,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday, 4 April 2016

Dilema Mahathir


Dilema Mahathir

Masyarakat Melayu Malaysia kian berpecah, pemimpin boleh hilang undi jika salah guna kuasa.

MANTAN Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, meramalkan Barisan Nasional (BN) akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang - disebabkan dua skandal kewangan yang menjejas keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan perikatan yang memerintah sejak sekian lama. Memburukkan lagi keadaan, kegagalan BN mempertahan kemenangan mentadbir negara akan meletakkan Malaysia dalam kedudukan yang getir.  

Tidak ada apa-apa atau sesiapa yang rugi pun apabila Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi meninggalkan parti yang pernah dipimpinnya selama bertahun-tahun. Ketika kerajaan Malaysia perlu memberi fokus kepada banyak isu penting dan mendesak, tindakan Dr Mahathir itu adalah rahmat kepada seluruh alam Melayu Malaysia sebenarnya, kata sesetengah pihak.

Kata yang lain pula, tanpa gangguan dan kritikan dari dalam parti, kabinet ampuh Datuk Seri Najib Razak sekarang mampu melaksanakan banyak tugasan yang selama ini terganggu kerana terpaksa melayan kerenah Dr Mahathir dan penyokongnya. Terbukti suara Dr Mahathir bukan lagi suara keramat seperti yang pernah dimilikinya suatu ketika dulu.

Sudah entah berapa kali beliau menyeru supaya Najib diketepikan. Mula-mula secara lunak dan berkias, sehinggalah akhir-akhir ini apabila beliau mengambil pendekatan lebih berterus-terang dan tegas.

Hampir-hampir tiada sesiapa yang sudi mendengar, apa lagi menyahut seruan berkenaan. Jika ada yang berminat pun, mereka hanyalah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya Datuk Seri Mukhriz.

Gambaran kekecewaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika ini - dan seperti selalu - nampaknya lebih banyak berdiam diri. Selebihnya "berjuta-juta" ahli Umno kekal dengan keyakinan amat teguh kepada Najib. Keengganan mereka memberi reaksi jelas dan berani kepada seruan Dr Mahathir adalah bukti terang dan nyata terhadap sikap mereka itu.

Hakikatnya tindakan Dr Mahathir keluar Umno - sekali lagi - itu tidak lebih daripada gambaran kekecewaannya apabila kata-katanya tidak lagi dihormati. Dr Mahathir tidak ada banyak pilihan sebenarnya. Pelbagai usaha dan ikhtiar sudah diusahakan, sama ada secara langsung atau tidak.

Kenyataan terbuka dalam sidang media, sudah. Berceramah di Kelab Sultan Sulaiman pun sudah. Memberi pandangan di blog lagilah sudah.

Tetapi apa hasilnya? Muhyiddin tersingkir. Mukhriz diketepi. "Kebijaksanaan" Najib tetap utuh sebagai perdana menteri dan sedang tekun mengatur perancangan membawa Malaysia jauh lebih maju, membangun dan berjaya berbanding zaman sebelum ini. 

Image result for saya ahli umno saya perlu pertahan president parti - ku li
Jika PAS sepakat mematuhi fikrah presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kemungkinan besar Dr Mahathir akan kekal kecewa hingga bila-bila.

Ketika kepimpinan BN diasak gabungan parti pembangkang PAS tampil dengan segak dan yakin untuk memberi 'bahasa tubuh' sangat lunak kepada Najib. Keserasian antara Najib dan Abdul Hadi sekarang kelihatan semakin ketara. Bahawa kedua-dua mereka adalah ahli politik sangat lincah dan pintar memang tidak boleh dinafikan.

Dengan gabungan kebijaksanaan Najib dan Abdul Hadi kita boleh mengimpikan masa depan Malaysia yang lebih cerah serta gemilang. Dan generasi terkemudian berhak untuk mengucapkan terima kasih kepada Umno - dulu, kini dan selamanya, dalam pada itu tiba-tiba Ku Li pula berkata.......

Saya bukan itik, tak makan dedak - Ku Li

Ku Li - Saya bukan itek
Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak selaku ahli Umno dan perdana menteri itu masih menjadi presiden parti. Katanya, beliau berbeza dengan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana bekas perdana menteri itu bukan lagi merupakan ahli Umno.

"Saya ahli Umno. Mahathir tidak ahli Umno. Saya sudah hampir 50 tahun jadi ahli Umno dan ketua Umno bahagian selama 40 tahun lebih. Jadi, apa sangat tandatangan (Deklarasi Kelantan) itu.

"Saya ahli Umno, saya mesti sokong presiden saya. Kalau saya tidak sokong presiden saya, kita tengoklah dalam perhimpunan agung apabila hendak memilih nanti," katanya dalam temubual bersama akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li itu berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakannya yang menandatangani Deklarasi Kelantan yang menyatakan sokongan penuh terhadap perdana menteri.

"Saya ahli Umno saya mesti sokong apa yang ada dalam Umno dan kebetulan Umno berkuasa, siapa yang jadi presiden dan perdana menteri, itulah orang kita," katanya lagi.

Selain itu, anggota parlimen Gua Musang itu turut menjelaskan bahawa beliau bukan 'itik' yang memakan dedak kerana masih lagi kekal di dalam Umno.
Beliau berpendapat tiada kepentingan untuk dirinya meninggalkan parti tersebut walaupun diasak oleh pelbagai pihak.

"Saya dicadang oleh banyak orang kenapa saya tidak tinggal Umno. Saya kata mengapa saya hendak tinggal Umno? Apa dosa saya terhadap Umno atau apa perkara yang Umno sudah buat yang menyinggung perasaan saya?
"Tidak dapat jawatan? Saya bukan hendak jawatan. Ada orang sebut kerana saya makan dedak. Saya pun tidak tahu. Saya bukan itik," jelasnya.

Sementara itu memetik tulisan Kluangman, sudah masanya Najib perlu berundur dengan hormat...... 

Berundur adalah Jalan Yang Lebih Selamat..tp lihat FB ini...

 

Kita cukup gembira apabila Najib akan menggunakan seluruh perundangan yang ada untuk mengheret mereka yang melakukan serangan pembohongan ke atasnya.

Kita berharap tindakan ini segera dan jangan tinggalkan seorang pun termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad kerana secara terbuka Najib telah mendakwa dalangnya ialah Tun.

Kali ini adalah peluang terakhir untuk Najib membuktikan dirinya sedang dikonspirasi, jika gagal, nasibnya seolah hampir dengan Anwar.

Penafian dan segala bentuk defend yang digunakan oleh team Najib dan Najib sendiri nampaknya tidak memadai malah mengundang kepada serang balas yang bertubi-tubi bersama fakta.

Harus ada kajian, apakah selama ini "defend" itu tidak cukup kuat atau rapuh, dan sebabnya kenapa (?)

Beberapa kesilapan kemungkinan berlaku:

1) Serangan peribadi ke atas Mahathir  samada secara langsung atau tidak langsung membolehkan Mahathir juga membuat serangan peribadi ke atas Najib.

2) Menggunakan otai seperti Tunku Aziz, Shahrir, Annuar Musa untuk menyerang Mahathir antaranya merupakan satu kesilapan.

3) Menggunakan Media Prima dan Utusan untuk menyerang Mahathir secara berlebihan mengundang simpati dan mempamirkan "ketakutan" yang sedang melanda.

4) Ikrar KBU adalah hampas, sokong membawa rebah.

5) Penasihat yang dibayar billion rupanya berotak lemah untuk menasihat sesuatu yang betul, benar dan selamat.

6) Dalam team Najib sendiri ada dalang (?!)

Selain menentukan di pihak mana kebenaran itu ada, kesilapan strategi akan mempercepatkan lagi sebarang kepalsuan terdedah.

Keadaan semasa tidak mungkin menunjukkan Najib akan berundur tetapi jika mampu dilakukan untuk menyelamatkan sesuatu yang lebih berharga, kenapa tidak (?!)

Bagaimana pula kalau dicadangkan Najib melepaskan sementara semua jawatan politiknya untuk dia bertindak balas dan untuk satu siatan yang lebih telus dan terbuka.

# Ramai yang berpendapat Najib sangat kebal kerana didinding oleh semua orangnya dan Najib juga belajar bagaimana Pak Lah tewas bila diserang Tun.

 
Cuma mungkin ramai yang lupa Tun juga belajar sesuatu akan kesilapan dan kelemahan ketika minta Paklah berundur dan kali ini Tun lebih bersedia ketika minta Najib undur.

Fakta yang sangat jelas: Tun tidak suka-suka minta Paklah atau Najib berundur tetapi semuanya kerana mereka sendiri memberi peluang kepada Tun berbuat demikian.


Rosmah tak akan benar Najib berundur dakwa Dato  A. Kadir Jasin dalam Blog kadirjasin.blogspot.com

Sekali baca nampak macam dia kata Perdana Menteri sekarang yang juga Presiden UMNO tu tak sedar diri.. dah tak berapa disokongpun masih nak jadi Perdana Menteri.. 

"Kita sudah mempunyai lima PM sebelum Mohd Najib. Kita mempunyai masalah dengan dua daripada mereka - Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Kedua-dua meletakkan jawatan secara baik apabila mereka sedar bahawa mereka tidak lagi mendapat sokongan daripada parti mereka.

Lagi dia tulis.. "Masalah kita bukan dengan perlembagaan, (masalah itu) bukan mengenai jawatan PM.

"Masalahnya, kita ada (Datuk Seri) Najib Razak sebagai PM kita, yang tidak mahu meletak jawatan kerana percaya beliau masih dapat sokongan majoriti...

“Beliau tidak akan dibenarkan untuk menyerah dan meletak jawatan oleh orang di sekelilingnya, terutama isterinya (Datin Seri Rosmah Mansor),” kata Kadir.

Dalam tulisan di blog kadirjasin.blogspot.com itu, Kadir juga menjelaskan bahawa Tengku Razaleigh tidak bermaksud bahawa pemilihan perdana menteri itu mengikut cara sebuah negara republik.

Beliau juga memberi peringatan kepada pihak yang mengulas isu tersebut supaya berhati-hati kerana ia boleh menyentuh ruang hasutan.




THE CLOWNLAND....Virus Yg Melanda Satu Dunia..
MALAYSIA terkenal seantero dunia dengan skandal RASUAH !!!


Berikut adalah petikan sebahagian dari tulisan A. Kadir Jasin..


Our problem is not with the Constitution. It is not even with the post of PM. We have had five PMs before Mohd Najib. We had issues with two of them – Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra and Tun Abdullah Ahmad Badawi. Both resigned amicably when they realised that they no longer enjoyed the support of their party. 
So it is not the way we elect a PM that is the problem. The problem is we now have Mohd Najib as our PM. He does want to resign because he believes he has the support of the majority and he will never be allowed to give in and give up by the people around him, starting with his wife. 
As for the rumours that Jho Low and his Abu Dhabi associates met Mohd Najib in Kuala Lumpur last Thursday to chart the future direction of 1MDB, only Ahmad Husna Hazadlah can confirm or deny. 
But the following day (Friday) May 29, Ahmad Husni confirmed that the Abu Dhabi-based International Petroleum Investment Co (IPIC) and its subsidiary Aabar Investments PJS would lend 1MDB US$1 billion (RM3.6 billion) to settle its US$975-million syndicated loan from the Deutsche Bank-led consortium. 
In the meantime, the country continues to suffer a serious confidence deficit as reflected by the economy and the marketplace. In the American political parlance, our PM is a lame duck.

In the northern slang, a lame duck is called “itik mantah.” It cannot not walk and quacks faintly. My mother’s cure for that deadly avian affliction is feed it with the smelly but highly nutritious “belacan”.


Apakah Hasrat Mahathir jatuhkan Najib telah gagal?


Tun Dr. Mahathir Mohamad begitu obsesi menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau telah menang dalam semua ‘pertarungannya’ sebelum ini, namun, cukup marah apabila gagal untuk bertindak sedemikian terhadap Perdana Menteri kali ini.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, cubaan Dr. Mahathir untuk menjatuhkan Najib dengan cara tidak demokratik termasuk meraih sokongan media antarabangsa, tidak akan berjaya disebabkan dendam dan niat jahat terhadap Perdana Menteri itu telah diketahui orang ramai.

“Lelaki ini telah menang dalam semua ‘pertarungannya’. Beliau telah menentang Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn. Beliau juga telah menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berjaya menjatuhkan semua orang, namun, gagal menjatuhkan Najib, jadi, beliau cukup marah.

“Kita tahu apa yang ingin beliau lakukan. Beliau mahu memastikan ekonomi negara kita akan terjejas. Dengan memberikan segala publisiti buruk, pelabur akan berhenti melabur di Malaysia dan orang tidak lagi akan datang ke negara ini dan akhirnya Perdana Menteri akan disalahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepa­da pemberita selepas merasmikan pejabat Destination Perak Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang berperanan menguruskan pemasaran pelancongan negeri di Perak Techno Trade Centre (PTTC), di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab.

Mohamed Nazri diminta mengu­las mengenai penggunaan media asing melalui program Four Corners oleh The Australian Broadcas­ting Corporation (ABC) yang dilihat sebagai satu lagi percubaan Dr. Mahathir untuk merealisasikan kempen anti Najib. - Utusan
Nasib Pejuang - Walau pun tidak menikmati hasil perjuangan, tapi di kenang orang zaman-berzaman

NASIB PEJUANG
Pilu hati tengok Ayahanda Tun M dalam gambar ini. Aki tersedu sendirian, Sayu dan pilu kerana dari riak wajah Ayahanda nampak penat, payah dan lelah, namun dia gagahi jua diri utk bersama rakyat untuk mencurah bakti di hujung usia.

Ayanda dah ada segalanya tapi masih memikirkan nasib rakyat kerana 22 tahun pemerintahannya telah melahirkan beratus ribu GRADUAN dan mengujudkan berjuta pekerjaan dan Negara bertukar wajah dari Pertanian kepada Perkilangan dan Pelaburan. Membawa rakyat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Negara Asing. 

Kita di kenali di seluruh dunia. Sebelum kita di musnahkan oleh mereka yang kita tersilap pilih. Kita sangat bertuah mempunyai seorang pejuang sebenar untuk memihak pada kita rakyat, semoga Allah sentiasa memberi kesehatan yg baik utk Tun tersayang, rasa menyesal pernah membenci Tun satu ketika dulu, Tun sekira dapat bertemu dengan Tun lagi akanku pohon maaf yg lahir dari hati ku yg iklas. - petikan dari FB seseorang.




AMUKANMelayu - Delima Melayu kini telah di "TELAN" DELIMA MAHATHIR.