Maafkan aku......
Jangan Gadai Maruah Pesan Najib
"Pertahankan politik bermoral, berprinsip" – Najib
RODELIO JUNJUN TAUCAN | 31 Mac 2016
Gambar di petikan dari majalah Tempo |
NAJIB TUN RAZAK merasmikan Perhimpunan Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia di Dewan Tun Razak PWTC, Kuala Lumpur, semalam. BERNAMA
KUALA LUMPUR 30 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru semua pemimpin UMNO agar tidak sesekali mengkhianati prinsip perjuangan parti sehingga sanggup menggadai maruah diri demi mencapai cita-cita politik peribadi.
Perdana Menteri berkata, amalan politik yang bermoral dan berprinsip perlu dipertahankan dalam menempuh pelbagai cabaran daripada pihak tertentu yang cuba menghancurkan negara ini.
Katanya, amalan politik songsang yang melanggar undang-undang dan Perlembagaan seperti yang diamalkan sesetengah pemimpin hanya akan membawa kerosakan dan kehancuran kepada negara ini.
“Dalam politik kita mesti ada moral dan prinsip. Kalau buat apa-apa pun mesti berpegang Perlembagaan negara kalau tidak negara akan huru-hara.
“Kalau huru-hara apa yang kita perjuangkan sekarang hancur lebur, apa nak ditinggalkan untuk anak-anak dan cucu-cucu kita, kita mesti mewariskan kepada mereka sebuah negara yang lebih kukuh.
“Kalau ada kesilapan kita betulkan sesama kita, jangan menghancurkan negara kita, jangan hancurkan parti yang kita sayang, kalau parti hancur tiada lagi perjuangan sebab itu kita mesti kasih parti, kasih negara,” katanya ketika berucap dalam majlis Perasmian Perhimpunan Ahli Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBAKM) dan Pelancaran Waris PBAKM di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Penasihat PBAKM, Tan Sri Mohd. Ali Rustam dan Presiden PBAKM, Datuk Melati Ali.
Sementara itu, beliau yang dipercayai merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemimpin itu yang selama ini dipertahankan, kini sanggup mengkhianati UMNO dan duduk bersama pemimpin pembangkang untuk menghancurkan parti.
Katanya, bekas Perdana Menteri itu sepatutnya menunjukkan taat setia kepada UMNO kerana selama ini UMNO telah mempertahankannya ketika digelar perompak, Firaun dan zalim oleh pakatan pembangkang.
“Bukan macam sesetengah orang dulu cakap lain, dulu suruh sokong parti, waktu kita jadi pemimpin orang lain sokong, kalau berhenti kita wajib sokong parti.
“Di mana duduk orang itu sekarang, dia tidak duduk sebaris dengan UMNO lagi, dia tidak duduk dengan pejuang yang setia pada perjuangan, dia duduk dengan orang yang dia cakap rasis, cauvinis, anti-Islam, anti-Melayu.
“Kita pertahankan dia selama 22 tahun, orang kata maha zalim, maha-Firaun dan ketua perompak, sekarang duduk sebaris, di mana letak maruah diri, kalau kita tidak ada apa-apa, sekurang-kurangnya ada maruah diri,” tegas beliau.
ABC Sahkan Najib Terima Derma Keluarga Di Raja Saudi
31 Mac 2016 1:14 AM
KUALA LUMPUR 30 Mac – Laporan Four Corners The Australian Broadcasting Corporation (ABC) mengesahkan bahawa wang yang didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma daripada keluarga diraja Saudi, kata seorang jurucakap kerajaan Malaysia.
Jurucakap itu juga berkata, sepucuk surat yang bocor daripada Arab Saudi menyatakan derma itu adalah hadiah kepada Najib kerana mempromosikan Islam sederhana serta memerangi keganasan dan ekstremisme, termasuk melancarkan Gerakan Kesederhanaan Global.
“Surat itu menyatakan dengan jelas bahawa pemberian tersebut boleh digunakan dengan cara yang difikirkan wajar oleh Perdana Menteri, akan dipindahkan secara terus atau melalui syarikat penderma, dan tiada sebarang manfaat diharapkan sebagai balasannya,” kata jurucakap itu dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, laporan Four Corners itu mengesahkan apa yang dinyatakan Perdana Menteri selama ini serta apa yang dirumuskan pelbagai pihak berkuasa setelah melakukan penyiasatan secara rapi dan menyeluruh.
“Penyiasatan itu termasuk pemeriksaan forensik terhadap setiap pindahan kawat. Pihak berkuasa Malaysia juga pergi ke Arab Saudi untuk memeriksa dokumen dan mengadakan temu bual dengan anggota keluarga diraja serta para pegawai yang mentadbir derma itu,” kata jurucakap berkenaan. – BERNAMA
KUALA LUMPUR: Laporan Four Corners The Australian Broadcasting Corporation (ABC) mengesahkan bahawa wang yang didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma daripada keluarga diraja Saudi, kata seorang jurucakap kerajaan Malaysia.
Jurucakap itu juga berkata sepucuk surat yang bocor daripada Arab Saudi menyatakan derma itu adalah hadiah kepada Najib kerana mempromosikan Islam sederhana serta memerangi keganasan dan ekstremisme, termasuk melancarkan Gerakan Kesederhanaan Global.
"Surat itu menyatakan dengan jelas bahawa pemberian tersebut boleh digunakan dengan cara yang difikirkan wajar oleh perdana menteri, akan dipindahkan secara terus atau melalui syarikat penderma, dan tiada sebarang manfaat diharapkan sebagai balasannya," kata jurucakap itu dalam kenyataan pada Rabu.
Menurutnya, laporan Four Corners itu mengesahkan apa yang dinyatakan perdana menteri selama ini serta apa yang dirumuskan pelbagai pihak berkuasa setelah melakukan penyiasatan secara rapi dan menyeluruh.
"Penyiasatan itu termasuk pemeriksaan forensik terhadap setiap pindahan kawat. Pihak berkuasa Malaysia juga pergi ke Arab Saudi untuk memeriksa dokumen dan mengadakan temu bual dengan anggota keluarga diraja serta para pegawai yang mentadbir derma itu," kata jurucakap berkenaan.~Mstar
Ahli UMNO Kini Bisu, Pekak, Buta – Tun M
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kebanyakan ahli dan pemimpin UMNO yang ada pada hari ini sudah menjadi bisu, pekak dan buta.
Menerusi entri terbaru di laman blog chedet.cc, Dr Mahathir berkata, mereka sebenarnya sudah tidak lagi sayang kepada UMNO kerana didakwa telah banyak makan dedak yang disuap oleh Datuk Seri Najib Razak.
“Kerana kepentingan diri dan tamak UMNO tidak akan menjatuhkan Najib. Kerana kepentingan diri, bangsa, negara dan agama juga sanggup dijual. Tidak ada ahli UMNO selain daripada beberapa Ketua Cawangan yang berani menentang Najib. Kalau nak harap UMNO jatuhkan Najib, tidak mungkin.
“Ini bukan UMNO lagi. Janganlah berlagak sebagai ahli UMNO yang kononnya tidak sanggup melihat saya bersama Kit Siang. Yang tidak sayang UMNO ialah kamu sekalian (ahli UMNO), kamu yang membisu, kamu yang pekak dan buta kerana semua anggota ini sudah ditutup dengan dedak dan lain-lain,” tulisnya.
Dr Mahathir mendakwa, Perdana Menteri telah memalukan negara apabila telah menyebabkan Malaysia kini dikenali sebagai satu daripada 10 buah negara yang mengamalkan rasuah terbesar. Katanya, Najib sendiri sudah dicemuh di seluruh dunia dan disokong pula oleh ahli-ahli UMNO pemakan dedak.
“Ini adalah pengkhianatan terhadap UMNO, terhadap orang Melayu, terhadap negara. Kami tak makan dedak,” ujarnya.
Di akhir tulisannya, Dr Mahathir berkata, rakyat kini lebih benci melihat ahli UMNO yang menyokong Najib daripada melihat mereka berada di atas pentas bersama pemimpin DAP, Kit Siang untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
TERKINI dari blog Tun M
29 Mac 2016
KIT SIANG DAN DR MAHATHIR
1. Saya diberitahu bahawa ramai ahli dan pemimpin bawahan UMNO marah kerana saya berada bersama Kit Siang dalam usaha menjatuhkan Dato Seri Najib.
2. Ya, ini memang pelik dan aneh. Kami adalah musuh ketat. Tetapi kami
berdua mempunyai pendirian yang sama berkenaan penyingkiran Najib
sebagai Perdana Menteri.
3. Sepatutnya penyingkiran ini dibuat oleh UMNO. Dalam pertandingan antara saya dengan Tengku Razaleigh ahli dan pemimpin UMNO secara terang boleh memihak kepada Tengku Razaleigh. Saya tidak menakutkan mereka, tidak membuang mereka dari jawatan atau parti. Yang Menteri terus jadi Menteri, demikian juga Ketua Bahagian dan perwakilan.
4. Tetapi hari ini kebanyakan ahli dan pemimpin UMNO sudah jadi bisu, pekak dan buta. Mereka tahu kesalahan Najib tetapi mereka sokong juga Najib. Walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh Najib mereka tetap sokong.
5. Mungkin kerana dedak yang disuap oleh Najib. Shahrir mengaku dia terima 1 juta dan Ahmad Maslan 2 juta (laporan di sini http://www.utusan.com.my/…/sarawak-report-8216-serang-8217-… ). Takkan yang lain tidak dapat habuan.
6. Kerana kepentingan diri dan tamak UMNO tidak akan menjatuhkan Najib. Kerana kepentingan diri, bangsa, negara dan agama juga sanggup dijual. Tidak ada ahli UMNO selain daripada beberapa Ketua Cawangan yang berani menentang Najib. Kalau nak harap UMNO jatuhkan Najib, tidak mungkin.
7. Ini bukan UMNO lagi. Janganlah berlagak sebagai ahli UMNO yang kononnya tidak sanggup melihat saya bersama Kit Siang. Yang tidak sayang UMNO ialah kamu sekalian, kamu yang membisu, kamu yang pekak dan buta kerana semua anggota ini sudah ditutup dengan dedak dan lain-lain.
8. Jangan soal saya. Soal diri sendiri. Apakah kamu berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair apabila kamu melindungi perbuatan Najib menghilangkan duit rakyat dan sekarang menjual tanah yang dibeli dari Kerajaan berharga RM60/- satu kaki persegi dan dijual kepada Tabung Haji dengan harga RM3,500/- satu kaki persegi, mengenakan cukai G.S.T. keatas rakyat dan menghapuskan subsidi untuk bayar hutang 1MDB sebanyak 42 billion Ringgit, memiliki 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi yang disembunyi daripada rakyat, kononnya untuk PRU 13 tetapi, kononnya belanja lebih dari 1 billion Ringgit untuk PRU 13 tetapi kemudian hantar balik kepada penderma 2.3 billion. Tak masuk akal 2.6 tolak 2.3 tinggal berapa? Dari mana datang 1 billion lebih yang kononnya dibelanja untuk PRU 13. Perbelanjaan yang begini banyak menyalahi undang-undang.
9. Najib memalukan negara kerana Malaysia sekarang dikenali sebagai 1 dari 10 negara yang mengamal rasuah terbesar. Najib sendiri dicemuh diseluruh dunia. Inilah pemimpin yang awak sokong dan pertahan. Ini adalah pengkhianatan terhadap UMNO, terhadap orang Melayu, terhadap negara.
10. Rakyat lebih benci melihat ahli UMNO yang menyokong Najib daripada ahli UMNO berada diatas pentas bersama Kit Siang untuk menjatuhkan Najib.
11. Kami tak makan dedak sesiapa.
http://chedet.cc/?p=2024

Mampukah Penyokong Najib Mempertahankannya?
Pelbagai cara Keybord Werrior Najib cuba spin isu Deklarasi Rakyat supaya tumpuan beralih dari pengisiannya. Deklarasi Mahathir-Kit Siang lah, agenda peribadi Tun lah, agenda nak jatuhkan kerajaan lah .... APAPUN yang cuba dimainkan, Najib TETAP kena tampil perjelaskan isu juta2 ringgit yang masuk akaun peribadinya.
Dah puas belanja sakan, tak nak jawab pulak ?
Tandatangan tanpa takut, Najib tak boleh tangkap sejuta orang'
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa orang ramai menandatangani Deklarasi Rakyat tanpa takut akan akibatnya. Katanya, apa yang diperlukan deklarasi itu pada masa ini adalah untuk mengumpulkan mereka yang berani menandatanganinya kerana terdapat keperluan menjadikannya sebagai sebuah gerakan rakyat.
Sambil mengakui bahawa beliau memahami bagaimana seseorang yang ketakutan, Mahathir berkata ia disebabkan kerajaan kini mengancam rakyat.
"Jadi rakyat takut dengan kerajaan ini, sukar untuk dapatkan orang ramai tandatang deklarasi itu," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.
Beliau berkata ada yang keberatan memberi nombor kad pengenalan mereka kerana takut tindakan akan diambil terhadap mereka. Mahathir, bagaimanapun menyatakan kerajaan tidak mungkin menangkap sejuta orang.
Gerakan yang menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, hari ini mengadakan Kongres Rakyat di Shah Alam, yang menyaksikan 19 pemimpin mengambil bahagian dengan menyatakan sebab mengapa Najib mesti berundur.
Sementara itu, Mahathir berkata kumpulan itu kini sedang mendapatkan satu juta tandatangan sebelum akhir tahun ini.
Ini baru betul yang berkiblatkan Islam Wasatiyyah Umno..
Buat maksiat tak JIJIK.. tapi kalau kempen bersama rakyat utk selamatkan M'sia dianggap JIJIK !!!
Buat maksiat tak JIJIK.. tapi kalau kempen bersama rakyat utk selamatkan M'sia dianggap JIJIK !!!
Jangan gadai maruah
Pertahankan politik bermoral, berprinsip – Najib
31 Mac 2016 1:15 AM
|
NAJIB
TUN RAZAK memukul gong ketika merasmikan Perhimpunan Persatuan Bekas
Anggota Kemas Malaysia di Dewan Tun Razak PWTC, Kuala Lumpur, semalam.
Turut kelihatan Ismail Sabri Yaakob (dua dari kanan), Mohd. Ali Rustam
(dua dari kiri) dan Melati Ali (tiga dari kiri). BERNAMA
KUALA
LUMPUR 30 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru semua pemimpin UMNO
agar tidak sesekali mengkhianati prinsip perjuangan parti sehingga
sanggup menggadai maruah diri demi mencapai cita-cita politik peribadi.
Perdana Menteri berkata, amalan politik
yang bermoral dan berprinsip perlu dipertahankan dalam menempuh
pelbagai cabaran daripada pihak tertentu yang cuba menghancurkan negara
ini.
Katanya, amalan politik songsang yang melanggar undang-undang dan Perlembagaan seperti yang diamalkan sesetengah pemimpin hanya akan membawa kerosakan dan kehancuran kepada negara ini.
“Dalam politik kita mesti ada moral dan prinsip. Kalau buat apa-apa pun mesti berpegang Perlembagaan negara kalau tidak negara akan huru-hara.
“Kalau huru-hara apa yang kita perjuangkan sekarang hancur lebur, apa nak ditinggalkan untuk anak-anak dan cucu-cucu kita, kita mesti mewariskan kepada mereka sebuah negara yang lebih kukuh.
“Kalau ada kesilapan kita betulkan sesama kita, jangan menghancurkan negara kita, jangan hancurkan parti yang kita sayang, kalau parti hancur tiada lagi perjuangan sebab itu kita mesti kasih parti, kasih negara,” katanya ketika berucap dalam majlis Perasmian Perhimpunan Ahli Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBAKM) dan Pelancaran Waris PBAKM di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Penasihat PBAKM, Tan Sri Mohd. Ali Rustam dan Presiden PBAKM, Datuk Melati Ali.
Sementara itu, beliau yang dipercayai merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemimpin itu yang selama ini dipertahankan, kini sanggup mengkhianati UMNO dan duduk bersama pemimpin pembangkang untuk menghancurkan parti.
Katanya, bekas Perdana Menteri itu sepatutnya menunjukkan taat setia kepada UMNO kerana selama ini UMNO telah mempertahankannya ketika digelar perompak, Firaun dan zalim oleh pakatan pembangkang.
“Bukan macam sesetengah orang dulu cakap lain, dulu suruh sokong parti, waktu kita jadi pemimpin orang lain sokong, kalau berhenti kita wajib sokong parti.
“Di mana duduk orang itu sekarang, dia tidak duduk sebaris dengan UMNO lagi, dia tidak duduk dengan pejuang yang setia pada perjuangan, dia duduk dengan orang yang dia cakap rasis, cauvinis, anti-Islam, anti-Melayu.
“Kita pertahankan dia selama 22 tahun, orang kata maha zalim, maha-Firaun dan ketua perompak, sekarang duduk sebaris, di mana letak maruah diri, kalau kita tidak ada apa-apa, sekurang-kurangnya ada maruah diri,” tegas beliau.
Katanya, amalan politik songsang yang melanggar undang-undang dan Perlembagaan seperti yang diamalkan sesetengah pemimpin hanya akan membawa kerosakan dan kehancuran kepada negara ini.
“Dalam politik kita mesti ada moral dan prinsip. Kalau buat apa-apa pun mesti berpegang Perlembagaan negara kalau tidak negara akan huru-hara.
“Kalau huru-hara apa yang kita perjuangkan sekarang hancur lebur, apa nak ditinggalkan untuk anak-anak dan cucu-cucu kita, kita mesti mewariskan kepada mereka sebuah negara yang lebih kukuh.
“Kalau ada kesilapan kita betulkan sesama kita, jangan menghancurkan negara kita, jangan hancurkan parti yang kita sayang, kalau parti hancur tiada lagi perjuangan sebab itu kita mesti kasih parti, kasih negara,” katanya ketika berucap dalam majlis Perasmian Perhimpunan Ahli Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBAKM) dan Pelancaran Waris PBAKM di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Penasihat PBAKM, Tan Sri Mohd. Ali Rustam dan Presiden PBAKM, Datuk Melati Ali.
Sementara itu, beliau yang dipercayai merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemimpin itu yang selama ini dipertahankan, kini sanggup mengkhianati UMNO dan duduk bersama pemimpin pembangkang untuk menghancurkan parti.
Katanya, bekas Perdana Menteri itu sepatutnya menunjukkan taat setia kepada UMNO kerana selama ini UMNO telah mempertahankannya ketika digelar perompak, Firaun dan zalim oleh pakatan pembangkang.
“Bukan macam sesetengah orang dulu cakap lain, dulu suruh sokong parti, waktu kita jadi pemimpin orang lain sokong, kalau berhenti kita wajib sokong parti.
“Di mana duduk orang itu sekarang, dia tidak duduk sebaris dengan UMNO lagi, dia tidak duduk dengan pejuang yang setia pada perjuangan, dia duduk dengan orang yang dia cakap rasis, cauvinis, anti-Islam, anti-Melayu.
“Kita pertahankan dia selama 22 tahun, orang kata maha zalim, maha-Firaun dan ketua perompak, sekarang duduk sebaris, di mana letak maruah diri, kalau kita tidak ada apa-apa, sekurang-kurangnya ada maruah diri,” tegas beliau.
'Dr M nak demo? Baling gelas pun tak pecah'
Tun Dr Mahathir Mohamad mahu hadir dalam himpunan 27 Mac ini bagi menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya kerana malu dan dendam kerana anaknya digugurkan sebagai menteri besar Kedah.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa tindakan Mahathir itu hanya ingin membangkitkan kemarahan rakyat kerana tiada bantahan mana-mana pihak mengenai pemecatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (gambar).
“Kamu kena ingat, Mahathir ini pendendam. Dia malu anak dia tak sampai sepenggal hilang jawatan menteri besar. Itu memalukan keluarga dia dan tidak ada sesiapa nak demo (bantah).
“Jadi (dia) turut demo untuk balas dendam pada Najib.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini dan sebuah lagi portal di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam, Datuk Seri Nazri Aziz berkata:
“Pada saya (Mahathir) hanya nak buat orang marah,”.
- Siapa yang marahkan Tun M?.....orang marahkan Datuk Seri Nazri Aziz lagi ramai dari orang marahkan Tun M -
“Sekarang dia nak baling batu dekat gelas pun gelas tidak pecah,” kata Nazri, menyindir bekas perdana menteri keempat yang sudah berusia 90 tahun.
Tun M keluar parti: Strategi berterusan `tumpaskan' Najib - Annuar
KETUA Penerangan UMNO merangkap Ketua Bahagian UMNO Ketereh, Tan Sri
Annuar Musa. - Foto Syamsi Suhaimi
KUALA LUMPUR: Pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad keluar UMNO sudah lama
diduga dan ia adalah satu lagi strategi yang berterusan dalam usahanya
'menumpaskan' Datuk Seri Najib Razak (DSN).
Ketua Penerangan UMNO merangkap Ketua Bahagian UMNO Ketereh, Tan Sri
Annuar Musa, berkata ia strategi Tun M selepas usaha mempengaruhi ahli
Parlimen dan usaha mempengaruhi UMNO bahagian juga gagal.
"Strategi terbaharu ini adalah untuk melumpuhkan dan membunuh UMNO
sebagai kaedah terakhir menewaskan DSN.
"Pendekatan ini didorong pengalaman Tun M, yang mana beliau bersedia
mengorbankan UMNO demi mencapai matlamat menewaskan musuh peribadi
politiknya.
"Kerajaan UMNO Kelantan 'dibunuh' dalam usaha Tun M menewaskan Tengku
Razaleigh Hamzah, Kerajaan UMNO Selangor 'terkorban' berikutan usahanya
menumpaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Pulau Pinang juga
jatuh dalam usahanya menewaskan Tun Abdullah Ahmad Badawi," katanya
mengulas tindakan Tun M keluar daripada UMNO, hari ini.
Annuar berkata, Tun M sanggup memberi 'hadiah' kepada PAS (Kelantan),
PKR (Selangor) dan DAP (Pulau Pinang) asalkan beliau dapat menewaskan
musuhnya.
Dalam erti kata lain, katanya, sejarah membuktikan Tun M tidak
teragak-agak menghadiahkan pembangkang kuasa dan kerajaan asalkan beliau
berjaya menewaskan dan menyingkirkan orang tidak disukainya.
"Itulah Tun M dalam lipatan sejarah perjuangannya. To fail is never an
option. Justeru, terpulanglah kepada ahli UMNO untuk melihat episod
terbaharu ini.
"Buat Tun M, beliau tidak rugi apa-apa kerana beliau dan keluarganya
sudah punya segala-galanya, malah anggota keluarganya tersenarai dalam
golongan 'bilionaire' terkaya di Malaysia.
"Membunuh UMNO juga satu jalan paling selamat buat Tun M untuk
menjadikan beliau 'darling of opposition' dan dengan itu, beliau berjaya
menukar 23 tahun kebencian dan 'harassment' pembangkang kepada dirinya
yang selepas ini akan disokong dan dihargai pembangkang atas jasa
besarnya meruntuhkan UMNO.
"Sebagai 'true Michevellian', matlamat menghalalkan cara. Tun M tidak
sukar melakukan ini kerana didorong kejayaannya menewaskan Tun Abdul
Razak Hussein (TRH), Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan Tun Abdullah
Badawi dengan cara ini sebelum ini walaupun kejayaannya itu dibayar
dengan harga yang mahal oleh ahli UMNO terutama di Kelantan,Selangor dan
Pulau Pinang.
"Kini, Tun M bersedia menghadiahkan Malaysia demi mengekalkan rekod
tanpa kalah beliau dalam menewaskan orang yang tidak digemarinya atau
yang tidak mahu mengikut 'My Way'," katanya.
Annuar berkata, ahli UMNO sejati harus terima keputusan Tun M sebagai
hak peribadinya.
"Siapa yang berjuang kerana Tun M mungkin mengikuti beliau dan siapa
yang berjuang kerana UMNO demi agama, bangsa dan tanah air, sama sekali
tidak perlu goyah dengan gelagat satu individu kerana UMNO itu bukan Tun
M.
"Tanpa beliau, perjuangan tetap diteruskan. Semoga Allah melindungi
UMNO," katanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/129342
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/129342
KETUA Penerangan UMNO merangkap Ketua Bahagian UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa. - Foto Syamsi Suhaimi |
KUALA LUMPUR: Pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad keluar UMNO sudah lama diduga dan ia adalah satu lagi strategi yang berterusan dalam usahanya 'menumpaskan' Datuk Seri Najib Razak (DSN). Ketua Penerangan UMNO merangkap Ketua Bahagian UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, berkata ia strategi Tun M selepas usaha mempengaruhi ahli Parlimen dan usaha mempengaruhi UMNO bahagian juga gagal.
"Strategi terbaharu ini adalah untuk melumpuhkan dan membunuh UMNO sebagai kaedah terakhir menewaskan DSN."
Pendekatan ini didorong pengalaman Tun M, yang mana beliau bersedia mengorbankan UMNO demi mencapai matlamat menewaskan musuh peribadi politiknya.
"Kerajaan UMNO Kelantan 'dibunuh' dalam usaha Tun M menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah, Kerajaan UMNO Selangor 'terkorban' berikutan usahanya menumpaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Pulau Pinang juga jatuh dalam usahanya menewaskan Tun Abdullah Ahmad Badawi,"
katanya mengulas tindakan Tun M keluar daripada UMNO, hari ini. Annuar berkata, Tun M sanggup memberi 'hadiah' kepada PAS (Kelantan), PKR (Selangor) dan DAP (Pulau Pinang) asalkan beliau dapat menewaskan musuhnya.
"Itulah Tun M dalam lipatan sejarah perjuangannya. To fail is never an option. Justeru, terpulanglah kepada ahli UMNO untuk melihat episod terbaharu ini. "Buat Tun M, beliau tidak rugi apa-apa kerana beliau dan keluarganya sudah punya segala-galanya, malah anggota keluarganya tersenarai dalam golongan 'bilionaire' terkaya di Malaysia. "Membunuh UMNO juga satu jalan paling selamat buat Tun M untuk menjadikan beliau 'darling of opposition' dan dengan itu, beliau berjaya menukar 23 tahun kebencian dan 'harassment' pembangkang kepada dirinya yang selepas ini akan disokong dan dihargai pembangkang atas jasa besarnya meruntuhkan UMNO.
"Sebagai 'true Michevellian', matlamat menghalalkan cara. Tun M tidak sukar melakukan ini kerana didorong kejayaannya menewaskan Tun Abdul Razak Hussein (TRH), Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan Tun Abdullah Badawi dengan cara ini sebelum ini walaupun kejayaannya itu dibayar dengan harga yang mahal oleh ahli UMNO terutama di Kelantan,Selangor dan Pulau Pinang. "Kini, Tun M bersedia menghadiahkan Malaysia demi mengekalkan rekod tanpa kalah beliau dalam menewaskan orang yang tidak digemarinya atau yang tidak mahu mengikut 'My Way'," katanya.
Annuar berkata, ahli UMNO sejati harus terima keputusan Tun M sebagai hak peribadinya. "Siapa yang berjuang kerana Tun M mungkin mengikuti beliau dan siapa yang berjuang kerana UMNO demi agama, bangsa dan tanah air, sama sekali tidak perlu goyah dengan gelagat satu individu kerana UMNO itu bukan Tun M. "Tanpa beliau, perjuangan tetap diteruskan. Semoga Allah melindungi UMNO," katanya.
- Untuk siapa sebenar ayat ini? -
Dr. Mahathir memang berniat jatuhkan UMNO
Add caption |
- Untuk siapa sebenar ayat ini? -
Melalui catatan terbaharu dalam laman blognya berkata; “Pendirian Dr. Mahathir nampak semakin kontradiksi. Surat terbuka yang ditulisnya jelas menunjukkan niat untuk hancurkan UMNO. Tulisannya penuh dengan dendam pada Datuk Seri Najib Tun Razak. “Dia mengungkit semula cerita lama, mengulang perkara yang sudah pun dijawab dengan jelas.
Dia kritik parti dengan pelbagai tohmahan, sedangkan dia sudah tinggalkan perjuangan. Itu bukti dia bukan saja tidak sayangkan UMNO, malah berniat untuk menghancurkan parti ini.”
Salleh Said memberitahu, berikutan Dr. Mahathir sudah isytihar keluar daripada parti dan bersekongkol dengan kumpulan musuh utama politik UMNO, maka beliau tiada hak untuk mencampuri urusan parti ini.
“Berpakat dengan musuh-musuh ini untuk menumbangkan kerajaan yang dipilih secara demokratik jelas bukan untuk menyelamatkan Malaysia, tapi menghancurkannya. Dr. Mahathir dan kumpulannya cuba mencari jalan singkat menjatuhkan kerajaan,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan
KELIRU
Speaker
Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyelar tindakan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman kerana didakwa mendahului
kuasanya berhubung halangan soalan berkaitan RM2.6 bilion tidak boleh
dibangkitkan di Dewan Rakyat kerana dianggap subjudis.
Menurut Pandikar, tindakan yang dilakukan Azalina itu dilihat cuba melangkaui atau ‘pre-empt’ kuasanya sebagai seorang speaker.
“Di sini, menteri telah pre-empt isu ini. Anda memikul kuasa speaker yang mana ia salah. Jadi, jangan ada mana-mana menteri yang mengulanginya. Itu adalah kuasa speaker.
“Kalau tidak, menteri-menteri ini orang anggap telunjuk
speaker,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.
Minggu lalu, Azalina berkata, soalan berhubung ‘derma
politik’ RM2.6 bilion yang berada di akaun bank peribadi
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lagi boleh
dibangkitkan di Parlimen.
- Siapa Speker ni? -
– Mkini / Foto The Star

SPRM tiada komen kenyataan Azalina |
“Kalau tidak, menteri-menteri ini orang anggap telunjuk
speaker,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.
Minggu lalu, Azalina berkata, soalan berhubung ‘derma
politik’ RM2.6 bilion yang berada di akaun bank peribadi
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lagi boleh
dibangkitkan di Parlimen.
- Siapa Speker ni? -
– Mkini / Foto The Star
RAHMAN DAHLAN KELUPOQ PERTAHAN NAJIB
KUALA LUMPUR - Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bekerjasama dengan musuh Umno untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan memberi kesan.
- Kenapa Takut? -
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, tindakan tersebut sebaliknya mengukuhkan lagi kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.
"Bekerjasama dengan musuh ketat Umno hanya akan memperkukuhkan lagi kedudukan PM dalam Umno, saya berterima kasih kepada anda Tun (Dr Mahathir)," katanya melalui akaun twitter hari ini. - Bernama
1MDB - Giliran Husni Hanadzlah Pula Bersilat Pertahan Najib
Simpanan 1MDB di Pulau Cayman 'unit', bukan tunaiMenteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengakui terdapat salah tafsir berhubung sejumlah AS$1.1 bilion (RM3.97 bilion) yang ditebus daripada Kepulauan Cayman oleh 1MDB.
Katanya mungkin terdapat kesalahan tafsiran bahawa jumlah yang ditebus dan disimpan di Singapura itu dalam bentuk tunai.
Sebaliknya, kata beliau lagi, simpanan itu dalam bentuk “unit”.
- Mana satu ni......TUNAI atau UNIT -
Diminta mengulas maksud sebenarnya sama ada dalam bon atau bentuk lain, beliau hanya menjawab “unit”.
Husni mempertahankan 1MDB dengan menegaskan bahawa unit simpanan itu benar-benar ada dan bertujuan untuk membayar semula hutang secara khusus. - mkini
Saman Tun M hanya gimik politik - Nur Jazlan
- Apa bezanya dengan Najib nak sama WSJ -
"Beliau (Mahathir) tidak mempunyai locus standi untuk berbuat demikian," kata Jazlan ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Veteran politik Tengku Razaleigh Hamzah pula menegaskan sebagai rakyat, Dr Mahathir berhak menyaman Najib sekiranya beliau merasa ada keperluan untuk berbuat demikian.
"Saya berpendapat beliau berhak. Namun, perkara tersebut akan ditentukan oleh pihak mahkamah," kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen, pada Rabu.
Ditanya sama ada Dr Mahathir mempunyai locus standi untuk memfailkan saman tersebut, Razaleigh berkata hak yang sama ada bagi setiap rakyat.
Terdahulu, Dr Mahathir telah menfailkan saman terhadap Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi salah laku (tort misfeasance) dalam jawatan awam dan kemungkiran kewajipan fidusiari dalam menjalankan tanggungjawab.
Dua plaintif lain termasuk bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu hssan dan bekas Wanita UMNO Anina Saadudin
Tun M Cemburu, Sindir Ku Nan
“Mereka serang PM, dia kata macam-macam sehingga sekarang ekonomi kita terjejas, begitu juga nilai mata wang. Macam-macam dia buat, kononnya tidak yakin.
“Tak ada keyakinan itu siapa, segelintir manusia dalam negara kita yang rakus, tak dapat capai matlamat mereka. Ada yang nak jadi perdana menteri (PM) tak dapat jadi PM, ada yang dah jadi PM barangkali cemburu di atas kejayaan yang kita capai pada hari ini dan macam-macam lagi,” katanya di mstar.
Beliau
berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian pembukaan Jalan
Genting Kelang dari persimpangan Jalan 1/27A hingga ke persimpangan
Jalan Lingkaran Tengah II di sini, Selasa.
“Sikap dengki dan busuk hati masih lagi boleh diubati, tapi apabila angkuh dan fikir anda selalu betul, itu yang akan memusnahkan kita,” katanya.
Pada masa sama, beliau turut mengecam tindakan kumpulan pro pembangkang yang merancang untuk mengadakan perhimpunan Bersih 4 bagi menuntut sebuah kerajaan yang bersih pada 29 Ogos ini.
“Kita sedar mereka akan buat demonstrasi besar-besaran pada 29 Ogos ini, konon nak berhimpun depan Dataran DBKL. Mengapa anda lakukan perkara ini?
“Apa yang kerajaan lakukan semua salah, padahal cuba mereka renungkan apa yang benar dan yang salah. Lebih banyak kebenaran daripada yang salah seperti mereka sebutkan,” katanya.
Justeru, beliau meminta rakyat di negara ini supaya berfikir sedalam-dalam sebelum mempercayai tuduhan jahat yang dilemparkan terhadap kerajaan.
“Tolonglah jangan musnahkan apa yang kita capai pada hari ini. Jangan ikut hati, kalau ikut hati mati, apatah lagi jika hati kita ini angkuh. Apabila anda ada sikap angkuh dalam hati, percayalah kita akan musnah,” katanya.
- Untuk siapa sebenar ayat ini? -
AMUKAMelayu - Awat hangpa LOQLAQ sangat? Kalu hangpa kalah, jangan duk salahkan SPR............