,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 29 June 2015

KAMU ZALIM, ALLAH AKAN MENGHANTAR PEMERINTAH YANG ZALIM


Menyayat Hati Meruntun Jiwa - Rahsia Pembunuhan Gaddafi menceritakan segalanya. Masa Untuk Malaysia juga semakin hampir...


Gaddafi telah kembali kepada Tuhanya. Sama ada baik atau buruk akan diadili Yang Maha Adil. Kita yang masih hidup perlu mengambil iktibar dari kejadian dahsyat di Libya ini. Apa yang Allah kehendaki akan tetap terjadi, ia akan menjadi kertas, pena dan dakwat untuk kita pelajari sebagai panduan meneruskan kehidupan.

Islam Tercemar - Gaddafi di siksa sebelum dibunuh

Libya akan menjadi bahan terbaik untuk manusia menyelongkar rahsia pelaku kejahatan di muka bumi ini. Mereka yang cuba menguasai setiap isi bumi termasuk detik jantung manusia keseluruhannya. Kejahatan yang amat menakutkan. Itu pun jika kita tahu apa yang ada disebalik tabir rahsia Yahudi dan pertubuhan-pertubuhan dusta mereka. Sebahagian besarnya tidak tahu apa-apa.

Kita jauh tertipu. Sangkaan kita selama ini, kita bebas dari penjajah dan hidup merdeka. Dalam kecerahan kemerdekaan itulah menyusupnya penjajah baru di luar pengetahuan kita.. Bagaimanakah kita hendak maklumkan kepada rakyat terbanyak tentang bencana ini?  Kelihatan ia tersangat mustahil untuk mereka percaya.

Ramai yang tidak faham. Penjajahan kali ini bukan seperti sebelumnya. Ia adalah penjajahan Dajjal Laknatullah yang kita semua tahu fitnahnya cukup dahsyat. Berbagai ungkapan yang telah kita dengar menjurus ke arah fitnah ini. Diantaranya ialah syihir, pengawalan minda (mind control), tenaga ritual kegelapan, sosialisma, kapitalisma, sekularisma, pluralisma dan yang terbaru liberalisma. Itu semua adalah tergulung dalam satu perkataan yang kita telah dimaklumkan berkali-kali iaitu FITNAH. Malah banyak lagi yang tidak dapat kita ungkapkan di sini.

Nasib yang menimpa Mesir dan Libya kini sedang mula mengancam rakyat Syria. Mereka (Arab) terlebih dahulu menerima akibat dari tersilap memahami kebebasan yang ditawarkan. Mereka juga tidak tahu semua itu adalah gerak kerja Zionis. Andai mereka tahu, mustahil mereka akan lakukan kesilapan seperti yang terjadi. Iaitu menerima tawaran kebebasan palsu ini.

Kita juga bakal menyusuli mereka tetapi agak terkebelakang. Syukran Alaih kita masih aman dan hidup tenteram..Masanya tentu tidak terlalu lama jika dilihat apa yang terhidang di hadapan mata sekarang ini. Kita juga bakal melakukan kesilapan yang sama seperti bangsa Arab sekiranya rakyat terbanyak iaitu Melayu Islam tidak dimaklumkan mengenainya. Persoalan yang sama tetapi seperti biasa tetap tiada jawapan, walau berkali-kali diulang. Bagaimanakah caranya untuk fahamkan mereka?

Tentu ada diantara kita sudah memahami permainan Yahudi belakang tabir. Mempergunakan USA dan sahabatnya menekan Syria. Sebelum ini kita semua dihidangkan dengan berita palsu berulangkali sehingga ia membuatkan kita percaya rakyat Libya Mesir Yaman dan Syria bangun menentang pemerintah yang zalim. Ia digambarkan dengan indah sekali. REVOLUSI, perkataan yang seiring dengan peristiwa yang berlaku di benua Eropah pada era memuncaknya fahaman sosialis. Sistem anarki ditentang dan kebanyakannya telah dihapuskan.

KAMU menghinanya......adakah kamu menjadi HERO?

Mengapakah negara Libya diserang NATO? Terdapat satu kupasan yang menarik untuk dinilai. Kita bandingkan dengan apa yang ada di Malaysia.  Kita teliti pandangan Dr Sulaiman.

Berkenaan Presiden Gaddafi ini, saya nak cerita sedikit. Mengikut saluran berita alternatif iaitu www.Libya_whatreallyhappened.com, Presiden al-Gaddafi adalah ketua yang paling baik di benua Afrika.

Darjat kehidupan ‘standard of living’ di Libya adalah yang paling tinggi di Afrika.

Yang kedua, Presiden Gaddafi telah membuat perjanjian, setiap rakyat di Libya akan diberi rumah. Sehingga ia terlaksana, ibunya sendiri TIDAK akan diberi rumah. Maka ibunya baru diberi rumah selepas semua rakyat diberi rumah. Dan setiap rumah diberi elektrik percuma.

Pemuda yang baru kahwin diberi 5,000 ribu dollar. Adakah perkara seperti ini berlaku di negara lain?

Sesiapa rakyat yang membeli motokar diberi subsidi. Kalau motokar itu berharga 20,000RM, kerajaan Libya akan memberi subsidi 10,000RM.

Siapa yang meminjam wang daripada bank, bank tidak AKAN MENGGENAKAN RIBA ATASNYA. Tidak ada negara lain yang buat seperti itu melainkan di Arab Saudi.

Menurut perhitungan BANKSTERS ANTARABANGSA amalan tanpa riba akan menjejas keuntungan mereka. Sistem sosialis humanisme digalakkan tetapi urusan bank ribawi jangan sekali-sekali diusik. Bank ribawi adalah ciptaan dan tajaan datuk nenek BANKSTERS semenjak tamadun BABYLON lagi.

Kita jangan lupa, Kolonel Gaddafi adalah yang melakukan keganasan menghapuskan kerajaan beraja di Libya pada masa 40 tahun dahulu. Tapi sekarang, dia pula menjadi raja nasionalis tempatan. Dia melanggar program NWO.

Pada bulan Februari tahun 2011, pada permulaan tahun ini, Presiden Gaddafi mengisytiharkan bahawa minyak Libya hanya akan dijual dengan pertukaran emas Dinar.

Jadi, pertukaran ini dianggap sebagai satu tamparan hebat kepada THE BANKSTERS .

Maka pada bulan Februari NATO MENDARATKAN pasukannya di daerah Benghazi untuk memulakan rusuhan dengan melepaskan 214 orang tahanan al-Qaedah yang dipenjarakan di Benghazi.

Tidak ada revolusi popular di Libya. Kerana tidak ada sebab mereka tidak setuju dengan pemerintahan Gaddafi. Kalau Gadaffi dituduh menyimpan 9 bilion di London, tapi rakyatnya sudah menjadi selesa.

Beliau juga membuat projek mega bernilai 33 billion, menyalurkan air ke padang pasir. Projek ini akan menyalurkan air kepada 70 peratus penduduk Libya. Tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia, projek saluran air sebesar 33 billion ini.

Ia adalah satu kejayaan yang sangat besar. Satu projek yang popular yang membina!

Kenapa pendokong Hak Asasi Manusia ini sering berselindung di sebalik perkataan rakyat ?

Yang sebenarnya, rakyat tidak mahu projek BANKSTERS ANTARABANGSA INI. Mereka adalah lintah darat yang paling ganas. Along yang paling rakus. Pembunuh yang paling kejam.

Jika rakyat dunia tahu rancangan ad-Dajjal itu, tentulah mereka tidak akan bersetuju dengan mengadakan Pertubuhan UN, WHO, IMF, WORLD COURT seperti mana yang ada sekarang.

Pertubuhan tersebut adalah pertubuhan topeng BANKSTERS. Apabila berlaku serangan jenayah keatas Iraq dan Libya semua bertubuhan ini buat diam sahaja.

Yang ajaibnya mereka ini juga menaja HAK ASASI DI MESIR, DI SYRIA, DI YEMAN, DI THAILAND, DI BURMA DAN DI MALAYSIA.


Mereka menggunakan NAMA ‘rakyat’ sebagai perisai. Yang anehnya pertubuhan AL-IKHWAN AL- MUSLIMOON di Mesir membantu kerja-kerja jahat BANKSTERS ini.

Kalaulah rakyat Mesir, tahu siapa di belakang al-Ikhwan ini tentu sekali ketua-ketua al-Ikhwan akan kena gantung.

Di Libya, pertubuhan al-Qaeda digunakan oleh CIA untuk menjatuhkan Kerajaan Gaddafi. Apabila Presiden Libya menyerah diri, dia diseksa dahulu sebelum dibunuh!

Di manakah hak asasi manusia di bawah "Declaration of  Human Rights" itu. Tentera NATO daripada Perancis, England dan Amerika digunakan oleh BANKSTERS.

Jadi, rakyatlah yang menjadi mangsa kepada slogan ‘Hak asasi Manusia’. Sebenarnya tidak ada Pakatan Rakyat. Yang ada adalah PAKATAN GANGSTERS DAN PAKATAN PENIPU RAKYAT.

Rakyat menjadi mangsa. Maksudnya menggunakan slogan rakyat itu untuk menarik sokongan rakyat ?

Ya. Akhirnya rakyat menjadi mangsa kepada penipuan global ini.

Peperangan saudara berlaku di Iraq, di Mesir, di Yeman, di Bahrin, di Thailand, di Burma atas nama hak asasi rakyat. Cerita ini memilukan hati kita. Kita perlu sebarkan maklumat yang betul ini.


Arab Membunuh Arab Untuk Yahudi

Perayaan pembunuhan Gaddafi bakal
bertukar menjadi mimpi buruk rakyat Libya

Pendedahan Dr Sulaiman Noordin - Terima kasih AIDC


Semoga setiap Muslimin panjatkan syukur ke hadirat Allah Subhana wa Taala kerana kasih sayangNya. Allah masih menangguhkan bencana dahsyat ini. Kita masih dibenarkan hidup dalam keadaan aman damai. Pertahankanlah sisa-sisa kedamaian ini dan berusahalah semampu mungkin agar malapetaka tidak menjamah tanah air tercinta ini. Halanglah ejen musuh yang berusaha untuk menjatuhkan agama suci dari genggaman kita. Amin.


Berilah kesedaran kepada yang belum tahu.. satu kebajikan yang tak ternilai.

Jutaan Belalang Serang Libya Selepas Gaddafi Meninggal

Tentera Allah
TRIPOLI: Kebangkitan penduduk Arab yang digelar ‘Arab Spring’ yang menyaksikan kejatuhan Muammar Gaddafi sebagai pemimpin Libya mungkin memberi kesan yang tidak disangka-sangka di rantau Afrika Timur.Ini berikutan amaran pakar pertanian mengenai ancaman belalang juta yang bakal bergerak dari Libya ke negara jirannya.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) memberi amaran, beratus ribu belalang membiak dan bergerak ke seberang sempadan yang tidak lagi dipantau kerajaan Libya berbanding ketika pemerintahan Gaddafi.
Pakar kini percaya, kawasan penanaman di Niger dan Mali kini terancam apabila kelompok belalang juta itu bergerak dari Libya dan Algeria.
Kemunculan serangga itu akan memberi bencana kepada ekonomi Mali dan Niger kerana ia berupaya memusnahkan kawasan tanaman besar dalam masa singkat. Dua negara itu terletak dekat Libya dan Algeria.Keadaan itu disebabkan program kawalan serangga yang berkesan dilaksanakan ketika Gaddafi memerintah sudah lenyap sejak kematiannya.

Pemimpin Libya itu dibunuh pemberontak pada Oktober tahun lalu menyebabkan beribu-ribu kilometer kawasan tanah tidak terjaga.Serangga bersayap itu mampu makan dengan banyak setiap hari dan ia semakin banyak serta boleh hidup di seluruh Afrika Utara disebabkan faktor kematian Gaddafi.Pegawai kanan peramal belalang juta FAO, Keith Cressman memberitahu akhbar Financial Times: “Kejatuhan Gaddafi memang faktor besar. Ia mengurangkan keupayaan Libya untuk memantau dan bertindak balas seperti biasa.”

Kawalan keselamatan di sempadan Libya kemudian banyak berkurangan di sempadan di antara Libya dan Algeria yang antara lain menyaksikan kegagalan menyembur racun bagi menghalang belalang juta mengganas.Banyak kelompok belalang juta dilaporkan berkumpul sekitar Libya dan Algeria bulan lalu selepas hujan lebat yang membantu menghasilkan pokok yang menjadi makanannya.– Agensi
 

Image result for gaddafi

GADDAFI YANG DI GERUNI ILLUMINATI:
Gaddafi - Pemimpin Libya Yang DiGeruni Freemason
Muammar Gaddafi dikenali ilmuwan Islam sebagai dermawan. Banyak pertubuhan-pertubuhan Islam di seluruh dunia yang dibantu olehnya dengan material dan latihan. Membiayai membangun masjid-masjid, gedung-gedung dan sebagainya.
Pemimpin Libya yang digelar “Iron Fist” Oleh pemimpin barat yang di kepalai oleh Obama telah pun ‘terkorban’ dalam peperangan yang berlarutan selama 8 bulan.
‘Mayatnya’ pula telah dimalukan di hadapan orang ramai dan di letakkan di dalam pasar raya. Muammar Gaddafi telah memerintah Libya selama 42 tahun tetapi inilah harga yang dibayar oleh NATO, UN terhadap beliau.
Dan selama 42 tahun ini, sebahagian media barat telah mengecop Muammar Gaddafi adalah pemimpin Islam yang tidak membawa apa-apa kebaikan dan perubahan kepada rakyat Libya.
Amerika pula mahu menjadi hero, kononnya Amerika sahajalah negara yang mengaplikasikan demokrasi, negara Islam (kaya dengan minyak) semudahnya di label sarang pengganas. Inilah yang terjadi di Iraq dulu. Kuasa beralih tetapi kehidupan rakyat terus tertindas dan Islam makin ditinggalkan.
Kita dimomokkan selama 42 tahun pemerintahan Muammar Gaddafi, beliau banyak melakukan pembunuhan, kaki perempuan dan diktator yang mempunyai kuasa veto. Betul ke semua ini?
AWAS.. Jangan mudah termakan fitnah Dajjal. Ini adalah perancangan hebat Rothschild yang mengawal media.
Pada tahun 1951, Libya adalah negara paling miskin di dunia. Tetapi selepas pentadbiran Muammar Gaddafi selama 42 tahun ini yang mereka dapat
1. Tidak ada bil elektrik di Libya. Elektrik adalah percuma untuk semua rakyat
2. Tidak ada faedah ke atas pinjaman, bank-bank di Libya adalah milik negara dan pinjaman yang diberikan kepada semua rakyat di 0%
3. Rumah dianggap sebagai hak asasi manusia di Libya. Gaddafi berikrar bahawa ibu bapanya tidak akan mendapat sebuah rumah sehingga semua orang di Libya mempunyai rumah. Bapa Gaddafi telah meninggal dunia, sedangkan dia isterinya dan ibunya masih tinggal di dalam khemah.
4. Semua yang baru berkahwin di Libya menerima Dinar $60,000 (US$ 50,000) oleh kerajaan untuk membeli pangsapuri pertama mereka untuk membantu memulakan keluarga
5. Pendidikan dan rawatan perubatan percuma di Libya. Sebelum Gaddafi hanya 25 % Libya celik pendidikan. Hari ini, angka itu adalah 83%
6. Sekiranya Libya ingin mengambil pertanian sebagai kerjaya, mereka akan menerima tanah pertanian, sebuah rumah pertanian, peralatan, benih dan ternakan untuk memulakan pertanian secara percuma.
7. Jika Libya tidak dapat mencari kemudahan pendidikan atau perubatan yang mereka perlukan di Libya, dana kerajaan akan menaja sepenuhnya warga Libya ke luar negara kerana ia bukan sahaja percuma tetapi mereka mendapat tempat penginapan US$ 2,300 sebulan dan elaun kereta
8. Jika penduduk Libya membeli sebuah kereta, kerajaan akan subsidikan 50% daripada harga petrol
9. Harga petrol di Libya ialah $0.14 (N22) per liter.
10. Libya tidak mempunyai hutang luar negeri dan jumlah rizabnya $150 bilion sekarang dibekukan di seluruh dunia
11. Jika penduduk Libya tidak berjaya untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian, kerajaan akan membayar gaji purata profesion seolah-olah dia bekerja sehinggalah pekerjaan berjaya diperolehi.
12. Sebahagian jualan minyak Libya, dikreditkan terus ke akaun bank semua rakyat Libya.
13. Seorang ibu yang melahirkan anak menerima AS$ 5,000
14. Gaddafi menjalankan projek pengairan yang terbesar di dunia, yang dikenali sebagai projek “Great Man Made River“, untuk membekalkan air sedia ada di seluruh negara padang pasir.
(Gambar) Muammar Gaddafi yang muncul pertama kali di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-64 setelah 40 tahun menolak untuk menghadirinya, mempamerkan ketegasan dengan menyelar badan dunia itu atas apa yang disifatkannya sebagai ketidakadilan dan berat sebelah.
Pemimpin Libya itu mengejutkan perhimpunan tersebut apabila menunjukkan aksi mengoyak buku piagam PBB dan kemudiannya melemparkan buku ke podium sebagai tanda protes terhadap kelemahan PBB

RAKYAT SENDIRI YANG MENEMPAH CELAKA
Tiba-tiba terdetik di hati apabila melihat satu gambar (dibawah) terpampang di mata. Sayu hati ini melihat keadaan sebuah negara yang mewah, aman dan serba serbinya lengkap tetapi akhirnya tumbang akibat hasutan dan permainan saraf anasir-anasir luar kepada rakyat negara itu.

Terpanggil rasanya Ibnu untuk menulis setelah sekian lama mendiamkan diri bila melihat rakyat di negara ini sudah mula menghadam setiap hasutan dan permainan saraf yang didalangi oleh anasir luar dan dimainkan oleh sesetengah pemimpin negara ini.

Dengan permainan kenaikan harga barangan keperluan dan barangan BUKAN keperluan, dengan permainan akidahnya, dengan permainan perkaumannya, semua ini menjurus kepada satu keadaan dimana negara berkemungkinan terpaksa menelan kenyataan "kita bakal lalui sepertimana gambar diatas".

Sejenak Ibnu menarik perhatian pembaca, Libya, dibawah pemerintahan diktator (kononnya) berjaya mengubah lanskap sebuah negara yang tandus menjadi sebuah negara yang subur dan kaya. Dengan bermodalkan bahan api iaitu minyak, beliau berjaya membawa Libya ke mata dunia.

Pada mulanya permainan saraf dimainkan hanya untuk memburukkan Presidennya iaitu Muammar Gaddafi (Allahyarham) dengan mengaitkan beliau dengan keganasan antarabangsa. Tapi nampaknya, rancangan itu tidak sesempurna yang dirancangkan maka diubah pula strategi dengan menghasut rakyat agar membenci pemerintah.

Nah! Hasilnya bersamaan 21hb Ogos 2011, pemerintahan Gaddafi tumbang oleh gerakan pemberontakan rakyatnya.

Tetapi apa yang Ibnu hendak tekankan disini adalah apa sudah jadi Libya selepas itu dan apakah relevannya keadaan disana dengan negara kita?


Sudah menjadi adat, tiada satupun peperangan samada diserang dari luar ataupun dari dalam, negara itu akan mengalami proses damai sesegera yang mungkin. Ekonomi merundum, politik tidak stabil dan sudah pastinya pembangunan infrastuktur sudah hancur luluh dek bedilan mortar.

Mungkin ada dikalangan rakyat kita mahukan sedemikian. Hanya terhadam hasutan murahan sesetengah pemimpin maka mereka cuai dan lupa akan sejarah sahih apa yang berlaku di Libya. Itu tidak termasuk di Iraq, Syria, Palestin dan lain-lain negara yang terlibat dengan kancah peperangan.

Demi dendam, demi ketidakmatangan politik dan demi kedunguan maka sanggup mereka turun berdemo untuk menjatuhkan pemerintahan sah sekarang. Pada hal, mereka mempunyai peluang iaitu setiap 5 tahun maka pilihlah kerajaan mana yang sesuai. Tidak perlu budaya yang bisa memporak perandakan negara sehingga terpaksa mengambil tempoh yang panjang untuk membaikinya semula.

Kurang Ajar.....

Itulah salah satu permainan saraf pihak-pihak anasir luar yang mahu merobek kestabilan ekonomi dan politik negara ini. Mempergunakan apa sahaja peluang yang ada demi untuk melihat empayar Malaysia tumbang maka dengan secara tidak rasminya empayar Melayu terakhir didunia akan pupus di telan zaman.

Wallahualam..


AMUKANMelayu - Percayalah.......ISLAM takkan SELAMAT di bawah pentadbiran KAFIRUN....ingatlah PESAN RASULLULLAH dan PERINGATAN ALLAH.