"Tindakan polis itu sedikit sebanyak membuatkan lebih ramai rakyat marah kepada Kerajaan khususnya kepada DS Najib sendiri. Sepatutnya pihak polis biarkan sahaja Tun bercakap. Lepas habis cakap, dia baliklah. Perbuatan polis menghalang Tun bercakap sekarang sudah menjadi viral."
Maaf Tun.....sila hentikan ucapan..... |
Sama2 kita ambil iktibar. Saat kita berkuasa, mereka mematuhi arahan kita. Saat kita sudah tiada kuasa, mereka mematuhi arahan orang lain dan menzalimi kita.
Begitulah kitaran hidup, ada di atas, ada masanya di bawah. Maka sewaktu kita di atas, usahakanlah yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara. Kerana saat kita di bawah kelak, akan ada manusia yang ikhlas dan kita tidak akan sendirian.
Jom Tun, kita sama2 habiskan sisa-sisa usia untuk menjadi insan yang lebih baik dari hari-hari yang telah berlalu.
Melihat gambar di atas yg Amukanmelayu CILOK dari "Pondok Ledang"....rasanya ada betulnya. Tapi jika di perhatikan, ada TIGA jenis manusia yang sampai mati dia akan terus dengan KATA HATInya. Pertama adalah Guru Ugama. Guru Ugama akan mengajar ugama atau bercakap mengenai ugama sampai akhir hayatnya. Kedua adalah Orang Seni, penyanyi atau pemaian alat muzik atau apa-apa yang bersangkutan dengan muzik. Mereka ini juga akan berada dalam kelompok mereka hingga akhir hayat dan yg ketiga ada "ORANG POLITIK".....mereka ini juga akan bercakap pasal politik hinggalah kehujung nyawa.
Inilah yang terjadi kepada Ayahanda Tun M. Tentu ada yg hendak di betulkan dalam PENTADBIRAN NEGARA. tapi malangnya Orang Nombor Satu tak mahu mendengarnya. Maka inilah yg terjadi sekarang.....SUPERMAN bergaduh dengan ULTRA MAN........Superman masih napak sifat fizikalnya yang dia adalah seorang manusia dan ULTRAMAN lebih kepada ROBOT. Dan sudah tentulah robot akan di kawal oleh "ORANG LAIN"
"Superman pakai spendar kat luar ...." |
ULTRAMAN masih lagi terkial-kial mencari jati diri walau pun jelas ianya adalah ROBOT. Maka habis di petiknya yang dia juga ada keturunan. Seorang Perwira dan BERDARAH Pahlawan......jika berdarah Pahlawan, apalah nak di herankan....PWTC adalah rumah kita....jika ada pun BOTOL air meniral.....apalah sangat dengan BOTOL meniral jika di bandingkan dengan tombak dan lembing yang di HADAP oleh mereka yang bergelar PAHLAWAN?
Sudah tidak dapat untuk di pertahankan lagi. Suara dari Istana dan PEMERINTAH telah berbunyi.......
TMJ : Bagaimana nak dialog bertajuk 'Nothing2Hide' dengan mengetengahkan seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya? |
PROGRAM NOTHING TO HIDE MENYEDIHKAN RAKYAT MALAYSIA
Semua orang tahu program Nothing to Hide anjuran SukaGuam yang sepatutnya diadakan pagi tadi di PWTC telah bertukar menjadi kecoh. Program dimana DS Najib menjawab segala pertanyaan daripada NGO dan pihak media termasuklah Tun Mahathir telah dibatalkan oleh pihak polis atas alasan boleh mencetuskan pergaduhan.
Insiden dilakukan oleh seseorang yang tidak berpuas hati mungkin kerana tidak dapat masuk ke dalam dewan ataupun dia sememangnya dibayar oleh pihak tertentu untuk gagalkan program terbabit. Aku yang didalam dewan itupun boleh dengar bagaimana dia menjerit dan menendang pintu sebelum dia ditangkap dan dibawa pergi. (Baca sini penjelasan DS Najib)
Setelah pihak penganjur mengesahkan DS Najib tidak boleh hadir atas sebab keselamatan, pihak penganjur membenarkan Tun Mahathir berucap. Seperti biasa, Tun memang akan bercakap berterus terang dan tajam. Mungkin kerana sebab sebab tertentu, pihak polis masuk campur dan mengarahkan Tun berhenti bercakap.
Aku memang penyokong Tun Mahathir Dan dia adalah pemimpin dan negarawan yang terbaik. Dalam masa yang sama aku juga bukanlah membenci DS Najib. Dan aku rasa tindakan polis itu bukanlah atas arahan DS Najib. Tetapi tindakan polis itu sedikit sebanyak membuatkan lebih ramai rakyat marah kepada Kerajaan khususnya kepada DS Najib sendiri. Sepatutnya pihak polis biarkan sahaja Tun bercakap. Lepas habis cakap, dia baliklah. Perbuatan polis menghalang Tun bercakap sekarang sudah menjadi viral. Tun bukan sahaja bekas Perdana Menteri Malaysia malah dia adalah antara pemimpin yang cukup dihormati diperingkat dunia. Orang luar cukup hormat kepada Tun. Tetapi bila pihak polis buat begini, nama baik Malaysia sudah tercalar.
Apapun perkara sudah berlaku. DS Najib terpaksa menjawab dan selesaikan isu ini kerana kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan DS Najib semakin berkurangan. Apatahlagi dengan cerita 1MDB, kejatuhan nilai ringgit dan beban kenaikan harga barang yang ditanggung oleh rakyat. Segala masalah ini bukan sahaja menjatuhkan DS Najib malah lebih buruk ianya boleh menjatuhkan Kerajaan Malaysia yang ada sekarang ini. Carilah jalan penyelesaian secepat mungkin. Malah jika perlu memohon maaf kepada Tun, mohonlah maaf. Tidak hilangnya maruah apabila memohon maaf kepada seseorang. - Minaq Jinggo
APA SEBENARNYA BERLAKU SEMASA PROGRAM 'NOTHING 2 HIDE' PWTC !
MiM seperti anda sekalian, tertanya-tanya tentang perkara yang sebenarnya berlaku di program 'Nothing To Hide' Putra World Trade Centre (PWTC) tadi. Sebahagian besar daripada kita tidak hadir di program tersebut.
Maka, info yang kita dapat hanya daripada laporan berita yang disiarkan oleh pihak media
Maka, info yang kita dapat hanya daripada laporan berita yang disiarkan oleh pihak media
dan juga ulasan-ulasan yang kita terima dalam whatsapp atau Facebook.
MiM menulis di dalam twtter bahawa insiden ini adalah 'unnecessary polemic in the making!'. Satu insiden yang akan menimbulkan polemik perbualan, pertengkaran dan perdebatan yang sepatutnya tidak perlu berlaku.
Dan sekarang, DS Najib Razak dan Tun Dr Mahathir, kedua-duanya mereka berdepan dengan pelbagai kritikan dan penghinaan. Untuk lebih adil untuk kita memahami perkara yang sebenarnya berlaku, MiM sertakan beberapa laporan berita pihak media. Di antaranya:
1. Laporan BNCCC
Dan sekarang, DS Najib Razak kena, Tun Dr Mahathir pun sama-sama kena!
Kedua-dua mereka jadi punching bag di dalam twitter, facebook, whatsapp dan pelbagai lagi modaliti media sosial. Pihak A salahkan pihak B, begitu juga sebaliknya. Respons 'action & reaction' dalam pelbagai perkara akan berlaku dan memang pun sedang panas di saat ini.
MiM menulis di dalam twtter bahawa insiden ini adalah 'unnecessary polemic in the making!'. Satu insiden yang akan menimbulkan polemik perbualan, pertengkaran dan perdebatan yang sepatutnya tidak perlu berlaku.
Dan sekarang, DS Najib Razak dan Tun Dr Mahathir, kedua-duanya mereka berdepan dengan pelbagai kritikan dan penghinaan. Untuk lebih adil untuk kita memahami perkara yang sebenarnya berlaku, MiM sertakan beberapa laporan berita pihak media. Di antaranya:
1. Laporan BNCCC
Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui yang beliau bukan tetamu yang diundang dalam Dialog PM bersama NGO, #nothing2hide, namun hadir kerana perkara tersebut telah diviralkan dalam media sosial.2. Laporan MalaysiaKini :
Perkara itu dijelaskan penganjur SukaGuam, Khairul Anwar Rahmat dalam sidang media di Menara Tun Hussein Onn selepas kekecohan yang membabitkan bekas Perdana Menteri itu.
“Pagi tadi Tun telah bertemu dengan saya secara terbuka, dan dia tahu bahawa Tun tidak diundang, tapi datang kerana sudah viral di media sosial bahawa dia akan hadir.
“Oleh kerana itu, dia perlu datang untuk diberi peluang bercakap dan bertemu orang ramai sekiranya diberi peluang dan dia juga sedar bahawa program ini khusus untuk pimpinan dan NGO,” katanya.
Berhubung kejadian rempuhan untuk membawa Dr Mahathir masuk ke dewan sewaktu beliau ingin membuat CHEDET PCpengumuman penundaan program ke tarikh baru, Khairul berkata, keadaan pada waktu itu telah berada di bawah pengawalan pihak berkuasa.
“Saya tak pasti, yang saya sedar telah berlaku rempuhan yang membawa bersama-sama Tun Mahathir, ketika Tun mengambil alih program, majlis itu dah berada di bawah pihak polis sejurus diberitahu program ini tak dapat diteruskan,” jelasnya lagi.
Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak telah dalam perjalanan menuju ke PWTC sewaktu indisen berlaku, sekaligus dinasihatkan supaya membatalkan perjalanannya bagi mengelak masalah menjadi lebih kritikal.
“Kita kesal dengan provokasi sama ada pihak A atau B yang ingkar dengan arahan polis, kita juga mengecam chedet rempuhtindakan pihak yang merempuh masuk dewan ketika penganjur sedang menguruskan acara, serta kita turut kesal program ini menjadi medan pada perkara yang tidak sepatutnya,” jelas Khairul lagi.
Beliau bagaimanapun tegasnya, akan meneruskan usaha bagi mendapatkan tarikh baru program bersama Perdana Menteri serta meningkatkan aspek tahap kawalan keselamatan program di masa akan datang - BNBCC
Penganjur acara bersama Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa perdana menteri terpaksa membatalkan kehadiran di saat-saat akhir susulan nasihat polis.3. Laporan Antara Pos :
Penganjur malah berkata Najib sudah pun hampir hendak bergerak ke acara itu ketika dimaklumkan arahan Tan Sri Khalid Abu Bakar itu.
“PM sudah hendak bergerak dah,” kata Pengerusi Sukaguam Datuk Khairil Anuar Rahmat.
Program terus terang itu hari ini bertukar menjadi acara pengkritiknya Tun Dr Mahathir Mohamad yang sempat berucap sebentar.
Beliau bagaimanapun diminta berhenti oleh pihak polis dan diiring supaya beredar daripada Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.
Menjelaskan kehadiran Mahathir, Khairil berkata perdana menteri 22 tahun itu tidak diundang dan mungkin hadir kerana kehadirannya sudah dispekulasi meluas sejak semalam.
“Tun M tahu dia tidak diundang. Dia tahu, tapi dia beritahu dia perlu datang untuk diberi peluang bercakap dan bertemu orang ramai.
“Tun M hadir sebab (spekulasi kehadirannya) viral (tersebar meluas) sejak petang semalam,” katanya - MalaysiaKini
Pihak penganjur dialog Perdana Menteri bersama NGO, SukaGuam kesal terpaksa menangguhkan forum yang pada hematnya baik untuk Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan berhubung isu semasa.Anda baca laporan-laporan di atas dan terpulang untuk anda menterjemahkan isu ini.Apa pun, inuendo yang berlaku di PWTC ini amat mengecewakan danuncalled for.
Malah pengerusinya, Datuk Khairul Anwar Rahmat mengecam tindakan provokasi yang dicetuskan pihak tidak bertanggungjawab sehingga memaksa polis campur tangan sekaligus memaksa perdana menteri membatalkan kehadirannya.
"PM dalam perjalanan kesini (PWTC), namun atas sebab keselamatan beliau dinasihat membatalkan kehadirannya.
"Pihak SukaGuam amat dukacita dan kesal kerana pada hemat kami program yang penuh hikmah ini bertukar kecoh.
"SukaGuam juga kesal tindakan provokasi dari kedua-dua pihak yang ingkar arahan polis. Kami juga mengecam pihak merempuh masuk ke dalam dewan," tegasnya dalam sidang media sebaik sahaja dialog ditangguhkan.
Katanya, niat SukaGuam hanyalah untuk menggalakkan budaya bertukar pandangan antara pemimpin dan rakyat namun ia telah dicemari.
"Kita menggalakkan dan ingin membudayakan rakyat bertukar pandangan," jelasnya.
Mengulas kehadiran Tun M yang pihak media dimaklumkan tidak diundang dalam sesi dialog hari ini, Khairul berkata bekas perdana menteri itu hadir atas kapasitinya sendiri selepas berita beliau akan menyertai dialog tersebut menjadi viral di laman sosial.
Bagaimanapun, Khairul berikrar untuk meneruskan usahanya mendapatkan penjelasan dari pemimpin nombor satu negara itu pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian selain yakin dapat membudayakan sesi dialog ini.
"Kita tidak berputus asa dan berikrar mendapatkan tarikh baru bagi dialog ini,"katanya.
Difahamkan lebih 300 NGO hadir bagi mengikuti forum hari ini.
Terdahulu Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan sesi dialog ini dibatalkan atas faktor keselamatan.
Beberapa VIP hadir, termasuk Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa - sumber
Dan sekarang, DS Najib Razak kena, Tun Dr Mahathir pun sama-sama kena!
Kedua-dua mereka jadi punching bag di dalam twitter, facebook, whatsapp dan pelbagai lagi modaliti media sosial. Pihak A salahkan pihak B, begitu juga sebaliknya. Respons 'action & reaction' dalam pelbagai perkara akan berlaku dan memang pun sedang panas di saat ini.
AMUKANMelayu - Cukup-cukupla tu.....rakyat sedang tertawa sambil makan popcorn melihat telatah kita......