Tuanku Sultan Menangis |
Tun Dr Mahathir Mohamad kenyataan yang mengejutkan – bekas perdana menteri paling lama negara itu memohon maaf atas tindakannya memansuhkan perkenan Raja-raja Melayu dalam pewartaan undang-undang, 23 tahun lalu. Peristiwa yang kini dikenang sebagai ‘Krisis Perlembagaan 1993’ berpunca daripada tindakan kerajaan ketika itu yang ingin memansuhkan kekebalan Raja-raja Melayu, seperti disebut dalam Perkara 181(2):
Ini HAKIKATNYA Kuasa Raja
Ini HAKIKATNYA Kuasa Raja
“Tiada apa-apa pembicaraan boleh dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja bagi sesuatu negeri atas sifatnya sendiri”.
Hari ini kita belajar dari sejarah bagaimana pelembagaan yang boleh membicarakan raja-raja yang melakukan jenayah telah digubal untuk mengembalikan sistem raja yang bermaruah dan dihormati. Sejak dari itu, raja-raja Melayu tidak lagi boleh buat sesuka hati tanpa memikirkan kesan dari perbuatan mereka.
Pada 18 Januari 1993, sebutan kedua telah dibaca oleh Perdana Menteri ketika itu untuk meminda perlembagaan. Ianya telah diluluskan di Parlimen dan disokong oleh ramai wakil rakyat; termasuklah wakil rakyat dan menteri kabinet dari Pekan.
Di bawah adalah petikan dari perbahasan tersebut:
RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
Perdana Menteri: Ketika negara menuntut kemerdekaan, pemimpin- pemimpin negara yang telah mendapat kemenangan besar dan sokongan padu dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 telah membuat pilihan supaya sistem pemerintahan di negara ini ialah sistem Demokrasi Berparlimen (Parliamentary Democracy) dan Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarchy).
Sistem ini dipilih kerana semasa Negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, Negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri-negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguat- kuasakan undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti China, Siam dan negara Barat. Akhirnya semua Negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-Raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British.
Selepas Perang Dunia Kedua, Raja-Raja Melayu berharap apabila British mentadbir semula kedudukan mereka sebagai Raja yang berada di bawah nasihat pegawai- pegawai British akan dikembalikan. Negeri-negeri Me!ayu akan sekali lagi diperintah oleh British walaupun tidak seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka. di mana British berkuasa penuh.
Bagi majoriti rakyat Melayu negeri-negeri Semenanjung, mereka juga bersedia menerima pemerintahan di mana kemelayuan Negeri-negeri Melayu diakui oleh British, walaupun pentadbiran dikuasai hampir sepenuhnya oleh British. Namun ada pendapat di kalangan sebilangan orang Melayu bahawa negeri-negeri Melayu sepatutnya dibebaskan daripada pemerintahan Kolonial British sama sekali.
Orang Melayu hanya sedar akan kemungkinan mereka diketepikan dan menjadi pengemis di negeri mereka sendiri apabila Raja-Raja Melayu tunduk kepada ugutan MacMichael dan menandatangani perjanjian baru dengan British yang menyerahkan Negeri-negeri Melayu terus kepada British untuk diperintah sebagai tanah jajahan takluk British sama seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.
Oleh kerana begitu mudah Raja-Raja menyerahkan Singapura, Pulau Pinang dan Pangkor kepada penjajah dan kemudiannya menyerah pula Negeri-negeri Melayu, maka rakyat tidak lagi boleh menerima sistem yang memberi kuasa hanya kepada Raja dan rakyat tidak diberi peranan apa-apa dalam politik negara. Lagipun selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Raja berkuasa penuh sudah menjadi lapuk di seluruh dunia. Di merata-rata tempat, Sistem Beraja ditamatkan terus. Di mana ia dikekalkan, kuasa Raja dihadkan oleh Perlembagaan ataupun undang-undang asas negara. Justeru itu, semasa Persekutuan Tanah Melayu menuntut kemerdekaan, pemimpin-pernimpin rakyat telah mengkaji sistem-sistem pemerintahan dengan mengambil kira sejarah negeri-negeri Melayu dan sistem-sistem pemerintahan lain.
(beberapa perenggan berikutnya)
Hanya dalam Perlembagaan Malaysia sahaja yang diperuntukkan secara khusus bahawa di bawah Artikel 181(2) bahawa, dengan izin, no proceedings whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a State in his personal capacity”. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri pertama negara ini, pernah menulis bahawa kekebalan ataupun immunity ini tidak “satisfactory” kerana Raja boleh membunuh tanpa sebarang tindakan terhadapnya. Kesan peruntukan Artikel 181(2) ini amatlah luas.
Oleh kerana Perlembagaan-perlembagaan Persekutuan dan Negeri adalah juga undang-undang, Artikel 181 (2) sebenamya membenarkan Raja melanggar Perlembagaan. Sebab itu apabila Raja berniaga, walaupun dilarang oleh Perlembagaan, tidak ada apa-apa yang boleh dibuat oleh kerajaan. Yang di-Pertuan Agong juga tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah. Tetapi Majlis Raja-Raja boleh melucutkan jawatannya. Sebaliknya sebagai Raja, Artikel 181(2) akan melindunginya.
Jika Malaysia ingin menjadi sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kekebalan yang diberikan kepada Raja-Raja perlulah dihapuskan. (Tepuk) Oleh kerana Perlembagaan di negara-negara yang mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan tidak memberi kekebalan kepada Raja-Raja mereka, maka penghapusan kekebalan Raja-Raja Melayu tidak akan menjejaskan sovereignty atau kedaulatan mereka. Di zaman moden ini, hanya kerana Raja tidak boleh melakukan jenayah dengan sewenang-wenangnya tidak akan menjejaskan taraf Raja, terutama di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
(beberapa perenggan berikutnya)
Tuan Yang di-Pertua, saya berasa amat sedih kerana pada hari ini saya terpaksa mengemukakan kepada Dewan yang mulia ini satu Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan yang sedikit sebanyak mencemar nama baik Raja dan Institusi Raja. Dengan hati yang berat saya telah mengemukakan dan mengulas pindaan-pindaan yang dicadangkan ini.
Kerajaan membuat keputusan untuk meminda Perlembagaan bukannya tanpa sebab. Sebenarnya seperti yang telah saya katakan, kerajaan telah mengelak daripada membuat pindaan ini semenjak daripada mula kita mencapai kemerdekaan. Kita mengelak kerana ingin menjaga maruah Raja-Raja. Tetapi pendekatan secara ini tidak meredakan keadaan. Sebaliknya, keadaan menjadi lebih buruk.
Akhirnya dengan berlakunya insiden Raja memukul rakyat dan sebelum ini satu lagi insiden di mana anak Raja juga memukul rakyat, kerajaan tidak dapat memandang ringan kejadian-kejadian ini tanpa menjejaskan kredibiliti kerajaan sebagai pemerintah yang bertanggungjawab. (Tepuk) (Siapakah Raja dan anak Raja tersebut? – JMD)
Kerajaan terpaksa membuat pendirian tegas untuk melindungi rakyat daripada dianiaya oleh Raja. Sudah tentu pendirian ini tidak dibuat kerana dua insiden ini sahaja. Sebelum ini terdapat banyak insiden di mana Raja menganiaya rakyat, Raja menyalahi undang-undang civil dan criminal, Raja menyalahgunakan wang serta harta kerajaan dan negara, Raja menekan dan menganiaya pegawai-pegawai.
Insiden di Johor hanyalah dengan izin, “the straw that broke the camel’s back”. Reaksi rakyat terhadap insiden-insiden ini jelas menunjukkan bahawa rakyat tidak lagi dapat menerima dan “tolerate” perbualan seperti ini.
Tuan Yang di-Pertua, memang ada orang tertentu yang seolah-olah ingin memberi kuasa dan mempertahankan Raja apabila Raja melakukan jenayah. (Tepuk) Mereka cuba memesongkan fikiran rakyat dengan menuduh bahawa kerajaan bercadang menghapuskan Sistem Beraja. Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak bercadang sama sekali untuk menghapuskan Sistem Beraja. (Tepuk) Ini jelas daripada pindaan yang dikemukakan. Sebarang cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditafsir sebagai hasutan dan kerajaan akan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan ke atas sesiapa sahaja yang mengesyor atau bertindak untuk menghapuskan Sistem Beraja. (Tepuk)
Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan sedar bahawa rakyat, khususnya orang Melayu menerima dan menyokong Institusi Raja- Raja Melayu. Tuduhan yang dibuat bahawa kerajaan bercadang untuk menghapuskan Sistem Beraja adalah kerana kepentingan politik sahaja. (Tepuk) Kerajaan yang mewakili majoriti orang Melayu dan kaum-kaum lain akan mematuhi kehendak rakyat dan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh rakyat. (Tepuk)
Oleh kerana jelas majoriti rakyat berbilang kaum di negara ini masih menghendaki Sistem Beraja, khususnya Sistem Raja Berperlembagaan, maka Kerajaan akan menentukan sistem ini dilindungi oleh Perlembagaan. (Tepuk)
Tuan Yang di-Pertua, ada pihak yang berpendapat bahawa Raja Melayu diperlukan untuk melindungi orang Melayu. Peristiwa Perjanjian MacMichael dan MalayanUnion jelas membuktikan bahawa yang sanggup dan mampu melindungi orang Melayu ialah orang Melayu sendiri. (Tepuk) Jika tidak kerana mereka bangun dan menentang MalayanUnion, hari ini orang Melayu akan menjadi pengemis di negeri sendiri. (Tepuk)
Apakah dengan hanya menghalang Raja daripada melakukan jenayah, maka Raja akan hilang kedaulatan dan tidak lagi menjadi Raja? Pendapat bahawa Raja hanya boleh menjadi Raja jika ia berhak dan diberi keistimewaan melakukan jenayah adalah bertentangan dengan konsep Raja sebagai punca undang-undang. (Tepuk) Di zaman dahulu di Barat, Raja memang mempunyai hak melakukan jenayah. Umpamanya, mengikut kepercayaan kepada konsep, dengan izin, “Droit du seigneur”, ataupun “right of the Lord”, ataupun Hak yang di-Pertuan, Raja berhak bermalam dahulu dengan semua pengantin baru. (Ketawa) (dahulu ada banyak kes di mana anak raja memaksa isteri-isteri atau kekasih orang untuk tidur dengannya – JMD)
Tetapi di Barat pun, semua hak ini telah dihapuskan. Sebab itu, di negara-negara Barat yang mengekalkan Sistem Beraja tidak ada kekebalan secara khusus bagi Raja. Jika adapun sebutan bahawa Raja tidak boleh dihadapkan ke mahkamah, ini hanyalah formaliti sahaja. Raja, Kerajaan dan rakyat tahu bahawa jika Raja melakukan jenayah, ia akan dihadapkan ke mahkamah dan ia akan diturunkan dari takhta. Justeru itu, Raja di negara Barat tidak akan dengan sengaja melakukan jenayah.
Walaupun jelas Raja-Raja di Barat tidak kebal ataupun immune daripada tindakan undang-undang dan bukan undang-undang, Raja masih tetap juga Raja. Mereka masih dihormati dan disegani.
Tuan Yang di-Pertua, di zaman British Raja-Raja Melayu bukan sahaja tidak kebal tetapi juga berada di bawah telunjuk pegawai-pegawai British. Mereka boleh dinaikkan ataupun diturunkan dari takhta. Satu daripada ugutan MacMichael supaya Raja menandatangani Perjanjian MalayanUnion ialah mereka akan diturunkan dari takhta jika mereka tidak menandatangani perjanjian tersebut. (Ramai ingin tahu Sultan mana yang pertama menandatangani perjanjian tersebut – JMD)
Dalam keadaan sebeginipun, Raja masih terus menjadi Raja. Rakyat tidak menuntut supaya Raja-Raja disingkir atau Sistem Beraja dihapuskan walaupun Raja-Raja telah menyerahkan Negeri-negeri Melayu kepada penjajah. Sayugia diingatkan bahawa pada masa itu Raja-Raja di Indonesia, India dan Pakistan telah ditolak oleh rakyat yang menuntut kemerdekaan. Sebaliknya rakyat Malaysia, terutama orang Melayu dan UMNO, telah berjuang untuk menyelamatkan Raja-Raja dan Sistem Beraja.
Dengan tindakan orang Melayu melawan MalayanUnion adalah jelas bahawa nasib orang Melayu berada di tangan rakyat Melayu. Keselamatan orang Melayu tidak terjejas dengan Raja Melayu tidak memiliki hak untuk melakukan jenayah. Ada pihak yang berkata dengan penghapusan hak Raja melakukan jenayah, maka orang Melayu tidak akan Melayu lagi atau akan habislah keistimewaan kedudukan orang Melayu. Ini tidaklah benar. Ini adalah fitnah. Yang akan menjamin Melayu terus Melayu dan hak-hak orang Melayu terus terpelihara ialah orang Melayu sendiri. Merekalah melalui wakil-wakil dan kerajaan yang mereka pilih yang mencipta dan melaksanakan berbagai-bagai rancangan untuk memelihara dan menebus maruah bangsa Melayu. (Tepuk)
Anda boleh membaca lebih lanjut di sini.
Antara pindaan yang dicadangkan ketika itu adalah:
a) raja-raja boleh dikenakan tindakan undang-undang jika melakukan jenayah di dalam urusan tidak rasmi.
b) mahkamah khas disediakan untuk membicarakan raja-raja yang telah melakukan jenayah.
c) raja-raja yang sedang diambil tindakan undang-undang hendaklah berhenti melakukan tugas tugas diraja dan seorang pemangku raja perlu mengambil alih tugas tersebut sementara kes dibicarakan. Jika dia disabit kesalahan dan dihukum lebih dari satu hari penjara, maka raja itu mesti turun takhta, melainkan jika dia diampunkan.
d) raja-raja tidak lagi boleh mengampunkan diri sendiri atau puteranya apabila mereka didapati bersalah di dalam melakukan jenayah. Pengampunan hanya boleh dilakukan oleh majlis raja-raja tanpa penglibatan raja yang disabitkan kesalahan.
e) ahli-ahli dewan rakyat diberi semula hak menegur raja-raja semasa berbahas di dalam parlimen (hak ini ditarik pada tahun 1971).
Nota: Yang DiPertuan Agong ketika itu adalah almarhum Sultan Azlan Shah dari Perak.

Fahami Kerajaan, Kedaulatan Raja
PERGOLAKAN politik hari ini punya hikmah yang tersendiri. Di balik jeriji besi sistem politik demokrasi gaya Westminster, berdiri teguh satu tradisi dan institusi Islam yang bernama Raja-Raja Melayu.
Setelah wakil-wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat berhempas pulas dalam menyatakan keputusan sebulat suara menggantikan Menteri Besar sedia ada iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim, kini tumpuan utama bakal dihalakan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor kesembilan dalam menyelesaikan kemelut politik yang masih hangat.
Sudah kedengaran suara-suara dan lembaga-lembaga yang mempersoalkan peranan dan kedudukan Sultan dalam menentukan kepimpinan kerajaan negeri.
Dikatakan Sultan tidak boleh campur tangan dalam memilih Menteri Besar. Golongan ini samada buat-buat lupa atau jahil akan makna kerajaan dan kedaulatan.
Istilah kerajaan dalam pandangan alam Islam bangsa Melayu, tidak boleh disempitkan dan dimudah-mudahkan sebagai terjemahan kepada istilah Inggeris “government”.
Orang Melayu yang arif dan teliti terhadap penggunaan bahasa Melayu, pasti akan sedar bahawa apabila suatu kata dasar diapit dengan imbuhan “ke-” di awalnya, dan “-an” dihujungnya, kata dasar tersebut akan bertukar menjadi suatu hal ataupun keadaan (state/condition).
Maka, apa yang kita istilahkan sebagai “ke-Raja-an”, tidaklah ianya sekadar difahami umum kini sebagai “pemerintah”, sebaliknya yang lebih menyeluruh dan dasar ialah suatu keadaan di mana wujudnya Raja.
Hal ini menjadi lebih jelas dan tampak dalam negeri-negeri di Malaysia yang mempunyai Institusi Kesultanan. Maka, persoalan kedaulatan seharusnya menjadi lebih jelas kerana ianya amat berkait dengan kerajaan (kingship/kingdom).
Hatta istilah penting yang mencorak pandangan alam orang Melayu iaitu “kedaulatan” sebenarnya merujuk kepada satu keadaan di mana ada dan wujudnya “daulah” yakni satu istilah asal Bahasa Arab yang membawa maksud “wilayah dan tanah jajahan”.
Kalau difahami benar dua istilah kunci ini, apa yang ada di negeri Selangor selama hari ini tidak boleh diperkatakan sebagai “kerajaan PR” atau “kerajaan BN” kerana yang ada hanya satu iaitu “kerajaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor”.
Mungkin ada yang akan mempersoalkan hakikat ini sebagai satu bentuk “raja yang berkuasa mutlak” dan melanggar apa yang sering disalah-terjemah sebagai “perlembagaan negeri” dengan merujuk kepada dokumen “Undang-Undang Tubuh Kerajaan” yang terdapat di negeri-negeri yang mempunyai Raja dan Sultan.
Dokumen bertulis “undang-undang tubuh negeri” yang kini diguna pakai oleh semua negeri-negeri yang mempunyai Raja pada hakikatnya memperkukuhkan lagi kedudukan dan peranan Raja sebagai khalifah di wilayah mereka.
Model pertama yang dijadikan asas kepada penerimaan “undang-undang tubuh kerajaan negeri” oleh semua Raja-Raja Melayu telah disadur daripada perlembagaan bertulis pertama di Tanah Melayu iaitu “Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor” 1895.
Ianya digubal setelah Sultan Abu Bakar memerintah negeri Johor selama 34 tahun dan dianggap oleh Baginda Sultan sebagai “satu anugerah” kepada rakyat negeri Johor - sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Raja Melayu sebelum ini.
Penganugerahan perlembagaan bertulis ialah satu helah dan strategi politik Sultan Abu Bakar untuk mengekang arus deras faham modenisme dalam politik yang dibawa oleh penjajah British yang menjunjung tinggi faham “Raja Berperlembagaan” yang mereka cipta untuk menyelesaikan kemelut Raja Charles I dengan rakyat Inggeris pada pertengahan abad ke-17.
Ini kerana sejarah dan tradisi pemerintahan Raja-Raja Melayu hatta Kesultanan yang wujud seperti Khilafah Uthmaniyyah, apa yang diistilahkan sebagai “perlembagaan” itu adalah tidak bertulis dan tidak didokumenkan (harus dibedakan antara perlembagaan dan piagam yang selalunya bertulis).
Adapun istilah “perlembagaan” tidaklah tepat dalam memadankannya dengan apa yang disebut sebagai “undang-undang tubuh kerajaan”. Sering kali istilah “perlembagaan” ini difahami mengikut kerangka sekular, demokrasi liberal yang dibawa masuk dari penjajah Barat dalam terjemahan Inggerisnya “constitution” yang mana penggubalan perlembagaan adalah daripada rakyat.
Ianya amat berbeda dengan “undang-undang tubuh kerajaan” kerana para Sultan yang punya kedaulatan telah memperturunkan kuasanya sebagai pemimpin dalam bentuk “undang-undang tubuh kerajaan” sebagai satu “anugerah” kepada rakyat jelata agar dapat terlibat sama membantu Baginda Sultan dalam urusan pentadbiran negeri.
Menarik disini kalau kita dapat meneliti kembali istilah “undang-undang tubuh kerajaan” yang tidak dapat ditangkap dengan kemas dalam terjemahan penuh Inggeris - “constitution”. Apakah yang dimaksudkan dengan “tubuh kerajaan”?
Adakah ianya merujuk kepada satu perilaku untuk menubuhkan kerajaan? Tidak, ini kerana apa yang difahami oleh istilah “kerajaan” itu sudah lama tertubuh dan tersimpan kemas dalam diri seorang pemimpin yang bergelar Raja atau Sultan.
Dokumen undang-undang tubuh kerajaan itu ialah satu bentuk penzahiran kuasa kerajaan yang telah lama memiliki “roh” atau “lembaga” yang memerlukan “badan”.
Maka perbuatan untuk menjadikan lembaga itu sesuatu yang tampak adalah dengan mengapitkan istilah “lembaga” dengan imbuhan “per-” di awal kata, dan “-an” di hujungnya yang menghasilkan istilah baharu yang membawa makna “perbuatan” sekaligus “benda” (action-cum-object) seperti “pemerkasaan”, “persaingan”, dan “perjanjian”.
Faham sebegini bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam kerana ianya amat mirip dengan Ayat Al-Qur’an dalam Surah al-A’raf, ayat 172 di mana ketika insan masih dalam bentuk Ruh, sebaik saja kita bersaksi di hadapan Allah SWT akan hakikat insan sebagai hamba dan Allah SWT adalah “Rabb”, Allah SWT mengurniakan kuasa dan rahmah-Nya kepada insan yang masih dalam bentuk Ruh dengan anggota badan untuk kita menjadi satu makhluk yang sempurna (ahsani taqwim [Qur’an - 95:4]) bagi menunaikan tugas khalifah di muka bumi (inni ja’ilun fi al-ardi khalifah [Qur’an - 2:30]).
Dalam setiap warta kerajaan negeri, seperti contoh Selangor, pasti akan tertulis dalam titah Baginda Sultan frasa “Dengan kurnia ALLAH, pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan kepada Beta” yang menunjukkan bahawa kedaulatan Sultan Selangor adalah di atas undang-undang tubuh kerajaan kerana Baginda Sultanlah yang memperturunkan kuasa yang baginda perolehi daripada kurnia Allah SWT kepada undang-undang tubuh kerajaan yang menjadi dasar kepada pengatur caraan dan perjalanan kerajaan negeri yang digalas-bantu oleh wakil-wakil rakyat yang dipilih melalui sistem pemilihan demokrasi.
Maka titah raja bukanlah kata-kata yang tiada asas apatah lagi omongan kosong sebaliknya bersifat terikat secara perundangan (legally binding) selagi mana tidak menyalahi Shari’ah Islam dan wajib ditaati oleh sekalian rakyatnya sesuai dengan firman Allah SWT: “taatilah Allah, Rasul dan pemimpin-pemimpin (ulil amri) yang dilantik di kalangan kamu (Quran - [4:59]).
Tidaklah sesuatu yang menghairankan untuk kita mengaitkan sistem beraja yang ada pada hari ini sebagai satu kesinambungan daripada sistem pemerintahan khalifah seperti mana penjelasan ahli sejarawan besar Islam, Ibn Khaldun dalam kitab masyhurnya al-Muqaddimah bahawa secara tabi’i, selepas zaman kekhalifahan, yang menjadi penerus dan paling dekat dengan sistem pemerintahan khalifah adalah sistem pemerintahan beraja (al-mulukiyyah).
Walaupun tidak sesempurna sistem dan zaman pemerintahan khalifah yang diberi petunjuk (al-khalifah al-rashidah) yang empat di bawah Saydina Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali, sistem pemerintahan beraja telah menjadi pilihan utama dan telah mewarnai sejarah peradaban Islam di seluruh dunia Islam selama ribuan tahun bagi meneruskan amanah kekhalifahan dan kepimpinan Islam seperti yang wujud dalam Kesultanan dan Khilafah Umayyah, Abbasiyyah, Mughal, Uthmaniyyah, juga di kalangan Kerajaan Raja-Raja Melayu dari Kedah sampailah ke Pasai, dari Acheh turun ke Lingga - orang Islam di rantau ini telah makmur dinaungi kedaulatan dan kerajaan Raja-Raja Melayu. Hanya selepas datang British, kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu semakin mengecil atau lebih teruk seperti di Republik Indonesia terus dihapuskan walaupun “keraton” (istana) masih hidup tetapi tiada berkuasa.
Kedaulatan Raja-Raja Melayu dalam konteks Raja Berperlembagaan di Malaysia pada hari ini tidak boleh disempitkan dan disamakan peranan Presiden yang ada di negara-negara tidak beraja atau republik.
Almarhum Sultan Azlan Shah ketika baginda menjadi Ketua Hakim Negara pada tahun 1986 telah menjelaskan bahawa “ianya adalah satu kesilapan untuk memikirkan bahawa peranan Raja adalah sama seperti jawatan Presiden [yang wujud dalam kerajaan jenis Republik] yang terikat dan dibatasi dengan apa yang telah tertulis dalam perlembagaan. Peranan Raja jauh lebih tinggi daripada apa yang tersurat di dalam perlembagaan”.
Dalam hal yang melibatkan urusan tempatan, Sultan dan Majlis Diraja Negeri - yang mana asasnya berpunca daripada majlis penasihat diraja yang wujud dalam sistem pentadbiran Islam iaitu “ahl al-hal wa’l-’aqdi”(ahli yang melucutkan dan mengikat) punya kuasa penuh dalam perkara tersebut.
Wakil rakyat yang dilantik melalui mekanisme demokrasi berparlimen dan penduduk di negeri Selangor yang lahir atau bermastautin secara tetap yang mana dalam kad pengenalan mereka mempunyai kod no. 10, 41, 42, 43 dan 44 adalah rakyat (subject) kepada Sultan Selangor, pada masa yang sama merupakan warganegara kepada negara-bangsa Malaysia.
Kerajaan negeri Selangor adalah ke-RAJA-an Baginda Tuanku yang telah tertubuh lama jauh sebelum wujudnya negara-bangsa bernama Malaysia.
Ketaatan rakyat kepada raja-raja Melayu adalah bersyarat dan dipandu oleh hadis Nabi SAW: “tiada ketaatan kepada makhluk untuk perkara maksiat kepada Pencipta/Tuhan Seluruh Alam” yang mana menjadi asas kepada faham “Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah”.
Sebab itu juga tautan Shari’ah Islam amat jelas dalam pelantikan jawatan-jawatan penting dalam Kerajaan Negeri, di mana istiadat angkat sumpah mengikat ahli majlis pertama-tama sekalinya dengan Allah dan Rasul, kemudian barulah kepada Sultan.
Kedaulatan yang dimiliki Sultan amat bergantung kepada ketaatan baginda kepada Allah dan Rasul selagi mana baginda tidak kufur secara terang-terangan.
Dalam era demokrasi liberal dipaksa masuk ke dalam negara-negara dan peradaban yang sudah ribuan tahun berdaulat seperti tanah jajahan dan daerah takluk Raja-Raja Melayu, adalah amat penting untuk umat Islam khususnya bangsa Melayu meneliti kembali warisan peradaban iaitu Institusi Kesultanan dan Kerajaan Melayu yang merupakan salah satu institusi Islam yang bertindak sebagai benteng kepada faham sekularisasi penuh melalui pintu masuk politik yang telah merobek tamadun Kristian di Eropah ratusan tahun dahulu.
Sultan Johor mahu kuasa raja dikembalikan
May 09, 2016 | 09:44 AM
Sultan Ibrahim Iskandar berjalan selepas berucap di Persidangan Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Malaysia 2016 di Johor Baru pada Sabtu (6 Mei). BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sultan Ibrahim Iskandar dari Johor menggesa kerajaan supaya menarik balik pindaan dua dekad lalu ke atas Perlembagaan Malaysia yang menghapuskan kuasa raja memveto undang-undang dan kekebalan undang-undang mereka.
Dalam ucapan terbarunya mendesak lebih banyak kuasa budi bicara diberi kepada raja, beliau berkata: "Tidak wajar mengehadkan atau menghapuskan kuasa Raja atau Sultan dalam memeriksa dan memberi Perkenan Diraja bagi undang-undang." "Ini hanya mengurangkan peranan Raja dan Sultan kepada sebagai pak turut semata-mata untuk mengesahkan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya ketika merasmikan Persidangan Speaker Parlimen dan DUN Malaysia 2016 di Johor Baru pada Sabtu (7 Mei). Sembilan daripada 13 negeri di Malaysia diperintah oleh keturunan raja Melayu, yang bergilir-gilir menjadi Yang di-Pertuan Agong, atau Raja, persekutuan bagi penggal lima tahun. Mereka bertindak sebagai raja berperlembagaan manakala kuasa eksekutif terletak pada Perdana Menteri dan Kabinet di peringkat persekutuan. Beliau menambah: "Saya berharap ini dapat diperbetul." Pakatan pemerintah yang dipimpin Umno membendung kuasa raja berikutan dua krisis perlembagaan utama pada 1983 dan 1993. Yang pertama timbul apabila pentadbiran Mahathir Mohamad mengubah Perlembagaan untuk memberi Parlimen dan DUN hak membatalkan sebarang veto raja berhubung perundangan. Kuasa raja dibendung lagi berikutan dua insiden serangan pada 1992 melibatkan penjaga gol dan jurulatih hoki Johor, yang didakwa membabitkan tokoh diraja. Kerajaan meminda Perlembagaan pada 1993 untuk menghapuskan kekebalan keluarga diraja daripada undang-undang. Perubahan seterusnya bermakna Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh mana-mana badan perundangan akan menjadi undang-undang selepas 30 hari, tidak kira sama ada raja berkenaan perkenan atau tidak. Tidak jelas apakah gesaan Sultan Ibrahim itu disokong lapan keluarga diraja lain. Tetapi seruan meminda Perlembagaan itu tidak mungkin bertapak kerana pakatan kerajaan Barisan Negara (BN) sekarang menguasai dua pertiga Parlimen, peratusan yang diperlukan untuk mengubah Perlembagaan. Selain itu, tiada pergerakan popular agar hak istimewa raja dikembalikan. Kerajaan Datuk Seri Najib Razak belum respons terhadap gesaan terkini Sultan Ibrahim itu. Kuasa raja selepas Pindaan Perlembagaan 1983. |
1. Kuasa raja dalam perkara di atas telah dihapuskan oleh penggubal undang2 (parlimen) pada tahun 1983.
2. Kuasa raja itu hanya boleh dikembalikan dengan sokokongan 2/3 ahli parlimen.
3. Wujud kemungkinan pindaan semula tidak dapat diluluskan kerana sokongan ahli parlimen bukan melayu tidak dijamin dan mustahil akan diperolehi dengan mudah atas sifat mereka sendiri yang tidak suka dengan Sultan dan Orang Melayu. Ini bermakna ahli2 parlimen bukan melayu kini lebih berkuasa daripada ahli parlimen melayu bahkan daripada raja-raja melayu itu sendiri.
Kesimpulan2 lain boleh difikirkan sendiri. Persoalannya :
1. Siapakah barua yang menerajui pindaan perlembagaan 1983 itu ?
2. Siapakah barua yang selama ini mengatur dengan bodoh agihan kerusi2 parlimen dan persempadanan pilihanraya sehingga kuasa melayu dan kuasa raja2 melayu terhakis ?
3. Tidakkah pindaan perlembagaan dan persempadanan pilihanraya hanya boleh diluluskan oleh parlimen jika mendapat sokongan 2/3 majoriti di parlimen ?
4. Siapakah selama ini yang menguasai 2/3 majoriti parlimen ?
Jawapan saya ialah UMNO dan UMNO lah yang menjadi Pak Kaduk selama ini, bongkak dengan kuasa, mengatur segala percaturan kuasa hingga menggadai kuasa melayu, menggadai tanah melayu, menggadai khazanah negara termasuk air (seperti perjanjian bodoh dengan Singapura), menggadai khazanah hutan balak dan berbagai2 kebodohan lagi.
UMNO menang sorak tapi kampung tergadai. Lepas itu menyanyi lagu anak kecil bermain api, "Bumi dipijak milik orang".
BODOH PUNYA UMNO. Sekarang UMNO merayu supaya kuasa mereka dikekalkan, supaya mereka dapat meneruskan kerja bodoh mereka. - by yanaam iharunz at 10:25 AM
Aedi Asri | August 26, 2016
Peristiwa ‘Krisis Perlembagaan 1993’ berpunca daripada tindakan kerajaan ketika itu yang ingin memansuhkan kekebalan Raja-raja Melayu. KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad semalam membuat kenyataan mengejutkan – bekas perdana menteri paling lama negara itu memohon maaf atas tindakannya memansuhkan perkenan Raja-raja Melayu dalam pewartaan undang-undang, 23 tahun lalu.
Generasi seterusnya dari dalam Pagar Istana yang akan MENYAPU airmata Ayahanda dan Rakyat Mereka |
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja tidak wajar dihad atau dihapuskan, dalam memperkenan Rang Undang-undang. Sultan Ibrahim bertitah, Raja memainkan peranan penting dalam hal ehwal Dewan Negeri yang menjadikan hubungan antara Institusi Diraja, Badan Perundangan dan Badan Eksekutif saling melengkapi bagi membentuk pentadbiran yang cekap.
“Adalah tidak wajar sekiranya kuasa Agong atau Raja dalam meneliti dan memperkenankan sesuatu Rang Undang-Undang itu dihadkan atau dihapuskan. “Ia akan menjadikan peranan Agong atau Raja hanya sebagai ‘rubber stamp’ untuk menurunkan cop mohor terhadap rang yang telah diluluskan oleh Parlimen atau Dewan Negeri,” titahnya.
Baginda tuanku bertitah demikian ketika merasmikan Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia Bagi Tahun 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini. Sultan Ibrahim turut bertitah supaya, pindaan Perkara 40(1A) dan Perkara 66(4A) dalam Akta 885 Perlembagaan Persekutuan pada Jun 1994 mengenai kuasa Yang di-Pertuan Agong diperbetulkan semula.
“Jika dulu orang Melayu bersatu menentang Malayan Union apabila kuasa Raja dikecilkan tetapi kini parti politik Melayu jugalah yang menghadkan kuasa Agong. Lebih teruk lagi memaksa Agong bertindak mengikut apa jua nasihat jemaah Menteri. “Inilah pindaan dibuat Parlimen Malaysia sebagaimana Akta 885 Perlembagaan Persekutuan yang berkuatkuasa 26 Jun 1994 merampas kuasa Agong demi kepentingan politik atau individu. Saya berharap perkara ini diperbetulkan semula,” titahnya. - WARTAWAN SINAR HARIAN 7 MEI 2016
Apa berlaku antara Dr M dan Raja Melayu pada 1993?
Aedi Asri | August 26, 2016
Peristiwa ‘Krisis Perlembagaan 1993’ berpunca daripada tindakan kerajaan ketika itu yang ingin memansuhkan kekebalan Raja-raja Melayu. KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad semalam membuat kenyataan mengejutkan – bekas perdana menteri paling lama negara itu memohon maaf atas tindakannya memansuhkan perkenan Raja-raja Melayu dalam pewartaan undang-undang, 23 tahun lalu.
Peristiwa yang kini dikenang sebagai ‘Krisis Perlembagaan 1993’ berpunca daripada tindakan kerajaan ketika itu yang ingin memansuhkan kekebalan Raja-raja Melayu, seperti disebut dalam Perkara 181(2): “Tiada apa-apa pembicaraan boleh dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja bagi sesuatu negeri atas sifatnya sendiri”.
Pada 6 Disember 1992, jurulatih pasukan hoki Maktab Sultan Abu Bakar Johor, Douglas Gomez membuat laporan polis atas dakwaan dipukul Sultan Johor ketika itu, almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail. Douglas sebelumnya mengkritik Jabatan Pendidikan Johor ekoran tunduk dengan titah Sultan agar menarik diri daripada kejohanan kebangsaan. Susulan itu, Dewan Rakyat memanggil sidang khas pada 10 Disember 1992 dan timbalan perdana menteri pada ketika itu, Tun Ghafar Baba yang membawa usul agar langkah diambil bagi menyekat kekebalan golongan diraja mendapat sokongan sebulat suara 96 wakil rakyat. Pada masa sama, kempen media terhadap Raja-raja Melayu bermula.
Pelbagai dakwaan salah laku dan gaya hidup mewah golongan diraja dipaparkan bagi meraih sokongan rakyat dalam ‘perang kerajaan dengan Raja-raja Melayu’. Laporan tersebut tidak hanya menyasarkan kerabat diraja Johor kerana kerabat diraja Pahang misalnya turut dikritik atas dakwaan mendapat konsesi balak di negeri itu secara tidak adil.
Usul Ghafar turut disokong 2 parti pembangkang ketika itu iaitu PAS dan DAP, namun Semangat 46 membantahnya atas sebab ia akan melemahkan kedaulatan Raja dan ketuanan Melayu. Namun, PAS mengambil sikap berkecuali ketika undian untuk pindaan dibuat pada 19 Januari 1993, bagi menjaga hubungannya dengan Sultan Kelantan dan Semangat 46. Pindaan tidaklah semudah mendapat sokongan majoriti Dewan kerana perkenan Raja-raja Melayu masih diperlukan agar ia dapat diwartakan.
Maka kerajaan ketika itu meminda Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan yang menyebabkan setiap rang undang-undang tetap diwartakan sebagai undang-undang selepas 30 hari dibentangkan kepada Yang di-Pertuan Agong, walaupun tanpa perkenan baginda. Ada pendapat yang mengatakan pindaan tersebut tidak sah, tetapi ia berjalan sehingga hari ini dan menyaksikan pelbagai akta diluluskan, termasuk Akta Majlis Keselamatan Negara yang kontroversi itu.
Dr Mahathir minta maaf hilangkan kuasa Agong
FMT Reporters| August 25, 2016
Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu berkata Akta MKN bukan merupakan undang-undang yang tidak memerlukan perkenan istana. KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta maaf di atas tindakannya pada 1993 meminda Perlembagaan Malaysia supaya perkenan raja-raja tidak lagi diperlukan dalam mewartakan sesebuah undang-undang yang diluluskan Parlimen.
Ia susulan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diwartakan dan menjadi undang-undang mulai 1 Ogos lalu walaupun tanpa mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong. “Saya dengan penuh ikhlas memohon maaf kerana membuat pindaan tersebut yang terbuka kepada tafsiran yang berbeza,” kata bekas perdana menteri itu dalam tulisan terbaru blognya.
Bagaimanapun, beliau berkata Akta MKN yang dilihat memberikan kuasa seakan-akan darurat kepada perdana menteri itu bukan termasuk undang-undang yang tidak memerlukan perkenan Agong. “Pindaan tersebut [pada 1993] tidak melucutkan lebih 30 perkara lain di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong,” katanya. Menurut Dr Mahathir, terdapat lebih 30 perkara tersenarai dalam perlembagaan yang memerlukan kelulusan Agong tanpa perlu mendapatkan nasihat perdana menteri seperti dalam penggubalan undang-undang lain.
Katanya, kuasa berupa darurat di bawah Akta MKN sudah pun termaktub di bawah perlembagaan yang memberikan kuasa itu sepenuhnya kepada Agong seperti diperincikan di bawah Artikel 150 Perlembagaan Malaysia. “Untuk Akta ini diluluskan sebagai undang-undang persetujuan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong masih diperlukan,” tulis Dr Mahathir.
Dr Mahathir berkata Agong boleh menggunakan peruntukan di bawah Perkara 130 Perlembagaan Malaysia dengan mencabar kesahihan Akta MKN. “Peruntukan ini memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong untuk merujuk ke Mahkamah Persekutuan jika terdapat kesangsian terhadap kesahihan ataupun ketidaksahihan Akta Majlis Keselamatan Negara yang tidak pun mendapat persetujuan serta tandatangan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Akta MKN diluluskan Disember tahun lalu apabila 107 ahli Parlimen bersetuju, manakala 77 lagi menolak. Ketika dibentangkan tahun lalu, Majlis Raja-raja berpendapat beberapa peruntukan dalam rang undang-undang MKN perlu diperhalusi. Bagaimanapun, ia diwartakan tanpa mendapat perkenan Agong, berdasarkan pindaan 1993 yang diusahakan Dr Mahathir.
Akta yang berkuat kuasa pada 1 Ogos itu membolehkan perdana menteri menetapkan sesuatu kawasan sebagai “kawasan keselamatan” dengan membenarkan pasukan keselamatan memeriksa mana-mana individu, kenderaan atau bangunan tanpa memerlukan waran. Ia juga membenarkan penyiasat mengabaikan sebarang penyiasatan formal berhubung pembunuhan dilakukan polis atau tentera di dalam sesuatu “kawasan keselamatan”.
Pindaan perlembagaan 1993 berlaku susulan krisis berpanjangan dengan istana selepas insiden seorang jurulatih hoki, Douglas Gomez, dikasari Sultan Johor ketika itu, Sultan Iskandar Sultan Ismail dan puteranya Tunku Abdul Majid Idris. Ia terus mencetuskan isu mengenai kekebalan raja-raja di bawah undang-undang sedia ada, dan disusuli media melaporkan pelbagai penyelewengan di pihak istana.
AMUKANMELAYU - Berfikir sebelum bertindak....