,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday 1 April 2016

Bekas CEO 1 MDB, Aabar Diekstradisi Ke US..




Tangkapan Pertama 1MDB: Bekas CEO Aabar Diekstradisi Ke US..

Ini adalah tangkapan pertama individu yang berkait dengan Skandal 1MDB atas permintaan Amerika Syarikat, yang dijangka mengegarkan politik Malaysia dan juga perniagaan berkaitan di Hollywood serta Las Vegas.
Sumber yang rapat dengan pegawai Jabatan Kehakiman di Amerika Syarikat telah mengesahkan kepada Sarawak Report bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif Aabar, Mohamed Al Husseiny, telah diletakkan dalam tahanan oleh pihak berkuasa di Abu Dhabi, yang kini memproses permohonan ekstradisi oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, berhubung dengan dakwaan berkaitan Skandal 1MDB.
Al Husseiny, berasal dari Kenya, masih memegang kewarganegaraan Amerika Syarikat, walaupun telah berpindah ke Abu Dhabi.
 
Tindakan ini adalah rentetan dari satu penyiasatan yang sedang dijalankan di Amerika Syarikat dan negara-negara lain dalam beberapa bulan ini terhadap kehilangan berbilion-bilion dolar daripada dana pembangunan Malaysia..

Baca kenyataan media Ahli Parlimen Kapar ni dulu..

Kenyataan Akhbar 31 Mac 2016 
Isu Penangkapan Pertama Berkaitan 1MDB 
Isu 1MDB telah membuka lembaran baru di muka dunia apabila bekas Ketua Pegawai Eksekutif Aabar, Mohamed Al Husseiny telah ditahan oleh pihak berkuasa di Abu Dhabi, dan permohonan ekstradisi sedang di proseskan atas permintaan Amerika Syarikat. Penangkapan ini berkaitan dan berhubung rapat dengan isu 1MDB. 
Ekstradisi adalah proses rasmi di mana satu negara memindahkan jenayah yang disyaki atau disabitkan ke negara lain. Antara negara-negara, ekstradisi biasanya dikawal oleh perjanjian melalui treaty. 
Al Husseiny merupakan seorang yang memainkan peranan yang penting dalam penyelewengan 1MDB. Al Husseiny merupakan CEO Aabar sehingga Julai 2015. Aabar merupakan syarikat subsidiary kepada IPIC - International Petroluem Investment Company. IPIC terlibat secara langsung dengan 1MDB. 
Al Husseiny terlibat dalam bail – out hutang 1MDB pada Jun 2015 yang dilakukan atas kapasitinya sebagai CEO Aabar. 
Ini merupakan penangkapan yang pertama secara rasmi yang berkait rapat dengan isu 1MDB. Ironiknya, walaupun penangkapan patut dilakukan di Malaysia, tetapi ianya berlaku di luar negara atas permintaan Amerika Syarikat. 
Penangkapan Al Husseiny hanyalah permulaan terhadap kes 1MDB. Yang pastinya, ianya juga bukan penangkapan terakhir. 
Ini menunjukkan siasatan secara menyeluruh telah dilakukan di Amerika Syarikat. Amat menyedihkan apabila kita mendapati bahawa negara lain yang mendahului siasatan mengenai isu 1MDB walaupun isu ini melibatkan imej dan integriti negara kita. 
Walaubagaimanapun, saya berharap dengan penangkapan ini, pelbagai jawapan kepada soalan – soalan dan spekulasi mengelilingi 1MDB mungkin terjawab. 
Salam Reformasi. 
YB Manivanan Gowin
Ahli Parlimen Kapar

Kemudian bacalah laporan mengenai tangkapan tersebut kat bawah ni..

First 1MDB Arrest - Former Senior Fund Manager Faces US Extradition Request In Abu Dhabi
The first 1MDB related arrest has taken place at the request of the United States, in a move that will send shock waves and shivers through the Malaysian political establishment and also in related businesses in Hollywood and Las Vegas.

Sources close to Department of Justice officials in the United States have confirmed to Sarawak Report that the former CEO of Aabar, Mohamed Al Husseiny, has been placed in detention by the authorities in Abu Dhabi, who are now processing an extradition request by the US Department of Justice, relating to charges concerning 1MDB.

Al Husseiny, who originated from Kenya, holds US citizenship, despite having moved to Abu Dhabi.

This is the first outward move in an investigation that has been ongoing in the United States and other jurisdictions for several months, into the disappearance of billions of dollars from the Malaysian development fund.

Meanwhile, Prime Minister, Najib Razak, who is the sole shareholder and signatory of the fund, has solidly denied that any wrong-doing took place.

Key player at International Petroleum Investment Company (IPIC) subsidiary 
Whilst CEO of Aabar (a subsidiary of IPIC) until July of last year, Al Husseiny was a key player in a number highly controversial deals involving 1MDB, from which billions of ringgit appear to have disappeared.

He also fronted a massive bail-out of 1MDB’s debts, in a surprise move last June.

It was one of his last actions in the post, from which he was summarily dismissed the following month.

There are numerous other questions concerning the management of Aabar, where Al Husseiny was regarded as a right hand man of the ex-Chairman, the high-rolling nightclub supremo, Khadem al Qubaisi, also CEO of IPIC.

Al Qubaisi was thrown out of all his official posts some weeks earlier in April of last year and following a period under house arrest he fled to the South of France, where he has considerable property.

Sarawak Report has identified that Al Qubaisi has also been removed from a number of his private business positions over the past fortnight – in the same period IPIC has mysteriously removed all reference to a number of key subsidiaries of Aabar (which were linked to Khadem) from its websites.

US dimension 
The effects of the news has already caused an apparent major loss of confidence in related businesses in the United States.
Please continue yours reading HERE and HERE
 

Dr M: Najib berpontensi ditangkap di luar negara

Berdepan beberapa siasatan penggubahan wang yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, perdana menteri berpontensi untuk ditangkap di luar negara, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahahtir Mohamad.

Beliau berkata demikian dalam satu ucapan pada Jumaat, berdasarkan kepada video klip yang dimuat naik penulis blog Din Turtle, yang menjalankan beberapa temubual kritikal Dr Mahahtir terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Dr Mahahtir berkata Najib mungkin dapat mengelak siasatan terhadap skandal 1MDB yang sedang disiasat di luar negara, tetapi tidak di luar negara.

"Undang-undang dunia berbeza daripada dulu. Kalau jenayah buat di sini, undang-undang sini berkuatkuasa.

"Tapi jika (jenayah) kaitan dengan luar negeri, negara lain ada kuasa (untuk mengambil tindakan)," katanya.

"Sekarang ini, di Switzerland, Britian, Amerika Syarikat... (sudah ada siasatan penggubahan wang). Mereka berhak untuk saman untuk suruh Interpol tangkap (jika ada alasan kukuh).

"Kalau (dia) keluar daripada negara, mungkin akan berlaku tangkapan," kata negawaran dalam ucapannya dalam majlis 'Kumpulan Melayu Berani Bersatu' di Kuala Lumpur, seperti menurut video klip itu.

Bagaimanapun Dr Mahathir cukup berhati-hati dengan menyatakan ia hanya spekulasi.

"Itu mungkin. Saya cerita, bukan akan berlaku," kata bekas perdana menteri selama 22 tahun itu.

Luxembourg Pulak Siasat Dakwaan Berkaitan 1MDB.. 


Pihak pendakwaan Luxembourg dilaporkan melancarkan inkuiri kehakiman terhadap dakwaan pengubahan wang haram, melibatkan ratusan juta dolar terhadap dana kekayaan negara 1MDB.

Pihak pendakwa berkata inkuiri itu susulan keterangan bahawa dana milik kerajaan Malaysia di akaun pesisir di Singapura, Switzerland dan Luxembourg disalah guna, lapor Reuters.

Siasatan bertujuan mengesan daripada masa asal empat pemindahan pada 2012 dan satu pada 2013, menurut kenyataannya, seperti dilaporkan agensi berita antarabangsa itu.


Dakwaan-dakwaan mengambil kira jumlah dibayar ketika pengeluaran dua bon pada Mei dan Oktober 2012...

Baca nih!

Luxembourg's state prosecutor said it had requested a judicial inquiry into allegations of money laundering by Malaysia's sovereign wealth fund 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Prosecutors said the inquiry was launched following concrete evidence following the misuse of funds held by the Malaysian government through different offshore accounts in Singapore, Switzerland and Luxembourg.

"The case particularly concerns discovering the origins of four transfers in 2012 and one in at the start of 2013 for a total of several hundreds of millions of dollars," the statement said.

Kemudiannya Reuters update..

Luxembourg's state prosecutor has launched a judicial inquiry into allegations of money laundering involving hundreds of millions of dollars against Malaysia's sovereign wealth fund 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

The prosecutor said on Thursday that the inquiry followed evidence that funds held by the Malaysian government in offshore accounts in Singapore, Switzerland and Luxembourg had been misused.

"The investigation aims to trace the origin of four transfers in 2012 and one in at the start of 2013 for a total of several hundreds of millions of dollars," a statement from the prosecutor's office said.

The allegations concerned in particular the sums paid upon the issuance of two bonds in May and October 2012.

1MDB, whose advisory board is chaired by Malaysian Prime Minister Najib Razak, has been the subject of multiple investigations over the last year by authorities in Malaysia, Switzerland, Singapore and the United States following accusations of financial mismanagement and graft.

The fund said in a statement that it had not been contacted by any foreign legal authorities on any matters related to the company.

Switzerland's chief prosecutor said in January that a criminal investigation into 1MDB had showed about $4 billion appeared to have been misappropriated from Malaysian state companies.

Singapore said it had sequestered a large number of bank accounts as part of an investigation into possible money-laundering linked to the fund
~ Reuters

Skandal Najib, UMNO Nampak Bangang Di Mata Rakyat Malaysia dan Dunia

Written By canang


 
Dalam satu forum di Akademi Kepimpinan Kapten Hussein baru-baru ini, bekas exco Pemuda UMNO Hulu Selangor Moohamad Faizal Abdul Raub berkata beliau tidak sabar untuk melindungi reputasi Umno sebagai sebuah parti yang berdiri untuk kebenaran kononnya, tapi cara isu 1MDB dikendalikan telah merosakkan imej Umno.

“Rakyat boleh melihat bagaimana pemimpin-pemimpin Umno mengendalikan isu 1MDB itu dan ianya sangat teruk,” katanya.

“Kenyataan mereka berubah-ubah dan berbelit-belit sedangkan bukti terhadap 1MDB jelas. Oleh itu, pemimpin UMNO kelihatan seperti orang bodoh di mata rakyat. ”

Sebelum peletakan jawatannya, Faizal adalah Timbalan Pengerusi dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Keliang, Beliau juga merupakan ahli exco Pemuda UMNO Hulu Selangor.

“Saya berharap ahli-ahli Umno tidak mengikuti pemimpin-pemimpin mereka secara membuta tuli dan menutup mata mereka terhadap kesalahan yang mereka lakukan,” katanya.

Beliau mendakwa bahawa pemimpin-pemimpin Umno tidak menegur cara Najib mengendalikan isu skandal 1MDB kerana mereka takut kehilangan jawatan mereka dan keuntungan yang mereka perolehi dengan menunjukkan kesetiaan. Beliau berkata beliau bersetuju dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa Najib terlalu proaktif dalam mendiamkan pengkritik skandal 1MDB.

“Dia akan menghukum sesiapa sahaja yang menimbulkan persoalan tentang skandal 1MDB,” katanya.

“Barangsiapa yang berbuat demikian akan dianggap sebagai pengkhianat kepada parti. Mereka akan dianggap berdosa.

“Tindakan akan diambil terhadap mereka yang menyentuh isu 1MDB, termasuk menembak mereka daripada jawatan mereka serta mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.”
– Sumber 

 
Posted: 30 Mar 2016 09:42 PM PDT

Lebih banyak maklumat berhubung dakwaan sikap mboros keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membelanjakan jutaan ringgit didedahkan lagi hari ini.

Menurut akhbar The Wall Street Journal, Najib menghabiskan AS$15 juta (RM58.8 juta) bagi percutian, membeli-belah dan barangan kemas. Perbelanjaan dilakukan di Amerika Syarikat, Malaysia, Itali dan di beberapa tempat lain.

Dokumen siasatan pihak berkuasa Malaysia menunjukkan bahawa kad kredit Najib digunakan bagi membayar pembelian di gedung fesyen Chanel di Honolulu, Hawaai bernilai AS$130,625 (RM512,194).


Ini berlaku dua hari sebelum beliau bermain golf dengan Presiden Barrack Obama pada malam Krismas 2014.

Kunjungan ke Amerika Syarikat itu menjadi kontroversi apabila beberapa negeri di pantai timur Malaysia dilanda banjir teruk dan Najib terpaksa terbang pulang untuk melawat kawasan yang terjejas.

WSJ melaporkan bahawa seorang pekerja di kedai Chanel di kawasan kelas atasan Ala Moana Center masih mengingati isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor yang membeli-belah di gedung itu sebelum Krismas.

"Urus niaga di gedung Chanel itu dibayar melalui kad Visa atas nama Najib, menurut dokumen siasatan Malaysia. Pada mulanya transaksi itu tidak berjaya dan Najib yang turut hadir, terpaksa menelefon bank untuk meluluskan pembayaran berkenaan," kata laporan itu.

Dokumen itu juga menunjukkan bahawa kad kredit dibayar melalui akaun atas nama Najib dan akaun berkenaan telah dikreditkan dengan AS$9 juta (RM35 juta) beberapa bulan sebelum itu.

Menurut dokumen itu, wang berkenaan datang dari SRC International, bekas anak syarikat 1MDB yang kini berada di bawah Kementerian Kewangan dan diterajui oleh Najib sebagai menterinya.

"Pada hari Najib bermain golf dengan Obama, SRC International memindahkan lagi AS$9 juta ke akaun itu melalui cabang tanggungjawab sosial korporat 1MDB. Wang itu tiba sehari selepas Krismas," kata laporan WSJ itu.

Dokumen juga menunjukkan Jakel Trading Bhd, peruncit pakaian mewah Malaysia, sebagai antara penerima paling lazim dana dari akaun Najib.

"Di antara 2011 dan 2014, Najib memindahkan lebih AS$14 juta (RM55 juta) kepada Jakel, menurut dokumen. Syarikat itu mengkhusus dalam pakaian tradisional Melayu, sut, pakaian perkahwinan dan kelengkapan rumah."

WSJ berkata terdapat juga perbelanjaan yang dicatatkan pada 28 Jun, 2011, di Signature Exotic Cars, pengedar kereta di Kuala Lumpur dengan harga AS$56,000 (RM220,000).

"Kad kredit Najib juga mencatatkan perbelanjaan €750,000 (RM3.3 juta) pada Ogos 2014 di cawangan Itali, De Grisogono, sebuah kedai barangan kemas milik Switzerland.

"Seorang pekerja De Grisogono mengesahkan Rosmah, isteri perdana menteri, adalah pelanggan di kedai emas syarikat itu di cawangannya di Porto Cervo, sebuah resort kecil di Sardinia. De Grisogono enggan mengulas."

WSJ juga menghubungi beberapa syarikat lain yang didakwa terlibat dalam urus niaga berkenaan, tetapi semuanya tidak mahu mengulas.

Najib telah berulang kali menafikan sebarang salah laku dan menggunakan dana kerajaan untuk kepentingan peribadi
~ Malaysiakini
 

2 Ahli Lembaga Pengarah 1MDB letak jawatan bantah RM2.6 bilion dipindah tanpa persetujuan lapor The Star? 

Sunday, July 12, 2015

Dua pengarah 1MDB meletak jawatan sebagai langkah protes selepas mengetahui dana bernilai AS$700 juta (RM2.6 bilion) untuk projek kerjasama dengan PetroSaudi dipindahkan ke syarikat lain pada 2009.
Maklumat itu, lapor The Star, diperoleh daripada penyiasat yang meneliti dakwaan salah laku terhadap dana 1MDB.
Laporan itu juga menyebut Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Tan Sri Azlan Mohd Zainol membuat keputusan meletak jawatan kerana marah apabila tuntutan mereka supaya wang berkenaan diserah semula, diabaikan.

"Ahli lembaga pengarah tidak berpuas hati apabila perjanjian ditandatangani tanpa banyak pertimbangan dan AS$700 bilion (RM2.6 bilion) yang diperuntukkan bagi projek kerjasama dipindahkan ke syarikat lain tanpa kebenaran mereka," lapor akhbar itu.

Baca laporan dari Free Malaysia Today ni..

KUALA LUMPUR: The chairman of 1MDB, Mohd Bakke Salleh, and company director Azlan Mohd Zainol resigned in 2009 because money meant for a joint venture went to another company, according to a news report.
They had resigned in protest after US$700 million (RM2.6 billion) intended for a joint venture with PetroSaudi was paid to another company without their approval, according to the Star, quoting unnamed investigators into the affairs of the troubled government investment company.

The report said Mohd Bakke and Azlan Mohd Zainol were upset that they were ignored when they demanded the return of the money.

The joint venture agreement had also been signed without much consideration, according to the investigators.

Last week, media reports said US$700 million had been deposited into AmBank private banking accounts in the name of Najib Razak, the Prime Minister. Other reports have also traced the movement of the sum of US$700 million, linking it to a company owned by Penang-born businessman Jho Low.

1Malaysia Development Bhd is owned by the finance ministry under Najib, who is also chairman of the 1MDB board of advisers.

A government investigation into the affairs of the company is being carried out by a task force comprising the Attorney-General’s Chambers, MACC, the police, and Bank Negara.

The Star report, quoting unnamed investigators, said a 1MDB-PetroSaudi joint venture company had borrowed US$700 million from another PetroSaudi company without the knowledge of the 1MDB board and had been formalised three days before the joint venture formally came into existence.

Only US$300 million of a US$1 billion investment approved by the board was paid into the joint venture company 1MDB-PetroSaudi, while the remainder was made as a repayment for a US$700 million loan taken just five days before.

The Star said the 1MDB board had reservations about the joint venture as they were unclear of their partners’ assets. However, 1MDB later extended a total of US$800 million to the joint venture company. The joint venture was later aborted.



AMUKANMelayu - Apakah Najib masih ada jadual lawatan keluar Negara? Jika PM kita di tahan di luar Negara, apakah TINDAKAN Kerajaan ke atas Negara tersebut?.....