,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday, 4 March 2017

龙步 - Dragon Step - STRATEGI CHINA+MCA+DAP+GARAKAN MENAWAN Tanah Melayu


Isu 'Forest City', Tan Sri My Dakwa Gadai Tanah Pusaka


Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) akhirnya terjaga dari tidur dan hari ini membuat Kenyataan Media mengenai isu 'Forest City'. Penulis amat berminat mengenai kenyataan media beliau di para 14 yang berbunyi:


Yang ditakuti ialah apabila pemimpin yang berkuasa menghadapi bebanan wang dan hutang yang berbilion sanggup menggadai tanah pusaka kepada orang asing untuk menyelesaikan tanggungannya. Maka hilanglah milik kita kepada orang lain! 

Apakah Bandar Malaysia milik Malaysia?
Ini persoalan yang banyak diutarakan di dalam media On Line kepada TSMY, 

1 - Tanah pusaka siapa yang ingin kita gadai? Forest City akan dibina di atas tanah yang ditambak / ditebus guna di Selatan di atas laut (reclaimed land). 

2 - Adakah tanah pusaka TSMY atau mana-mana individu yang terlibat berada di dalam laut? 

3 - Tanah Forest City adalah adalah hasil tambakan laut (lihat ilustrasi di bawah) dan tidak melibatkan tanah darat yang sedia ada.

4 - Adakah ini tanah pusaka datuk nenek kamu TSMY? 

Mengenai pertanyaan TSMY mengenai status tanah berkenaan, kita terpaksa merujuk kepada Kanun Laut Negara dan bukan Kanun Tanah Negara kerana tapak Forest City masih di dalam laut!

Bila ditengok kepada ungkapan-ungkapan ini, maka menjadi kerja sia-sialah Tun M menampak Pulau Karang yang kecil asalnya sehingga menjadi sebuah Pulau yang mampu membina Landasan Pesawat di Pulau Layang-Layang. Dan mentaliti inilah Pulau Batu Puteh dan Pulau Singapura itu sendiri terlepas kepada Bangsa Pendatang ini.

Penulis menjadi malu pada diri sendiri bila ada Orang Melayu yang semakin Tinggi Pendidikannya semakin kelaut fikirannya.........

Hangpa bacalah apa yang aku tulis sejak beberapa tahun yang lalu sama ada di blok saya atau di fb saya.......selamat membaca....




Ramai Warga Melayu Singapura menitis air mata MENGENANG NASIB BANGSA

Seorang pelancong Melayu Singapura yang bernama Pak Ibrahim berbicara. Mereka datang bertandang dengan sebuah bas pelancongan dari perumahan Melayu Jurong Singapura akan menginap di Pulau Pangkor selama satu malam sebelum ke Kuala Lumpur.

Sebelum itu mereka sempat singgah di kawasan bersejarah Pasir Salak, Kellie's Castle dan terus ke Pulau Pangkor.


Sementara Pak Ibrahim sedang menunggu rombongan mereka yang memasuki kawasan bersejarah Pasir Salak yang agak lama, penulis cuba mendekati Pak Ibrahim dengan harapan untuk bertanya khabar keadaan orang Melayu di Singapura.

Pda mulanya Pak Ibrahim ini takut untuk berkata-kata dengan penulis mengenai keadaan orang Melayu Singapura, ditoleh ke kiri dan kanan, agaknya tidak ada sesiapa di kawasan itu maka dia mula menjawab salam penulis.

Penulis tanya Pak Ibrahim, selalu ke datang ke Malaysia? Pak Ibrahim kata selalu juga kerana kata Pak Ibrahim di Malaysia banyak perkampungan Melayu seronok apabila datang ke sini.





Kg Melayu Di Singapura yang lenyap

Di Singapura dah tak ada ke perkampungan Melayu?. Pak Ibrahim jawab, ada tapi terlalu sedikit, itu pun tunggu untuk dirobohkan kerana alasan pemerintah tujuan pembangunan.

Tak boleh ker orang Melayu pertahankan perkampungan Melayu itu. Didahului dengan gelak kecil Pak Ibrahim berkata Melayu di Singapura dan Di Malaysia terlalu jauh perbezaannya.

Apa perbezaannya? Pak Ibrahim sambil menoleh kekiri dan kekanan berkata Di Malaysia orang Melayu beruntung kerana bebas boleh buat apa sahaja yang mereka suka. Tetapi orang Melayu di Singapura tak ubah seperti burung dalam sangkar, katak dalam cermin, katanya lagi.

Pak Ibrahim terus berhujah walaupun belum sempat bertanya, katanya orang Melayu di Singapura tidak mampu melakukan apa-apa walaupun pemerintah menaikkan harga barang, tambang MRT, tambang bas dan naikkan harga minya sekalipun. Malah nak tengok TV3 pun mereka memantaunya apalagi berkumpul lebih dari 2 orang....sekejap jer kena tangkap tanpa bicara.

Kenapa tak buat demonstrasi seperti rakyat Malaysia lakukan?. Pak Ibrahim mencelah, jika itulah niat kita belum sempat kita buat demonstrasi pihak Polis yang berpakaian preeman(awam) akan tangkap kita dan terus sumbat kita dalam penjara tanpa soal jawab, kata Pak Ibrahim.

Sebenarnya kata Pak Ibrahim, hampir 100% orang Melayu di Singapura memang menyokong dasar Malaysia sehinggakan ramai yang sering menangis bila mendengar ucapan yang berunsur dan perjuangan Melayu yang sering kali Pemimpin Melayu yang masih BERSEMANGAT Melayu. Mereka tahu ramai pemimpin Melayu yang memang ikhlas untuk menjaga kepentingan orang Melayu tanpa mengabaikan kaum-kaum lain.

Kami di Singapura suka tengok TV3, RTM1 dan RTM2 kerana dari situlah kami dapat sedikit sebanyak mengikuti kejadian yang berlaku di Malaysia, kata Pak Ibrahim.

Penulis mula mengorek pengetahuan Pak Ibrahim yang berumur 71 tahun lebih mendalam lagi. Bagaimana keadaan pembangkang yang terdiri daripada orang Melayu di Malaysia yang sukakan pemerintah Malaysia diserahkan kepada cina DAP?

Sambil golek kepala Pak Ibrahim berkata, orang Melayu di Malaysia masih tidak sedar bahawa mereka sedang dipergunakan oleh orang kafir seperti cina DAP.

Jika mereka dapat kuasa walaupun sejam sahaja mereka sudah boleh melakukan banyak perkara yang tidak terfikir diakal kita seperti yang berlaku di Singapura.

Pak Ibrahim kesal dengan pemimpin Pas yang sanggup berdoa untuk menghancurkan sesama Islam.

Mereka boleh bertukar rupa hari ini kawan esok adalah lawan, itulah cina DAP. Bagaimana Pak Ibrahim tahu? Pak Ibrahim sudah berumur 71 tahun nak! Pak Ibrahim teringat lagi bagaimana Lee Kuan Yew hendak mengambil hati orang Melayu ketika PAP belum lagi mendapat kuasa.


Lee Kuan Yew sanggup memakai songkok, memasuki surau, makan sekali dengan jemaah masjid dan surau. Bukan itu sahaja Lee Kuan Yew sanggup berada di sesebuah kampung 2-3 hari bergotong-royong membersihkan kampung bersama - sama orang Melayu, tetapi apabila PAP dapat sahaja kuasa orang Melayu terus ditindas


i. tiada menteri kanan orang Melayu di Singapura, mungkin orang Melayu tiada merit? ...

ii. kalau orang Melayu masuk kekawasan sensitif tentera untuk bekerja dsb, mereka akan sentiasa diawasi dan dikawal rapi ...orang melayu Singapura memang sentiasa dicurigai dan tidak dipercayai?

iii. Kalau orang Melayu bekerja di syarikat Cina, berkemungkinan besar orang Cina dari Malaysia yang baru masuk akan dinaikkan pangkat terlebih dahulu dari orang Melayu Singapura disebabkan warna kulit yang sama.

iv. Budak-budak Melayu kesekolah tidak dibenarkan bertudung sekiranya kesekolah kerajaan tapi anak benggali dibenarkan pula berturban.. takut pulak orang Melayu jadi ekstremis dengan bertudung...

v. Kalau masuk National Service, orang Melayu dikhususkan menjaga stor,medical dan latihan bersenjata kurang ditekankan, takut orang Melayu pandai menggunakan senjata.. takutlah tu kalau Singapura dan Malaysia berperang, orang Melayu akan berpaling tadah.

v. Bahasa Melayu hanya digunakan untuk menyanyi lagu kebangsaan "Majulah Singapura";kesian kan bahasa Melayu. Kuota untuk orang Melayu mendapat pendidikan seperti kedoktoran, peguam ikut merit kata pemerintah

vii. Orang-orang Jawa ataupun orang Boyan,dalam kad pengenalan tidak diklasifikan sebagai Melayu tapi Jawa atau Boyan. Orang-orang Cina samada Hakka , Foochow akan dikategorikan sebagai Cina. Orang India pun macam tu juga.

viii. Tiada lagi kampung Tradisional orang Melayu di Singapura

ix. Kuota penempatan orang-orang Melayu dikecilkan.

Hakikatnya begitulah kehidupan orang Melayu,di penjara, dipusat pemulihan dadah bersepah orang Melayu, macam golongan kulit hitam di Amerika .

Kalau meninjau di pantai-pantai Singapura telah ada golongan yang hidup merempat dikhemah-khemah sementara rata-rata mereka adalah Melayu. Sedih bukan, begitulah nasib orang Melayu ditanah kelahiran mereka itu kerana ditindas orang cina yang pendatang.

Ada juga beberapa pemimpin bukan Melayu nak menjaja hebatnya kerajaan Singapura dengan konsep 'meritokrasi' taik kucing mereka tu. Kita orang lama sudah tahu asam garam keadaan di Singapura.

Kami di Singapura jangan haraplah kalau ada bantuan dari kerajaan, kalau ada pun semua penduduk cina yang dapat, Melayu tengok sahaja.


Diakhir perbualan sekali lagi Pak Ibrahim menitiskan air mata apabila mengenangkan keadaan orang Melayu di Malaysia akan jadi sama dengan orang Melayu di Singapura jika masih memilih DAP, MCA, MIC dan PKR.

Pak Ibrahim menasihati saya agar beritahulah kawan-kawan bahawa masih ramai yang memang ikhlas dalam pejuangan....sokonglah Pemimpin Melayu yang berwawasan jika mahu orang Melayu tidak menerima nasib yang sama seperti kami(orang Melayu Singapura).

Sebelum menaiki bas Pak Ibrahim memberi peringatan agar jangan ambil gambar beliau kerana jika diketahui oleh pemerintah Singapura, Pak Ibrahim hanya sempat sampai ke pintu sempadan sahaja lepas tu akan disumbat ke dalam penjara.

Itulah pendedahan ikhlas dari Pak Ibrahim sambil berlinang air matanya mengenang nasib orang Melayu di Malaysia dan Singapura.

Sebelum nasib orang Melayu sama dengan nasib orang Melayu di Singapura, Pemimpin Melayu wajar memainkan peranan untuk menaikkan semangat anak muda Melayu untuk berjuang habis-habisan hingga ke titisan darah yang terakhir.

Bekas duta: MCA kini macam cawangan kedutaan China
FMT Reporters | March 4, 2017

Seorang diplomat veteran menceritakan bagaimana duta besar China kini lebih intim dengan ahli politik Malaysia khususnya daripada MCA dan Umno.


PETALING JAYA: Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang semakin melibatkan diri dalam politik tempatan di sebalik hubungan rapat Malaysia-China, menurut seorang diplomat veteran, yang memberi peringatan akan kesannya terhadap kedaulatan negara.

“Beliau tekun menjelajah negara, dan kerap ditemani ahli politik MCA dan Umno, mengunjungi berpuluh-puluh sekolah Cina dan menyalurkan beratus ribu ringgit dalam bentuk bantuan dan biasiswa,” bekas duta Malaysia ke Kanada, Datuk Dennis Ignatius menulis dalam FMT hari ini.

Menurutnya, Huang juga berjanji mewujudkan program latihan bersama guru sekolah, yang antara lain boleh menyaksikan penyertaan lebih ramai guru dari tanah besar China di sekolah tempatan.

Dennis berkata MCA kini bertindak seolah-seolah ia cawangan kedutaan China dan bukan sebagai sebuah parti politik yang menyertai kerajaan.

“Baru-baru ini, ia menubuhkan sebuah jawatankuasa hal-ehwal China di samping sebuah pusat OBOR,” kata Dennis, merujuk kepada projek One Belt One Road, laluan sutera dan laluan laut yang diwujudkan China bagi mengawal ekonomi serantau.

Tambahnya, MCA mempromosikan OBOR mengalahkan kempen yang dijalankan kedutaan China sendiri.

“Ada yang berhujah tindakan sedemikian menjadikan MCA sebagai penggerak utama pengaruh dan propaganda China di negara ini kini,” katanya.

Katanya, dasar “pro-China” yang diamalkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak adalah paling ketara dalam sejarah, dan Beijing kini semakin menyerlah memainkan peranan dalam politik tempatan.

Dennis, yang mempunyai pengalaman lebih 3 dekad dalam perkhidmatan diplomasi Malaysia, berkata penglibatan China juga dapat dilihat melalui sokongan terbuka diplomatnya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), termasuk melalui kehadiran pegawai kedutaan di program politik melibatkan Umno, MCA dan Gerakan.

Tahun lalu, duta besar China menemani Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Adun MCA Teoh Yap Kun untuk melakukan lawatan ke kawasan Parlimen Semborong dan kawasan DUN Paloh.

Diplomat China juga dilihat bersama pemimpin kanan MCA menghadiri mesyuarat Persekutuan Persatuan Hakka Malaysia di Raub, Pahang, di samping bersama Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong di Teluk Intan.

“Dalam semua kunjungan ini, diplomat China mengambil peluang memuji pentadbiran Najib, menekankan kepentingan MCA dan menegaskan yang hubungan yang dibina dengan China akan banyak menguntungkan masyarakat Cina di Malaysia,” kata Dennis.

November lalu, Najib mengetuai rombongan ke Beijing yang turut disertai 8 menteri dan 3 menteri besar, dalam apa yang dilihat pemerhati sebagai kecenderungan Putrajaya terhadap China.

Lawatan itu menyaksikan 14 perjanjian melibatkan pelaburan bernilai lebih RM143 bilion, termasuk penglibatan China dalam Bandar Malaysia dan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion.

Dennis berkata sokongan dan kenyataan diplomat China itu boleh dianggap ugutan terhadap masyarakat Cina negara ini supaya mengalihkan sokongan mereka kembali kepada Umno dan BN.

Menurutnya, pihak yang paling rugi sekiranya strategi ini berjaya adalah DAP yang menjadi pencabar utama MCA dalam meraih undi Cina.

Dennis berkata, tekanan Beijing itu memaksa DAP bersikap lebih “sederhana” dalam menentang beberapa keputusan memberikan projek besar kepada China.

Dennis mengakui apa yang diutarakannya boleh ditafsirkan sebagai menyebarkan dakyah anti-China.

“Ini bukan mengenai pro-Barat atau pro-China tetapi memastikan tidak ada negara, sama ada di timur atau barat, yang dapat mendominasi kita sehinggakan kita hilang upaya untuk menentukan haluan sendiri,” katanya.

OPERASI DRAGON STEPS Peringatan oleh THE LORD OF RING Kepada Islamelayu.

Saturday, 20 July 2013


Sikap bermuka-muka dap ini kita boleh lihat ... betapa mereka enggan memakai baju melayu apabila hadir ke majlis rasmi di dewan undangan negeri atau dewan parlimen ... tetapi berpura-pura menyukai baju melayu apabila berada bersama-sama bangsa melayu yang begitu lemah akal fikirnya ... 

Keduanya berlakun watak penuh emosi dalam meraih simpati ... kononnya dap akan diharamkan ... maka mereka merayu penuh ihsan untuk menggunakan logo pas ... kenapa logo pas yang mereka pilih ... bukan logo pkr ... kerana pas sepenuhnya dikuasai oleh melayu islam ... mereka (dap) mahu diterima oleh melayu islam ... sebab itulah mereka memilih logo pas ... lagipun mereka yakin orang pas akan undi mereka jika mereka guna logo pas ... al-maklumlah sudah ada fatwa yang dipersetujui oleh seluruh ulamak di dunia ini apabila undi pas ... maka orang yang mengundi pas itu akan masuk surga ... 

Tidak cukup dengan itu ... rambut bini khalifah lim dikorbankan kerana mahu mendapat simpati menyeluruh dari puak cibaibeng dan memberi isyarat bahawa “operasi dragon steps” masih lagi berjalan dan kegagalan mereka (puak cibaibeng) bersama-sama dalam “operasi dragon steps” ini akan merugikan bangsa mereka sendiri. 

Sebenarnya "operasi dragon steps" telah berjaya menyatukan puak cibaibeng dan mendedahkan peribadi puak cibaibeng yang sebenarnya ... rumusannya ah jib go ... must go ... cukuplah dia diperbodohkan sebegitu rupa ... bagaimana pula sekiranya ada operasi yang lain yang matlamatnya sama ... dan pemimpin umno yang ada sama bodohnya dengan ah jib go ... 龙步 - 

Dragon Step Untuk Cina Couvenis Pijak Orang Melayu 


"Mereka akan pijak kita" 

Semakin lama semakin menjadi jadi sebilangan bangsa Cina Couvenis ini dalam berkongsi hidup di negara Malaysia. Perilaku mereka telah ditunjukkan semenjak Merdeka lagi yang mana ramai kaum Cina menyertai Komunis Malaya yang sewaktu itu diketuai Chin Peng. 

Ratusan ribu masyarakat Cina bersama sama Chin Peng dalam melakukan penentangan kepada Malaysia ini sehingga mengorbankan banyak nyawa rakyat Malaysia yang tidak bersalah dalam siri rampasan kuasa yang dilakukan oleh mereka Komunis Malaya. 


Ribuan kaum Cina Malaysia menyertai Parti Komunis Malaya Demi mahu menghapuskan Kerajaan Melayu yang ada. Setelah tamat era Komunis yang rakus kuasa mahu menjadikan Malaysia ini republik mereka, kaum Cina berterusan pula dengan semangat anti Melayu apabila diluahkan oleh mereka pada Pilihanraya 1969. 

Dengan kemenangan besar parti DAP sebuah parti yang asasnya adalah ideologi Komunis telah membangkitkan semangat kaum Cina untuk menentang Melayu. Tragedi berdarah 13 Mei 1969 yang bermula hasil dari perarakan pimpinan dan penyokong parti DAP serta GERAKAN di sekitar Kuala Lumpur sambil membawa penyapu diselitkan pula dengan laungan "Melayu Balik Kampung" menjadikan bangsa Cina yang ada mempamerkan niat mereka yang sebenar iaitu mereka mahu Malaysia ini sebagai republik dan milik mereka. 

Perarakan DAP menghalau Melayu Balik Kampung 

Dalam amatan saya yang sebagai seorang anak Melayu, saya melihat bangsa Cina ini sememangnya tidak ubah sepertimana bangsa Yahudi yang akan mengambil peluang dan kesempatan dalam meluaskan empayar mereka. Bangsa Cina ini juga cukup licik dengan bermain lakonan agar niat dan matlamat mereka tidak mudah untuk diketahui pihak lain terutama kaum Melayu dan Bumiputera di Malaysia ini. 

Pada pilihanraya ke 13 yang lepas saya sudah menjangkakan bahawa kaum Cina Couvenis ini sedang melakukan sesuatu bagi merealisasikan harapan dan impian Chin Peng Ketua Komunis Malaya agar Malaysia dirampas mereka dan menolak Melayu balik ke kampung kampung. 

Petanda awal sebenarnya sudah diberikan oleh Kaum Cina ini apabila setiap kali pilihanraya kecil diadakan bangsa Cina Couvenis ini pastinya akan menolak calon Barisan Nasional. Penolakkan mereka kaum Cina Couvenis pada setiap kali Pilihanraya Kecil kepada parti Kerajaan berlanjutan sehingga ke Pilihanraya Negeri Sarawak yang mana kempen yang dilakukan oleh parti DAP cukup penuh dengan elemen hasutan dan anti Melayu serta Islam. 

Mereka pandai berpura pura 
Menjelang PRU 13 yang lepas kita dapat lihat betapa hebatnya kepura puraan masyarakat Cina Couvenis ini dalam memastikan pihak kerajaan terutamanya kaum Melayu tidak dapat menghidu matlamat mereka yang sebenar pada 050513 iaitu pada hari pembuangan undi. 

Apa sahaja program yang dianjurkan oleh Barisan Nasional pastinya kaum Cina akan turun malah lebih hebat mereka sampaikan berebut rebut meminta baju Barisan Nasional ataupun 1 Malaysia kononya keluarga dirumah mahukan baju T Shirt tersebut. Semakin hampir pilihanraya umum maka semakin kuat lakonan dan drama mereka kaum Cina Couvenis ini kononya menyokong kepimpinan Dato Sri Najib Tun Razak. 

Saya boleh andaikan waktu itu juga Najib Razak dan kepimpinan kerajaan yang lain leka dengan permainan strategi yang dilakukan kaum Cina Couvenis menyebabkan Najib Razak menjadi syok dan gembira dengan pekara tersebut. 

3 Hari sebelum menjelangnya tanggal 5 Mei 2013 pimpinan DAP pusat telah menggerakan satu Kod Laluan bagi mereka merampas Malaysia daripada kerajaan Barisan Nasional. Kod laluan yang dihubungkan antara mereka sesama kaum Cina didalam bahasa cina. 

Kod ini membakar semangat kaum Cina untuk menolak Barisan Nasional dan menjadikan Pakatan Rakyat sebagai pemenang PRU 13 yang mana DAP akan mempunyai majoriti kerusi dan menjadikan DAP parti yang dominan serta berkuasa dalam menentukan hala tuju negara. 

Kod Laluan mereka: 龙步 - Dragon Step 

Matlamat mereka kaum Cina Couvenis pada waktu itu hanyalah satu iaitu mahu Malaysia diambil alih oleh mereka. 

Mereka tahu dengan adanya pemimpin Melayu seperti Anwar Ibrahim yang hanya mahukan jawatan Perdana Menteri memberikan keuntungan buat mereka kaum Cina agar kesamarataan yang diidamkan mereka menjadi kenyataan. Soal no 1 tidak penting kerana yang menjadi idaman mereka adalah Kabinet yang akan dikuasai oleh mereka sepenuhnya sepertimana yang berlaku dalam kes Kerajaan Negeri Perak yang mana Menteri Besarnya adalah PAS namun majoriti penuh didalam Exco Kerajaan Negeri adalah milik mereka DAP. 

Alunan Dragon Step semakin menjadi jadi menjelang malam sehari sebelum hari pengundian dilakukan. Kaum Cina Couvenis sampai menyampai mengenai matlamat mereka dan DAP parti yang melakukan gerak kerja yang sama sepertimana Komunis Malaya sebelum ini memainkan emosi kaum Cina dengan menyatakan bahawa mereka DAP akan menang dan Pakatan Rakyat akan menang. Hari pengundian pada 5.5.2013 menyaksikan kaum Cina Couvenis penuh beratur sejak awal jam 6 pagi lagi dipusat pusat pengundian seluruh negara terutamanya disekitar kawasan yang majoritinya penduduk Cina. 

Mereka kaum Cina ini berpusu pusu membuang undi sejak awal pagi dengan semangat yang berkobar kobar mahu Malaysia jatuh ditangan DAP dan secara automatiknya kuasa Melayu akan jatuh. Saya mengundi di Parlimen Wangsa Maju dan saya melihat sendiri bagaimana kerakusan kaum Cina ini pada hari pengundian. 

Masyarakat Cina yang turun pada awal pagi pada hari tersebut tidak hanya berhenti disitu sahaja kerana menjelang jam 3 petang mereka sudah mula berkumpul di pusat pembuangan undi seluruh negara kerana yakin bahawa kerajaan Melayu yang ada hari ini akan tumbang. "UBAH" Mahukan DAP kuasa Sentimen rekayasa jahat dengan memainkan isu pengundi Bangla dan sebagainya merupakan modus operandi kaum Cina bagi melindungi niat mereka yang sebenar. 

Taktik tersebut pada hari pengundian menjadikan ada orang Melayu yang bodoh dan buta tuli turut sama memangkah Pakatan Rakyat ekoran benci dengan apa yang dikatakan oleh kaum Cina bahawa BN membawa 40 ribu pengundi Bangla untuk mengundi. Banyak laporan mengesahkan akan kebiadapan kaum Cina Couvenis ini yang memaksa pengundi yang berkulit gelap menyayikan lagu Negaraku serta meminta kad pengenalan mereka untuk disemak. Kebiadapan kaum Cina pada hari pengundian semakin menjadi jadi menjelang jam 5 petang apabila pusat pembuangan undi ditutup. 

Apabila keputusan penuh diumumkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia pada malam itu kita sendiri dapat lihat bagaimana memberontaknya kaum Cina apabila melakukan sekali lagi pekara yang tidak Patriotik kepada Negara. 

Antara tindakan mereka kaum Cina Couvenis pada malam itu. - Menterbalikkan bendera Kebangsaan - Mengadu kepada Barack Obama Presiden US agar masuk campur urusan negara. Ini beberapa tindakan yang pada saya cukup biadap apatah lagi dakwaan kaum Cina yang sebelum ini mengatakan mereka ditindas merupakan satu pekara yang tidak masuk akal sama sekali. 

Kebiadapan kaum Cina pada malam itu telah sedikit sebanyak menyedarkan kaum Melayu dan Bumiputera bahawa tembelang kaum Cina yang mahukan Malaysia ini menjadi milik mereka bukan lagi rahsia. 

Sedar sedarlah Melayu Saya yakin kaum Cina yang begitu taksub dengan apa yang dibohongi oleh pemimpin DAP cukup malu dengan kekalahan mereka pada PRU 13 lalu. Walaupun DAP mempunyai majoriti kerusi yang paling banyak didalam Pakatan Rakyat angka tersebut tidak mampu menghalang UMNO Parti keramat orang Melayu untuk terus kekal mentadbir negara. 

Kekecewaan kaum Cina akan keputusaan PRU 13 lalu sehingga ke hari ini masih lagi menjadi igauan ngeri buat mereka kerana orang orang Melayu sudah tahu betapa bangsat dan biadapnya kaum Cina Couvenis di Malaysia ini. Sudah cukup panjang saya meluahkan apa yang terbenak dikepala ini untuk dikongsi bersama pembaca sekalian terutamanya orang Melayu. 

Saya akan suarakan pula selepas ini beberapa lagi kisah yang mana anda semua akan terkejut dengan apa yang telah dilakukan oleh Kaum Cina Couvenis pada PRU 13 yang lalu. Saya juga akan menceritakan bagaimana kepimpinan MCA dan juga GERAKAN yang turut sama bersekongkol dengan parti DAP ini kerana mereka Cina tetap Cina yang akan mempertahankan serta membela bangsa mereka walau apa cara sekalipun. Jika dalam sukan Bolasepak Melayu boleh bersatu mengapa tidak dalam mempertahankan apa yang Melayu ada di Malaysia ini? 

Semoga kita sesama umat Islam dan bangsa Melayu bersatu agar kaum Cina Couvenis sentiasa didalam ketakutan kerana apabila kita seluruh umat bersatu mereka ini bangsa Yahudi Kecil akan menjadi bachol kerana Malaysia adalah tanah tumpahnya darah nenek moyang kita orang Melayu - by Malay Rights


AMUKANMELAYU - Seringkali kita kehilangan apa yang kita sayangi, di saat kita benar-benar tidak mengangka dan bersedia, namun itu ebih baik dari terlewat menyedarinya bahawa kita amat menyayangi di kala kita sudah benar-benar sudah kehilangannya.