1MDB, tidak ada jawapan yang munasabah berkenaan 42 billion Ringgit yang dihutang. Kenapa bayar lebih 10% komisyen kepada Goldman Sachs hanya kerana menjual bond atau membuat pinjaman bagi Kerajaan. Kenapa faedah 5.9% dikenakan, satu faedah yang amat tinggi.

9. Disoal juga peranaan Jho Low. Siapa dianya yang diberi kepercayaan mengendali wang 1MDB berbillion-billion ringgit milik syarikat Kerajaan. Tidak ada persamaan antara Jho Low dengan Daim yang saya lantik sebagai Menteri.

10. Dimana datangnya ratusan million Ringgit untuk membeli bangunan-bangunan dan melabur dalam filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Seri Najib.

11. Saya bukan tuduh Dato Seri Najib. Saya bertanya beberapa soalan kerana hutang berbillion ini akan ditanggung akhirnya oleh rakyat. Jawapan tidak juga diberi oleh mereka yang mengecam saya selain daripada berkata saya punyai kepentingan atau saya juga buat kerja yang sama.

12. Apabila saya letak jawatan satu usaha dibuat untuk mendapat bukti saya lesapkan duit Kerajaan. Kalau hendak buat siasatan lagi, saya tidak ada halangan.
Dahulu sokong, kenapa tidak sekarang?

13. Pembaca portal “Free Malaysia Today”, Izack Chin bertanya kenapa saya dahulu sokong Dato Seri Najib supaya mengganti Tun Abdullah. Pada masa itu Najib ternampak bersih. Sekarang ada syak wasangka dikalangan orang ramai yang tidak terjawab..

14. Sudah lapan tahun berlalu kenapa bangkit perkara ini? Ini bukan masalah lapan tahun dahulu. Yang saya soal ialah berkenaan masalah hari ini – masalah nyawa dua orang anggota polis yang dihukum bunuh. Amatlah tidak adil jika mereka dibunuh sedangkan mereka sebagai pegawai rendah polis hanya mengikut perintah.

15. Saya hanya tanya berkenaan siapa yang mengeluar perintah kepada Sirul dan rakannya.
Temasek and 1MDB

16. Salleh Said Kruak compares Low Taek Jho and my critic of him with the criticism against me regarding Ananda Krishan’s involvement in Petronas and the appointment of my friend Daim Zainuddin as Finance Minister. I really do not see any similarity.

17. Ananda Krishnan bought the race course in Jalan Ampang. He could develop this prime land by himself. But he decided to sell one half share of the 100 acres land to Petronas and developed it together. Later he sold his tower to Petronas. What is wrong with that? Petronas made tons of money from the project.

18. There is no similarity at all between Temasek of Singapore and 1MDB. Temasek did not lose money but money borrowed by 1MDB has disappeared.

19. 1MDB is not excess fund belonging to the Government. 1MDB borrowed all its billions. Borrowed money cannot be regarded as wealth. So far the only asset owned by 1MDB are the pieces of land bought from the Government at a price very much below market price. They have been highly revalued. But until they are sold, they cannot be used to pay the 42 billion the 1MDB borrowed. They cannot even pay the interest.

20. As for the comment that it is unfair for me to ask Najib to step down as he was elected through democratic process, I would like to remind Datuk Jamal (Md Yunos) that Tun Abdullah was also elected but Najib was partly instrumental in asking him to step down.

21. With regard to my political agenda, what is wrong with that? A Prime Minister must be seen to be clean and able to explain and answer questions and to be good for the country. Najib cannot even answer and has not answered any question, beyond exercising elegant silence or saying the allegations are not true.
22. There is also an attempt to divert attention from my question by saying that I am siding with the opposition, even that I have become leader of the opposition.

23. If saying something that is similar to the opposition makes me aligned with the opposition, then Najib must be more with the opposition than me because he agreed with the opposition to abolish the ISA, the prevention of crime law and ignore the NEP. He also wanted to abolish the Sedition Act as demanded by the opposition. If UMNO did not object the Sedition Act would have been abolished. So is Najib a member of the opposition?

24. I am still an UMNO member. My disagreement is with the leader, not with the party. I criticised the leader, not the party. It is simply because I want to see the party win. It will not win if Najib is the leader.

25. I had great hopes when Najib took over from Abdullah.

26. But he did even worse than Abdullah, losing more badly in Selangor where he was the Head of UMNO. Thre are so many scandals surrounding him now. His popularity is now even lower than when he led the BN in 2013. In a number of constituencies the margins won by Barisan Nasional (BN) are very narrow.
27. Sabah and Sarawak, are now no longer safe, no longer BN’s fixed deposits.

28. Is it too absurd to predict defeat for the BN in 2018.

29. As for my sons, if I had wanted them to succeed in politics I could have done so when I was Prime Minister. If they succeed it will be by their own effort. If the people don’t like them they will not get this support.

p/s Gambar di-atas adalah ihsan Malarvanan dpd restoran Ratha's Damansara Utama, KL.


MAHATHIR DISERANG 'JALANG POLITIK'



Pentas politik negara ini nampak seperti cerita kartun Ninja Turtle. Puak–puak Ninja Turtle penyokong Najib sudah mula menyerang Tun M. Dulunya ketika Tun M masih berkuasa puak-puak ini menyentot kepala mereka dalam kulit kini apabila rasa mereka sudah kuat mereka nampak menjengngol keluar tunjuk kepala taring mereka.

Mereka harus sedar diri ketika mereka masih masih hingusan menjadi ‘jalang politik’ Tun M dah menjadi Perdana Menteri dan Tun M sudah berhadapan bukan setakat pemimpin veteran Barisan Nasional tetapi telah kehadapan pemimpin dunia ketiga dan negara-negara besar G7. Menurut seorang rakan ketika itu mereka ini bukan setakat berhingus malah ada pemimpin hari ini yang masih kecing di dalam lampin ketika Tun berhadapan dengan Lady Thatcher berhubung  isu ‘Buy British Last’. Bak kata pepatah Kedah 'sudah masak dan mangli' dengan lakunan politikus ini.

Kini apabila Tun tegur sedikit Najib masing-masing mula rasa Najib tergugat dan sudah merasa bahang kepanasan yang Najib akan jatuh dan merreka mula menembak Tun M dengan peluru air. Ini semua kerana takut kedudukan tergugat.

Mereka harus sedar Tun M tidak akan sedikit pun kehilangan apa-apa, baik populariti atau harta benda jika mereka berterusan menghina Tun M tetapi mereka lah yang akan terjejas teruk dibimbangi kelak berakhir menjadi bangsat politik jalanan.
Ingatlah peribahasa Melayu "Yang Tua Dihormati Dan Yang Muda Disayangi". Dan "Jangan dijolok sarang tebuan".

Konklusinya jangan lawan Mahathir.

TIDAK DAPAT TANDUK TELINGA DIPULAS

Apa beza Tun M, dengan barisan pembangkang sedia ada jika, usaha usaha Tun yang secara konsisten selama ini memburukkan PM Najib gagal menjatuhkan PM Najib, maka strategi memburukkan Isteri pula di gunakan?

Kalau itu lah pendekatan dan strategi Tun, maka tiada beza lah Tun M dengan kuncu kuncu pembangkang. Dan wajarlah Tun di angkat sebagai ketua Pembangkang.

Nasihat buat Tun Mahathir, berihatlah, udah udahlah campur urusan politik Tun dah cukup lama berpolitik, Tun pun sudah nampak kepenatan berihatlah. Kalau sudi jadi penasihat jadilah penasihat yang berhikmah bukan yang menimbulkan balah sesama ummah.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ya betul tu...syukurlah Allah swt telah kurniakan SEGALAnya pada Tun M. Berpeluang meneraju Negara selama 22 tahun, keluarga yang bahagia. Dipanjangkan usia sehingga melampaui bonus 90 tahun. Anak2 yang kaya raya. Isteri yang setia.

Biarlah DS Najib melakukan yang terbaik buat Negara. Saya bukan orang politik cuma rakyat biasa.
Saya LETIH tengok orang Melayu bertelagah tak habis-habis apatah lagi jika orang yang sangat tua.

Janganlah Tun M lenyapkan segala ingatan baik kami pada Tun M dengan memburuk2kan DS Najib dan isterinya.

DS Najib memang penyabar tetapi dia juga manusia biasa, jika terlalu melampau kita kuatiri hilang sabarnya, dan inilah yang kita semua tidak mahu.

Buatlah kerja untuk orang Melayu. Lihat Dadah yang menghancurkan pemuda pemudi kita, sama2lah berganding bahu cari cari atasi masalah no.1 ini.

Insaflah, zaman telah berubah, kita pun mesti berubah ke arah kebaikan.


Ibu Sirul jumpa Dr Mahathir, kata portal




Pertemuan ibu kepada bekas komando Sirul Azhar Omar, Piah Samad, dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini yang turut disertai Ketua Penerangan PAS Datuk Seri Mahfuz Omar, bekas Ketua Bahagian Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan seorang bapa saudara Sirul. – Gambar The Malaysian Insider, 8 April, 2015.
Pertemuan ibu kepada bekas komando Sirul Azhar Omar, Piah Samad, dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini yang turut disertai Ketua Penerangan PAS Datuk Seri Mahfuz Omar, bekas Ketua Bahagian Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan seorang bapa saudara Sirul. – Gambar The Malaysian Insider, 8 April, 2015.

Ibu kepada bekas komando Sirul Azhar Omar, Piah Samad, dilaporkan mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, menurut portal Free Malaysia Today (FMT).Pertemuan itu dikatakan turut disertai Ketua Penerangan PAS Datuk Seri Mahfuz Omar, bekas Ketua Bahagian Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan seorang bapa saudara Sirul.


Pertemuan itu dikatakan turut disertai Ketua Penerangan PAS Datuk Seri Mahfuz Omar, bekas Ketua Bahagian Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan seorang bapa saudara Sirul.

"Difahamkan yang pada perjumpaan itu, ibu dan bapa saudara Sirul bercerita kepada Dr Mahathir beberapa fakta dan rahsia yang disimpan selama ini berhubung pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu," kata FMT.


Bagaimanapun, portal itu tidak dapat mengesahkan sebarang maklumat lanjut berkaitan perkara yang dibincangkan mereka kecuali Piah dikatakan merayu Dr Mahathir menyelamatkan anaknya daripada dijatuhkan hukuman gantung.
Mahfuz ketika dihubungi The Malaysian Insider malam ini enggan mengesahkan perkara itu tetapi cuma mengatakan beliau akan mengadakan sidang media di lobi Parlimen jam 11 pagi esok. – 8 April, 2015.

Sanusi - Cara Tun Mahathir Umpama Doktor Merawat Pesakit 

Tan Sri Sanusi Junid

Yang Tun Mahathir kata selama ini, kenapa banyak soalan yang dia dan banyak pihak di dalam dan di luar negeri timbulkan, tidak berjawab. Itu pangkal pokok.

Sikap dan cara Tun Mahathir dalam mendekati masalah - sebagai doktor, bila ada satu masalah, mula2 dia akan diagnose penyakit, setelah tahu apa penyakitnya baru dia akan fikirkan apa ubatnya. Kalau ubatnya pil, dia akan bagi pil. Kalau takde pil dan yang ada cuma ubat cair, dia akan bagi minum ubat cair yang manis, Kalau manis takde, dia akan bagi yang pahit.

Kalau sekiranya tidak ada ubat dan pesakit itu perlu di bedah, dia akan bagi ubat bius supaya pesakit tak sedar sebelum dibedah. Tapi kalau ubat bius tidak ada, dia akan tambat ( ikat ) pesakit, kemudian dia kan kerat ( bedah ) pesakit itu walaupun orang itu menjerit melolong2 .... dia tak peduli. Yang penting penyakit ( pesakit ) itu baik.

Saya lihat keadaan sekarang ini dah sampai satu peringkat di mana Mahathir dah mula sedang buat satu operasi dan dia tak kira dah pesakit itu merasa sakit atau tidak. ( ketika di bedah )

Kalau kita harap dengan mengata dia, cuba cari kelemahan dia, gertak dia ...... Mahathir tak tahan ( tak lut ) gertak. Dari zaman Tunku Abdul Rahman lagi orang dah buat macam2 kat dia.... tapi bagi dia, dia tak peduli. 

Umur dia dah 90 tahun .... dia tahu umur dia dah lanjut. Tidak ada kepentingan peribadi. Dia hanya nak Umno menang, BN menang. Olehkerana itu, dia buat bermacam2 kenyataan, dan dia mahu jawapan kepada apa yang diketengahkan. Jawapan yang menyakinkan bukan saja kepada dia tapi semua orang di dunia ini.

Jadi pendekatan kepada masalah ini adalah - Put the cards on the table, dedahkan ( bentangkan ) semua secara terbuka. Waktu itu baru kita boleh katakan kita sedang menyelesaikan masalah....

Mahathir Dah Jawab, Najib Bila Lagi?


Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad memberi pukulan lagi kepada Najib Razak. Kali ini beliau tidak saja meneruskan kritikan dan persoalan untuk segera dijawab malah sambil itu menjawab pelbagai serangan yang mula dilemparkan terhadapnya.

Antara yang dijawabnya ialah mengenai beberapa skandal yang melibatkan kerugian wang di era pemerintahannya. 

Katanya, memang ada berlaku kehilangan wang semasa beliau menjadi Perdana Menteri, tetapi semuanya diketahui ke mana perginya.

Mengenai tindakannya menyerang Najib yang dianggap memberi kelebihan kepada pembangkang, Tun Mahathir bertanya, bagaimana pula dengan Najib sendiri yang akur dengan kehendak pembangkang seperti menghapuskan ISA, mengabaikan DEB dan pernah berhasrat menghapuskan Akta Hasutan?

Selain itu, Tun Mahathir juga membangkitkan lagi isu berkenaan 1MDB yang dikaitkan dengan Jho Low dan anak tiri Najib, Riza Aziz serta menangkis persamaan antara Daim yang dilantiknya sebagai Menteri dengan Jho Low yang diberi kepercayaan mengendalikan berbilion wang 1MDB.

Beliau turut mengulangi pendiriannya mengenai Sirul yang tidak sepatutnya dijatuhkan hukuman mati sedangkan anggota polis itu hanyalah pegawai rendah yang patuh pada arahan.

Tun Mahathir tidak terkecuali menunjukkan "kejantanannya" dengan menyatakan sedia disiasat lagi berkenaan kehilangan wang di zamannya.

"Apabila saya letak jawatan, satu usaha dibuat untuk mendapatkan bukti saya melesapkan duit kerajaan. Kalau hendak buat siasatan lagi, saya tiada halangan", tambah Tun Mahathir dalam tulisan di blognya semalam.

Pelbagai kritikan lain yang dilemparkan oleh penyokong Najib terhadapnya juga dijawabnya dalam kali ini. Antaranya daripada Salleh Tun Said Keruak ( pemimpin UMNO Sabah), Jamal  Mohd Yunos ( pemimpin UMNO Selangor) serta daripada seorang pembaca sebuah portal berita yang dikenali Izack Chin.

Menurut Tun Mahathir lagi, beliau masih ahli UMNO dan kritikannya hanya ditujukan kepada pemimpin, bukan kepada parti. Kedudukan Najib yang lebih lemah berbanding Pak Lah dan dikaitkan dengan banyak syak wasangka juga diulangi lagi.

Beberapa perkara lain lagi disentuh oleh Tun Mahathir dalam tulisannya ini, tetapi tindakannya yang pantas menjawab beberapa kritikan terhadapnya seperti cuba "mengajar" Najib bagaimana seharusnya seseorang pemimpin itu berperanan.

Salah satu kelebihan sebagai pemimpin yang diperlihatkan oleh Mahathir ialah seseorang itu mesti mampu menjawab kritikan dan menjelaskan apa juga perkara yang diragui oleh orangramai.

Selain menuntut Najib menjawab pelbagai kritikan yang dibangkitkannya sebelum ini, Tun Mahathir dalam masa yang sama menunjukkan beliau seorang yang tidak pernah lari daripada kritikan.

Daripada dulu sehinggalah sekarang, itulah watak Tun Mahathir. Beberapa hari sebelum ini, KJ dan Shahrir Samad adalah antara pemimpin UMNO yang tegas menyatakan agar Najib menjawab sendiri kritkan Tun Mahathir.

Hari ini, dalam usianya melebihi 90 tahun dan sudah bersara, Tun Mahathir seperti mahu memperlihatkan kepada Najib agar turut pantas menjawab segala kritikan dan tanda tanya masyarakat sebagaimana yang dilakukannya.

Lalu, apa lagi alasan Najib untuk terus diam, senyap dan bisu? (SH 08/04/2015)



PERTEMUAN DS NAJIB RAZAK & TUN DR MAHATHIR MUDAHAN BAIK UNTUK SEMUA..............

Kita mendapat khabaran bahawa DS Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad sudah bersemuka secara ‘one-to-one’ bagi menjelaskan pelbagai isu dan kritikan yang dibangkitkan oleh mantan Perdana Menteri. Perkara ini telah dilaporkan di dalam media.

Beberapa wakil rakyat parti UMNO juga dikatakan telah bertemu dengan Tun Dr Mahathir tentang isu berbangkit yang masih panas dibincangkan hingga ke hari. Di antara kenyataan wakil BNBCC :

"Kami sendiri sudah bersemuka dengan Tun Mahathir malah Perdana Menteri sendiri sudah berbuat demikian.

“Saya pernah tanya Perdana Menteri (hasil pertemuan), beliau kata Tun Mahathir hot and cold,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Isnin.

Apa yang admin harapkan semoga Mereka kekal bersatu hati untuk menyelesaikan masalah negara bersama sama...Aamiin.Pihak berpembangkang untuk mencari kesalahan dan ambil peluang dalam krisis seperti ini.


POTA Diluluskan!!! 10 Ahli Parlimen PAS Hilang.......



Selama ini, kita dihidangkan dengan 'drama-drama yang membakar darah' apabila individu-individu yang ditangkap di bawah Akta Hasutan 1948, akhirnya dibebaskan dengan jaminan. Mereka juga bebas ke luar negara dan melakukan hasutan.

Keterbukaan selama ini terutama menerusi penghapusan ISA dan Ordinan Darurat telah membuatkan mereka naik kaki menjadi kepala, jari menjadi paha. Apa yang tidak mereka lakukan. Apa yang tidak mereka sebutkan.

Nama-nama seperti Eric Paulsen, Latheefa Koya, N.Surendran dan sebagainya cukup sinonim dengan peguam-peguam yang berasakan mereka lebih atas dari undang-undang terutama apabila kita melihat kenyataan-kenyataan yang mereka keluarkan di media-media sosial.

Selepas POTA diluluskan semalam, Akta Hasutan 1948 yang dibentangkan hari ini, dipinda dengan hukuman yang lebih berat. Antara yang dipinda semula  termasuklah, memasukkan elemen untuk melindungi kesucian agama Islam dan agama-agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Lebih menarik lagi, pindaan Akta Hasutan 1948 dibuat dalam usaha untuk mengukuhkan undang-undang berkenaan, termasuklah peruntukan menyatakan ikat jamin tidak dibenarkan untuk mereka yang didakwa mengikut akta tersebut.

Cadangan pindaan akta berkenaan akan memasukkan dua seksyen baru - 5A dan 5B - yang mana Seksyen 5A menyatakan, mana-mana individu ditahan mengikut Subseksyen 4(1)(a) dan jika terdapat pengesahan bertulis, jika tidak melibatkan kepentingan awam untuk memberikan ikat jamin kepada tertuduh, ikat jamin tidak akan diberikan.

Seksyen lain pula menyatakan mahkamah berkuasa untuk menghalang mereka yang ditahan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan dan dibebaskan dengan jaminan, daripada meninggalkan negara dengan mengarahkan mereka menyerahkan dokumen perjalanan untuk suatu tempoh masa.

Pindaan akta berkenaan turut meliputi pengenalan klausa yang akan "menjelaskan" tindakan individu atau kumpulan yang menuntut mana-mana negeri meninggalkan Malaysia akan dianggap menghasut.

Kita tengok selepas ini, siapakah peguam yang akan menjadi 'mangsa' pertama Akta Hasutan 1948 Pindaan 2015...

Selama ni, mereka rasa mereka hebat sangat....



'Prevention of Terrorism Act' atau Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) telah diluluskan di Dewan Rakyat jam 2.25 pagi tadi, setelah dibahas lebih daripada 12 jam. Sebanyak 79 Ahli Parlimen menyokong manakala 60 menentang, menjadikan jumlahnya 139 undi. Ahli Parlimen ada seramai 222 orang. Seorang baru saja meninggal dunia dan seorang lagi sedang berehat di Penjara Sungai Buloh. Ke mana perginya 81 lagi?

Tahniah kepada Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi di atas kelulusan Akta tersebut. Kata dikotakan dan janji ditepati. Majoriti Rakyat Malaysia akan terlindung di bawah Akta penting ini. Kita harapkan 81 Ahli Parlimen ini jangan pula lebih-lebih di luar Parlimen pulak. Mereka sudah diberi peluang secara adil untuk mengundi di Dewan Rakyat. Diharapkan mereka ini tidak akan menggunakan Dewan Sogo untuk berhujah mengenai perkara yang sama.

Fakta yang menarik adalah terdapat 10 orang Ahli Parlimen PAS yang tidak ada di Dewan Rakyat semasa proses pengundian POTA dilakukan. Apa alasan mereka untuk ponteng atau tidak hadir ke dalam dewan? Adakah mereka menyokong Akta berkenaan secara diam dengan memberi sokongan secara tidak hadir ke Dewan? Ahli-Ahli Parlimen berkenaan adalah seperti berikut:

1. Marang.
2. Pokok Sena.
3. Kota Raja.
4. Tumpat.
5. Temerloh.
6. Pasir Mas.
7. Rantau Panjang.
8. Kuala Nerus.
9. Kota Bharu.
10. Pengkalan Chepa.


AMUKANMelayu - Politik....kawan jadi musuh....musuh jadi kawan.....