RANAU 7 Jun - Semua mangsa yang dilaporkan terkandas di Gunung Kinabalu akibat gempa bumi pada Jumaat lalu disahkan terkorban.
Bagaimanapun seorang daripada mereka, Mohd. Khairuladzuan Abdul, 39, dari Kuala Lumpur yang disenaraikan ‘hilang’ disahkan selamat dan dilaporkan telah turun bersama kumpulan kedua pendaki pada awal pagi semalam.
Mengesahkan perkara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, seramai 16 mayat mangsa telah dikenal pasti kerakyatannya iaitu enam rakyat tempatan, tujuh dari Singapura serta masing-masing satu dari Filipina, China dan Jepun.
Menurut beliau, pihaknya mengklasifikasikan dua lagi mangsa iaitu warganegara Singapura sebagai ‘hilang’.
“Kita jumpa lima mayat dan cebisan anggota mayat pada operasi hari ini. Kesemua mayat itu telah dihantar menggunakan helikopter ke Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu untuk bedah siasat.
“Dua mangsa yang diklasifikasikan hilang itu ialah guru dan murid dari Tanjong Katong Primary School, Singapura,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Yang hadir sama Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superitendan Mohd. Farhan Lee Abdullah.
Ditanya mengapa dua mangsa itu diklasifikasikan ‘hilang’ Masidi memberitahu, pasukan penyelamat gagal mengenal pasti identiti mangsa dan dipercayai berada dalam cebisan mayat-mayat yang telah dibawa untuk bedah.
Katanya, setakat pukul 4 petang, sebanyak enam beg mayat mengandungi cebisan anggota badan mangsa telah dibawa ke HQE.
Dalam pada itu, ujar beliau, operasi mengesan dua lagi mangsa yang diklasifikasikan hilang akan diteruskan oleh pasukan mencari dan menyelamat esok.
Sementara itu, dua gegaran susulan berlaku di kawasan Kundasang dan sekitar awal pagi ini dan 1.35 petang.
Pusat Kawalan Operasi di Timpohon Gate ditutup dan dibuka di pekan Kundasang bagi memudahkan penyelarasan pelaksanaan operasi melalui helikopter. - utusan
Peranan dan pengorbanan malim gunung dalam menyelamatkan pendaki yang terkandas di Gunung Kinabalu dalam kejadian gempa bumi baru-baru ini menarik perhatian masyarakat dunia.
Ramai pendaki yang terkandas di gunung tertinggi di Asia Tenggara itu memuji kemahiran dan ketangkasan wira berkenaan dalam menyelamatkan mereka selepas gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter melanda Ranau pada 7.15 pagi Jumaat, yang turut menggegarkan Gunung Kinabalu.
Australian Broadcasting Corporation (ABC) dalam laporannya menyifatkan malim Gunung Kinabalu sebagai wira yang perlu diberi sanjungan.
Pendaki Australia, Vee Jin Dumlao memberitahu ABC bahawa beliau amat terhutang budi kepada malim gunung bernama Jomius, yang bertungkus lumus membantu para pendaki untuk tiba di tempat selamat selepas kejadian itu.
"Malim gunung adalah wira sejati. Mereka menggadai nyawa dan membuat keputusan rumit, yang akhirnya berjaya menyelamatkan nyawa kami," katanya.
Cable News Network (CNN) pula melaporkan bahawa para malim gunung muncul sebagai wira dalam menyelamatkan mereka yang terkandas di puncak Gunung Kinabalu berikutan gempa bumi itu.
Pendaki tempatan, Nurul Hani Ideris, 29, memberitahu CNN: "Para malim gunung itu nampaknya tahu setiap inci kawasan dan berjaya membuka ruang melalui landskap yang musnah teruk, dengan memotong dahan serta mengikat tali untuk mewujudkan laluan baharu".
Lynn Siang, seorang jurucakap agensi pelancongan, menyifatkan para malim gunung berkenaan sebagai wira kerana melaksanakan tugas penting dalam usaha menyelamat di laluan yang terhalang oleh bongkah batu melalui penggunaan tali.
"Apabila pendaki selesai melintas tali itu, mereka akan memijak bahu malim gunung yang menjadikan tubuh mereka sebagai kusyen," katanya kepada CNN.
Setakat ini, gempa bumi itu disahkan meragut nyawa 13 pendaki, termasuk seorang malim gunung bernama Robbi Sapinggi, manakala sekurang-kurangnya 6 lagi masih belum dapat dikesan. – Bernama, 7 Jun, 2015
Malim Gunung Robbi Sapinggi, Wira Yang Terkorban Demi Selamatkan Nyawa Pendaki
Mediang Mr Robbi Sapinggi, |
RANAU: Malim gunung Robbi Sapinggi, yang tekorban dalam gempa bumi Gunung Kinabalu merupakan seorang Malim Gunung yang menjadi pilihan ramai pendaki dalam dan luar negara.
Dia yang mengambil tugas menjadi pemandu arah telah menghembuskan nafas terakhir akibat dihempap runtuhan batu susulan gemba bumi yang berukuran 6.0 pada skala richter yang berpusat 16km dari barat laut Ranau.
Robbi merupakan seorang Malim Gunung yang disanjung tinggi oleh pendaki-pendaki kerana sifatnya yang sangat mengambil berat tentang keselamatan dan keperluan pendaki yang menggunakan khidmatnya.
Dia boleh dianggap wira kerana semasa kejadian, Robbi sanggup mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan pendaki lain walaupun terkena runtuhan batu menyebabkan dia kehilangan banyak darah kerana cedera di bahagian kepala. Memetik tulisan di Facebook Amazing Bornea, walaupun dalam keadaan cedera selepas terkena batu, Robbi tetap mengutamakan pendaki yang menggunakan khidmatnya.
Dia menggesa pendaki-pendaki yang menggunakan khidmatnya untuk terus berjalan meninggalkannya demi keselamatan mereka. Dia memilih untuk tidak meneruskan perjalanan bersama pendaki lain kerana tidak mahu menyulitkan perjalanan mereka kerana dia cedera.
Namun malangnya semasa dia menunggu bantuan tiba, Robbi telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat terlalu banyak kehilangan darah.
Menurut laman berkenaan, beliau adalah merupakan seorang Malim Gunung yang sentiasa menjadi pilihan pendaki selain ramai pendaki memuji khidmat cemerlangnya dalam menjalankan tugas.
Nampaknya dialah wira sebenar di mana ia benar-benar menjaga keselesaan dan keselamatan pendaki-pendaki yang menggunakan khidmatnya sehingga menghembuskan nafas terakhir.
Kehilangan Robbi merupakan satu kehilangan yang amat besar bukan sahaja kepada keluarga tetapi juga kepada Taman-Taman Sabah dan organisasinya. Dia akan sentiasa menjadi Hero waluapun tidak didendangkan di media.
Berikut adalah biodata Robbi Sapinggi wira bagi pendaki-pendaki Gunung Kinabalu
Nama penuh: Robbi Sapinggi
Umur: 30 Tahun
Bangsa: Kadazan Dusun
Asal: Sabah
Agama: Kristian
Pekerjaan: Pemandu Arah Gunung Kinabalu di Sabah Park
Menceritakan saat manis bersama Roobi, Catherine Jayasuriya yang merupakan penganjur Ekspedisi Gunung Kinabalu Coalition Duchenne, dia amat terasa dengan kehilangan Robbi selepas mengenali seorang Malim Gunung terhebat dalam hidupnya.
Menurut Jayasuriya , Roobi telah menyertai empat ekspedisi anjuran Coalition Duchenne anjurannya, menyifatkan Robbi adalah seorang manusia yang suka bergaul, baik hati dan kelakar.
"Ketika menyertai satu ekspedisi, saya berasa sangat sejuk ketika kami menuju ke puncak dalam cuaca hujan dan Robbi menghulurkan kepada saya sarung tangan dan jaketnya untuk dipakai, menyebabkannya hanya berpakaian baju T sahaja.
"Demikianlah sifatnya yang begitu mulia. Dia amat mengambil berat tentang keselamatan dan keselesaan pendaki," kata Jayasuriya dipetik Astro Awani.
Jayasuriya pernah menghasilkan dokumentarinya bertajuk 'Dustys Trail: Summit of Borneo', dimana dia telah menampilkan Robbi dalam dokumentari tersebut di Kampung Kiau. -Siakapkeli.my
WIRA merekalah Pendekar Tanpa Nama
MATI KERANA LAPAR ATAU MATI KERANA MENCUBA?
Akhirnya kesemua 30 Malim gunung bersepakat...KAMI PILIH MATI KERANA MENCUBA. Disaat 137 org pendaki yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama serta berperingkat usia samada usia emas mahupun pelajar sekolah terperangkap dipuncak Kinabalu kerana kejadian gempa 6.1 skala ritcher meranapkan samasekali laluan turunnaik kepuncak ,30 org Malim gunung yang keletihan setelah turun dari syif sebelum gempa bertindak menjadi wira untuk naik semula dengan merentas laluan baharu demi menyelamatkan pendaki yang terperangkap.
Sebelum pasukan keselamatan tiba dan merangka plan search and rescue, malim malim ini lebih dahulu mendaki semula selama 10 jam utk melaungkan kata kata...JANGAN RISAU KAMI DATANG SELAMATKAN ANDA kepada pendaki2 yang sedang menanti kehadiran pesawat helikopter yg masih belum tiba tetapi malim malim gunung ini lebih dahulu sampai. Saya akui sebak bila.membaca kisah komitmen mereka kerana mendahului keselamatan orang lain tanpa menghiraukan nyawa sendiri.
Malah semasa kejadian gempa malim malim inilah yang menjadi tunjang menyelamatkan keadaan dan ada yg turut terkorban bersama pendaki pendaki malang. Salah seorangnya ialah Robin Sapinggi yang cukup popular dikalangan pendaki kinabalu. Diberitakan masih ada 2 orang malim dan 6 orang pendaki yang masih belum ditemui..semoga mereka selamat dan dilindungi Allah.
Demikianlah gambaran cintanya malim malim ini pada kerjaya mereka. Cinta pada gunung kinabalu, cinta pada keindahan alam dan komited pada semangat kental pendaki. Kita yang berada di zon selesa ini terkadang merasa malu kerana tidak berupaya bersemangat seperti mereka. Malah yang lebih teruk ada jari jari bodoh yang menghina kejadian gempa di sabah ini. Sungguh tidak tergambar betapa bodohnya mereka hingga sanggup mengaitkan gempa ini dgn perayaan gawai (gawai di sarawak bukan di sabah) malah ada yg menghina kononnya rakyat di sabah suka makan babi dan berpesta pesta serta mengaitkan aktiviti keagamaan sedangkan di Ranau adalah tempat org islam malah dilaporkan masjid di Ranau retak teruk.
Apa punya tahap pemikiran kalau pengetahuan cetek tentang adat dan budaya orang lain tetapi memandai mengulas dengan penuh penghinaan. Tidakkah disaat seperti ini kita sepatutnya terus memberikan sokongan dan doa supaya Sabah berada dalam keadaan selamat? Kembali kepada sifat murni malim malim gunung ini. Sudah tiba kerajaan Sabah dan Malaysia memberikan pengiktirafan dan insentif tambahan pada mereka. Jangan jadikan mereka sekadar gurkha gunung tapi mereka sebenarnya adalah WIRA SABAH YANG BERANI. Syabas malim malim gunung kinabalu.
Semoga Sabah selamat dilindungi Allah.
Tulisan cikgu emmet
762015
P.s saya menulis dgn rujukan yg terhad dan sumber semasa..jika sahabat mendapati tulisan saya kurang tepat saya mohon maaf jika khilaf.
Kisah Seorang Sherpa, Tenzing Norgay
Tenzing Norgay |
Mungkin Anda pernah membaca atau mendengar namanya...mungkin juga belum...bagaimana kalau saya sebutkan nama Sir Edmund Hillary...ya kalau yang ini sih saya sering dengar atau pernah baca biografinya atau pernah mendapatkan kisah hidupnya dalam sebuah artikel atau sewaktu mengikuti seminar. Ya, Sir Edmund Hillary adalah orang pertama di dunia yang berhasil mencapai puncak gunung tertinggi dunia Puncak Gunung Everest. Tetapi saat ini bukan Sir Edmund Hillary yang akan kita bahas, tetapi Tenzing Norgay.
Tenzing Norgay seorang penduduk asli Nepal yang bertugas sebagai pemandu bagi para pendaki gunung yang berniat untuk mendaki gunung Everest. Tenzing Norgay menjadi pemandu (orang nepal menyebutnya Sherpa) bagi Sir Edmund Hillary. Pada tanggal 29 Mei 1953 jam 11.30, Tenzing Norgay bersama dengan Sir Edmund Hillary berhasil menaklukkan Puncak Gunung Tertinggi Everest pada ketinggian 29,028 kaki diatas permukaan laut dan menjadi orang pertama didunia yang kemudian menjadi inspirasi dan penyemangat bagi ratusan pendaki berikutnya untuk mengikuti prestasi mereka. Pada rentang waktu tahun 1920 sampai dengan tahun 1952, tujuh tim ekspedisi yang berusaha menaklukkan Everest mengalami kegagalan.
Keberhasilan Sir Edmund Hillary pada saat itu sangat fenomenal mengingat baru berakhirnya Perang Dunia II dan menjadi semacam inspirator untuk mengembalikan kepercayaan diri bagi seluruh bangsa di dunia. Karena keberhasilannya, Sir Edmund Hillary mendapatkan gelar kebangsawanan dari Ratu Inggris yang baru saja dilantik saat itu Ratu Elizabeth II dan menjadi orang yang paling dikenal di seluruh dunia.
Tetapi dibalik keberhasilan itu Tenzing Norgay memiliki peran yang sangat besar, mengapa Tenzing Norgay tidak menjadi terkenal dan mendapatkan semua yang didapatkan oleh Sir Edmund Hillary padahal ia adalah sang pemandu yang membantu dan mengantarkannya mencapai Puncuk Mount Everest? Seharusnya bisa saja ia lah orang pertama yang menginjakkan kaki di puncak Mount Everest bukan Sir Edmund Hillary.
Sesaat setelah Sir Edmund Hillary bersama Tenzing Norgay kembali dari puncak Mount Everest, hampir semua reporter dunia berebut mewawancarai Sir Edmund Hillary, dan hanya ada satu reporter yang mewawancarai Tenzing Norgay, berikut cuplikannya :
Reporter : "Bagaimana perasaan Anda dengan keberhasilan menaklukkan puncak gunung tertinggi di dunia?"
Tenzing Norgay : "Sangat senang sekali"
Reporter : "Andakan seorang Sherpa (pemandu) bagi Edmund Hillary, tentunya posisi Anda berada di depan dia, bukankah seharusnya Anda yang menjadi orang pertama yang menjejakkan kaki di puncak Mount Everest?"
Tenzing Norgay : "Ya, benar sekali, pada saat tinggal satu langkah mencapai puncak, saya persilakan dia (Edmund Hillary) untuk menjejakkan kakinya dan menjadi orang pertama di dunia yang berhasil menaklukkan Puncak Gunung Tertinggi di dunia...."
Reporter : "Mengapa Anda lakukan itu???"
Tenzing Norgay : "Karena itulah IMPIAN Edmund Hillary, bukan impian saya.....impian saya hanyalah berhasil membantu dan mengantarkan dia meraih IMPIAN nya."
Sumber : http://arie5758.blogspot.com/2011/12/kisah-seorang-sherpa-tenzing-norgay.html#ixzz3cQ9gW18H
Sertakan sumber artikel sebagai Backlink
Madiasto, kisah sherpa dari Desa Ranu Pani
Merdeka.com - Namanya Madiasto, usianya baru 18 tahun. Meski tergolong masih sangat muda, tapi untuk urusan membelah gelapnya hutan dan menapaki ketinggian Gunung Semeru, Madiasto cukup ahli. Tubuhnya juga tidak kekar, tapi cukup kokoh untuk membawa beban hingga lebih dari 20 kg di pundaknya. Baginya, berjalan kaki berpuluh-puluh kilometer dengan beban berat di pundaknya, hal biasa.Madiasto cukup dikenal di Desa Ranu Pani, Kecamatan Senduro, Kabupaten Lumajang, Jawa Timur. Di desa yang berada di ketinggian 2.300 meter di atas permukaan laut (mdpl), Madiasto tumbuh dewasa. Kehidupannya pun sangat dekat dengan gunung tertinggi di Pulau Jawa tersebut. Dia adalah satu dari sekian banyak sherpa atau porter bagi para pendaki Gunung Semeru.Sherpa lebih dikenal dengan experince guide atau sejenis penunjuk jalan yang cukup berpengalaman dalam sebuah pendakian gunung. Bagi sebagian orang, sherpa mungkin masih asing. Orang lebih mengenal dengan sebutan porter atau guide. Sebutan tersebut disematkan karena jasa mereka sebagai pembawa barang sekaligus pengantar para pendaki menuju puncak gunung.Bagi Madiasto, menjadi seorang porter atau sherpa, seperti pekerjaan turun temurun. "Bapak saya juga dulu porter, sekarang sudah tidak lagi mas," ujar Madiasto saat berbincang dengan merdeka.com ketika menapaki jalur pendakian Gunung Semeru, Jawa Timur, pekan lalu. |
Dia cukup cekatan membantu para pendaki membawa barang. Kakinya pun cukup lincah dan kuat menapak jalan setapak. Langkahnya cukup konsisten berjalan di tengah gelapnya hutan. Meski dengan penerangan seadanya, dia mampu berjalan cukup cepat. Jika rata-rata pendaki membutuhkan waktu sekitar 4 jam dari Ranu Pani ke Ranu Kumbolo, Madiasto hanya butuh waktu 2 jam saja. Hal itu wajar jika mendengar pengalamannya menaklukkan Mahameru.
"Saya pertama kali mendaki Gunung Semeru umur 12 tahun,"katanya dengan logat khas Jawa Timur.
"Saya pertama kali mendaki Gunung Semeru umur 12 tahun,"katanya dengan logat khas Jawa Timur.
Kecepatan dan kekuatan porter terkadang membuat para pendaki malu. Terlebih, mereka selalu berjalan paling depan, bahkan jauh meninggalkan para pendaki yang larut dalam kebanggannya dan ambisinya ingin menaklukkan Mahameru.
Kekaguman juga muncul dari kesederhanaan porter yang hanya menggunakan pakaian dan sepatu seadanya. Para sherpa dari Desa Ranu Pani ini juga sangat ramah. Meski membawa beban yang berat, mereka dengan senyum ramah menyapa para pendaki yang berpapasan dengan mereka di tengah jalur pendakian. Tak tampak raut wajah kelelahan meski beban yang dibawa cukup menguras tenaga.
Bagi Madiasto, menjadi seorang porter adalah pekerjaan tetap sekaligus sampingan. Mata pencaharian lainnya adalah seorang petani. Madiasto membantu ayahnya bertani di ladang perkebunan di desa yang berada di kaki Gunung Semeru tersebut. Madiasto kembali ke ladang jika pihak balai besar Taman Nasional Bromo Tengger Semeru (TNBTS) menutup sementara aktivitas pendakian.
"Kalau pendakian ke Semeru ditutup, ya kami bertani mas," ucapnya.
Hidup menyatu dengan alam telah menempa Madiasto menjadi lebih kuat menahan rasa dingin yang menjalar ke sekujur tubuh. Padahal, tubuh kecilnya hanya berbalut sweater yang tidak terlalu tebal untuk menahan suhu udara yang saat itu sekitar 10 derajat celcius. Untuk menghangatkan tubuh dari dinginnya kabut di Danau Ranu Kumbolo atau di Kalimati, Madiasto dan porter lainnya mengandalkan api unggun.
Mereka pun tak segan mengajak para pendaki untuk ikut serta menghangatkan tubuh dengan berkumpul di sekeliling api unggun. Suasana akrab dan hangat antara pendaki dan porter tergambar jelas di antara cahaya api unggun. Sambil mereguk kopi atau teh manis hangat untuk mengusir dingin malam itu.
Madiasto mengaku sudah terbiasa dengan semua kondisi alam dan tuntutan dari pekerjaannya sebagai porter. Dia menceritakan pengalamannya harus bolak balik 3 kali dalam sehari dari Ranu Pani ke Ranu Kumbolo yang jika ditotal jaraknya bisa mencapai lebih dari 30 kilometer. Untuk jasanya sebagai seorang porter, Madiasto dan kawan-kawan hanya dibayar Rp 150.000 sehari.
"Itu hasil kesepakatan di paguyuban,"jelasnya.
Semua porter Gunung Semeru tergabung dan dikoordinir dalam sebuah paguyuban. Mereka bisa menggelar pertemuan sekali dalam sebulan. Semua porter Gunung Semeru adalah warga Desa Ranu Pani. Di bawah komando mas Yudi, Madiasto dan porter lainnya diajarkan untuk menjadi porter yang profesional. Mereka tidak hanya menawarkan jasa membawa barang bawaan pendaki, menjadi penunjuk jalan, membantu mengambil air, mendirikan tenda, hingga mengantar menuju puncak Mahameru saja, tapi juga arif dalam sikap. Yang utama jujur dalam bekerja dan bersikap ramah.
"Termasuk ke pendaki dari luar negeri," ucapnya.
Kehidupan Madiasto dan kawan-kawan lainnya sebagai sherpa atau porter menjadi bagian yang tidak terpisahkan dari keindahan Gunung Semeru. Jika sebagian pendaki beranggapan bahwa mendaki gunung untuk melepaskan diri dari hingar bingar kehidupan perkotaan, tapi bagi para sherpa, mendaki gunung adalah sebuah upaya menyambung hidup.
AMUKANMelayu - Hidup untuk berbakti.....
Kekaguman juga muncul dari kesederhanaan porter yang hanya menggunakan pakaian dan sepatu seadanya. Para sherpa dari Desa Ranu Pani ini juga sangat ramah. Meski membawa beban yang berat, mereka dengan senyum ramah menyapa para pendaki yang berpapasan dengan mereka di tengah jalur pendakian. Tak tampak raut wajah kelelahan meski beban yang dibawa cukup menguras tenaga.
Bagi Madiasto, menjadi seorang porter adalah pekerjaan tetap sekaligus sampingan. Mata pencaharian lainnya adalah seorang petani. Madiasto membantu ayahnya bertani di ladang perkebunan di desa yang berada di kaki Gunung Semeru tersebut. Madiasto kembali ke ladang jika pihak balai besar Taman Nasional Bromo Tengger Semeru (TNBTS) menutup sementara aktivitas pendakian.
"Kalau pendakian ke Semeru ditutup, ya kami bertani mas," ucapnya.
Hidup menyatu dengan alam telah menempa Madiasto menjadi lebih kuat menahan rasa dingin yang menjalar ke sekujur tubuh. Padahal, tubuh kecilnya hanya berbalut sweater yang tidak terlalu tebal untuk menahan suhu udara yang saat itu sekitar 10 derajat celcius. Untuk menghangatkan tubuh dari dinginnya kabut di Danau Ranu Kumbolo atau di Kalimati, Madiasto dan porter lainnya mengandalkan api unggun.
Mereka pun tak segan mengajak para pendaki untuk ikut serta menghangatkan tubuh dengan berkumpul di sekeliling api unggun. Suasana akrab dan hangat antara pendaki dan porter tergambar jelas di antara cahaya api unggun. Sambil mereguk kopi atau teh manis hangat untuk mengusir dingin malam itu.
Madiasto mengaku sudah terbiasa dengan semua kondisi alam dan tuntutan dari pekerjaannya sebagai porter. Dia menceritakan pengalamannya harus bolak balik 3 kali dalam sehari dari Ranu Pani ke Ranu Kumbolo yang jika ditotal jaraknya bisa mencapai lebih dari 30 kilometer. Untuk jasanya sebagai seorang porter, Madiasto dan kawan-kawan hanya dibayar Rp 150.000 sehari.
"Itu hasil kesepakatan di paguyuban,"jelasnya.
Semua porter Gunung Semeru tergabung dan dikoordinir dalam sebuah paguyuban. Mereka bisa menggelar pertemuan sekali dalam sebulan. Semua porter Gunung Semeru adalah warga Desa Ranu Pani. Di bawah komando mas Yudi, Madiasto dan porter lainnya diajarkan untuk menjadi porter yang profesional. Mereka tidak hanya menawarkan jasa membawa barang bawaan pendaki, menjadi penunjuk jalan, membantu mengambil air, mendirikan tenda, hingga mengantar menuju puncak Mahameru saja, tapi juga arif dalam sikap. Yang utama jujur dalam bekerja dan bersikap ramah.
"Termasuk ke pendaki dari luar negeri," ucapnya.
Kehidupan Madiasto dan kawan-kawan lainnya sebagai sherpa atau porter menjadi bagian yang tidak terpisahkan dari keindahan Gunung Semeru. Jika sebagian pendaki beranggapan bahwa mendaki gunung untuk melepaskan diri dari hingar bingar kehidupan perkotaan, tapi bagi para sherpa, mendaki gunung adalah sebuah upaya menyambung hidup.
AMUKANMelayu - Hidup untuk berbakti.....