,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday, 3 March 2017

AYAHANDA TUN M YANG BERSALAH DALAM DUA PERLANTIKAN PM SELEPASNYA.




SEWA, PAJAK, JUAL DAN GADAI ADALAH PERKARA YANG BERBEZA......

SEWA - Tetap milik kita, selalunya dalam tempoh singkat.
PAJAK - Masih milik kita. Dalam tempoh yang lama dengan kadar tententu.
JUAL - Akan menjadi milik orang lain dan harga semasa.
GADAI - Akan menjadi milik orang lain dan harganya jauh lebih rendah kerana penjualan dalam keadaan TERDESAK.

PERANGI MAKLUMAT PALSU HABIS-HABISAN......

Masa Tun Dr Mahathir dulu mula mula naik jadi PM pada 1981 Sime Darby dan Ghutrie Plantation yg memegang keseluruhan estate2 getah bukan KEPUNYAAN Malaysia punya tapi kepunyaan British. Tun Dr Mahathir berusaha sebaik mungkin "siege" Ghutrie utk memiliki Sime Darby dari cengkaman British DEMI KEPENTINGAN FELDA DAN PENEROKA FELDA SERTA PEKEBUN PEKEBUN KECIL YANG TERLIBAT DALAM INDUSTRI GETAH. Dan usaha itu berjaya menambahkan aset negara. Malahan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia kerana berjaya mengenakan kuasa Imperialist dunia BRITAIN dalam isu Ghutrie dan Sime Darby.

Laporan terkini dari Bank Dunia iaitu “Malaysia Economic Monitor: December 2013” pada mukasurat 10 menyatakan seperti berikut: 

“… the government reaffirmed its headline deficit target for 2013 (4.0% of GDP vs 4.5% in 2012). This target will be achieved through additional tax revenues (Figure 13). Of the additional RM11.8 billion in revenues expected to be raised compared to budgeted estimates, RM7.4 billion originated from non-tax sources, including RM1.4 billion of proceeds from asset sales and RM4.2 billion from the securitization of government mortgages…” 

Ini adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta-harta negara (melalui securitization of government mortgages) untuk menampung keborosan dan pembaziran kerajaannya.

Apakah semua ini sudah djual atau dalam perancangan untuk menjualnya? Apakah telahan penulis Blog "CELAH GELEGAR" pada Sunday, November 29, 2015 telah menjadi kenyataan?

"Lepas ni JUAL Petronas pula. Lepas Petronas PLUS pula. Lepas PLUS jual pula SIC. Lepas tu jual MISC. MAS pun jual. Alasan untuk kurangkan hutang negara" - Celah Gelegar. 

Tuduh kerajaan jual aset negara dianggap sebagai fitnah murahan

ARKIB : 25/12/2013
KUALA LUMPUR 24 Dis. - Tuduhan kononnya kerajaan telah menjual aset negara berjumlah RM5.6 bilion dilihat tidak lebih daripada fitnah murahan kerana sehingga kini Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli masih belum mengemukakan sebarang bukti berhubung perkara tersebut.
Bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohammad Radzi Salleh berkata, Rafizi sepatutnya tidak membuat tuduhan kosong tanpa bukti, sebaliknya menyertakan senarai lengkap pembeli aset negara yang dijual oleh kerajaan seperti yang didakwa.
Katanya, sebagai seorang pemimpin, Rafizi perlu bertanggungjawab dengan memberikan bukti terhadap setiap tuduhan yang dilemparkan.
"Kalau ada bukti, sila dedahkan kepada umum memandangkan tuduhan itu amat berat. Jika tidak ada, janganlah buat tuduhan bodoh seperti ini.
"Sekiranya, Rafizi mendedahkan bukti lengkap siapa pembeli aset tersebut, saya sendiri akan membantu beliau untuk mendedahkannya kepada rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sebelum ini, Rafizi yang juga Pengarah Strategik PKR dilaporkan mendakwa kerajaan terpaksa menjual aset berjumlah RM5.6 bilion untuk mencapai sasaran mengurangkan hutang negara.
Bagaimanapun, Rafizi tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut mengenai aset yang dijual.
Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Ishak berkata, dakwaan tanpa bukti kukuh tentang sesuatu isu tidak seharusnya dilontarkan oleh seorang wakil rakyat seperti Rafizi.
"Sebagai wakil rakyat, beliau sepatutnya bertindak lebih profesional dan tidak menjadikan dakwaan itu batu loncatan dengan mengeluarkan kenyataan tidak berasas.
"Dalam setiap tuduhan, jika Rafizi tidak mahu menunjukkan bukti, beliau boleh mengeluarkan surat akuan sumpah untuk melindungi kenyataan itu. Yang menghairankan, beliau sehingga kini gagal mengemukakan sebarang bukti yang sahih," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Baru-baru ini, Rafizi dalam portal berita Free Malaysia Today mendakwa kerajaan melakukan urusan penjualan dan pembelian aset negara berjumlah RM5.6 bilion tanpa mengemukakan bukti yang kukuh.
Rahmad turut menyifatkan dakwaan tersebut sebagai muslihat 'tin kosong' pemimpin pakatan pembangkang.
"Mereka ini pandai buka cerita, tetapi tidak pandai untuk tutup apabila sering tidak mengemukakan bukti sahih mengenai sesuatu dakwaan tersebut.
"Ini merupakan tuduhan yang berat kepada kerajaan dan beliau perlu mengemukakan bukti kukuh melalui dokumen yang sahih bagi menjelaskan kenyataan tersebut," jelasnya. - © Utusan Melayu (M) Bhd 
1 - Mara jual satu hartanahnya di Australia

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui anak syarikatnya, MARA Incorporated Sdn Bhd mengumumkan telah memuktamadkan penjualan satu asetnya merupakan bangunan pejabat di Melbourne, Australia.Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, bangunan pejabat 51 Queen Street ini dijual dengan harga AS$23.4 juta (RM76.75 juta).

Menurutnya, MARA Inc memperoleh hartanah tersebut pada tahun 2014.

“Ini merupakan penjualan hartanah pertama MARA Inc di Australia dan urusan penjualan bangunan ini dilaksanakan secara bidaan terbuka yang dikendalikan sepenuhnya oleh sebuah firma ejen hartanah terkenal di Melbourne, Colliers International,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat MARA, hari ini. - Posted on January 10, 2017

2 - FELDA JUAL ASET DI LONDON

JOHOR BAHRU: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bersetuju menjual beberapa aset miliknya di United Kingdom (UK).

Persetujuan itu dibuat selepas masyuarat bersama Lembaga Pengarah Felda pada 20 Februari lalu di Kuala Lumpur.

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata aset yang hendak dilupuskan itu sudah matang serta mempunyai nilai yang tinggi dan tidak rugi sekiranya dijual pada masa ini.

Katanya, penjualan akan dibuat secara tender terbuka selepas penilaian dibuat sepenuhnya oleh syarikat penilaian di UK.

Pihaknya akan memilih tawaran yang paling baik dan tertinggi.

“Lembaga Pengarah bersetuju supaya dilupuskan aset yang kita ada di London supaya kita ada hasil sepenuhnya daripada Felda.

“(Aset) sudah matang dan boleh mendapat untung dari segi kadar pertukaran. Kita beli 1 pound dulu RM5.10 sen, sekarang kadar pertukaran RM5.60, jadi kita ada untung dari kadar pertukaran dan dari segi nilai yang sudah bertambah.

“Maka, dari segi itu penjualan akan dibuat secara tender terbuka. Sesiapa yang berminat kita akan terima tawaran, dan kita yakin Felda akan dapat menghasilkan sumbangan baik daripada pelaburan itu,” ujar Shahrir.

3 - Terkini!! Najib Jual Tanah 400 Ekar Kawasan Kuala Lumpur Kepada China

OLEH WANA NETWORK

TUESDAY, 5 JANUARY 2016

Tahun 2015 adalah tahun jualan lelong harta negara. Semalam, tanah-tanah yang dulunya Kem Tentera Udara Sg Besi seluas 400 ekar di tengah-tengah Kuala Lumpur dijual lagi kepada konsortium yang dianggotai syarikat milik Kerajaan China.

Sebelum ini, aset strategik negara iaitu aset penjanaan elektrik juga dijual kepada syarikat milik Kerajaan China. Lelongan seterusnya ialah projek keretapi laju KL-Singapura berharga RM47 bilion. Saya jangka juga akan dianugerah kepada syarikat milik Kerajaan China. Terima kasih ‪#‎1MDB‬ dan Najib Razak Mohon sebarkan!

LEBIH BANYAK PROJEK NEGARA DIMENANGI OLEH SYARIKAT ASING EKORAN SKANDAL 1MDB


Perjanjian jual beli di antara 1MDB dengan satu konsortium Iskandar Waterfront Holding Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (CREC) bagi pegangan 60% di dalam pembangunan Bandar Malaysia mengesahkan kebimbangan saya sebelum ini bahawa lebih banyak aset strategik dan projek negara jatuh dimiliki oleh syarikat asing terutamanya dari China akibat kemelut kewangan 1MDB.

Sebelum ini, 1MDB telah menjual aset penjanaan elektrik kepada sebuah lagi syarikat milik kerajaan China walaupun penjualan itu bertentangan dengan dasar dan peraturan umum kerajaan Malaysia yang tidak membenarkan aset elektrik dikuasai oleh syarikat asing.

Dengan perjanjian hari ini, CREC akan mempunyai 40% dari 60% pegangan di dalam Bandar Malaysia (pegangan 24% di dalam keseluruhan projek) iaitu satu bidang hartanah yang cukup bernilai dan strategik. Bandar Malaysia kini sedang dibangunkan sebagai pusat pengangkutan utama negara yang baru dengan memusatkan keretapi laju Kuala Lumpur – Singapura (HSR), sistem MRT2 dan MRT3 di situ selain dari pembangunan hartanah.|

Walaupun pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak akan memberi alasan bahawa pegangan 24% dari keseluruhan projek yang kini dimiliki oleh syarikat China itu adalah kecil, saya percaya pegangan itu akan memberi kelebihan kepada CREC untuk membida dan memenangi projek yang lebih besar yang berkait rapat dengan Bandar Malaysia iaitu pembinaan sistem keretapi laju Kuala Lumpur –Singapura yang dijangka menelan belanja USD11 bilion (bersamaan RM47 bilion pada kadar tukaran semasa).

Oleh sebab itu, saya mengajak rakyat Malaysia menghayati bagaimana kebelakangan ini ada kecenderongan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk menjual atau menganugerahkan bidaan kepada syarikat-syarikat yang berkait dengan kerajaan China termasuklah penjualan Edra Energy dan hari ini pegangan di dalam Bandar Malaysia.

Saya berani meneka bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak juga sedang berkira-kira untuk menganugerahkan projek sistem keretapi laju Kuala Lumpur – Singapura yang berharga RM47 bilion itu juga kepada syarikat-syarikat berkait dengan kerajaan China.

Jika ini berlaku, Malaysia akan memasuki era baru yang lebih sulit apabila banyak kepentingan negara berhubung kait dengan pemilikan oleh syarikat-syarikat kerajaan China yang sudah tentu merumitkan pendirian negara dalam isu-isu serantau seperti tuntutan bertindih ke atas Kepulauan Spratly.

Perjanjian hari ini hanya mengesahkan amaran saya sebelum ini bahawa kemelut kewangan 1MDB akan mengheret negara sehingga banyak aset-aset penting negara akan dijual demi untuk mengambus hutang besar 1MDB.
 

4 - Lagi konsesi China dianugerah projek k’jaan Najib, RM55 bilion projek ECRL
Wartawan TMM ·

Nov 1, 2016 ·




Gambar Najib Razak/Twitter

Kerajaan menganugerahkan Projek Landasan Kereta Api Pantai (ECRL) bernilai RM55 bilion kepada sebuah konsesi dari China selepas dua minggu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017 di Parlimen.

Landasan sepanjang 620km tersebut merupakan projek ketiga melibatkan firma China dalam projek besar di Malaysia.

Konsesi China yang dianugerah projek tersebut adalah China Communication Construction Company (CCCC) yang akan membina laluan Kuala Lumpur-Kelantan.

Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Seri Mohd Irwan Serigar Abdullah, memberitahu pemberita di Beijing kontrak kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) dan rangka kerja pembiayaan merupakan antara perjanjian yang akan ditandatangani Najib semasa lawatannya.

Kontrak EPC akan diberikan kepada CCCC, dengan pembiayaan daripada Export-Import Bank of China, menurut laporan New Straits Times (NST).

Pentadbiran Najib sejak akhir tahun lepas dilihat mula beralih kepada negara China untuk menampung kewangan.

Kerajaan sebelum ini menjual Edra Global Energy, janakuasa milik syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada China General Nuclear Power Corp dengan nilai RM17 bilion pada November tahun lepas.

Beberapa minggu kemudian, China Railway Engineering Corp pula membeli kepentingan dalam projek pembangunan yang dikenali sebagai Bandar Malaysia di pinggir ibu negara sebanyak RM12.4 bilion.

Najib dijadualkan akan menandatangani 10 perjanjian memorandum persefahaman dengan kerajaan China.

Pemerhati melihat Najib cuba mengalih arah tumpuan ke negara China pada ketika sedang berdepan tekanan politik susulan tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) ke atas 1MDB.

5 - MUHYIDDIN & FOREST CITY : SEPATUTNYA PAJAK BUKAN JUAL TANAH KEPADA SYARIKAT SERTA RAKYAT NEGARA ASING.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, apa yang sedang dijalankan di Forest City sekarang bukanlah pelaburan asing seperti yang didakwa sesetengah pihak tetapi sebenarnya penjualan tanah kepada syarikat asing.


Beliau menjelaskan, pelaburan asing berlaku apabila syarikat luar negara datang menanam modal di negara kita. 
Syarikat asing akan membuka kilang-kilang pembuatan di negara ini, menggunakan bahan-bahan mentah tempatan untuk menghasilkan produk-produk samada untuk dieksport atau dijual di pasaran tempatan dan menggaji pekerja-pekerja tempatan, katanya.



YB TAN SRI MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

KENYATAAN YB TAN SRI MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN


1. Aziz Kaprawi tidak perlu persoal kesetiaan saya kepada DYMM Sultan Johor.

2. Sebagai anak Johor, sudah tentulah saya tumpahkan taat dan setia saya kepada Raja dan Negeri Johor. Selain itu, menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu juga adalah sebahagian daripada matlamat perjuangan parti saya yang jelas termaktub di dalam perlembagaannya. Jadi, jangan persoalkan kesetiaan saya kepada Sultan Johor.

3. Isu yang berada di hadapan kita sekarang bukan isu kesetiaan. Isu pokoknya kedaulatan. Ia adalah soal prinsip. Apa prinsip kita mengenai kedaulatan negara dan kepentingan rakyat? Adakah penjualan tanah-tanah kepada syarikat asing untuk dibina rumah-rumah kediaman yang kemudiannya dijual sebahagian besarnya kepada rakyat negara asing memenuhi kepentingan rakyat negara ini? Bagaimana pula tanah-tanah ini yang dimiliki secara kekal oleh rakyat negara asing tidak mendatangkan ancaman kepada kedaulatan negara?

4. Sejarah mengajar kita bahawa penjajahan bermula dengan tindakan pemerintah menjual sebahagian daripada wilayah negerinya kepada pihak asing. Akhirnya, wilayah itu jatuh ke tangan asing dan hilanglah kedaulatan negeri ke atas wilayah itu. Wilayah yang telah hilang ini tidak dapat diperolehi semula oleh negeri itu. Inilah pengalaman yang dilalui oleh negeri-negeri Melayu ketika British datang ke tanah air kita dengan Syarikat Hindia Timurnya. Inilah juga persoalan pokok yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir dan ianya amat berasas.

5. Ada pihak yang mengatakan bahawa penjualan tanah-tanah ini kepada syarikat asing dari negara China adalah pelaburan asing. Apabila saya mengkritik dasar ini, saya dituduh anti pelaburan asing. Tidak kurang juga ada media tempatan mengecap saya anti-Cina.

6. Saya tahu apa maksud pelaburan asing dan saya antara orang yang bertanggungjawab membawa masuk pelaburan asing ke Malaysia ketika saya berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Malah, ketika saya menjadi Menteri Besar Johor, saya juga mengetuai banyak delegasi ke luar negara untuk membawa masuk pelaburan asing ke negeri Johor. Orang Johor pasti ingat negeri Johor membangun dengan pesat pada ketika itu.

7. Pelaburan asing berlaku apabila syarikat luar negara datang menanam modal di negara kita. Mereka membuka kilang-kilang pembuatan di negara ini, menggunakan bahan-bahan mentah tempatan untuk menghasilkan produk-produk samada untuk dieksport atau dijual di pasaran tempatan dan menggaji pekerja-pekerja tempatan.

8. Kerajaan menyediakan tanah untuk mereka mendirikan kilang-kilang tetapi tanah ini tidak dimiliki secara kekal oleh syarikat-syarikat asing ini. Tanah-tanah ini dimiliki secara sementara dan apabila tempoh pajakan tamat, ia mesti dikembalikan semula kepada kerajaan. Daripada pelaburan asing ini, rakyat mendapat manfaat dari segi peluang-peluang pekerjaan, pemindahan teknologi dan limpahan ekonomi di kawasan sekitar. Di samping itu, negara tidak kehilangan tanah kepada syarikat asing.

9. Apa yang berlaku di Forest City adalah sebaliknya. Syarikat asing tidak menanam modal, sebaliknya membeli tanah-tanah untuk dibangunkan dan dijual. Para pekerja terdiri daripada warga asing yang sebahagian besarnya didatangkan dari negara China dan bahan binaan juga dari negara China. Malah para pembeli unit-unit kediaman berjumlah 700,000 unit kesemuanya juga sebahagian besarnya adalah warganegara China. Juteru, apa manfaatnya kepada rakyat dan negara Malaysia selain keuntungan yang diperolehi oleh syarikat-syarikat yang menjalin usahasama dengan syarikat China?

10. Sebenarnya, yang berlaku di Forest City bukanlah pelaburan asing, tetapi penjualan tanah kepada syarikat asing. Ketika saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara yang dihadiri oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri. Dasar kerajaan pada ketika itu ialah tanah-tanah yang dijual kepada pelabur asing mestilah tidak berstatus hak milik kekal. Ini penting supaya tanah-tanah ini tidak jatuh ke tangan pihak asing.

11. Adakah dasar ini telah tidak dipatuhi oleh kerajaan negeri Johor ketika meluluskan penjualan tanah-tanah di Forest City kepada syarikat asing? Atau adakah dasar mengenai pemilikan tanah oleh orang asing telah berubah? Persoalan ini perlu dijawab oleh kerajaan negeri Johor dan kerajaan Persekutuan.

12. Ya soal tanah adalah bidang kuasa negeri tetapi apakah kerajaan negeri boleh mengenepikan dasar pemilikan tanah oleh warganegara asing dan sekatan-sekatan yang biasa dikenakan ke atas pemindahannya boleh diketepikan begitu sahaja hanya dilihat dari sudut keuntungan wang ringgit semata-mata tanpa mempedulikan soal hak dan kedaulatan negeri?

13. Isu pokok ialah keselamatan dan kedaulatan negeri dan negara. Adalah menjadi suatu kewajiban, malahan ianya amanah yang saya dan PPBM harus pikul untuk mempertahankan bumi Johor dan Malaysia dari jatuh dimiliki oleh orang asing. Apa jadi kepada negeri kita jika semakin banyak tanah kita terlepas ke tangan asing disebabkan kealpaan kita untuk mempertahankannya! Tanah Besar China mempunyai agenda tertentu untuk menawan ekonomi wilayah termasuk rantau ini menerusi Gagasan Laluan Suteranya. Itulah juga yang diperingat oleh Tun Mahathir

14. Yang ditakuti ialah apabila pemimpin yang berkuasa menghadapi bebanan wang dan hutang yang berbilion sanggup menggadai tanah pusaka kepada orang asing untuk menyelesaikan tanggungannya. Maka hilanglah milik kita kepada orang lain! Apakah Bandar Malaysia milik Malaysia?

15. Bagi saya, kesetiaan tidak bersifat membuta tuli. Ia mestilah berpaksikan kepada prinsip kebenaran. Itu juga yang diajar oleh agama Islam. Ketika kedaulatan negara sedang tergugat dan kepentingan rakyat terancam, maka sebagai seorang warganegara yang setia kepada raja dan negara, tanggungjawab saya adalah untuk bercakap benar.


MUHYIDDIN YASSIN
18 Januari 2017


BERKAITAN

Peniaga di Forest City jual kuih guna matawang Yuan bukannya Ringgit




PENIAGA di Forest City Johor didakwa menjual kuih menggunakan matawang Negara China, Yuan. Sekeping gambar yang dikirim di Twitter berhubung perkara itu, oleh pengguna Twitter bernama Zata menjadi viral di media sosial.

Seorang pengguna lain pada awalnya meluahkan rasa tidak senang melihat papan tanda "Jangan pijak rumput" dalam bahasa Cina, sambil mendakwa Johor Baharu sedang dijual kepada pelabur-pelabur dari Negara China.

"I hate that JB is being sold off to mainland China investors. How ridiculous it is that you need Chinese signboards for 'don't step on grass', " tulis Iman Tanita Al Ghul di akaun Twitter miliknya.

Tweet itu kemudian dibalas oleh Zata beserta satu gambar yang didakwa diambil pada September tahun lalu (4 bulan lepas) di Forest City, Johor Baharu menunjukkan peniaga menjual kuih dengan memaparkan harga dalam matawang Yuan yang digunakan di Negara China.

Perkara itu menimbulkan perbualan hangat di media sosial. Ini menggambarkan seolah-olah begitu ramai warga China berada di Forest City pada waktu ini sampaikan peniaga boleh gunakan matawang Yuan untuk berniaga.

Jika kuih di Forest City dijual dengan harga mengikut Dollar Singapura, SDG masih boleh difahami kerana Negeri Johor memang terletak begitu hampir dengan Singapura.

Sama seperti di Golok, Thailand — Rantau Panjang, Kelantan contohnya, peniaga menerima matawang Ringgit Malaysia, RM atau Thailand Baht dalam transaksi perniagaan kerana lokasi premis terletak di sempadan antara Malaysia dan Thailand.

Sebelum ini Tun Mahathir meluahkan kebimbangannya mengenai pembangunan di Forest City, Johor yang didakwa membina bangunan pencakar langit untuk menempatkan lebih 700,000 warga asing dari China memandangkan harga rumah yang dibina sangat mahal lebih RM500,000 sekaligus menjadikannya mustahil untuk dibeli dan dipenuhi oleh warga tempatan.

Forest City: Kenyataan Mahathir satu fitnah, kata Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata Tun Dr Mahathir Mohamad telah melakukan fitnah yang besar terhadap kerajaan negeri Johor dan Malaysia berhubung kenyataan bekas perdana menteri itu mengenai projek Forest City di Johor Bahru.

Najib menafikan dakwaan Dr Mahathir bahawa seramai 700,000 warga China akan dibawa masuk ke Johor di bawah projek itu, dan diberi kewarganegaraan.

“Bila kerajaan negeri Johor lulus Forest City, tanah itu ditebus dan (projek itu) kita jual kepada orang luar atas leasehold untuk tempoh 99 tahun sahaja, dan bila mereka membeli rumah, rumah itu di atas tanah kita. Jadi di mana soal kedaulatan negara kita terkorban,” katanya semasa merasmikan program Jom Bantu Rakyat di Desa Pandan di sini hari ini. – Bernama

Konflik di Laut Cina Selatan

China mengambil PELUANG diatas KEJATUHAN OBAMA sekutu rapat Najib untuk menguasai Laut China Selatan. Dengan menggunakan alasan menjaga ASETNYA yang BERJUMLAh JUTAAN BILION RINGGIT di rantau ini, menjadikan kedatangan KETUMBUKAN TENTERANYA menjadi "HALAL" dan tidak mampu di bendung lagi.

Dasar Trum yamg lebih banyak melihat kedalam Amerika sendiri menjadikan PENJAJAHAN CHINA di rantau ini menjadi mudah. Walau apapun alasannya.....Malaysia kini terperangkap antara dua Kuasa Besar yang sememangnya pandai mencaturkan dunia mengikut ACUAN mereka. Dasar berkecuali yang diamalkan sekian ini telah di NODAI oleh PEWARIS yang kesilapannya bermuala dari Tun M sendiri.

Adalah tidak ADIL jika semua TELUNJUK menghalakan kepada Najib. Ianya bermula dengan KELEMAHAN Pak Lah dan Najib melansung kesinambungan itu seterusnya. Kerana asalnya Tun M sangat MEMANJAKAN Anwar dan segala "SKIL" pentadbiran dan Politik, Tun M hanya mencurahkan pada Anwar.

Apabila Anwar bermasaalah, Tun M tiada pilihan. Pelantikan Pak Lah adalah strategi Tun M untuk menampakan "KELEBIHANNYA" sebagai PM yang terbaik (Sememnagnya pun yang TERBAIK). Tapi malang, Pak Lah tidak mengikut apa yang dirancangkan. Hampie semua ketika itu "BERBISIK-BISIK" ada Orang tu di belakang Pak Lah. Hebuh seentero dunia cerita BUDAK TINGKAT 4.

Bermula dari "PEMBATALAN" Jambatan Bengkok hinggalah kepada pesta "MONSON CUP", Budak Tingkat 4 memainkan peranan dan percaturan di Putrajaya.......semuanya tidak mendatangkan KEUNTUNGAN kepada Negara. Pak Lah nampak amat Lemah. Sehingga membawa kepada Tun M meninggalkan UMNO.

Negara yang MEMUNCAK di tangga kejayaan di zaman Tun M mula menampakkan kejatuhannya. Maka Pak Lah perlu di turunkan. Maka bermulalah ERA NAJIB. Najib menjadi pilihan Tun M.

Di sangka Panas hingga ke petang....rupanya hujan ditengah hari. Najib perlu berusaha untuk memulihkan keadaan yang sudah amat parah selepas ditinggalkan Pak Lah. Tapi.....seperti juga Pak Lah....amat ketara, Najib juga ada "ORANG TU" di belakangnya. Sehinggakan ada "OFFICE SENDIRI" di Putrajaya.

Ayahanda Tun.....Kenapa salahkan mereka?

Ayahandalah yang bersalah kerana "MENCADANGKAN dan MELANTIK" mereka yang tidak layak untuk berada di tampok utama PEMERINTAHAN NEGARA. Ingat!!!, kita ada Agung yang perlu di Nasihatkan. Kita ada Sultan yang perlu di persembahkan. Bagaimana Ayahanda melantik mereka yang LANGSUNG tiada KEBOLEHANNYA untuk menjadi PENASIHAT kepada AGUNG dan MEMERINTAH Negara?

Ayahandalah yang bersalah, dan sekarang Allah masih memberi Usia kepada ayahanda untuk membetulkannya. Ambillah peluang ini. Kembalikanlah Negara ke kemuncaknya lebih dari apa yang ayahanda buat dahulu. Tegakkanlah Islam....nescaya Allah akan tegakkan KeImanan Ayahanda.

July 26, 2016 at 8:12 am



Posted by trotsky1917

Penulis : Vincent Kolo ( editor bagi chinaworker.info )

Pemenang terbesar dalam tribunal ini adalah industri senjata!

Pada 12 Julai lalu, sebuah badan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mahkamah Permanent Court of Arbitration (PCA), telah mengeluarkan keputusan yang memihak kepada Filipina dalam perebutan beberapa pulau kecil di Laut Cina Selatan oleh negara China. Walaupun China sudah menarik diri daripada sebarang penglibatan dalam tribunal ini dan tribunal itu sendiri tidak mempunyai sebarang penguatkuasaan, keputusan itu masih merupakan satu tamparan diplomatik yang hebat kepada China.

Perintah tribunal 500 muka surat itu mengandungi banyak perkara, tetapi pada asasnya ia menolak tuntutan China keatas beberapa pulau kecil yang berada di perairan Filipina mengikut perjanjian yang ditandatangani oleh negara China sendiri di 1980 di bawah undang-undang perairan antarabangsa. Sebarang tuntutan yang membawa unsur sejarah ditolak secara terang-terangan berdasarkan perundangan yang sedang berkuatkuasa semenjak 1980 itu.

Walaupun reaksi pelbagai kuasa yang bersaing di rantau Asia Timur amat sukar untuk diramalkan pada peringkat ini, keputusan tribunal itu akan memberikan kesan geopolitik diantara hubungan China dan Amerika Syarikat.

Apakah kesan keputusan tribunal ini?

Apa yang pasti adalah bahawa keputusan ini tidak dapat menyelesaikan sebarang masalah. Konflik perairan di rantau ini sedang semakin meruncing dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan peningkatan aktiviti ketenteraan oleh pelbagai pihak. Ia mempunyai potensi untuk mencetuskan konflik ketenteraan dalam skala yang lebih besar, walaupun pada masa ini ia bukanlah sebuah prospek yang segera bagi pihak-pihak yang terlibat. Keputusan mahkamah ini akan dipergunakan oleh semua pihak bagi mengasak musuh masing-masing dengan lebih agresif lagi. Berita ini pastinya telah diraikan oleh pengeksport senjata dan usahawan perang yang akan sambung operasi mereka dan mengaut keuntungan bernilai berbilion-bilion.

Sebagai sosialis, kita tidak pernah meletakkan apa-apa kepercayaan karut kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. PBB tidak pernah menyelesaikan sebarang krisis utama atau konflik bersenjata, malah seringkali menjadi penyebab kepada konflik-konflik baru. Keputusan ini oleh PBB boleh membawa kesan yang tidak menentu bagi kuasa-kuasa yang sedang bersaing di rantau ini. Laut Cina Selatan adalah pusat pertindihan kuasa dan persaingan dimana keputusan sebelah pihak akan mencetuskan tindak balas yang tidak boleh dijangka dengan tepat. Terdapat banyak pihak yang sedang bersaing; ia bukanlah sekadar China lawan Amerika Syarikat.

Apa yang akan China buat sekarang?

Ia adalah amat sukar untuk menjangka apa yang akan dilakukan oleh China atau jika kelas pemerintah China mempunyai sebarang rancangan yang kukuh. Walaupun Beijing menolak keputusan itu, situasi ini telah mengasingkan China secara diplomatik dikalangan pesaing-pesaing utama mereka terutamanya Filipina dan kuasa-kuasa lain yang boleh mengukuhkan kuasa diplomatik dan propaganda mereka. Tanpa sebarang ragu-ragu, tribunal ini merupakan satu kemenangan retorik bagi Amerika Syarikat, tetapi keputusan ini akan membuahkan masalah-masalah dan konflik-konflik baru.

Pemimpin China, Xi Jinping yang telah membina imej ‘orang kuat’ selama empat tahun sedang menghadapi cabaran-cabaran baru. Dia telah menggunakan propaganda nasionalisme selama ini dan sedang menghadapi cabaran untuk melakukan tindak balas terhadap langkah badan PBB yang dilihat sebagai berpihak kepada Amerika Syarikat. Walaupun Xi Jinping bergantung sepenuhnya kepada pasaran bebas, propaganda nasionalisme yang digunakan sedang mewujudkan masalah-masalah baru.

Laman sosial di China dipenuhi dengan cemuhan terhadap produk-produk Amerika seperti Apple Iphone dan sebagainya walaupun kebanyakkan produk tersebut dibuat di kilang-kilang tempatan. Cetusan sebarang gerakan daripada bawah oleh rakyat biasa akan dipergunakan oleh pihak-pihak yang sedang menunggu masa yang baik untuk menggulingkan Xi Jinping. Perpecahan dalaman Parti Komunis dan rebutan kuasa merupakan perkara yang diketahui umum dan peningkatan suhu gerakan massa dalam China akan memaksa banyak perubahan.

Keputusan tribunal ini sedang memberikan tekanan kepada Xi dan sekutu-sekutunya untuk bertindak balas dengan segera. Gerakan anti-kerajaan dan anti-China di kalangan belia Hong Kong misalnya boleh mendapat nafas baru jika diktator China dilihat sebagai sekadar ‘harimau kertas’ yang tidak dapat membalas asakan barat di Laut China Selatan. Perkara ini juga boleh berlaku di Tibet, Xinjiang dan di kawasan-kawasan dimana rejim Beijing dibenci dan tidak popular.

Di bawah kerajaan DPP yang baru, kesan tribunal ini lebih rumit bagi Taiwan sebagai ‘Republic of China’ (ROC) yang juga mempunyai tuntutan sejarahnya sendiri di Laut Cina Selatan, sama seperti China. Keputusan tribunal ini akan melemahkan tuntutan Taiwan dalam hal ini dan meletakkan presiden baru, Tsai Ing-wen dalam keadaan serba salah.
Jika dia tidak bertindak balas dengan cukup bersungguh-sungguh, ini akan membuka peluang kepada pembangkang Kuomintang dan ‘ROC nasionalis’ yang akan menuduh Tsai sebagai tidak mempertahankan kepentingan Taiwan. Tsai telah diberi tekanan daripada Kuomintang untuk mengadakan lawatan ke Pulau Taiping yang berada di bawah kawalan Taiwan bagi menegaskan tuntutan kedaulatan mereka. Pulau Taiping juga telah diturunkan taraf dari ‘pulau’ kepada ‘batu’ oleh tribunal itu, bermakna ia tidak mempunyai asas untuk menuntut perairan sekitar sebagai perairan wilayah Taiwan. Tetapi Tsai juga khuatir untuk mengambil apa-apa tindakan yang boleh memburukkan lagi hubungan kerajaan Taiwan dengan Amerika Syarikat dan Jepun.

Apakah implikasi serantau perundangan ini?

Kita tidak boleh menjangkakan implikasi serantau pada peringkat ini kerana banyak perkara akan bergantung kepada bagaimana Amerika Syarikat akan mengendalikan urusannya. Jika ia cuba untuk bertindak sebagai penguatkuasa ‘undang-undang’ seperti yang ditetapkan oleh tribunal dengan meningkatkan misi tentera laut di perairan rantau ini, ia akan menjadi satu provokasi yang serius bagi China. Pada masa ini, situasi di Timur Asia dan Laut China Selatan adalah amat tidak stabil dan boleh menjurus kepada situasi yang lebih teruk lagi. Keadaan ekonomi, politik dan krisis dalaman setiap pihak akan mempengaruhi cara mereka menonjolkan diri dalam konflik ini.

China sebelum ini telah mengancam bahawa ia boleh mengenakan Pertahanan Zon Air (ADIZ) di Laut Cina Selatan yang akan memberi tekanan kepada tindak balas Amerika Syarikat. Ia juga telah mengancam untuk memulakan pembinaan sebuah pangkalan tentera di Scarborough Shoal (Huangyan Island dalam bahasa Cina) yang akan meletakkan tentera China dalam jarak beberapa ratus kilometer dari pangkalan tentera Amerika di Filipina. Kedua-dua pilihan ini mempunyai risiko yang tinggi.

Pada masa yang sama, China juga berupaya untuk meningkatkan pertikaian di perairan Laut Cina Timur dimana ia sedang bergelut dengan satu lagi kuasa besar, Jepun. Pemimpin Jepun, Abe Shinji yang baru memenangi pilihanraya (Dewan Rakyat), akan bergerak untuk menggubal perlembagaan negara untuk menjadi lebih agresif dari segi ketenteraan. 
Abe akan mempergunakan situasi baru di Asia Timur untuk mendendangkan propaganda nasionalis dalam usaha untuk membawa Jepun keluar dari pegangan perlembagaan Pasifis mereka bagi menambah aktiviti ketenteraan di rantau ini. Xi boleh mengambil langkah yang lebih agresif terhadap Jepun bagi menyembunyikan kelemahan mereka di Laut China Selatan, tetapi langkah ini juga akan membuahkan risiko-risiko yang tinggi.

Kerajaan Filipina dengan Presiden baru mereka Duterte akan terpaksa bergerak dengan gelombang nasionalisme yang sedang menyelubungi seluruh negara hasil keputusan tribunal tersebut. Walaubagaimanapun, kedudukan Duterte adalah untuk cuba memulihkan hubungan dengan China bagi memulakan kerjasama ekonomi yang lebih besar. 
Kes terhadap China telah difailkan oleh bekas Presiden Aquino yang memang jelas telah bersekutu dan mengambil arahan daripada Amerika Syarikat dan ini adalah berbeza dengan kedudukan Presiden baru Duterte. Pihak Amerika Syarikat tidak menginginkan sebarang kerjasama diantara Duterte dan China berkenaan hal ini dan akan menggunakan keputusan tribunal ini untuk mengecam Duterte dengan menggunakan sekutunya dari dalam dan luar Filipina untuk membantah sebarang usaha sedemikian.

Apa yang jelas adalah bahawa sebarang jalan penyelesaian yang dibawa oleh kelas pemerintah tidak akan menyelesaikan permasalahan yang wujud, malah ia memburukkan lagi keadaan. Ia tidak menerangkan punca pertikaian itu tetapi menyuntik risiko yang lebih besar yang boleh menjurus kepada konflik bersenjata atau pertempuran. 
Bagi rakyat massa dan kelas pekerja di China, Filipina dan di seluruh dunia, ini merupakan sebuah berita yang tidak baik. Situasi yang semakin tegang ini akan memberikan alasan kepada pihak-pihak tertentu untuk merampas dana awam bagi perbelanjaan ketenteraan dan menimbulkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat biasa bagi mengalihkan kemarahan mereka terhadap krisis ekonomi yang sedang menimpa.

Sosialis perlu sentiasa menjelaskan bahawa institusi kapitalis seperti PBB tidak akan memainkan peranan progresif. Tiada seorang pun daripada golongan elit pemerintah yang terlibat dalam konflik ini menawarkan jalan penyelesaian yang berkesan kerana mereka tidak mempunyai sebarang aspirasi untuk membina solidariti dikalangan umat manusia. Elit-elit ini perlu memecahbelahkan perpaduan dikalangan rakyat biasa bagi menyambung penguasaan mereka terhadap segala kekayaan harta benda dan harta intelektual. Kami berdiri untuk perpaduan antarabangsa dan mendesak untuk pembinaan parti kelas pekerja di seluruh Asia Timur yang bukan sahaja akan menentang kapitalisme, tetapi juga menentang agenda nasionalisme dan ketenteraan yang dipergunakan oleh elit-elit dunia.

Bagaimana Tun tak marah.....Sampai hari terakhir Tun Dr Mahathir keluar dari pejabat PM pada 2003 Ghutrie dan Sime Darby KEKAL menjadi aset negara Malaysia walau komoditi getah pernah melalui zaman kejatuhan pada 1986 dan 1997 aset ini tidak dijual pada entities asing walau bidaan terhadapnya amat memuaskan hati sekakigus boleh mengurangkan hutang negara pada era 1997-1998.

Dalam isu stesen janakuasa pula Malaysia telah penat melahirkan stesen2 ini. Tak kiralah bagaimana perjanjian itu di lakukan namun kita berjaya membina janakuasa2 tersebut. Itu kepunyaan Malaysia. Dari 1992 hingga sekarang itu kepunyaan Malaysia. Sehinggalah 1mdb datang ambil alih dan dalan 1 malam saja semua janakuasa ini telah menjadi hak milik negara asing hasil otak cerdik Najib.

KERAJAAN AKUI GADAI DAN JUAL ASET NEGARA

Kenyataan rasmi Kementerian Kewangan mengenai kontroversi penjualan dan penggadaian aset negara untuk mencapai sasaran defisit tidak sedikit pun menafikan laporan Bank Dunia bahawa perkara-perkara berikut telah berlaku:

1. Kerajaan tidak akan mencapai sasaran defisit yang diumumkan jika pendapatan tambahan yang tidak dirancang di dalam Belanjawan 2013 sebanyak RM11.8 bilion diperolehi;

2. Kerajaan terpaksa menjual aset negara sebanyak RM1.4 bilion untuk mendapatkan pendapatan tambahan itu;

3. Kerajaan terpaksa menggadaikan portfolio pinjaman perumahan kakitangan kerajaan sebanyak RM4.2 bilion melalui pensekuritian pinjaman perumahan (securitization of mortgages) untuk mendapatkan pendapatan tambahan itu;

Sebaliknya, Kementerian Kewangan hanya memberikan alasan bahawa penjualan aset dan pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan adalah satu perkara biasa dan telah pun berlaku sebelum ini.

Kementerian Kewangan tidak boleh menafikan fakta-fakta yang dibentangkan Bank Dunia mengenai terdesaknya pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam mencapai sasaran defisit, terutamanya perkara-perkara berikut:

1. Setakat laporan Bank Dunia bertarikh Disember 2013, belanja mengurus Kerajaan Persekutuan telah melebihi belanjawan yang diluluskan sebanyak RM14.3 bilion atau 7.1%;

2. Pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2013 lebih teruk dari dijangkakan semasa unjurun Belanjawan 2013 dibuat;

3. Kedua-dua keadaan ini menyebabkan pendapatan berkurang dan defisit semakin teruk;

4. Maka, satu-satunya cara untuk mencapai sasaran defisit 4% yang telah diumumkan Dato’ Seri Najib Tun Razak bagi tahun 2013 ialah dengan menjual dan menggadai lebih banyak aset kerajaan (yang tidak dirancang dan diunjurkan semasa Belanjawan 2013 dibentangkan.

Oleh itu, jelas bahawa Kerajaan Persekutuan telah pun mengakui bahawa laporan Bank Dunia itu benar dan aset-aset negara telah dijual dan digadai untuk mendapat pendapatan tidak dirancang bagi mencapai sasaran defisit negara.

Saya juga khuatir jika kaedah pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan terus digunakan sebagai jalan mudah untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan bermula dalam tahun 2004 dan dikendalikan oleh Cagamas iaitu syarikat pinjaman perumahan negara.

Pensekuritian melibatkan kerajaan menjual portfolio pinjaman perumahan kakitangan kerajaan kepada pelabur melalui penerbitan bon. Ini bermakna bahawa kakitangan kerajaan secara tidak langsung berhutang dengan pelabur-pelabur yang membeli bon yang diterbitkan melalui kaedah pensekuritian ini.

Walaupun ia amalan yang telah dimulakan sejak tahun 2004, pensekuritian pinjaman perumahan menjadi salah satu punca krisis kewangan subprima yang melanda Amerika Syarikat dalam tahun 2007 dan 2008. Ia mempunyai risiko tersendiri kerana rumah-rumah yang dibeli peminjam digadaikan pula kepada pelabur yang mereka tidak ketahui.

Oleh itu, hakikat bahawa Kerajaan Persekutuan menjual aset negara dan menggadaikan pinjaman perumahan kakitangan kerajaan melalui pensekuritian membuktikan terdesaknya pengurusan kewangan negara di bawah Dato’ Seri Najib Tun Razak.

RAFIZI RAMLI

Pengarah Strategi Parti KEADILAN Rakyat


Najib tempelak pembangkang tuduh kerajaan jual kedaulatan negara kepada China

Saturday, December 17, 2016

KUANTAN, 17 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menempelak pihak pembangkang yang sering kali memutarbelitkan setiap tindakan kerajaan termasuk menuduh menjual 'kedaulatan negara' kepada China ketika lawatan kerjanya ke negara itu baru-baru ini.

Najib berkata tindakan pembangkang itu dilihat cuba untuk menafikan kejayaan yang diraih oleh kerajaan hasil lawatan tersebut sehingga mampu membawa masuk pelaburan bernilai RM144 bilion. "Mereka selalu hendak menafikan kejayaan besar yang kerajaan lakukan demi manfaat pembangunan negara ini sedangkan sejak arwah bapa saya lagi Tun Razak sudah bekerjasama dengan negara China ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam Gabungan Persatuan Cina Pahang (GPCP) bersempena sambutan ulang tahun ke-31 serta upacara angkat sumpah GPCP dan Persatuan Huazong di sini malam ini. Majlis turut dihadiri Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Duta Besar China di Malaysia Huang Hui Kang.

Perdana menteri turut menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak adil kerana jumlah pelaburan besar itu memberi manfaat kepada rakyat termasuk pelaksanaan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) sepanjang 620 kilometer.

"Mereka kata kita jual kedaulatan negara kepada China, tetapi dahulu bila Dasar Pandang Ke Timur (diperkenalkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) dan pelaburan Jepun di Malaysia, tidak pula dibangkitkan isu ini. "Ia sama sahaja sebenarnya kerana tujuan asas kerajaan ialah mewujudkan pekerjaan serta mengembangkan ekonomi negara dan atas dasar keadilan ia harus memberi manfaat kepada semua," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua badan bukan kerajaan seperti GPCP agar terus beri kepercayaan kepada kerajaan untuk mentadbir negara ini kerana kerajaan sedia ada telah membuktikan dapat mentadbir negara dengan baik dan bukan hanya bercakap kosong semata-mata. Najib berkata hubungan yang erat antara kerajaan bersama badan bukan kerajaan kaum Cina juga mampu menjadi jambatan yang baik dalam mengeratkan lagi hubungan antara dua pihak sekaligus dapat memajukan lagi masyarakat Cina di negara ini.

Sebagai perdana menteri, beliau akan memastikan kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional akan menjadi negara yang terus berpegang kepada prinsip kesederhanaan, adil, progresif dan inklusif. "Inilah sebab kenapa kita berkemampuan untuk kekalkan keamanan dan kestabilan sekaligus mengelakkan daripada sebarang kekacauan berlaku di negara ini," katanya. -- BERNAMA

Majoriti rakyat anggap Najib jual negara kepada China
ARIF ATAN

Sabtu, 18 Februari 2017



Dr Mohammad Redzuan Othman

Rakyat semua kaum bersetuju pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menjual kepentingan negara kepada China, dedah hasil kajian secara bersemuka Institut Darul Ehsan (IDE).

Kajian lapangan secara bersemuka itu mendapati secara purata 48 peratus pengundi di Selangor Najib berbuat demikian dengan paling tinggi Melayu (51 peratus) diikuti Cina (46 peratus) dan India 43 peratus.

Walau bagaimanapun, peratusan responden semua kaum yang menjawab "tidak pasti" lebih ramai iaitu 37 peratus berbanding mereka yang menafikan Presiden Umno itu menggadaikan aset strategik negara.

Timbalan Pengerusi IDE, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman dalam pembentangan hasil kajian bermula 8 hingga 13 Februari lalu itu turut memberitahu majoriti pengundi kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) melihat kepimpinan Najib mengurangkan sokongan kepada BN.

Sebaliknya, hanya 14 peratus pengundi kelompok itu yang merasakan kepimpinan Najib Razak mampu meningkatkan sokongan kepada parti pemerintah itu.

Selanjutnya, semua kaum menyifatkan kepimpinan Najib akan gagal mempertahankan Putrajaya pada PRU-14 dengan paling tinggi Cina mencecah 51 peratus manakala 45 peratus Melayu dan 36 peratus India.

Analisis kajian membabitkan 33,359 pengundi Selangor di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (Dun) itu juga meneliti persepsi penyokong BN terhadap pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Sebanyak 62 peratus penyokong parti berlambangkan dacing itu mengesahkan rejim cukai tersebut tidak wajar dikuatkuasakan kerana mengakibatkan kenaikan harga barang manakala hanya 12 peratus menjawab "tidak" - Dicatat oleh ELBI RISALAH

Manakala kerajaan pula menyediakan tanah untuk mereka mendirikan kilang-kilang tetapi tanah ini tidak dimiliki secara kekal oleh syarikat-syarikat asing ini.

"Tanah-tanah ini dimiliki secara sementara dan apabila tempoh pajakan tamat, ia mesti dikembalikan semula kepada kerajaan.
"Daripada pelaburan asing ini, rakyat mendapat manfaat dari segi peluang-peluang pekerjaan, pemindahan teknologi dan limpahan ekonomi di kawasan sekitar. Di samping itu, negara tidak kehilangan tanah kepada syarikat asing.
Bagaimanapun, katanya, apa yang berlaku di Forest City adalah sebaliknya.

"Syarikat asing tidak menanam modal, sebaliknya membeli tanah-tanah untuk dibangunkan dan dijual. Para pekerja terdiri daripada warga asing yang sebahagian besarnya didatangkan dari negara China dan bahan binaan juga dari negara China.

"Malah, para pembeli unit-unit kediaman berjumlah 700,000 unit kesemuanya juga sebahagian besarnya adalah warganegara China. Justeru, apa manfaatnya kepada rakyat dan negara Malaysia selain keuntungan yang diperolehi oleh syarikat-syarikat yang menjalin usahasama dengan syarikat China?," soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Muhyiddin berkata, apabila beliau mengkritik dasar tersebut beliau dituduh anti pelaburan

Walhal, beliau arif mengenai maksud pelaburan asing kerana kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu, beliau adalah orang yang
bertanggungjawab membawa masuk pelaburan asing ke Malaysia ketika beliau berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

"Malah, ketika saya menjadi Menteri Besar Johor, saya juga mengetuai banyak delegasi ke luar negara untuk membawa masuk pelaburan asing ke negeri Johor. Orang Johor pasti ingat negeri Johor membangun dengan pesat pada ketika itu.
"Ketika saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara yang dihadiri oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri.
"Dasar kerajaan pada ketika itu ialah tanah-tanah yang dijual kepada pelabur asing mestilah tidak berstatus hak milik kekal. Ini penting supaya tanah-tanah ini tidak jatuh ke tangan pihak asing.
"Adakah dasar ini telah tidak dipatuhi oleh kerajaan negeri Johor ketika meluluskan penjualan tanah-tanah di Forest City kepada syarikat asing? Atau adakah dasar mengenai pemilikan tanah oleh orang asing telah berubah? 

Persoalan ini perlu dijawab oleh kerajaan negeri Johor dan kerajaan Persekutuan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, isu pokok di sini ialah keselamatan dan kedaulatan negeri dan negara kerana apa yang ditakuti ialah apabila pemimpin yang berkuasa menghadapi bebanan wang dan hutang yang berbilion sanggup menggadai tanah pusaka kepada orang asing untuk menyelesaikan tanggungannya.

"Maka hilanglah milik kita kepada orang lain! Apakah Bandar Malaysia milik Malaysia?
"Adalah menjadi suatu kewajiban, malahan ianya amanah yang saya dan PPBM harus pikul untuk mempertahankan bumi Johor dan Malaysia daripada jatuh dimiliki oleh orang asing.

"Apa jadi kepada negeri kita jika semakin banyak tanah kita terlepas ke tangan asing disebabkan kealpaan kita untuk mempertahankannya!

"Tanah Besar China mempunyai agenda tertentu untuk menawan ekonomi wilayah termasuk rantau ini menerusi Gagasan Laluan Suteranya. Itulah juga yang diperingat oleh Tun Mahathir," tegasnya.


AMUKANMELAYU - Dalam sejarah Melayu, Sultan jatuh kerana PERLANTIKAN waris selepasnya bukan yang selayaknya. Kejatuhan Kerajaan Islam juga kerana masaalah yang sama. Kejatuhan Empayar Perniagaan juga adalah kerana masalah yang sama. Kelemahan KEMENTERIAN juga adalah dari masalah yang sama.