Tun Mahathir Vs Najib - Semboyan Sudah Berbunyi ?
Thursday, April 2, 2015
Adeeeh ..... dalam sibuk melayan GST, sekali lagi Tun Mahathir melemparkan BOM Nuklear .... kalau sebelum ini Tun gunakan bom jenis scatter, kali ini Tun gunakan Smart Bomb yang tepat pada sasaran.
Tidak ada salah faham, tidak ada sipi2, tidak ada kias mengias, pendek kata, tidak ada sebab untuk menafikan bahawa Tun serang Najib !
Perenggan pertama dah buat kita terpaku dek ketajamannya -
1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.
Kemudian perenggan 20 boleh buat kita terjatuh kerusi !
20. Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14.
Kenapa Tun masih mengulangi isu2 1MDB dan beberapa isu lain yang selama ini dijaja oleh pembangkang ? Sebab semuanya tidak pernah mendapat jawapan yang tuntas dari Najib !
Tengok isu 1MDB .... terhegeh2 dan terbelit2 nak menjawab...
Soal 1MDb, semuanya pernah saya tulis sebelum ini. Actually lega jugalah sebab saya tulis semuanya atas penilaian saya sendiri tanpa merujuk kepada mana2 pihak dan ternyata mempunyai persamaan dengan Tun dan RAMAI pembaca yang lain.
Paling menarik adalah bila Tun turut menyebut Sirul dalam kes Altantuya .... WOOOOOOh .....jawapan Total Rubbish dari Najib ( KLiK ) rupanya turut mendapat perhatian dari Tun.
Namun pesanan paling penting adalah perenggan akhir -
Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.
Apakah dalam mempertahankan Najib, kita meletak survival bangsa di depan ?
Juga persoalan yang sering saya tanya - Jika kita sudah akui bahawa Umno bakal tewas jika Najib terus jadi PM, apakah penting siapa yang bakal ganti tempatnya ? ( dalam konteks, tidak ada siapa yang lebih layak menggantikannya. Tapi jika Najib berundur, sudah tentu kita mahukan yang terbaik dari yang ada sebagai pengganti )
Apakah semboyan sudah berbunyi ?
UMNO dan PRU14

2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.
3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.
4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.
5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.
6. Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.
7. Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?
8. Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.
9. Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yang hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yang dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.
10. Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yang dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin harga pasaran.
11. US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yang begitu banyak.
12. Jho Low dilapor dalam New York Times, London Times dan Sarawak Report terlibat dalam pengurusan berbillion Ringgit duit 1MDB. Siapa dianya Jho Low yang begitu dipercayai oleh Dato Sri Najib. Pegawai Malaysia yang dilantik mengurus dana 1MDB mengaku mereka diarah oleh Jho Low yang mendakwa ia mendapat kepercayaan penuh dan arahan dari Dato Sri Najib.
13. Gambar-gambar Jho Low dan kelakuannya, umurnya yang amat muda serta cara hidupnya tidak menggambarkan peribadi yang menyakinkan orang ramai. Tetapi dia dilapur membeli rumah di New York dan Hollywood beratus juta Ringgit. Kemudian rumah-rumah ini dijual kepada anak tiri Najib dengan harga ratusan juta Ringgit bagi setiap satu kerana kononnya Jho Low telah jumpa rumah yang lebih indah di Hollywood yang harganya lebih tinggi.
14. Dari mana datangnya duit beratus juta kepada Riza Aziz tidak dapat dijelas. Keluarga Tun Razak termasuk Najib menafikan duit ini adalah dari keluarga. Pelaburan ratusan juta dalam filem “Wolf of Wall Street” oleh Riza datang dari mana?
15. Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Dato Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka. Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara.
16. Sementara itu, walaupun Kerajaan menghadapi kekurangan wang yang besar dan terpaksa hutang, Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri membeli sebuah lagi pesawat mewah. Umum mengetahui pesawat ACJ319 yang sedia ada diguna bukan sahaja untuk tugas rasmi tetapi sebagai kenderaan peribadi untuk Dato Sri dan Datin Sri.
17. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai Ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta Ringgit, Kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik Kerajaan.
18. Cara pembelian tidak dapat menyembunyi bahawa akhirnya Kerajaan terpaksa menanggung beban pembelian ini. Jika syarikat bukan Kerajaan yang secara rasmi membeli, bayaran melalui lease (sewa) lebih tinggi daripada belian secara langsung kerana terpaksa memberi keuntungan kepada pemilik dan faedah yang dimasukkan.
19. Selain daripada ini dasar-dasar pemerintahan Dato Sri Najib terhad kepada pemberian wang percuma, menimbul kemarahan orang Melayu dengan mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina. Namun penolakan BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib.
20. Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14.Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.
21. Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini.
22. Saya belum nyanyok walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri.
23. Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.

NAJIB PERLU JAWAB, BUKANNYA PARA PENYOKONG CUBA ALIHKAN KEPADA ISU-ISU YANG AKHIRNYA MENOLAK NAJIB JATUH DENGAN SEGERA!
Thursday, 2 April 2015
·
Labels: mahathir-najib
Kenyataan Timbalan Presiden Kelab Chedet.
2hb April 2015.
Perdana Menteri tidak boleh terus berdiam sahaja apa yang Tun Mahathir bangkitkan.
Tun Mahathir bukan menyerang tapi mahu PM jawab persoalan2 yang dibangkitkan oleh byk pihak dalam beberapa isu yang mana jika tidak diperjelaskan dengan telus bagi memberi terus keyakinan rakyat kpd Kerajaan BN dan PM sendiri, akan membuatkan BN hilang kuasa pada PRU14.
Sekarang ini pula sudah ada ketua-ketua cawangan umno letak jawatan dan kawasan tersebut umno sudah lumpuh.
Saya sendiri sudah mula terfikir untuk tinggalkan parti umno tetapi mengapa perlu saya yang tinggalkan parti? Sepatutnya mereka yang masalahkan parti perlu berundur.
Berbalik kpd perkara asal iaitu teguran Tun M, perlu diingat bahawa Tun M adalah orang yang sentiasa berasa cemas kepada masa depan agama, bangsa dan negaranya bila melihat kedudukan semuanya itu mula terancam. Sebab itu beliau tidak henti dari terus menegur.
Ingat....jika orang yang cekap memandu tapi duduk dibelakang akan rasa sangat cemas jika pemandu kereta yg dia naiki memandu dgn tidak stabil membahayakan penumpang lain.
Berbeza dgn orang yang tidak cekap memandu atau tak tahu memandu langsung, tidak akan risau apa2 walau pemandunya memandu gaya org mabuk.
Tun M minta PM dan Kerajaan Malaysia jawab apa yg telah didedahkan oleh banyak pihak.
Bagi Kelab Chedet memang banyak persoalan yang kami menunggu jawapannya.
Syed Hassan Syed Ali
Timbalan Presiden
Kelab Chedet
010-2283001
(KERAJAAN TIADA DUIT, UNTUK CINA ADA) Najib lancar skim mikro kredit penjaja Cina RM30 juta
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Skim Mikro Kredit Penjaja dan Peniaga Cina, membabitkan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi membantu golongan tersebut memajukan perniagaan dan memudahkan mendapatkan pinjaman kewangan.
Perdana Menteri berkata di bawah skim itu, setiap pemohon boleh meminjam antara RM5,000 hingga RM15,000, bergantung kepada syarat dan kelulusan yang ditetapkan.
"Pembangunan (negara) mestilah bersifat inklusif dan adil, terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah.
"Sebab itulah, hari ini kita lancarkan skim mikro kredit ini, sebab bagi kerajaan, golongan ini perlu dibantu.
"Tidak kira etnik mana pun, peniaga dan penjaja kecil mesti dibantu kerana mereka banyak memainkan peranan (kepada negara)," katanya ketika berucap sebelum melancarkan skim tersebut di Jalan Alor di sini hari ini. - BERNAMA
MELAYU - Di sepak kepala pun masih tersenyum..... |
Kenapa orang Melayu di Malaysia kini bodoh sangat. Tidak nampakkah oleh orang Melayu bahawa modus operandi DAP adalah mempergunakan orang Melayu untuk kepentingan mereka. Cuba lihat bahawa DAP tidak kemana kalau tidak melibatkan orang Melayu.
Lihat bagaimana mereka menggunakan satu demi satu ikon Melayu untuk menambat hati bangsa Melayu. Dulu gunakan Ahmad Noor bekas Presiden Cuepec kemudian gunakan Tunku Abdul Aziz tetapi tidak berjaya untuk sokongan mutlak Melayu. Akhirnya mereka menggunakan ikon terakhir Anwar Ibrahim.
Bagi Anwar Ibrahim matalamatnya adalah jangka pendek tetapi bagi DAP punya matalamat jangka panjang. Mereka mahu menggembeling perpaduan seluruh orang Cina dibawah panji2 DAP. Mereka gunakan pakatan rakyat untuk kononnya menentang kezaliman BN. Jika Cina dapatdisatukan dibawah DAP maka undi Melayu yang menyokong PKR dan PAS adalah juga untuk mereka yakni DAP juga. Sebab undi Melayu akan pecah tiga Umno - PKR - PAS.
Adakah PAS atau PKR akan jadi abang besar? Sudah tentu tidak kerana Buku Jingga adalah doktrin yang dialih bahasa dari perlembagaan DAP. Kenapa Melayj tak dapat baca kelicikan DAP. Lihatlah serangan DAP terhadap PAS pasal hudud akhir2 ini. Adakah orang Melayu percaya bahawq PAS pembelot pakatan seperti kata PKR dan DAP. Matalamat DAP sebenarnya adalah untuk membentok prasangka buruk orang2 cina dan India akan hudud sedangkan DAP tahu hudud diKelantan hanya untuk orang2 Islam.
Mereka sengaja memainkan isu ini untuk menyatukan orang Cina dan India matalamatnya biar MCA. Gerakan dan MIC tercicir dalam mengejar pengaroh. Kesimpulannya orang2 Melayu mesti bersatu. Biarkan segelintir pemimpin dari PKR dan PAS yang berlandaskan liberalima seperti Azmin. Wan azizah. Latifah Koya dan puak2 Erdogan xan Anwarinas besandiwara. Mereka bukan sayangkan bangsa dan ugama Islam tetapi mereka lebih sayangkan pangkat dan kedudukan.
Fitnah Majlis Raja Raja Melayu, Portal Pembangkang Bakal Di Siasat PDRM dan SKMM.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membuat laporan polis bagi menafikan penyiaran kenyataan pendirian Majlis Raja-Raja dalam isu hudud.
“Mesyuarat Majlis Raja-Raja tidak membincangkan perkara yang dihebohkan itu dalam mesyuaratnya.“Pejabat itu juga tidak mengeluarkan siaran akhbar bertarikh 25 Mac yang menyentuh perkara itu,” kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad menerusi kenyataan.
Menurutnya, apa yang disiarkan dan diterbitkan adalah tidak benar dan bukan dikeluarkan oleh pejabat berkenaan.Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat laporan sebuah portal berita yang cuba mengaitkan Majlis Raja-Raja dengan isu hudud.
“Perkara itu tidak benar…ada orang cuba palitkan Majlis Raja-Raja dalam isu hudud.“Setiap perkara yang tersebar mesti mendapat pengesahan.
Jangan cepat percaya apa yang tersebar terutamanya dalam media sosial,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Khamis.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan sebuah portal berita yang mengaitkan Majlis Raja-Raja dengan isu Hudud.
Ada Pihak Dalam Pas Iri Hati Atas Kemewahan Mat Sabu.
Bang Mad sabu |
Apatah lagi membabitkan hubungan antara Dap bagai retak menanti belah.
Namun dalam kekalutan dalaman Pas tiba tiba ada pihak yang berasa iri hati akan kesenangan Mat Sabu.
Mat Sabu sekarang ini menikmati laba hasil payah jerih beliau didalam politik atas sumbangan Dap.
Tetapi biasalah melayu.. timbul perasaan iri hati terhadap Mat Sabu yang sekarang ini dikatakan mewah dengan gaji dan pelbagai kemudahan yang diberikan oleh Lim Guan Eng.
Petikan dari portal pro Pas yang anti Mat Sabu dan Dap.
Antara pemimpin PAS yang aku sanjung dan sayang kerana pengorbanan dan perjuangannya ialah Abang Mat Sabu. Beliau pernah digelar harimau berantai PAS.
Banyak masa beliau dihabiskan untuk perjuangan sejak muda. Pernah diISA, dihambat dan dibom asap dalam demonstrasi, naik turun mahkamah, dicerca dan difitnah.
Hidup berlingkar dalam tribulasi perjuangan Islam.Abang Mat ni aku doakan biar jatuh bangun dan mati dalam PAS. Kalau tidak, amat tidak berbaloi andai dia akhirnya pada hujung usia tercicir dalam perjuangan mulia ini.Namun, sejak kemelut MB Selangor hingga kemelut hudud dan penghinaan DAP terhadap TG Presiden, aku nampak harimau berantai ni dah jadi macam lembu kenyang.Dalam tempoh setahun, aku duk perhati Abang Mat ni. Ada yang aku dan ahli PAS lain rasa tak kena.Oleh kerana sayang, aku diamkan saja. Oleh kerana sayang, aku beri peluang harimau berantai ni sedar diri akan peranannya dalam membantu Presiden sebagai Timbalan.Ubah keputusan TGHH dalam pencalonan nama MB Selangor, aku sabar. Lim Gung Eng kata sedap-sedap pada TGHH , harimau berantai diam, aku sabar. Iring Lim Guan Eng beri bantuan banjir melalui Husam Musa ( bukan MB Kelantan), aku sabar. DAP memerangi hudud, harimau berantai diam, aku sabar.Banyak kali dah sabar tu. Kini Lim Kit Siang, Lim Gung Eng dan pemimpin DAP hina lagi TGHH, aku dah tak tahan sabar. Kalian ahli PAS, masih bersabar? Baguslah.Hari ni aku nak tanya Abang Mat; hang nak kerja dengan TGHH atau dengan Lim Guan Eng?Hang nak kerja untuk PAS atau untuk DAP? Hang nak kerja untuk Islam atau untuk penentang Islam? Hari ini biar jelas antara benang putih dan benang hitam. Tak perlu lagi playsafe dalam keadaan DAP terlalu biadap dan melampau terhadap Islam, hukum dan ulamanya.Kini Abang Mat macam dah jadi lembu kenyang. Buat tak sensitif.Letak diri dalam zon selesa. Disumbat mulut dan diberi makan oleh majikan kurang ajar Lim Gung Eng tu. Bukan cara begitu Abang Mat tak nak memekatkan lagi kekeruhan. Hang tu Timbalan? Kata nak bantu Presiden semasa menawarkan diri semasa pemilihan lepas? Dalam situasi Presiden hang dibantai, difitnah dan dinista, hang bantu Presiden? Ke hang bantu jatuhkan Presiden? Ke hang bantu laknatullah Lim Guan Eng?Hang tunggu apa lagi yang nak jadi? Ke hang tunggu gaji bulan-bulan? Aku tutup tulisan ini dengan doa agar Allah peliharakan Abang Mat, beri kesedaran yang benar itu kelihatan benar dan yang salah itu kelihatan salah.Dan moga Abang Mat menghabiskan sisa nyawa di hujung usia kekal istiqamah dalam perjuangan Islam, mendaulatkan hukum-hkamnya dan menjulang para ulamanya. Amin. Sumber : http://www.tranungkite.net
AMUKANMelayu - Tak tumbuh tak melata.......