Disaat PADERI BESAR Russia menangis melihat perkembangan Islam di Russia, kita pula bergelut dengan DAKWAH KERISTIAN yang melampau. Kenapa terjadi begini? Semuanya ini adalah di sebabkan KUASA POLITIK yang melampau. Dan yang menyedihkan ada dari kalangan Orang Islamelayu sendiri yang menjadi BARUA kepada kerja-kerja POLITIK ini yang menjurus kepada PENDAKWAHAN Keristian kepada Orang Melayu melalui POLITIK yang licik.
Sedangkan di Rusia di jangka bakal menjadi sebuah negara
Islam dalam 10 atau 20 tahun akan datang.......... dalam populasi Islam di Rusia
adalah 15% daripada penduduknya 2 tahun lepas satu kajian telah menyatakan bahawa sudah lebih 31 peratus majoriti etnik Rusia adalah umat Islam :
“Russia’s
increasingly confident Muslims, who constitute a majority of 57 out of
the country’s 182 ethnic groups, have started to use the term Muslim Russia to signal their ambitions” (baca sini).
Seorang Paderi Besar Katholik Ortodoks, Dmitri Smirnov (gambar di bawah), menyampaikan satu khutbah gereja yang menggemparkan di depan ratusan jemaahnya.
Dia mengatakan masa depan Rusia akan menjadi milik orang Islam. Berikut ini isi ceramah kepada jemaahnya di gereja:
Dimana kamu boleh melihat pemeluk Kristian seluruh dunia, boleh
beribadah bersama? Dan hal itu tidak ada dalam Kristian, kamu tidak akan
pernah melihatnya. Lihatlah mereka, orang Muslim kerap membantu dengan sukarela tanpa berharap ganjaran, tapi pemeluk Kristian malah sebaliknya.
Kamu tanyakan pada wanita tua itu (sambil menunjuk wanita yang lumpuh yang berada di gerejanya). Menurut wanita tua itu, seorang pemandu Muslim sering menyediakan kenderaannya untuk menghantarnya ke gereja di Moscow.
Dan setiap wanita tua itu ingin
memberinya upah, tapi pemandu Muslim selalu menolaknya dengan alasan
bahwa Islam melarang mengambil upah pada wanita lanjut usia, orang
miskin, dan anak-anak yatim. Dengarlah pengakuannya, padahal wanita
tua itu bukan ibu atau kerabatnya, tapi pemandu Muslim mengatakan dalam
Islam wajib menghormati orang yang lebih tua, apatah lagi orang tua yang
lemah dan tak berdaya tersebut.
Keikhlasan peribadi pemandu Muslim
tersebut tidak ada ditemui dalam pemeluk Kristian yang mengajarkan
kasih, tapi pemandu Kristian dengan tanpa belas kasihan meminta upah
atas tugas menghantar wanita tua itu. Dia mengatakan layak mendapat upah
kerana kerjanya adalah sebagai pemandu.
Seorang Muslim itu lebih dekat dengan
wanita tua itu, tetapi orang Kristian hanya inginkan duit. Apakah anda
tidak merasakan ini?
Bagaimana dalam proses penebusan dosa,
semua orang perlu membayar kepada pendetamu, entah orang itu miskin atau
warga tua, wajib membayarnya sebagai ritual pengampunan dosa. Lihatlah juga, seorang Muslim tidak
tertarik untuk mengambil upah pada orang-orang tua. Mereka begitu ikhlas
dengan sukarela membawakan barang-barang serta belanja wanita tua itu. Sampaikan si wanita tua itu hendak berdoa ke gereja, si pemandu Muslim itu setia menghantar dan menjemputnya.
Inilah kenapa saya mengatakan masa depan
Rusia akan menjadi milik majoriti pemeluk Islam dan negara ini akan
menjadi milik Islam. Hadirin lihat peribadi yang berbudi luhur dan
santun, mampu membuat dunia tercengang, ternyata akhlak Muslim lebih
mulia daripada jemaah Kristian. Anda mendengar bahawa Islam dituduhkan
sebagai agama pengganas, tapi itu hanya isu belaka yang pada
kenyataannya umat Islam lebih mengutamakan adab serta kesopanan.
Walau mereka difitnah sebagai pengganas,
tetapi populasi jumlah mualaf di Eropah dan Rusia makin ramai
berkunjung ke tempat ibadah orang Muslim untuk memeluk Islam, kerana
para mualaf tahu betul bahawa Islam tidak sekejam yang dunia tuduhkan. Sekarang dan selamanya, masa depan Rusia
akan menjadi milik umat Islam. Di masa depan adalah kembalinya kejayaan
Islam. Lihat populasi Muslim di Rusia, telah berjumlah 23 juta dan
pemeluk Kristian mengalami penurunan menjadi 18 juta, dan selebihnya
adalah komunis.
REMAJA Islam Russia |
Ini sebuah fakta bahawa Islam sekarang
menjadi agama terbesar di Rusia. Di utara bekas pecahan negara Soviet
Union majoriti Muslim iaitu Republic of Chechnya, Pakistan, Kazakhstan,
Uzbekistan and Dagestan. Lalu umat Islam telah merebak di kota-kota
besar Rusia termasuk Moskow. Imam Besar mengakhiri khutbahnya dan
turun ke mimbarnya dengan mata yang berair, sementara itu para jemaahnya
masih terpaku dan haru, tidak menyangka seorang Imam Besar Katolik juga
mengagungkan orang Muslim.
Sebahagian jemaah ada yang menangis melihat cara ajaran Islam, ternyata berbudi luhur dan tidak layak di sebut “pengganas”.
Dalam surah Ali Imran ayat 26,
Rasullullah SAW pernah berdoa kepada Allah SWT agar Raja Rom dan Persia
menjadi umatnya. Kemudian diturunkan ayat 26 dari Surah Ali Imran. Dalam surah Ali Imran ayat 28, Allah SWT
berfirman tentang hubungan antara orang beriman dan orang kafir. Kisah
ayat ini diturunkan untuk mengingatkan orang Islam dan juga orang kaum
Nasara Najhan yang tidak mempercayai kerasulan Nabi SAW kerana
mengganggap Nabi Isa Iebih mulia. Kejadian itu berlaku selepas umat
Islam memenangi peperangan Badar.
Menurut Tabrani dalam Al Ausat, dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW telah mengambil tangan Ali dan bersabda:
“Akan keluar dari sulbi ini pemuda yag
memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang
demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim, dia datang
dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi “.
(Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)
Dari Tsauban RA, dia berkata, telah
bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah
Timur, seolah olah hati mereka kepingan kepingan besi. Sesiapa mendengar
tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada
mereka sekalipun merangkak di atas salji. (Dikeluarkan dari Al Hasan bin
Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim) (dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh
Imam Sayuti)
Bukan sahaja di Russia, di Eropah dan
Amerika Syarikat, Islam juga menjadi agama yang pesat berkembang. Di
Perancis misalnya, jumlah umat Islam dijangka akan bertambah sehingga 50
juta orang.
Apakah Rusia bakal menjadi pencetus
kebangkitan Islam pada akhir zaman ini? Jika Nabi SAW pernah berdoa agar
Rom dan Persia menjadi umatnya maka tidak salah rasanya umat Islam hari
ini berdoa agar Rusia, Eropah dan Amerika Syarikat sendiri menjadi
tempat kebangkitan umat Islam akhir zaman ini. Wallahualam, moga Allah
SWT permudahkan segalanya.
Di akhir zaman ini, pelbagai cabaran dan
dugaan datang terhadap umat Nabi Muhammad SAW. Ada provokasi dan
cabaran yang cukup kuat. Jika tidak ditanggani dengan hikmah dan
bijaksana maka ianya bakal menghancurkan umat Islam secara
keseluruhannya. Perangkap yang dibuat amat halus.
Umat Islam di Malaysia perlu mengambil
pengajaran dan pedoman kisah kisah yang sudah berlaku sebelum ini.
Banyak kisah sudah diceritakan dalam Hadis dan Al Quran. Bersamalah kita
mengambil pengajaran.
TERBONGKARNYA AGENDA KRISTIAN UNTUK MALAYSIA DI JERUSALEM......
TERBONGKARNYA AGENDA KRISTIAN UNTUK MALAYSIA DI JERUSALEM......
Seorang ustaz yang juga merupakan seorang pendakwah yang terkenal dan sering muncul dalam progam keagamaan di kaca televisyen, sering ke Palestin membawa rombongan pelancong muslim melawat Baitulmuqaddis serta menjelajah bumi para Anbiya'. Beliau adalah Ustaz Muhammad Al-Amin juga seorang blogger popular yang sering menjadikan usaha dakwahnya di peringkat antarabangsa sebagai pengisian di dalam blognya, http://www.ustazamin.com.
Kunjungan beliau ke sana baru-baru ini meninggalkan kesan yang cukup
mendalam dan pahit di lubuk hatinya.... Mari kita ikuti apa sebenarnya
yang berlaku terhadap beliau di sana......
Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.
Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.
Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk ke dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa.
Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel.
Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut.
“Muhammad, mari sini” katanya.
“Kenapa?” tanya saya agak kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada suaranya, agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada saya.
“Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan dari Malaysia” terang Mahmood.
“Oh ye ke!” saya agak gembira mendengar berita itu.
“Tapi mereka rombongan Kristian” kata Mahmood lagi.
“Ye ke, ah, di sinikan banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka nak ziarah” kata saya.
“Sepanjang perjalanan dari border Jordan-Israel, mereka memang mengutuk Islam dan sangat tidak puas hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka memang anti Islam” Mahmood Menambah.
“Mereka tak tahu aku Islam, mereka ingat aku Kristian” Mahmood semakin rancak berbual dengan saya di satu sudut di bahagian tangga.
“Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka Islam” kata saya tenang.
“Tak, mereka ini lain, mereka memang anti Islam di Malaysia” terang Mahmood bersungguh-sungguh.
Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini. Selama berhari-hari kami di hotel yang sama, berselisih di dewan makan, memang rombongan ini tidak menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia, duduk di Malaysia.
Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia.
Ada juga kami ingin menegur siapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin.
Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri. Saya tidak mengambil perhatian apa yang berlalu walaupun pada tiap-tiap malam, Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati mereka pada Islam di Malaysia. Mahmood memarahi saya…
“Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?”
Apa yang mampu saya jawab hanyalah…“berpecah, dan ramai yang berpecah…”
Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, “apa nak jadi, jadilah…”
Ya, kurang rasa sensitiviti….
Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas……
1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…
Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.
Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.
Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini. Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.
Tulisan itu berbunyi......
Decree For Malaysia,“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”
TRANSLATE - (Dekri Bagi Malaysia, "Kami dekri dan mengisytiharkan bahawa Malaysia akan menjadi" Rainbow Nation "dalam seding missonaries untuk membawa Injil kepada bangsa-bangsa sekitar dan juga menjadi pintu masuk untuk membuka pintu kepada pendakwah di luar untuk memberitakan Injil di sini ..")
Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.
Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.
Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.
Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.
Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.
Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.
Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai ahli politik yang punyai kepentingan.
Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka.
Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:-
1. Bagi pendakyah Kristian, jangan pandang rendah kemampuan pendakwah Islam yang tidak berkepentingan di Malaysia. Kami para pendakwah dan orang-orang yang ikhlas akan tetap mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia sama ada menang atau kami mati di dalam usaha ini.
2. Malaysia bukan milik orang politik yang ada kepentingan yang menyokong tindakan kamu kerana harapkan sokongan, Malaysia di dokong oleh ramai pejuang agama Islam, bangsa muslim dan tanah air umat Islam. Kalau orang politik sibuk dengan perpecahan mereka, maka perjuangan itu tetap dibahu oleh umat Islam dari bidang lain.
3. Bagi umat Islam di Malaysia, ini bukan gimik popular, saya bukan ahli politik yang inginkan popular, Biarkan ahli politik bergaduh sesama mereka, yang boleh kita damaikan, kita damaikan atau sedarkan dengan apa cara sekalipun. Perpecahan ini satu yang sangat merugikan. Orang Kristian berbincang hingga ke luar negara merancang untuk mengkristiankan Malaysia, kita hanya menafikan dan hilang sensitiviti.
4. Bagi sahabat-sahabat dari Jabatan Agama Islam, anjurkanlah banyak program-program untuk menjaga dan mengawal umat Islam di Malaysia, bahagian zakat jangan berbangga dengan jumlah kutipan, tetapi usahakan untuk kepentingan umat Islam melalui lapan asnaf seperti yang disebut dalam al-Quran.
5. Bagi semua penguatkuasa agama. Jangan percaya dengan zon selesa yang dibisikkan dan penafian yang dicanangkan oleh orang berkepentingan. Jalankan pemantauan dan penguatkuasaan menurut enakmen yang telah diputuskan.
6. Bagi orang kaya, tolong infak harta untuk menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah sentiasa bersama anda sekelian.
7. Bagi sekelian yang membaca, kita umat Islam terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan Islam, adakah orang bukan Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita? Jalankanlah tugasan masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua, semoga Allah membantu usaha kita.
Semoga pendedahan ini memberi inspirasi pada saya untuk terus membantu Islam, yang ingin bersama mari, yang mahu mencebek dan tidak percaya silakan, yang mahu berfikir, renungkan dan yang mahu mendokan, doakan semua umat Islam di Malaysia agar terpelihara dari agenda global orang kafir.
Patah sayap bertongkat paruh, memperjuangkan dan mempertahakan Islam akan tetap menjadi keutamaan di dalam hidupku, biar berputih tulang, jangan berputih mata…
Al-Fatihah untuk seluruh pejuang Islam terdahulu, tuan-tuan guru kita terdahulu dan pahlawan Islam Nusantara yang telah mendahului kita di dalam tugasan mereka. Hari ini tugasan itu diwariskan pada kita, semoga kita dapat menyambungnya, amin…sumber
AGENDA DAP MAHU KRISTIANKAN NEGARA HAMPIR BERJAYA
GAMBAR HIASAN - Budak Melayu bangga dapat bergambar dengan PADERI Kristian |
Apabila DAP bertekak menegaskan bahawa Malaysia adalah Negara Sekular, agenda sebenar mereka terserlah iaitu menghapuskan klausa Islam sebagai agama rasmi negara di dalam perlembagaan. Ini bermakna, keutamaan yang diberikan kepada agama Islam dari segi dakwah, penyebaran serta infrastruktur dan pembangunan akan turut terhapus.
Secara automatik, agama-agama lain akan mendapat hak sama rata dengan Islam dan gejala murtad tidak lagi dapat dikekang.
Masih ramai di kalangan umat Melayu yang mudah terpedaya dengan momokan bahawa ini semua hanyalah propaganda UMNO.
Kebanyakan mereka sukar menerima soal ‘agama’ menjadi agenda utama DAP kerana setakat yang mereka tahu, kaum Cina tidak begitu ekstrem dalam beragama. Malah, ramai di antara mereka tidak mengamalkan pun ajaran agama mereka, seperti bersembahyang. Selain itu, masyarakat Malaysia juga masih lagi cenderung mengaitkan kaum Cina dengan agama Buddha sepertimana India dengan Hindu.
Justeru, ramai yang merasa ragu mengenai kaitan DAP dengan gejala murtad yang didalangi Kristian.
Hakikatnya, kaum Cina dan juga India yang memilih Kristian sebagai pegangan semakin meningkat di Malaysia. Apa jua alasannya, iaitu sama ada mereka memilih Kristian kerana benar-benar percaya dengan ajarannya, atau sekadar satu ‘escapism’ dari masalah kasta sepertimana prasangka ramai, ataupun sebagai satu simbol ‘status’ kerana masih terbelenggu dengan pemikiran mendewakan apa saja yang dibuat oleh orang-orang barat serta ingin turut menyambut Krismas, melalui upacara perkahwinan cara barat dan mempunyai nama barat yang dilihat sebagai glamour akibat terpengaruh oleh TV dan filem, adalah tidak penting untuk dipastikan.
Tidak seperti Islam yang tidak membezakan kaum dan meletakkan semua umat Islam sebagai sama dan bersaudara, Kristian pula menyaksikan gereja yang berbeza bagi kaum Cina dan India seperti juga kaum kulit hitam dan kulit putih di barat yang merasa janggal untuk ke gereja yang sama.
Bagaimanapun, kaum Cina jarang mengumumkan agama mereka tetapi ramai yang menyangka bahawa kaum Cina yang memakai nama barat kemungkinan besarnya beragama Kristian. Memandangkan pemimpin tertinggi DAP tidak memakai nama barat, maka keraguan masyarakat mengenai penglibatan mereka dalam kes murtad mudah difahami.
Mungkin kerana itulah maka para penulis blog berbangsa Cina gemar mendesak pemimpin atasan DAP agar mengumumkan agama mereka. Apa yang diisyaratkan oleh para blogger ini ialah, pemimpin atasan DAP berselindung di sebalik nama Cina walaupun mereka sebenarnya Kristian demi memastikan sokongan berterusan dari kaum Cina ‘ortodoks’ iaitu yang berpegang teguh kepada budaya, bahasa dan agama asal nenek moyang mereka. Dengan tidak memakai nama barat juga memudahkan mereka untuk mengaburi rakyat mengenai agenda Kristian yang diperjuangkan mereka.
Agenda Kristian DAP, seperti yang telah terdedah, berpusat di Subang Jaya. Kumpulan ‘pendakwah’ atau penipu ini beroperasi dengan cara menghulurkan bantuan sebelum mengumpan sasaran mereka untuk ke gereja. Antara yang telah menjadi mangsa dimurtadkan, mendedahkan bagaimana mereka ‘dipegang’ sehingga merasa terhutang budi dan wajib membayar budi para pendakwah itu dengan memeluk Kristian.
Puak Kristian ini beroperasi secara tersusun dengan dana disalurkan dari sebuah pusat pentadbiran yang lengkap. Dengan memanggil diri mereka ‘Evangelist’ atau pendakwah, menunjukkan yang mereka bermazhab Protestant iaitu mazhab yang paling banyak melalui reformasi dan mempunyai berbagai-bagai versi serta mengambil sikap berbeza dengan mazhab katholik yang mengiktiraf darjat tertinggi Pope, atau mazhab orthodox yang lebih dekat dengan Kristian asal iaitu agama Nasrani.
Salah satu laporan dari laman AsiaOne Singapura bertarikh 27 Jun 2012 mendedahkan beberapa transaksi kewangan yang meragukan yang melibatkan gereja di Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Kebajikan negara tersebut:
1. ‘Derma’ berjumlah S$2.1 juta bagi “Projek Menyeberang” (Crossover) atau lebih tepat memurtadkan – dipindahkan dari Amerika Syarikat ke Gereja City Harvest di Subang Jaya, dalam jangka masa Diseember 2007 – May 2010.
2. ‘Derma’ ini kemudiannya dipindahkan ke ‘akaun pelbagai’ juga untuk ‘Projek Menyeberang’ ini. Dalam bulan April 2007 – Mac 2010 sejumlah lebih kurang S$600,00 dan USD3 juta masing-masing digunakan untuk perbelanjaan En. Kong Hee dan isterinya Ho Yeow Sun yang mana kebanyakan ahli gereja tidak tahu menahu mengenainya.
3. ‘Derma’ untuk dana pembinaan gereja berjumlah S$600,000 dipindahkan ke akaun pelbagai untuk projek yang sama.
DAP telah terbukti merupakan antara anggota penting yang memberikan naungan kepada puak evangelists ini yang berpusat di Subang Jaya.
Pemimpin DAP, antaranya, Hannah Yeoh didedahkan telah menyumbang dana dari DUNnya kepada beberapa pertubuhan Kristian antaranya RM3,000 – Kingdom Christian Fellowship Bhd pada 13 Oct 2011, RM2,500 – Subang Jaya Assembly of God pada 12 May 2011, RM5,000 – Evangelical Free Church Gospel Centre pada 17 Jan 2012 dan RM5,000 - Pusat Subang Jaya Pastors Fellowship pada 2010.
Apabila kes murtad pertama kali menjadi heboh, Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa antara yang paling lantang menyuarakan kebimbangan dengan kegiatan gereja di Subang Jaya. Pemimpin-pemimpin DAP termasuk di peringkat atasan pantas turun membela dan memberi sokongan kepada gereja hampir dalam kadar segera.
Tidak lama kemudian, kita menyaksikan bagaimana Hasan Ali dipecat dari PAS dan ‘bintang’ Nasharuddin juga merudum.
Jelas, bahawa agenda Kristianisasi dengan isu Injil berbahasa Malaysia
serta penggunaan kalimah Allah di dalam risalah dan kitab agama
Kristian, kes murtad, hubungan pemimpin DAP dengan gereja serta
perutusan Krismas Guan Eng adalah isu yang berkait dan berangkai.
Ini bermakna, ia bukan satu paranoia umat Islam UMNO yang tidak berasas tetapi sahih sehinggakan para blogger bukan Islam dan bukan Kristian juga turut menghidunya. Yang tidak berasas dalam isu ini hanyalah tindakan umat Islam di dalam PAS menyokong, membela dan berdegil untuk terus bekerjasama dengan puak evangelists, bergandingan tangan menuju ke Putrajaya dan duduk bersebelahan di singgahsana.
Atas bantuan PAS inilah maka agenda Kristianisasi DAP nampaknya hampir berjaya
Ini bermakna, ia bukan satu paranoia umat Islam UMNO yang tidak berasas tetapi sahih sehinggakan para blogger bukan Islam dan bukan Kristian juga turut menghidunya. Yang tidak berasas dalam isu ini hanyalah tindakan umat Islam di dalam PAS menyokong, membela dan berdegil untuk terus bekerjasama dengan puak evangelists, bergandingan tangan menuju ke Putrajaya dan duduk bersebelahan di singgahsana.
Atas bantuan PAS inilah maka agenda Kristianisasi DAP nampaknya hampir berjaya
Program ‘Johor For Jesus’ Strategi Untuk Kristiankan Malaysia
Persidangan
agama Kristian ‘MforJ 2015 Take Possession of The Land Kingdom
Conference’ (MforJ 2015) yang menetapkan salah satu slogannya ‘Johor for
Jesus’ merupakan sebahagian daripada perancangan besar pihak Evangelis
untuk mengkristiankan Malaysia.
GAMBAR HIASAN - Setiap kerja KOTOR mesti ada PENGKHIANAT kepada Ugama Bangsa.... |
Naib
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan Islam
sederhana, Abd Rahman Mat Dali, berkata program itu merupakan ancaman
masa kini dan dijangka menjadi besar dan sukar dikawal dengan sokongan
gerakan Evangelis seluruh dunia.
“Apa yang
mereka mahu anjurkan itu adalah sebahagian perancangan besar pihak
evangelis untuk mengkristiankan Malaysia atau disebut ‘global Evangelist
movement’.
“Kita kena
halang kerana ia bercanggah dengan semangat Perlembagaan Negara dan
menghakis identitii negara Islam yang bertahan sejak berkurun-kurun.
“Jika
tidak, pasti negara akan menjadi kacau bilau apabila bilangan Kristian
Evangelis menjadi bertambah kuat dan bertembung dengan umat Islam,”
katanya dalam satu kenyataan.
Kelmarin,
telah tersebar di kalangan pengguna internet dan media sosial video
trailer persidangan Kristian yang menyiarkan kata-kata seperti ‘Johor
for Jesus’, ‘Take possession of the land (Johor Bahru)’ dan ‘Johor never
be the same’.
Dalam
video tersebut, kelihatan pengacara dan beberapa individu melaungkan
ungkapan seperti berikut: “I’m waking up the giant of Asia Malaysian
Church”, “Give me Johor Bahru or i die”, “There will be revivalists
appear in Johor Bahru” dan “Allow me to chase away the enemy in the
city”.
Bagaimanapun selepas mendapat bantahan orang ramai, program tersebut akhirnya dibatalkan pihak penganjur. Abd Rahman
yakin sekalipun program itu dibatalkan, pemimpin Evangelis Kristian
akan terus berusaha melaksanakannya pada masa depan.
“Ini
kerana kepercayaan dan strategi ‘To Evangelize The Muslim’ akan
dilaksanakan selepas misi ‘ To Evangelize The Chinese’ dilancarkan
sebelum ini.
“Begitu
juga dengan perjuangan untuk menggunakan kalimah Allah, ia juga adalah
sebenarnya adalah sebahagian plot gerakan besar ini.
“Justeru, saya minta agar pihak kerajaan tidak tidur dan mengambil peduli dengan gerakan dunia ini.
“Umat Islam juga perlu untuk sedar tentang ancaman gerakan Evangelis yang hakikatnya lebih bahaya daripada IS,” katanya.
http://www.ismaweb.net/2015/06/program-johor-for-jesus-strategi-untuk-kristiankan-malaysia/
Penganjur Degil, ‘Johor for Jesus’ Tetap Diadakan Juga
Persidangan di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru tetap berjalan. |
BANGI,
Rabu – Acara kontroversi anjuran kumpulan Kristian ‘MforJ2015 Take
Possession of The Land Kingdom Conference’ tetap berjalan pada hari ini
meskipun pihak polis semalam memaklumkan ia dibatalkan.
Ismaweb menghubungi wakil penganjur sebentar tadi dan wakil itu mengesahkan ia berlangsung seperti yang dijadualkan.
“Persidangan
ini di Berjaya Waterfront Hotel tetap berjalan, tetapi hanya untuk
bukan Islam. Acara di Taman Sutera, Skudai yang dibatalkan,” kata wakil
penganjur.
Semalam,
Bernama melaporkan tiga program anjuran kumpulan Kristian dibatalkan
iaitu MforJ2015 Take Possession of The Land Kingdom Conference, Festival
of God’s Power dan Church Family Camp 2015.
Bernama
juga melaporkan Ketua Polis Johor Datuk Rusli Ahmad berkata pihak polis
menerima 22 laporan membantah program itu dan memberitahu penganjur
festival sudah dipanggil bagi memberikan penjelasan berhubung perkara
berkenaan.
Pada
Isnin, Ismaweb melaporkan sebuat video trailer program berunsur
keagamaan yang mengangkat slogan ‘Johor for Jesus’ telah tersebar di
kalangan pengguna internet.
Berikutan itu, ramai pihak membantah termasuk Tunku Mahkota Johor.
‘MforJ2015
Take Possession of The Land Kingdom Conference’ dijadualkan bermula
hari ini sehingga 5 Jun, bertempat di Berjaya Waterfront Hotel, Johor
Bahru.
Dalam video itu, kelihatan pengacara dan beberapa individu melaungkan ungkapan seperti berikut:
“I’m waking up the giant of asia Malaysian Church”, “Give me johor baru or i die”, “There will be revivalists appear in Johor Bahru” dan “Allow me to chase away the enemy in the city”.
“I’m waking up the giant of asia Malaysian Church”, “Give me johor baru or i die”, “There will be revivalists appear in Johor Bahru” dan “Allow me to chase away the enemy in the city”.
Ia
dikendalikan oleh barisan paderi Rev Philip Mantofa (Indonesia), Rev
Ewen Chow (Taiwan), Rev Sumiati Supit (Indonesia), Rev Jonathan Loh
(Malaysia) dan Rev Wong Chee Meng (Malaysia).
Artikel berkaitan:
Video: Johor for Jesus, Take possession of the land (Johor Bahru)
Video, iklan persidangan ‘Johor for Jesus’ ditarik balik
Program ‘Johor for Jesus’ berunsur provokasi, cabar perlembagaan
Orang nak rampas tanah kita…
Polis terima 22 laporan bantah penganjuran program ‘Johor for Jesus’
Program ‘Johor for Jesus’ strategi untuk Kristiankan Malaysia
Video, iklan persidangan ‘Johor for Jesus’ ditarik balik
Program ‘Johor for Jesus’ berunsur provokasi, cabar perlembagaan
Orang nak rampas tanah kita…
Polis terima 22 laporan bantah penganjuran program ‘Johor for Jesus’
Program ‘Johor for Jesus’ strategi untuk Kristiankan Malaysia
AMUKANMelayu - POLITIK telah banyak MEROSAKAN masyarakat Islamelayu di Malaysia ini....