,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 14 June 2015

NAJIB MENGHADAPI UNDI TIDAK PERCAYA?


PAS mahu undi tak percaya terhadap PM

OLAK LEMPIT - Ahaad 26 Sya'aban 1436,

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
OLAK LEMPIT - Ahaad 26 Sya'aban 1436,

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
OLAK LEMPIT - Ahaad 26 Sya'aban 1436,

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

OLAK LEMPIT - Juma'at 24 Sya'aban 1436

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
OLAK LEMPIT - AHAD 26 Sya'aban 1436, pada 20 Feb 2014 PAS telah menggesa menteri-menteri Umno yang tidak puas hati supaya memperlihatkan "keberanian" dengan mengepalai ahli Parlimen BN untuk mengemukaka usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidan Dewan Rakyat yang akan datang.

Bekas Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar (kiri) berkata, ini kerana jelas terdapat keraguan yang semakin meningkat terhadap kepimpinan Najib, malah di kalangan anggota ahli kabinetnya sendiri, dan bahawa pentadbiran Najib "sudah hanyut".

Mahfuz merujuk kepada laporan berita bahawa dua menteri menimbang untuk meletak jawatan menjelang rombakan kabinet yang dijadual pada bulan Jun.

"Pentadbiran Najib adalah berbentuk "syok sendiri". Lancar sana, lancar sini, tetapi perlaksanaan dan implementasi adalah hambar. Seperti juga yang saya laungkan - Pentadbiran Najib adalah NATO - No Action Talk Only!.

"Seperti juga inisiatif program transformasi ekonomi yang diwar-warkan sebagai ajibnomics. Sekarang lebih baik kita gelarkan Najibkomik!," kata Mahfuz dalam satu kenyataan.

"Saya menyeru menteri-menteri berkenaan jangan tunggu rombakkan kabinet untuk tidak disenaraikan dalam pasukan kabinet, sebaliknya tunjukkan sikap berani untuk rakyat dan negara dengan melepaskan jawatan menteri dan mengapalai ahli parlimen BN untuk kemukakan usul undi tak percaya terhadap najib di dalam sidang Parlimen bulan March ini serta mengusulkan agar parlimen menyerah kembali mandat  kepada rakyat," tambah Mahfuz.

Dalam laporan portal berita The Malaysian Insider, sumber-sumber UMNO dipetik sebagai berkata bahawa dua menteri yang berhasrat untuk meletakkan jawatan itu, seorang daripadanya bertanggungjawab dalam portfolio kewangan.

Usaha dikatakan sedang dibuat untuk mencari pengganti yang sesuai untuk kedua-duanya, tetapi portal itu tidak menamakan mereka.

Hari ini Pula Media Antarabangsa lapor Najib akan berdepan undi tak percaya..


Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Malaysia Ketujuh.

Razaleigh atau Ku Li, 78, dilaporkan akan mengetuai kerajaan perpaduan kerana Barisan Nasional (BN) sudah hampir lumpuh disebabkan skandal 1MDB, sebagai jalan kepada kemelut politik negara.

Menurut laporan Asia Sentinel, satu pertemuan telah diadakan di kediaman Ku Li pada 11 Jun lalu yang diketuai Tun Daim Zainuddin, rakan baik Tun Dr Mahathir Mohamad.

Laporan itu mendakwa, Daim telah diberi tugasan memujuk Ku Li menerima tanggung jawab itu.

Perjumpaan kedua akan diadakan pada minggu ini dan diikuti dengan undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen, tulis laporan itu yang memetik sumber.

Laporan itu menyebut, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan menggantikan Najib sebagai Presiden UMNO bagi memperkukuhkan parti yang terjejas teruk akibat skandal 1MDB.

“Razaleigh akan diterima semua. Sebelum ini beliau akan keberatan kerana menjaga isterinya yang sakit. Kematian isteri beliau baru-baru ini membolehkannya memberi tumpuan sepenuhnya kepada negara,” tulis laporan itu lagi.

Portal berita yang berpangkalan di Hong Kong itu mendakwa, Ku Li, Ahli Parlimen UMNO paling lama, telah lama menjadi pilihan menggantikan Najib tetapi tidak mendapat sokongan sepenuhnya ahli parti.

Bagaimanapun, berdasarkan situasi politik tidak menentu yang turut menjejaskan ekonomi negara, pemimpin UMNO akan menerima Ku Li.

Menurut laporan 12 Jun itu, kejatuhan nilai ringgit telah merisaukan pelabur asing ditambah pula skandal 1MDB telah mendorong pemimpin UMNO berbelah bahagi untuk terus menyokong Najib.

Mereka bimbang ketidak tentuan politik dalaman akan menyebabkan UMNO dan BN kalah pada pilihan raya akan datang lapor
FreeMalaysiaToday


AMUKANMelayu - Adat Panglima Bugis akan mati di Tengah Lautan............