,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 3 April 2016

ESSCom - PENCOLIKAN DI SABAH NI BILA NAK HABIS?


 

Esscom tekad pastikan kawasan Pantai Timur Sabah selamat.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman KECEWA dengan ESSCom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah).

"Pasukan keselamatan dan ESSCom perlu bekerja sedaya upaya...kita juga perlu bekerjasama dengan pasukan keselamatan Filipina," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Polis Sabah hari ini mengesahkan empat rakyat Malaysia diculik oleh lapan lelaki bersenjata di perairan Ligitan, kira-kira 6.15 petang, semalam mereka adalah kru kapal tunda yang sedang dalam perjalanan balik dari Filipina ke Malaysia.

Mereka ialah Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21.


HATI MELAYU - Kata perairan Sabah selamat.....hangpa takmau tengok ka macamana KPI menteri yg duk jaga ESSCom ni..... 
Tok Aki Aji's photo.
Esscom ditubuhkan pada 1 April 2013 di bawah Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 selepas insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduao, Lahad Datu Sabah pada awal Mac 2013.
Dianggotai empat komponen utama iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pegawai Awam, asas penubuhannya ialah mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah susulan pencerobohan pengganas Sulu di Tanduo, Lahad Datu.

Matlamat Esscom antaranya memastikan dan mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, memastikan kesejahteraan hidup, kesihatan awam dan kewujudan bersama, memastikan, memelihara dan memudahkan penjalanan secara bebas serta melaksanakan tindakan yang sewajarnya untuk menempatkan semula orang atau kumpulan orang di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

ESSZONE meliputi 10 daerah iaitu Kudat, Pitas, Kota Marudu, Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Ancaman keselamatan berikutan pencerobohan pengganas Sulu dan kes penculikan menuntut Esscom mengambil tindakan drastik dan langkah proaktif bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur Sabah ekoran krisis di Tanduo, Lahad Datu pada tahun lepas.
 
Jenayah rentas sempadan di perairan timur Sabah, yang tujuh daripada 362 pulau di kawasan itu menempatkan pusat peranginan dan aktiviti marin, boleh mencemarkan imej Malaysia dan memberi kesan kepada industri pelancongan negara serta aktiviti ekonomi.

Menyedari impak negatif ancaman keselamatan di kawasan sepanjang 1,733.7 kilometer itu, Esscom mengambil beberapa langkah drastik bagi memastikan keadaan di kawasan pantai timur Sabah adalah selamat dan terkawal kepada penduduk dan pelancong.

Bagi membanteras kegiatan penculikan berleluasa khususnya di kawasan perairan Semporna dan Lahad Datu yang terletak hampir dengan sempadan Filipina, pasukan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) telah menambah bilangan aset seperti bot dan kapal di perairan Sempadan ini tanpa menjejaskan kawalan rondaan di kawasan lain.
Tindakan TEGAS Esscom  melarang pergerakan keluar masuk ke kawasan resort selepas pukul 6 petang, tiada sebarang aktiviti di laut dan sungai selepas matahari terbenam (semua aktiviti hanya dilakukan pada waktu siang) dan aktiviti unik pada waktu malam oleh pengusaha hotel hendaklah memohon kebenaran daripada Esscom adalah langkah-langkah perlu untuk mengekang kes pencolikan dari terus berulang.

Selain itu, pasukan keselamatan yang mengadakan rondaan dan pemeriksaan dari semasa ke semasa di setiap resort dan pengusaha yang gagal mematuhi arahan berkenaan akan dirujuk kepada Kementerian Pelancongan dan pihak berkuasa tempatan untuk tujuan digantung lesen perniagaannya ini adalah sangat baik.
ESSCOM-POS1


Insiden penculikan ini adalah kes jenayah rentas sempadan, penculikan sedemikian sering berlaku di kawasan Semporna dan Lahad Datu, Kegiatan penculikan yang dilakukan oleh kumpulan pengganas dari selatan Filipina ini berlaku sejak tahun 2000 itu mungkin bertujuan mendapatkan sumber kewangan.

Pada masa ini terdapat 362 buah pulau di ESSZONE. Daripada jumlah itu, tujuh pulau mempunyai pusat peranginan iaitu Kapalai, Mabul, Pulau Bum-Bum, Pom-Pom, Mataking, Langkayan dan Billean.

Pantai sempadan sejauh 1,733.7km merentangi dari Kudat sehingga ke Tawau membuatkan Pasukan Keselamatan menghadapi cabaran yang sukar tambahan pula hampir tiada perbezaan antara Penduduk Tempatan dan Peneroboh, ini memandangkan mereka mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Rakyat Tempatan di samping mereka mengamalkan budaya hidup yang sama dengan penduduk Sabah.


HUBUNGAN KERJASAMA ANTARA AGENSI DAN PENDUDUK TEMPATAN

Pantai sempadan sejauh 1,733.7km merentangi dari Kudat sehingga ke Tawau


Apapun dilihat Esscom sebagai entiti yang berjaya merealisasikan program Strategi Pertahanan Negara hasil penggabungan komponen Pertahanan, keselamatan dan Awam. Selain itu, ia turut mengukuhkan pelaksanaan program peningkatan semangat patriotisme masyarakat di ESSZONE serta menyelaras dan memantapkan program pembangunan sosial ekonomi berteraskan keselamatan kepada kumpulan sasar di ESSZONE.

Untuk menambah baik dan mengekang terus kegiatan PENCOLIKAN ini dalam waktu masa panjang, adalah ESSCom perlu membuat tindakan yang mungkin mendapat tentangan dari Orang yang cerdik Pandai tapi ianya amat berkesan bila di lakukan di sempadan Kelantan dan Thailand. Mengujudkan Pos Kawalan yang banyak di kawasan sempada kedua-dua Negara itu telah mengurangkan aktiviti Penyeludupan......yang "TERLEPAS" hanyalah Kawasan yang di Kawal oleh Pasukan Keselamatan yang tidak amanah dan RASUAH. 

SERANGAN KOMUNIS - Kubu TENTERA semasa pembinaan Lebuhraya Timur Barat.

Memandangkan kawasan sempadan Malaysia - Filipina adalah perairan yang cetek, adalah tidak MUSTAHIL untuk mengujudkan "KUBU" atas air di setiap 4 km dari Tawau hingga ke Kudat dengan 5 Bandar atas air yang Khusus untuk  5 Batalion Tentera yang di Khususkan untuk menjaga sempadan sepanjang 1,733 km ini.

Ini kerana di kawasan ini, ESSCom perlukan Bot-bot kecil untuk membuat rondaan dan Kapal-kapal besar tidak dapat bergerak pantas di kawasan yang cetek dan dipenuh dengan terumbu karang ini. Dengan mengujudkan kubu-kubu seperti ini atau seperti Pelanta Minyak, ianya akan dengan mudah untuk Pasukan Keselamatan memantau dan membuat rondaan yang hanya 2 km sebelah kiri dan 2 km sebelah kanan. Kubu kekal seperti ini dapat menjimatkan KOS dari jangka masa panjang kerana KOS penyelnggaraan yg rendah atau hampir tiada langsung akan menguntungkan Negara dari jangka masa panjang dari membeli aset rondaan yg sudah pasti cepat rosaknya kerana Keadaan Perairan yang cetek ini.




AMUKANMelayu - Hanya cadangan dari apa yang ku lihat.....